Tabungan

31 March 2010

Festival Kasut Antarabangsa 2010

sah..sudah sah..memang sah..
April ini.
dari 2 hingga 4 April bertempat di PWTC, KL..

aiseh.
time orang sakit la ada festival best.
camner nak pergi nih?
nanti sah sah ada banyak kasut cun-cun pada harga yang menarik kan?
sayangnyer!!!

dengar kata,
kat festival ada macam-macam jenis kasut.

ada Vincci, Bonia, Sembonia, Carlo Rino, Jukebox, Asadi,  Dr. Cardin, Nose, Lewre, Crocodile, John Bird dan Larrie.

bestnyer!!

2 April..
kena rajin makan ubat..
hopefully by this weekend te dah sihat dan kuat!!!!
YEAH!!!!

p/s ~
nak gi leh Encik Nazri?

KPJ Healthcare?

kepala rasa berat..tapi bila letak atas bantal..macam takda beza..mata rasa ngantuk..tapi dodoi diri sendiri..tiada lelap sapa diri..
perut memang sakit..tak nafi..tak boleh batuk..paling seksa masa bersin..
giler rasa macam berputar-putar urat perut..thriller bak kata Michael Jackson..
adik kata "jalan kedek-kedek"..
hahaha..
mahu kemas umah..tapi masih rasa belum ada kudrat..
sapa mahu tolong kemas umah meh angkat tangan.. *senyum*
perlu buat sesuatu..
kalu tak nanti lagi rasa macam tak betul heee..

p/s ~
pening tengok bil semalam..
kata insurans tanggung semua,
tapi masih ada bayaran yang perlu dibayar sendiri..
takpelah, janji aku dan baby selamat :)

tajuk tiada kena mengena ngan entri kan kan :)

update

salam kalian..
terima kasih di atas pendapat kalian yang rata-rata mengatakan lebih sesuai untuk tinggal bersama mami..
terima kasih juga buat mereka yang meminta agar aku berbincang dengan Encik Nazri..

dan kak Rina, Te admitted kat Ampang Puteri, tapi dah kuar dah kakak..sekarang ada dirumah..

sebelum balik semalam, doktor melakukan pemeriksaan ke atas kandungan aku.
Alhamdulillah.
mengikut bentuknye, doktor katakan dia sudah berumur lebih kurang 5 minggu.
dan doktor katakan dia berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah.

dan doktor meminta aku datang bertemunya lagi pada hari Sabtu ini.
maknanya aku tidak boleh pulang ke kampung bersama mami.
sekiranya aku pulang, siapa pula mahu menghantar aku ke sini pada hari Jumaat atau Sabtu kan.
berganda-ganda dan menyusahkan semua ahli keluarga ku.

maka Encik Nazri meminta agar Te tinggal bersamanya disini.
sekiranya pemeriksaan Sabtu ini ok dan akan diikuti dengan pemeriksaan dalam jangka masa yang lebih panjang, maka Encik Nazri membenarkan untuk aku pulang ke Ipoh nanti.

selesai. :)

sekarang aku pening.
dari semalam sudah rasa berputar.
mahu berehat dulu :)

p/s ~

suka idea daddy zuki untuk pasang CCTV dirumah..hehehehe..
lebih kurang macam yang kiter sembang kan kak watie?? hehe..
lelaki mmg takleh dipercayai dah eh? heeee..

tapi masih..
insyaAllah..
Encik Nazri buleh..

Boleh ker bang??

*senyum*

30 March 2010

..mami atau Encik Nazri?

pagi ini bosan sedikit.
Encik Nazri udah pulang seawal pukul 6.00 pagi.
bekerja hari ini.
dapat cuti sehari saja.

selalu bangun pagi, pasti disambut senyuman Encik Nazri.
selalu bangun pagi disisi Encik Nazri, rasa selamat.
tapi,
hari ini disambut senyuman misi penghantar makanan pagi hee.
masih selamat. masih selamat. heeeee..

perut masih sakit.
hopefully boleh sembuh cepat kan kan kan.

mimpi.
mahu buang air kecil.
tapi tidak keluar ditempat selalu.
sebaliknya di 3 lubang yang ditebuk ini.
tak senonoh.
hahaha..

terbaca blog mami semalam.
dia kalau boleh mahu aku pulang ke Ipoh dengannya.
cian dia.
katanya hati tak tenang tinggal aku sendiri ketika masih sakit begini.
Encik Nazri pasti bekerja.
pasti tiada siapa mahu menunggu ku dirumah nanti.
adik ada sehingga 7 April ini.
selepas itu aku bakal keseorangan di rumah.

tapi kalau aku pulang ke kampung,
Encik Nazri bagaimana ya?
nanti dia pula keseorangan di sini.

lagipun nanti bulan 5 nanti pula,
dia bakal keluar stesen selama sebulan.
mahu 2 bulan tak berjumpa nanti.

waduhhhh..

p/s ~
bagaimana ya?

29 March 2010

sakit perut ku

ingatkan mahu meronda-ronda jenguk sahabat semua..
tapi keadaan tak mengizinkan..
duduk macam ni buat otot perut ku sakit..

mohon maaf ya..
dah kuat nanti akan ku jenguk kalian semua ya :)

p/s ~
terima kasih buat yang datang menjenguk :)

28 March 2010

Selamat ditebuk!!

sekarang berada di hospital.
ditemani Encik Nazri yang setia.

ya. aku telah di'tebuk'.
3 tempat di sekitar perut.
hanya untuk membuang sista si penyebab sakit.

masih sakit.
masih sengal.
masih penat.
tapi aku redha.

bila difikir-fikirkan.
apa yang aku minta.
itu lah yang aku dapat.

sejak Isnin lepas.
setiap kali selepas sembahyang,
aku luang masa untuk sembahyang hajat.

hajat aku.
hilangkan sista.
lindungi kandungan ku.
namun tetap aku terima segala kemungkinan dariNya.

