Tabungan

Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

03 December 2010

SAYA TELAH DITAG, SETELAH BERZAMAN TIDAK MELAYAN TAG, MAKA LAYAN KAN AJER WEEEEEE..

TAG NI DAPAT DARI KELLA :) TIME KASIH YER :P

•apa benda paling penting dalam hidup korang?
Benda? leh tukar lain tak? sebab buat masa ini, Encik Nazri dan baby Q yang terpenting dalam hidup aku
*senyum*

•benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
buaian baby Q ihiks ihiks..

•dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
alamak, saya sudah kahwinnnn :p

•adakah korang sedang bercinta sekarang?
owh sedang dan akan sentiasa bercinta, insyaAllah.

•berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sehingga ke akhir hayat insyaAllah. kalau boleh hingga ke 'sana' jua.

•di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
kedai makan! kami suka makan!!!! *sengih*

•novel/buku/majalah terakhir dibeli?
mami & baby ~ tak habis baca pun heee..

•ape nama penuh korang?
Wanita Binti Abd Mutalib

•antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra
emakkkkkkkkk. emakkkkkkk. :p

• namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
tak pernah teringin nak jumpa sesiapa. boleh ker? wakakakaka.

•adakah korang basuh baju korang sendiri?
oh of course. tapi sekarang oleh kerana dalam pantang, maka, mami tolong basuhkan. i love u lah mami heee... :p

•dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
saya mahu pergi Kota Paris. Kota Cinta. owh lomantik!

•pilih salah satu, peluk atau cium.
cium leh? gatal! zasssss.

•beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag
1. dia suka maher zain sekaran nih.
2. kalau tengok blog dia, dia start berblog dari tahun 2008 bulan oktober.
3. nama blog dia MATHARI ~ kenapa tak matahari ya kella? :p

•lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda
1. leh tak nak bubuh gak orang ~ Nazri
2. baby Q
3. Laptop saya
4. Kamera saya
5. Kerjaya saya :)

•lagu yang paling anda suka dan selalu dengar.
lagu GIO ~ OST Lagenda Budak Setan

•lima rakan blogger yang korang nak tag.
ni susah skit. sape rasa nak wat, sila kay :)




p/s ~
yeay dah selamat wat tag!!!
oke tak kella :p

14 March 2010

sila berlaku jujur..kalau tidak..para-para marah..lalalala..

dah lama tau.
dah lama tak dapat penghargaan.
selalu kena marah aje.
selalu kena buli.
selalu kena gelak.
selalu kena kutuk.
selalu kena tikam dari belakang.

tapi kini berlainan sedikit. *lalalalala*
aku dapat 'award' lah.

*senyum*
pentingkah dapat award?
*kuang kuang kuang*
penting tak penting, bagi aku, tetap, bila kita diberi award, maka maksudnya,
kewujudan kita disedari.

*lalalalala*
betul kan?
ada pendapat lain?

*ihiks*
jadi dengan serendah-rendah hati, aku ucapkan terima kasih kepada para-para pemberi 'award'
Encik Para *senyum nampak gigi putih*
Encik Para ni baik,
dia baru saja aku kenali dalam dunia atas talian ini.
tapi Encik Para sangat rajin menjenguk aku di laman kecil ku ini.
Harap nanti kita terus berkawan baik di dunia ini kay :)

jadi, tampal dulu award.

The award came with request to share  
10 honest truths about me:

walau bagaimanapun, 'award' ini datang dengan tugas tau.
tugasnya ialah "10 honest truths about me".
pergh, mencabar!!
*Encik Para-Para, apsal kasik menda ni kat saya eh?*

tapi tak mengapa, permintaan harus dipenuhi..lagi pun, tak salah bersikap jujur..
*tipu skit leh Encik Para-Para yer hehehe..*

wokeh..10 perkara yang benar@jujur tentang saya ~

1.  aku seorang Wanita yang bernama Wanita Binti Abd Mutalib.

