Tabungan

31 January 2011

kenapa pulak ni.cer citer.cer citer.

hujung minggu.
sepatutnya menjadi hari2 yang menyeronokkan.
oke.sabtu memang seronok.
dapat bawak Qalesya ke kenduri kahwin rakan pejabat.dapat hadiah dari auntie zana.
'set of rompers and booties'.tQ auntie zana yaaa. *senyum*

tapi.
keesokan harinya.
owh.
dunno why.
wat hapen?
but it hapen.

malam dah terasa pusing.tapi.tidak diambil pusing.
cuma bangun pagi.makin teruk.
masa menyusukan Qalesya,memang terasa pusing.pandai kipas.kipas jatuh.pandang almari.almari jatuh.
pusing.pusing.pusing.
risau terlepas Qalesya,terus gerak Nazri.
risau.
kemas2 Qalesya,tak sempat mandi pun,terus bergegas ke klinik berdekatan.
tutup.
no choice.ke Bukit Antarabangsa.situ saja yang kami tahu dibuka 24 jam.

cek.
tekanan darah.
140/80.
tak tahu kenapa.
tiba2 saja.
rasanya takda makan benda2 pelik.
rasanya takda buat menda2 pelik.
tapi kenapa naik mendadak.

tak cukup tidur?
rasanya Qalesya tak membebankan sangat.
dia bangun untuk menyusu.pastu dia terus tidur.tak meragam sangat.

walau apapun.
esok kena wat follow-up.
harap2 tiada apa2 yang membahayakan.

p.s.
tolong doakan keselamatanku.
ihiks.
tidak mahu perkara2 tidak elok terjadi.
tak mahu.
awww.

28 January 2011

mencari. mengamuk. dah dapat. tidur.

video

bila dah dapat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sampai ternganga..kenyang..puas la tu..hee.

manusia yang tak pernah puas.

udah menjadi lumrah barangkali, manusia takkan pernah puas dengan apa jua yang dah dikecapi.
seringkali bila melihat kehidupan manusia lain yang lebih sedikit dari diri sendiri, hati mula tidak bersyukur dan bertanya bagai2 soalan merapu.

kenapa aku tak cantik macam dia?
kenapa aku tak kaya macam dia?
kenapa aku tak punya kekasih kacak macam dia?
kenapa aku tak gaji besar macam dia?
kenapa aku tak popular macam dia?

tapi. nak buat macam mana? kita cuma manusia biasa. dan memang lazim sekiranya soalan2 begitu bertalu-talu datang dalam minda.

ah.
tipu ah.
kalau aku kata aku tak pernah fikir macam tu.

bila aku tengok orang pandai tangkap gambar.
aku bertanya pada diri. kenapa kamu tak pandai tangkap gambar macam dia.
bila aku tengok orang pandai main bowling.
aku bertanya lagi, kenapalah kamu tak pandai main bowling macam dia.

tapi nasib baik masih waras. masih sempat aku ketuk2 dalam hati dan berkata sendiri.
itu kelebihan masing2.
kalau semua pandai tangkap gambar, tiadalah pemenang dalam bidang itu kan?
kalau semua pandai main bowling, tiadalah pemain nombor satu dunia kan?

dan yang pasti, setiap orang pasti ada kelebihan masing2.
sama ada sedar atau tidak sedar, semua ada kelebihan.

orang jahat pun ada kelebihan tau.
dia orang pandai bunuh2, rompak2, tembak2, curi2.
kamu orang ada?
tak hadeeee.

p.s.
saya ada Syaiful Nazri.
saya ada Qalesya Alia.
hee.
tiada galang ganti.

hari ini hari jumaat.

salam semua.


suka pula tengok nombor tu. hee.

hari ni dah jumaat.

salam hari jumaat.

besok sabtu.

mahu pergi merai hari bersatu dua jiwa rakan2 pejabat.

p.s
pertama kali bawa Qalesya ke kenduri kahwin.
senyum.

