Tabungan

29 December 2011

jadual sudah tidak sama

Encik Suami dah mula bekerja semula di KL.
maka, perjalanan menjadi lebih panjang.

masa bersama Qalesya semakin kurang.

masa dalam kereta lebih lama.

sampai rumah dah pukul 9 malam.

masing-masing dah penat.

nasib baik Qalesya kuat main. walau penat, ku gagah jua layan kerenah dia. sebab rindu pada dia mengatasi segala kepenatan.

nama lagi mencari rezeki kan.

bersabarlah sayang.

28 December 2011

kisah pasangan kekasih yang membeli-belah di Alamanda Putrajaya

mari mak nak bercerita sikit.
bukan senang mak nak bercerita pasal orang ni hehe.

petang semalam, sementara menunggu Encik Suami, mak pergi bershopping di Alamanda Putrajaya.

mak memang dah bajet lama dah untuk beli dompet baru. dompet mak la ni, halahai, sadis dah zipnya hehe. jadinya mak tak tunggu lama, mak terus la shopping mall nak beli dompet kononnya.

mak masuk Parkson. mak pergi belah jual dompet yang murah-murah tu. ala yang 39.90 ke atas tu. kat situ, adalah satu couple ni, sibuk memilih dompet juga.

oke. satu yang mak nak jelaskan memula sekali, kawasan dompet tu adalah kawasan dompet perempuan. so haruslah yang nak membeli tu si perempuannya.

masalahnya, si lelaki ni, semua dompet yang perempuan tu pegang, semua serba tak kena.

contoh.....

si perempuan pegang dompet A.
si lelaki kata 'dompet ni color dia buruk la....'

si perempuan pegang dompet B.
si lelaki kata 'ish, apa pilih dompet ada zip, macam kampung.....'

si perempuan pegang dompet C.
si lelaki kata 'ni lecehlah, susah nak bukak, nak keluar duit lambat, tempat simpan kad pun macam susah aje...'

alih-alih si lelaki kata - 'beli dompet macam I aje kan senang....'

dowh???!!

oke. mak dah tak tahan.
mak pergi tempat lain, tunggu sampai diorang pergi dari situ.

kau baru jadi boyfriend dia, beli dompet pun kau komen bagai, nanti jadi suami isteri...?
ish ish ish.

27 December 2011

siapa mahu layan gambar angkat tangan!!

siapa nama Qalesya Alia angkat tangan!!??

oke. setiap kali mak bertanyakan soalan itu kepada Q, dia pasti akan angkat tangan.
suuweett!! puji anak sendiri sekian terima kasih.

mak tak sempat nak bercerita panjang. nanti mak cerita boleh?

hari ini nak letak gambar saja.

sekian.

sila layan gambar berikut.
terima kasih.


di rumah









di Ampang Puteri




di Pyramid Tower, Bandar Sunway






















minum susu kotak




tempat kerja mak







.
.
.
.
.
.
terima kasih kepada kamera baru mak
.
.
.
.
.
.
.
.
.







orang lain sibuk nak kamera gedabak.
mak dah tak larat dah.
puas dah mak dengan kamera itu.
tapi, kamera itu tetap akan mak guna bila ada event besar.
buat hari-hari biasa ini, kamera kecil cukup, asal dapat rakam kenangan sudah.
senang nak letak dalam beg.
ke mana pergi ada saja dalam beg.
mudah :)



23 December 2011

mari update laju-laju

mak masih hidup.
Alhamdulillah.

bukan merajuk.
no no no.
hanya sibuk.
wah kalah bini perdana menteri nok.

saja nak catat sini, takut nanti kemudian hari lupa.

rabu lepas 21.12.2011, mak jadi pengacara majlis Majlis Persaraan KPL dan TM.
habis pukul 11 lebih.
ambil anak di Taska pukul 12malam.
kesian anak saya.
esok pagi hantar ke Taska dia masih tidur.
tak pernah tak main dengan dia walau sehari.
alahai sedihnya.

tapi, insyaAllah minggu ni dapat luang banyak masa dengan dia.
petang ini dah bergerak ke Pyramid Tower Hotel sebab esok ada Retreat TM di Sunway Lagoon.
sebagai host, kami disediakan bilik.
mak ingat nak sambung check-in sehari lagi supaya dapat lepak lama di sana dengan suami dan anak.

