Tabungan

Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

06 January 2016

perkembangan Qalesya

6/366

umum siapa mengenali aku, pasti akan kenal Cha. sebab Cha dengan aku tak boleh dipisahkan. haha. kadang-kadang aku rasa aku ni obses dengan anak sendiri. setiap aktiviti sekolah anak aku, aku mesti nak follow. walaupun kadang-kadang ibu dan bapa tak dibenarkan follow. haha!

ada sekali, last year (actually a few weeks back ja pun), Cha ada join satu birthday party anjuran KFC. mula-mula aku ingatkan mak pak boleh ikut so aku siap ambil cuti lagi semata-mata nak teman Cha pergi birthday party tu.

rupa-rupanya, mak pak tak boleh ikut daaaaa. Teachers kata itu adalah aktiviti teachers bersama anak murid. so kalau mak pak ikut sekali, takut nanti emosi anak-anak terganggu. yelah, bukan terganggu dari segi apa pun. cumanya yelah - teachers pun nak berseronok dengan anak2 murid juga. kalau tetiba mak pak ada, mesti anak2 lebih nak ke mak pak dia kan.

so kiranya, hari tu cuti aku burn begitu saja. cumanya -- aku cuba untuk meng-fully utiliza juga cuti aku dengan ------ pi stalk anak sendiri. hahahaha!

oleh kerana aku tahu kat mana party tu akan berlangsung, aku pi diam2 ke sana. parking jauh2 dan tengok anak aku dari jauh.

sedih tak?

.
.
.
.
.
.
.


haha!

***

actually, aku ada sebab kenapa aku obses dengan anak aku.

macam aku cakap awal2 tadi, siapa yang kenal aku pasti akan kenal karekter Cha. Cha tak macam anak2 lain yang dah berumur 5 tahun.

komunikasi Cha hanya one way. dia boleh ekspres apa dia nak tapi dia tak boleh cerita bila kita bertanya. 

tiap2 hari lepas sekolah, aku cuba bersembang dengan Cha -- macam orang lain bersembang dengan anak2 mereka. tapi susah. Cha tak faham soalan aku dan dia tak boleh pun nak bercerita dengan baik sebab dia ada masalah pertuturan.

aku tanya - how was your day?
dia cuma akan gelak2 tanpa bercerita apa2.

bayangkan -- anak2 umur macam dia dah boleh cerita kalau ada kawan2 yang mengusik, boleh bercerita apa yang cikgu buat. tapi Cha.. dia tak boleh cerita semua tu.

aku takkan tahu -- ada ke orang yang membuli Cha. 
aku takkan tahu -- cikgu layan Cha dengan baik ke.
aku takkan tahu -- okey ke dia mandi kat sekolah. ada ke orang cuba pegang2 dia.

aku tak tahu semua tu.

sebagai seorang ibu, aku sedih.
aku sedih sebab aku tak dapat nak protect anak sendiri. itu sebab selagi boleh, aku nak apa saja aktiviti Cha, aku ada. jadi aku tahu dia join atau tidak.

tapi Alhamdulillah, di taska sini, anak aku seronok. cikgu2 pun baik belaka.

dulu, masa Cha bersekolah di Bangi, ada sedikit salah faham berlaku. sampai sekarang aku masih tak boleh lupa dengan apa yang berlaku. sampai sekarang aku tak pernah bercerita apa yang berlaku sampai Cha diminta oleh cikgu-cikgu untuk tak hantar lagi ke sana.

bayangkan, aku tengah bekerja, tiba2 aku dapat mesej dari cikgu dia untuk stop hantar Cha ke sekolah tersebut. aku terus call pengusaha tersebut. aku tanya kenapa. dan pengusaha tu kata, cikgu2 sekolah tersebut kecil hati dengan apa yang aku tulis di Facebook.

aku kata -- apa yang aku tulis? masa bila? cikgu tu kata, gambar yang Cha dalam hospital.

oke fine.

memang aku tulis -- "........mami tengok ja apa yang orang buat kat Cha..."

so itu yang buat cikgu2 terasa sangat.

kenapa? cikgu memang ada buat apa2 ke yang sampai nak terasa?

sebenarnya, gambar tu masa Cha masuk hospital. aku minta untuk warded sebab aku nak test tahap autisma Cha. untuk cek tahap autisma seseorang budak, kita kena buat cek mata, cek telinga, pemeriksaan darah sekiranya perlu. aku buat di hospital swasta sebab aku ada insurans. dan untuk claim insurans Cha perlu warded.

aku kata "........mami tengok ja apa yang orang buat kat Cha..." sebab orang-orang di sekeliling Cha yang kadang2 agak bersikap bias dengan Cha dan aku tak tujukan langsung pada cikgu2 Cha ketika itu.

aku masih boleh bertahan, aku nyatakan bahawa kata2 aku langsung tak tuju pada mana2 guru. lagipun masa Cha dalam hospital, ada seorang cikgu mesej bertanya khabar, aku balas dan cerita semuanya. oke saja. tapi alih2 cikgu tu claim kata aku tak menjawab pertanyaan dia dalam bentuk call dan mesej. wat de?

