Tabungan

Showing posts with label QiA. Show all posts
Showing posts with label QiA. Show all posts

21 March 2017

::OKU (MASALAH PEMBELAJARAN)::

Baru-baru ni, ada satu kemalangan berpunca dari satu kereta yang dipandu berlawanan arus. Kereta tersebut merempuh satu kereta lain yang turut menyebabkan beberapa kereta lain terlibat sama.
Lebih mengejutkan, pemandu kereta tersebut dikatakan mempunyai kad OKU - Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.
.

Lepas tu, kalau ditengok dalam media-media sosial terutama sekali Facebook, banyaklah netizen-netizen buat lawak, kononnya -

'OWH! Kalau nak langgar orang, jadilah OKU, mesti lepas', 
'OWH! Ada kad OKU boleh ambik lesen eakkk?', 
'OWH! Kalau rasa taknak kena kutuk budak bodoh, mohon ja kad OKU!'.

.
.
.
.

😢
.
.
.
.

Sebagai seorang ibu yang punya anak OKU, masalah pembelajaran lak tu, all those statements - hurts.

Tak ada orang yang hendak jadi OKU.

'Bukan ku pinta, lahir ke dunia, bukan ku pinta, cacat begini'....

Tak ada ibu yang hendak anak mereka OKU, hatta masalah pembelajaran sekalipun.

Tahu tak ada ibu bapa yang masih lagi hidup dalam denial, semata-mata kerana taknak terima hakikat anak-anak mereka ni OKU. Pernah cuba tak fikir, perasaan mak ayah yang pergi turun naik jumpa doktor, isi borang JKM hanya untuk apply kad OKU ni?

.
.
.
.
.

Masa mula-mula aku terima kad OKU Cha, jujur aku cakap, Aku menangis. Aku tak sangka, ini nasib aku. Bila mana saat aku bernikah dengan Nazri, berdoa dikurniakan anak, ditimpa bermacam-macam dugaan masa nak dapatkan Cha, dan akhirnya Cha lahir ke dunia, aku berdoa agar Cha dilahirkan sihat dan normal macam anak-anak lain.

Ya. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku yang hina ni, masih lagi Dia bagi muka dan makbulkan doa aku. Cha lahir normal sihat cantik sempurna macam anak-anak lain. 

Tapi, perkembangan dia, akhirnya, agak lain dan slow berbanding kanak-kanak sebaya dia. Dari situ kami bawak dia jumpa doktor dan akhirnya dinasihatkan untuk masuk sekolah khas dan diberikan kad OKU.

Dan ye, tertera di kad OKU dia, Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.

Hina sangat ke jadi OKU? Sampai dibuat lawak sebegini rupa? Setiap hari aku baca komen-komen netizen tentang orang-orang OKU yang punya masalah pembelajaran, buat aku sangat sedih. Saat aku baca, dan aku renung muka Cha yang sedang tergelak-gelak menari tonton tv, aku jadi sayu sangat. Dia sendiri tak tahu dia anak OKU. Dia sendiri tak tahu dia ada kad OKU dan dikelaskan sebagai anak yang punya masalah pembelajaran. Dan dia tak tahu pun yang netizen kat luar sana buat lawak tentang perkara ini.

.
.
.
.

OKU - Orang Istimewa

Tahu tak bahawa, salah seorang atlet paralimpik kita yang menang pingat emas masa Sukan Paralimpik edisi ke 15 di Rio baru ni Muhammad Ziyad Zolkefli adalah seorang OKU dan dikelaskan sebagai Masalah Pembelajaran saja.

Even, seorang lagi atlet wanita kita Siti Noor Radiah Ismail dapat pingat gangsa dalam acara lompat jauh sekaligus cipta rekod baru Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m. Same goes to Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin juga OKU Masalah Pembelajaran, walaupun tak dapat apa-apa pingat tapi beliau cipta rekod baru Sukan Para Asia dengan catatan 58.55s.




Nampak Normal

Anak-anak OKU yang dikelaskan dalam kategori masalah pembelajaran, selalunya fizikal adalah normal. Kelakuan juga agak normal. Macam contoh, anak aku Cha, Alhamdulillah tubuh badan sempurna normal, cuma masalah Cha ialah dia speech delay dan kurang fokus. Dan Alhamdulillah juga Cha bukan seorang yang hiperaktif, tak pernah tantrum dan masih boleh dikawal. Pendek kata, dia nampak normal - sangat normal. Masalah dia - itu je la, speech delay dan tak fokus. And yes aku mengaku, memang dia dalam pembelajaran sangat-sangat slow. 

