Tabungan

31 December 2012

dah lama tak pergi fun-fair!!

yelah. dah lama tak pergi fun-fair. dah tu, asyik lalu-lalang aje depan fun-fair ni. geram aje rasa tengok lampu warna-warni tu. dalam ati dah tanam kata tetap akan bawa Cha main-main kat sini.

tapi seperti yang dijangka, anak tak main sangat. mak dengan pak aje lebih. layan je lah hahaha.



anak dan bapa. yang kat tangan Cha tu permainan yang dapat hasil dari main kat fun-fair. haha.

nasib baik ada palam. boleh juga tolong tengok-tengokkan Cha masa mami dengan ayah dengan sibuk main haha.

tengok nak. naik takut. jangan kata kami tak bawa dia naik ya. dah cuba. berperang tau.

nak menghabiskan token - main BINGO! haha.

palam dan Cha sementara ayah main BINGO. thanks palam.

mak loike this picture. tak tahu kenapa. macam fairy tale giteww.

menangut tengok duck dalam kolam.

hero kami hari itu hee. thanks palam!!






setelah penat ber-blog walking

gila jauh aku berjalan. gila banyak daerah dah aku jejak. gila banyak ragam yang aku jumpa.

amboi bagai nak gila ya. haha. tapi benar, jauh gila aku berjalan hari ini. eh! ramai rupanya blogger yang aku tak follow lagi haha. gila terasa kerdil bila tengok bilangan follower mereka. kalau diikutkan, aku lebih awal ber-blog dari mereka, tapi sebab aku malas dan mereka rajin, maka wujud gawang bilangan follower yang sangat besarrrrr.

dan satu yang aku perasan-tan-kan.

blogger-blogger yang terkenal, kalau perempuan mesti stok-stok yang cun dan cantik gila.
kalau lelaki mesti stok-stok yang hensem banget trang tang tang.

jadi, blogger yang kurang rupa macam aku ni nak menyelit kat mana la pula ya. hahaha.

tapi betul weh. yang perempuannya cun-cun belaka, jadi tak susah nak snap gambar sendiri dan tampal kat blog. kalau dah macam aku, snap dan tampal kat blog, nak tengok gambar sendiri pun naik segan haha.

dan tadi, masa jalan-jalan tadi, jumpa juga mamat-mamat dan minah-minah blog yang punya blog yang santai. maksud aku yang buat lawak bodo dan seantero dengannya. aku suka jenis blog macam tu. tak serius sangat. tak mengutuk orang sangat. tak up diri sendiri sangat. sedang-sedang saja. i loike.

banyak konsep rupanya. banyak input yang boleh dikongsi. macam-macam. :)



***



bila pejabat sunyi, aku selalu ambil kesempatan untuk pergi lunch dengan suami. maklumlah, aku ni boleh dikatakan jenis yang manja juga (sila muntah pelangi) dan manja aku memang pada suami agak berlebih-lebih la sedikit (bak kata Kassim Baba masa minta hutang dari Ali Baba).

jadi, bila mood nak manja-manja datang, aku memang sanggup drive dari Putrajaya ke Mid Valley hanya untuk makan tengah hari bersama.

tapi hari ini, permulaan-nya agak kurang best sebab encik suami seorang ni tak reti-reti nak angkat telefon. sampaikan aku dah terpacak setengah jam lebih dekat Mid Valley dia masih tak jawab telefon. (sabarlah wahai hati). aku dah nekad nak balik dah, tapi tiba-tiba dia return call. bila aku kata aku dah setengah jam dekat Mid Valley, dia boleh kata kenapa tak bagitahu. eh hello?! yang ai bagi mesej start dari pukul 12.00 tengah hari dan yu tak angkat phone tu apa?? (sabarlah wahai hati) cuba bayangkan perasaan aku masa tu. tipulah kalau aku kata aku tak merajuk. tapi sebab dapat makan, hai-lah lupa hati tengah merajuk. ya, makanan buat aku lega. so faham tak kenapa badan aku macam ni? dah diam!

hari ni kami ubah mood sikit.
aku makan makanan korea (konon) dan dia makan makanan jepun (konon). kenapa aku kata konon. sebab macam aku, nama aja beli dari kedai makanan korea, tapi still yang aku order ialah Chicken BBQ. so faham tak? secara simplenya, aku makan Chicken BBQ aje la. takdela korea sangat. yang buat korea-nya sebab ada sup rumpai laut dengan jeruk sayur (apatah - kimchi ek?) dia orang tu.

tempting aite.
tak menghampakan sebab Chicken BBQ tu memang sedap. cili potong kena ada sebab jeruk sayur is so not cool to me.

makanan suami lupa nak snap sebab aku tengah enjoy makan.

okey. lepas makan sambung merajuk, tapi tup-tup suami pulak merajuk sebab aku dah over melalut benda lain. dah pi tuduh dia ada pompuan lain pulak. aparaa wanita mutalib. last-last, aku juga yang pujuk dia (padan muka ko). dan kami berbaik semula.

happy ending.

makan pun dapat.
gaduh pun idak.
besok cuti!!
o--hoi!!



blog : sana-sini makin boring

ya. makin mem-bosankan. sebab, masing-masing mula tulis ikut hati. ya. kalau yang lemah-lembut tu, tak apalah, seronok aje membaca. tapi kalau dapat yang jenis sarkastik, rasa menyampah aje baca.

aku, bila jumpa yang jenis sarkastik ni, kadang-kadang memang tak baca langsung dah. maksudnya, memang tak repeat baca-lah, hai dan bai.

tapi kadang-kadang, aku simpan, jadi silent reader, sebab walaupun dia orang itu sarkastik, tapi apa yang dia orang cakap tu betul. walaupun, menyampah baca, tapi, bernas aje buah fikiran dia orang, membuatkan kepala otak kita pula yang ligat berfikir dek kerana tulisan dia orang.

tapi ada juga yang sarkastik, baca jadi menyampah, entah apa-apa, tapi kita terpaksa juga baca, sebab...... kawan?


hahahahahahahahahahahahaha.




anyway, 2013 is just around the corner.

dan ia telah membuktikan 2012 bukanlah tahun berlakunya kiamat. maka kasihanlah pada mereka-mereka yang dah beli tiket ke angkasa, dah rodok perut bumi buat penempatan bawah tanah dan dah buat kapal selam segala.

hahaha.

bodoh juga orang *** ni kan.

ingat pandai sangat.




shame on you.

bluek.

oke dah. mak nak kerja. dah la mak sorang aja tinggal kat pejabat ni. yang lain, cooti!



29 December 2012

Bila orang tak tahu bersyukur

Dah kurus, sibuk nak kurus lagi.
Sampai orang gemuk macam aku ni, naik pelik, tang mana yang gemuk sangat tu.

Dah kaya, nak kaya lagi. Jadi, orang tak berapa nak ada macam aku ni, naik jelik, tamak sangat.