2.  sudah bersuami - Encik Nazri - tapi belum punya anak. *mahu satu wink wink*

3.  dulu kerja bank, tapi sangat tak mampu menahan cabaran yang menggunung, lautan berapi yang
     luas *cit* maka aku beralih arah, beralih angin, jadi Pegawai Kerajaan. masih mencabar oke.
     tau kenapa mencabar? sebab... owh tak boleh cerita. nanti kena 'senarai hitam' *lalala*

*laa baru 3, macam dah banyak, oke sambung lagi..sat eh Encik Para-Para, nak pi mengorek kebenaran jap :)*

4.  suka makan coklat dan aiskrim. yang ini dah memang terserlah kebenarannya. bak kata orang -
     'see the leg' la.. tahu kenapa 'see the leg'? sebab leg aku dah tak macam leg *lalalala*

5.  suka main bowling. ada bola sendiri. tapi masih tak pandai main. tak konsisten. cepat penat.
     markah cepat jatuh. praktis banyak kali pun, masih tak jumpa corak permainan sendiri.
     *wah!!! ala-ala pro gitu cit* :)

6.  suka menyanyi. *malu* tapi suka-suka saja. *lalalalala*

7.  suka berjalan. tapi baru sekejap berjalan. dah bising sakit kaki. 'again, see the leg la" *ihiks*

8.  sangat suka kucing. rumah kat ipoh@kampung, ada la kucing. mintak satu nak bawak ke sini.
     tapi mami tak bagi. nak beli. mahal sangat la pulak hehehe..

9.  cepat mengelabah. bila rasa-rasa adrenalin tuh penuh tangki, mula la cakap merepek ajer.

10. melatah. full stop. tapi melatah stage satu yang mana korang takkan perasan aku melatah.
     *lalalalala*


boleh tak Encik Para-Para :). well. lulus. *sendiri jatuh hukum wakakakaka*

oke next. 10 orang yang akan diperturunkan tugas dan diberi award di atas ini ialah :-
10 orang yang komen paling awal dalam entri sebelum ini dan mereka ialah :-

1.  Cikgu Nur;
2.  Adik Meera yang cute;
3.  Adik Miss... yang rajin komen di laman ini;
4.  Bro Sha...sila buat ye bro hehehe..
5.  Adik Fid yang Rajin unpdate blog;
6.  Adik Meniti Senja juga rajin lawat blog ini, tq :);
7.  Embun di tengah malam :) nanti kakak lawat kamu;
8.  Adik Amie, sudah baik kah gigi kamu dik?;
9.  apiih; tak sempat lagi nak jenguk dia; dan
10. saya-arief, pun sat lagi baru nak gi melawat :)

jadi rakan-rakan, silalah jujur sejujur jujurnya demi kebaikan kita bersama.. *lalalalalala*
nanti aku round table, nak semak jawapan korang semua kay :)

p/s#1 ~
again, thanks Encik Para-Para for this award :)

p/s#2 ~
kalian. 
aku mohon maaf.
sejujurnya untuk entri 1680 -
itu bukanlah gambar kucing yang ada kat Wangsa Walk tuh.
itu gambar kucing dalam Yahoo Images.
gambar ihsan.
sowee tak letak tag 'itu hanya gambar hiasan'
yang pasti, that kucing lagi cantik dari itu.
jujur.
sowee buat kalian 'confuse'..
sowee sowee.. 
*jujurkan?* 
:p

25 February 2010

hutang tu bayar la!!

ahaks..lain macam tajuk nyer..tapi serius betul la..ini hutang aku dengan abang sha..dia tag aku..wajib la jawab kan..aku kan suka jawab tag..hehehe...oke oke..jangan buang masa korang..nih jawapan tag..


1 - adakah anda rasa HOT???
haruslah... *dengan muka perasan menjawab yakin* :p

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
ala..camner..aku tak reti nak cari gambor nya..yang pasti..dari mula aku pakai lappy ni, tak pernah la aku tukar default wallpaper nih hehe..

3 - cerita pasal gambar
default wallpaper :p

4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?
hmm.. 13 Februari 2010..sebab apa aku ingat..sebab gi celebrate besday adam anak lisafen.. :p

5 - lagu terakhir anda dengar
senja nan merah (awie & ziana zain)

6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
tengok American Idol :p

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape
te & akak..

