Tabungan

28 November 2013

Hec--tic

Minta cuti hari ni, tapi tak dapat.
Maka jadual perlu dirombak semula.

Keluar rumah jam 7.15 pagi dengan Qalesya. Nazri tak kerja. Maka keluar berdua saja.

Pukul 7.45 pagi, sampai di Bangi -- taska Qalesya.

Pukul 8.10 pagi, sampai di pejabat.

Ready untuk pensijilan 5S di Tourism Malaysia. Alhamdulillah -- sijil menyusul. Tahniah orang kuat 5S!!

Jam 10.30 pagi, keluar pejabat nak balik rumah sebab nak hantar Nazri ke KL.

Sampai kat Semenyih jam 11.15 pagi. Kemas2, jam 11.30 pagi kami bertolak.

Salah jalan, pusing sana, undecided route, pung pang pung pang, sampai kat PNB DARBY PARK jam 12 lebih.

Salam2, peluk2, aku balik Putrajaya.

Singgah Dengkil, basuh kereta -- sampai pejabat jam 2.00 petang.

Disebankan nak cuti tapi tak dapat, boss bagi balik awal. Jadi jam 4.00 petang aku keluar pejabat.

Balik Bangi -- isi minyak, top up Touch N Go, ambil Qalesya.

Jam 5.00 petang dah ada atas SKVE menuju Ipoh.

Memandu berdua saja dengan Qalesya.
Qalesya baik....sangat....?

Sejam pertama dia diam saja. Tak buat apa pun. Siap mengelamun sambil belek kuku.

Sejam kedua dia minta nak tengok kartun. Buka kartun, senyap.....sampai Ipoh.

Hujan masa dalam perjalanan tadi.
Kadang2 hujan berhenti.
Kadang2 hujan lebat....sangat.
Kadang2 hujan rintik2.

Jam 7.30 malam, sampai Ipoh.

Alhamdulillah, selamat sampai.
Safe and sound.

Entah berapa banyak journey dah aku berdua saja dengan Qalesya.

Kami hebat ayah :)

Jangan risaukan kami.

Just enjoy yourself.

Sent from my iPhone

emosi terlebih

tadi, buat personaliti test.
dan seperti personaliti test yang lain, mesti ada terselit perkataan emosional dekat situ.

ah.
barangkali bukan perasaan aku semata-mata lagi.
dah sah-sah aku emosional.

sudah.
eja emosional ni pun aku tak tahu betul ke tidak.

haha.

haish -- entahlah.

haha.


27 November 2013

Apa itu Vivix - Shaklee

Ini adalah STICKY ENTRI. Sila scroll ke bawah untuk entri baru. Tapi luanglah sedikit masa untuk ketahui kebaikan Vivix untuk kesihatan anda. :)


Bulan lepas, bulan cantik.
Bulan ini bulan sihat.

Kenapa aku kata bulan sihat? Kerana promosi Shaklee untuk bulan ini ialah --- Vivix!!
Kenapa orang semua eksaited bila Vivix jadi star, masuk bulan promosi.
Sebab Vivix ni mahal.
Harga biasa di pasaran ialah RM475. Mahalkan? Mahallah, benda baik. Nanti aku ceritakan untuk apa ya.
Tapi yang pastinya sebab Vivix dah jadi star bulan ini, Vivix dah jadi jauh lebih murah! Nak tahu berapa -- sila Whatsapp atau PM aku. 
Harga menarik kena kongsi secara berdua-duaan. Barulah SUPRISE!! Haha.

Okeylah.
Dok gebang pasal Vivix, tapi Vivix tu apa sebenarnya?

Meh aku cerita :)



Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Ianya mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Biasanya Shaklee menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Bagaimana Vivix bertindak?

Vivix bertindak dalam 4 cara iaitu mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel, memperbaiki sel dan meningkatkan prestasi sel.

Apakah ramuan utama Vivix?

Ramuan utama Vivix terdiri dari European Elderberi, Polygonum Cuspidatum, Lobak Ungu dan yang paling istimewa sekali Anggur Muscadine.

Anggur Muscadine



Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi! Anggur Muscadine sesuai dengan iklim hangat & lembap. Berlainan dengan anggur jenis lain yang mahukan iklim dingin. Ia salah satu faktor kenapa anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah). Ia dikenali sebagai super grapes kerana saiznya yang besar selain kandungan nutrien yang lebih power dari anggur biasa. Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom namun Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang. Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid.