26 January 2011

khas buat suamiku. maafkan aku. jangan jadikan aku isteri yang berdosa.

salam sayang buat suami.
pagi.
sudah terkesan kesal mu.
pagi.
sudah terkesan kecilnya hatimu.

pergi.
tanpa sebarang kata.
tanpa sebarang senyum.
yang selalu ada di bibir kamu.

aku.
maafkan aku.
segala khilafku.
ku mohon.
jangan jadikan aku.
isteri yang berdosa.

sudah sebeban dosa sedia ada.
jangan tambahkan lagi.
aku.
tidak rela.

maka.
suami.
aku.
maafkan aku.

sungguh.
maafkan aku.

video

p/s ~
ini yang termampu.
khas buat mu.
maafkan aku.
wahai suami budiman.

24 January 2011

REDMUMMY ~ blogger glamer - NOTA PENTING . ini entri panjang.

Salam hari isnin yang malas.
walau sudah hampir 2 bulan jadi suri rumah, tapi rupa2nya masih ada istilah blues isnin hahaha.

dari semalam, semua orang berkata tentang REDMUMMY.
yolah.
blogger yang jana pendapatan hampir berpuluh-puluh ribu sebulan hanya melalui blog.
yolah.
pada aku. moral cerita ada dua sebenarnya. baik dan buruk.

baik.
akan ramai lagi bloggers dan bloggers yang sedia ada pula akan semakin rajin menghupdate blog2 sekalian manusia.

buruk.
akan ada bloggers yang rasa 'frust' dan tak mahu menulis lagi sebabnya menulis banyak entri macam mana pun, pendapatan tak gerak2 sejak dulu.
kenapa fikir begitu.
sebab aku tergolong dalam kumpulan yang ini hahaha.

tak ah.
mana ade.
aku menulis bukan kerna nama. cewah.
dan aku juga menulis bukan kerana nak jana pendapatan dari sini.
kalau ya. dah lama aku berhenti kerja dan mengadap komputer 24 jam perah otak cari tajuk dan tulis entri yang hebat.

malang.
ya malang.
aku tak minat penulisan.
bukti?
UPSR ~ penulisan aku dapat B.
SPM ~ BM aku 4.
hahahaha.

maka selayaknya tiada tempat untuk aku bergelar penulis tersohor.
gelak lagi.

oke oke.
tak mahu ulas panjang tentang jana pendapatan melalui blog.
bikin hati panas.

aku sebolehnya mahu menulis panjang kali ini.
sebabnya. banyak perkara hendak aku coret agar tidak aku lupa hujung minggu lepas yang sangat bagus buat aku. barang kali buat ahli keluarga ku jua. barangkali buat Q juga.
haha.

minggu lepas, hari jumaat, pulang ke Ipoh.
ahh.
tiada tempat paling enak dan nyaman selain dari rumah ibu ku itu.

kami merancang buat aktiviti bakar2.
hahaha.
sabtu.
hari kejadian.
gambar?
agak kecewa.
netbook ku ini mungkin agak usang.
tak diterimanya memory card dari kamera.
maka tiada gambar boleh di hupload kan kali ini.

maka menulis saja.
entri seterusnya, letak gambar saja.
mudah.

maka sabtu, (sambung cerita)
sabtu, pukul 6 petang, dah mula sesi pembakaran ayam, kambing dan sosej.

peluh jantan semua keluar, sebabnya hampir sejam dan hidupkan api sajo. haha.

aku.?
tukang makan hoke.
maklumlah.
I kena pegang Q.
alasan.
haha.

tapi disebalik aktiviti tersebut.
ada satu yang dapat kami buat sebenarnya.
berkumpul.
dah lama.
lama sangat.
*rindu*
dah lama kami tak berkumpul begitu.
bersembang.merapu.gelak.berdekah-dekah.bertepuk.bertampar.
ah.
rindu.
lama tak begitu.
aku tak makan sangat.
tett.tipu.
tapi serius.
berkumpul itu seronok.
kami habis berkumpul lebih kurang pukul 10malam.
itu pun kerana Q si baby penuh taktik komando telah memanggil dengan ayu.baca menangis. haha.

kemeriahan minggu itu tak habis lagi.
esoknya.
selepas dah mandi kan Q.
dah bagi susu.
dah tidurkan Q.
aku minta izin mami untuk keluar lagi dengan adik-beradik.
cian mami kena jaga cucu.
ihiks ihiks.