8 - tag lg 8 org ....
1. Ted|
2. Cik Cookie
3. Amieynna Amin
4. Alvin
5. Fid
6. sharamli
7. Mizz Ninie
8. Mukasurat 17

9 - siapakah org no.1 kpd anda
kawan pertama aku di sini dan aku sangat-sangat admire dia :)

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
budak lelaki yang ada blog yang best... :p

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
encik Aizad...kan kan kan :)

12 - bagaimana pula dgn no.4
dia ngan mint.. ihiks ihiks ihiks...

13 - pesanan kepada org no.6
jangan lupa mandi...erk..jangan marah dik hahahahaha...takde kena-mengena kan hee..

14 - kata2 cinta utk org no.2
CC kamu comel.. *ada berbaur cinta tak hee..

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
dua-dua comel hehe..

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
1. orang bentong, pahang;
2. ada bela kucing nama Johan;
3. pun ada bela ikan hehehe;
4. suka paintings...
5. main tenis and ping pong...

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU
ada kaki 4..kan kan kan..

18 - prasaan anda wat tag ni?
sangat seronok lalalalala..

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
razman..yang ada blog tu eh...memang cam sengal skit hehehe..

20 - GAY or LESS
hah?? erk... hmmm... hahahahaha...

p/s ~ eh dah abis?

04 February 2010

..tanpa kekasihku..

 yeay!!

tag baru..
pun macam best..
selalu tgk kat blog orang sajer..

tapi kali ni ditag oleh rakan baru iaitu

 oke...jangan buang masa oke 
:p

 RULES:

1. Put your MP3 player, iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag at least 10 friends (make me #11 so I can see your results).

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
meet me halfway

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF
kau kekasihku 
:p

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
teruskanlah 
?? hahaha

HOW DO YOU FEEL TODAY?
you've got a way with me
:p

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
lies 
?? 
oh no!! hahaha

WHAT'S YOUR MOTTO?
cun saja
wahh..

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
denying
:p ahaks

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
flavor of life
pergh hahaha..

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
stay the same

WHAT IS 2 + 2?
cinta sempurna
:p

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
too much
hahaha

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
fire burning on the dance floor
ahaks :p
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
cinta diujung jalan..
ahaks..

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Nur Kasih
:p hahaha

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
if you want me
hahaha..romantiknya heee..

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
unbreak my heart
oh!!?? hee..

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
ketika cinta bertasbih
huhu :p

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
dari jauh ku pohon maaf..
:)

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
wouldn't it be nice
:p

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
baby baby baby
:p

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
ku intai cinta dalam rahsia
ihiks..

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
tanpa kekasihku..
wahhhhh :p

I strongly want to tag
owh..tak berani la nak tag..tapi kalu sesiapa baca n nak buat..
sangat2 dialu kan :)


p/s ~
best ar tag ni..
thanks apai :)


21 September 2009

::2 syawal : menjawab tag raya::

owh..
pertama kali beraya sebagai blogger, tidak ketahuan bahawa wujud rupanya tag raya ihiks..

berjalan2 di blog si ucu manja *yang sememangnya manja awww*..
rupa2nya ada tag yang sudah ditujukan kepada daku ihiks..

seperti kata ucu, memandangkan tahun hadirnya sekali setahun, maka tag ini juga tidaklah berat untuk aku jawab..

tambahan pula..
aku suka..
aku suka jawab tag hahahaha..

maka ini lah jawapan ku wahai ucu manja :)

27 August 2009

..jangan bosan oke..ni TaG lagi..^_^

cik cookie kata aku dah di tag lama dah..
maka dengan seronoknya aku ke blog cik cookie..
byk tag..
tapi tag yang ni,cik cookie kata beliau tag semua follower beliau..
aku follower beliau..
maka aku layak wat TAG tersebut kan tehehehehe......

^_^

TAG 1:

1. Nama kawan rapat sewaktu kecil..
kawan paling rapat n still kawan ialah Nor Azleen Ahmad Zakri..aku panggil dia leen :)
very nice friend..sayang sangat dia..

2. Permainan masa kecil yang masih diingati..
Batu Seremban heeeee.....
bila cikgu takdo ajo,mula la masing2 kuar batu seremban..pastu sentap sebab aku lagi terror hahahaah....kalu diingat balik kelakar kan..pasai kalah batu seremban pun nak sentap heee..