dan.............yang paling tak tahan, dia siap cakap -- ita tiap2 hari ambik Cha lewat. kami lebih lama duduk dengan Cha. ita tak boleh kata macam tu.

sedih tak hati mak bila diserang macam tu?
sedih tak sedih?

aku tiap2 hari bekejar nak amik Cha awal.
dari Putrajaya ke Bangi 5.30 petang -- pukul 7 malam baru aku dapat jumpa Cha. aku stuck dalam jem 1 jam setengah. 
dan cikgu boleh kata begitu pada aku??

sedih tak sedih hati aku?

masa tu aku fikir thats it.
aku tak boleh dah hantar anak ke situ.

petang tu aku amik Cha. dan itu hari terakhir Cha kat situ.

aku cuma datang last ambil barang2 Cha dan aku tak pernah ke situ lagi. 
hati aku sakit setiap kali aku teringat perkara ni.
dah 2 tahun benda ni berlalu, tapi sakitnya masih terasa. setiap kali aku pandang Cha, teringat perkara tu, aku sedih sangat.

seminggu Cha ikut aku ke opis. sebab tak ada taska yang nak terima budak baru especially dah hujung2 tahun. seminggu cha tidur atas lantai dalam bilik aku. seminggu Cha seksa penat tak ada tempat proper untuk dia berehat.

akhirnya Kak Ha, dia bantu aku telefon pengusaha Taska di kementerian dan adjust Cha masuk. Alhamdulillah, sampai sekarang Cha di situ.

up to date, Cha masih problem dengan komunikasinya. aku sedang usahakan untuk cha masuk sekolah khas yang sesuai dengan tahap dia.

kadang2 aku sedih, sebab cha tak normal macam kanak2 sebaya dengannya.

tapi aku tahu, pasti ada hikmah di sebalik apa saja yang berlaku.

aku tulis ni bukan sengaja aku nak bukak keburukan sesiapa. tapi...., dah lama aku pendam dan malam ni terbukak rasa hati nak bercerita tentang apa yang berlaku pada Cha sampai Cha diminta untuk tak dihantar ke sekolah.

kasihan anak sekecil itu, berumur 3 tahun ketika itu, tak nak dijaga oleh cikgu2nya.

kalaulah dia tahu......

:(















08 November 2013

Frustration


aku ada satu perangai. bila aku susah hati, aku mahu bersendiri.
pernah dulu, masa belum kahwin, bila aku bergaduh dengan Nazri, aku akan ke KLIA.
lepak sana, duduk sorang-sorang.
pernah aku pergi -- malam.
dan aku duduk dekat kawasan yang dapat lihat kapal terbang berlepas dan mendarat tu.
tapi waktu tu malam, apa sangatlah yang boleh dilihat.
tapi aku dapati, situasi itu mendamaikan aku.

aku baru saja menyambut birthday aku yang ke 31.
dah 31 tahun aku hidup.
there is a lot of frustration happened in my life.
tapi aku simpan dan jarang aku luahkan.

ada sesetengah benda, kita memang tak suka nak kongsi dengan orang.
sama juga -- ada benda yang kita tak boleh kongsi dengan semua orang.

*hembus nafas*

aku punya banyak masalah.
aku tak punya banyak masa nak fikir masalah yang remeh temeh.

*hembus nafas*

kenapa aku kena jaga hati semua orang, walhal tak ada orang nak peduli tentang hati aku.

benar.

tak semua orang boleh kita anggap kawan.

kawan.
teman.
sahabat.

semua itu ada istilah sendiri.

cuma kita saja tahu, siapa yang benar-benar kawan.

i am so in the mode of frustration.

Tuhan.
cepatlah pukul 5.30 petang.
saya mahu ketemu ibu saya.




27 May 2013

Looking Forward.

Assalamualaikum.
 
Last week was a 'not-so-good-fell-like-shit' week. Despite of good things happened in between, still it was a hectic week.
 
Tapi tak apalah, walau apa jua pun, kita kena tempuhi jugak kan. Bila masa-masa getir beginilah, teringat kata-kata boss aku, 'Hati kena besar, sebesar dan seluas Danau Toba. Kalau hati kecil, tu sebab sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak merajuk'.
 
Cuma--nya, aku rasa, sejak aku masuk Tourism Malaysia, aku memang seorang follower. Aku jarang nak membantah. Aku tak pernah nak melawan. Aku ikut saja. Tapi sesekali aku  marah, sesekali aku merajuk, sesekali aku sentap, orang boleh cop aku, 'Asyik nak marah saja kamu ni'.
 
Aku macam ----- what the ----? -_-
 
 
 
 
 
 
Okey, tak apalah.
 
 
 
 
 
So here I am -- looking forward this week with senyum tepek kat muka.
 
 
Khamis ini will be our anniversary -- yang ke 4 tahun. Wow!! 4 tahun! Alhamdulillah. 4 tahun, seorang anak umur 2 tahun. Not bad uh. Haha.
 
Semalam dah dapat early anniversary present daripada Encik Suami. Alhamdulillah. Tak sempat nak tangkap gambar, nantilah sekalikan dengan entri anniversary nanti hik hik.
 
