Tabungan

Showing posts with label me and CINTA. Show all posts
Showing posts with label me and CINTA. Show all posts

02 June 2014

Sambutan Ulangtahun Aye yang ke-5 yaw!

Hanya satu saja perkataan yang boleh describe perasaan aku -- Alhamdulillah! Ke mana saja aku merantau, Alhamdulillah -- keluarga tetap utama. Dan Alhamdulillah, mereka juga sering memanjakan aku. Haha!!

Mak hampir-hampir berkecil hati sebab kami tak jadi balik kampung minggu ni. Sekolah Cha tiba-tiba announce ada buat Hari Sukan. Hati aku dah berbelah-bagi, nak bawa Cha ke sukan sekolah dia atau tetap dengan janji aku pada mak untuk balik ke Ipoh.

Dan janji tetap janji, mak pulak tu -- jadi aku decide untuk balik juga ke kampung. Sambut ulangtahun perkahwinan kami di sana :)

Alhamdulillah -- meriah pula sambutan kami kali ni hehe.

Semuanya dirancang rapi oleh Party Planner kami -- Palam! Dari makanan sampai ke sambutan, semua dia rancang rapi.

Siap buat suprise belikan kami kek! Memang suprise -- sebab aku sempat cakap pada family -- silap tak beli kek. Yang lain semua tiba-tiba muka tak ready nak cover sambil jawap -- eh tak payah la, tahun depan aje lah.. Aku macam pelik juga, apsal semua muka tiba-tiba macam ada benda nak cover.

Rupa-rupanya adik memang dah beli kek.

Alhamdulillah -- bila kita utamakan keluarga dan ibu bapa dalam semua hal, InshaAllah kebahagiaan dan rezeki yang berlipat ganda yang Allah berikan kepada kita semua. Alhamdulillah :)

Buat Palam -- terima kasih atas suprise ini! Akak doakan yang terbaik buat kamu.

Buat Palom dan Malom -- terima kasih sebab balik Ipoh dan sambut bersama-sama kami.

Buat Mami dan Ayah -- terima kasih kerana menaja tempat sambutan ulang tahun kami (rumah kalian hehe).

Buat Maksu -- terima kasih kerana errrr kerana errr kerana segalanya hehehe.

Buat Encik Suami -- terima kasih kerana bawa saya balik Ipoh.

Buat anak mami Cha tersayang -- terima kasih kerana memilih mami jadi penjaga kamu di dunia ini.


Okey jom layan gambar yang kami sempat snap. Hehe!!






-----------------------------------------------------------------------------------
::The Celebration::
-----------------------------------------------------------------------------------















-----------------------------------------------------------------------------------
::The Food::
-----------------------------------------------------------------------------------

Makanan semuanya homemade by Palam.
Ayam Bakar;
Cheesy Wedges;
Spageti Bolognese and Carbonara!

Semua homemade!!
Thanks Palam!!








-----------------------------------------------------------------------------------
::The Cake::
-----------------------------------------------------------------------------------


Kek paling sedap pernah aku makan.
Mungkin kerana ianya dibeli dengan penuh kasih sayang.
Syukur Ya-Allah!





-----------------------------------------------------------------------------------
SAYA PENGEDAR SHAKLEE ANDA :)
-----------------------------------------------------------------------------------





30 May 2014

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ENCIK SUAMI

Berkawan sudah 10 tahun,
Bercinta sudah 8 tahun.
Berkahwin sudah 5 tahun.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)

30/05/2009 - 30/05/2014







hadiah perkahwinan paling berharga





-----------------------------------------------------------------------------------
SHAKLEE DAN ANDA
-----------------------------------------------------------------------------------



11 September 2013

dia yang bertungkus lumus

Sepanjang retreat, Nazri sangat-sangat membantu aku. Dia yang menjaga Qalesya masa aku sibuk soucd check la, menyanyi la, bertugas la..

Sikit pun tak mengeluh. Dia yang berlari mengejar Qalesya kat tepi pantai, dia yang menjaga Qalesya mandi kolam. Semua dia..