Semasa mak-mak dan pak-pak lain bercerita kehebatan anak mereka yang berumur 4 tahun dah boleh baca A sampai Z, aku dok menung tengok Cha yang tak boleh nak kenal A sekali pun.

Semasa mak-mak dan pak-pak lain upload gambar anak-anak menang bercerita dalam pertandingan bercerita, aku hanya mampu peluk Cha sambil bercerita kat dia pengalaman mak pak orang lain.

.
.
.
.
.

Aku, secara jujur, terima seadanya keadaan ini. Sebab pada aku, anak aku normal, punya tubuh badan yang sihat, boleh berlari ke sana ke mari, still ada feedback bila orang panggil, normal syukur Alhamdulillah. 

Sebab masa Cha mula bersekolah awal tahun dulu, saat aku tengok kawan-kawan baru Cha dalam kelas dia, ya, keadaan Cha sebenarnya jauh lebih baik dan aku wajib bersyukur atas kesempurnaan yang Tuhan beri. 

Tapi itulah, aku ni manusia biasa, hati pun tisu. Bila orang dok kutuk-kutuk orang-orang OKU ni, aku jadi sedih, terasa ya amat sebab kita ni ada anak OKU. Perasaan tu bercampur baur. Rasa macam ah persetan la korang nak kata apa, tapi sat-sat rasa sedih lak sebab anak kita dalam kategori itu.




Kes Kemalangan

Gadis cina yang bertanggungjawab pandu kereta berlawanan arus tu dikatakan punya kad OKU Masalah Pembelajaran walaupun fizikalnya dia nampak normal. Memang aku sendiri tak pasti bagaimana seseorang yang punya kad OKU, boleh lepas ujian memandu. Yelah, Cha kecik lagi, of course la aku takde pengalaman nak ambilkan lesen memandu untuk dia kan. Tapi, kalau ikut logik lah, sedangkan yang cacat fizikal pun masih dibolehkan ambil lesen memandu, inikan pulak yang sempurna fizikalnya. Aku tak tahu, mungkin masa nak ambil lesen tu kena ada surat doktor ke kan. Kita mana tau prosedur.

Yang pasti aku pernah terbaca, ada seorang guru pada gadis cina ni, memang dia cerita yang gadis ni selalu menyendiri dalam kelas dan tak peduli dengan orang lain. Dan laporan polis juga ada tulis bahawa dalam air kencing dia memang ada penggunaan dadah terlarang yang menurut laporan tu jugak adalah ubat-ubat penenang yang dia makan. Jadi aku rasa, dia ni jenis OKU yang bergantung pada ubat. Sepanjang aku bawa Cha ke Doktor Terapi dia, memang aku selalu ditanya oleh nurse-nurse kat kaunter sama ada Cha ada consume ubat ataupun tidak. Bila aku cakap tidak, semua akan cakap, owh ooke lagi dia ni. 

.
.
.
.
.

Lastly, pada aku (omak yang ada anak autism), janganlah pandang rendah pada OKU yang ada Masalah Pembelajaran. Bersyukurlah kalian sihat dan punya anak-anak yang normal. Cuba fikir perasaan kami yang ada anak-anak syurga atau sanak sedara yang ada anak-anak autism ni. 

Masalah Pembelajaran - ye pendek kata 'bodoh'.

Memang anak aku kurang bijak (puas hati?) tapi dia sangat special dari segala segi. 

Hati dia tulus. Dia tak berpura-pura. Kalau dia happy, dia benar-benar tunjuk dia happy. Dia tak pandai pusing-pusing. Apa dia cakap, dia betul-betul maksudkan.

.
.
.
.
.

Bersyukurlah kalian normal.

Bersyukurlah yang kalian punya anak yang normal.














18 July 2014

Family is all I have.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.


Hubungi saya:
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Kuala Lumpur

07 November 2013

Pertama Kali Cha Naik Train

Ini cerita Sabtu lepas. Dah tulis dalam handphone, tapi malangnya berat sangat sebab banyak gambar maka tak ter-upload ke blog ni.

Tapi takpe, sebab nak kongsi juga gambar-gambar yang ada, maka gigih aku buat satu lagi entri. Cuma ianya agak ringkas berbanding yang aku dah mengomel sebelum ini. cis.

