Tabungan

31 December 2009

..tak mahu lepaskan peluang ini..

seingat aku..
laman kecil ini dibuka pada tahun lepas..
bulan tujuh..

namun..
tahun lepas..
aktiviti menaip ini tidak serancak tahun ini..

tahun lepas..
laman ku ini di pandang sepi tanpa pengunjung..
MySpace


hanya Ucu Manja yang rajin menjenguk..
hanya Ucu Manja yang rajin menggalakkan aku untuk terus berblog..

selepas beberapa ketika..
penggunaan blog telah di blok..
wah..ayat *hee*..

maka sepanjang zaman darurat itu..
aku tidak berpeluang langsung untuk terus menjengah laman ini..

maka aku mencari jalan lain..

memberi komitmen kepada si biru *baca : celcom* demi untuk terus berhubung di alam maya..
memperuntukan sedikit wang untuk membeli komputer kecil ini..

maka selepas itu..
merekalah senjata ku..
senjata yang aku gunakan untuk terus berada di dunia ini..
MySpace

dalam masa setahun ini..
banyak kisah telah aku baca..

rata-rata..
mereka yang sudah punya laman kecil..
merupakan mereka yang sudah mengenali antara satu sama lain..

salam ku beri tanda perkenalan..
MySpace
cuba untuk memasuki dunia mereka..
namun tingkap tidak dibuka..
apatah lagi pintunya..

sekali lagi aku hilang minat untuk terus berblog..
MySpace
maka aku menyepi kembali..

tak lama kemudian..

semasa sedang melayari alam ini..
aku terkenangkan laman kecil ku itu..

pasti dah tinggi rumputnya..
pasti tidak kelihatan pagarnya..
pasti sampah berada sana sini..

maka aku kembali..
mengemas..
memotong rumput yang tinggi..
kembali menanam bunga sebagai seri..
kembali menyiram dan dibajai..

dan sesekali menjenguk jiran-jiran yang masih aku ingati..

dan aku paling takkan lupa..
aku berkunjung ke satu laman..
penuh dengan kucing..

ahh..aku amat sayangkan kucing..
begitu juga teman itu..
sangat menyayangi kucing-kucingnya..

salam ku beri dengan cermat..
dengan harapan ia disambut dengan ikhlas..
tak ku sangka dia kembali menziarahi aku..
dialah teman maya yang pertama..si ted|..

dari dia..
aku mula kenal blogger yang lain..
sehinggalah aku diterima baik juga dengan rakan-rakan yang lain..

terima kasih ted|..terima kasih sahabat :)..

dari dia..
aku mengenali kak watie suri rumah yang bahagia..
aku mengenali dek zara si pemain bahasa..
aku mengenali kak rina, sharamli, lumut, solehah, dan ramai lagi yang sering mengunjungi aku disini..

di sini juga aku mengenali kalian yang lain yang tidak pernah lagi kesini..

tidak mengapa..
itu tak bermakna aku marah..
tidak juga aku katakan aku suka..
aku pasti ada sebabnya mengapa mereka tidak kesini..
salah aku juga kerana tidak menyapa mereka..

maka azam aku..tahun ini..akan aku jejak kembali semuanya..
dan aku jaga rakan-rakan ini..

dan dengan ini..
dengan serendah-rendah hati..
aku berharap persahabatan kita disini akan berkekalan insyaAllah..
mengenali kalian..punya banyak makna..
setiap satu..punya lain-lain manfaat buat aku..

ted| ~ aku pernah bertanya pada dia tentang klinik veterinar..
kak watie ~ tempat aku mengadu tatkala aku disahkan mengandung dan gugur sebulan kemudian..
dek zara ~ tempat aku belajar bermain bahasa..
lanz, solehah, ninie, CC, Alvin ~ rajin menjenguk ku disini..
terima kasih kalian semua :)

pada kamu yang lain..
rakan-rakan baru..aku amat menghargai kamu semua..
:)

SELAMAT TAHUN BARU 2010..
SEMOGA TAHUN INI TAHUN YANG INDAH BUAT SEMUA..
NAMA TIDAK DISEBUT TAK BERMAKNA KALIAN TIADA DIHATI..
TERIMA KASIH SEMUANYA..:)

p/s ~
aku menulis disini..
kamu tidur lelapkan mata..
berbantalkan pehaku..
kamu lena..
lalu aku berhenti menaip..
memandang tulus kamu..
hati berdetik..
maafkan aku kerana mencurigai kamu..
aku sayang kamu..
MySpace
sungguh..
Tahun Baru kita yang Pertama sayang :)

30 December 2009

..entri khas untuk mami sempena hari jadi ke 53..


tanggal 17 Disember yang lalu..
mami berjaya mengumpul satu lagi kenangan dalam hidupnya..

ulang tahun yang ke 53 disambut di Kuala Lumpur..
mami dibawa keliling bangunan tinggi di sana..
diusung ke satu kedai ke kedai yang lain mencari satu persalinan permintaannya sendiri..

janji dikota..
mami kami bawa kembara..

senyum..
harap mami seronok..

nanti kita jalan sama-sama lagi ya mami..