pagi.
ikut ayop dan adik ke belakang lokeng.
kat sini jual barang-barang terpakai.
ampun. ramai umat. bagai bangsa. bagai agama.
selisih bahu. langgar bontot. sesak amat.
barang lama. tapi. ramainya manusia kat situ.
tak paham.

tapi ayop.
owh dia memang suka la menda2 gitu.
paham. paham. sambil kepala geleng2 60km sejam.

selepas itu.kami terus ke GM. Greentown Mall.
owh lama tak kesitu. gila. lama.

ke situ buat apa?
misi. KARAOKE! OKE! haha.
malang.
kami sampai sana pukul 1130. huh.
tak buka lagi.
rupa2nya buka pukul 1.

terus dengan aktiviti lain.
BOWLING!
yeeha.
dah hampir setahun k.
tak main.
semalam lepas gian.
BEST!!
bola dah rosak.
kena beli bola lain.
oke misi tahun ini.
rembat sebiji lagi bola bowling.
bola lama, nak tengok kot bolah dibaiki.

oke.bisa belum hilang. walau dah setahun masih dapat mengalahkan adik-beradik.
hmm. oke oke. kredit buat encik suami. dia menang game kedua. tak jauh oke. 3 mata saja beza.
wek!

pukul 1.
sambung KARAOKE.
mulakan dengan lagu2 biasa.
diakhiri dengan lagu2 note tinggi.
kredit untuk AGNES MONICA - TANPA KEKASIHKU.
kredit buat beliau kerana benarkan aku rosakkan lagu dia.
tak sempat habis lagu, dah kena eject.
nak kejar lagu lain.
haha.
papepun. sore ayop dan adik memang terbaik.
nanti nak rakam.
tak caya eh.
tak lupa sore encik suami.
ni mesti selalu karoke tanpa pengetahuan isteri nih.
makin meningkat aje prestasi suara?
dulu ke laut.sekarang? amboiiiiii3x.
terbukti.
praktis buat sempurna. *baca practice makes perfect* haha.

gambar.
hadeh.
spoiler betul.
takpa.
nanti suami pulang, pinjam laptop dia untuk hupload gambar.
oke!

p/s ~
jaja cerita peribadi dapat jana pendapatan.
apsal wa jaja wa tak dapat jana?
hahahaha.

18 January 2011

Bila Hanis Zalikha buat Vlog.

salam.
kalau Hanis Zalikha buat Vlog, memanglah berduyun-duyun orang tengok dan komen.

macam mana pula kalau aku buat Vlog?
*senyum kecil sambil geleng2 kepala*

tak mahulah!
haha.
Hanis cantik.
seronok, sejuk mata memandang.
aku?
hahahaha.

tapi, tetap masih mahu menempek Vlog.
owh.
lagi sejuk mata memandang.
tak caya?

mari.

:)



video

p/s~
owh permata hati.

15 January 2011

udah lama tak memandu.boleh lagikah.hebat lagikah.ewahh.

salam.
baru selesai baca satu entri di blog brother sha tentang pemandu wanita.
dan kerana itu, aku baru perasan, dah lama aku tak memandu hehe.
kali terakhir, mungkin semasa kandungan ku berumur 7 bulan iaitu pada bulan september.
sekarang dah bulan satu.
maknannya dah 4 bulan tak memandu.
hmm.masa abis pantang ari tu,ada cuba pandu sekejap.tapi rasanya dah lain.
*senyum sumbing*

sebenarnya, bercakap tentang memandu kereta.aku sebenarnya ada satu perangai yang kurang elok.haha.
aku tak suka kalah di atas jalan.
owh ganas konon.
tapi itulah aku haha.

sebagai contoh.
aku sedang memandu dengan sopan lemah lembut gemalai segala.tiba-tiba.
ada pulak manusia yang memintas dengan kurang ajar sekali sambil buat muka berlagak,bangga,riak,takbur,segala.bikin panas nih.maka aku takkan biarkan.
akan aku kejar.dan jika aku dapat pintas kembali.baru panas aku hilang dan kembali sejuk.

setiap peraturan ada pengecualian.
aku akan menjaga tatasusila ku,jika aku membawa mem besar a.k.a. puan robaaiah a.k.a mami tercinta.*haha*
pura-pura baik di atas jalan ihiks.

