Tabungan

31 January 2012

ini adalah sebab mengapa perempuan tak boleh pergi shopping complex seorang diri tanpa diawasi

amboi nyah, tajuk entri tak hengat punya!

tapi betul. ada sebab musabab kenapa perempuan tak boleh pergi shopping seorang diri.
sebabnya, hasil tangkapan, memang tak akan dapat dicapai akal fikiran yang waras.

oke.

itu sebenarnya untuk mak seorang saja.

mak memang tak boleh pergi shopping complex tanpa Encik Suami kerana hasil pembelian, memang agak melampau.

tapi, untuk pembelian mak hari ini, mak tak berapa nak menyesal sangat sebab..... mak beli untuk anak dara mak ni haaaaa :)

oke, memula mak pergi ke Butik Anakku.. dah belek-belek dah beberapa helai baju... tapi mak teringat nak pergi butik lain pulak, nak pelbagaikan pilihan la konon-kononnya.

jadi mak sampai ke sini......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dah belek-belek beberapa helai, akhirnya mak beli dua baju bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
bulan 3 ni, nak kenduri si Ayop, abang mak ni haa nak kahwin dah.
baju mak, baju pak, baju pak sedara, baju mak sedara, baju atok, baju opah, semua dah siap.
tinggal baju dia ja takda lagi.
haruslah mak beria beli baju dia kan hehehe.

owh, mak kena bodek dengan sales girl tu untuk beli head band dia. memandangkan Qalesya sekarang ni memang suka pakai benda-benda atas kepala, so mak pun setuju untuk beli matching dengan baju-baju dia ni. 
konon.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebenarnya, mak pergi Alamanda tadi nak beli barang makan saja.
tapi dah terbeli baju-bajuan Qalesya ihiks.

masuk pulak Carrefour, konon nak menyelesaikan hajat nak beli barang-barang makanan, tapi rupanya salah department, terpergi bahagian barang-barang rumah, bukan barang-barang makan (dekat Alamanda Carrefour terbahagi pada dua tingkat, satu tingkat bahagian makanan, satu tingkat bahagian barang-barang rumah dan pakaian-pakaian).

makanya, TERbeli la pulak periuk, mug, sudu-suduan dan plastik-plastikan. 
hentah pape kan!
tak dapat nak capture gambar sebab hasil tangkapan dah letak dalam kereta siap-siap.
insyaAllah boleh seludup masuk dalam rumah dengan jaya sebab mak memang balik sebelum Encik Suami.
hahahaha.

jadi sekianlah cerita mak pada hari ini.

seperti peribahasa orang-orang dahulu, 
rambut sama hitam, 
hati lain-lain.

tiba-tiba!

oke.
mak nak letak video dia tengah pakai head band.
siap menari sikit-sikit sambil buat tangan nari inang.
sikit ja pun.
yang selebihnya, mak dia ja bising.
cekitoutttt!!
.
.
.
.

video



Segmen Jom Berkenalan Dengan Sahabat Blogger


dah lama tak join segmen kawan-kawan.
jadi, pada hari ini yang bermula dengan hujan dan jem teruk di Semenyih, mak dengan bangganya men-joinkan diri dalam segmen "JOM BERKENALAN DENGAN SAHABAT BLOGGER" dari blog adik kita ni "SHIEMA SUFIAN"..

cara-caranya mudah saja ya anak-anak.

satu.
anda mestilah menjadi warga Shiema Sufian dan meng-like page blog Shiema Sufian.


done!

dua.
Buat entry bertajuk "Segmen : Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger".

oke. sedang buat.

tiga.
Letak banner segmen ini di entry anda dan linkkan ke entry belog Shiema ini ye.



oke.done too.

empat.
Perkenalkan diri anda, nama, umur, dan sebagainya.

oke.
nama mak ialah Wanita Mutalib.
umur. hmm. hmm. mak udah tua. itu saja yang perlu kamu tahu hahaha.
mak tinggal di Selangor, bekerja di Putrajaya, asal dari Perak, kahwin dengan orang Perak juanya pun!! 
apa lagi yang sebagainya eh?
owh..
mak ada seorang anak kecil nama Qalesya Alia.
nah letak gambar sikitttt.


lima.
Publish dan tinggalkan link entry anda di ruangan komen blog Shiema.

oke done jugak.

p.s.
sapa-sapa nak join, klik ja banner tu ya. 
bukan klik gambar anak mak hee.