Walau apa terjadi..
mami tetap yang pertama..


Walau apa terjadi..
mami tetap utama..


Walau apa terjadi..
mami tetap raja di rimba..


Walau apa terjadi..
kasih te takkan berubah hala..

Te sayang mami..
Nanti tinggal sini dengan te ye mami..





 

 

 

 

 

 
 
p/s ~
i love u very2 much..
muahs muahs..



 


..saat-saat akhir memecut ke hadapan memintas kalian untuk terus duduk dalam pelukan dek zara..


hahahaha..
indah bukan tajuk entri kali ini..
ini bukan indah..
tapi panjang seperti tali pengukur baju di badan sendiri haha..
ketawa lagi..ketawa lagi..

di saat-saat akhir ini..
di penghujungg tahun 2009 yang indah ini..
aku ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah aku cuba untuk lakukan..

contohnya..
memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh blogger hahaha..

selama ini..
jika ada pertandingan..
sering pertandingan itu aku pandang sepi..

bukan tidak mahu mencuba..
tapi entah kenapa..
keinginan itu tidak timbul..

tapi kali ini..
aku ingin mencuba..
untuk terus duduk dalam pelukan hangat dek zara..

aku ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan olehnya.. (",)

Photobucket

aku cuma perlu menjawab beberapa perkara berikut yang aku kira molek untuk aku lakukan buat dek zara ihiks ihiks..*sayang kakak nak adiah hehehehe*

PERTAMA
untuk beruang putih kamu yang cantik itu kakak namakan SAMSUDDIN LAHOMI..
ihiks boleh terima tak sayang hahaha :)

KEDUA
dek sayang..kakak masih tak boleh terima kenyataan kenapa kakak masuk ke dunia kamu..kenapa kamu minta 5 kenyataan daripada kakak?? *ihiks tak mengapa sayang kakak tetap ada jawapannya :)*

satu - mencapai tangan kamu dari seorang kawan blogger yang lain..kerana dalam kotak komen kawan tersebutlah kakak terpesona dengan gaya kamu..cara kamu menyatakan hati kamu..cara kamu ketawa dalam gaya kamu..membuat kan kakak turut mencapai tangan kamu dan dibawa ke dalam dunia kamu yang indah..

dua - kakak suka gaya bahasa kamu..sinis dan penuh dengan maksud..kakak jadi gila dengan bahasa kamu..dan kakak juga semakin menjadi gila seperti kamu..kakak mula mencari buku-buku yang turut bermain bahasa dan mula suka membaca dewan siswa..gila kamu ini sayang!! :)

tiga - setiap entri kamu punya maksud..banyak mengajar..dan terkesan dalam hati..mungkin tanpa kamu sedari juga sayang..bahawa kamu membawa cahaya kepada orang lain dengan setiap tulisan kamu dan isi yang enak..mmm nyum nyum!! *senyum lagi :)*

empat - masuk ke dunia kamu..kakak rasa tenang..jangan tanya kakak kenapa..tapi setiap lagu yang kamu nyanyikan..setiap ikon-ikon kecil yang kamu paparkan..buat kakak leka sebentar..udara juga dingin..tumpang tidur di laman kamu sayang.. :)

lima - kakak suka punya kawan yang ramai..dan kakak suka punya kawan seperti kamu..kawan biar seribu..kasih biar suami ku..ihiks ihiks..

KETIGA
entri pilihan..owh kakak suka entri ini..
"PENULIS BLOG TIADA KEHIDUPAN SOSIAL DI ALAM REALITI : KAMU NAK MATI?"
kakak suka yang ini sayang..semasa kakak membacanya..kakak membaca dalam keadaan angguk-angguk geleng-geleng *ihiks*
kakak sangat-sangat setuju..
menulis itu satu terapi..
tak perlu membayar pada doktor sakit jiwa kan sayang..
melihat kamu sedang menulis juga satu terapi *ihiks bila merujuk kepada gambar yang kamu tempelkan di entri itu sayang :)*

KEEMPAT
kakak tak suka slogan..slogan buat kakak nampak bodoh..wah..itu boleh buat slogan tak sayang??ihiks..
"Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan kakak KETENANGAN. Terima Kasih Dek Zara.:)"

p/s ~
penat bodek budak nih..
makcik mahu menang motor!!


