Tabungan

Showing posts with label CATATAN BUAT ANAK KU QALESYA ALIA BINTI SYAIFUL NAZRI. Show all posts
Showing posts with label CATATAN BUAT ANAK KU QALESYA ALIA BINTI SYAIFUL NAZRI. Show all posts

06 September 2018

Apa perasaan aku bila tahu Qalesya anak istimewa?



Kalau ditanya tentang perasaan, tak mungkin aku dapat huraikan satu-satu dengan teliti. Sebab apa? Sebab perasaan aku bercampur baur. 

Takut? Sedih? Marah? Kecewa? Bahagia? Risau? 

Semuanya bercampur aduk. Kalau boleh disusun jadi warna pelangi, ah mudah. Tapi dah campur-campur jadi warna aiskrim Nestle. Masih pelangi tapi bercampur aduk. *wink*

Tapi, aku akan cuba cerita dengan perlahan, agar kalian dapat rasa apa aku rasa. *senyum*

Masa mula-mula aku diminta oleh doktor untuk buat pemeriksaan lanjut tahap perkembangan Cha, dari situ pun hati aku dah mula risau. Hati aku dah mula sakit. Dah mula sedih.

Kenapa risau?
Risau setakat mana autism Cha. Risau sama ada aku boleh atau tidak hadapi perkara ini. Risau boleh ke aku jalankan tanggungjawab aku sebagai ibu yang baik untuk seorang anak syurga yang dah Tuhan turunkan dalam rahim aku sehingga dilahirkan dengan selamat ni. 

Kenapa sakit?
Sakit sebab aku rasa remuk hati bila setiap kali aku pandang wajah Cha yang jernih sejernih jernihnya. Sakit sebab setiap kali aku pandang Cha, aku teringat bahawa dia mungkin anak autism yakni bukan anak yang dianggap normal oleh sebilangan besar orang di negara kita ini. Sakit sebab aku kecewa adakah kerana dosa-dosa lama aku, anak aku yang dihukum - penghidap autism.

Kenapa sedih?
Sedih sebab aku bayangkan kalaulah aku tak ada, siapa akan jaga Cha? Bolehkah orang lain jaga Cha seperti mana aku jaga dia. Bolehkah orang faham bahawa Cha itu lain dari anak seusia dia. 
Sedih sebab dia tak normal. Dia sendiri tak tahu bahawa dia tak normal. Dia sendiri tak tahu bahawa dia itu istimewa.

Sejak kami bawa Cha mula berjumpa doktor sana sini, aku sedikit pun tak pernah menangis. Sebab masa itu, aku fokus untuk cari jalan yang terbaik untuk dia membesar macam anak-anak yang lain. Aku yakin bahawa Cha juga berhak untuk membesar dengan normal. Jadi aku fokus teramat fokus untuk berikan yang terbaik buat dia.

Temujanji doktor sana sini, sikit pun aku tak menolak, sikit pun aku tak mengeluh sebab aku yakin itu yang terbaik dan itu sahaja yang mampu aku buat untuk menolong Cha hidup bahagia. Cha berhak bahagia. Jadi aku sikit pun tak mengeluh dan aku hadap semuanya.

Ada setengah-setengah temujanji yang aku pergi sendirian dengan Cha tanpa suami, aku pergi, aku hadap, sebab pada aku, tak apalah salah seorang tak ada pun, tapi aku mahu ada, hendak ada, mesti ada, teman Cha lalu hari-hari dia.

Air mata aku tak pernah tumpah walaupun aku penat di akhir hari. Aku tetap senyum setiap kali aku lelapkan mata dan Cha ada tanpa gagal peluk aku setiap malam.

Jadi kalian bayangkan, dari Cha umur 3 tahun setengah sehingga Cha umur 6 tahun, aku hadap sehadap mungkin segala temujanji segala ujian yang perlu kami buat pada Cha. 

Owh! Ada sekali air mata aku tumpah, sebab tempayan air mata aku ni dijolok-jolok orang (ah itu nanti aku cerita dalam post lain ya haha). Tungguuuu haha!

Jadiiiii (sambung balik)... aku ni pun manusia biasa. Kuat mana pun aku, aku perempuan, hati tisu. Air mata aku tumpah masa hari aku dapat kad OKU Cha. Kami memang perlu dapatkan kad tersebut sebab kami nak uruskan hal persekolahan Cha...





Masa aku dapat kad ni, terus terang aku katakan, aku hanya duduk dan tenung saja gambar dia yang comel tu. Anak yang tulus mulus tu, akhirnya ada satu kad Orang Kurang Upaya.

Yang lagi sedih, dia tak tahu pun bahawa dia adalah anak yang kurang upaya. Segala kegembiraan dari hati dia yang dizahirkan secara fizikal, melompat, menjerit, mengusik orang sana-sini sebenarnya datang dari sesusuk tubuh badan anak kurang upaya.

Aku memang terduduk. Aku rasa lama juga, aku dok tenung.

Tapi, lama-lama, aku rasa, ah! dia istimewa kot *wink*

Ada banyak keistimewaan bila dia anak isitmewa. Salah satunya - dia anak syurga. Sesungguhnya tempat anak aku ni adalah syurga. 

Kerana dia anak yang naif, anak yang tulus, anak yang ada masalah perkembangan otak. Maka dia memang tidak normal, dan oleh itu, aku ada anak syurga...

Disebalik semua rasa sedih, takut, marah, kecewa itu tadi, aku cuba untuk pusing jadi sesuatu yang positif.

Sebab aku fikir, kalau aku terus-terusan bersedih dengan keadaan Cha yang dah memang pasti autism, lebih baik aku hadapi hari-hari ini dengan kuat supaya Cha tetap selamat di bawah jagaan aku.

Apa guna aku bersedih? Bersedih hanya akan buat fizikal dan mental aku sakit. Kalau aku sakit, siapa nak jaga permata aku? 

Jadi aku perlu kuat. Agar Cha juga kuat.
Aku perlu gembira dan bahagia, agar Cha juga gembira dan bahagia.
Aku perlu terus positif agar Cha terus-terusan ketawa di sisi aku.

Jadi kawan-kawan, kalau ditanya apa perasaan aku, aku hanya boleh jawab -- aku rasa pelangi :)







05 September 2018

Macam mana tahu Cha anak autistik?