hari Sabtu.
hari yang dijanjikan.
kata doktor aku patuhi.
sista harus dibuang.
jika tidak pecah didalam perut dan bertambah-tambah masalah.
dan katanya lagi.
kandungan ku harus dibuang juga kerana berada diluar rahim.

tak putus-putus dugaan.
menangis lagi.
malu lagi.

malu pada Encik Nazri.
tak habis-habis menyusahkan dia.
tapi dia.
sangat kuat.
tidak pernah menunjuk rasa sedih.
hanya tersenyum dan mengatakan semuanya OK.

dan petang itu.
aku dibedah.
pembedahan itu dirakam sepenuhnya.

dan hajat aku untuk dihilangkan sista telah dimakbulkan Tuhan.
walaupun sakitnya Dia saja yang tahu, tapi tetap Dia makbulkan dalam apa cara sekalipun.

dan hajat aku yang satu lagi.
kandungan aku dilindungi, turut dimakbulkanNya.

kandungan aku berada elok didalam rahim.
masih kecil.
awal kandungan.
maka doktor tidak membuangnya memandangkan keadaannya baik saja.

Alhamdulillah.

namun tetap.
aku masih meletak ruang didalam diri untuk menerima segala kemungkinan di masa hadapan.
namun tetap.
aku redha dengan segala ketentuan dariNya.
kerana itu saja yang aku mampu lakukan setelah apa yang berlaku.

aku juga mohon perlindungan buat mami tersayang kerana bekejar dari Ipoh sebaik mendengar perkabaran pembedahan ku.
kalut.
itu saja mampu aku luah.
tapi.
melihat wajah dia sebaik saja sedar dari lena, buat aku terasa seperti kanak-kanak berumur 5 tahun.
gembira tak terkata.

dan Encik Nazri.
yang penat tidur di bangku kayu ditempek senyum ketika tidur.
sayu aku lihat penat dirinya.
tak mampu aku balas pengorbanan mereka.

buat adik ku fairoz dan abang ku faizal yang membawa mami ke sini.
buat adik ku putri yang menemani mami ketika hati nya kacau bilau.
tak terbalas kerisauan mereka.

semua udah selesai.
perut ku masih sakit.
jangan buat aku ketawa.
kerana itu mengundang rasa sakit. :p
jangan bagi aku rambutan.
kerana batuk menarik semua urat perut ku. :p

aku diberi cuti sakit selama 4 minggu.
bagi memastikan perut aku sembuh sepenuhnya.
dan bagi memastikan kandungan ku membesar dengan baik :)

terima kasih di atas perhatian kalian.
terima kasih di atas doa kalian.
tiada apa yang lebih baik dari doa-doa kalian.


p/s ~
ngeri tengok video pembedahan.
sista itu sebesar penumbuk.
bagaimana boleh berada dalam perut?

Alhamdulillah syukur pada Tuhan bahawa aku masih bernyawa :)

27 March 2010

Award

tengah berdebar..
nak pi klinik tengok keadaan baby..
tapi singgah dulu di blog tash dan meera :).
atas urusan mengambil award.

sana sini tengok orang dapat award.
ingatkan takde orang nak bagi.

rupa2nya ada jugak yang ingat kat aku he.

thanks tash dan meera.
so aku amik ya award itu :)



macam biasa ada tugasnya kalu dah amik award.
kena sertakan tujuh fakta tentang diri.

oke.bagi yang simple2 ajer.

1. anak perempuan pertama dalam keluarga.
2. dah jadi isteri orang.
3. mahu jadi emak orang, tapi tak tau lagi kata akhir.
4. kerja dengan Tourism Malaysia.
5. suka kasut.
6. suka nyanyi.
7. sayang Encik Nazri :)

pastu kena link pada orang2 lain.
takut la nak link.
kang takde orang nak wat hee..
tapi yang pastinya.
sapasaje yang ziarah blog ni layak dapat oke.

p/s ~
doakan kandungan aku selamat yer.
nak gi kklinik jap.
tata :)

26 March 2010

Mohon yang terbaik

tak tahu bagaimana harus aku mulakan.
dari mula mungkin.

dari aku membeli 'stick' di farmasi.
dari pagi aku mencuba 'stick' itu.
dari mula 'stick' itu menunjukkan lambang positif!

ya! aku mengandung!
dan aku bahagia! demi Tuhan, inilah yang aku harapkan :)

cuma,
hari Isnin lepas.
aku ke klinik untuk memastikan bahawa kandungan ini sihat.

tapi.
nampaknya dugaan lagi.

ada dua masalah.

satu.
ada 'cyst' sebesar sebiji cawan disebelah ovari kanan ku.
sangat besar.
dan doktor menyatakan rasa risau jika 'cyst' itu pecah atau berpusing.

dua.
ada darah disekitar janinku.
kemungkinan, ia adalah kandungan luar rahim.

doktor memberi tempoh sehingga sabtu (esok) untuk memerhatikan perkembangan janin.
bermakna.
yang terbaik untuk kandungan ini.

p/s ~
mohon yang terbaik untuk kandungan ini.
namun, tetap aku redha dengan segala kemungkinan.
doakan aku ya :)

21 March 2010

sibuk mengalahkan Perdana Menteri

hehehe.
tajuk macam gempak.

aku mahu memohon maaf pada kalian.
susah untuk aku berbasikal ke tempat kalian buat masa ini.
ada urusan perlu diselesaikan.

usai segala urusan.
aku janji akan menjenguk kalian semula ya.

terima kasih buat penziarah setia.
yang terbaik ku doakan untuk kalian.

p/s ~
menang macam tak menang.
tapi dapat juga bawa RM100 pulang dari tournament bowling tadi.
ihiks.
Alhamdulillah.
:)

20 March 2010

AKADEMI FANTASIA 8

teringat zaman-zaman belajar dulu.
masa tu, tengah panas akademi Fantasia Musim Ke-2.
masa tu, zaman zahid and the geng.