Dah cantik, sibuk nak cucuk-cucuk susuk-susuk bagai. Hinggakan orang yang tak cantik macam aku ni, makin jadi rendah diri.

Dah naik pangkat, mula besar kepala, dah tak nak tegur kawan-kawan lama, orang-orang bawahan, sampaikan orang lain nak menyampah tengok perangai 'baru' tu.

Itu kehidupan. Pada aku, mereka jadi begitu bila mereka tak berpaling pada Tuhan, tak tahu nak bersyukur.

Orang lain, sibuk nak kurus, sibuk nak kaya, sibuk nak cantik, sibuk itu ini, tapi pada mereka yang dah ada tu tak pandai nak bersyukur malah sibuk nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

Benar. Itu namanya nafsu. Manusia semuanya bernafsu. Tapi bukankah kita ni digalakkan bersederhana.

Secara peribadi, aku kadang-kadang rasa jelik dengan keadaan sekeliling. Dah cukup semua ada. Dah ada keluarga bahagia. Dah ada rumah sendiri. Tak payah hutang sana-sini. Tapi masih lagi mengeluh. Aku macam, what? Tak cukup lagikah apa yang Tuhan bagi ni?

Macam aku...........

.
.
.

Masih banyak yang perlu kami sekeluarga kejar-kan. Kami masih belum stabil. Satu-satu masalah datang. Mungkin sebab terlalu berharap pada orang. Ya! Padan muka pun. Ingatkan adalah orang boleh menolong, tapi at last, berita buruk juga yang kami dapat.

Kecewa, sedih, jangan cakap. Aku dah kata, kecewa dan sedih memang dah pecah dalam jiwa kami.

2012 meninggalkan banyak kenangan pahit buat kami.

Maka kami harapkan agar tahun 2013 adalah tahun yang baik buat kami. Dan aku juga telah mulakan perniagaan online. Pretty Qalesya nama diberi. Perniagaan pun dah didaftarkan secara sah. Kami menjual wangian dari Victoria's Secret dan produk kesihatan Shaklee.

Semoga tahun 2013 ni tahun yang baik buat kami. Jemputlah membeli-belah dengan kami.

Pergi saja ke Facebook, cari Pretty Qalesya. InshaAllah.

Terima kasih.

Selamat tinggal 2012.




Sent from my iPhone

27 December 2012

TIPS : MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK

luangkan masa makan dengan anak.
berkongsi meja (atau lantai) dengan anak boleh menyemarakkan lagi hubungan.
sebab......masa makan, macam-macam perkara boleh sembang.
(masa makan tak leh sembang, acaner?)

luangkan masa bermain dengan anak tanpa gangguan.
bila tiada gangguan, kita boleh fokus dengan anak saja.
menguatkan lagi hubungan.


tutup semua punca gangguan.
handphone.
tv.
apa-apapun.
hanya dia penting sekarang!


ikhlas. jujur. dengar dengan tekun.
kanak-kanak tahu bila anda tak bagi perhatian pada mereka.
jadilah pendengar yang setia.
jangan abaikan apa yang mereka luahkan.
dan jangan janji perkara yang kita tak boleh kotakan.


fikirkan aktiviti yang menarik untuk dibuat dengan anak.
bahagiakan anak selalu.
perkara yang simple sebenarnya dengan sekelip mata boleh membahagiakan hati anak.

berfikiran terbuka.
semakin anak kita membesar, mereka mula ramai kawan.
maka, berfikiran terbukalah - asalkan tidak melanggar ajaran agama ya.
buat sesuatu agar anak kita mempunyai kehidupan yang normal dan mereka masih lagi sebahagian dari anda.



sekian.





bila rasa kecewa semakin pecah

kalau diikutkan, aku dah banyak terima rasa pedih lebih dari aku terima rasa bahagia sepanjang aku berada dalam tempat kerja aku ni. satu demi satu kekecewaan aku terima. sering aku dipinggirkan. sering aku dinafikan hak. kecewa, geram, sedih semua bercampur-baur.

setiap kali rasa kecewa makin pecah dalam jiwa, setiap kali itulah aku kononnya (kononnya!) mencari peluang kerja di tempat lain. rasa macam tak ada future dekat sini. rasa macam tak ada career development dekat sini. kononlah! aku kata kononnnnnn...

tapi setiap kali aku isi borang kerja baru, aku rasa serba salah. setiap kali ada maklum balas pun, aku rasa serba salah. aku mula rasa sayang nak tinggalkan pejabat ni. mula rasa sayang nak tinggalkan kawan-kawan yang ada. rasa macam, dekat tempat baru, adakah suasana kerja akan se-enjoy di sini. rasa macam, tempat baru, adakah akan dapat kawan sehebat kawan-kawan di sini.

disebabkan semua itu, langkah aku untuk pergi mencari rezeki di tempat lain, selalu tersangkut. 

yelah.

benci.

tapi.

sayang.


acaner??!!









24 December 2012

manusia perlukan perubahan - Pesanan dari Shaklee

diam tak diam, umur aku dah meningkat. dah 30 tahun dah. sujud syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi Mu ini Ya Allah.

tapi, dalam pada umur dah meningkat ni, boleh terasa dah badan ni semakin tua. dah tak fit macam dulu-dulu lagi. dan perubahan ni makin ketara lepas aku bersalinkan Cha 2 tahun lepas.

disebabkan itu, aku mula terfikirkan supplement. bila kita dah semakin meningkat umur, dah banyak zat-zat besi yang semakin berkurangan. makanan sehari-harian memang tak boleh nak supply zat-zat besi yang dah hilang tu. jadi nak tak nak, memang kena makan supplement.

kalau pergi jumpa doktor pun, memang doktor advise untuk ambil supplement. bila ditanya brand apa, doktor kata tak kisah, janji supplement!

nak dijadikan cerita, tahap kesihatan aku sangat-sangat teruk bermula pada akhir tahun lepas. ya, time tu, aku selalu rasa pening, selalu rasa berdebar. bila buat ujian darah semua, memang tak ada apa. dan masa tu doktor dah start suggest untuk ambil supplement Vitamin E dan vitamin C. masa kat hospital tu, memang dia bagi ubat dia lah. bila dah habis, aku sendiri google, cari maklumat, Vitamin E dan Vitamin C mana yang terbaik untuk aku.

dan aku jumpa ini.


yang ini memang aku bawa ke mana-mana.
jadi selalu ada dalam beg.

yang ini aku ambil gambar dari google.
sebab botol sebenar ada di rumah.

Alhamdulillah. sejak aku makan dua vitamin ni, kesihatan aku makin baik. semua dengan izin-Nya. kenapa vitamin C dengan Vitamin E kan? meh aku cerita kepentingan dua vitamin ni.

