Tabungan

29 February 2012

ini tahun lompat.mari buat entri penuh bererti.


mereka..., saya anggap BFF saya.
mereka..., saya sayang sepenuh jiwa saya.
mereka..., ada bersama saya semasa susah senang zaman belajar dulu.

dari kiri - Malisa.
kawan paling punya hati tulus.
sangat baik.
tidak pernah berkira dengan kawan-kawan.
sangat bijak.
tempat kami merujuk nota.
tempat kami belajar sama.
Malisa, tetap ada bersama aku sehingga kini.
walau tidak selalu berjumpa, namun, bila mana saja diundang ke majlisnya, tidak pernah aku tolak.
demi menjaga kawan baik selamanya.

sebelah Malisa - Nina Azlina.
di antara kami berempat, dia punya hati paling kental.
diduga bermacam cara.
tetap dihadapi penuh semangat.
dan dia, pengapit di hari bahagia.
namun..., sejak hari itu, kami tidak pernah berjumpa lagi.

sebelah Nina - Eliza.
dia..... dia paling keras hati. keras kepala. segalanya keras. *senyum*
juga seperti Nina, orangnya tabah.
kali terakhir, sewaktu dia melahirkan anak sulungnya Februari lepas.

dan paling kanan - aku.
iya. itu bukti. aku pernah kurus.
hahaha.
namun..., aku tetap aku.

kalian.
aku rindu kalian.
benar.
ini serius.


25 February 2012

hatiku di kinabalu

mak ni, jenis yang jarang tengok cerita melayu.
bukan tak suka oke.
tak dapat.
sebabnya, laki mak tu, suka la sangat tengok citer omputih konon.
sat-sat bukak chanel 701.
sat-sat 711.
sat-sat dah sampe 411.
belum lagi ABO dia tu.

tapi.......bila dah sampe umah mak, haruslah hidangan pagi, tengah hari dan malam semua melayu kita.
mak suka nok!!!

dan semalam.
mak dapat tengok satu citer kat Astro ni.
nama citernye...
.
.
.
.


oke.
mak suka.
tambah lak ada Yana Samsudin tu. heronya Zul Ariffin lak. oke mak sangat suka.
dan tibe-tibe, oleh kerana citer itu, mak dah jadi peminat tegar mereka berdua.
memula minat-minat biasa aje depa berdua ni.
alih-alih lepas tengok citer tu semalam.
oke. mak sangat suka mereka berdua dah.

diorang berlakon semalam, memang terbaik la mak rasa.
sangat bersahaja.
Zul sangat sempoi.
dan Yana aduhai, manja lah.
mak suka yang manja-manja nih.
.
.
.
.
dan cerita nya, sangat sedih la endingnya.
tapi pada mak, rasanya, itulah yang terbaik pun.
kalau jadi kat mak pun, memang mak akan mintak dilepaskan juga.
cuma bezanya, mak akan mengamuk sakan.

gila ko!
aku koma sepuloh tahun! ko boleh kawin lain. mahu tak mengamuk.
tapi Yana. ko sangat baik, tak marah ko ek.

cuma satu yang mak tak puas hati.
rasanya depa tak teliti masa buat cerita ni.

sebabnya.
mak tengok, si Qistina koma masa anak diorang masih lagi tak sampe setahun rasanya.
dan dia koma selama sepuluh (10) tahun.
oleh itu, maknanya, kalau Qistina dah bangun dari koma, mestilah anak dia paling koman pun umurnya 11 ke 12 tahun.
ini dah siap pakai baju sekolah menengah.
haish.
mushkil mak.

korang rasa camner?
ada pikir macam yang mak pikir?

takpelah, yang pasti, cerita ni memang best.

terbaik lah Yana dan Zul.


mak love u bebeh.

  

23 February 2012

lexis water chalet - lagi gambar

wokeh.
my mami is faster than me.
dia lagi cepat upload gambar dari ai.

oke.

ai curik gambar yu ya mami sayang.

jom layan gambar 'percutian' kami.
percutian la konon.
hehe.

owh.
kualiti gambar agak kurang kerana...........kerana ini gambar datang dari kamera handphone sajo hee.
.
.
.
.
.
mari mami bercerita...
.
.
.

ini baru sampe.
.
.
.

tepi laut.
 masa kami sampe, air tengah pasang.
laut juga bergelora.
mak takut aww.
.
tengok menu. nak order untuk opah sepanjang duduk sini.
.
.

ini la lantai kaca tu. air gilak tinggik kelapa sawit.



waktu sore. cantik. tenang.
ni waktu malam.
kami booked bilik karaoke.
bilik besar....
lagu.......sikit.......
bayar......RM60 sejam...
padan muka ai!
.
.




nampak macam mengandung kan. oke. that is amother story mory morning glory.