teringat juga zaman tu lah zaman nak mengorat nazri *maaf mami, ngorat cara baik tau :)*
jadi mintak nazri teman kan aku dan niena tengok konsert AF kat kedai makan.
disebabkan nak tunggu konsert sampai habis, terpaksa la diganti dengan berdozen-dozen cawan air atas meja hahaha.

tapi zaman tu, AF sangat best.
bebudak dia sangat sporting.
takde la nak musuh-musuh.
takde la nak wat puak-puak.

teringat time Zahid wat gila masa Linda nyanyi lagu 60-an tu.
teringat time Kaer nyanyi lagu Ikhlas tapi Jauh.
teringat time Linda nyanyi lagu Panti Asuhan.

secara peribadi, AF2 paling mantop.
dari segi nyanyian, persahabatan, persembahan, segalanya.

so hari ni, harapan besar terhadap AF8.
tapi nampaknya takleh lawan la AF2.
walaupun, sedikit mengakui, ada diantara mereka yang memang berbakat.
kagum dengan peserta yang nyanyi lagu Jac tadi.
pergh. walaupun dikatakan menjerit oleh juri, tapi tetap, dia seharusnya diberi pujian.

sedikit tidak suka dengan salah seorang peserta lelaki.
yang mana sangat setuju dengan Aznil bahawa suaranya mengingatkan pada iklan "pakcik menang motor".

tapi masih.
bukan senang la nak nyanyi atas pentas tu.
dengan audience beratus-ratus kat situ.
nak hadapi nervous lagi.
tetap pujian harus diberikan atas keberanian diorang.

nak bayang diri sendiri nyanyi.
harus dari mula zampai akhir Adlin kritik aku kot hahaha.

apa pendapat kalian.
oke tak AF kali ni??
kongsi jom.. :)

p/s ~
besok ada tournament bowling.
wish me luck ya :)
habis bowling, dah pakat nak karok ngn kawan-kawan.
seronoknya :)

15 March 2010

patah sayap hempas ke bumi

orang kata,
Tuhan bagi kita dugaan sebab Tuhan sayangkan kita.
persoalannya.
benarkah kerana Dia sayang?
ataupun itu adalah balasan dariNya pada kita yang alpa atas kemewahan yang dah dicurah tanpa rasa jemu?

Tatkala ini,
hati dia masih gundah.
Dia senyum, kenyit mata, lempar ciuman terbang pada aku.
Tapi aku tahu,
hati dia menjerit.
mencari mana salah. mencari mana punca.

dia terlalu hebat.
tidak pernah menunjuk sedih di hadapan aku.
tidak pernah berkata pilu secara jujur dan tulus dari bibir.
mata pandang jalan lurus.
mulut ukir senyum palsu.

aku hidup dengan dia.
bukan sehari dua.
aku tahu lakonan dia.
aku tahu gerak tarinya.
aku tahu corak permainan dia.
sentiasa kelihatan angkuh dan ampuh.
tidak pernah menolak ego luntur ke lutut.
hidung terpacak ke atas menahan kata.

sesekali tekeluar kata-kata makian dari mulut.
aku hanya mampu mendengar dan melihat terus ke mata dia.
berat dugaan dia.
berat bahu menampung beban.
siapalah aku yang hanya mendengar.

sesekali menghela nafas berat.
seberat rasa yang dikumpul di hati.

sesekali lirik senyum pada aku.
tanda dia kuat dalam lemah.

sesekali aku pandang ke luar tingkap,
memikir kata memujuk hati arjuna.

benar.
setiap orang, dugaannya berbeza.
orang kata, pasti ada hikmahnya.
dan hanya itu mampu aku utarakan padanya.
tapi apa hikmahnya.
biarlah Tuhan yang tentukan.
aku tidak pernah lihat dia menindas sesiapa.
tapi aku tidak faham kenapa dia ditindas.
aku tidak pernah lihat dia menyakiti sesiapa.
tapi kenapa hatinya disiat-siat.

kepada dia.
aku disini.
setia berdiri menunggu kamu.
jangan pernah rasa sendiri.
jangan pernah rasa lesu.
kerna aku ada.
hanya untuk buang rasa sendu.
susah senang kita harung bersama.

p/s ~
mohon permudahkan segala urusan.
Amin.
Segala puji-pujian hanya untukMu.

jangan marah kerana aku menulis disini..
aku sayang kamu :)

Laporan Kaji Cuaca Kata Hari Ini Mendung

hari tak bermula dengan baik.
sampai di opis.
sunyi.
pandang atas.
nampak macam ada awan hitam.
masih sarat takung air.
tunggu masa untuk pecah.

bilik sudah lain.
ada kotak yang sudah hilang.
dikemas mungkin.
terima kasih.

hati rasa sebu.
tekak rasa pahit.
jiwa rasa kosong.

tak tahu apa punca.
mata masih mencari.
hati masih mentafsir.
punca.

aku sandar sendiri.
waktu berjalan sepi.
aku masih sendiri.
fikir jalan sunyi.

muka lukis garis senyum.
tapi hati kata
"sesuatu yang hitam bakal tercalit hari ini"

apakah?
bilakah?

Robbi Yasir Wala Tu Asir.

p/s ~
aku rasa tidak sedap hati.

14 March 2010

sila berlaku jujur..kalau tidak..para-para marah..lalalala..

dah lama tau.
dah lama tak dapat penghargaan.
selalu kena marah aje.
selalu kena buli.
selalu kena gelak.
selalu kena kutuk.
selalu kena tikam dari belakang.

tapi kini berlainan sedikit. *lalalalala*
aku dapat 'award' lah.

*senyum*
pentingkah dapat award?
*kuang kuang kuang*
penting tak penting, bagi aku, tetap, bila kita diberi award, maka maksudnya,
kewujudan kita disedari.

*lalalalala*
betul kan?
ada pendapat lain?