29 December 2009

..ada betulkah??..


mencuri masa dari jam dinding..
beberapa minit sahaja ya sayang..

sebentar tadi..
menilik-nilik foto perkahwinan rakan-rakan..
tahniah buat kamu semua sekali lagi..
cantik dan manis sekali kamu semua..
ada rakan ku yang memilih persalinan bernada ungu..
aduh cantik sekali..tuan punya badan pula putih melepak..
tiada salahnya padanan itu..
anggun..

usai merehatkan mata..
bergelak ketawa..setelah seharian sibuk dalam menyudahkan kertas kerja..
aku dan rakan sekerja duduk melepaskan lelah..

lalu dia menyatakan tentang cinta..
katanya pagi tadi..di ruang udara..
si Joki Disk *ihiks DJ lah* memperkatakan kajian yang dilakukan tentang cinta..

katanya..
katanya lah..
bukan aku..
tapi katanya..

cinta selepas perkahwinan hanya akan bertahan selama 9 bulan sahaja..

ahh??
9 bulan??
betul kah??
kamu rasa bagaimana??

aku tidak mahu cinta yang hanya bertahan 9 bulan selepas berkahwin..
walaupun...hmm..

setelah bercinta selama 4 tahun..
tapi selepas kahwin hanya bertahan selama 9 bulan??
tidak mungkin..
aku tidak mahu begitu..

p/s ~
sekarang sudah bulan ke-6..
ada 3 bulan lagi..
ihiks..

27 December 2009

..bukan perdana menteri..no no no..


aku bukan perdana menteri..
bukan juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri..
apatah lagi seorang KSU..
Pengarah Bahagian apatah lagi..

tapi ahhh..
aku bz oke!!

hahahaha..

dua minggu silap.. tiga minggu bercuti sakit..
sudah tentu kerja di pejabat bertimbun-timbun tak sudah..
aku juga seperti kehilangan semangat bekerja..
gara-gara tidak dipedulikan tuan punya bahagian..
nasib..rakan-rakan memberi sokongan..

aku bukan cuti suka-suka..
kalau aku boleh bekerja..
aku juga mahu..

minggu lepas juga minggu yang mencabar buat ku..
terlalu banyak berjalan..
membuatkan malam-malam ku kesakitan..
malam saja..pasti sakit menyerang..
badan aku panas..
segala urat dalam badan tegang dan melenguhkan..

tapi aku gagahkan juga ke pejabat keesokan harinya..
dengan senyum yang ditempek ke muka secara paksa..
dengan kaki yang kuat melangkah ke sana ke mari..
hingga ditegur anak buah agar tidak banyak berjalan..
dan sedia diarah apa sahaja..
asalkan aku bisa duduk diam sahaja..

tapi aku tidak begitu..
kerja harus dilakukan..
gaji aku terima hasil titik peluh aku..
yang menitis di sepanjang jalan aku..

aku akui..
kekadang..
sampai tahap malas itu..
sampai tahap memberontak itu..
aku juga pernah duduk sahaja di pejabat..
menjenguk kalian di alam maya..

tapi aku kuatkan hati..
agar kemalasan itu..
tidak menyerang secara tegar di sepanjang minggu..

hari minggu..
hari aku harapkan untuk menjenguk kalian seluruhnya..
tapi..
aku punya ahli keluarga yang besar untuk aku jaga..
besarkah?? ihiks..

hari jumaat..
pergi meriuh-rendahkan rumah kak iparku di ampang..
ada sedikit kenduri kesyukuran..
anak saudara ku yang sulung mendapat 6A dalam PMR..
tahniah sayang!

hari sabtu..
mengikut rombongan ibu mertua ku..
ke Kuala Pilah memenuhi undangan walimatul urus..

tak dapat aku menghadiri kenduri kalian :-
Aida dan Pasangan,
Qeema dan Pasangan,
Yus Azlie dan Pasangan..

apa-apa pun tahniah buat kalian..
semoga dilimpahkan rahmatnya..
dan berbahagia ke anak cucu..
hidup berumahtangga amat mencabar..

waktu bercinta..dugaannya lain..
waktu berumahtangga..apatah lagi..

wah aku bercakap dah seperti orang tua gayanya hahahaha..

okelah..

harus ke dapur..
memasak untuk suami..

dan melakukan sedikit bukan sedikit halahai..
tapi banyak kerja banyak yang aku bawa balik kerumah..
agar dapat diselesaikan..
dan dibawa ke Mesyuarat besok petang..
KPL leceh!!


p/s ~

teruskanlah..teruskanlah..kau  begitu..

ada satu tong..
air diisi tanpa henti..
namun tak pernah dicedok sedikit keluar..
maka ia hampir penuh..
bila melimpah..??
tong itu tidak punya kudrat..
untuk diminta dicedok airnya keluar..
perlu ada tangan yang secara rela..
membantu mencedok..
mengurangkan air yang hampir penuh itu..

24 December 2009

..kadang-kadang..


tak perlu bertegang urat..
tak perlu bermasam muka..
tak perlu pandang mata..
tak perlu buka mulut..

kadang-kadang..
kita tak perlukan 'bahasa mulut' untuk menyelesaikan masalah..

kadang-kadang..
yang kita perlukan hanyalah secebis kertas dan sebatang pena..
tulis semahu-mahunya..
lepas segala lelah disitu..
tapi itu 'medium' tatkala dulu..

kini..
yang kita perlukan hanyalah 'lappy' dan 'berukband'..
biar jari menari..
ikut rentak hati..
terus ke papan putih bercahaya..
sebar ke seluruh maya..

jika kebetulan..
yang membaca memahami dan merasa..
maka pilihlah..
jalan mana..
penyelesaian atau lebih memintal tali kusut..

setakat ini..
Alhamdulillah..
laman kecil ini banyak membantu aku..

kadang-kadang..
laman ini..
seakan-akan 'orang ketiga' yang dapat membantu matahari menjadi cerah seperti biasa..