.
.
.
.
hari kedua





bath tub..sesuai untuk orang ber-honeymoon..romantik gilak, dan besar..muat 2 orang aww..
 .
.
.
nak balik dah...
.
.
.









.
.
oke daa.

nanti kami datang lagik.
konperm.
bawak puti.
lupa nama puti masa entri terdahulu hee.
.
.

22 February 2012

4 hari 3 malam. bukan menghilang.

bajet retis.
macam lama sangat.
haha.

mak berkursus.
kursus kat PD.
tido kat hotel.
hotel tengah laut.
pe-rak giler mak.
bilik mak best.
dalam bilik ada lantai kaca.
boleh tengok laut.
tapi malam gerun.
sampe tutup dengan kain.
sebab taknak tengok laut tu.

mak tak berseorangan.
mak angkut Q.
mak angkut opah.
mak angkut pak lang.
ayah...mak tak berjaya angkut.
sebab ayah nak jadi manager.
kena keje rajin sikit.

nak tengok bilik mak.
nanti la.
mak tak sempat nak upload gambar dari kamera.

tapi mak amik gambar dari website depa je la noh.

nah hamek kawww.

ini bilik kami


ini toilet



nah amik plan bilik..

honeymoon?
sangat sesuai.
romantik wooooo.


oleh kerana tempat ini best, kami plan nak datang lagi.
nak bawak encik suami aww.
nak bawak ayah.
nak bawak bakal-newly-wed ayob n bininya.

insyaAllah ada rezeki, kami datang lagi ya LEXIS WATER CHALET!!



18 February 2012

dah pandai buat suprise eh?

dekat Mid Valley sekarang ni, tengah ada Malaysia IT Fair.
dari 17 Februari hari tu, sampai 19 Februari nanti.

dengar cerita, barang-barang komputer murah la masa IT Fair nuh.
termasuk lah wishlist mak.... PSP.

mak memang teringin nak beli PSP.
lama dah.
maklumlah, mak ni, gamers la jugak kononnya.

kalau setakat Need For Speed, memang ehem ehem no problem.
apatah lagi game bodoh-bodoh macam Harry Porter nuh, memang khatam.
game CSI? no problem, mak suka.
apalagi jenis game, semua mak layan.

kecik2 dulu ada game DOOM tu kan.
layan jer.

senang cakap, kalau bagi mak game, mak leh duk diam, janji tak kacau sesape dah.

pendek citer,

balik dari kerja semalam, Encik Suami cakap dia ada beli something dari IT Fair tuh.

suami : cuba teka saya beli apa?

isteri : beli apa? tak pandai ah teka ngee..

suami : saya beli ni... (sambil tunjuk headset yang pakai bluetooth tu) nanti senang lah, masa drive dah takyah nak susah-susah jawap phone dah.

isteri : wah bestnya. untuk sapa tuh?

suami : untuk kita dua la. dua-dua leh configure kan. 

isteri : ada tengok PSP? murah tak?

suami : dah tengok dah... tapi saya rasa rugi la kalau beli PSP..

isteri : ooooooo....

isteri gi dapur nak kemas dapur sebab lusa dah nak kursus kat PD. tengah2 basuh pinggan teringat kereta tak park properly. masa nak gerak ke depan, suami tanya nak kemana. mak jawab la nak pi park kereta. then dia kata, takyah, biar dia tolong park kan...then dia suruh kte masuk bilik, tengok plug mesin basuh. mak pun pelik, masuk je la bilik, tengok2 atas katil ada ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
nangis jap.
terkejut wooo.
tak pernah dapat suprise cam gini.
wahhh.
merah lak tu.
semerah cintaku padamu encik suami awwwwww..
.
.
.
.
.
.
.
terima kasih sayang..
waktu menunggu tidak bosan lagi..
kemana pergi pun boleh bawak la ni :)



i.l.o.v.e.y.o.u.



14 February 2012

bersiaran secara langsung dengan StreamyX!! Ooo Yeah!!



video

oke.
terima kasih kerana menonton.
haha.

saya sudah kena tag dengan Daddy Adando....Grrrrr!!

oke.
saya sudah kena tag.
tapi mohon untuk buat tag tu kemudian ya, sebab mak dah pergi jenguk tadi..
humaiigadd..panjang berjela..banyak benor tagging nya hehehe.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sekarang ni mak nak membebel sekejap tentang PARKING OKU.

mak mula drive kereta dari tahun 2006.
bermakna dah lebih dan kurang 6 tahun bawa kereta.

dan sepanjang mak diving driving ni, satu aje prinsip mak tak pernah langgar lagi.
'parking di tempat khas OKU'.

iya.
biar orang tak nampak, tapi tetap, mak takkan sekali-kali letak kereta ditempat khas tu.
walaupun, kita boleh argue, 'entah berapa sangat orang OKU nak letak kereta di situ' atau 'boleh dikira kalangan OKU yang ada di building tersebut' TETAP!!! mak takkan pernah tergamak nak letak kereta disitu.

dan oleh kerana prinsip itu jugaklah, mak sering mencebik dengan rela bila tengok orang yang sihat walafiat, ada kaki, ada tangan, ada otak, tapi parking kat tempat khas tu.

haish.

cukup tak paham, macam mana boleh buat slumber, buat tak tahu, rasa tak bersalah bila parking kat tempat khas tersebut.

atau diorang memang cacat.

cacat otak?

sekian.

masa untuk anak saya enter the frame!!