3. Kalu gaduh, apakah kata2 yang anda nyatakan kepada mereka?
"taknak la kawan korang..ngada2"
hahahahaahahha....bebudak normal la kan heeee...

4. kawasan mana jadi tempat feveret main..
depan umah aje,sebab dulu umah aku ade pokok ceri..leh panjat2 n makan2 hehehehe..

5. apakah cita2 masa kecil..
apa lagi..DOKTOR la hahahhaaha...

6. kartun atau rancangan tv kegemaran masa kecik...
SURIA PERKASA HITAM...sangat minat itu Kotaro Minami............nak BF cam dia.....masa dedulu la..sekarang aku dah kawin...TEEETTTTTTTTTTTTT.....hahahaha..
7. Makanan ringan borong kat kedai..
super ring.....dari dulu sampe sekarang heeeeee....

8. seorang rakan kanak2 yang teringin sangat nak jumpa sekarang..
hmmm.....takdo la...tak ingat sangat......boleh ker?? *_*

9. gelaran masa kecik??
takdo gelaran....semua panggil ita ajer heee..

10. rakan blogger yang anda ingin tahu zaman kanak2 nyer...
hmmmmmmm........
semua follower leh tak..aku suka baca kisah orang..setiap kisah itu unik... ^_^


TAG 2:

1. berapa umur anda?
2009 - 1982 = 27 heee..
*kantoi lagi tua dari cookie....sapo lagi yang aku dah secara tak malu panggil kakak atau abang sila mengaku cepat heee...

2. berasal..
perak darul ridzuan *ipoh mali talak sombong.. ^_^
3. berapa adik bberadik? anak ke berapa? berapa laki berapa perempuan?
kiter ada 9 adik beradik..anak ke 7..ada 7 laki dan 2 perempuan..

4. sekolah terakhir?
SMK Kg. Pasir Puteh Ipoh... sayang sekolah tu..byk kenangan..

5. kali terakhir potong rambut..
kalu tak silap bulan 6 yang lepas...bagus soklan nih..heee...baru teringat dah lama tak potong rambut hee..

6. pakai shampoo apa?
sunsilk............

7. gemar menjahit...?kalu tak nyatakan sebab....
aku tak suke menjahit oke......sebab masa dulu cikgu KH sangat garang..membantut perasaan untuk menjadi tukang jahit yang berjaya..terima kasih cikgu...*_*

8. jika duduk rumah adakah anda suka menghias diri?
lor duk umah tak sape tenok hee..takyah makeup...

9. kerja rumah yang paling malas anda wat?
mcm cookie gak..
lipat kain...sangat malas tau....kalu ada mesin lipat baju...aku sanggup wat loan untuk beli hhahahahaahah..

10. 5 kenangan manis....
tricky ihiksssss....tp oke jawab aje la...kenangan manis kan..wat per nak malu....

1. best student PMR..

2. jadi pendebat paling muda dalam team debat sekolah bagi bahasa inggeris..walaupun kalah tapi seronok sebab kepercayaan yang cikgu bagi pada aku untuk jadi first speaker hahaha..

3. tinggal serumah ngn makcik n Kak Ina *rindu zaman itu..

4. belajar kat arau n kenal nazri..

5. Kawin ngn nazri *saya sayang dia*_*




yeay..tag ini harus dibuat oleh sesapa saje yang membaca..terutama sekali mrscee n kak ina heee.....

..yeay dapat TAG..^_^

aku dapat TAG..
excited giler nak wat hahahaha...
oke nak wat nih..

dapat dari tedi.. thanks dek tedi..nnt aku beli ikan bagi kat dak2 sekalian kay ^_^

soklan lak tedi suh amik dari dek omar..

so soklan2 nye adalah :-

1. Anda rasa anda hot :-
ihiks..tak hot..sebab sekarang tengah sejuk..duk dalam air-cond.. teeetttttt.... *_*

2. upload gambar2 kesayangan anda :-
hmm..kat sini kata gambar2...
seharusnya kena banyak la kan..
tapi aku buh satu dulu kay ihiks..



3. Kenape anda suka gambar ni?
sebab gambar tu kiter edit sendiri n dah macam nampak kat alam bunian hehehehe..
*ngade tak posing tuh hahaha..