pernah sekali,aku mengejar kereta yang memintas aku,sehingga aku terlepas simpang yang sepatutnya aku masuk untuk pulang kerumah.terpaksalah aku mencari jalan lain untuk pulang kerumah.
masa tu pula sebenarnya zaman mula-mula aku berhijrah ke KL.
maka paham-paham sajalah.bukan tahu sangat simpang siur KL nih.
jawabnya, lewat malam baru sampai rumah.hahaha.

gilak.

sekarang ni, macam mana la agaknya kan.
baru-baru nih cuba pandu.macam seriau ajer.
hehe.

owh.
tak boleh.
ita masih ganas.
aummm!

p/s~
besok saya pandu kereta,
abang pegang baby Q ya.
tQ. :p

aku boleh sabar.tapi kalau dah sampai takat hidung,nak sabar macam mana lagi.

sabar yang.

titik.

macam mana nak sabar bang?

titik.

sabar je la yang. ini aje yang kita mampu. kita pun dah lama begini.

diam.

saya tak boleh sabar lagi bang. saya tak mahu lagi macam ni.

diam.

apa yang saya boleh buat agar awak bersabar sikit lagi yang?

hening.

saya tak tau la bang. udah lah bang. saya penat. menyampah. sakit hati tau bang!

hening.

jangan la macam ni yang.

titik.

abis tu abang nak saya buat apa?saya tak tahan dah bang. tak tahan! abang cakap senang la.

titik.

kenapa jadi macam ni yang. kenapa awak jadi macam ni?

titik.

abang tanya lagi kenapa? sebab menda ni lah. ni ha. ni ha.





geram betul saya bang.malam lembap nak mampus.siang pun dia wat hal.geram bang geram.dah takleh tahan sabar dah ni bang.wilayah celcom konon.kang tukar lain kang.eeee.geram saya bang gerammmmm.

p/s~
nak tido.
lagi bagus.
Q tengah tido.
heee.

14 January 2011

sebab-sebab kenapa saya tak blogwalking atau blogjogging atau yang seumpama dengannya.

merujuk kepada perkara di atas, saya senaraikan sebab-sebab berikut.

pertama.
siang tak boleh main komputer sangat sebab saya dah ada baby yang bijak serta mempunyai banyak muslihat.

kedua.
saya tak glamer. kalau saya bw atau bj pun, kadang-kadang kunjungan saya tak dibalas. owh ayat merajuk.

ketiga.
saya tak pandai nak komen entri orang. kadang-kadang saya baca ajer tanpa komen. ala-ala silent reader gitew.

keempat.
saya hanya boleh bw atau bj di waktu malam atau waktu baby Q sudah tidur sahaja.

kelima.
waktu malam, broadband saya berjalan dengan kelajuan 10meter sejam. seperti siput sedut lagaknya.

kesimpulannya.
maafkan saya sebab jarang menjenguk korang.
saya hanya insan biasa dengan berukband yang sangat lembab seperti tisu lembab.

p/s~
maaf diterima.
ecehhh.
:p

CATATAN 2 : 60 HARI = 2 BULAN

Salam sayang buat anakanda ku Qalesya Alia binti Syaiful Nazri.

Hari ini, 14 Januari 2011, kamu udah berusia 60 hari, iaitu 2 bulan. *senyum* bermakna dah hampir 60 hari jugalah kita hidup bersama-sama. Bangun pagi bersama. Tidur bersama. Mandi bersama. Semuanya bersama-sama sayang.
Dan setiap kali perkara tersebut dilakukan saban hari, semakin hati mami merasa risau sayang. Sebab, mami memikirkan, bagaimana agaknya nanti bila kamu dihantar ke nurseri? Bagaimana mereka melayan kamu nanti. Selamatkah kamu? Gembirakah kamu? Aduh risau. Mami risau. Kalaulah boleh, biar mami menjaga kamu selamanya. Tapi apa daya.. Ekonomi tak mengizinkan. *senyum*

Semakin hari, semakin mami mengenali kamu, semakin senang juga menguruskan kamu. Jika dulu kamu tidak suka saat lepas mandi ketika mahu memakai baju, tapi sekarang, mami tahu bagaimana mahu mengalihkan perhatian kamu. Bagaimana? Dengan memasang TV! Ya! Kamu suka menonton TV! ihiks ihiks.
Mami juga dapat menguruskan kerja di dapur, sebab jika kamu mula kusyuk dengan TV mu itu, kamu akan diam dan kekadang melawan kata-kata dengan TV. ah.comel!