So Khamis dan Jumaat ni aku akan ambil cuti, nak bercuti dan berdating dengan Nazri InshaAllah. Mami dan ayah pula akan datang petang Jumaat untuk settlekan hal-hal Umrah, InshaAllah.
 
Well....... really looking forward this week-end!
 
 
Jom, nak start kerja.
 
 
 
 
Owh. Pretty Qalesya dah nak mula beroperasi, also along this weekend InshaAllah. Doakan yang terbaik buat PQ oke :)
 
 
 
 
  

05 March 2013

Itu saja.

Saya bukan pegawai yang terbaik,
Saya bukan pegawai yang cekap,
Saya pegawai yang lembab buat kerja,
Saya pegawai yang cakap saja tapi tiada tindakan,
Saya pegawai yang banyak buat salah,
Saya pegawai yang banyak kurang sana sini.

Tapi saya tetap bekerja, dan bekerja, dan bekerja.
Saya tak mengharapkan orang sanjungi kerja-kerja saya.
Saya tak mengharapkan pujian melangit atas kerja-kerja saya.
Saya tak minta KC atau KP untuk semua kerja-kerja saya.

Saya cuma mahu buat kerja dengan tenang.
Saya cuma mahu buat kerja saya.

Itu saja.

01 November 2011

saya buat ibu saya menangis.


buat masa ini, kami suami isteri sedang menghadapi krisis *bukan masalah rumah tangga aiyoooo..*.
kami berdua sedang sedaya upaya melalui permasalahan ini dengan tabah.
aku berharap agar aku dipanjangkan umur dan dapat menemani suami dikala musibah ini berlaku.
aku berharap agar aku dipanjangkan umur agar aku dapat membantu suami membesarkan anak kami dengan sempurna.

namun, keresahan aku senang saja dikesan ibu.
walau dari jauh, saat aku berduka, pasti dia tahu.
dan kerana keresahan aku, ibu menangis.

ibu,
saya kuat kerana ibu.
saya tabah kerana ibu.
sila tabah agar saya ikut tabah.
saya perlu semangat ibu.
agar saya dapat bersama-sama suami.

ya ibu.
tertekan.
kami tertekan.

namun ibu.
sila doakan kami agar kami dapat menghadapi permasalahan ini dengan tenang.

doa ibu adalah yang terbaik buat kami.

terima kasih ibu.

terima kasih ibu Robaaiah Abdul Wahab.

31 October 2011

suara hati seorang ibu.

tiada apa yang lebih penting.
tiada apa yang lebih utama.
tiada apa yang lebih merdu.
tiada apa yang lebih sayu.

melainkan suara hati seorang ibu.

saya menyayangi mu ibu.

terima kasih.

suara hati seorang ibu.


21 October 2011

kamu semua hipokrit

makin lama, makin ramai yang hipokrit.

depan cakap lain, belakang cakap lain.
dengan si polan cakap lain, dengan si anu cakap lain.

orang-orang jenis ini, jenis yang nak untung cepat, jenis yang tamak, jenis yang tak sedar untung.
orang-orang jenis ini pula, selalu saja selamat dunia akhirat.

kenapa?

orang-orang jenis inilah yang membuatkan orang-orang jujur selalu tertindas.

pagi tadi, masa dalam kereta, aku termenung dan berfikir tentang masalah yang aku hadapi.
aku terfikir, kenapa mesti ada politik dalam pejabat.
kenapa mesti ada permainan kotor.

dan kenapa orang yang sering terlibat dalam politik kotor ini, selalu terselamat dan dapat saja apa yang diinginkan.

dah naik menyampah rasanya.
kau dah tahu semua orang tak suka kau, tapi kau masih boleh bermuka-muka senyum sana-sini.

aku tak faham jenis manusia apa ini.


bila mak tertekan, mak rasa lapar.

20 October 2011

hari ini aku speechless

aku speechless.
hati aku pedih.
hati aku sakit.

ditambah tengok muka mamat itu.
hei. hukum hudud sah sah tiada.
kalau pula tiada hukuman sivil, memang aku dah bom mamat itu.

in the mean time, ku telan saja pahit ini.

nak cari kerja lain. siapa nak bagi saya kerja?

lalala.

30 September 2011

Hari ini mak sedikit 'frust'.

Kisah bermula dari malam tadi.
Q meragam tak mahu tidur.
Disua tetek, tak mahu.
Disua tetek pun tak mahu.

Mak dah tenggelam punca.
Mak dah mengantuk.

Masuk buaian, tak mahu.
Nyanyi lagu Siti Nurhaliza, tetap tak mahu.

Mak dah muncung 14 inci.
Mak dah meraban lagu Ghazal untuk Rabiah.

Bawa masuk bilik pula.
Sua tetek lagi.
Digigitnya bagai nak putus.

Mak tutup muka dengan bantal.
Sakit.

Akhirnya, mak pergi dapur, bancuh susu formula.
Bagi Q minum susu formula.
Terus dia tidur.

Alhamdulillah.