Alhamdulillah juga..
kamu sangat memahami..
dan juga sahabat sekalian..
ada yang membantu..ada juga yang lalala..

walau apapun..

seperti kata kalian..
ini semua rencah hidup..
dan aku menghargai semua nasihat kalian..

hidup ini..
macam gula-gula kan..
namanya gula-gula..
tapi ada gula-gula yang pedas..
ada gula-gula yang masam..
dan pasti yang manis..

aku mahu yang manis..
yang masam dan pedas..
bila perlu..

sayang kamoo semua..
terima kasih kalian :)

p/s ~
ada entri untuk mami..
tapi tak abis edit gambar lagi.. :)

23 December 2009

..takkan pernah lagi nanti..

ini memang aku..
orang kata aku ganas..
tapi nadi aku halus..

aku perempuan..
nama aku wanita..
itu bukti bukan??

dan aku wanita biasa..

aku sayang..
aku punya alir darah itu..
tapi sayang aku mungkin berlebih sikit pada kamu..
sayang yang berlebih itu tak jadi lemak..
tapi..
jadi cemburu..

aku tak mahu hilang kamu..
sakit..
fikir saja sudah buat darah membuak-buak..
belum betul-betul lagi..

aku kenal kamu..
bukan sekejap perkenalan kita..
aku kenal hati budi kamu..

aku sudah terjerat..
dan aku rela..

tapi kamu sudah milik aku..

kalu kamu jerat yang lain..aku bagaimana?

owh kamu tidak begitu aku tahu..

tapi..
kamu tidak tahu mungkin..
kamu itu lurus..
kamu itu baik..

orang suka pada kamu..

aku tahu..

dah kamu milik aku..
pasti aku tahu itu..

tapi aku faham..

kamu jemu..
jemu dengan sikap anak-anak ini..
jemu dengan sikap ingin tahu ini..
jemu dengan mulut becok ini..
jemu dengan usikan ini..

maka aku..
mahu kamu tahu..

aku takkan pernah lagi..
bertanyakan khabar kamu disana..
dengan siapa kamu kesana..
apa kamu buat disana..
bagaimana kamu disana..

jika itu yang kamu mahu..

jika kamu mahu aku diam..
aku sanggup untuk diam..
jika kamu tak mahu aku bertanya..
aku takkan bertanya lagi..

jika kamu mahu aku percaya..
ya memang aku percaya kamu..
cuma jangan musnahkan kepercayaan ini..
dan aku percaya kamu boleh menjaga tugu kepercayaan ini..

aku takkan ganggu kamu lagi..
kamu buatlah apa kehendak mu..


aku sentiasa di sini untuk kamu..
aku sentiasa menyokong kamu seadanya..

aku janji..

MySpace


p/s ~
sshhhh...
jangan nangis..
jangan nangis..
kat opis nih..

22 December 2009

..entri masa suntuk..

sinsing tangan kiri..pandang si bulat..pukul 1.16tengah hari..
jangan lama-lama..kamoo tiada masa..
tulis apa saja yang main di benak..
jangan bohong..

aku tak bohong..
3 minggu tak ketemu wajah-wajah rakan pejabat..
tangan dihulur..salam berganti..
kata dilontar..khabar disisip kemas..

ada khabar nya indah..
ada khabar nya sedih..
ada khabar nya pelik??

sebentar aku lihat dunia..
macam-macam warna..
indah..
tapi sebentar..
hujung sana nampak mendung..

adat..
dunia perlu banyak warna..
jika hanya satu warna..
dunia takkan jadi tempat indah untuk didiami..

jika hanya ada hijau..kelopak mawar warnanya apa..
jika hanya ada biru..tanah tempat dikinjak warnanya apa..
jika hanya ada merah..langit tinggi warnanya apa..

begitu juga hidup..

ada kawan..hidupnya senang..
ikut jalan belit-belit..jalan belakang..lorong gelap..masih senang gayanya..

ada kawan..hidupnya malang..
ikut jalan lurus..hatinya baik..rakan sama dibantu..tapi selalu dicapai dugaan..

aku pernah rasa semua itu..
ikut jalan mana..
semua sama..
naik atas..
turun bawah..
ikut sisi kiri..
keluar sisi kanan..

semua harus merasa..
itulah dunia..
ini bukan syurga..
boleh bahagia sentiasa..
boleh maju sentiasa..

ini dunia..
hidupnya cabaran..
minumnya dugaan..
makannya tohmahan..
hadiahnya kenikmatan..

kita sama-sama hidup..
mari jalan sama ya..

jangan gusar..
Dia ada..

sujud..
mintak bantuanNya..

jangan lupa Dia..
kamoo lupa..
tentu Dia murka..

tapi..
Dia penyayang..

mintak la sama Dia..
pohon la sama Dia..