30 January 2012

rutin kami laa nii

sekarang ni, mak travel berdua saja dengan Qalesya.
pagi-pagi dah bertolak dari rumah menuju ke Taska Qalesya.
dari Semenyih ke Bangi yang makan masa lebih kurang 30 minit perjalanan (kalau bernasib baik kurang jem), 1 jam perjalanan (kalau jem teruk) dan 15 minit (kalau jalan clear tak jem langsung).
dari Semenyih ke Bangi jugaklah mak akan berfikir panjang macam mana nak melayan kerenah Qalesya sepanjang perjalanan tu.

kalau pagi, kalau bernasib baik, Qalesya walaupun diangkat dari katil dan diletakkan ke dalam seat dia, dia akan terus tidur.
tapi, kalau dia terjaga mintak tetek, tapi mak dah bersiap nak pergi kerja, memang tak dapatlah tetek yang diminta tu. makanya dia akan meraung dan terjaga dan bangun dan berjalan dan awake sepenuhnya.
jadinya, bila masuk dalam kereta dalam keadaan terjaga, situasinya amatlah berbeza dan mencabar sekali.
sat-sat dia akan tunjuk-tunjuk tetek mak menandakan sudah masuk waktu menetek.
sat-sat dia akan sendeng-sendeng ke arah mak kononnya demand nak menetek.
masa ni mak memang dah meraban sebab mana nak drive lagi, mana nak melayan Qalesya lagik.

jadik sekarang ni, mak dah ada sedikit trick yang boleh dipakai pada dia.
bila dia mengamuk, mak bagi dia bites, benda untuk dimakan. so dia akan diam, sampailah bites dia habis.
kadang-kadang, bites tak sempat habis, dia dah berlayar dulu.
kalau bites dah habis tapi dia tak tidur lagi, mak akan bagi dia air kotak pulak.
air kotak yang untuk setahun tu.
dia memang suka sangat.
tapi, mak kena ready dengan messy yang dibuat.
sebagai contoh, tumpahan air yang merata.
kereta ni takpe lagi, nanti mak dah tukar kereta nanti, mesti biru muka mak bila dia tumpahkan air tu.
owh no..

kalau dah sampai Taska, dia masih tidur, memang senang nak pass kat pengasuh.
tapi kalau dah sampai dan dia terjaga, akan terjadilah drama air mata kat pintu Taska tu.
kadang-kadang mak pun rasa nak duduk dengan dia kat Taska tu bila dia dah sebarkan air mata dia tu, tapi apakan daya, Saya Yang Menurut Perintah adalah Berkhidmat Untuk Negara.

waktu petang.
ya waktu petang adalah waktu yang mengembirakan buat mak sebab, setelah seharian bersakit hati di pejabat, tiba masa untuk ambil Qalesya dan pulang bersama-sama dengan hati yang berbunga riang!
tapi, masih lagi tengok mood Qalesya.
setakat ini, perjalanan petang dengan Qalesya tidak susah mana, sebab trick tetap sama, bagi bites, bagi air, dan separuh perjalanan dia akan sedia tertidur.

Alhamdulillah.
memang tak susah dengan Qalesya ni.
dari kecil memang dia adalah anak yang jarang meragam dan jarang menangis.
cuma akhir-akhir ni, mungkin sebab dah besar kan, maka akalnya makin panjang.
makin bijak.
kang kalau dia senyap sajo, aku lak yang susah hati ye dak.

Alhamdulillah Ya Rabbi.

p.s.
oleh kerana update dekat rumah yang punya broadband berkelajuan rendah, 
maka sebarang peng-uploadan gambar adalah tidak digalakkan.

Yuna - Terukir Di Bintang *gila aku gila!!*

sekarang.
tengah gila.
gila mendengar.
mendengar lagu.
lagu Yuna.
Yuna Terukir di Bintang.

jom nyanyi sama-sama.
mak letak lirik dia oke.

nah.
amik.
.
.
.
.
.

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

.
.
.
.





p.s.
lagu ini ditujukan khas buat Encik Suami Tersayang.
love u.

cukup-cukup la tu

oke. cukup sudah pasal majlis 60-an tu.
tunggu next punya event lak, dengar citer Arabian Night!!
ha mangkor la ko ta nak cari baju.
sanggup ke belly dance.

AMPUN TA!!


Gambar-Gambar Majlis Jasamu Dikenang

sebelum mak letak gambar, mak nak bagitahu beberapa maklumat penting.

satu.
mak terlupa bawak kamera mak yang mana bermakna mak tak dapat nak upload gambar-gambar dari kamera mak sendiri.
nasib baik berkawan baik dengan facebook.
mana yang kawan-kawan mak dah upload, mak curik and letak dulu disini.
nanti mak upload lak yang dari kamera mak.
tetiba wonder, mana la kamera mak.
ni mesti Qalesya yang main ni.
Q!!!!!!

dua.
orang ada kata, kita kena yakin dengan diri sendiri. pedulikan apa orang kata. kalau asyik nak dengar apa orang kata, kita boleh jadi gila. oleh itu, mak cuba meyakinkan diri dengan berpakaian sebegini wakakaka.

tiga.
boleh tak CUBA jangan gelak bila tengok gambar mak yang dah macam nangka busuk ni.
CUBA ya. demi mak.
awwwww.

empat. 
nah gambar.
amik.
amik.
amik kawwww.