Mak tidur sekali, sampai pagi.

***

Mak tengah sidai baju.
Ayah tengah mandi.
Q terbangun.

Macam biasa mak sua tetek jua.
Digigitnya lagi.
Mak terkejut!

Dalam hati, kenapa dia tak mahu?

Mak sua lagi.
Digigitnya lagi.

Mak tak fikir panjang.
Terus mak ke dapur bancuh susu formula.

Dia minum, senyap, dah kenyang, dia bangun terus senyum.
Mak senyum semula.

***

Dalam kereta seperti biasa, Q akan menetek.
Jadi, mak sua tetek.
Dia gigit lagi.

***

Kesimpulannya.

Mak 'frust'.

Q tak mahu menetek lagi.

Mak susah hati.

Kalau dia tak menetek dengan mak, mak dah tak dapat tengok mata dia bersinar masa tengah menetek.

Kalau dia tak menetek dengan mak, mak dah tak dapat usap-usap kepala masa dia dah tidur.

Kalau dia tak menetek dengan mak, mak rasa macam mak tak dapat jalankan tanggungjawab mak nak menetekkan dia sampai dia umur 2 tahun (walaupun dia sememangnya dah campur susu sejak lahir lagi).

Tapi mak tetap 'frust'.

Kenapa dia dah tak mahu susu mak.
Kenapa cepat sangat nak putus susu dengan mak.

***

Serius mak sedih.

kenapa sayang? kenapa tak nak tetek mami.




22 September 2011

Saya agak susah hati sedikit

Menolong seseorang yang lain sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Menolong seseorang yang lain sebenarnya meletakkan diri kita di dalam situasi yang berisiko tinggi.
Terutama sekali sekiranya, kita sendiri agak tidak mampu atau tidak berkebolehan melakukan perkara yang diminta menjadi pertolongan.

Tersepit di leher dalam rahang buaya.
Ditarik sakit.
Dibiar mati.

Dibiar mati.

Nyawa aku

16 August 2011

Servis Kamu Orang Memang Teruk!! KAMON!!

Semalam, ingat tak? Aku beria tweet kata nak simpan duit tabung yang dah penuh dalam Tabung Haji. Jadi, memandangkan urusan penyimpanan duit sangatlah mudah yang mana tak melibatkan banyak pergerakan, aku pun luangkanlah sikit masa lepas pergi hospital semalam untuk singgah di BANK ISLAM untuk simpan duit syiling yang banyak tuh!

Kenapa BANK ISLAM?! Sebab, bank itu dekat dengan rumah aku dan bank itu juga selalu bangga dengan kemudahan penyimpanan untuk Tabung Haji tuh.

Secara jujurnya, aku dah punya banyak sejarah HITAM dengan BANK ISLAM nih. Ada satu masa tu, aku sampai balik sebab servisnya lambat sangat dan tak larat nak tunggu sampai giliran aku. Kaunter banyak, tapi yang dibuka 2 atau 3 sahaja. Dan sangatlah LEMBAB hokey!

Tapi memandangkan semalam aku tak berapa sihat, dan kononnya kalau pergi situ, dekatlah sikit dengan rumah. Masa aku ambil nombor, time tuh lebih kurang pukul 3 lebih. Nombor aku 1044. Nombor yang sedang berurusan tika itu adalah 1028 kalau tak silap. Meaning ada 14 orang lagi. Walaupun 14 orang sahaja, nak tunggu sampai nombor giliran aku tu, gila lama! Memang dah segala banner, segala notis aku baca. Ingat ya penyataan aku, segala notis aku BACA!

Bila sampai giliran aku dah pukul 4! Takpe lagi. Aku terus pergi kaunter dan cakap 'saya nak simpan duit syiling dalam akaun Tabung Haji'. Dengan muka selamba dia jawab 'Owh duit syiling sampai pukul 11 sahaja'. Aku dah terkejut, aku 'Wat? pukul 11? saya tak tahu pun?' Dia jawab, 'kat sini memang sampai pukul 11 saja' tanpalah rasa bersalah muka tu! Aku jawab, 'saya dah lama tunggu, dan awak cakap macam ini kat saya?'. Dan dia diam saja.

Owh frust gilak aku. Sejam aku tunggu. Takda pun nampak notis mana-mana kata penyimpanan duit syiling sampai pukul 11 saja! Dengan sakit aku lagi, dengan penat menunggu lagi. Memang aku takkan berurusan lagi dengan BANK ISLAM nih!!!

Dengan hati yang makin sakit, dengan duit syiling yang berat tu, aku kata kat suami, aku taknak bawak balik duit ni ke rumah so aku nak simpan gak walau apa pun.

So aku terus tuju BANK RAKYAT kat TAMAN MELAWATI. Mula-mula masuk aku tanya dulu kat kaunter bantuan tu, 'Cik, saya nak simpan duit syiling boleh?' Dia senyum dan jawab, 'Kenapa pula tak boleh, mestilah boleh'. Aku kata; 'Takde spesifik time untuk simpan duit syiling?'. Dia jawab, 'Eh takde dik, bila-bila pun boleh' sambil senyum aje mamat tu.