Dalam 2 bulan ini juga, kamu sudah menaiki kereta. Yang mana, itu juga aktiviti baru yang kamu suka. Kamu telah ke Dengkil,Selangor. Melawat opah mu di Yayasan Jenderami. 
Kamu juga telah ke pejabat mami. Bertemu dengan rakan-rakan sepejabat mami. Kamu diam saja bila mereka mendukung kamu. ah.baik!

Sayang.
Kamu pasti bosan. Namun, mami ulang jua kata-kata ini.
Mami sangat sayang pada kamu.
Sungguh.

p/s ~ 
isnin depan, cucuk lagi. owh sila bertahan anak. 

 

12 January 2011

memang pandai buat orang geram.

salam.
haish.kadang-kadang,menyampah sebenarnya tengok sinetron indonesia ni.ceritanya meleret-leret.heronya baik la sangat.orang jahatnya sejahat-jahat manusia.heroinnya cantik pastu memang baik tak ingat,sampai aku fikir,ada ke orang baik macam nih?
tapi yang bestnya.walaupun menyakitkan hati,tapi masih orang tengok.sebab apa?sebab orang tak sabar nak tahu 'endingnya' macam mana.yang jahat tu mati ke?yang baik tu macam mana?jadi,walaupun menyakitkan hati,tapi masih rating tinggi haha.

macam sekarang.aku sangat la panas hati sebab tengok cerita 'Cahaya' nih.haish.mendanya 'simple' aje.Cahaya dengan Satria ada anak angkat nama Racil.dan sekarang ni,Cahaya lebih pentingkan Racil daripada Satria.memang kesian tengok Satria tuh.betul gak kata Satria,lebih pentingkan budak tu sampai belakangkan suami.tapi,tak leh nak salahkan Racil.dia budak kecil ajer.

haish.boleh lak wat entri pasal cerita indon.hahaha.

p/s~ haish.

11 January 2011

anak dara mandi bogel..owh tajuk sungguh 18sx!

tidak.tidak.takde niat langsung nak ubah blog ni jadi blog porno,lucah atau sebagainya.haha.cumanya nak meletak gambar 18sx.gambar anak dara mandi bogel.owh sungguh comel tau.aku sendiri cair tengoknya.dan tak jemu juga.asyik tengok berulang kali.kerana dia sangat comel ketika mandi.

nak tengok tak.

mari.

mari.

mari.

mana gambar nih.

mari.

haha.

main2 aje.












p/s~
Q suka mandi.
waktu mandi adalah waktu yang sangat gembira kerana senang sangat nak uruskan dia.
senyum.

DRAMA KING ~ ini bukan pasal Jumpa Pakcik Husin

manusia.
satu-satunya makhluk Tuhan yang diciptakanNya sebagai makhluk yang unik.

punya berbagai-bagai rupa.
berbagai-bagai ragam dan karenah.
berbagai-bagai warna.

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama


mesti kalian semua pun selalu jumpa dengan orang-orang macam ni kan?
Raja Drama.
depan lain belakang lain.
yang paling tak tahan, masih boleh menipu walau pun semua orang dah tahu dia penuh dengan tipu muslihat dan pernah ter'kantoi' pun.
dan paling menambah perisa, boleh pulak mengaku diri sebagai mangsa yakni, orang lain pulak yang banyak kali menipu dia.
hahahaha.
kadang-kadang, aku tersangatlah kagum dengan orang yang punya sifat sebegini.
mana tak nya.
sisi yakinnya sangatlah tinggi.
bagus juga kadang-kadang kan.
kata la macam mana pun, kutuk la macam mana pun, cemuh la macam mana pun, dia tetap 'maintain'.
dan kadang-kadang aku terpikir, apalah yang ada dalam kepala mereka ni semasa mereka mula pikir tipu muslihat mereka tuh. apa sebenar yang nak mereka lakukan. apa motif sebenar bila mereka mula menipu.
Tidak kau penat, hidup penuh muslihat?