owh.
tahniah buat anak saudara yang dapat keputusan PMR semalam.
kamu berdua sangat membanggakan keluarga kita.
tahniah Adlin dan Hafiz.
Mak Su loves u both!!

nanti la mak su fikir apa nak bagi ya :)

15 December 2011



Dah nak tidur, tapi ayah pi keluarkan pula kotak kinohitsu tu. Dah berebut dua beranak. Mak rimas, mak bagi satu lagi kotak kat Q. Tapi, tetap Q mahu yang ayah pegang.

Mak, serender!
Published with Blogger-droid v2.0.2

14 December 2011

KFC kena maki

Ini kes pasal promosi tak jadi tu lah.

Malas nak tulis panjang, kau orang boleh pergi laman muka buku masing-masing dan cari KFC Malaysia - Kentucky Fried Chicken.

Dari awal promosi dah salah. Tak munasabah. Beli apa saja produk, boleh percuma Double Zinger Burger. Siapa tak nak der.

Janji promosi sampai 15 Januari 2012. Alih-alih 15 Disember 2011 pun tak sempat der.

Siapa la geng marketing dia orang ni.

Kesian.
Published with Blogger-droid v2.0.2

banyak benda buat mak sentap. saja je kome ni kan?

akhir-akhir ini,
mak banyak berfikir.

banyak.
berfikir.
mungkin itu juga salah satu sebab mak selalu sakit ye dak?
mungkin itu juga salah satu sebab mak selalu naik darah ye dak?

wah.

bila dalam kereta, kadang-kadang mak memandu.
kadang-kadang mak jadi boss.

mak lebih suka memandu, sebab mak akan berjaga.
sebab kalau mak jadi boss, mak akan tidur.

tidur dalam kereta adalah tak cool oke.

satu kerana bila terjaga, muka suami mak macam incredible hulk sebab tak puas hati mak boleh tidur dan dia kena berjaga. muka sedemikian boleh mengundang balah yang lama. sekian.

dua kerana bila tidur, mak tak dapat nak perhati keadaan sekeliling. mak tak dapat lihat perangai kereta sebelah. mak tak dapat mengomen cara kereta hijau tu bergerak. tak dapat.

jadinya, kesimpulannya, in a nut shell kata, mak suka memandu.

ada satu hari, mak memandu.
mak rasa macam semua dah gila.
semua memandu secara tak keruan.

yang kiri nak masuk kanan, tak bersignal.
yang depan kereta melilau-lilau.
yang belakang bagi-bagi lampu nak laju.
yang kanan memandu perlahan bagai memandu pada lane kiri.

pernah sekali, semasa dalam trafik jem, mak terpandang rear mirror.
kereta belakang, pemandunya perempuan.
dia menyanyi. penuh perasaan. mimik muka siap segala. mulut besar (nyanyi lagu ning baizura kot).
mungkin cara dia hilang bosan waktu jem.

mak?
pernah gelak seorang bila dengar DJ HotFM buat lawak.

mesti ingat mak gila gelak seorang.

oke. ini bukan advetorial untuk HotFM.

10 December 2011

Qalesya belajar solat

Mak baru lepas solat.
Si kecik dah mula ketuk-ketuk pintu.
Tak sampai hati, terus bukakan pintu.
Mak tanggal telekung.
Ayah pakaikan pada Qalesya.
Terus dia ajuk mak solat.


Dia angkat takbir.



Dia rukuk.



Dia baca doa.



Dia kiam.



Oke nanti nak cari telekung kecil untuk dia.

Owh aktiviti terkini sehingga entri ini ditulis.



Hasil punggahan pemunggah tegar.

Sekian catatan untuk hari ini.


Oke dia kutip semula..



Tak tak.. dia punggah semula.

Sila percaya, proses ini tidak akan tamat.
Published with Blogger-droid v2.0.1

08 December 2011

mak tak busy. mak buat-buat busy saja.

pagi.
pergi KL.
pergi LHDN.

oke.

tak settle.
sampai petang.

baru dapat masuk pejabat.

tengok-tengok dah pukul 3.30 petang.

oke.

tak siap jugak minit mak ni.

terima kasih.

video

proses budak nak makan ubat.
oleh kerana suka bergerak.
bedungkan aje jawabnya.
dah bedung, senang sangat nak bagi ubat. 

sekian update saya pada hari ini.