*ihiks*
jadi dengan serendah-rendah hati, aku ucapkan terima kasih kepada para-para pemberi 'award'
Encik Para *senyum nampak gigi putih*
Encik Para ni baik,
dia baru saja aku kenali dalam dunia atas talian ini.
tapi Encik Para sangat rajin menjenguk aku di laman kecil ku ini.
Harap nanti kita terus berkawan baik di dunia ini kay :)

jadi, tampal dulu award.

The award came with request to share  
10 honest truths about me:

walau bagaimanapun, 'award' ini datang dengan tugas tau.
tugasnya ialah "10 honest truths about me".
pergh, mencabar!!
*Encik Para-Para, apsal kasik menda ni kat saya eh?*

tapi tak mengapa, permintaan harus dipenuhi..lagi pun, tak salah bersikap jujur..
*tipu skit leh Encik Para-Para yer hehehe..*

wokeh..10 perkara yang benar@jujur tentang saya ~

1.  aku seorang Wanita yang bernama Wanita Binti Abd Mutalib.

2.  sudah bersuami - Encik Nazri - tapi belum punya anak. *mahu satu wink wink*

3.  dulu kerja bank, tapi sangat tak mampu menahan cabaran yang menggunung, lautan berapi yang
     luas *cit* maka aku beralih arah, beralih angin, jadi Pegawai Kerajaan. masih mencabar oke.
     tau kenapa mencabar? sebab... owh tak boleh cerita. nanti kena 'senarai hitam' *lalala*

*laa baru 3, macam dah banyak, oke sambung lagi..sat eh Encik Para-Para, nak pi mengorek kebenaran jap :)*

4.  suka makan coklat dan aiskrim. yang ini dah memang terserlah kebenarannya. bak kata orang -
     'see the leg' la.. tahu kenapa 'see the leg'? sebab leg aku dah tak macam leg *lalalala*

5.  suka main bowling. ada bola sendiri. tapi masih tak pandai main. tak konsisten. cepat penat.
     markah cepat jatuh. praktis banyak kali pun, masih tak jumpa corak permainan sendiri.
     *wah!!! ala-ala pro gitu cit* :)

6.  suka menyanyi. *malu* tapi suka-suka saja. *lalalalala*

7.  suka berjalan. tapi baru sekejap berjalan. dah bising sakit kaki. 'again, see the leg la" *ihiks*

8.  sangat suka kucing. rumah kat ipoh@kampung, ada la kucing. mintak satu nak bawak ke sini.
     tapi mami tak bagi. nak beli. mahal sangat la pulak hehehe..

9.  cepat mengelabah. bila rasa-rasa adrenalin tuh penuh tangki, mula la cakap merepek ajer.

10. melatah. full stop. tapi melatah stage satu yang mana korang takkan perasan aku melatah.
     *lalalalala*


boleh tak Encik Para-Para :). well. lulus. *sendiri jatuh hukum wakakakaka*

oke next. 10 orang yang akan diperturunkan tugas dan diberi award di atas ini ialah :-
10 orang yang komen paling awal dalam entri sebelum ini dan mereka ialah :-

1.  Cikgu Nur;
2.  Adik Meera yang cute;
3.  Adik Miss... yang rajin komen di laman ini;
4.  Bro Sha...sila buat ye bro hehehe..
5.  Adik Fid yang Rajin unpdate blog;
6.  Adik Meniti Senja juga rajin lawat blog ini, tq :);
7.  Embun di tengah malam :) nanti kakak lawat kamu;
8.  Adik Amie, sudah baik kah gigi kamu dik?;
9.  apiih; tak sempat lagi nak jenguk dia; dan
10. saya-arief, pun sat lagi baru nak gi melawat :)

jadi rakan-rakan, silalah jujur sejujur jujurnya demi kebaikan kita bersama.. *lalalalalala*
nanti aku round table, nak semak jawapan korang semua kay :)

p/s#1 ~
again, thanks Encik Para-Para for this award :)

p/s#2 ~
kalian. 
aku mohon maaf.
sejujurnya untuk entri 1680 -
itu bukanlah gambar kucing yang ada kat Wangsa Walk tuh.
itu gambar kucing dalam Yahoo Images.
gambar ihsan.
sowee tak letak tag 'itu hanya gambar hiasan'
yang pasti, that kucing lagi cantik dari itu.
jujur.
sowee buat kalian 'confuse'..
sowee sowee.. 
*jujurkan?* 
:p

seribu enam ratus lapan puluh hinggit

semalam,pergi jalan-jalan.
haruslah kan.
kata hari sabtu?
hari bersantai.

pergi Wangsa Walk.
niat nak berlatih bowling.
Ahad depan ada 'tournament'.
macam la menang kan. *konon*
tapi saja la.
praktis la juga. *kuang kuang kuang*

tapi ini bukan pasal tournament ke apa.
ni pasal binatang spesis tora milik alvin.

pergi kedai binatang.
wa....
menangis.
tengok anak kucing.
baru 3 bulan.
sangat comel.
niat hati kalu setakat 6rat memang bawak balik terus.
sekali tanya amoi kedai tu, dia jawab 'ini anak kucing harga 1680!

waduh-waduh.
nangis la.
tangkap leleh kejap.
anak kucing tu pun macam dah bagi signal.
*tolong la bawak wa balik. wa muda lagi. wa tak mau la duk dalam sarang kecik ni lama-lama*
aku sua tangan kat dia. dia keluarkan tangan dari sarang, capai tangan wa.
*high five!!*
waduh. kasi bikin hati aku cair.
tapi apakan daya.
1680.

Encik Nazri kata, dari beli anak kucing, baik la beli lense kamera dia.

waduh.


p/s ~
alvin, 
ulangtahun perkahwinan kakak sudah dekat.
kedai tu dekat wangsa walk.
nanti kakak email alamat kakak.
wat penghantaran terus kay.
terima kasih :p
lalalalalala..