selain daripada perangai Drama King, ada lagi satu perangai manusia yang sangat unik dan sebenarnya ada dalam setiap diri manusia tanpa kita sedari.
perangai "dah tau diri tu salah, tapi taknak ngaku salah, pastu salahkan orang lain".
owh panjang nya nama perangai hahaha.
tapi itu kenyataan.
yang mana macam aku katakan tadi, setiap orang ada perangai ni, dan rasanya kekadang aku pun pernah buat perangai nih.
mengikut pengalaman, salah satu faktor penyebab perangai ni, adalah kerana EGO yang sangat TINGGI!
maklumlah, tak nak ngaku salah.
dah tak nak ngaku, pi tuding lak jari pada orang lain.
tapi sekurang-kurangnya, aku menyedari perangai ni, dan cuba untuk tidak mengulang-ngulang perangai ni.

jadi bagaimana dengan orang lain yang masih lagi dengan perangai ni.
terang-terangan dah buat salah. ego. taknak ngaku. pi marah orang lain. tolak salah kat orang lain. pastu wat-wat tak salah. haish.

apa yang pasti, perangai manusia memang pelik.
takda yang betul. dan takda juga yang salah sebenarnya.
masing-masing ada otak.
apa kata,
lu pikir la sendiri.

p/s~
tetiba rasa nak membebel.
penat tengok drama king everywhere heee.

09 January 2011

risaunya saya.

salam.
pasti sekarang ni semua tengah ngadap tv nengok AJL kan kan kan.
sebab aku pun pasang tv konon nak nengok AJL, tapi sekadar dengar ajer, tak berapa tengok sangat sebabnya sibuk nak mengemas blog kononnya.
nak tukar skin konon, tapi nampak gayanya sejak jadi mami ni, taste mak dah ilang la hahaha.
tengokla skin mak skarang ni, sawo matang pun tak, kuning langsat pun tak. pucat ajer lebih hahaha.
dah takde rasa pahit masam manis langsung dah wakakaka.

tapi mak dah tak larat dah nak mengemas, so pakai tangkap muat aje la.
kalu rasa rajin esok lusa, buat lain la nampak gayanya.

minggu ni minggu first lepak KL.
so macam2 aktiviti minggu ni.
dan Q pulak merasa la berjalan.
sampai penat dan tak tidur dibuatnya.

dan itulah yang buat aku risau.

alkisahnya, Q tidur dalam buaian.
jadinya, bila kami duk lepak umah maklong 2  3 hari nih, bila tak jumpa buaian dia, tak dapat tidur la si Q jawabnya.
jadinya, mami nih jadi risau lah. camne kalau kat nurseri nanti.?
bukannya ada buaian.?
halahai, camner nanti.?
mesti diorang letak ajer Q kan.?
kalau dia tak tidur pun, mesti diorang wat tak peduli aje kat dia kan.?
halahai.
cian la anak mami ni nanti.
risau la.

camne yer?

mintak-mintak la Q tak banyak ragam.
senang bawak diri.
permudahkan lah segalanya.
Amin.

p/s ~
jumaat lepas bawak Q pi opis.
sabtu lepas gi Jenderami.
Ahad duk umah maklong.
macam2 nama dah dapat.
antaranya.
QQ.
Alia.
CT. ~ tak tahannnnn hahaha.

05 January 2011

SEKITAR MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN NAIK BUAIAN BABY Q KESAYANGAN KAMI :)

MAK TUA
Q CAYANG

DIAM AJE SEPANJANG MAJLIS..BAIK HEE..

PAKLANG N MAMI NGUSIK Q

AYAH

DALAM BUAIAN ~ BLUR HEE

FOKUS AYAH :)

DIA TENGAH TENGOK TV SEBENARNYA TUH

DALAM BILIK NGAN AYAH

ALHAMDULILLAH ~ BERSAMA PELENGKAP HIDUP KAMI

BAHAGIA

DODOI DI DODOIIIII

MARI SENYUM SAMA-SAMA SAYANG :P

UUUU LA LA LA LA

WEEEEE

MAMI, SILA DUDUK DEPAN SAYA, SAKIT KEPALA SAYA :P

SENYUM ~ TAK PERLU KATA APA-APA

OPAH MAMI

P/S ~ gambar tak disusun mengikut turutan. harap maklum. harap maaf hee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...