Siapa-siapa yang mengenali aku, pasti tahu bahawa Cha (anak sulung aku) adalah anak autistik. 

Cha, anak yang secara fizikalnya - normal. Rambut lurus panjang, bermata cantik, orangnya tinggi (ikut pak nya), senyumnya lebar - normal. Tapi, dia ada masalah pertuturan. Dia tak boleh berkomunikasi dengan baik. Dia bercakap 'bahasa' dia. Hanya dia sahaja yang faham. *ketawa*

Ramai orang bertanya pada aku, sejak bila aku tahu dia autism, macam mana tahu dia autism?



"Macam mana tahu dia autism?"
Jujur aku cakap, aku tak tahu dia autism. Pada aku, Cha anak yang normal, cuma perkembangan dia lambat tak seiring dengan anak-anak yang sebaya dengannya. Dan sebenarnya, bila aku berfikir begitu, aku sebenarnya meletakkan diri aku pada tahap penafian (denial stage). 

Yelah, Cha anak sulung aku. Semuanya baru bagi aku. Aku tak pernah ada pengalaman membesarkan anak. Bila Cha lambat bercakap, pada aku ianya normal sebab aku meletakkan satu stigma pada fikiran aku bahawa, perkembangan anak lain-lain, berbeza antara satu sama lain. Sampai satu masa, iya, memanglah perkembangan anak lain-lain tapi sampai satu masa, kita kena cari pertolongan, kena cari jalan untuk membantu anak.



"Sejak bila aku tahu dia autism?" 
Masa aku bawa Cha ke hospital bagi pemeriksaan rutin ketika umur dia 2 tahun setengah. Doktor Cha tegur, bahawa sepatutnya pada umur tersebut, dah ada perkataan asas yang Cha boleh kuasai. Atau senang cakap, sepatutnya Cha dah boleh bertutur sekurang-kurangnya 4 ke 6 patah perkataan. Walau bagaimanapun, Cha lebih senang bertutur dalam bahasa inggeris. Nampak hebat bukan? Tapi doktor kata itu adalah tidak normal memandangkan 'bahasa lidah' (mother tongue) Cha adalah bahasa melayu dan bukan sebaliknya. Maka Doktor menyarankan aku untuk berjumpa dengan doktor psikiatri. Tapi, macam aku cakap awal-awal tadi, aku tak boleh terima bahawa Cha tidak normal dan kemungkinan autism. Jadi aku menyatakan pada doktor bahawa aku mahu bagi Cha sedikit masa lagi. Sekiranya pada umur 3 tahun dia masih lagi bertutur bahasa 'jerman' dan berbahasa inggeris, maka aku sendiri akan mula mencari pertolongan yang sewajarnya.

Dan akhirnya, bila Cha mencapai umur 3 tahun lebih (ya, 3 tahun lebih), aku mula akur bahawa Cha berbeza dan kami selaku ibu bapanya, perlu berbuat sesuatu.


Sedih? Akan aku ceritakan pada post akan datang *senyum*.











21 March 2017

::OKU (MASALAH PEMBELAJARAN)::

Baru-baru ni, ada satu kemalangan berpunca dari satu kereta yang dipandu berlawanan arus. Kereta tersebut merempuh satu kereta lain yang turut menyebabkan beberapa kereta lain terlibat sama.
Lebih mengejutkan, pemandu kereta tersebut dikatakan mempunyai kad OKU - Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.
.

Lepas tu, kalau ditengok dalam media-media sosial terutama sekali Facebook, banyaklah netizen-netizen buat lawak, kononnya -

'OWH! Kalau nak langgar orang, jadilah OKU, mesti lepas', 
'OWH! Ada kad OKU boleh ambik lesen eakkk?', 
'OWH! Kalau rasa taknak kena kutuk budak bodoh, mohon ja kad OKU!'.

.
.
.
.

😢
.
.
.
.

Sebagai seorang ibu yang punya anak OKU, masalah pembelajaran lak tu, all those statements - hurts.

Tak ada orang yang hendak jadi OKU.

'Bukan ku pinta, lahir ke dunia, bukan ku pinta, cacat begini'....

Tak ada ibu yang hendak anak mereka OKU, hatta masalah pembelajaran sekalipun.

Tahu tak ada ibu bapa yang masih lagi hidup dalam denial, semata-mata kerana taknak terima hakikat anak-anak mereka ni OKU. Pernah cuba tak fikir, perasaan mak ayah yang pergi turun naik jumpa doktor, isi borang JKM hanya untuk apply kad OKU ni?

.
.
.
.
.

Masa mula-mula aku terima kad OKU Cha, jujur aku cakap, Aku menangis. Aku tak sangka, ini nasib aku. Bila mana saat aku bernikah dengan Nazri, berdoa dikurniakan anak, ditimpa bermacam-macam dugaan masa nak dapatkan Cha, dan akhirnya Cha lahir ke dunia, aku berdoa agar Cha dilahirkan sihat dan normal macam anak-anak lain.

Ya. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku yang hina ni, masih lagi Dia bagi muka dan makbulkan doa aku. Cha lahir normal sihat cantik sempurna macam anak-anak lain. 

Tapi, perkembangan dia, akhirnya, agak lain dan slow berbanding kanak-kanak sebaya dia. Dari situ kami bawak dia jumpa doktor dan akhirnya dinasihatkan untuk masuk sekolah khas dan diberikan kad OKU.

Dan ye, tertera di kad OKU dia, Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.

Hina sangat ke jadi OKU? Sampai dibuat lawak sebegini rupa? Setiap hari aku baca komen-komen netizen tentang orang-orang OKU yang punya masalah pembelajaran, buat aku sangat sedih. Saat aku baca, dan aku renung muka Cha yang sedang tergelak-gelak menari tonton tv, aku jadi sayu sangat. Dia sendiri tak tahu dia anak OKU. Dia sendiri tak tahu dia ada kad OKU dan dikelaskan sebagai anak yang punya masalah pembelajaran. Dan dia tak tahu pun yang netizen kat luar sana buat lawak tentang perkara ini.

.
.
.
.

OKU - Orang Istimewa

Tahu tak bahawa, salah seorang atlet paralimpik kita yang menang pingat emas masa Sukan Paralimpik edisi ke 15 di Rio baru ni Muhammad Ziyad Zolkefli adalah seorang OKU dan dikelaskan sebagai Masalah Pembelajaran saja.