Vitamin C dulu kay.
Selalu, kita dengar kalau orang nak cantik, dia orang cucuk Vitamin C kat muka. kan kan kan. oke itu betul, ianya sebab Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

selain dari nak cantik, aku ambil Vitamin C juga sebab yang rasa berdebar segala tu kan. disebabkan itu, aku takut kot-kot manalah tau kan aku ni dah nak menjurus ke darah tinggi ke, sakit jantung ke, jadi itulah sebab kenapa aku ambil Vitamin C. penjelasan? macam ni --- Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

satu lagi sebab kenapa aku ambil Vitamin C? sebab - sebab - sebab - aku selalu stress. jadi, Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doktor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

aaa. banyakkan kelebihan makan supplement Vitamin C ni. ada banyak lagi, tapi itu kendian pula aku cerita ya. sekarang ni nak cerita pasal Vitamin E yang aku ambil pulak.

Vitamin E, macam ni kisahnya.
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.
aaa gitu, buat point senang mak nak cerita haha. 

tapi yelah, pendek kata, sekarang ni Alhamdulillah dengan izin Tuhan, rasa berdebar, rasa pening berkurangan daripada dulu. aku tak kata hilang terus ya anak-anak. aku tegaskan, ianya berkurangan. kalau nak buat perbandingan, aku tak berani sebab aku tak ada makan lagi brand lain. sebab masa makan yang ini, memang rasa selesa sangat. mungkin rasi dengan aku.

disebabkan selesa dengan Shaklee, aku cuba juga produk-produk lain. antaranya --

yang ini memang aku minum tiap-tiap hari.
Alhamdulillah, aku sentiasa bertenaga.
syukur.

yang ini pun aku selalu campur kalau aku nak minum ESP.
yang ni mealshakes, kalau buat susu Cha pun kadang-kadang aku bubuh juga sudu kecil.
Cha suka sangat lah kalau ada mealshakes ni,
memang habis sebotol susu dia.

yang ini aku letak kat pejabat.
sebab yang ini untuk membantu badan tak terhidrat sangat.
aku selalu minum sebelum buat kerja dan sewaktu nak balik dari kerja.
sengaja aku minum sebelum balik, sebelum keluar pejabat, sebab serius, aku rasa segar sangat!

untuk yang lain tu, next time aku cerita ya. cuma, aku nak bagitahu kau orang, sekarang aku tengah try collagen shaklee ni. kalau oke gak, nanti aku kongsi dengan you all kay.

owh lagi satu.

saya pengedar Shaklee yang sah :)

kalau nak info lagi pasal Shaklee, boleh la contact mak. PM mak, nanti kita roger-roger!!














22 December 2012

It was a Disaster!

Semalam, aku kata aku akan up-date gambar sepanjang majlis berjalan kan. Tapi tidak. Aku tak up-date apa-apa pun. Sebabnya -------- it was a DISASTER!!

Teruk benar bunyinya kan. Tapi itulah kebenaran. Bukan senang jadi Pengacara Majlis ya anak-anak. Itu sebabnya Pengacara Majlis pun boleh jadi satu profession. Macam Dato' Mahadzir Lokman, dia ada dibayar RM20,000 sekali show. Itu yang Dato' cerita. Harga yang lain? Gila kentang-kan?! Dan aku sebenarnya bertuah sebab aku pernah berguru dengan dia. Banyak ilmu dia bagi. Terima kasih Dato'.

Antaranya, menjadi seorang pengacara majlis, kita sepatutnya dihormati. Sebab kita ialah Master of Ceremony! Kalau nak ber-comunicate dengan kita pun, hanya Stage of Manager saja yang boleh sampaikan maklumat.

Ini tidak, terjadi semalam kami kena 'tegur' dengan seorang audience apabila ada seorang penerima anugerah tidak dipanggil ke atas pentas. Kalau 'tegur' saja tak apa, ini 'tegur' dengan cara yang sangat-lah 'sopan'. Kami tahu kami ni pengacara amatur, tapi sebagai kawan sepejabat, tak ada cara lainkah untuk menegur?

Itu baru satu.

Terjadi juga semalam, kami tak di-update dengan info terkini. Untuk memanggil penerima anugerah, kami seharusnya tahu siapa yang hadir dan siapa yang tak hadir. Semasa rehearsal tiada masalah sebab kami panggil semua nama. Tapi pada waktu kejadian, kami kena bersedia dengan senarai nama yang fresh. Maknanya senarai nama siapa yang hadir dan siapa yang tak hadir. Bila kami dapat senarai nama tersebut, kami sebut sajalah nama yang sudah bertandatangan. Malangnya, ada penerima yang tidak menandatangani senarai nama tersebut. Disebabkan itulah, nama penerima tersebut tidak disebut dan menimbulkan 'kemarahan' kawan kami yang 'sopan' itu tadi.

Pada kami, si pengacara-pengacara majlis, kami sepatutnya hanya menerima arahan daripada Stage Manager. Jika kami tak di-update dengan maklumat terkini, macam mana kami nak tahu siapa yang datang dan siapa yang tak hadir. Kami sedang mengacarakan majlis. Mana sempat kami nak fikir siapa ada siapa tak ada.

Pendek kata, semalam kami kelihatan sangat tidak ber-kredibiliti. Caca marba. Hancur. Hanya kerana loose sana dan loose sini. Info tidak sampai. Dan ya, yang nampak buruk adalah kami si Pengacara Majlis.

Tapi, hmmm ia takkan melemahkan semangat aku untuk jadi pengacara majlis hokey! I love holding mic! Hahahaha. 

Lagipun, disebalik kekalutan itu semalam, aku seronok kerana semakin banyak aktiviti dibuat, semakin kuat ikatan silaturrahim antara kami.

Bayangkan, selepas semua sudah selesai, kami para uusetia, orang belakang tabir majlis, kawan-kawan AJK lepak beramai-ramai di dalam dewan yang indah itu, bercerita kekalutan yang kami hadapi, berkongsi kisah sebalik tabir, mengutuk depan-depan dan ketawa beramai-ramai.

Indah!

Majlis tamat pukul 6 petang,kami balik pukul 8 malam lebih. 

Dalam hal ni, Cha paling banyak berkorban sebenarnya sebab dalam minggu ni saja mami ambil dia lambat. Cian anak mami. 

Tak apa sayang, minggu depan mami balik on-time. Boss semua cuti, event pun dah tak ada.

Fuh.

Penangan buat event.








Sent from my iPhone

Misteri budak dalam Almari

Sent from my iPhone

21 December 2012

bunch of crazy peoples in Nuffnang!!

holla!

pernah tak kalian jumpa satu pejabat yang pekerja semuanya 'gila'?

okey.

aku pernah.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







with Dayah the famous amous blogger


hey!

guess what.