12 March 2010

Wonder Baby VS Wonder Girl

dua tiga hari ni, banyak berjalan ke TiubKamu *sila baca YouTube ahaks ahaks*.
masa kat Ipoh hari tu, Ayop ada tunjuk satu klip video budak kecik nari-nari lagu Wonder Girl..
owh sangat comel..
kongsi dengan kamu semua ya..

*senyum*


video

p/s ~
mahu anak comel macam ini boleh?
lalalalala..
:p

11 March 2010

Aku dah biasa KECEWA

semalam kan demam.
tapi aku pergi juga ke pejabat sebab ada kerja.
tapi memang tak fokus sebab kejap-kejap rasa pening,
kejap-kejap rasa nak baring.

Jumaat nanti ada mesyuarat, dan ada kerja SULIT mahu 'settle'.

tapi masuk pukul 3.00 petang, badan makin rasa penat.
dah tak tahan dah.
nazri pulak telefon, udah mahu datang jemput.

jadi, aku turun tingkat 6, pergi klinik Salma.

pendek cerita.
masa jumpa doktor ~

Doktor ~ badan rasa apa macam?

Aku ~ selsema, sakit tekak, batuk, pening..

Doktor ~ cek temperature dulu..

~~~~~~~~ 37.6

Doktor ~ ada demam sikit baring sana.

~~~~~~~~

Doktor ~ period oke?

Aku ~ bulan ni tak period. dah lewat 2 minggu.

Doktor ~ *senyum*

Aku ~ eh tak tak. saya dah test dah. takde. negatif. satu line ajer. *hampa*

Doktor ~ you pernah mengandung kan? dalam report.....?

Aku ~ saya keguguran, masa tu kandungan saya dah 2 bulan.. *sedih*

Doktor ~ takpa, kite test satu kali lagi *senyum*

~~~~~~~~~ *jangan bagi aku harapan la doktor, tapi.. takpe.. aku dah biasa kecewa*

lepas urine test

~~~~~~~~~

Doktor ~ memang negatif. takpa. cuba lagi.

Aku ~ ok *aku dah kata, aku dah biasa kecewa*

Doktor ~ balik rehat, esok I kasi MC.. you jangan risau.. you boleh..