Even, seorang lagi atlet wanita kita Siti Noor Radiah Ismail dapat pingat gangsa dalam acara lompat jauh sekaligus cipta rekod baru Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m. Same goes to Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin juga OKU Masalah Pembelajaran, walaupun tak dapat apa-apa pingat tapi beliau cipta rekod baru Sukan Para Asia dengan catatan 58.55s.




Nampak Normal

Anak-anak OKU yang dikelaskan dalam kategori masalah pembelajaran, selalunya fizikal adalah normal. Kelakuan juga agak normal. Macam contoh, anak aku Cha, Alhamdulillah tubuh badan sempurna normal, cuma masalah Cha ialah dia speech delay dan kurang fokus. Dan Alhamdulillah juga Cha bukan seorang yang hiperaktif, tak pernah tantrum dan masih boleh dikawal. Pendek kata, dia nampak normal - sangat normal. Masalah dia - itu je la, speech delay dan tak fokus. And yes aku mengaku, memang dia dalam pembelajaran sangat-sangat slow. 

Semasa mak-mak dan pak-pak lain bercerita kehebatan anak mereka yang berumur 4 tahun dah boleh baca A sampai Z, aku dok menung tengok Cha yang tak boleh nak kenal A sekali pun.

Semasa mak-mak dan pak-pak lain upload gambar anak-anak menang bercerita dalam pertandingan bercerita, aku hanya mampu peluk Cha sambil bercerita kat dia pengalaman mak pak orang lain.

.
.
.
.
.

Aku, secara jujur, terima seadanya keadaan ini. Sebab pada aku, anak aku normal, punya tubuh badan yang sihat, boleh berlari ke sana ke mari, still ada feedback bila orang panggil, normal syukur Alhamdulillah. 

Sebab masa Cha mula bersekolah awal tahun dulu, saat aku tengok kawan-kawan baru Cha dalam kelas dia, ya, keadaan Cha sebenarnya jauh lebih baik dan aku wajib bersyukur atas kesempurnaan yang Tuhan beri. 

Tapi itulah, aku ni manusia biasa, hati pun tisu. Bila orang dok kutuk-kutuk orang-orang OKU ni, aku jadi sedih, terasa ya amat sebab kita ni ada anak OKU. Perasaan tu bercampur baur. Rasa macam ah persetan la korang nak kata apa, tapi sat-sat rasa sedih lak sebab anak kita dalam kategori itu.




Kes Kemalangan

Gadis cina yang bertanggungjawab pandu kereta berlawanan arus tu dikatakan punya kad OKU Masalah Pembelajaran walaupun fizikalnya dia nampak normal. Memang aku sendiri tak pasti bagaimana seseorang yang punya kad OKU, boleh lepas ujian memandu. Yelah, Cha kecik lagi, of course la aku takde pengalaman nak ambilkan lesen memandu untuk dia kan. Tapi, kalau ikut logik lah, sedangkan yang cacat fizikal pun masih dibolehkan ambil lesen memandu, inikan pulak yang sempurna fizikalnya. Aku tak tahu, mungkin masa nak ambil lesen tu kena ada surat doktor ke kan. Kita mana tau prosedur.

Yang pasti aku pernah terbaca, ada seorang guru pada gadis cina ni, memang dia cerita yang gadis ni selalu menyendiri dalam kelas dan tak peduli dengan orang lain. Dan laporan polis juga ada tulis bahawa dalam air kencing dia memang ada penggunaan dadah terlarang yang menurut laporan tu jugak adalah ubat-ubat penenang yang dia makan. Jadi aku rasa, dia ni jenis OKU yang bergantung pada ubat. Sepanjang aku bawa Cha ke Doktor Terapi dia, memang aku selalu ditanya oleh nurse-nurse kat kaunter sama ada Cha ada consume ubat ataupun tidak. Bila aku cakap tidak, semua akan cakap, owh ooke lagi dia ni. 

.
.
.
.
.

Lastly, pada aku (omak yang ada anak autism), janganlah pandang rendah pada OKU yang ada Masalah Pembelajaran. Bersyukurlah kalian sihat dan punya anak-anak yang normal. Cuba fikir perasaan kami yang ada anak-anak syurga atau sanak sedara yang ada anak-anak autism ni. 

Masalah Pembelajaran - ye pendek kata 'bodoh'.

Memang anak aku kurang bijak (puas hati?) tapi dia sangat special dari segala segi. 

Hati dia tulus. Dia tak berpura-pura. Kalau dia happy, dia benar-benar tunjuk dia happy. Dia tak pandai pusing-pusing. Apa dia cakap, dia betul-betul maksudkan.

.
.
.
.
.

Bersyukurlah kalian normal.

Bersyukurlah yang kalian punya anak yang normal.














02 February 2017

::Senang ke tidak Cha ke sekolah?::

Semua orang dah sedia maklum yang Cha anak autistic. Dan bila Cha dah mula bersekolah, ramai yang bertanya - 'senang tak dia nak ke sekolah?'

.
.
.

Syukur Alhamdulillah. Walaupun Cha autism, tapi kerenah dia masih boleh di kawal. Nak menggerak dia bangun mandi satu proses yang tidak sukar - at all. 

Satu saja tips - berlembut.

Aku memang gerak Cha bangun seawal 6.00 pagi. Sebelum aku mandi, aku cuit-cuit dia dulu, peluk-peluk dia dulu, cium-cium dia dulu, sembang-sembang dengan dia dulu (walaupun dia mamai).

Lepas aku mandi, nak siap solat, aku peluk dia lagi, aku cium dia lagi, aku usik dia kata - 'mami dah mandi, cha busuk'. Dia? Tersengih-sengih dalam tidur.

Lepas aku solat, aku usik dia lagi, kali ni lebih extreme. Tak la extreme mana pun. Haha. Sekadar geletek sana sini ja bagi dia lebih waras. Haha.

Lepas aku dah siap apa yang patut, baru aku dok ngusik dia balik dan kali ni usik sampai dia betul-betul terjaga dan terus masuk bilik mandi untuk mandi. Dan selalunya soalan aku ialah - 'nak mandi dengan ayah ke dengan mami?' Kalau dia tak respon, terus aku cakap - 'okelah, Cha nak mandi dengan ayah'. Aku terus panggil ayah dan dia cakap 'oke oke I bangun'. I oke! *tangan ke dada mata ke atas* english sangat!!