Dan yang lagi best, kat BANK RAKYAT tu, ada mesin kira duit syiling yang orang umum boleh pakai. Gila mudah. Masuk aje duit syiling dalam tu, mesin tu akan kira, dah selesai kira dia bagi satu resit, baru ambik nombor giliran, dan pergi kat kaunter, bagi buku akaun dan resit tadi! Simple! Takyah tunggu sampai sejam pun!

Memang berbeza sangat servis. Tak boleh ker korang belajar dengan yang lain cara nak bagi servis yang baik?

Halahai. Bukan nak kondem any banks, tapi rasanya, ini adalah satu pengajaran untuk mana-mana pihak sekalipun. Pelanggan harus dijaga dengan baik. Kalau dah buat salah sekalipun, tak boleh ker bagi sedikit courtersy, aku dah tunggu lama, layan sajalah permintaan aku. Ini tidak, say sorry pun tak, boleh lak wat muka tak bersalah.

Korang ada sistem? Hokey fine! Terbaik la sistem korang! But at least, tak boleh ker tampal any notis bagitau 'oi lepas pukul 11 korang jangan nak ngada simpan duit syiling kat sini, kami tak layan punya, nak try meh la!'.

Takpun, bagitau kat orang yang jaga kaunter bantuan korang tu, kalau ada orang yang ambik borang simpanan, tanya dulu, duit syiling ker duit kertas, kalau duit syiling kami kat sini malas nak kira lepas pukul 11.

Dah la sampai pukul 11 saja! Korang bukak bank pukul 9, 2 jam aje nak kira duit syiling? Korang kira syiling tu satu-satu ker? Pakai jari? Manual? Eh kalau camtu, aku boleh kira sendiri la. Aku simpan sendiri sajalah takyah masuk bank!

Notis or pemberitahuan secara lisan.Mudah aje kan? Takleh pikir? Takleh buat? Kenapa nak seksa pelanggan tunggu lama-lama and balik penat macam tu aje.

Sangat tak bertanggungjawab!

No more business dengan BANK ISLAM!

BANK RAKYAT, SAYA MESTI PILIH!!!


26 July 2011

oke. masa untuk membebel.

saya suka membebel. sapa yang kenal saya, memang tahu saya suka membebel. saya suka bersembang. saya suka bercakap. saya suka bergelak ketawa. saya sangat suka membuat bunyi-bunyian.

tapi, walaupun kita suka membebel sekalipun, seharusnya kita kena jaga hati orang-orang disekeliling kita tu. tak semua boleh terima bebelan kita tu. kadang-kadang, bebelan yang kita rasa biasa, rupanya tidak biasa pada fikiran diorang. itu boleh menimbulkan marah! boleh menimbulkan rasa kecil hati. boleh menimbulkan rasa meluat. boleh menimbulkan rasa 'eh aku taknak kawan dah la ngan dia ni. apa dia ingat dia sorang aje bagus. apa dia ingat dia sorang aja ada mulut!'.

eh. mak takda niat tau nak sakitkan hati sapa-sapa. kalau rasa-rasa terasa dengan perasa mak ni, cakap la kan. masing-masing ada zon selesa sendiri. itu mak faham. sebab mak sendiri ada zon selesa. dan kalau terbabas zon selesa tersebut, mak pun boleh sentap!

ini idak. boleh lak nak putus sedara, putus kawan terus. tak mahu dah bertegur. tak mahu dah jawab tepon. tak mahu dah jawab komen. tak mahu dah balas sms.

takpela. sapa la mak ni kan. mak ni orang miskin. memang la tak layak nak berkawan dengan orang kaya macam hangpa semua tu. pakai selipar naik kapal terbang. jatuh standard kalau korang kawan dengan mak ni ha. eh pendek kata, mak sedar diri mak dan mak selesa dengan diri mak!

eh mak tak kisah la. taknak kawan? mak pun tak hadap la!

.ps.
ini bukan kata-kata aku.
dah kata aku suka membebel kan.
ngahahahaha.
gelak shhhheeetttoooonnnn.
gelek inul.

25 July 2011

Mahu Berhenti Kerja?

Gara-gara status merepek aku di facebook minggu lepas, habis satu pejabat kecoh aku nak berhenti kerja. Siap kena panggil dengan bos kesayangan lagi. Tak sangka gurauan kecil dah menjadi serius kan? Tapi memang a part dalam hati ni, ada sikit-sikit bisik syaitan suruh aku cari kerja lain. Owh no! Macam mana? Ihiks.

Rasa macam mahu biarkan dahulu. Tengok dulu apa aku boleh buat dalam pejabat ini. Berusaha selagi mampu dahulu. Kalau keadaan bertambah teruk, rasanya perlu juga cari udara baru.

Bukan niat untuk meninggalkan tempat ini. Tapi rasanya, perlu bersifat pentingkan diri sendiri juga kadang-kadang. Aku tidak mahu terus tenggelam. Aku perlu tingkatkan dan perbaiki kekuatan yang ada dalam diri aku ni.

Apa menda aku merepek ni?

