Tabungan

19 May 2012

ayah yang sunyi

Selalu, awal pagi, sebelum sembahyang subuh, ayah akan turunkan kelambu, kemaskan katil dan angkat mak keluar.


Tapi pagi ini, sebelum sembahyang subuh, ayah kelu, tak tahu nak buat apa.


Selalu, selepas sembahyang subuh, ayah akan keluar belikan makanan untuk mak.


Pagi ini, ayah beli makanan, tapi   tersentak, beli untuk siapa? Fikir ayah.


Selalu, ayah akan suapkan makanan ke mulut mak.


Pagi ini, ayah suap makanan ke mulut sendiri, tapi, teringatkan mak.


Selalu, ayah akan angkat mak ke bilik mandi, untuk mandikan mak.


Tapi, pagi ini, ayah tak perlu lagi angkat mak, kerana mak dah mandi untuk kali terakhir tengahari semalam.


Semalam, sewaktu talkin dibaca, aku duduk di sebelah ayah, memayungi ayah, dari panasnya terik matahari.

Ayah tidak menangis.

Hanya tertunduk sayu.

Menangis di dalam hati.

Ah lelaki. Fikir aku.


Tiba-tiba, aku terdengar esakan sayu.

Lelaki gagah ini menangis.

Tumpah air mata dia untuk perempuan kesayangannya.

Owh lelaki. Fikir aku.


Ayah aku..lelaki hebat.

Disebalik umpat keji terhadapnya.

Disebalik kata nista sanak saudara darah dagingnya sendiri, ayah kental menjaga keluarga dengan caranya sendiri.

Disebalik gaya diktatornya, ayah terus menerus menjaga nama baik keluarga.

Disebalik senyap lelaki ini, tersimpan beribu penderitaan.



Published with Blogger-droid v2.0.4

8 comments:

  1. salam takziah kak tata...

    kak, ni bonda tiri yang jaga abang kak tata yg sakit tu ke?
    dulu penah citer kan...
    igt2 lupa plak..

    ReplyDelete
  2. sedihnya...ayah kita sboleh2nya cuba tunjuk kuat walopn hakikatnya sdh kt dlm hati xda sapa yg tahu...

    ReplyDelete
  3. sayu. takziah mak :((

    ReplyDelete
  4. Alfatihah.. kita kehilangan satu persatu. Pergilah dengan damai. Dan sabarlah duhai hati..... (perempuan itu pun menangis dalam senyap)

    ReplyDelete
  5. salam takziah.

    ayah awak memang seorang lelaki yang hebat...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...