moga kita hidup dalam aman..

sama-sama memijak tanahNya..
sama-sama makan rahmatNya..

p/s ~
penat makan jamu..
penat ke hulu hilir..
kaki rasa mahu cabut..
jahit-jahit tali halus..
tak bisa nampak mata biasa..
tapi mata tiga..bisa tegur..
jangan gasak sangat :)

terima kasih kamoo semua :)



15 December 2009

malam itu pucat dingin : kasih mami bawa ke syurga


lewat malam itu..
mata terkebil-kebil..
MySpace
tak bisa katup..
terbeliak tancap ruang pucat..
kelam..
dingin..
pundak ku pusing ke kanan..
memandang bilah angin..
fan Pictures, Images and Photos
lalu aku tutup..
masih dingin..
biarlah..
dingin Illahi..
tetap nyaman..

1 minit..
kebil..
2 minit..
kebil kebil..
30 minit..
masih terkebil-kebil gaya anak kecil masih bisa main..
MySpace

pusing kiri..
suami lelap nyaman..tenang..setenang hatinya..
tetap tabah..
tapi..
hati remuk..aku tahu..
tak bisa disebar..tak pernah nunjuk..sentiasa mampu senyum..
tetap aku ngerti..hatinya terperosok dalam laut paling dalam..
maafkan aku suami..kita cuba lagi nanti..

pusing kanan..
mata hitam pandang gerobok..
3 lain jenis..pintu lain nada..
satu nada tanah..tempat persalinan kita dua ya sayang..
dua nada biru..aku punya..
tiga nada darah..tentu dia punya..

pusing gaya biasa..mata pandang atas..
dinding batu..pucat..kosong..
pandang aku semula..
bicara kita dua ya batu..

*diam*

wahai si ngantuk..
masuk dalam nadi ku ya..
si ngantuk geleng-geleng..belum mahu..

benak fikir dalam-dalam..
bila dunia senyap sunyi..
fikiran itu hadir menyapa lagi..

teringat mami diruang tamu..
barangkali..
sudah siap belayar..
dalam mimpi indah..
sedih mungkin..
setiap hari..setiap pagi..
mulut kecilnya mengumil..
malam kelmarin mimpi ayah..
ayah ingat mami barangkali..
hati sayu..
memandang mata tua nya..
dia rindu..
rindu suaminya..
cuma soalnya..
adakah dia merindui mamiku?

11 hari sudah berlalu..
hukum alam..
bumi berputar..
malam ditelan siang..
siang ditelan malam..

11 hari sudah mami disini..
menemani aku sehingga kental kembali..
luar dalam aku kuat..

tapi kini..
mami pula sakit..
dingin..mungkin terlalu dingin udara sini..
penyakit menyerang..tak kira siang..

tapi comelnya..
sakit sakit..
mulut bising riang..
mahu berjalan..
MySpace
poket kosong..
usah khuatir..
melangkah bersama jantung hati..
takkan pernah khuatir lagi..

janji kami saudara sedarah sedaging..
lewat khamis..
akan dibawa mami comel kembara..
ke ceruk mana bilang sahaja..
lewat khamis..
beratur panjang di dinding pucat berisi wang..
kartu merah dicucuk dalam dalam..
jari pantas menekan nombor..
mudah kan..
keringat berganti kertas..
ditabur keliling jalan..

demi mami..
kertas warna warni tidak bernilai..
garis dibibir mami yang bernilai..
kalau boleh..garis itu ditarik tinggi-tinggi sampai ke langit 7 ya mami..
cantik banyak..
tiada tandingan..



p/s ~
lelah memikir beban mami..
pikir saja sudah lelah..
inikan pula bahu mami yang menanggung..
sampai lelap..

14 December 2009

Perlindungan diri dan masa depan?? Betulkah??


bila dua mulut sudah mula berbicara..
suara sudah mula kedengaran..
maka pelbagai topik sering diutarakan..

MySpace



bermula dari sekecil-kecil topik..
sehingga ke panas-panas topik..


MySpace


salah satu yang menjadi pengucapan awam dua mulut itu ialah 'i.n.s.u.r.a.n.s'..

apa gunanya insurans??

tempoh mana insurans itu boleh diguna pakai??

masa mahu mati sajakah??


MySpace


masa sakit menderita kerana kemalangan kah??


MySpace


senangkah mahu menuntut amaun insurans tersebut??


MySpace


persoalannya banyak..
salah aku juga barangkali..

nama sahaja ada insurans..
tapi tidak pernah berhubung mesra dengan ejen 007 itu..
nama sahaja ada insurans..
tapi tidak tahu selimut apa yang melindungi aku selama sejuk panas ini..
nama sahaja ada insurans..
tapi tidak tahu ketika bila boleh digunapakai insurans itu..

cukup tempoh matang..aku mahu berhenti daripada terus berada dalam selimut itu..

boleh tak??

oke atau tidak??

halahai..

p/s ~
aku mahu tuntut amaun perubatan semasa DNC aku baru-baru ini..
tapi doktor tersebut mengatakan kebanyakan insurans tidak akan melayan tuntutan seperti itu..
lalalala..lebih baik tiada insurans..
ada atau tidak sama sahaja..