Terima kasih Abang
I love you.
:)



Saat aku lanjut usia
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau selalu di sini
Menemani aku bernyanyi

Saat rambutku mulai rontok
Yakinlah ku tetap setia
Memijit pundakmu hingga kau tertidur pulas…

Saat perutku mulai buncit…
Yakinlah ku tetap yang tersexy…
Dan tetaplah kau selalu menanti…
Nyanyianku di malam hari…



Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama, dingin dan panas dunia
Saat kaki telah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain


 












23 August 2013

Masih bercinta sampai bila-bila.

Orang kata, bila dah kahwin -- akan sampai satu masa yang manisnya bercinta akan hilang. Aku sebenarnya takut dengan cerita-cerita macam tu. Aku takut perkara tu akan terjadi pada kami. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri bangun-bangun pagi, tengok muka aku dan rasa bosan pada aku. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri tiba-tiba berubah hati. Macam mana kalau satu hari nanti, Nazri dah tak sayang pada aku.

Horror!

Aku memang sentiasa berharap, biarlah apa yang terjadi -- kami akan tetap bersama-sama -- susah dan senang bersama. Amin. In Shaa Allah.

***

Ada satu malam, aku TERmimpi, Nazri kahwin lain. Luluh hati aku! Biarlah mimpi sekalipun, tapi aku tetap rasa sedih. 

Aku mimpi -- aku dapat tahu Nazri kahwin lain. Aku terserempak dengan Nazri dan isteri baru dia tu. Aku sedih, aku lari. Yang buat aku kagum -- Nazri kejar aku dan tinggalkan perempuan tu. Sama ada dia kejar sebab rasa bersalah atau sebab dia lagi sayang aku, entah aku pun tak tahu. Lagipun -- IT JUST A DREAM. Haha. Kenapalah aku nak ambil serius kan?

Kan??

***

Esoknya -- bila aku bangun, aku tengok muka Nazri, aku geram dan dalam masa yang sama aku sedih. Emosi aku bercampur-campur. Baru aku sedar -- mood orang tengah datang bulan. Full stop.

Tapi, tetap -- masa mandi, aku teringat mimpi tu -- masa pandu kereta, aku teringat mimpi tu -- masa bayar tol, aku teringat mimpi tu -- mana-mana saja aku teringat mimpi tu.

Mulalah aku fikir macam-macam, kalaulah Nazri betul ada perempuan lain, apa akan jadi pada aku, pada Cha. Dan perasaan waras kembali pada aku -- no lah, Nazri takkan buat macam tu.

Tengah aku fikir-fikir, Nazri tiba-tiba tanya apa aku buat tengah hari nanti. Aku terus -- tanpa teragak-agak aku kata nak pergi lunch dengan dia. Terus dia setuju. Kebetulan memang aku ada kerja sikit tengah hari tu. Aku isi borang keluar pejabat -- minta izin bos masuk lambat sikit dan terus aku pandu ke Mid Valley untuk lunch sama dengan suami.

Tengah-tengah drive, aku dapat SMS dari Nazri. Mesej dia ---


Okey -- Tarik nafas lega. In Shaa Allah Nazri masih sayang aku dan akan sayang sampai bila-bila. Ameen.



18 February 2012

dah pandai buat suprise eh?

dekat Mid Valley sekarang ni, tengah ada Malaysia IT Fair.
dari 17 Februari hari tu, sampai 19 Februari nanti.

dengar cerita, barang-barang komputer murah la masa IT Fair nuh.
termasuk lah wishlist mak.... PSP.

mak memang teringin nak beli PSP.
lama dah.
maklumlah, mak ni, gamers la jugak kononnya.

kalau setakat Need For Speed, memang ehem ehem no problem.
apatah lagi game bodoh-bodoh macam Harry Porter nuh, memang khatam.
game CSI? no problem, mak suka.
apalagi jenis game, semua mak layan.

kecik2 dulu ada game DOOM tu kan.
layan jer.