Oke sat. Nak tengok kerja-kerja kosong yang ada dalam internet ni sat.

Hahahaha.

Daaaa.

Selamat Bekerja. :)

27 June 2011

tergelak-gelak berdekah-dekah seorang-seorang

udah lama disimpan dalam hati.
rasa kesal, rasa kecewa dan rasa sedikit terkilan bercampur secubit benci.

keadaan di sana udah makin tidak tenteram. panas. tak sehaluan. porak peranda.

nama gah. selalu terpampang di dada akhbar. terlihat di kaca tv.
bila nampak, terselit rasa bangga namun akhir-akhir ini makin banyak berita hitam menutupi berita putih.
apa boleh buat.
bukti kebolehan manusia.
apa saja boleh dilakukan.
sekali bercakap, kalau bisa diyakinkan, maka percaya seluruh umat, terus jatuh ke lubuk dalam, walau sekuat mana dan seteguh mana lantai dipaku.

itu luaran.
dalaman?

boleh kiranya kalau aku nyatakan bahawa aku sedikit kecewa?

kelakar.
lawak.
lucu.
tergelak-gelak.
berdekah-dekah.
seorang-seorang.

bila mana tulisan dibaca.
waktu itu keluar rasa derita.
rasa kecewa.
rasa sedih.
rasa benci.

mulut.
asyik menyumpah.
tangan.
asyik menuding.
hati.
penuh kedengkian.
otak.
dikalah hasad dengki.

itu juga manusia.
sekonyong-konyong.
menonong-nonong.
melopong-lopong.

bila mana hasrat tak tergapai.
mula mulut menghambur kata.
mula tangan menuding sana.
mula hati hitam menyala.

halahai.
sesekali dibaca.
lidah mahu putus dibuatnya mungkin.
digigit-gigit.
bibir luka-luka pecah semua.
diketap-ketap.

rasa macam mahu menjawab sebiadap mungkin.
rasa macam mahu menyumpah sebiadap rasa.

namun akal datang beradab.
jangan sekali menyamakan diri.
dengan mereka yang lantang berkata-kata.
dengan mereka yang tidak pernah mahu mencuba kasut orang lain.
dengan mereka yang tidak pernah mahu mengerakkan enjin-enjin otak secara total dan kritis.

astaga.
astaga.
astaga.

p.s.
Ya Allah.Kuatkan Hatiku.Permudahkan Urusanku.Tenangkanlah hatiku.Kuatkanlah hatiku agar dapat aku mengharungi liku-liku hidup ini.

Ya Allah.
Sihatkan tubuh badan anakku.
Jangan diduga lagi anak kecil ini.
Serahkan semua sakitnya pada ku.
Biar aku yang menanggungnya.
Amin.

.ita kata.
apa nak jadi.
sampai sekarang tak habis lagi.

03 June 2011

aku dah takde dara. apa ada hal weh. apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?

sebelum itu.

hari ini, hari jumaat.
hari terakhir dalam minggu ini.
esok boleh rehat.
lusa boleh rehat.
best!

re-cap balik minggu ni eh..

macam2 benda jadi kat sekeliling kita nih.

yang menyayat hati, mestilah tentang kes buang bayi yang tak habis2 kat negara kita ni.

ada mayat bayi perempuan yang tersangkut celah2 batu kat sungai sebelah PWTC nih.

bayi lelaki yang cukup sifat dicampak dari tingkat 5 di sebuah flat kat Sentul. ditemui pecah kepala dengan tali pusat masih di pusat.

sebelum tu, bayi umur lebih kurang 8bulan yang didera, mati dan disimpan dalam stor kat rumah ibu bapa bayi malang nih. dipercayai mak bapak bayi malang nih, sakit mental.

banyak nyer cerita pasal baby kena buang.
halahai.
mana pergi sifat peri kemanusiaan orang2 zaman sekarang?
tak kesian ker tengok muka baby2 comel nih?

cer tengok budak nih..
.
.
.
budak besar ni korang pijak2, dera2, nak buang bagai.
aish.
mana letak akal dan hati korang?
mak tak faham.

ni nak kena tinggal kat nurseri pun hati dah remuk bagai.
korang lak leh suka2 ati nak dera, pijak, tendang bagai.

sebelum besar camni pulak, ada la pulak yang sampai ati nak buang dalam sungai, baling dari tingkat atas.

Nauzubillah.

anak ni.
anugerah Tuhan.
rezeki Tuhan bagi.

orang punya susah nak mengandung.
korang boleh suka2 hati nak bunuh?

MasyaAllah.

ha. itu satu kes.
satu lagi kes yang paling hot sekarang ni of coz la budak kecik 14tahun yang mengaku takde dara tu.

halahai. baru 14 tahun dah berani mengaku dah main?!

gila arh!

mak dulu 14 tahun, main masak2 tahu la.
14 tahun tengah strugle nak PMR bagai.
ko 14 tahun dah boleh main?!

gila arh adinda evans ku cayang.
mak memang respek ngn ko nok.

besar nanti ko jadi apa eh?

teringin la nak tengok mak bapak ko yang dikatakan boleh menerima anak gadis 14 tahun yang dah tak dara nih. so suwwweeett mak bapak ko. so spppooorrrttiinngg mak bapak ko.

kalau mak bapak makcik ni ha....memang dah lama mati kena rejam ko tau tak budak kecik oii.

haish. buat mendung hari jumaat mak bila baca blog kamu tu wahai budak kecik. hahaha.

oke dah la membebel. sat lagi encik suami nak datang jap, makan kek.

caaaallllooooo.


p.s.
Mak ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang dah meng'like' page Malaysia Truly Asia di Facebook sana nun.