.
.
.
.
.


boss mak - kak ha, terbaik!!


baru dapat makan




okai, abaikan tangan sebesar peha gajah itu.


.
.
.
.
.

nantilah.
nanti upload lagik.

28 January 2012

Iyalah. tak menjawap soalan pun!

Background blog mak - ladybird.

Cubicle mak penuh dengan ladybird dan rama-rama.

Betullah, entri terdahulu tidak menjawap kenapa mak suka ladybird nih.

So mak jawablah ye.

Ladybird, pada mak, sangat comel.

Walau kecil, tak menyusahkan serangga lain, hidup aman damai saja.

Mak mahu seperti itu. Comel dan damai.

Hahahahaha.

Boleh terimakah? Heee.

P.s.
Masih berusaha meng-upload gambar dengan broadband yang lembab nak mampus.
Published with Blogger-droid v2.0.4

mak nak upload gambar majlis semalam...

tapi asyik tak lepas.

sowi ya.

mak try lagi.....

heee...

macam ada aje orang nak tengok..

poyo ah ta..!

27 January 2012

fuh kanan fuh kiri

oke.
kami nak pergi beraptai penuh sat.

nanti mak update guna HP kay.

mak letak gambar-gambar sikit.

wow.

siaran langsung yu.

konon lah.

:)

26 January 2012

Yeay...mak dah dapat solution...

Psst...korang...
Tadi, sampai saja rumah, mak terus eksited terlebih nak menerai baju yang mak baru beli tuuuu...

Oke.
Serius cakap, pakai dengan legging adalah sangat tak cool sebab mak gemuk dan punya kaki yang takde orang sanggup nak toleh dua kali or even tiga empat puloh kali!

Selepas berlagak selim melim pakai legging dan but yang tak seberapa dapat masuk sebab kaki gemuk itu, mak terpikir nak buat mix n match.

Yolah. Temanya 60-an kan kan kan. Tadi masa meng-gugel, mak tengok kain semua kembang-kembang semangkuk kat belah kaki.

Mak ada kain kembang!

So mak pakai dengan dress polka tu..........masuk dowhhhhhh!

Oke, mak tak tahulah mak seorang ke yang rasa masuk, tapi mak rasa memang masuk ah ah ah...

Walaupun, dengan memakai skirt kembang itu akan menghilangkan seri but tinggi yang mak beli tu, mak rasa ini option yang terbaik untuk kekalkan sisi muslimah mak awwwww...

Dan still masih menepati tema 60-an hokeh!

Owh ya. Mak beria-ia sebab besok mak adalah ketua usherette hahaha.

Mengada-ngadakannnnnn!
Published with Blogger-droid v2.0.4

korang...psst..psst...

korang..
besok kan..
ada majlis kat opis mak ni...

tema dia...
60-an....

tadikan...
mak dah beli baju...
mak beli skirt...
skirt polka dot...
beli legging....
beli inner...
beli shawl....
beli but....

tapi....
mak tetiba takde keyakinan nak pakai besok...

mak tak biasa pakai baju lain selain baju kurung dan jeans dan yang seangkatan dengannya yang bertutup penuh...

tapi kali ni, mak nak buat kelainan sikit dengan beli baju skirt, yang mana mak nak pakai legging dan pakai but...

dan...
mak tetiba rasa memang takde keyakinan juga nak pakai...

mak rasa balik kang mak nak beli baju kurung polka dot je la...


bila isteri kawan baik curang....

apa kau orang akan buat ya? bila dapat tahu isteri pada kawan baik kamu curang??

nak bagitahu,
atau....
nak senyap saja biar dia tahu sendiri...?

semalam, kami suami isteri dengan si kecil bersenang-lenang, berehat-rehat sambil tengok movie 'The Dilemma'..

kredit to mr.Google
cerita dia pasal, sepasang kawan baik ni, memang dah lama lah berkawan baik, dari zaman universiti sampai bekerja...

alih-alih, salah seorang kawan baik ni dapat tahu yang isteri kawan baik dia tu, curang, ada affair dengan jantanggg lain.

dia dah serba salah lah, nak bagitau ke tak nak..