European Elderberi



Mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri atioksidan yang kuat, menyebabkan sistem imun yag lebih kukuh unuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Sangat kaya dengan sebatian yang dikenali anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang. Elderberi tidak hanya kaya dengan anti-oksidan tetapi juga vitamin A, B dan C serta nutrien seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin. Selain menguatkan sistem imunisasi bagi melawan virus dan flu, berkesan terhadap jangkitan asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes, ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung. Elderberi juga membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


Polygonum Cuspidatum



Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah. Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan bayak jenis perubatan tradisional Cina. Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol. Ujian tersebut mendapati resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan oleh tubuh.


Lobak Ungu



Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytkimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumaris dan sesquiterpenses. Mengandungi anthocyanins (menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran) yang juga sebagai antioksidan yang mustajab. Kajian menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Kesimpulannya: ----- :)

Anda perlu memilih Vivix kerana manfaatnya :

• Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan;
• Membantu peningkatan metabolisme;
• Membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular;
• Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah;
• Boleh membantu mencegah masalah jantung dan strok;
• Membantu badan mengekalkan sistem imun yang sihat;
• Satu antioksidan yang kuat yang membantu melawan radikal bebas berbahaya;
• Membantu mengurangkan keradangan;
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat dan
• Membantu menggalakkan paras gula darah yang sihat.


Siapa selebriti kita yang amalkan Vivix?

:) 



Ayu Raudhah dah mula minum Vivix Shaklee dari tahun 2011 lagi. :) Beliau pernah ceritakan tentang rahsia kecantikan dia ni dalam Harian Metro 2 Mei 2011 :)

Selain untuk kecantikan dalaman, Vivix juga dipercayai oleh pesakit-pesakit diabetes dan kanser bagi membantu melawan penyakit tersebut.

In sha Allah dalam entri akan datang, aku akan kongsikan pengalaman mereka ya :)



apa tunggu lagi.
bulan November saja Vivix boleh dapat murah.
Beli 6 percuma 1, percuma keahlian, percuma macam-macam!!
Tapi nak beli satu pun boleh, beli dua pun dah boleh dapat keahlian percuma.
Kalau jadi ahli, ada macam-macam benefit :)
Cubalah hehe.








Lumpuhkanlah ingatanku..



Lirik - Lumpuhkanlah ingatanku by Geisha

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci
Bertanya, cobalah bertanya pada semua
Di sini ku coba untuk bertahan
Ungkapkan semua yang ku rasakan
Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku
Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya
Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci
Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya
Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya
Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya
Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

25 November 2013

Lihatlah di sekeliling mu :)

Pagi tadi, bateri handphone lemah. Sangat lemah. Kes lupa nak caj la ni. Jadinya, aku tak dapat main game dan browse laman sosial macam biasa haha. Kalau tak memang aku menunduk tengok handset sajalah. Maklumlah, anak tidur, suami pula bawa kereta.

Tapi disebabkan bateri handphone lemah, aku pula entah kenapa malas nak caj handphone dalam kereta tadi, jadi aku pun simpan handphone dalam beg dan mula melihat kiri dan kanan aku.

Macam-macam gelagat.
Hahaha.

Ada satu kereta tu, aku tengok dia bercakap sorang2. Entahlah. Sorang2 ke, handsfree ke, entahlah. Tapi nampaklah dia membebel hehe.

Ada satu kereta tu, aku tengok dia tekun sangat bawa kereta -- fokus -- badan pun kalau boleh nak lekat ke stereng.

Dah bosan tengok kat luar tingkap, aku tengok pula laki aku yang tengah bawa kereta ni. Barulah aku sedar -- aku selama ni biar dia bosan bawa kereta sorang2. Haha.

Dan tadi aku terjumpa pula video ni.


Hmm. Memang terkenalah aku!!




24 November 2013

Malu belajar agama

Setiap kali aku solat, aku akan terfikir (nampak sangat tak kusyuk -- kan?) sama ada solat aku itu sempurna ataupun tidak. Betulkah rukuk aku? Betulkah sujud aku? Sempurnakah duduk antara dua sujud aku? Banyak betul soalan haha.

Berapa ramai di antara kita yang betul2 yakin bahawa solat kita itu sah? Berapa ramai di antara kita yang yakin bahawa solat kita itu sempurna?

Aku pernah terbaca -- tak ingat dimana -- tak ingat sama ada dia hadis atau riwayat -- entah, tak ingat. Yang aku faham dari bacaan aku itu, kalau solat itu tidak sempurna, solat itu akan naik ke 'atas' seperti asap hitam. Dan sekiranya solat itu sempurna, ia akan 'naik' ke 'atas' seperti asap putih. Kalau hitam maknanya sia-sialah, putih bermanfaatlah -- itu kesimpulannya.