13 December 2009

..aku punya??..

aku punya banyak masa kebelakangan ini..
aku punya banyak masa untuk menggerak roda di kepala..
aku punya banyak masa untuk berfikir indah baik buruk cela segala..
aku punya banyak masa untuk melihat dunia secara maya dan realiti..
aku punya banyak masa untuk berjalan-jalan ke daerah jajahan rakan-rakan lain..


walking Pictures, Images and Photos


 banyak halaman kecil yang aku jenguk..punya bermacam-macam cerita..



ada bahagia..




ada duka..



ada gila..



ada maklumat..


macam-macam gaya..
macam-macam caranya..

seketika..

aku terfikir..penulisan aliran minda..
dari daerah minda..
menurun menurut aliran darah..
menggerak urat-urat jari..
maka jari tari menari..
di atas papan kekunci ini..

jika tidak punya fikiran indah..
mana mungkin hasil tulisan indah..

jika tidak punya fikiran gila..
mana mungkin tulisan menggila..

jika tidak punya fikiran bahagia..
mana mungkin tulisan berbaur cinta..

kenapa??
dengan tiba-tiba perasaan bercampur baur..

aku baru sahaja pulang mengembara..
dari tadi..sibuk mengunjung..kawan-kawan di alam maya..
aku menyelami perasaan bahagia..menggila dan derita..

owh aku ingat..
derita..

aku terbaca satu blog..bercerita tentang kehidupannya..aku jarang mngikutinya..tapi..kadang..aku sampai ke daerah kecil jajahannya..membaca segala indah dan deritanya..kadang..aku benci membacanya..kerana ia pasti mengundang titisan air mata..
sakit hati membacanya..
kagum hati membacanya..fikir bagaimana dia mengharung segala..
fahami hatinya..bunga cinta menemani..
itu sudah cukup memahami segala derita dan bahagianya..

maka aku terfikir..
dengan waras..

jika kamu rasa susah..
cubalah selam..
ada mereka..mereka yang lebih susah dan derita dari kamu..

dan aku..
apa definasi bahagianya pula??

bahagia??

aku punya nazri..dan aku bahagia..
aku punya mami..maka aku bahagia..
aku punya ayob,adik dan putri..serius aku bahagia..

aku tak punya ferrari..aku tetap bahagia..
aku tak punya rumah besar..aku masih bahagia..
aku tak punya wang juta-jutaan..aku menggila bahagia..

cukup apa yang aku ada..

tak perlu ditambah lagi..

tapi..
jika izinNya..segalanya bertambah baik..aku bahagia..aku bahagia..

jika izinNya..janinku membesar..aku bertambah bahagia Ya Allah..

tapi jika diambil semula..aku redha..belum masanya bukan??

tahun 2009..
tahun penuh duka dan bahagia..


bulan satu ~ aku ditunangkan dengan jejaka idaman aku sejak zaman belajar ku..



bulan lima ~ Alhamdulillah izinNya aku selamat dinikahkan dengan tunangku..



bulan sebelas ~ aku disahkan mengandung..


bulan duabelas ~ aku kehilangan janinku..

tetap..erat..aku mendapat sokongan..didukung ahli keluarga..didukung sahabat dan teman..maya dan realiti..

buat aku sedar..
aku bahagia..
dan
aku kaya..

mungkin tidak sekaya Bill Gates..

tapi aku kaya..lalalala..


p/s ~
mari berkongsi kekayaan dan kasih sayang dengan aku
sayang kamoo semua
:)




10 December 2009

..separuh jiwaku pergi VS aku wanita biasa..

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
dengan sadarmu
kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


VS


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..





saat duduk dalam kotak kecil beroda empat..
suis radio ditekan tanda buka..






saat itu..
lagu Anang sedang  bernyanyi sedih..
Separuh Jiwaku Pergi..

seperti biasa..
siapa sahaja bisa maklum..
lagu seberang..punya nada dan puitis indah..
bait kata disusun halus..
nada sedih menusuk kalbu..

terbuai seketika..
jika difahami..
dapat dirasa sedih itu..

bunga hati curangi cinta..
siapa sahaja bisa pedih..
lelaki mana tidak terusik..benarkan??
*senyum kecil*





diselangi beberapa lagu lain..
kedengaran pula lagu mantan bunga hati Anang..
Aku Wanita Biasa..

seperti lagu-lagu lain..
aku amati juga bait nya..

benar..
Wanita Biasa..
Bisa Sakit Luka Kerana Cinta..

siapa sahaja..
wanita mana tidak akan terluka..

angin..
hati wanita..
selembut sutera..
khabarkan pada semua ya??

TAPI..

siapa benar siapa salah ya??

siapa curangi siapa??

lelaki ini bersalah..??
atau..
wanita cantik itu..??

mereka saja tahukan..

p/s ~

kamoo tahu?
pendapat kamoo??