last-last dia pergi menyiasat sendiri, konon nak kumpul bukti supaya masa dia bagitau kawan baik dia nanti, ada bukti kukuh la kan.

tapi, alih-alih, penyiasatan dia tu, makan diri gak.

kau orang leh la tengok kat HBO, tengah tayang sekarang.
dah nama HBO, tayang berulang-ulang-ulang-ulang kali.
terlepas hari ni, besok boleh cuba lagik hee.

tapi itulah,
masa cerita tu dah abis, Encik Suami tanya, 'kalau awak tahu isteri kawan baik awak curang, awak cerita tak?'...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
ada kawan mak yang curang, tapi mak tak cerita pun.


oppppppps!!

25 January 2012

iya anak-anak, mari mak jelaskan kenapa mak suka ladybug. bukan. ladybird.

ini adalah cubicle mak.









oke. sekarang mak zoom sikit ya.







oke.
ladubug ladybird mak ada dimana-mana.

so faham tak sekarang kenapa mak suka ladybug ladybird?
heeeee.

la la la la...

iye.
mak menukar warna rumah lagi.
tapi mak cukup tertarik dengan ladybug ladybird mak ni.

okelah.
mak nak start bekerja.

selamat hari rabu.

owh.

hari ni wordless wednesday la.

hmm.
nak godek kamera jap kot ada gambar best.

selamat bekerja!!

24 January 2012

Azam 2012

Apakah?
Benarkah?
Adakah?

Hahaha.
Sebenarnya tidak ada azam pung!
Sebab apa?
Sebab azam-azam tahun lepas pun tak ternunai. Dok brought forward jek!

Namun, insyaAllah, mana mampu, mak cuba tunaikan.

Papepun, tiap2 tahun kita memang kena cuba improve diri memasingkan.

Jom semua, kita berusaha.

Caiyuk caiyuk!
Published with Blogger-droid v2.0.3

ladybird la..bukan ladybug!

okey.
siapa perasan, mak tulis ladybug.
memalukan lor.

haha.

sebenarnya ladybird.
sampai hati kau orang tak betulkan.

hahaha.


23 January 2012

mari mengecat rumah.

iya. jemput masuk. jemput masuk.
mak dah cat rumah.
mak ada letak ladybug ladybird sikit.
mak letak warna putih sikit.
oleh kerana mak adalah gila pink!, maka warna pink tetap mak kekalkan iya anak-anak.

dah nama tahun baru, mengecatlah rumah sikit kan.

err. jemputlah datang selalu.
mak dah berazam, mak nak update selalu.

iyolah tu.

*jelir lidah, mata ke atas.

tahun 2011

tahun 2011, tahun yang hebat buat kami suami isteri.
suka duka, susah senang, Alhamdulillah, dapat kami harungi untuk sampai ke tahun 2012.

pembukaan tahun yang hebat, dengan kehadiran Qalesya Alia ke dalam hidup kami.
perjalanan yang lancar sehingga hujung-hujung tahun yang agak mencabar buat kami suami isteri.

di duga dengan kehilangan kerja.
di duga dengan beberapa bulan tidak bekerja dan menyebabkan perjalanan perbelanjaan bulanan terganggu.

Qalesya keluar masuk hospital.

banyak...... namun...... dengan berserah kepadaNya... Alhamdulillah, kami masih teguh bersama.

aku juga pernah ditegur dengan keterbukaan aku bercerita di sini.
sehingga pernah menyebabkan beberapa spekulasi.
pada hemat aku, 'rumah' ku ini tidak ramai yang sudi singgah.
dan juga, pada hemat aku, keterbukaan aku beralas.
tidak pernah secara terus.
berlapikkan kain, berlindungkan selimut.
namun, mungkin terlalu berlapik dan beralas segala, lebih banyak isu yang mengundang.

seingat aku, aku tidak banyak bercerita tentang hal-hal peribadi aku disini.
mana yang terlalu peribadi, tidak, tidak pernah dan tidak sanggup aku kongsi.

walau mulut aku ringan bercerita, tapi tangan aku tidak pernah gagal ditepis dari terus menulis telus.

pernah aku bercerita tentang kekurang ajaran abang-abang tiriku terhadap ayah ku?
tidak pernah bukan.

padahal, aku terlalu ingin bercerita sengsaranya ayah ku dibuat oleh abang-abang tiriku.

pernah aku bercerita tentang kebiadapan anak menantu tiri terhadap ibu ku?
tidak pernah bukan.

padahal, aku terlalu ingin kamu tahu bahawa nerakalah tempat kamu sekiranya kamu berbuat begitu terhadap ibu bapa mu.

namun semua itu terlalu berat untuk aku kongsi, kerana aku masih berlapik dan beralas.

aku memang terbuka, tapi sebagai perempuan melayu, aku masih ada sisi malu.

dan tahun ini...

juga pembukaan yang baharu.