I've found it!!


here in Nuffnang's office!!



all of you ROCKSS!! (peace sign!!)







nak pantun dua kerat. (edited)

o--hoi!

sejak aku jadi pengacara majlis masa perhimpunan bulanan hari tu (yang Menteri suka tu...wek!) orang bila jumpa aku mesti nak cakap, 'nak pantun dua keratttttt'... takpun, paling kurang, 'dah balik dah dari Raub? dah jumpa dah nangka kat Raub?'.. hemoh hemoh hemoh kowang. suka ek?

dan sejak itu jugalah, orang kata aku ada talent jadi pengacara majlis, lain kali kalau ada majlis nak suruh aku jadi pengacara majlis lagi. hemoh hemoh hemoh kowang. ai dah rasa macam Nurfarahin Jamsari giteww. (sila muntah pelangi)

dan hari ini, ada job lagi. aku akan jadi pengacara majlis untuk Majlis Jasamu Dikenang 2012 namun tidak berseorangan. ai akan ditemani oleh dua jejaka okey. diapit okey.



hmm.

wish me luck.

nanti ai buat entri untuk kongsi dengan uolls kekecutan hati dan kedegupan kejantungan kelajuan ini ya.


hahaha.


p.s.
baju belum pakai lagi.
apa barang tunjuk baju siap2 kennnn.
hik hik.


versi sudah edit.

okey. hari ini akan ada banyak gambar instagram sebab mak akan transfer terus gambar majlis tersebut terus ke blog. jangan bosan. daaaaa. :))








19 December 2012

Kekecewaan


Hari ini, aku punya dua berita buruk untuk orang paling penting dalam hidup aku. Tak bagitahu, salah. Bagitahu, buat hati dia luka.

Seperti dijangka, dia diam. Tak berkata apa. Berulang kali senyum sambil berkata 'tak apa...tak apa'...

Aku bercerita hari aku padanya.
Walaupun dia senyum, tapi pandangan matanya kosong.
Aku tahu dia kecewa.

Tadi,
Dia bertanya pada aku.
Apa dosa yang dia dah lakukan sampai dia diuji sebegini olehNya.

Aku........tak punya jawapan untuk itu.

:(


Send from my Tab

18 December 2012

Jom join Segmen Pertama Saya!!




aaaaa. aku pun terkejut, aku boleh terfikir nak buat segmen. hahaha.

segmen aku ni diberi tajuk SEGMEN KEYWORDS. kenapa macam tu. sebab dalam segmen ni, aku nak kau orang bagi KEYWORDS paling kelakar yang pernah keluar kat page kau orang.

macam contoh aku, aku bagi KEYWORDS ni.






macam tu pun ada kan. kucing gila. hahaha. pastu kalau kau orang tengok, carian Dynas bogel pun ada. apalah yang dicari dia bogel tu? pelik-pelik.


so amacam? nak join tak? kalau nak join, sila-sila. mari aku listkan satu-satu caranya.

satu.
buat satu entri dengan tajuk SEGMEN KEYWORDS WANITA MUTALIB

dua.
print screen keywords anda macam aku buat di atas.

tiga.
tulis link entri kau orang dalam kotak komen aku.

empat.
-----bunyi cengkerik---- tak ada. tak ada nombor empat. hik hik.



nanti, lepas kau orang dah submit, aku akan listkan satu-satu. bolehlah kita sama-sama gelak tengok keywords mana yang kelakar.


oke. untuk menyemarakkan lagi segmen ni, selepas dah disenaraikan penyertaan mengikut komen dalam kotak komen, aku akan masukkan penyertaan kau orang dalam random number generator. nombor bertuah dari nombor 1 hingga 5 akan dapat hadiah misteri.


oke tak oke tak? hahaha.


kita tengok saja, ada sambutan tak segmen ni. kalau ada, mungkin cabutan secara random tadi akan aku tingkatkan dari 5 ke 10. okei?


so jom join SEGMEN KEYWORDS secara berjemaah.


peace yo!

p.s.
segmen akan tamat pada 20/12/2012.
dan kalau rajin, ajak kawan-kawan lain join jugak. ya ya ya.









Segmen Blog Chomel


blog saya chomel (la sangat) kerana ia dihiasi dengan gambar anak saya yang chomel jua. terima kasih. ha ha ha ha harun.

saya dengan ini meng-tag ---- siapa-siapa yang sudi. terima kasih. hi hi hi hi hi hisham.



pesanan buat penaja--

fuh kanan.
fuh kiri.
harap--kan,
purse dapat dimiliki!

:)





jom semak saman AES

aku, suka pandu kereta laju-laju.
tambah-tambah tengah marah.
tambah-tambah tengah period--!

tapi, sejak ada anak, aku sedikit insaf.
setiap kali ter----tekan pedal minyak, mata terus pandang anak, rasa insaf terus menyerap, terus masuk lane kiri, ---- paling kiri.

tapi, pagi tadi status adik aku berkaitan speeding.
iya, aku pun mengaku, pagi tadi cubaan membawa laju usai hantar Cha ke taska.
sebab musabab ialah kerana --- sudah lambat.

konon, dengan sedikit bantuan kelajuan, bolehlah masuk on time.
ptuiii!

2 minit lambat. 8.37 pagi punch in. diakan, bila kita lewat 2,3 minit itu lagi menyakitkan hati, daripada lewat 20, 30 minit kan kan.

okey.

balik kepada topik.

bila adik aku up status pasal speeding, adalah yang mengomen usik topik AES. aku pun teringat, aku tak pernah cek saman AES walaupun aku adalah pemandu yang sangat berhemah tinggi, berbudi bahasa dan bersopan santun serta cantik budi pekerti.

---bunyi cengkerik---

jadi aku pun google-lah cara nak semak saman AES.

terima kasih kepada link ini.

tapi untuk kemudahan semua, mari aku tepek di sini juga ya.


adik-adik yang dikasihi sekalian, untuk menyemak saman AES, kita ada dua cara yang sangat mudah. semudah makan ais-krim, dan semudah sebut A E S.

satu cara ialah dengan melalui SMS. aku pun tadi baru semak melalui SMS.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aaaa.... nasib baik Alhamdulillah.
rahsia-nya??
di mana ada AES, di situ kita berhemah. ngahahahaha. bawa ikut kelajuan yang ditetapkan. tak rugi apa pun. jiwa selamat, duit tak melayang. kan.

oke. dari gambar tu pun kau orang dah boleh tahu caranya kan.

taipkan POLIS SAMAN (NOMBOR PLAT KERETA) dan hantarkan ke 32728.

tak sampai lima minit (bergantung pada keadaan aku rasa), SMS anda akan dibalas. masa tu, berdoa sajalah anda dikalangan pemandu yang berhemah.


cara yang kedua adalah melalui atas talian atau online. pada aku yang ini renyah : leceh sikit sebab --------- mengelirukan. dekat homepage tiada button friendly user yang link kan terus ke semakan saman. pada aku, kalau benda tu kita selalu nak pakai, apa salahnya buat short-cut button kan.

eh, itu jajahan mereka, kita jangan sibuk. ngahahaha.

kesimpulannya adik-adik, marilah kita menyemak saman AES beramai-ramai.
bagi yang tiada saman, jangan rasa selesa kerana AES ada dimana-mana (jaga-jaga ada yang meratiiiii)..
bagi yang ada, bonus dah keluar ni, jom la pakat-pakat pi bayaq ramai-ramai.