*senyum lagi*

09 December 2009

..stick with each other through thick n thin..

mendapat kata kata semangat ini dari seorang sahabat..

terima kasih sahabat :)

kamoo tahu siapa kamoo :)

p/s ~


aku oke..selagi ada nazri bersama aku, aku pasti oke..
tapi kalu nazri tak ada..
masa itu..baru kamu kena risau tentang aku..ihiks..



dah lama tak letak gambar hee..



07 December 2009

..Fresh Start..

aku juga ingin mencuba template baru..

tapi..

aku bukan orang yang bijak IT tetapi sebaliknya..

maka semua gambar2 terdahulu udah ilang..

ihiks ihiks..aku ngak pandai kengkawan sekalian..

harus dibuat semula mungkin..

p/s ~
sudah belajar dengan dek zara..tapi masih tak pandai..
maaf sayang..kakak mmg slow hahaha..

..ucapan terima kasih kepada semua..

salam kepada rakan rakan sekalian :)

Alhamdulillah..semua nya dah selesai..

pada mulanya..hati merasa ralat..ye lah..duit habis..bukan bersalin..bukan nak dapat baby..tapi gugur..tak dapat baby..habis ribuan ringgit..

tapi..selesai segalanya..hati merasa tenang..biarlah habis ribuan..tapi keselamatan dan kesihatan serta emosi ku tenang..

maklumlah..

selama ini..jika berkata tentang operasi gugur ini..sering aku dengar perkataan..
sakit..
banyak darah..
toreh sana..toreh sini..
sedut..
kikis..

ngeri dowh..

aku terbayangkan kesakitan yang tiada taranya..

tapi..

selesai operation semalam..
aku merasa terkejut..

tehehehehe..

semua dah selesai..
dan tiada kesakitan yang dirasa..

cuma..
mengikut kata orang orang tua..
aku harus berpantang..
mungkin tidak seteruk orang bersalin..
tapi untuk seminggu dua ini..
aku harus menjadi sopan seketika..

tiada aktiviti ganas ganas yang boleh dilakukan..

owh ibu ku ada di sini..khas untuk memantau aktiviti aku seharian..

ikutkan hati..
aku oke..
boleh berlari 400 meter..pecut lagi heee...

emosi??
aku oke..
aku redha..
walaupun aku benar benar kepingin kan anak..
tapi aku sedar..
aku harus bersabar..
mungkin ini bukan rezeki ku..
mungkin..

Tuhan masih mahu memberi ruang kepada aku dan Nazri untuk berdua mungkin :)

ingin aku ucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat kepadaku sepanjang perkara ini berlaku..

kepada :-

dek solehah, aisyah, et, mrscee, tuan blog@niena, kak watie*yang sering bertanya khabar,terima kasih kak*, dek zara, unclelee, kak lili, AL dan lanz..

terima kasih atas kata2 semangat menerusi entri terdahulu..
terima kasih semuanya :)

aku sudah oke :)

03 December 2009

..a day before tomorrow..

satu ~
cari jalan ke hospital selayang bagai orang buta kehilangan tongkat..
sempat google cari alamat..tapi masih boontooo..
akhirnya..bergerak atas jalan lurus mengikut kata dua hati..
akhirnya dalam pukul 1 kami sampai ke hospital selayang..
gilakk..

dua ~
pergi ke klinik pakar ginekologi hospital selayang..
tunggu di kaunter pendaftaran lebih kurang 5-10 minit..
berdiri..tercegat..disitu..
tapi tiada jururawat yang datang membantu..
sudah rasa tidak sedap hati..
sama sahaja layanan seperti di HKL..
apa semua hospital kerajaan dilatih sebegitu rupakah??

tiga ~

Nazri - Kami datang bawak surat rujukan dari klinik swasta..isteri saya kandungan dia dah tak bernyawa..kami perlukan nasihat dari doktor..kerana itu kami dirujuk kemari..boleh bantu kami..??

Jururawat bermuka duka - dah pergi HKL?

Nazri - dah..tapi kami tak mahu pergi ke sana lagi..jadi doktor hantar kami ke sini..ada tulis dalam surat tu..

Jururawat bermuka duka - duduk mana?

Nazri - Selayang..

Jururawat bermuka duka - duk depan dulu..*tanpa memandang muka kami berdua..

masih penat..tidak menjamah makanan sejak pagi..hanya meratah ayam KFC yang dibeli malam semalam..badan sudah penat..tapi kami masih tak dilayan..seingat aku..lebih kurang 30 minit juga kami dibiarkan disitu..tak lama kemudia..

Jururawat bermuka duka - wanita..

kami pergi ke kaunter semula..

Jururawat bermuka duka - datang balik dalam masa 2 minggu..

Nazri - kenapa 2 minggu? macam mana baby dalam kandungan tuh? takkan nak biar macam tu ajer?

Jururawat bermuka duka - doktor dah kata sini 2 minggu..

Nazri - tak bahaya ker? dah takde nyawa dalam perut tuh..