07 December 2011

Video Qalesya Main Beg ala-ala nak pergi Pasar. cekkk itt ouuttt uuu oolllsss!!

video

perhatikan cara Qalesya angkat beg. Kelakar gilak.
Pastu dia letak tangan ke telinga sebab kononnya tengah bercakap dalam telefon.
Haish. Tiru sapa la tu. Hahahaha.

anak Mami sayang.
I love U very much.

kenangan kelas tuisyen

tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, tengok kiri kanan jalan dah berlambak-lambak iklan kelas tuisyen.
terus teringat zaman mak kecik-kecik dulu.

mak datang dari kalangan keluarga yang kurang berada.
jadinya, mana la nak dapat tuisyen-tuisyen ni.

kalau dalam kelas, kawan-kawan sokmo maju ke depan sebab bila cikgu tanya boleh buat ke tidak, rata-rata akan jawab 'boleh, sebab dah belajar dalam tuisyen'..

yang cikgu tu pulak, dah tahu bebudak ramai dah boleh buat, terus skip bab tu, terus ajar bab lain.
habis kami yang tak pi tuisyen ni????
belajar sendiri la nampak gayanya...
sedih sob sob.

bila balik rumah, mengadu kat bonda, nak gak masuk tuisyen.
tapi manalah bonda dapat nak bagi masuk tuisyen kan.
duit pun cukup-cukup nak makan saja.
last-last tak dapat jugak masuk tuisyen.

tapi mak tak kisah, tak masuk tuisyen pun, oke aje result mak.
berkat doa bonda...

dapat aje kerja bagus.
berkat doa bonda...

jadinya, pada aku, tuisyen atau tidak, itu terpulang kepada individu.
zaman sekarang ni pun mak tengok, memang rata-rata semua budak akan pergi tuisyen.
mungkin tahap kesedaran pada setiap ibu bapa tu dah tinggi.

mak pun nanti, tak tahu la nak bagi anak-anak pi tuisyen atau tidak.
sian kat dia orang, pagi petang kat sekolah, balik nak kena tuisyen juga.

mungkin pada tahap kritikal saja mak suruh dia orang pi tuisyen, maksud  mak pada peperiksaan besar macam UPSR, PMR atau SPM.
dan itu pun, mak akan panggil home tutor, senang, belajar depan mata mak aje.

itu mak.
orang lain juga ada pendapat sendiri.
dan mak amat menghormati pendapat anda semua.
walau dimana anda berada.
eceeewaahhh!!

06 December 2011

Segment review blog bersama Cc

tadi pergi singgah blog kawan baru.
adik comel Mira Adzlia.
blog dia comel. macam tuan dia.

pastu kat blog dia ada segmen ni.
mak pun klik.
sampai ke blog ini.

tuan umah tengah nak buat review blog.
macam mak selalu cakap.
'siapa taknak blog kena review'.
jadi mak ambil keputusan untuk men-join juga.

cara dia senang.

tampal banner.


buat review sikit untuk Blog Cc.
pada mak, blog ni sangat comel.
sebab Cc ada doodles yang comel.
disebabkan blog ni, masa mesyuarat mak dah rajin buat doddles. *sebab mesyuarat sangat bosan ye anak-anak*
walau tak secomel doodle Cc, tapi mak bangga, sebab mak pun boleh buat doodles.
sila buat banyak2 doodles lagi untuk diberi percuma kepada kami ya adik Cc.
hehe.

dan cara last sekali, tinggalkan link.
oke done!! :)

time kasih adik Cc sebab bakal review blog mak hehehe.

Lovely Day

When I wake up in the morning love...
And the sunlight hurts my eyes...
And something without warning love...
Bears heavy on my mind...
Then I look at you...
And the world's alright with me...
Just one look at you...
And I know it's gonna be...
Lovely Day...
Lovely Day...
Lovely Day...
Lovely Day...
Lovely Day...


Lagu : Lovely Day
Penyanyi : Bill Withers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...