Kawan mak kata, blog mak jadi External Referrer untuk page tu. Ada la 14 orang kawan mak yang setia dah meng'like' page tersebut. terima kasih banyak :)


owh satu lagi.


boleh tak tolong kawan mak, cik
ted|. beliau sedang dalam usaha mengutip dana sebanyak RM3000 untuk menyelamatkan kucing2 terbiar. butiran lanjut boleh klik sini


tolong yer rakan2. tak kira la di facebook ker, di blog ker. mari kita beramal dengan membantu ted| dan kucing2 tersebut.


Tuhan saja membalas budi baik kalian semua.




.ita kata.
anak..oo anakkk..sila enter the frame lagik.
mak suka!!

.
.
.

14 May 2011

cemerlang. siapa tak mau jadi cemerlang.

pagi ni, duduk di rumah berdua aje dengan Qalesya. encik suami pergi Jenderami hantar mak ke pondok semula. Qalesya tengah tidur. biar dulu. malam semalam macam tak nyenyak. sat2 terjaga. sat2 terjaga. makanya jangkit kat aku la tak nyenyak tu. sebab bila dia terjaga, dia mesti la nak menetek. haruslah aku kan. takkan nak suruh menetek dengan encik suami. jadinya yang terus manja haruslah encik suami sebab dia tak pernah ada masalah bangun malam2 buat susu anak.

nak cerita pasal semalam. semalam aku cuti sebab nak teman mak mentua ke klinik dan plan asalnya hantar terus mak balik Jenderami. lepas. makanya pagi2 aku tetap hantar Q ke nurseri dan hantar encik nazri ke pejabat, sebab nak pakai kereta. maklumlah, kereta satu aje. itulah yang nak dipakai kesana kemari pun kan.

jadinya, dalam perjalanan pulang tu, aku terjembung *baca terserempak* dengan kawan pejabat aku. aku rasa dia dah lambat sebab tengok dia agak terkocoh-kocoh *baca tergesa-gesa*.

tapi dia ni bagus. kerja bagus. sebabnya Anugerah Cemerlang tahun ni dia dapat. dapat sijil dengan duit RM1000. best tak best?

maka aku pun mula la berpikir-pikir.

sepanjang aku kerja kat sini. kat opis aku ni. aku jumpa macam2 jenis orang.
ada yang memang all out kerja dengan ikhlas.
ada yang all out kerja sebab aim nak pergi posting luar negara.
ada yang all out kerja sebab aim nak naik pangkat.

bagus. memang bagus. sebab nama lagi all out kan. selagi daya. selagi boleh.

tapi..
ada gak yang aku jumpa, nak gi posting, aim naik pangkat dengan cara membodek.
ampun. 24 jam nak membodek. kerja so-so ajer. bukan bagus sangat pun kot. tapi cara membodek tu bukan pakai kipas dah. tapi pakai air-cond u. kira memang hebat lah cara bodekan tu.

aku? entahlah. mungkin sebab nilah aku terkebelakang. langsung tak terCALON pun untuk Anugerah Cemerlang. langsung takde orang pandang pun untuk kenaikan pangkat. sebab aku memang tak bagus kot. sana sini orang bercakap tentang si polan si polan, saingan untuk kenaikan pangkat. tapi aku tak tersebut langsung nama. maknanya aku memang bukan saingan langsung.  aku diletakkan di unit yang tak mencabar. padahal tempat lain, semua orang kata, owh tempat tu banyak kerja, sian si polan, kerja dia banyak, selalu balik lambat, memang patutlah dia naik pangkat. tapi aku, semua orang kata, owh kerja ko senang, jaga tatatertib jer. tatatertib pun bukan buat apa pun. takde tindakan pape pun.

yelah. aku tak cemerlang macam orang lain.
yelah. aku bukan saingan korang untuk kenaikan pangkat.
yelah. aku memang tak tercalon pun untuk anugerah cemerlang.

tak. aku pun tak kejar semua tu. pada aku, cukup aku kerja ikhlas demi Allah. cukup aku kerja ikhlas agar gaji yang aku dapat tu berkat nak bagi makan anak aku. cukup duit untuk bagi mak ayah. biarlah gaji kecik pun, biarlah aku tak beli rumah lagi pun padahal semua orang dah ada rumah sendiri. biarlah.

janji aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ni.

pada aku. kerja biar ikhlas. bila kerja ikhlas duit yang kita dapat jadi berkat. bila berkat, gaji sikit macam mana pun pasti cukup untuk kami sekeluarga.