Jururawat bermuka duka -tak bahaya pun..kalau turun darah..baru datang kat ER..

**giler aku sedih..nak tunggu aku mati dulu ker baru nak layan??
kami terus beredar dari situ..sepakat..kami menuju ke Ampang Puteri..

empat ~
kami ke Ampang Puteri..
berjumpa dengan Doktor Bee..
diberi penerangan dengan begitu teliti..*mungkin kerana bayarannya mahal..
tapi yang penting..dia melakukan tugasnya dengan penuh dedikasi..
semua penjelasan ku dicatit..
setiap penejlasan ku diulang..
setiap penjelasan ku pasti diberi komen kembali..
aku discan sekali lagi..
memang benar katanya..
janin ku tidak berkembang..
aku discan melalui laluan peranakan ku..
kata doktor..melalui situ..keadaan rahim ku akan lebih jelas kelihatan..
setiap pergerakan diterang dengan teliti..
katanya..
kandungan ku seharusnya sudah berumur 9 minggu..
tetapi janinku hanya berkembang sehingga minggu ke-6..
bermakna..udah 3 minggu aku membawa janin yang tidak bernyawa..
**giler ke doktor di Hospital Selayang menyuruh aku menunggu sehingga 2 minggu lagi??**
perlu dicuci secepat mungkin..kerana jika dibiarkan akan memudaratkan diri dan sistem peranakan ku..
hasilnya..besok aku akan kembali ke Ampang Puteri untuk proses tersebut..
kos nya??ribuan ringgit..
alahai..kesian pada nazri..habis duitnya hanya kerana perkara ini..aku betul2 sedih kerana telah menyusahkan suamiku..tak habis habis menyusahkan dia..aku malu dan sedih pada nazri..
menyusahkan lelaki ini..

lima ~
ada satu lagi kantung kosong berada dalam perut ku..
doktor namakannya cyst..
kata doktor..setiap kali perempuan mengandung..janin akan datang bersama cyst tersebut..
jika janin tidak berjaya hidup..cyst tersebut akan kecut dengan sendirinya..
doktor di Kumpulan Medic risau kerana cyst itu tidak kecut..walaupun janin telah berhenti membesar..
maka Doktor Bee menyatakan bahawa akan ada follow-up untuk melihat sama ada cyst itu kecut ataupun tidak..

enam ~
appointment pukul 830pagi esok..

tujuh ~
sayang kamoo semua..

p/s ~
aku takut..
pasti sakit kan??

02 December 2009

..awan hitam maksudnya apa?..

satu ~
benar kata semua..
hidup macam roda..
satu saat kita di atas..
bahagia..tersenyum..bersyukur dan bermacam macam lagi perasaan perasaan segar dan indah..
tapi ada saatnya..
kita dibawah..
dilenyek..macam kentang putar??
sakit..sedih..geram..dan bermacam macam perasaan gelap dan lemau??..

dua ~
orang kata..
perkara yang kita idam idam kan sangat lah yang kita akan susah nak dapat..
pada aku..kalau tak berusaha..mana nak dapat kan..tapi kalau dah berusaha..dah dapat..tapi diambil kembali..macam mana pulak tu??..

tiga ~
pagi tadi..
2nd check-up..
nak tengok little baby sihat ke tak..
tengok dia di screen hitam putih..
masih tabah..
bercakap dengan doktor..
masih tabah..
tapi..
bila bercakap dengan nazri..
aku mula menjadi diri aku yang biasa..
perempuan lemah..

empat ~
sudah bercakap dengan kak watie sebentar tadi..
seperti biasa..
mendapat sedikit sinar..
perlu berusaha..
this is not the end of the world..
buas katanya..
owh sayang kakak..
*peluk peluk*

lima ~
hasil 2nd check-up..
little baby tak membesar..
jika sebulan yang lalu..dia sebesar duit 50sen yang cukup bulat..cukup sempurna..
kini..
sudah menjadi bentuk bujur dan tidak lagi bulat tegap seperti sebulan yang lalu..
doktor mengatakan bahawa..
tiada degupan jantung..
baby tidak membesar..
harus digugurkan..
*sedih*
aduh..
*sedih*
luluh hati..
*sedih*
doktor juga menyatakan..ada sesuatu didalam perut aku yang tidak dapat beliau jelaskan..muka beliau nampak risau semasa beliau memberitahu tentang 'sesuatu' itu..katanya..harus dirujuk kepada doktor pakar..bagaimana untuk dikeluarkan 'sesuatu' itu..
sakit kah aku?
apa jawapannya besok..
aku takut..
sesungguhnya aku takut..


p/s ~
~ ada pesanan dari kak watie..yang akan aku turuti..berusaha lebih baik dari menyerah..tapi lupa nak cerita pada kak watie tentang 'sesuatu' dalam perut tu kak..doakan te oke ye kak..



~ aku dirujuk semula ke hospital..tetapi aku meminta selain dari HKL..maka aku dirujuk ke Hospital Selayang..akan kesana esok hari..doakan yang terbaik buat aku..


~ terima kasih kalian..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...