:)






apa masalah kau orang sebenarnya?

pernah dengar kata pujangga tak?

"blog kita, kita punya sukalah nak tulis apa."

jadi apa masalahnya.

suka hati akulah nak tulis apa.

nak mencarut ka.
nak melatah ka.
nak meraban ka.

biarlah.

ini jajahan aku. kenapa aku tak boleh nak meraban dalam jajahan aku sendiri? kalau aku meraban di dalam jajahan kamu, silakan, marah aku, aku tadahkan saja. tapi ini jajahan aku, aku punya hak. kenapa mesti bertanya, eh tak patut kamu tulis macam tu.

sekurang-kurangnya aku tidak mengusik sesiapa.
sekurang-kurangnya aku tidak petik nama sesiapa.
sekurang-kurangnya aku tidak bercakap perkara yang sensitif.

aku tulis, wak lu saja.
pernahkah kamu terfikir apa maksudnya pada aku.

wak - awak
lu - awak / kau / kamu

hahahahaha.

ada aku mencarut?

ada?
ada?

kalau ada, itu kamu punya fikiran, bukan aku!
maka kamulah yang mencarut.
again, bukan aku!


hahahahahahahahahahahaha.



in your face!







Wak Lu

Sekejap masuk lane kiri,
Sekejap masuk lane kanan,
Lek ar beb,
Kau ingat kau seorang saja nak pergi kerja?

Sama-sama jaga keselamatan orang lain atas jalan, bolehkan?





Sent from my iPhone

17 December 2012

rasa nak mencarut depan muka kau!

kalau dilihat pada kotak followers, ya, idak la ramai sangat!
tak sampai 600 lebih pun.

tapi, kadang-kadang sangat suprise kerana ----- ada saja orang di pejabat yang menegur 'hey, apa cerita entri you semalam tu'.

so for me, 'oh gosh, ada orang baca juga ek?' --bunyi cengkerik--

guys, thanks for being my silent reader, appreciate it a lot. --baca seperti gaya diva--

ada silent reader, is good. apa yang buat tak bagus adalah bila kita tak tahu siapa yang membaca. macam sekarang, aku sebenarnya nak meluah rasa hati betapa aku nak mencarut depan muka seorang manusia ni. eeeeeeeee... kenapalah kau suka cari gaduh dengan aku? apalah yang kau dengki sangat dengan aku.

nak kata aku ni cantik, tidak. (tapi lagi cantik dari kau ya!)
nak kata aku ni kaya, pun tidak.

jadi mana silapnya?

kenapa asyik nak menyusahkan hidup aku?
kenapa apa saja yang aku buat semua tak betul kat mata kau.

apa kata kita tukar tempat.
kau buat kerja aku.
aku buat kerja kau.


mahu?






adakah itu saka?

aku tengah kemas beg dekat dalam bilik. Nazri, Cha dan adik-beradik semua dekat luar bilik, di ruang tamu tengah tengok tv. masa tu lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. aku mengemas sebab esok pukul 5 pagi dah nak bertolak balik ke kota.

tengah sedap-sedap kemas beg, mami ketuk tingkap dari luar. dengan lembut mami tanya. 'dah kemas habis ke beg? kemas pelan-pelan, takut ada yang tertinggal'. aku pelik, apa mak aku buat dekat luar tengah-tengah malam? baru aku perasan, itu bukan mak aku!

aku terus keluar, ke ruang tamu, terus ke dapur, tengok mak ada di bilik belakang tengah mengemas. aku pandang luar tingkap dapur, aku nampak seorang lagi mak. aku terus jerit, 'mak! ada mak kat luar! ada mak kat luar!'.

keadaan terus kecoh. mak aku terkejut, terus mak tarik tangan aku ke depan, terus ke ruang tamu. dari ruang tamu, aku nampak ada kepala tengah terjenguk-jenguk kat tingkap bilik aku tadi. sekali kepala tu masuk dalam rumah! penanggal!! benda tu terbang atas kepala kami. keadaan dah jadi kecoh. 

aku jerit, 'adik, baca apa-apa dik, baca apa-apa dik!!'. tengah kelam-kabut tu, aku terfikir, ini mesti mimpi! kenapa kalut macam ni? mana Cha? aku terus tutup mata dan pujuk, 'bangunlah Ta! bangunlah Ta!!.

------ tiba-tiba.

keadaan jadi senyap.

aku pelik, kenapa keadaan jadi senyap. aku buka mata. rumah aku kosong! 

sumber google
tiada perabot. tiada tv. tiada semuanya! dalam gelap tu, aku terpandang satu susuk kecil datang dekat pada aku. aku ingatkan Cha. tapi makin dia dekat, makin dia cuba peluk aku sambil mengekek gelak, aku yakin dia bukan Cha. sebab aku tak nampak muka dia dengan jelas. aku tepis dia. aku tepis lagi. dia tetap cuba peluk. aku pusing, dia peluk dari belakang, tetap ketawa mengekek.

aku terus pujuk diri aku. aku kata 'bangun!' sebab aku yakin ini mimpi!
aku pusing badan aku kiri kanan.
pusing dengan kiri kanan.
pusing dengan kuat!!

dan aku terjaga.
kali ini betul.

aku terjaga.
atas katil.
sebelah aku ada Cha  yang dah terlelap sambil phone aku masih terpasangkan lagu kanak-kanak yang Cha biasa dengar dalam kereta. disebelah Cha, ayah dah lena berdengkur.

aku.
aku.
aku takut nak tidur semula.
takut mimpi tu datang balik.
ngantuk.
tapi takut nak lelap mata.

dan aku sendiri, tak sedar pukul berapa aku terlelap.

***

cerita pada nazri pagi tadi perihal mimpi aku.

'awak mimpi budak? orang kata kalau mimpi budak, maksudnya --- saka..'





wallahualam.




16 December 2012

Lawaklah kau orang

Mahu gostan. Dah tengok kiri kanan, tiada kereta, kalau ikut akal, ikut lojik, memang boleh undur, tapi entah dari mana, ada sebuah kereta muncul.
Juga, kalau ikut akal, ikut tatasusila, ada budi bicara, ada budi bahasa, kau dah tengok orang terkial-kial gostan kereta, apa salahnya tunggu sekejap bagi dia ruang meng-gostan kereta, kan?
Tapi tidak, kau ambil keputusan untuk tekan hon, buat kami fikir apa masalahnya, maju balik ke depan, dan kau dengan pantas terus jalan.
Owh. Di sini kena bagi jalan dulu pada orang lain, walaupun kita dulu dah mula gostan?

Hebat!




Sent from my iPhone

Kebangangan apakah mereka yang tidak suka pulang ke kampung halaman

Aku sebenarnya ada banyak perkara nak di--rabankan. Tetapi aku pilih yang ini dulu.