Suamiku telah mula bekerja walau bukan dalam bidang yang diminatinya.
Kami juga telah berjaya mendapatkan satu motorsikal untuk kegunaan Suami berulang-alik ke tempat kerja.
InsyaAllah dalam tahun ini, aku akan cuba memperbaiki kekhilafan aku yang dulu-dulu.

semoga terus diberikan masa olehNya untuk aku perbaiki diri aku.

insyaAllah.

19 January 2012

video Qalesya.

video

video ni, mak rakam betul2 sebelum Q masuk hospital hari tu.
masa ni badan dia dah panas, dah tak nak makan, dah resah macam tu la.
duduk diam taknak.
tapi still takde mood.
berjalan ke hulu hilir camtu.
nanti nak upload satu lagi video.
pun macam tu jugak, dia main aje sorang-sorang.
sebabnya mungkin penat, dah tak larat nak kaco mami dia ni.

semoga dia sentiasa sihat.

mami loves u.

GAMBAR KAMI.


BILA BOSAN, MARI TEPEK GAMBAR BERSAMA.

MAMI LOVES U.
MAMI MISS U.

MUAHS MUAHS MUAHS.

meh mak cerita apa yang mak beli....sambungan entri terdahulu..

semalam mak buat entri ini.
mak suruh teka apa mak belikan.

oke.

meh mak bagi jawapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mak beli ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ya.
itu GPS.
.
.
.
.
mak kan selalu salah kordinat.
selalu sesat dalam Putrajaya.
sesat kat KL.

macam hari tu.
abis saja check-up Qalesya kat Ampang Puteri, kononnya nak balik opis semula.
dah masuk MRR2, Qalesya buat perangai, mengamuk dalam kereta.
mak pikir, kalau mak balik opis, sah-sah nak pergi ambil ayah, akan berdua jugak dengan Q dan dia akan buat filem lagi dalam kereta macam ini jugak.
jadinya, baiklah mak terus ke Mid Valley, tunggu ayah abis kerja.
sah-sah la dapat duduk belakang, menetekkan Q, dan sah-sah dia akan hanyut pastu.

masalahnya,
dari MRR2, mak memang takde idea langsung macam mana nak ke Mid Valley.
kononnya masuklah simpang Sri Petaling, kot-kot leh jumpa jalan ke Bangsar.
memang ada.
mak dah konDIfen giler!!

tapi, dah namanya ikut signboard.
last-last Jalan Bangsar entah ke mana.
mak entah ke mana.

nasib baik Q dah mula mengantuk dan tidur sendiri.
dapatlah mak concentrate atas jalan.
concentrate tak concentrate pun, mak sesat 2 jam okey!!

2 jam!!

2 jam!!

2 jam nak ke Mid Valley!!

2 jam tu macam-macam boleh buat.

oleh kerana ituuuuuu, sampai sajo mak di Mid Valley, mak terus pergi area IT.

Encik Suami pun kebetulan memang ngam-ngam abis kerja, terus mak kata mak nak beli GPS. mak dah tak larat nak sesat lagik.

dan itulah hasilnya.

kalau sesat juga, tak tahulah mak.

18 January 2012

yang jadi mangsa...aku...

oke.
mak ni banyak kerja sebenarnya.
tapi, mak sedang bersedih, kerana, mak telah mendapat title 'pembawa cerita tidak benar' di pejabat ini.

kalau begitulah keadaannya, mak dah ambil keputusan untuk tidak lagi bercakap di pejabat ini.
tidak mahu lagi memaklumkan apa-apa lagi.

cukuplah dua kes ini saja.

ah sudahlah.

mak tak mahu bercakap panjang.

meh layan gambar Qalesya masuk hospital tempoh hari.

layan gambar Q lagi membahagiakan.

ini adalah hasil punggahan Qalesya

bila cleaner masuk, terus cleaner jerit, ' ya ampun, kenapa ribut-ribut ni bukkkkk?' hahahaha

makan bisekutttt

tengok tangan dia berbalut, sian dia...

dan makan

dan berjalan lagikkkk


ni dalam kereta. balik dari ipoh nak ke KL semula.
dari KL nak balik ipoh, lupa nak gedik-gedik tangkap gambor hee.


















mami sayang kamu.
kamu saja sudah cukup membahagiakan mami.
terima kasih kerana buat mami bahagia.
lengkap untuk ayah dan mami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...