apa guna mengejar kekayaan, kejar pangkat, kejar nama, tapi niat dah melencong, dah jatuh tak ikhlas, jatuh tak berkat, pastu gaji banyak namun tak cukup pakai segala.

duit tiap2 bulan habis bayar hutang sampai tak cukup untuk makan pakai anak bini.

tapi tetap. aku bekerja sehabis daya, atas usaha aku sendiri untuk jadi cemerlang. biarlah orang tak nampak aku, tapi aku tahu, aku bekerja dengan kepuasan.

aku punya perasaan. kadang2 aku kecewa juga bila orang memuji orang lain hebat, orang ini bagus, orang ini calon kenaikan pangkat. tak, aku tak pernah cemburu. tapi aku kecewa, kenapa aku tak berada dalam kelompok itu. tapi aku cepat sedar. cepat2 tampar diri sendiri. sedarlah diri wanita. ko memang tak bagus pun. macam mana orang nak pandang!!

tapi pada aku, rezeki lain2.

aku mungkin tak begitu cemerlang dalam kerjaya aku. tapi aku punya rezeki dalam bab lain.
aku punya suami yang budiman.
aku punya anak yang comel dan Alhamdulillah setakat ini tak bawa masalah.
aku sudah lengkap kitaran hidup. dah berkahwin dan dah punya anak.

ramai lagi kawan aku yang belum kahwin. belum punya anak. dan aku bersyukur. mungkin ini pula lebihnya aku. pujuk diri sendiri hehe.

lain orang lain cerita.
aku punya cerita yang bahagia dalam bab keluarga.
dan aku sudah cukup bersyukur pada mu Ya Allah.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia mu ini Ya Allah. Tiada yang lebih baik daripada Anugerah ini Ya Allah. Anugerah yang kau berikan ini sudah cukup Cemerlang Ya Allah.

p.s.
aku juga ada perasaan.
sesekali terusik juga hati bila duduk semeja dengan mereka yang cemerlang.


.ita kata.
kamu ada Nazri dan Qaleysa.
Alhamdulillah.

12 May 2011

.aku orang paling berdosa.

salam.
kata tak mahu menulis lagi?
tapi kini aku menulis lagi.

manusia. macam tu lah. cepat melatah. cepat sangat pun. bila datang satu musibah, terus buat keputusan tanpa sebarang petimbangan. dan keputusan tu pulak entah apa-apa sampai buat orang lain pelik.

mengada-ngada. aku la tu.

aku rasa sedih. aku punya banyak kelemahan. dan kelemahan itu buat aku jadi manusia paling berdosa. aku sendiri buntu. aku ingin jalan keluar. tapi aku tak punya pilihan yang banyak.

aku buat orang yang aku sayang bersedih. tak cukup berdosakah aku?
aku buat lagi dia rasa sedih. tambah dosa lagi aku.
aku buat dia marah. memang sah lah kamu berdosa.
aku buat dia menyampah tengok muka aku. tak payah kata apa-apa lagi ta. paham-paham sendirilah kamu.

hidup berumah tangga ni sebenarnya mudah bila kita ada tolak dan ansur.
tapi hidup berumah tangga ni jadi rumit bila ada saja setan tu duduk bertenggek kat bahu suami isteri ni.
mulalah ada saja benda nak buat gaduh.

itu sebab, orang-orang tua selalu berpesan, cari pasangan yang ada asas agama, cari pasangan dari keturunan baik-baik. sebabnya nak meradok liku2 hidup rumah tangga ni lah.

bila seorang buat salah, seorang lagi kena berfikir secara rasional dan bertolak ansur dan bertenang dan bersabar dan dan dan.
sebab yang seorang lagi ni akan selalu buat keputusan mendadak dan tergesa-gesa dan tak pikir orang lain dan pentingkan diri sendiri dan dan dan.

tapi semuanya tetap berbalik kepada yang salah. hoi. salah tetap salah. jangan sibuk nak menegakkan benang yang dah basah lenjun.
bersyukur la sikit kalau pasangan kamu boleh beralah dan bertolak ansur dan memaafkan kamu dan dan dan.
kalau takde dan dan dan, dah lama dah kamu jadi orang memang berdosa segala.

aku agak tidak sihat kebelakangan ini.
dan aku memang manusia yang lemah.
aku akan senyap bila sakit.
tapi emosi jangan cakaplah, memang naik dan turun macam roller coaster kat genting highland.
oooowwwwhhhh.
baru aku ingat kenapa aku emo sangat nih.
.....hhmmm.....

aku nak jumpa doktor hari ni. aku perlu cari ubat untuk sakit ni. aku ada banyak lagi perkara yang perlu aku uruskan dan selesaikan. aku ada anak yang perlu aku jaga.
kalau tak jaga diri sendiri, macam mana nak jaga orang lain kan.

buat suami.
saya memang bodoh kerana buat awak rasa begitu.
saya memang bodoh kerana buat awak rasa begini.
saya memang bodoh lah.

sila ingatkan diri dan saya di sini.

p.s.
nak pergi jumpa doktor dan ambil emak di Jenderami.

.ita kata.
saya merajuk tak lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...