Aku sebenarnya kagum dengan mereka yang tabah tak pulang ke kampung berbulan-bulan. Kalau yang jauh, duduk beribu-ribu batu, duduk di luar negara, duduk di luar semenanjung, ya itu aku faham, kerana nak fikir wang dan masa. Tapi kalau yang setakat duduk dalam satu semenanjung, tapi tak jengah ke kampung tengok mak ayah, ya, apa ada dalam minda itu?

Aku, mak aku tak telefon dua hari pun aku dah risau gila. Dah macam orang bercinta. Inikan pula kalau tak jumpa. Dua minggu. Itu paling lama boleh tahan untuk tak jumpa mak aku. Lebih dari itu, hanya ada dua pilihan, mak datang sini atau aku pulang ke kampung. Ya, mak aku pun sama macam aku, tak boleh kalau tak jumpa. Dia memang manja, dan aku menurun kerenahnya - manja.

Minggu ini kami bersilat kat dapur. Dapur kecil itu tempat kami menjerit macam ada kenduri. Berlaga punggung semedang. Kecil la katakan. Tapi tak apa. Itu maksud bahagia buat kami. Ruang yang kecil merapatkan kami. Ruang yang kecil memudahkan kami berhubung antara satu sama lain.

Indah.
Menu hanya dua, tapi riuh macam nak kenduri. Menu kami nasi ayam dan durian crepe. Seronok! Memasak bersama suami, bersama kakak ipar, bersama adik perempuan yang kadang kala dikacau emak, abang dan adik lelaki.

Riuh kami kerana ada kejutan untuk mami. Cadangnya untuk sambutan harijadinya. Kali ini masak sendiri saja. Tiada sambutan diluar.

Selesai masak, kami sedia diluar rumah, usung kek berlilin masuk ke dalam sambil menyanyi. Mami yang sedang baring terkejut dan seronok. Apa lagi bahagia daripada melihat senyuman ibu sendiri kan?

Gambar? Tak banyak sebab aku tak bertudung, baju pun tak proper haha.

Tapi ada 3 gambar ku tepek di instagram dan facebook.

Check it out!!

Peace yo!







Sent from my iPhone

15 December 2012

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are selling for Hello Kitty products and tickets for


Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Samsung Galaxy Y Hello Kitty Edition”
(Value: RM399 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


13 December 2012

Yunk

S. Kunanlan balas sms aku.

Katanya ----- 'kak, hantar balik sms tadi, sms akak tak habis appear, mesti referee tu dah buat sesuatu pada handset saya'.

--------

Dasar referee!







Sent from my iPhone

Dia...

Dia, takut gunting rambut di kedai.
Dia, takut tengok patung di kedai baju.
Dia, suka menari.
Dia, suka dengar lagu.
Dia, suka menyanyi.
Dia, sukakan 'cat'.
Dia, sukakan 'dog'.
Dia, sukakan 'bed' (bird).
Dia, suka pada 'loli' (lori).
Dia, boleh kesan kapal terbang atas langit.
Dia, suka punggah barang.
Dia, suka angkat barang.
Dia, hargai barang mainannya.
Dia, hargai apa yang diberi padanya.

Dia, comel dimata aku.
Biar apapun kerenahnya, dia Qalesya Alia ku.


P.s.
tak faham kenapa ada orang sanggup dera anak.
Melihat rakaman2 macam tu, rasa nak jadi pembunuh-----------,membuak2.




Sent from my iPhone

baik-baik sayang

hari ini, jam 8 malam waktu Malaysia, kita ada perlawanan penting.

aku hantar sms pada S.Kunanlan- 'kami di Semenyih bangga dengan mu'.

semoga hati dia berbunga riang main bola malam ni.





Camel Toe | Public speaking

aku sebenarnya tak faham kerana...............setiap kali aku tengok kata kunci yang masuk ke dalam blog ini, mesti ada CAMEL TOE. boleh dikatakan, memang traffik yang masuk ke dalam blog ni, semua sebab nak cari CAMEL TOE. haha.

aku malas nak tampal gambar CAMEL TOE tu. Google-lah sendiri hik hik.



oke.
selain daripada carian camel toe tersebut, aku tertarik dengan satu carian iaitu 'tajuk yang sesuai untuk public speaking'. hik hik. bila berkata tentang Public Speaking, teringat masa zaman belajar Public Speaking di UiTM Arau Perlis.

masa First semester, kami dapat lecturer garang------giler.
jadi untuk mengelakkan daripada terus berada di bawah jajahan lecturer kami yang garang ini, kami drop the paper. haha.
tapi padan muka kami semua, semester seterusnya, kami masih dapat lecturer yang sama. dan rupa-rupanya, dia taklah garang mana pun. dan sebenarnya, sangat seronok belajar dengan dia. Ms.Shakey, we love you, seriously!

masa subjek tu, aku buat tajuk Mahatma Gandhi. dan aku, sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya..kalau dapat mikrofon, memang tak ada masalah.hahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

oke gelak besar dulu.

aku ini ikut perangai ayah. kami suuuuuukaaaaaa mikrofon. jadi kalau setakat nak membebel, memey takdok masalah ngahahahaha.. ini namanya gila mikrofon.

tapi, itu semua berbaloi, sebab I got A for my Public Speaking dan some more being awarded as Best Public Speaker in class ngahahahaha. dan rupa-rupanya, video yang Ms.Shakey rakam masa dalam kelas tu, masih lagi dipakai sehingga kini, buat rujukan student lain.

hik hik.





kedondong

biru pilihan kami.

ada mesyuarat.
babai.

12 December 2012

Automatic Blood Pressure Monitor | Blood Glucose Testing


semalam, pergi klinik sebab sakit kepala.
sekali bacaan tekanan darah naik 142/104.
doktor kata tinggi.
doktor suruh datang balik dan cek semula nanti.

dalam kereta aku dah risau.
sejak akhir-akhir ni, darah naik dan turun yang mana doktor kata ianya tak bagus untuk organ dalaman.

tak leh jadi ni. kena jaga kesihatan. kena jaga pemakanan.

aku pun terus ajak nazri pergi farmasi untuk cari dua benda ni. sekurang-kurangnya boleh monitor kat rumah.

pagi tadi bangun tidur, lepas mandi terus buat dua-dua test ni.

Alhamdulillah.
130/77 dan glukose 6.9 which is ideal.

esok nak test lagi.
hik hik.





Kedai Rakyat 1Malaysia


KR1M di Kajang

pertama kali pergi semalam.
oke juga.
bukan saja barang jenama 1Malaysia saja ada kat situ.
barang jenama lain pun ada.
jadi kalau nak membeli-belah, memang rasa okelah kat situ.


tisu
ayam goreng
french fries
pencuci pinggan
tisu dia agak nipis. janganlah kau orang jangkakan macam tisu jenis premier atau kleenex yang tebal tu kan. cukup untuk lap hidung, lap tangan pun kira oke dah la.

ayam goreng dan french fries aku tak cuba lagi.

pencuci pinggan dah pakai, agak cair tapi taklah cair sangat... sedang2 aja. memang sesuai dengan harga.


pencuci pinggan
nuget ayam
sosej
bijirin
biskut
perencah nasi goreng

ini antara barang-barang jenama biasa yang aku ambil.

jumlah semua semalam RM60 dan sen sen saja. Kira okeylah! Aku rasa kalau pi pasaraya lain, mesti dah sampai RM100++.

lain kali, nak pergi situ lagilah.

bangga jadi anak Malaysia (eh tetiba)


p.s.
ini bukan advertorial. hahahahahahahahahaha.



ini baju hari ni.
ni namanya baju malas gosok.
ngahahahaha.