Tapi lately, aku dah agak kelam kabut dan selalunya ayah kena take over mandi kan Cha. One thing bila ayah mandi kan Cha, mesti dok gaduh dalam bilik mandi tu. Ayah kalau tang ngusik, adoi, tak larat dah aku nak cakap apa. Cuma walaupun ayah yang mandi kan Cha, proses nak gerak tu masih lagi begitu. Gerak sikit-sikit.

.
.
.

Setakat ni, Cha takde masalah ke sekolah. Walaupun, dia dok cakap, no school, don't want school, tapi still kaki melangkah ja ke school. Takde drama nangis-nangis, takde gaduh-gaduh. Dia oke.

Aku cuma harap dia dibawah tangan-tangan yang baik semasa di sekolah dia. Dan aku pasti, cikgu-cikgu dia oke sebab dia tak pernah mengadu apa-apa yang tak elok.

Tak macam sekolah dia sebelum ni. Huhu.

.
.
.

Erm... minggu ni minggu yang agak busy sebab aku dah nak start mengemas semula. Nak pindah!! Yahooooooo!!!

.
.
.

Assalamualaikum. Peluk Cium Peluk Cium!!!!

11 January 2017

::Cha officially a student::

Acewah. Tapi seperti tajuk di atas, ye Cha secara rasminya seorang pelajar darjah satu!!
Aku ingat lagi masa aku mula bekerja akhir tahun 2006 dulu... Ada seorang kakak di pejabat aku ambil cuti seminggu pada awal Januari sebab anak dia masuk tahun 1. Masa tu aku dah niat dalam hati, aku juga nak cuti seminggu bila aku hantar anak aku ke sekolah nanti!!

Haha!!

Dan seperti yang diniatkan dari duluuuu, memang aku apply cuti seminggu sebab nak teman Cha. Tapi akhirnya aku hanya pakai dua hari dan selebihnya aku bekerja macam biasa.

Bukan apa, bila aku ada di situ, Cha nampak macam terganggu. Haha! Lagipun cikgu pun macam tak selesa bila Cha cranky nampak aku, jadi kami pun tak tunggu dia dan balik rumah --- tido!

Lagipun Cha sekolah khas, jadi waktu rehat memang makan akan diuruskan oleh guru dan pembantu murid yang ada.

.
.
.
.
.

Satu yang aku rasa sedikit sayu di hati adalah -- Cha masuk sekolah khas dan bukan masuk sekolah biasa yang aku bayangkan dari dulu. Tak sangka ini jalan yang Allah tentukan buat aku dan Cha...

Seronok tengok ibu-ibu dan bapa-bapa lain yang bercerita tentang anak-anak normal mereka memulakan sesi persekolahan. Berbeza dengan aku, yang melihat anak aku dikelilingi oleh anak-anak istimewa yang lain.

Jujur aku nyatakan bahawa aku menangis bila melihat Cha duduk di dalam kelas. Mungkin dia sendiri terkejut kawan-kawan dia sangat berbeza dengan kawan-kawan yang biasa dia lihat. 

Cuma di sisi yang baik, aku sentiasa bersyukur, sekurang-kurangnya Qalesya dilahirkan sihat tubuh badan dan elok fizikalnya. Berbanding dengan anak-anak syurga lain dalam kelas Cha. Dalam kelas Cha ada 9 orang anak syurga yang lain. Mereka ni terdiri dari pelbagai kelainan upaya seperti down syndrome, cerebral palsy dan mungkin ada yang hyperaktif dan juga dileksia.

Tapi still, syukur syukur syukur Cha merasa ke skool! Woot woot!!

Cha is super special. Very special on her own way. Di sebalik kekurangan dia, dia anak yang baik. Walaupun dia autism, dia masih anak yang tak banyak membawa masalah. Dia rezeki kami. Allah, aku sayang dia amat sangat...


masa nak pi sekolah


dalam kelas :)


balik sekolah -- bukak tudung -- panas!!


Moga Tuhan sentiasa melindungi Cha seadanya walau dimana dia berada...











24 October 2016

Macam Mana Aku Perasan Cha ni Autistik

Autisme adalah satu perkara yang orang-orang di Malaysia belum lagi terima dan faham secara menyeluruh. Bila kata 'autisme' mesti ada yang cakap -- 'apa tu? makanan?..' etc. etc. etc. Dan sejak aku reveal tentang keadaan Cha yang sebenarnya adalah anak autistik, ramai juga yang bertanya, macam mana aku tahu dia autisme.
Meh mak nak cerita :)

Dulu.......... masa Cha umur 2 tahun setengah, kami macam biasa pergi check-up Cha di klinik yang kami biasa pergi. Masa dia umur tu, dia masih belum bercakap macam kanak-kanak lain. Dia lebih suka berbahasa 'jerman' dan sikit-sikit bahasa inggeris. Tapi aku takde rasa pelik sebab pada aku, 'eh normal-lah'. Jadi, bila doktor suggest untuk aku bawa dia ke pakar, aku refuse dan aku cakap aku nak bagi dia masa terlebih dahulu sebab dia baru 2 tahun setengah.

Masa dia umur 3 tahun, aku dok perati, yelah betul, anak2 seumur dengannya semua dah petah bercakap. Tapi dia masih lagi tak ada bijik butir. Berterabur 'jerman' dan konsisten dengan bahasa inggeris dia.

Jadi kami pun mula cari bantuan pada masalah Cha ni.

Kami jalani a few test dekat Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dekat Parcel E, Putrajaya. Ada beberapa set questionnaire yang kami kena jawap. Ada dua tiga session kami kat sana dan akhirnya diorang cakap memang Cha ni Autism. Jadi kami tanya apa next step. Diorang cakap diorang pun tak pasti.

......

......

Okey. 

Rupa-rupanya kami dah salah jalan. Dan di sini aku nampak satu kepentingan kenapa kita kena bertabah pergi check-up anak-anak di KKIA. Walaupun, pergi KKIA adalah satu perkara horror, bosan, leceh untuk parent tapi percayalah, banyak benefit nya bila kita patuh dengan follow-up bulanan tu.