Jadi kita bercerita dengan gambar sajalah hehe.

Sabtu lepas adalah Hari Diwali. Makanya, kami bajet mesti ramai orang akan keluar beraya. Tambah pula kami nak ke Mid Valley. Ada urusan kat sana. Nanti entri lain aku cerita pula urusan tersebut. Hari ni nak cerita pasal Cha naik train buat pertama kalinya saja hehe. Owh, disebabkan kami bajet pasti ada ramai orang nak beraya, kami decided untuk naik train. Lagipun Cha tak pernah naik train. Aku pun dah laaaaaamaaaaa tak naik train juga-nya-pun!

Masa kami turun dari kereta, Cha memanglah tak ada idea kenapa -- kan. Tapi bila kami dah start tunggu dan tunggu dan tunggu, dia dah makin eksaited hehe.







Seronok dia berjalan dengan ayah dia. Masalahnya kami dok seriau tengok dia berlari-lari, takut terjatuh dalam landasan hehe.




Berjaya pujuk dia untuk duduk dan tangkap gambar bersama hehe.


Lepas tu, train pun sampai. Masa train lalu depan dia, Cha agak terkejut. Ternganga aje. Silap tak tangkap gambar dia hehehe. Masa tunggu nak masuk train, sempat lagi suruh Cha bergaya, padahal mata dia dah kat train dah hehehe.





Masa dalam train, memang nampak sangat Cha seronok. setiap kali ada announcement, dia menjerit hahaha.
Tengok bila dia tangkap gambar, amboi eksaited!






Sebagai parent, bila anak gembira, kita akan bertambah-tambah gembira. Sangat pelik, menggembirakan anak adalah sangat mudah, tapi ada saja ibu bapa yang sering kali sibuk dengan urusan dunia dan lupa untuk menggembirakan hati anak-anak.

Hidup aku mungkin tidak mewah.

Tak ada emas permata yang aku dapat berikan pada Qalesya Alia. Satu hari nanti pun, aku tak tahu sama ada aku mampu untuk berikan dia sebiji kereta macam parents lain untuk kemudahan dia bergerak sana-sini.

Tapi apa yang aku sematkan dalam hati aku, selagi mampu, selagi ada nafas, buat Cha tersenyum adalah satu perkara yang akan aku usahakan.

Cha adalah anak yang sangat manja. Kadang-kadang terlepas marah aku pada dia. Dan malam hari, bila dia tidur sambil kaki atas perut atau kepala aku, aku mesti menangis. Aku menangis kenapalah aku kena marah dia, padahal dia hanya anak kecil yang sangat-sangat-sangat-sangat manja dan mahukan perhatian sahaja. Itu sahaja. Tapi aku yang terlalu pentingkan diri sendiri, selalu terlepas kawal, selalu terlepas tempias marah pada Cha.

Aku tak pernah sanggup tengok video anak-anak yang didera.

Aku tak pernah bayang macam mana ada yang sanggup mendera anak.

Aku yang terlepas marah pun, akan kembali menangis, pukul diri sendiri kerana marah Qalesya.

Aku pelik mana letak hati orang-orang yang mendera ni?

Nauzubillah.

Semoga orang-orang yang mendera ni, mendapat balasan yang setimpal.

Qalesya Alia adalah nafas aku, jiwa aku, nyawa aku. Selagi ada daya, kegembiraan dia adalah yang paling penting.


Wahai anak, jika satu hari nanti kamu sudah pandai membaca -- sila fahami, mami sayang kamu paling dalam. paling dalam. Faham?


muahs.

Nah tengok video Qalesya ni.

Heeee.













25 August 2013

Semenyih - Bangi - Putrajaya

Aku tinggal di Semenyih.
Hantar Cha ke Taska di Bangi.
Kerja di Putrajaya.

Macam itulah rutin aku pagi-pagi. Memang habis masa atas jalan saja.

Orang selalu tanya pada aku, kenapa hantar Cha di Bangi?
Kenapa tak Semenyih atau Putrajaya?