11 December 2012

Kenapa orang suka main 'game'

Aku boleh dikira sebagai orang yang gilakan 'game'. Mungkin tak macam bebudak lelaki yang sukakan game perang. No. Tapi aku suka game jenis lumba kereta, penyiasatan, adventure atau apa-apa jenis game yang ada jalan cerita.

Macam contoh - lumba kereta, dari aku tingkatan 1, aku suka main game Screamer (kalau tak silap aku). Game ni tak ada jalan cerita pun, tapi sebab game ni game lumba kereta, jadi aku suka. Aku selalu jadi yang terpantas dalam carta, sampaikan kalau ada abang-abang aku yang dah cantas kedudukan aku, aku sanggup main sampai tak makan, asalkan aku dapat balik nombor 1. Selalunya dapatlaaaa (jangan marah adik-beradikkkk). Haha. Bila dah tingkatan 4 atau 5 kalau tak silap, ada game Need For Speed. Yang ni aku rasa aku main dua jenis yang berlainan. Satu NFS Porsche, satu lagi NFS Most Wanted. NFS Porsche sangat best sebab kita bermain ikut aliran zaman, maknanya dari kereta selembab-lembab alam (60km/j) sampailah Porsche terkini yang laju gila tu. Maknanya, kalau ikut aliran zaman, aku main dari umur aku muda sampai aku dah berumur. Untuk game ini, aku sentiasa maintain semua trofi yang aku dapat trofi emas, kalau tak dapat emas, aku sanggup restart level sampai aku dapat emas. Tang ni memang mak aku bising sebab aku sanggup tak makan, tak basuh pinggan, tak angkat kain, tak buat kerja rumah sebab nak main game! Bila dah habis game NFS Porsche ni, abang aku beli pulak NFS Most Wanted! Owh! Ini lagi best, sebab jalan cerita dia, kita bermula dari bawah (amatur-tak ada nilai) sampailah jadi most wanted pelumba yang mana dah kalahkan pelumba-pelumba hebat yang lain dan juga sangat-sangat dikehendaki polis. Yang ini memang thrill. Rasa dikejar polis, rasa menyorok dari polis, tengok peta mana shortcut, tengok peta mana nak sembunyi, pergh memang best game ni, kalaulah ada game macam ni lagi, memang terabailah Cha. Memang ada sebenarnya, NFS ada keluar satu lagi yang macam ini, tapi masa aku main, macam tak boleh nak tandingi Most Wanted.

Oke.

Kalau game penyiasatan, aku suka CSI. Yang ini memang aku tak tidur malam main game ini. Bukan apa, rasa ingin tahu tu melonjak-lonjak setiap kali jumpa bukti baru. Lepas tu, bila kita stuck, tak tahu nak buat apa, kita jadi susah hati, nak tidur pun terfikir, apa lagilah yang aku tak buat sampai stuck gitu. Hah boleh?? Haha. Padahal esok dah nak kerja, tapi sempat lagi fikir pasal CSI. Yes, CSI pun aku dah khatam semua hik hik.

Kalau game adventure, aku selalu main game-game yang diadaptasikan dari filem macam contoh Harry Porter dan ada banyak lagi game yang aku main tapi aku lupa tajuk. Kebanyakannya memang ikut filem sebijik-sebijik, jadi kalau rasa ter-stuck, study balik kat filem pastu main game balik. Owh gila, sampai tahap tu kan haha.

Jadi, aku sebenarnya faham perasaan orang yang gila main game ni. Sebab:-

1. Kita tak sabar nak tahu ending macam mana (kalau game ada cerita);

2. Kita tak suka orang cantas nama kita dalam kedudukan tertinggi (sebab kita rasa kalau orang boleh buat, kenapa kita tak boleh buat);

3. Semangat nak kalahkan 'benda' dalam game tu sangat tinggi. Rasa geram aje selagi kita tak kalahkan watak dalam game tu.

Kan kan, betul tak apa yang aku listkan tu.

P.s-
Siapa ingat game Mario?
Tipu kalau kalian kata kalian tak pernah main. Haha.









Sent from my iPhone

10 December 2012

salah mesej

aku selalu,
dah hantar mesej,
tunggu berjam-jam,
meraban,
meraban,
meraban....
seorang-seorang kenapa dia tak balas.

bila tengok balik telefon genggam, aku sedar, aku dah salah hantar mesej.

kalau hantar pada orang lain, tak apa lagi mungkin, sebab mereka boleh balas 'salah hantar mesej ekkkkkk..' sambil kutukan berbakul-bakul...


tapi kalau dah hantar mesej pada 66300, itu apa?

memang padan la tunggu berjam-jam tak dapat balasan.

mengong meh!

orang tak sihat.
tengah tunggu dia balas mesej.
sebab nak ambil dia dekat stesen,
tak boleh bayang orang sakit tunggang motor seorang diri.
sayang dia!




setiap orang ada sisi gedik masing-masing..

aku juga.

























































dan Cha bertanya..

















































fashionista seorang ni.

t-shirt putih scin-chan
jeans pekat






oke.
selamat bekerja.
jangan serius sangat lah!! :)




08 December 2012

Pagi-pagi lagi dah bergaduh!

Ya. Encik suami dah keluar! Terus bawa motor, keluar! Nasib baik sempat baca doa perjalanan..

.
.
.
.
.
.
.





Bukan. Bukan gaduh dengan suami. Haha. Encik suami keluar sebab pagi ni dia kena bekerja. Nasib baik separuh hari je. Tengahari ni nak pergi ambil mak di Jenderami, lepas tu terus pergi ambil Nazri di Mid Valley dan terus pergi ke rumah kak di Ampang.

Mak dengan ayah aku pula, akan bertolak dari Ipoh pukul 1 nanti sebab esok mereka nak pergi kenduri di Selayang.

Walaupun Sabtu, jadual tetap penuh. Tapi tak mengapa. Penuh kerana keluarga adalah sangat manis! Peluh ketiak pun tak bau hamis! Aceeah macam pantun.

Okey, yang pasal gaduh tadi pun bukan sebab apa. Lepas hantar Nazri kat muka pintu tadi, teruslah masuk bilik nak tengok anak. Sekali 'cepet' bunyi benda jatuh dari atas. Ada cicak sudah 'join' Cha atas katil lah!

Mana la tak aku berperang nak menghalau cicak durjana tu.

Cha pula, masih sedap tidur.
Halahai anak.