senang cakap, kalau bagi mak game, mak leh duk diam, janji tak kacau sesape dah.

pendek citer,

balik dari kerja semalam, Encik Suami cakap dia ada beli something dari IT Fair tuh.

suami : cuba teka saya beli apa?

isteri : beli apa? tak pandai ah teka ngee..

suami : saya beli ni... (sambil tunjuk headset yang pakai bluetooth tu) nanti senang lah, masa drive dah takyah nak susah-susah jawap phone dah.

isteri : wah bestnya. untuk sapa tuh?

suami : untuk kita dua la. dua-dua leh configure kan. 

isteri : ada tengok PSP? murah tak?

suami : dah tengok dah... tapi saya rasa rugi la kalau beli PSP..

isteri : ooooooo....

isteri gi dapur nak kemas dapur sebab lusa dah nak kursus kat PD. tengah2 basuh pinggan teringat kereta tak park properly. masa nak gerak ke depan, suami tanya nak kemana. mak jawab la nak pi park kereta. then dia kata, takyah, biar dia tolong park kan...then dia suruh kte masuk bilik, tengok plug mesin basuh. mak pun pelik, masuk je la bilik, tengok2 atas katil ada ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
nangis jap.
terkejut wooo.
tak pernah dapat suprise cam gini.
wahhh.
merah lak tu.
semerah cintaku padamu encik suami awwwwww..
.
.
.
.
.
.
.
terima kasih sayang..
waktu menunggu tidak bosan lagi..
kemana pergi pun boleh bawak la ni :)



i.l.o.v.e.y.o.u.



30 September 2011

CONTEST RAYA SEDONDON

Wah!
Dah lama mak tak join 'kontest-kontest' nih.
Tadi terjumpa satu 'contest' yang menarik, sebabnya kebetulan memang ada gambar yang sesuai.
'Of Coz' la mak meng-gedik secara berlebihan untuk 'join' kan kan.

Nama 'contest' ni, CONTEST RAYA SEDONDON.

Mak suka. Mak suka. *sambil melompat bintang*

Setiap 'contest' mesti ada peraturan.
'So' mari kita ikut peraturan secara berdisplin sekalinya pun!

***
'Copy and paste' secara terus dari blog beliau.


Cara-caranya:

1. Jadi FOLLOWER blog ini dahulu.
2. Letak GAMBAR RAYA SEDONDON u'olls. 
(tak kisah la dengan family, kawan, BF/GF.. janji sedondon)
3. Tuliskan kenapa u'olls PILIH WARNA itu tahun ini.
4. TAGkan 2 orang kawan atau lebih.
5. LINK kan entry u'olls kat comment bawah ini..

itu saja.. senang kan..

HADIAHNYA...

something dari IKEA (rahsia dulu ok)


***

Makanya,

Langkah 1. Done!!



Langkah 2. Done!!



3. Kenapa kami pilih warna ini?
Sebab warna ini pilihan mami tercinta. Dan mak suka apa saja warna yang mami tercinta pilihkan. Owh, kain pun mami tercinta yang 'sponsor' hokey!! ^--^


4. Tagkan 2 orang kawan atau lebih.
Ni mak suka. Sebab boleh mak tengok baju raya kawan-kawan yang lain kan. Jadinya, mak tag mereka-mereka ini. Jangan marah ekkkkkk.

1. Mestilah adik mak, MENITI SENJA;
2. Kawan mak, CIK NINIE;
3. Owh adik mak juga, SHEMA SHIMOT;
4. dan sesiapa kawan-kawan yang nak join juga yuk!!

5. Done jugak!!

6. Eh ada nombor 6 ker? Eh takdo, sebab yang ke-6, tunggu 'result' aje la kan kan kan.


***


Babai!!