:)




10 February 2012

Adando Buat Entri Khas untuk Saya!! Terima Kasih!!

semalam,
mak dapat satu komen dari Daddy Adando, jadi seperti biasa, kalau ada pengomen baru, memang mak akan terus jenguk dan terus follow (walaupun diorang tak follow ai) sebagai penghargaan datang menjenguk blog kecik mak nungg.

bila mak follow - mak tengok mak dapat jadi follower yang ke-222.
cantik kan nombor tuh. 
apa lagi, mak terus demand.
tengok demand mak ni.
mengada-ngadakan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
serius mak rasa mak sangat mengada-ngada disaat ini kerana Daddy Adando dengan berbesar hati membuat satu entri untuk kegedikan mak itu hahaha.
.
.
.
.
.


entri tu di sini.

sowi Adando. Hope we can be friend. dan terimalah seadanya perangai ai ini hahahaha.

Jadi kengkawan, jom jenguk blog Daddy Adando, sebab entri-entri dia best-best, pengalaman dia dan isteri dan anak-anak. 
ada juga cerita umum.
cerita semasa.
jom la jenguk!!!!

mak sangat suka banyak pengalaman orang-orang.

sangat suka.

:))

What's Your Name Contest

tadikan, mak ronda-ronda, then mak terjumpa blog yang ada join contest ni.
dan mak rasa nak sangat masuk contest tu, tapi bila mak tekan link untuk join contest tu, mak jadi hampa, kerana sudah tamat tempoh contest.

owh sedih mak.

sebab mak rasa, kalau mak masuk contest tu, mesti mak menang.
*tamparpipilajulaju

poyo kan ko.

oke, mak conDIfen mak boleh menang sebab contest ni contest perihal nama.
atau omputih sebut 'What's Your Name Contest'.



haaa.

sure mak menang kan.
sebab nama mak Wanita.
Wanita Abd Mutalib.

oke. sila *tamparpipilajulaju lagik.

apa???
tak percaya nama mak Wanita.

owh.

silalah percaya anak-anak.

:)

'sebenarnya, mak sengaja taknak masuk, sebab mak nak bagik can orang lain menang'

ayat penyedap hati.

hahahahahaha.


08 February 2012

persamaannya ialah......

ini blog.
.
.
.
.


ini twitter.
.
.
.
.

yaaa..
wat to do..
ladybirdhollic.

ada ker ayat macam tu?
hahahahahahaha.
.
.
.

transformasi..

amboi mak.
tajuk...tak hengat!!
hahaha.

iya anak-anak.
ini bukanlah transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan.
ini bukan blog politikus.

ini blog mak dan anak dan suami dan emak dan ayah dan adik-beradik dan kawan-kawan.

sekian.

eh.
bukan itu yang mak nak cerita.
mak nak cerita haruslah tentang Qalesya Alia hehe.

last week, menumpang di rumah emak hehehe.
bermakna balik kampung la weehh hee.

jadi bila dah balik kampung, mintak tolong atok tolong potongkan rambut Qalesya.
ya anak-anak..
rambut Qalesya sudah pendek kembali. sila jangan sedih peminat sekalian.
wahhh.

dan petang itu juga, kami semua ke kedai emas.
wah emas ko.
hahaha.

menunaikan hajat.
belikan Qalesya emas.

jadik sekarang. Qalesya sudah ada:

1. rantai tangan - hadiah dari opah tepeng.
2. cincin - hadiah dari opah ipoh.
3. rantai leher huruf Q - hadiah dari mami!!

amboi..bling-bling diaaa...
macam kata iklan Emas Sri Pinang - 
'emas ni bukan saja untuk perhiasan, tapi untuk pelaburan masa depan....bling-bling!!'

nah layan gambar..... :)
.
.
.
.
tengah gunting rambut..senyap ajer dia, senang nak gunting... 
dah gunting rambut, bagi rewards sikit, rantai dengan cincin...

amboi budak zaman sekarang!!
baik sebab gunting rambut terus dapat rewards emas..
amboiiiiiiii!!!!!!

taklah..itu memang niat mami ngan opah dia :)

p.s.
entri inilah yang dah berkurun taip tapi tak dapat publish sebab tak dapat nak upload gambar...

sekian.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...