07 December 2012

Resepi Durian Crepe paling mudah!

macam senang saja kan?
nanti nak cubalah.
jadi untuk memudahkan pencarian esok lusa, baik ku tepek di sini dulu.
jom cuba jom!




resipi Durian Crepe walahhhh!! sumber dari sini. terima kasih you.


Bahan2 crepe:-
250g gandum
3 biji telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudian tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5. Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe. Tak perlu diterbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dengan biji. Lumatkan sedikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.


okey, selamat mencuba! :)

bila wanita bertumit tinggi

Assalamualaikum semua.
hai semua.

dah hari Jumaat kita.
Sabtu hari dinanti.
Ahad, hari mengumpul semangat minggu baru.

hari ini, pakai baju hijau, sebab baru perasan ada tudung warna hijau yang tak pernah pakai lagi. hik hik.

baju hijau kosong dengan tudung bawal bercorak.
tangkap gambar dengan ada orang di belakang.
maaf, ai tak boleh tunggu sampai yu habis.
hik hik.


okey.
sekarang nak bercakap tentang wanita bertumit tinggi.
ai la tu?
hik hik. memang nama ai wanita, tapi ini secara keseluruhanlah ya.

aku memang suka pakai tumit tinggi.
bila aku pakai tumit tinggi, aku rasa:

1. yakin,
2. dah tentu rasa tinggi!!,
3. bila berjalan rasa macam model, tak bersepah-sepah,
4. rasa cantik (boleh?!)
5. hahahahahahahahahahahahahahahahaha!

okey, itu apa yang aku rasa dan aku pasti wanita-wanita lain di luar sana pun rasa begitu bila bertumit tinggi.

masalahnya, aku dah mula perlahan berkasut tinggi sejak aku mengandung dan terbawa-bawa bila nak mendukung anak, dan sampailah sekarang bila pinggang rasa sakit memanjang. memang aku dah mula berhenti sebenarnya. tapi, terpaksa pakai balik sebab selalu kena hadir mesyuarat penting. dulu aku lanyak juga pakai 'flat shoes', tapi macam aku cakap tadi, rasa tak yakin dan rasa kerdil saja. acewah.

'heels' kesayangan.
beli masa sales.
makanya, sekarang ini, penyelesaiannya dari 'carpark' pejabat ke pejabat, pakai tumit tinggi.
kalau duduk saja dalam bilik atau bergerak di sekitar radius bilik (fuiyo ayat!), pakai selipar.
kalau nak pergi toilet, tukar kasut senonoh sikit tapi tetap bukan 'heels'.
cuma bila nak pergi jumpa ketua jajahan, nak pergi jumpa tetamu, nak turun balik ke kereta, ya, situ aku pakai 'heels'.

kalau di luar pun, kalau kenduri baru pakai 'heels'.
kalau setakat nak tawaf satu Alamanda, Mines, KLCC atau lain-lain, jangan harap nampak aku pakai 'heels'.
sedangkan naik plane pakai 'slipper' kan!

selipar kesayangan.
burung marah.

okelah, untuk perkongsian bersama, meh ku tampal keburukan pakai 'heels'.
untuk peringatan bersama jek. hik hik.

sila baca. hik hik.


p.s.
ini budak main helmet semalam.
dah la pakai terbalik.
kenapa comel sangat budak!

nyawa





06 December 2012

Pengacara Majlis Perhimpunan Bulanan

hik hik.
malu.
tapi iya.

ai jadi pengacara majlis hari ini.
kenapa malu?
hik hik.
Menteri sebut nama ai.

hik hik.

oke oke.

ini apa saya pakai hari ini.

tanya suami mahu menyibuk tak?
katanya malu sebab baru pakai singlet dan kain pelikat saja.
rosak gambar!



hari ini hari Khamis ya kawan-kawan.
bermakna kena pakai batik.
dah berjanji dengan partner MC untuk pakai baju merah.
jadinya, capai kain batik saja untuk dipadan dengan baju merah itu.
owh ya.
tudung adalah CK Rahim.
ngeeeeeeeee.

Alhamdulillah. Perhimpunan Bulanan berjalan dengan lancar. We are having so much fun! Memang sangat meriah. dan Alhamdulillah, kami berdua dapat kendalikan perhimpunan tersebut dengan baik. terima kasih Tuan Ahmad Fakhruddin dari Kementerian Pelancongan Malaysia.

harap-harap dapat bekerjasama juga nanti. hehe.


hari ini akan jadi kenangan.
jangan berhenti melangkah.
tinggalkan saja jejak mu disini.






05 December 2012

frustation

you know what? I have met a lot of frustations. A LOT OF.

mahu tahu rentetan kekecewaan aku? nanti-nantilah. ngahahaha.

sampai pada satu masa, aku rasa macam mahu berhenti. rasa macam sudah parah dalam jiwa. rasa macam sudah retak lima belas juta.

tapi, bila aku retak macam itu, aku selalu paksa diri aku untuk kembali pada asal. kembali pada pangkal jalan gitu.

ya. menjadi.

aku mula kembali nyaman. mula kembali tenang.
rasa macam, saat aku pecah tadi, rasa macam 'wat-de-hek'. apa kes kamu kecoh-kecoh gitu dong.

tapi, kalau kalian pembaca tegar aku, pasti kalian tahu rentak aku.
adakalanya laju. macam tiada beban gitu.
adakalanya emosi terlebih. mengada-ngada gitu.

hingga tadi, bertemu dengan ketua bahagian, satu pernyataan dari dia yang buat aku terpempan.

aku sangat menyendiri.

like - serious?

aku, yang huha huha adalah --- menyendiri?

tapi, ya, dia adalah ketua bahagian, merangkap ayah aku di tempat kerja ini. dia hidup dengan aku seawal 8.00 pagi hingga selewat 6.00 petang. mesti banyak dah dia tahu tentang perangai aku. *speechless*

katanya lagi, aku sangat menyimpan. aku sangat emosi. aku tidak mahu meluah kata.
oke again like - serious?

katanya - akhir-akhir ini saja, aku kelihatan sangat out-spoken.
akhir-akhir ini saja, aku kelihatan sangat berani melontar kata.

iya.
mungkin kerana aku sudah temui rentak.



hmm.

again.
like - serious?
after 4 years?!

ita - you are a snail. slow!! no wonder tak pernah dapat apa-apa appreciation. hahahahahaha.

ungu pilihan kita.

hari ini bermula dengan agak perlahan kerana pengakhiran hari semalam yang agak leceh.
Parlimen habis lambat.
Qalesya tak sihat.
Aku sakit kepala.
Hasilnya - lambat dalam semua perkara.

in your face.

okey.
hari ini pakai baju kurung warna ungu.


tapi, kebetulan..rupa-rupanya, aku dan suami sedondon pula hari ni. hik hik.
maka-nya dia DIPAKSA menyibuk oleh aku hahahaha.
sayang punya pasal, dia ikutkan saja.
tapi tetap menyorok belakang hik hik.


love u!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...