Kita pergi bukan check-up saja-saja. Tapi nurse-nurse di sana akan check anak kita very thoroughly.

Perasan tak bila kita pergi check-up, dia akan tanya anak kita dah buat apa, dah cakap apa, bla bla bla. Bukan saja-saja ye. Mereka ni memang buat kerja. Bukan nak nyibuk nak sengaja marah-marah kita. Tapi mereka-mereka ni lah yang sememangnya ditugaskan untuk pantau perkembangan anak-anak. Sebab mungkin mak bapak rasa macam normal, tapi yelah, diorang belajar, diorang bekerja bidang tu, diorang jumpa macam-macam jenis manusia, so diorang lebih tahu kalau ada benda yang tak berapa nak normal.

So, kalau masa check-up, anak2 masih lagi tak develop mengikut tahap yang sepatutnya, nurse-nurse di KKIA akan segera rujuk kepada doktor dan seterusnya doktor pula akan rujuk ke doktor pakar which is ke hospital lah jawabnya.

Tapi macam aku, memandangkan aku tak pernah bawa Cha ke KKIA, makanya Cha tak dirujuk ke mana-mana doktorlah jawabnya. Tapi yelah, memang doktor Cha di KPJ nak rujuk ke Psikiatri kat KPJ gak, tapi faham-faham ajelah, fulus nya.. fulus nyaaa..

Jadi, apa nak buat kalau rasa-rasa anak kita tak develop mengikut umur. Jangan risau.

First, bawak ke KKIA atau kalau ada klinik panel pun tak apa, pergi saja dan minta diorang refer kepada Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja mana-mana hospital yang korang suka. Macam aku, aku ke HUKM sebab masa tu orang dok sogok kepala otak aku dengan HUKM so aku mintak refer ke sana. Rupa-rupanya Hospital Putrajaya pun dah ada dah.

Second, bila korang dah dapat surat refer, pergilah terus ke sana tapi bukan dapat terus jumpa doktor ye, macam biasalah ambik appointment dulu.

Bila dah sampai tarikh appointment pergilah cepat, jangan gatal2 mintak tangguh sebab hospital gomen faham-faham sajalah, nak dapat tarikh sangat payah dan kalau korang postpone, bertabahlah tunggu untuk sebulan dua lagi.

Bila dah dapat jumpa doktor, ada beberapa soalan yang dia akan tanya. Kalau korang dah biasa dengan simptom Autisme, korang mesti boleh agak apa soalan-soalan dia. Tapi kalau tak, meh aku tolong. Aku memang ada buat sikit jadual untuk Cha sebab mudah untuk aku explain pada doktor. Ada kisah jugak kenapa aku buat macam ni, 

Sebab setiap kali appointment, mesti dapat doktor lain dah mesti nak kena cerita balik dari mula. LOL!!

Okey, jadi ini senarai semak yang aku buat untuk Cha. Basically ini soalan2 yang doktor biasa tanya pada parents bila mula2 nak check sama ada anak ada autism atau tidak.






Okey, dah habis sessi soal jawab, biasanya doktor akan refer anak kita pada dua buah klinik iaitu Klinik ENT dan Klinik Mata.

Kenapa? Sebab doktor nak pastikan yang semuanya oke. Yelah, mana tahu kot selama ni anak2 kita tak respon bila kita bercakap atau panggil dia sebab dia ada masalah pendengaran atau masalah mata. Jadi memang penting untuk buat kedua-dua check-up ni.

Dan seperti biasa, nak dapatkan kedua-dua appointment haruslah bertabah untuk lebih kurang sebulan dua lagi.

.
.
.
.
.

Oleh kerana aku agak kurang penyabar dan risau dengan keadaan Cha, aku buat pemeriksaan mata cha di KPJ. Tapi ENT terpaksa juga buat dekat HUKM sebab KPJ yang aku pergi tak ada kemudahan untuk buat test telinga tu.

Untuk pengetetahuan korang, untuk test telinga, Cha akan pakai headphone dan dia kena ikut arahan staff tu. Apa bunyi yang Cha dengar, aku pun tak tahu sebab bila staff tu buat something dia akan pandang staff tu seolah-olah dia nak bagitahu yang dia dengar bunyi tu. Tapi kami yang tengok ni memang tak dengar pape bunyi pun. But still, lega Alhamdulillah, pendengaran dia normal.

Masa test mata kat KPJ pulak, agak sukar sikit sebab Cha memang tak suka orang buat apa2 pada dia especially mata and telinga. Nasib baik staff dan doktor sedia maklum dia autistic child dan sabar dengan kerenah dia. Memang susah sebab mula2 kena titis satu ubat pada mata dia. Lepas tu baru test mata. And again, penglihatan dia normal.

Lepas aku dah dapat kesemua report dia, aku tunggu next appointment Cha dengan doktor psikiatri dia dan aku submit semua report tersebut.

Selepas beberapa siri appointment, doktor sahkan dia Mild Autisme. Dan atas nasihat doktor, Cha tak digalakkan untuk masuk sekolah aliran perdana. Ini bermakna kami kena usahakan untuk dia masuk sekolah aliran khas. Untuk dapatkan dia aliran tersebut, kami kena applykan Kad OKU untuk dia.

Again, talk this matter with your doctor. Dia akan isi satu form yang mana form tu pun hospital memang ada sediakan. Isi form tu dalam dua salinan dan serahkan kedua-dua form tu pada doktor. Dia akan isikan kedua-dua form tu dan satu dia akan simpan dalam fail Cha. Satu lagi form tu korang kena hantar pada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pandai-pandailah buat salinan ye untuk emergency kalau terhilang ke apa ke.

Buat kad tu tak lama. Dalam masa 2 minggu dah boleh collect kad tu. Jadi aku terus pulak buat pendaftaran untuk sekolah Cha next year.

.
.
.
.
.

Sedih.

Memang sedih. Masa aku mula-mula dapat kad Cha, aku sedih sangat. Sebab tak sangka akhirnya Cha dikategorikan sebagai OKU dan kena bersekolah khas.

Sedih, sebab dia tak merasa nak bersekolah macam anak-anak normal lain.
Sedih, sebab dia tak communicate macam anak-anak normal lain.
Sedih, sebab layanan pada dia tak sama macam anak-anak normal lain.