Aku ~ ok *aku dah kata, aku dah biasa kecewa*

~~~~~~~~~~


p/s ~
hampa..

10 March 2010

bila orang sakit bercakap

selsema..
batuk..
sakit tekak..
mata panas..
demam..

p/s ~
hilang kekuatan..

09 March 2010

mee goreng mamak or mee mamak goreng??

tadi lepas kerja, makan dengan Encik Nazri di Restoran NZ, Wangsa Maju.

Encik Nazri ~ bang! bang! *sambil melambai-lambai tangan memanggil pelayan.

Pelayan ~ mahu order?

Encik Nazri ~ teh o ais satu, milo ais satu.

Pelayan ~ makan?

Encik Nazri ~ takpa, saya mahu nasik. ita? *sambil merenung aku.

Te ~ Mee mamak goreng satu *senyum kerang busuk

Pelayan ~ *merenung tajam. mee goreng mamak la! *suara keras

Te ~ amboi marah nya.. *dalam hati dan sambil tahan malu...


p/s ~ 
mee goreng mamak ker?
mee mamak goreng??
aku ikut sedap mulut ajer hee..
ihiks ihiks..

08 March 2010

hadiah terhebat : hari Wanita : Fafau dan FBI telefon aku la!!! :)

barangkali, ini hadiah paling baik yang pernah aku terima dari seseorang yang bergelar sahabat.
jika ditanya siapa yang aku minat, pasti jawab ku Fara Fauzana.
jika ditanya siapa yang aku ingin jumpa, pasti jawab ku Faizal Ismail.
pendek kata, pagiku ditemani dengan keletah mereka berdua dalam rancangan Hot FM AM Krew.

namun pagi ini agak berbeza sedikitlah kiranya.
kerana hari ini, Hari Wanita!!!

ya ya...
ucapan selamat buat semua wanita di luar sana.
tak lupa untuk diri sendiri.

dan ucapan teristimewa buat mami tercinta.
mami yang terhebat!! percayalah mami sayang.

dan pagi ini juga aku mendapat panggilan dari seorang rakan ku.
bertanyakan sama ada aku mendengar Hot FM seperti biasa.
ya jawab ku pasti.
lalu dia pun menawarkan perbualan singkat dengan Fara Fauzana dan FBI..
wah haruslah aku ingin gilak!!!!
katanya dia akan usahakan agar Fafau dan FBI mengetahui adanya aku yang bernama Wanita dan berusaha agar mereka menelefon aku.

hasilnya.
Mereka berdua menelefon aku pada kira-kira pukul 8.30 pagi..
gila aku bahagia hahahahaha..

dah lama aku berusaha menembus talian.
semata-mata mahu bercakap dengan mereka berdua.
tapi hari ini mereka sendiri menelefon aku.

wah bahagia.
seronok.
katakan saja.
aku seronok dapat bercakap dengan mereka.

oh ya, aku juga dapat hamper daripada mereka nanti ya *ihiks*

maka aku jadi terkenal sebentar.
satu satu kawan ku datang ke bilik dan bertanya sama ada benar aku wanita yang Hot FM telefon sebentar tadi.

*ihiks*
ya benar!!
aku yang mereka telefon.
Aku yang bernama, Wanita Abd Mutalib *senyum menggila*

p/s ~
terima kasih sekali buat rakan ku Ahmad Izzudin kerana memberi hadiah sebegini hebat pada Hari Wanita 8 Mac 2010 :)

06 March 2010

kehilangan itu satu kesakitan : dalam kenangan Dak Utih

tika ini sejujurnya aku kehilangan kata.
mata bertakung menahan jatuhnya titis itu ke bumi.
kehilangan adalah satu keadaan yang sangat ditakuti oleh semua yang hidup.
kehilangan itu adalah satu penderitaan yang mana cara penerimaannya adalah berbeza-beza.
kehilangan itu adalah satu kesakitan.
tambahan pula jika kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang amat kita sayangi.

aku hadir di dunia blog dan disambut oleh dia.
si dia yang punya banyak penjaga.
dia yang menyayangi dan disayangi oleh kucing-kucingnya.

baru ini rakan-rakan disini gempar dengan kehilangan dak oyen.
dan hingga kini masih belum ketemu.

selepas itu dak kimo kehilangan mata, namun masih gagah mengharung hidup berbekal sebelah mata dan berteman tuannya yang setia itu.

tapi kini rakan ku ted| diuji lagi.
ted| kehilangan dak utih.

Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati ted| dengan pemergian dak utih.
Tuhan saja yang tahu betapa luluh juga hati kami disini wahai sahabat ku ted|.

setiap entri mu disogok dengan gambar-gambar manja dak utih.
gembira dan tenang hari kami dengan keletah manja dak utih.
kami juga hidup bersama dak utih wahai sahabat ku ted|.
dan ini semua kerana kamu yang sangat ikhlas membawanya dekat kepada kami.

kehilangan dia sangat dirasai oleh semua.
percaya atau tidak, terlalu ramai yang berduka dengan kehilangan mu ini wahai sahabat.

dak utih selamat disana.
dia bermain di taman yang indah.
dia ada disana dan berada dalam keadaan sihat.
dia menunggu kamu wahai sahabat.
InsyaAllah.

maka sahabat ku ted|.
benar kamu perlukan masa untuk melupakan dia, sepertimana aku melupakan Puteh.

ambillah masa kamu wahai sahabat.
kami sentiasa menyokong kamu disini.

p/s ~
berehat, tidur dan jagalah kembali,
disini kami sabar menanti.

05 March 2010

pulang ke kampung jumpa mami

mahu pulang..
mami dah tak sabar..
dia menunggu di sini..

i love u mami!!

p/s ~
semoga selamat sampai ipoh :)

Dato' Siti Kata "I Surrender"

haaa. ini bukan gosip terbaru. ini beliau nyanyi.bukan beliau kata 'surrender' pun. *senyum usik*
berjalan ke sana ke mari tanpa henti. singgah di tube kamu *baca youtube* :p terjumpa video klip ini.

secara jujur, aku bukan peminat setia Dato' Siti. tetapi jujur juga aku katakan aku meminati suara lunaknya itu.

setelah sekian lama Dato' Siti berada dalam industri ini, aku rasakan belum pernah namanya tercalar atas kesilapan sendiri. maksud aku, tidak ada cerita negatif tentangnya, tidak ada kes penangkapan kerana dadah atau perkara-perkara lain yang sering menimpa segelintir artis-artis lain di Malaysia.

namun masih, pernah juga Dato' Siti turun naik mahkamah berikutan kes samannya terhadap satu artis lain yang dikatakan telah memfitnah beliau.

tetap, aku mengakumi dia. suaranya tetap yang paling hebat. personalitinya tetap anggun. caranya tetap ada 'class'!!..

mahu atau tidak, umum pasti terpaksa mengakui bahawa wanita ini sememangnya hebat.

semasa aku singgah di YouTube tadi, banyak juga komen negatif yang diberikan. persoalannya..? kenapa mahu mengutuk artis kita sendiri? kenapa mahu mengutuk suara seorang wanita yang ternyata memang mantap? yang mengutuk itu bolehkah menyanyi sebegitu rupa? kenapa mahu mempertikaikan kehebatan beliau? sengaja mahu membuat unggun api di tepi sungai barangkali..