4. Bila kali terakhir anda tak pose?
of coz la pose tahun lepas hehehehe...

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Pergi nyanyian Aizat...

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ni?
Tak wat pape ~ kan ke aku excited nak wat tag.. haruslah abaikan perkara lain hehehe *_*

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?
kat umah, mami panggil akak atau te..
kat dalam blog pun orang panggil te..
kat opis orang panggil cik ita..
kengkawan panggil ita..nita..wa..
^_^

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..
ihiks,ni susah sebab ramai tak suka wat tag hahahaha..
apa kata aku takyah bagi kat sesape, tapi kalu kalian nak bagi kat aku, aku on ajer heee..
*diplomatik tak te jawab hehehehe..

9. eh takde soklan dah?? *_*

p/s ~ yeay dah setle satu tag lagi...
nnt nak jawab tag dari teratak indah lak..
soklan tag dia pasai puasa and kena wat esei and tak spesifik saper kena wat..
cuma kalu buat dapat kad ramadhan..
so nak wat gak cuma kena wat kat umah...hee.... ^_^

26 August 2009

..Jarang dapat Tag..*_*..


uiks..
aku adalah seorang blogger..
aku mula menceburi bidang ini lebih kurang bulan 7 tahun 2008..
dalam tempoh tersebut..sekali 2kali ajer dapat award ngn tag hahahaha..

maka ini adalah award dan tag yang kedua ketiga weeeeeeeee....

dapat tag ini dari kakak watierman :) thanks kakak..

kakak kata..tag ini bersyarat..

dan syarat2nya adalah seperti berikut :-

1. letak award ni di blog korang.. ~ dah letak, oke next..

2. bagi award pada 10 blogger yg rapat ngan korang atau sesapa jer la yg korang nak bagi

hmmm saper eh...
a. ucu manja
b. mrscee
c. dek zara
d. dek omar
e. dek sharamli
f. dek tedi *boss dak2 sekalian hee..
g. dek alyani
h. kak aryani *mereka bukan adik beradik oke heee
i. dek meiz sha
j. kak rina la yer heee...

3. memberitahu penerima award nie dengan memberi komen di blog mereka ~ sat lagi saya comm eh hee..


p/s ~ excited giler wat tag ahahahahha...*jakun..


p/s #2 ~ eh silap, cek2 balik ni yang ke3 heeee...




26 June 2009

saya di - tag oleh niena.. :)

dapat dari my cute friend niena..

Setiap blogger mesti menyatakan 10 AUTA diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

1. wa muda lagi.. baru 18 tahun.. *muargahahahahha...

2. wa keje sebagai seorang polis yang sangat berdedikasi..... *hahhahahaa

3. wa tak kawin lagi *uhuks...

4. wa seorang yang berani untuk tinggal di dalam hutan seorang diri dan naik kereta kabel dari bawah ke genting *serius auta...

5. seperti pemberi tag ini a.k.a niena, wa seorang yang pemalu *ihiks...

6. wa seorang yang pendiam *pendiam ker?

7. wa sangat cantik dan sangat slim seperti erra fazira *the biggest auta of all...

8. wa pande masak *hahahahhaa

9. wa tinggal kat kondominium kat kl *i wish dowh!!

10.wa tak sayang nazri??? **woit itu mmg sah tipu weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......


Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
nie paling leceh, wa suka buat tag, tapi wa tak tau nak bagi saper ihks..but definitely ...-

1. ucu manja

2.dzuriyati

ha korang kena wat tak tau tak tau....

06 June 2009

tag dari ucu manja


Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
ucu manja :)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
a. Nama penuhku Wanita Abd Mutalib
b. Umur uiks 27 tahun..tiada rahsia heeee..
c. wa orang ipoh..
d. wa baru kawin..
e. suami wa nama nazri..
f. wa sayang dia sangat2...
g. wa keje kat tourism malaysia..
h. wa suka main bowling ngn bedminton dgn nazri sayang..
i. wa suka karaoke juger.. jom karok!!!!
j. wa lahir bulan november..berbisa!!!!


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
aiseh...part ni wa lemah sebab wa taktau ader orang bace blog wa ke tak..sesaper rasa nak wat, wat la ek heeee...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...