Tabungan

Showing posts with label quick update. Show all posts
Showing posts with label quick update. Show all posts

04 June 2012

quick update : beberapa perkara yang buat mak tertawa

1. tegur orang suruh pi solat pun kena marah, jadi isu.

2. dapat cek riban-riban, tangkap gambar, update kat FB. korang ada?

3. berusaha mencari salah orang. walau diri sendiri banyak buat salah. tutup mata saja.

4. tangkap gambar seksi, post dekat FB.

kenapa eh nak buat semua kat atas tu.
hahahahaha.
larikkkkkk. 

hari ini 4 jun 2012

okay.
secara laju dan pantas.
update untuk hari ini.

sekejap lagi pukul 9.00 mak ada mesyuarat berkenaan panggilan semula bertugas Dato KP kami :)
semoga semuanya berjalan dengan lancar dan Dato dapat bertugas semula di Tourism Malaysia.
seriously, we need you Dato'.
*eh, macam dia baca saja kan? hee*

eh. 
pengikut mak dah 500 orang.
wah thank you.
walau anda sekali sekala masuk atau rajin menyinggah blog mak, mak sangat-sangat hargai.
macam mana mak nak hargai kalian ek?
boleh bagi idea?

oke daa.
mak nak bersiap untuk mesyuarat :)

Salam Isnin semua.


27 December 2011

siapa mahu layan gambar angkat tangan!!

siapa nama Qalesya Alia angkat tangan!!??

oke. setiap kali mak bertanyakan soalan itu kepada Q, dia pasti akan angkat tangan.
suuweett!! puji anak sendiri sekian terima kasih.

mak tak sempat nak bercerita panjang. nanti mak cerita boleh?

hari ini nak letak gambar saja.

sekian.

sila layan gambar berikut.
terima kasih.


di rumah









di Ampang Puteri




di Pyramid Tower, Bandar Sunway






















minum susu kotak




tempat kerja mak







.
.
.
.
.
.
terima kasih kepada kamera baru mak
.
.
.
.
.
.
.
.
.







orang lain sibuk nak kamera gedabak.
mak dah tak larat dah.
puas dah mak dengan kamera itu.
tapi, kamera itu tetap akan mak guna bila ada event besar.
buat hari-hari biasa ini, kamera kecil cukup, asal dapat rakam kenangan sudah.
senang nak letak dalam beg.
ke mana pergi ada saja dalam beg.
mudah :)



23 December 2011

mari update laju-laju

mak masih hidup.
Alhamdulillah.

bukan merajuk.
no no no.
hanya sibuk.
wah kalah bini perdana menteri nok.

saja nak catat sini, takut nanti kemudian hari lupa.

rabu lepas 21.12.2011, mak jadi pengacara majlis Majlis Persaraan KPL dan TM.
habis pukul 11 lebih.
ambil anak di Taska pukul 12malam.
kesian anak saya.
esok pagi hantar ke Taska dia masih tidur.
tak pernah tak main dengan dia walau sehari.
alahai sedihnya.

tapi, insyaAllah minggu ni dapat luang banyak masa dengan dia.
petang ini dah bergerak ke Pyramid Tower Hotel sebab esok ada Retreat TM di Sunway Lagoon.
sebagai host, kami disediakan bilik.
mak ingat nak sambung check-in sehari lagi supaya dapat lepak lama di sana dengan suami dan anak.

owh.
tahniah buat anak saudara yang dapat keputusan PMR semalam.
kamu berdua sangat membanggakan keluarga kita.
tahniah Adlin dan Hafiz.
Mak Su loves u both!!

nanti la mak su fikir apa nak bagi ya :)

08 December 2011

mak tak busy. mak buat-buat busy saja.

pagi.
pergi KL.
pergi LHDN.

oke.

tak settle.
sampai petang.

baru dapat masuk pejabat.

tengok-tengok dah pukul 3.30 petang.

oke.

tak siap jugak minit mak ni.

terima kasih.


proses budak nak makan ubat.
oleh kerana suka bergerak.
bedungkan aje jawabnya.
dah bedung, senang sangat nak bagi ubat. 

sekian update saya pada hari ini.


07 December 2011

kenangan kelas tuisyen

tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, tengok kiri kanan jalan dah berlambak-lambak iklan kelas tuisyen.
terus teringat zaman mak kecik-kecik dulu.

mak datang dari kalangan keluarga yang kurang berada.
jadinya, mana la nak dapat tuisyen-tuisyen ni.

kalau dalam kelas, kawan-kawan sokmo maju ke depan sebab bila cikgu tanya boleh buat ke tidak, rata-rata akan jawab 'boleh, sebab dah belajar dalam tuisyen'..

yang cikgu tu pulak, dah tahu bebudak ramai dah boleh buat, terus skip bab tu, terus ajar bab lain.
habis kami yang tak pi tuisyen ni????
belajar sendiri la nampak gayanya...
sedih sob sob.

bila balik rumah, mengadu kat bonda, nak gak masuk tuisyen.
tapi manalah bonda dapat nak bagi masuk tuisyen kan.
duit pun cukup-cukup nak makan saja.
last-last tak dapat jugak masuk tuisyen.

tapi mak tak kisah, tak masuk tuisyen pun, oke aje result mak.
berkat doa bonda...

dapat aje kerja bagus.
berkat doa bonda...

jadinya, pada aku, tuisyen atau tidak, itu terpulang kepada individu.
zaman sekarang ni pun mak tengok, memang rata-rata semua budak akan pergi tuisyen.
mungkin tahap kesedaran pada setiap ibu bapa tu dah tinggi.

mak pun nanti, tak tahu la nak bagi anak-anak pi tuisyen atau tidak.
sian kat dia orang, pagi petang kat sekolah, balik nak kena tuisyen juga.

mungkin pada tahap kritikal saja mak suruh dia orang pi tuisyen, maksud  mak pada peperiksaan besar macam UPSR, PMR atau SPM.
dan itu pun, mak akan panggil home tutor, senang, belajar depan mata mak aje.

itu mak.
orang lain juga ada pendapat sendiri.
dan mak amat menghormati pendapat anda semua.
walau dimana anda berada.
eceeewaahhh!!

06 December 2011

Lovely Day

When I wake up in the morning love...
And the sunlight hurts my eyes...
And something without warning love...
Bears heavy on my mind...
Then I look at you...
And the world's alright with me...
Just one look at you...
And I know it's gonna be...
Lovely Day...
Lovely Day...
Lovely Day...
Lovely Day...
Lovely Day...


Lagu : Lovely Day
Penyanyi : Bill Withers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...