aku tegaskan, aku sememangnya bukan peminat fanatik beliau tetapi aku mengagumi bakat dan pencapaian beliau.

manusia tidak sempurna. sedikit sebanyak pasti tersalah langkah dan membuat kesilapan. masing-masing punya cara dan kemahuan sendiri.

perbezaan itu indah..
perbezaan itu warna dunia..
mari cantum semua warna..
ah!! sangat indah la weh!! :)


p/s ~
sangat suka lagu ini..
tak sangka Dato' Siti ada nyanyi lagu nih..
tangkap leleh sekejap..

leh ajar te camner nak letak video dalam entri tak?
terima kasih :)

04 March 2010

Syafia Humairah..pemergian penuh tragis..

sana sini orang berkata tentang perkara ini. kalau bertanya pada budak darjah 1 sekalipun, pasti mereka tahu siapa rakan mereka ini. hidupnya penuh derita. perginya juga dengan derita.

dari apa yang aku baca, apa yang aku dengar, khabarnya anak malang ini sering didera dari dulu lagi. walaupun matinya di tangan teman lelaki ibunya yang durjana, tetap ada yang mengatakan bahawa penderaan tersebut bukan hanya dari sisi lelaki itu tetapi ada juga dari tangan ibu muda itu sendiri.

selalu jika kita lihat kepada permasalahan, dari segi logiknya, harus kita melihat kepada puncanya terlebih dahulu. seperti pelajar membuat permasalah matematik. membuat uji kaji di makmal. membuat hipotesis. semuanya harus bermula dari asas.

maka asasnya disini, aku lihat agak goyah. tidak stabil. pincang.

si ibu masih punya suami, belum diceraikan, tetapi telah bersekedudukan dengan teman lelaki itu lebih kurang 6 tahun.
suami si ibu, berada dalam penjara kerana kesalahan membunuh.
si ibu pula menyara kehidupan dengan bekerja sebagai promoter di Ibu Kota. TETAPI, ada juga sumber yang mengatakan bahawa pada malamnya si ibu membuat 'part time'.
teman lelaki menghantar si ibu pergi dan pulang dari kerja 'part time'nya.
teman lelaki dikatakan 'menjaga' si ibu itu tadi.
si ibu dan teman lelaki juga telah mempunyai anak luar nikah berumur setahun lebih dan seorang lagi bakal menjenguk dunia ini sedikit masa lagi.
parah??!!

itu asas keluarga tersebut.
lihat pula hari kejadian.

teman lelaki itu dikatakan memakai kasut bola. kamu tahukan kasut bola. tapaknya penuh dengan 'duri'.
teman lelaki menyuruh anak malang mengutip bola tersebut ditengah padang.
anak malang memegang bola dan teman lelaki menendang bola tersebut semasa bola masih tegap peluk didada.
dan selepas itu, bermacam-macam lagi lah serangan tanpa belas yang dilakukan terhadap anak malang tersebut.

dan pengakhiran.

si ibu menangis syahdu. orang-orang sekeliling melihat penuh sayu. sedikit sebanyak tertipu dengan topeng palsu.

aku tidak tahu mengapa. tapi aku secara peribadi kurang mempercayai si ibu. asas goyah. kejadiannya ngeri. topengnya palsu.

sedikit demi sedikit kebenaran cerita ini mula diketahui umum.

bagaimana mereka boleh berkesedudukan sehingga punya anak luar nikah.
apa kerja ibu yang menampung hidup mereka dari dahulu.
semua mula diketahui umum.

mana mahu diletak muka. masih lagi mampu memutar kata.

dunia terpegun dengan kisah benar penuh derita ini. bagaimana anak kecil berumur 3 tahun itu dapat memikul beban itu. didera. dipukul. ditendang. dilambung.

apa sudah hilang sisi perikemanusiaan dalam hidup. mana pergi belas kasihan. mana pergi kata simpati. mengapa hati mengalahkan binatang. mengapa muka bertopeng syaitan.

dunia sudah tidak selamat. dunia sudah gelap.

p/s ~
masih belum terima hakikat kenapa saksi-saksi kejadian tidak membantu anak malang itu.
 

03 March 2010

warna warni wangi busuk cantik buruk

kamu bangun pagi, kamu rasa gembira, kamu rasa penuh semangat, rasa macam ada singa mahu melompat keluar, kamu mandi dengan senyum tempek di muka, kamu kenyit-kenyit mata depan cermin, muncung-muncung mulut macam model, kamu joget-joget macam sehati berdansa, pendek kata kamu gembira. orang putih kata, 'happy'..

tapi, sampai pejabat, ceria kamu hilang begitu saja. belon tulis gembira, belon warna merah, belon berbau strawberry, yang kamu ikat di jari telunjuk, tiba-tiba pecah, meletup begitu saja..

jarum yang mencucuk pula ada banyak jenis..

ada yang dari jenis pentadbir yang punya banyak warna diri. sekejap merah menyala mahu menyinga. sekejap warna merah jambu tersenyum. sekejap warna biru tanda benar dia tegas.

dari jenis rakan sebaya yang punya banyak sisi. belah kanan, sanggup dia tumpangkan bahu untuk menangis. belah kiri, sanggup dia berbisik kata nista kepada orang lain sehingga orang lain menyisih kamu.

dari jenis unggas-unggas yang sesekali datang terbang dekat telinga. kasi gatal sikit telinga. garu-garu. tepis-tepis. lalu lari. datang beri masalah. kemudian terbang pergi tinggal bunyi desing saja.

dunia penuh warna.
dunia penuh nada.
itu yang dinamakan dunia.

kalau semua warna merah. pasti tiada lampu isyarat. pasti semua kenderaan tegun tak bergerak.

bunga bau wangi.
sampah bau busuk.
kalau sampah bau wangi. dah tentu tak dipanggil sampah.
kalau bunga bau busuk. itu bunga taik ayam namanya :)

kenapa mesti ada cantik dan buruk.
itu semua hanya sis berlawanan.
semua kejadian ada sebabnya.
walau buruk pasti ada lebihnya.
walau cantik pasti ada kurangnya.

hidup ini biar seimbang.
cari sisi salah.
imbang sendiri supaya kembali sama rata.

semua atas diri.

p/s ~
semua atas diri.
guna akal wahai wanita abd mutalib.
jangan cepat mengalah.

ustazah pun boleh terlanjur??bikin malu ustazah sedunia..

halahai dunia dunia..
apalah nak jadi kan?
sekejap begini, sekejap begitu. Tunggang terbalik dah rasanya.

kalau dulu, jalan-jalan tepi jalan, terserempak dengan gadis manis aww pakai seksi meksi, pasti dah ada yang beranggapan mereka ni sangat sosial. terdedah dengan kehidupan malam yang liar. tidak pandai menjaga diri. atau dalam erti kata lain. pasti dah barai. pasti dah pernah wat tut tut. pasti dah terlanjur.

kalau dulu, jarang lah kita dengar tentang suami atau isteri yang makan luar.
hmm.. apatah lagi isteri. sangat jarang lah.