31 May 2011

encik suami bagi hadiah wooooo...

ari ini, encik nazri wat kejutan.
dia bagi hadiah kat isteri dia ni haaa.
hadiah anivessary la heeee....

tapi dia bagi beg ajer.

tapi ko kata?
tak bersyukur langsung eh?
kira hokey la ada bagi adiah.
ko takde bagi adiah pun kat dia tau.

eh.
tak habis citer lagi la hee.

cer citer cer citer hee.

hokey.
encik suami bagi beg ni ke teman.
.
.
.
.
:)
eh sama kaler lak dengan warna tikar hee..
tapi sebenarnya beg tu free gift ajer hehe.
sebenarnya dia belikan mak perfume.
perfume kegemaran mak yang dah lama mak tak beli.
perfume tu memang ada sentimental value pada mak.
perfume tu perfume first mak beli.
i loike!!
.
.
.
perfume aper?
.
.
.
perfume CK IN 2 U FOR HER of cozz :))
.
.
.

oke la mahu tidur.
udah lewat.
kang besok pening lagi lak.
ooo tak boleh..
kerja manyakk...


p.s.
siapa kenal mail lambung??
hahaha.

.ita kata.
anak, sila enter the frame :)
.
.
.

30 May 2011

Sudah 2 Tahun kini. Ulangtahun kami!! :)

Alhamdulillah.
syukur pada hadrat ilahi.
Alhamdulillah.
masih bernafas di muka bumiNya.
Alhamdulillah.
perkahwinan kami kini masuk tahun kedua sudah.

Pencapaian?
Alhamdulillah.
jika tahun lepas menyambut ulangtahun pertama semasa berbadan dua. semasa kandungan berumur lebih kurang 3 bulan. berjauhan pun. kerana aku kena demam campak kan kan masa tu :)

Alhamdulillah.
tahun ini menyambut ulangtahun kedua dengan adanya puteri kami disisi.
tahun ini lebih bermakna.
insya Allah.

jika 2 tahun lepas, waktu2 begini, aku sedang sibuk disolek untuk majlis akad nikah.
lepas disolek, terus balik ke rumah untuk ready ke masjid.
sampai ke masjid, tok kadi dah sampai.
2 pasangan lain pun dah sampai.
tinggal encik nazri aje tak sampai-sampai.
tok kadi lak kena tunggu dia.

sampai aje encik nazri, dia tak tunggu dah...terus duduk depan tok kadi. dah lambat la katakan. kelakar hehe.

ni gambar-gambar kami masa di masjid, dari sebelum nikah sampai udah nikah hee.


masa menunggu encik tunang heeee..
ready nak akad :)
 

akad nikah. gerun :)
dah jadi encik suami dah :)
syukur :)
orang kata time ni aku sengih memanjang. eh dah jadi puan kotttt :)
now u may kiss the bride cewahhhhh :)
  
eh eh. cte tak abis lagi oke.
itu masa kat masjid.
aku pas tu, larik balik ke kedai make-up untuk tukar baju :) and touch-up skit lagik.

ni masa kendurik lak :)

 
 
 
 
 
 

time nih. baju tak cantik. time skarang nih, baju dah cantik2 dah. tambah lak aku gemuk. susah nak cari baju yang muat dengan aku hahahahaaha.

pelamin pun, biasa2 ja. pelamin zaman skarang vogue da vast gitewww tau :)

oke. enterframe gambor belah taiping lakss :)





















gambar tidak disusun ikut turtan kay hee..

fuh..
memori terindah ialah masa kawin...
sangat indah..

camne eh orang yang kawin grand2 pastu cerai...?


tetttttt...


no komennnnnn.


papepun, aku bersyukur kerana berjumpa dengan encik suami.

kalau diikutkan aku dah berkawan dengan suamiku, masuk tahun ni dah enam tahun...

lama jugakkan.
banyak kali gaduh.
banyak kali cuba nak pisah.

tapi last2 Alhamdulillah kawin gak.
dapat tempuh semua tu.


eh eh.

lupa lak si kecik nih :)


hasil cinta kami nih.
halahai anak.
peneman siang malam.
sayang mereka berdua sangat sangat sangat sangat :)

p.s.
2 tahun.


.ita kata.
tahun depan reveal gambar lain pulak.
banyak lagi gambar nih heee :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...