Tambah sedih, bila tengok muka dia tersenyum macam tu....... atas kad OKU.


Walau apa pun, aku akan cuba bagi yang terbaik untuk Cha. As to date, Cha dah hadiri beberapa session Occupational Therapy (OT) dan Speech Therapy (ST). 

Alhamdulillah, sejak dia pergi dua terapi tu, ada banyak improvement. Skill percakapan dia dah oke skit. Dan dia juga dah pandai tolak ansur sikit.

Mungkin juga sebab dia sendiri dah besar. Dah ada adik pulak tu. Jadi mungkin sebab itu dia jadi lebih bertanggungjawab.

So, apa lagi yang korang nak aku cerita. Apa lagi yang korang nak tau. Write a comment. Nanti aku kongsi ya :)





















06 January 2016

perkembangan Qalesya

6/366

umum siapa mengenali aku, pasti akan kenal Cha. sebab Cha dengan aku tak boleh dipisahkan. haha. kadang-kadang aku rasa aku ni obses dengan anak sendiri. setiap aktiviti sekolah anak aku, aku mesti nak follow. walaupun kadang-kadang ibu dan bapa tak dibenarkan follow. haha!

ada sekali, last year (actually a few weeks back ja pun), Cha ada join satu birthday party anjuran KFC. mula-mula aku ingatkan mak pak boleh ikut so aku siap ambil cuti lagi semata-mata nak teman Cha pergi birthday party tu.

rupa-rupanya, mak pak tak boleh ikut daaaaa. Teachers kata itu adalah aktiviti teachers bersama anak murid. so kalau mak pak ikut sekali, takut nanti emosi anak-anak terganggu. yelah, bukan terganggu dari segi apa pun. cumanya yelah - teachers pun nak berseronok dengan anak2 murid juga. kalau tetiba mak pak ada, mesti anak2 lebih nak ke mak pak dia kan.

so kiranya, hari tu cuti aku burn begitu saja. cumanya -- aku cuba untuk meng-fully utiliza juga cuti aku dengan ------ pi stalk anak sendiri. hahahaha!

oleh kerana aku tahu kat mana party tu akan berlangsung, aku pi diam2 ke sana. parking jauh2 dan tengok anak aku dari jauh.

sedih tak?

.
.
.
.
.
.
.


haha!

***

actually, aku ada sebab kenapa aku obses dengan anak aku.

macam aku cakap awal2 tadi, siapa yang kenal aku pasti akan kenal karekter Cha. Cha tak macam anak2 lain yang dah berumur 5 tahun.

komunikasi Cha hanya one way. dia boleh ekspres apa dia nak tapi dia tak boleh cerita bila kita bertanya. 

tiap2 hari lepas sekolah, aku cuba bersembang dengan Cha -- macam orang lain bersembang dengan anak2 mereka. tapi susah. Cha tak faham soalan aku dan dia tak boleh pun nak bercerita dengan baik sebab dia ada masalah pertuturan.

aku tanya - how was your day?
dia cuma akan gelak2 tanpa bercerita apa2.

bayangkan -- anak2 umur macam dia dah boleh cerita kalau ada kawan2 yang mengusik, boleh bercerita apa yang cikgu buat. tapi Cha.. dia tak boleh cerita semua tu.

aku takkan tahu -- ada ke orang yang membuli Cha. 
aku takkan tahu -- cikgu layan Cha dengan baik ke.
aku takkan tahu -- okey ke dia mandi kat sekolah. ada ke orang cuba pegang2 dia.

aku tak tahu semua tu.

sebagai seorang ibu, aku sedih.
aku sedih sebab aku tak dapat nak protect anak sendiri. itu sebab selagi boleh, aku nak apa saja aktiviti Cha, aku ada. jadi aku tahu dia join atau tidak.

tapi Alhamdulillah, di taska sini, anak aku seronok. cikgu2 pun baik belaka.

dulu, masa Cha bersekolah di Bangi, ada sedikit salah faham berlaku. sampai sekarang aku masih tak boleh lupa dengan apa yang berlaku. sampai sekarang aku tak pernah bercerita apa yang berlaku sampai Cha diminta oleh cikgu-cikgu untuk tak hantar lagi ke sana.

bayangkan, aku tengah bekerja, tiba2 aku dapat mesej dari cikgu dia untuk stop hantar Cha ke sekolah tersebut. aku terus call pengusaha tersebut. aku tanya kenapa. dan pengusaha tu kata, cikgu2 sekolah tersebut kecil hati dengan apa yang aku tulis di Facebook.

aku kata -- apa yang aku tulis? masa bila? cikgu tu kata, gambar yang Cha dalam hospital.

oke fine.

memang aku tulis -- "........mami tengok ja apa yang orang buat kat Cha..."

so itu yang buat cikgu2 terasa sangat.

kenapa? cikgu memang ada buat apa2 ke yang sampai nak terasa?

sebenarnya, gambar tu masa Cha masuk hospital. aku minta untuk warded sebab aku nak test tahap autisma Cha. untuk cek tahap autisma seseorang budak, kita kena buat cek mata, cek telinga, pemeriksaan darah sekiranya perlu. aku buat di hospital swasta sebab aku ada insurans. dan untuk claim insurans Cha perlu warded.

aku kata "........mami tengok ja apa yang orang buat kat Cha..." sebab orang-orang di sekeliling Cha yang kadang2 agak bersikap bias dengan Cha dan aku tak tujukan langsung pada cikgu2 Cha ketika itu.

aku masih boleh bertahan, aku nyatakan bahawa kata2 aku langsung tak tuju pada mana2 guru. lagipun masa Cha dalam hospital, ada seorang cikgu mesej bertanya khabar, aku balas dan cerita semuanya. oke saja. tapi alih2 cikgu tu claim kata aku tak menjawab pertanyaan dia dalam bentuk call dan mesej. wat de?

dan.............yang paling tak tahan, dia siap cakap -- ita tiap2 hari ambik Cha lewat. kami lebih lama duduk dengan Cha. ita tak boleh kata macam tu.

sedih tak hati mak bila diserang macam tu?
sedih tak sedih?