Pada aku, Semenyih memang tak pernah jadi pilihan aku pun.
Sebab dari Putrajaya nak sampai Semenyih memang makan masa sejam lebih kalau ambil kira kesesakan jalan raya. Jadi kalau aku keluar pejabat jam 6.30 petang, aku hanya akan dapat sampai ke Semenyih dalam jam 8.00 malam. Pada aku, di situ pun dah membazir masa dah. Pada aku, biarlah aku habis masa atas jalan sekalipun, asalkan aku dengan Cha. Duduk dalam jem, dengan adanya Cha -- tak pernah buat aku bosan. Sekurang-kurangnya aku terhibur dengan keletah dia. Sekurang-kurangnya aku dapat main dengan dia. Sekurang-kurangnya kami bersama-sama. Atas jalan pun, atas jalanlah kan. Janji dengan Cha. Mungkin sebab itu juga kot, dia memang teramat-amat-amat manja dengan aku -- fully attached. Sebab memang siang malam dengan aku saja. 

*bahagia*

Jadi, ada yang bertanya -- kenapa tak hantar di Taska kat Putrajaya saja. Lagi dapat lebih masa dengan Cha. 

Taska di Putrajaya??

Berpeluh. Dengar pun dah takut. Banyak sangat kes pengasuh dera budak di Taska kawasan Putrajaya. Lately -- lagi banyak. Takpelah, biarlah Cha di Bangi saja. Cha pun dari umur 9 bulan dah duduk di Taska Bangi tu. Sekarang umur dah hampir 3 tahun pun. Alhamdulillah takde pape. 


koleksi gambar - Cha tidur dalam kereta
ada yang masa nak ke pejabat
ada yang masa nak ke Teluk Intan (memandu seorang diri berteman Cha saja)
ada yang masa nak ambil ayah kat tempat kerja


Cuma akhir-akhir ni saja. Aku rasa ---- hmmm.... kita simpan dalam entri lain kalilah. Nanti aku kongsi ya.








12 May 2013

Sabtu dan Ahad. Hari mengemas rumah.

Hari Sabtu dan Ahad hari di mana kalian rasakan mahu mengemas rumah dannnnn mengharapkan agar rumah kalian kekal kemas begitu.

Mesti kita nak rumah yang kemas macam ini kan.



atau macam ini.



takpun begini. 




dan macam ini!!







Tapi, kalau kalian ada anak kecil, kalian mesti faham, keadaan tak akan kekal selama 5 saat sekalipun. Hahahaha.


That's the beauty of being a Mom.


Well, Happy mother's day to every mom in the world.


To Cha, mami will always love you.
I know you love me too dear.
The way you look at me.
The way you hold my hand when we are going to sleep.
Yes I know.
Thanks Cha dearie.



Okey. Ini rupa rumah mak sekarang ni. Hahaha.










hik hik.





07 January 2013

sabtu ahad yang awesome!

aku suka sabtu dan ahad. pada aku, hari sabtu dan ahad la aku boleh bergolek-golek dengan Cha. dan kalau dapat lebih sikit ialah hari di mana aku boleh bertemu ayah, emak dan adik-beradik aku yang lain. 

macam sabtu dan ahad lepas, walaupun dapat jumpa sekejap saja, tapi aku layankan juga, terus ke Teluk Intan untuk lepak (lepak tu!) bersama ayah, emak, puti, palom dan malom di rumah baru mereka dekat Taman Semesti.

palam tak dapat join sebab ada exam. takpe palam, nanti kita lepak bersama-sama lagi ya!

best.

best.

best.

nanti nak pergi Teluk Intan lagi, lepak rumah palom dan malom.

layan gambar nak?

hik hik.

ini masa kami baru sampai Teluk Intan, feeling tourist, jadi melawatlah Menara Condong, ikon Teluk Intan. kalau kau orang kata tak tahu pasal Menara Condong ni, baik pergi masuk longkang aje la. lagu Simetri tau saja siapa nyanyi, Menara Condong tak tahu. memang nak kena. hik hik.

budak baru bangun tidur.






ni waktu kami makan malam tu. tak dapat nak snap semua. lapor!



host kami malam itu.

esoknya, kami dari Teluk Intan pergi terus ke Ampang sebab nak hadiri kenduri kahwin rakan sepejabat. nasib baik sempat. hik hik hik.







malam, lepak rumah tengok Anugerah Juara Lagu ke 27. tapi masa ni tengah warming up. Cha pun baru bangun, so melayan dia tengok kartun dulu.




tengah topok-topok nak kasi tidur.