tapi kini, perkara-perkara begini macam dah jadi perkara biasa. kan? orang yang dah berkahwin pun dah tak aman. si isteri takut si suami main kayu tiga. si suami juga pun menghadapi masalah yang sama, risaukan isteri main kayu tiga belas.

tapi mana nak buatnya. nak suruh isteri duk umah? perempuan zaman sekarang bukan macam perempuan zaman dedulu. yelah! zaman dedulu, tempat perempuan kan ke kat ceruk dapur. melayan suami, melayan keluarga. tapi zaman sekarang tidak lagi. zaman sekarang sudah moden. isteri membantu suami mencari nafkah supaya kehidupan lebih terjamin. yang mana aku sangat bersetuju dengan konsep ini.

zaman sekarang semua mahal beb. nak masuk toilet pun kena bayar. letak kereta tepi jalan pun kena saman. semua nak pakai duit. maka selari dengan keperluan saling tolong-menolong, tak salah kiranya kalau isteri membantu suami dengan mencari pendapatan sendiri.

masalahnya, perempuan makin bijak. dan bila perempuan mula bekerja, pelbagai pengalaman baru yang mereka terima dan ini membuatkan mereka lebih ligat berfikir. dan bila otak sudah mula befikir, jaga-jaga wahai lelaki, kami lebih banyak akal daripada kamu semua. kalau tidak, takkanlah perempuan pun sudah mula menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran. yang membuat kan kaum lelaki risau sangat kan? sampai keluar dalam surat khabar yang mengatakan perempuan menguasai pentadbiran awam. apa kes?

tapi masih, secara jujur, sebagai seorang perempuan, aku tetap mengakui, perempuan tetap di bawah lelaki. Dalam islam juga, ketua keluarga adalah lelaki. jika setinggi mana pun kerja si peempuan itu di luar sana, sekembalinya ke rumah, kata suami juga lah yang harus kita turuti.

teringat ada satu cerita cerekarama dulu-dulu. aku sangat menyukai cerita tersebut. pelakonnya Azizah Mahzan dengan Sidi Oraza. si isteri sangat-sangat menghina si suami kerana si suami tidak punya kerja yang bagus. gila! sangat kurang ajar itu perempuan. tapi dalam diam, sebenarnya si suami punya empayar besar yang lebih gah daripada syarikat milik si isteri. ending dia sangat best. waduh kok lupa tajuknya :)

wah panjang lak intro.
sebenarnya apa yang hendak aku ulas di sini adalah tentang si Ustazah yang terlanjur dengan kekasih hatinya.
apa yang lebih menyedihkan, ketika si isteri lemas dalam dakapan teman lelaki berstatus duda itu, suaminya yang sebenar sedang berada di Tanah Suci Makkah.
dan yang menambah perisa dalam kisah ini, Ustazah tersebut dipercayai dah beberapa kali terlanjur dengan bunga hati duda itu. cit! tak malu betul.

jadi macam mana tu?
pakai tudung labuh.
status ustazah.
lulusan bidang agama universiti Timur Tengah.
tapi tetap hanyut dengan godaan syaitan.

kerana nila setitik. habis takleh minum susu satu tempayan.
kerana dia, sedikit sebanyak ustazah-ustazah yang lain rasa malu tau.
harap-harap, janganlah menyalahkan semua Ustazah-Ustazah yang ada.
Ustazah ini aje yang terlepas muka depan surat khabar.

tapi, bayangkan..
macam mana kalau tengah mengajar, ustazah tanya, "anak-anak, ada apa-apa soalan?"
maka seorang anak angkat tangan dan bertanya, "ustazah? kenapa ustazah terlanjur? terlanjur tu apa? mak kata ada ustazah terlanjur.."

erk! haru beb haru..


p/s ~
baca sini untuk kisah Ustazah Terlanjur.  
malu malu malu.

02 March 2010

kamu bukan artis..tapi kamu kawan kami disini!! selamat kembali ted|.. :)

secara peribadi ingin aku ucapkan selamat kembali kepada ted|. Yeay!! ted| sudah kembali. aku selalu menjenguk laman rumah ted|. sunyi. sepi. sesekali mengetuk nuffnangnya. *ihiks* besok kembali lagi. sepi lagi. risau aku. hilang teruskah dia. tapi sesekali dia kembali. menceritakan perihal dak Oyen. kemudian kembali menceritakan kisah perit dak Kimo. perit untuk dia, perit juga untuk kami di sini. cubit peha kanan, peha kiri terasa ngilunya. tambahan pula, minat terhadap kucing turut dikongsi bersama. risau dia terhadap dak Oyen dan dak Kimo sangat-sangat aku fahami. mereka yang tidak punya rasa apa terhadap kucing takkan pernah faham perasaan ini.

tapi kini dia telah kembali. seronok. rupa-rupanya masalah pakcik TM. halahai. ada-ada saja pakcik TM nih. mujur semua sudah kembali normal. bolehlah ted| berblog seperti biasa ya :).

Walaupun dak Oyen masih belum pulang tapi aku harap ted| akan sentiasa tabah menunggu.

dan tentang dak Kimo, pasti sememangnya dak Kimo sangat berterima kasih kepada kamu ted| atas segala usaha yang kamu lakukan terhadap dia.

semoga kamu sentiasa tabah dan kami sentiasa bersama kamu :)

 

p/s ~ 
dak Kimo menjadi pujaan sekarang kan ted| :)
seksi dengan mata lanunnya itu hee..

01 March 2010

I KNOW WHAT YOU DID LAST WEEKEND!!

macam seram..tapi tak seram kan..lagipun..aku taknak masuk la kontest kisah seram tu..aku tak pandai la bercerita..tapi kalau live oke...meh datang jumpa aku,aku cerita kisah-kisah seram..oke tak hehe..

tapi untuk entri ni,aku bukan nak bercerita tentang kisah tu la..nak cerita apa aku buat sabtu dan ahad lepas..

aku pergi meneman anak sedara lawan tenis..ada tournament woo...seronok giler...walaupun penat..sebab sabtu dan ahad kena stay sana..tapi sangat seronok..dapat tengok anak sedara aku main tenis..memang kagum...cantik giler bola-bola yang dia bagi..walaupun kalah..tapi tak boleh kata apa la..lawan dia semua nyer senior..walaupun kecik-kecik..tapi diorang paling kurang pun dah 4 tahun berkecimpung dalam game ni..

ada sorang budak ni, umur dia baru 10 tahun,tapi dia dah start main dari umur 4 tahun..giler tak??tu belum lagi tengok ada sorang budak nih..umur baru 7 tahun,tapi dah main tenis..dah setahun lebih kalau tak silap..raket dia dah sama besar ngan dia..tinggi dia pun sama tinggi ngan net court tenis tu..ihiks..sungguh comel...

maka aku dengan Encik Nazri pun berangan-angan la..anak kami nanti pun,umur 5 tahun kami nak hantar main tenis dah..Amin..hahahaha..

so letak gambar aje la...

 

  

  

  

  

dan ini, penyokong setia, maksu and paksu.. :)

  

tak lupa kakak dia, Yasmin.. :)

  

p/s ~
penat woo..
tapi..
berbaloi-baloi..
luang masa ngan anak-anak sedara :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...