aku tiap2 hari bekejar nak amik Cha awal.
dari Putrajaya ke Bangi 5.30 petang -- pukul 7 malam baru aku dapat jumpa Cha. aku stuck dalam jem 1 jam setengah. 
dan cikgu boleh kata begitu pada aku??

sedih tak sedih hati aku?

masa tu aku fikir thats it.
aku tak boleh dah hantar anak ke situ.

petang tu aku amik Cha. dan itu hari terakhir Cha kat situ.

aku cuma datang last ambil barang2 Cha dan aku tak pernah ke situ lagi. 
hati aku sakit setiap kali aku teringat perkara ni.
dah 2 tahun benda ni berlalu, tapi sakitnya masih terasa. setiap kali aku pandang Cha, teringat perkara tu, aku sedih sangat.

seminggu Cha ikut aku ke opis. sebab tak ada taska yang nak terima budak baru especially dah hujung2 tahun. seminggu cha tidur atas lantai dalam bilik aku. seminggu Cha seksa penat tak ada tempat proper untuk dia berehat.

akhirnya Kak Ha, dia bantu aku telefon pengusaha Taska di kementerian dan adjust Cha masuk. Alhamdulillah, sampai sekarang Cha di situ.

up to date, Cha masih problem dengan komunikasinya. aku sedang usahakan untuk cha masuk sekolah khas yang sesuai dengan tahap dia.

kadang2 aku sedih, sebab cha tak normal macam kanak2 sebaya dengannya.

tapi aku tahu, pasti ada hikmah di sebalik apa saja yang berlaku.

aku tulis ni bukan sengaja aku nak bukak keburukan sesiapa. tapi...., dah lama aku pendam dan malam ni terbukak rasa hati nak bercerita tentang apa yang berlaku pada Cha sampai Cha diminta untuk tak dihantar ke sekolah.

kasihan anak sekecil itu, berumur 3 tahun ketika itu, tak nak dijaga oleh cikgu2nya.

kalaulah dia tahu......

:(















09 March 2015

dilema nak dapat anak kedua

5 tahun, kami hanya ada Cha.
5 tahun, segala tumpuan hanya untuk Cha.
dan inshaAllah bulan 7 ni, kami akan dapat anak kedua.

dilema...

punya anak yang ramai, memang impian setiap keluarga, setiap ibu dan bapa.
dan buat aku yang susah nak produce anak, dapat dua orang pun dah cukup bersyukur dah.

tambah pula bila dah 3 kali scan memang nampak angry bird, membuatkan aku cakap pada Nazri, thats it -- tutup kilang (macam banyak sangat production).

sekarang ni, baby dah kerap menendang.
yang mana buat aku rasa sangat happy.
setiap kali dia menendang, aku akan tersengih-sengih sambil usap-usap perut.
aku masih tak sangka yang Tuhan masih bagi peluang pada aku untuk rasa perasaan ni.

tapi...
aku selalu teringat pada Cha.
aku dapat rasakan, nanti aku akan banyak abaikan dia.
Cha jenis tidur malam, berbantalkan lengan aku.
bila dia menyusu, memang dia minta lengan aku.
seboleh-boleh memang dia nak dekat dengan aku.
jadi aku terbayang-bayang, bila adik dia dah keluar nanti, macam mana aku nak bahagikan antara adik dia dengan Cha.

sekarang ni pun, aku dah tak larat nak duduk dengan dia dalam kereta.
selama ni kalau ke mana-mana, dia suka duduk dengan aku dekat seat depan.
satu memang berbahaya -- aku dah sedar lama, tapi lately memang rasa aku ni membahayakan Cha sangat-sangat.
kedua -- aku dah tak larat.
perut aku semakin membesar.
Cha pun semakin membesar he.
jadinya kami dah ajar dia untuk duduk semula dekat car seat dia.
yang mana -- dia suka.
dia suka duduk dalam car seat dia.

dan aku pulak yang sedih.
sebab dia dah tak duduk dengan aku.
aku dah tak boleh nak peluk-peluk dia.
tak boleh nak cium-cium dia.
macam selalu.

aku sedih.
sebab sikit-sikit aku rasa aku dah jauh dari dia.
cepatnya Cha membesar.
nanti tiba satu masa, mesti dia dah tak suka aku peluk cium dia.
sayunya :( 

dilema...

aku harap, Cha banyak bersabar dan bertolak ansur dengan adik dia nanti.
aku harap, Cha tetap ceria macam sekarang dan boleh terima adik dia nanti.
aku harap, Cha tetap sayang kat aku macam sekarang huhu.

Cha, nanti -- suatu hari, kalau Cha baca entri mami yang hat ni, mami nak Cha tahu, mami sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat kat Cha.
anak kena ramai Cha.
dan sayang pada setiap anak memang takkan berbelah bagi.
sayang pada setiap anak tak ada kurang tak ada lebih.

Cha dah jadi kakak.
Cha anak sulung.
Cha kena jaga adik.
dan mami percaya, Cha memang ditakdirkan untuk menjadi kakak yang baik.
sebab Cha memang punya hati yang lembut.
punya hati yang baik.

Mami sayang Cha tau.
sayang sangat.


26 August 2014

Tenggelam Timbul.

::Assalamualaikum::


Kadang-kadang, rasa nak tutup saja blog ni. Kesian, kejap update, kejap idak. Nampak sangat bukan blogger tegar hehe. Tapi, sayang blog ni sebab kalau diimbas-imbas semula, aku dah start berblog dari tahun 2008. Lama juga hehe. Banyak juga cerita yang dah aku tulis dalam blog ni.

Mungkin, private kan saja kot?

Kenapa nak stop blogging?
Sebab tak selalu update. aku, bukannya apa... Aku ada banyak benda nak cerita. Ada banyak isu yang aku nak mengomel. Ada banyak cerita pasal parenting yang aku nak kongsi. Tapi kadang-kadang aku jadi confuse, keliru, sama ada benda tu boleh dikongsi atau tidak.

Nanti kang kalu kongsi, dah rasa macam semua tahu pulak (macam ramai sangat pembaca), tapi kalau tak kongsi, aku rasa macam benda tu sesuai dijadikan panduan untuk yang lain. So pendek kata aku confuse, mana satu yang boleh dijadikan cerita dan mana satu hanya untuk diri sendiri dah keluarga terdekat saja.