 :)





03 January 2013

3.1.13

semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013. tarikh semalam tak cantik, jadi tak rasa rugi sangat bila tak update. boleh? hahahaha. mengong di awal pagi. sila layan.

macam aku kata, semalam hari pertama kerja dalam bulan Januari 2013, bermula dengan baik. Alhamdulillah, hari pertama tanpa gagal, semua azam dapat dipenuhi. gila! itu baru sehari, aku tak boleh janji 362 hari yang mendatang hahahaha!

cuma Qalesya, dah menampakkan ciri-ciri anak tak sihat yang akan kembali batuk, selsema dan kahak. aku, bila Cha dah mula batuk, aku akan jadi takut, jadi fobia sebab dia memang tak tahan dengan batuk semua tu. bila dia batuk, dia akan start selsema, terus jadi kahak dan end up -- warded. kalau boleh, tahun ni, taknaklah masuk hospital lagi. kesian dekat dia. nak cucuk jarum, nak buat drip kat tangan dia adalah satu perkara yang sangat menyesakkan jiwa dan raga mana-mana mak pun. menangis sampai nak terkeluar anak tekak adalah perkara terakhir setiap mak dalam dunia ni nak tengok terjadi pada anak dia. jadi, kesimpulannya aku berdoa sangat-sangat, janganlah batuk dia melarat.

masalahnya, pagi tadi dia dah terjaga pukul 5 dan start batuk-batuk-batuk dan batuk. siap mengigau nangis segala. tapi tidur balik. aku rasa lega jugalah sebab dia masih mampu tidur walaupun batuk dan itu bermakna, batuk dia takdelah teruk mana sangat lagi.

cumanya, aku sebagai ibu yang bekerja, akan menghadapi dilema, anak atau kerja. kalau dia masuk hospital, dah tentu aku yang kena teman dia di hospital. maksudnya, tak masuk kerja. maksudnya, cuti. 

sesetengah orang tak faham perkara ini. ambil mudah. pandang senteng. macam kami emak-emak yang bekerja ni suka sangat dapat duduk hospital teman anak sakit.

o--hoi!

emak mana suka tengok anak sakit?
emak mana yang dapat 'bercuti' bila anak merengek siang malam kerana sakit?

tolong faham itu. tapi masalahnya, mereka tak faham. tak semua, tapi ada yang tak faham.

tapi kadang-kadang, ada juga yang memang sengaja tak masuk kerja dengan menggunakan alasan 'anak sakit'. o--hoi! aku memang takkan pernah guna alasan itu kalau nak memonteng sekali pun. setiap perkataan adalah doa. dan aku takkan pernah sekali mendoakan anak aku sakit. mintak simpang semua perkara tu. tapi itulah, ada saja yang begitu. ambil kesempatan. kadang-kadang, bila anak betul-betul sakit, kita dah tak boleh nak percaya dah.  betulkah anak itu sakit.

jadi, janganlah bermain-main dengan tahap kesihatan anak, atau sesiapa sekalipun. kesihatan sebenarnya anugerah Tuhan yang paling bermakna. kalau kau kaya, tapi kau sakit, tak guna juga. jadi, nampak tak sekarang, kesihatan tu, masyaAllah lagi penting.

jadi, aku doakan agar kita semua sentiasa sihat dan sejahtera. dapat bekerja dengan baik. dapat menjalankan tugas dengan kewajipan dengan bertanggungjawab. Ameen.

hari mula kerja dalam tahun 2013

baru jumpa effect 'panorama' dalam phone hahaha

test panorama lagi

cuma tengok kat diapers Cha, ada nama dia. ni mesti cikgu kat Taska punya kerja haha.

budak batuk pukul 5 pagi, Alhamdulillah masih nyenyak tidur masa nak hantar ke Taska pagi tadi.





01 January 2013

1.1.13

semua orang berlumba-lumba nak buat entri hari ini. maklumlah, hari pertama dalam tahun 2013. hari pertama dalam tahun yang baru. aku juga yang senyap dari pagi sampailah ke malam. cuma tadi encik suami tanya tak update apa-apa ke hari ni. eh, dia pula yang concern lebih. thanks sayang.

jadi, sebelum aku tidur, aku update la sikit kan.

hari ini memang aku tak bercadang nak buat apa-apa aktiviti pun. memang niat nak berehat, nak golek-golek dengan Cha saja. makanya tak keluar la kami dari pagi ke petang. yang Cha pula, taknak la dia tidur sekejap pun bila dia duduk dengan mami. mungkin dia pun rindu nak golek-golek dengan mami dia ni.

disebabkan kesian dia tak kemana, petang aku decide nak bawa dia keluar ambil ayah kat Mid Valley. at least, dapat juga dia naik kereta.

tapi, memandangkan dia tak tidur seharian, masuk saja kereta, hisap saja susu, terus selesai tidur. punyalah ngantuk anak dara mak seorang ni.

dan sepanjang jalan jugalah dia tidur, dah ambil ayah pun dia tidur, mami pergi beli makanan pun dia tidur, sampailah ke rumah balik. total, hampir 2 jam dia tidur.

disebabkan ini budak sudah tidur waktu maghrib, dia sudah meragam lebih. lepas makan tadi barulah oke sikit.

ni tengah risau sebab bibit-bibit tak sihat sudah menampakkan diri. ingat lagi tahun lepas, awal 2012, dia masuk hospital sebab bronkitis.

harap-harap tahun ni, no hospital ya anak.

gambar sepanjang hari ini. 1.1.13.

baru bangun tidur

lepas breakfast

lunch

tengok puss in boots

rindu opah mami. masak makanan macam dia selalu makan

Cha kacau mami lipat kain. pakai seluar dua lapis

masuk kereta terus tidur

sekian.



p.s.
selalu sakit sendi?
makan supplement ni.
whatsapp 0172350404 atau pergi facebook cari Pretty Qalesya.






10 December 2012

setiap orang ada sisi gedik masing-masing..

aku juga.

























































dan Cha bertanya..

















































fashionista seorang ni.

t-shirt putih scin-chan
jeans pekat






oke.
selamat bekerja.
jangan serius sangat lah!! :)




07 December 2012

bila wanita bertumit tinggi

Assalamualaikum semua.
hai semua.

dah hari Jumaat kita.
Sabtu hari dinanti.
Ahad, hari mengumpul semangat minggu baru.

hari ini, pakai baju hijau, sebab baru perasan ada tudung warna hijau yang tak pernah pakai lagi. hik hik.

baju hijau kosong dengan tudung bawal bercorak.
tangkap gambar dengan ada orang di belakang.
maaf, ai tak boleh tunggu sampai yu habis.
hik hik.


okey.
sekarang nak bercakap tentang wanita bertumit tinggi.
ai la tu?
hik hik. memang nama ai wanita, tapi ini secara keseluruhanlah ya.

aku memang suka pakai tumit tinggi.
bila aku pakai tumit tinggi, aku rasa:

1. yakin,
2. dah tentu rasa tinggi!!,
3. bila berjalan rasa macam model, tak bersepah-sepah,
4. rasa cantik (boleh?!)
5. hahahahahahahahahahahahahahahahaha!

okey, itu apa yang aku rasa dan aku pasti wanita-wanita lain di luar sana pun rasa begitu bila bertumit tinggi.

masalahnya, aku dah mula perlahan berkasut tinggi sejak aku mengandung dan terbawa-bawa bila nak mendukung anak, dan sampailah sekarang bila pinggang rasa sakit memanjang. memang aku dah mula berhenti sebenarnya. tapi, terpaksa pakai balik sebab selalu kena hadir mesyuarat penting. dulu aku lanyak juga pakai 'flat shoes', tapi macam aku cakap tadi, rasa tak yakin dan rasa kerdil saja. acewah.

'heels' kesayangan.
beli masa sales.
makanya, sekarang ini, penyelesaiannya dari 'carpark' pejabat ke pejabat, pakai tumit tinggi.
kalau duduk saja dalam bilik atau bergerak di sekitar radius bilik (fuiyo ayat!), pakai selipar.
kalau nak pergi toilet, tukar kasut senonoh sikit tapi tetap bukan 'heels'.
cuma bila nak pergi jumpa ketua jajahan, nak pergi jumpa tetamu, nak turun balik ke kereta, ya, situ aku pakai 'heels'.

kalau di luar pun, kalau kenduri baru pakai 'heels'.
kalau setakat nak tawaf satu Alamanda, Mines, KLCC atau lain-lain, jangan harap nampak aku pakai 'heels'.
sedangkan naik plane pakai 'slipper' kan!

selipar kesayangan.
burung marah.

okelah, untuk perkongsian bersama, meh ku tampal keburukan pakai 'heels'.
untuk peringatan bersama jek. hik hik.

sila baca. hik hik.


p.s.
ini budak main helmet semalam.
dah la pakai terbalik.
kenapa comel sangat budak!

nyawa





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...