Aku juga ada banyak feeling yang nak dikongsi. Rasa rindu aku, rasa marah aku, rasa sedih aku, rasa geram aku. Ada banyak.

Antara benda-benda yang aku nak kongsi:--

Pengalaman di HUKM masa buat check-up Cha;
Apa sebenarnya yang berlaku pada Cha;
Development Cha;
Kerja-kerja aku;
Ke mana aku travel;


Itu semua aku nak kongsi. Parenting? -- aku ada banyak benda nak cerita pasal Cha. Cha disuspek sebagai anak yang istimewa, jadi ada banyak persoalan yang datang pada aku -- 'Cha nampak normal, kenapa ko kata dia istimewa?' Itulah yang aku nak kongsi, tapi selalu kalau aku mula menaip, aku rasa macam, ada ruang untuk privasi Cha ke selepas ini? Banyak sangat cerita tentang Cha. Selamat ke Cha.

Haha. Ada banyak menda yang aku fikir.

Aku rasa itu sebab aku masih lagi di takuk lama, padahal geng-geng blogger tahun 2008 semua dah glamer. Aku saja yang masih kat sini. Hahaha.

Nantilah -- Aku fikir lagi.

Haha.

02 June 2014

Sambutan Ulangtahun Aye yang ke-5 yaw!

Hanya satu saja perkataan yang boleh describe perasaan aku -- Alhamdulillah! Ke mana saja aku merantau, Alhamdulillah -- keluarga tetap utama. Dan Alhamdulillah, mereka juga sering memanjakan aku. Haha!!

Mak hampir-hampir berkecil hati sebab kami tak jadi balik kampung minggu ni. Sekolah Cha tiba-tiba announce ada buat Hari Sukan. Hati aku dah berbelah-bagi, nak bawa Cha ke sukan sekolah dia atau tetap dengan janji aku pada mak untuk balik ke Ipoh.

Dan janji tetap janji, mak pulak tu -- jadi aku decide untuk balik juga ke kampung. Sambut ulangtahun perkahwinan kami di sana :)

Alhamdulillah -- meriah pula sambutan kami kali ni hehe.

Semuanya dirancang rapi oleh Party Planner kami -- Palam! Dari makanan sampai ke sambutan, semua dia rancang rapi.

Siap buat suprise belikan kami kek! Memang suprise -- sebab aku sempat cakap pada family -- silap tak beli kek. Yang lain semua tiba-tiba muka tak ready nak cover sambil jawap -- eh tak payah la, tahun depan aje lah.. Aku macam pelik juga, apsal semua muka tiba-tiba macam ada benda nak cover.

Rupa-rupanya adik memang dah beli kek.

Alhamdulillah -- bila kita utamakan keluarga dan ibu bapa dalam semua hal, InshaAllah kebahagiaan dan rezeki yang berlipat ganda yang Allah berikan kepada kita semua. Alhamdulillah :)

Buat Palam -- terima kasih atas suprise ini! Akak doakan yang terbaik buat kamu.

Buat Palom dan Malom -- terima kasih sebab balik Ipoh dan sambut bersama-sama kami.

Buat Mami dan Ayah -- terima kasih kerana menaja tempat sambutan ulang tahun kami (rumah kalian hehe).

Buat Maksu -- terima kasih kerana errrr kerana errr kerana segalanya hehehe.

Buat Encik Suami -- terima kasih kerana bawa saya balik Ipoh.

Buat anak mami Cha tersayang -- terima kasih kerana memilih mami jadi penjaga kamu di dunia ini.


Okey jom layan gambar yang kami sempat snap. Hehe!!






-----------------------------------------------------------------------------------
::The Celebration::
-----------------------------------------------------------------------------------















-----------------------------------------------------------------------------------
::The Food::
-----------------------------------------------------------------------------------

Makanan semuanya homemade by Palam.
Ayam Bakar;
Cheesy Wedges;
Spageti Bolognese and Carbonara!

Semua homemade!!
Thanks Palam!!








-----------------------------------------------------------------------------------
::The Cake::
-----------------------------------------------------------------------------------


Kek paling sedap pernah aku makan.
Mungkin kerana ianya dibeli dengan penuh kasih sayang.
Syukur Ya-Allah!





-----------------------------------------------------------------------------------
SAYA PENGEDAR SHAKLEE ANDA :)
-----------------------------------------------------------------------------------





30 May 2014

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ENCIK SUAMI

Berkawan sudah 10 tahun,
Bercinta sudah 8 tahun.
Berkahwin sudah 5 tahun.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)

30/05/2009 - 30/05/2014







hadiah perkahwinan paling berharga





-----------------------------------------------------------------------------------
SHAKLEE DAN ANDA
-----------------------------------------------------------------------------------



27 May 2014

Let It Go - - Let It Go!

Tipu kalau aku kata Cha tak minat Frozen. Masa Frozen mula-mula ditayangkan (masa filem tu tengah panas), cerita tu la dok ulang-ulang-ulang kat rumah kami. Cha dah boleh hafal scene, hafal dialog and of course de--song!!

Bila sampai lagu Let It Go, Cha memang dah ready dengan gaya Elsa.

Nak jadi cerita -- last week kami pi karaoke. Belek-belek lagu, ada lagu Let It Go! Aku pun pilihlah lagu tu. Cha pulak memang dah conquer satu mic. Semua lagu yang kami nyanyi, memang ada back-up singer (which is Cha of course).

Bila sampai lagu Frozen ni, dia dah tergamam. Muka dia masa tu -- sangat priceless! Tak boleh nak gambar happy dia tu. Bila aku start nyanyi, dia pun nyanyi dengan bahasa dia tu. Sampai kat chorus, aku baru nak nyanyi tiba-tiba dia kata -- Mami! Stop! It's mine!!

Curlasss ko nak!

Do I stop?? 

Nah!!
throwback - umur 2 tahun lebih

***

Anak tak lalu nak makan?
Anak memilih makan?
Sebagai ibu bapa, kita mesti nak yang terbaik buat anak-anak.
SHAKLEE boleh bantu.

Pernah dengar Mealshakes? Apakah kebaikan Mealshakes?



  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti
------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------



Harga -- RM113.75
Berita baik -- Harga Promosi -- RM98.00

Nak harga lebih baik?? Hubungi SID anda yang #takberapanakcuntapiperasancun ni haha!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...