Lagipun, solat yang sempurna itu adalah tiang agama yakni dapat menghindar kita dari melakukan perkara tidak baik. Macam satu rumah, adanya tiang2 yang kuat, kan ke kukuh? Macam itu jugalah perumpamaan untuk orang yang melakukan solat yang sempurna. Kenapa kita tengok, masih ada yang melakukan maksiat, kejahatan, walaupun orang itu rajin bersolat? Mesti ada sesuatu yang tak kena -- kan?

Bila bercakap tentang solat, aku teringat masa aku darjah 6. Masa tu dah habis UPSR. Tak ada apa nak buat di sekolah. Jadi ada seorang Ustazah ni offer untuk ajar solat pada murid2. Aku boleh solat. Mami dah ajar aku (takkan la mak tak ajar kan?), tapi aku niat nak perbaiki solat aku, nak bersolat dengan cara yang betul, jadi aku tanya mak aku boleh tak aku balik lambat sebab nak belajar solat? Mak aku oke jer.

Jadi aku pun daftarlah nama pada Ustazah tersebut. Satu yang buat aku terkejut masa aku daftar nama tu, Ustazah tu seakan-akan memandang rendah (hina) pada aku macam seolah-olah aku tak tahu solat! Dia punya muka masa tu -- sedihnya bila aku ingat balik. Aku rasa bersalah pula sebab nak belajar solat!

Dan yang paling buat aku malu sampai sekarang, dia announce dalam kelas, ada seorang budak yang minta dia ajar solat, sambil mata pandang aku -- dan masa tu semua budak dalam kelas dah start pandang aku sambil bisik2, kawan sebelah aku siap tanya -- ko ke yang nak belajar sembahyang tu? Aku jawab -- ya. Dan kawan aku senyum sinis sambil geleng kepala.

Haha.

Nak belajar solat pun kena perli -- kan?

Tapi tak apalah, itu darjah 6, budak2 lagi.

Hehe.

Kesimpulannya, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Takyah nak malu sangatlah kan. Belajar untuk jadi lebih baik.

InshaAllah.

P.s--
Tengah nak siapkan entri birthday Qalesya tapi tertangguh sebab tengah edit gambar.
Sorry. Lambat sikit deh :)

Sent from my iPhone

15 November 2013

15 November 2010 -- 3 tahun yang lalu

14 November 2010, 3 tahun yang lepas, aku bermalam di Hotel Flamingo Ampang kerana Nazri ada kerja di situ. Kebetulan, 15 November 2010, aku ada check-up untuk minggu ke 38 kandungan aku tu. Memang dekat Ampang Puteri dan Flamingo (walking distance) saja. Aku siap gurau dengan Nazri, kalau tetiba rasa nak bersalin, dan Nazri pula ada kerja, jangan risau, aku boleh berjalan saja ke sana. Konon. Haha.

Jadi pagi 15 November tu, lepas Nazri habis kerja dia dekat hotel tu, kami terus ke Ampang Puteri.

Memang doktor dah pesan pada kami, kalau tekanan darah aku masih tinggi, dia nasihatkan untuk induce sahaja memandangkan kandungan aku pun dah masuk minggu yang ke 38. Memang sejak akhir-akhir tu, tekanan darah aku naik which is tak elok untuk baby. Jadi, check-up kali tu sebenarnya mendebarkan kami.

Pagi tu pula, sementara menunggu Nazri, aku perhati baby tak bergerak-gerak. Selalunya subuh dah bergerak, dah buat senaman, dah buat aku senak la pendek kata hee. Tapi pagi tu senyap. Aku dah risau sebenarnya.

Sampailah tengahari kami nak pi check-up tu, baby dah menendang. Baru bangun rupanya.

Masa kami menunggu giliran, pun menendang-nendang lagi hee. Tak menyabor nak jumpa doktor.

Bila kami dah masuk bilik doktor, doktor terus check tekanan. Pastu dia cakap -- 'okey, tekanan masih tinggi, sekarang masuk ward, kita induce, petang dapat anak'.

Aku dah terlopong.
Nazri lagilah.
Tak dapat nak bayang muka dia hahaha, mesti nak tergelak haha.

Pastu bila tengok muka kami macam tu, doktor gelak dan dia cakap, 'okey takpe, cepat sangat ya? Macam ni, balik dulu, rehat, tenangkan fikiran, malam nanti jam 12 check-in. Jam 4 pagi kita masuk ubat, jam 10 kita dapat baby'.

Nampak tak ayat dia -- KITA.


Haha. Baik la sangat doktor ni.

So kami pun balik, aku pun makan sepuas-puasnya -- maklumlah nak pantangkan.

Aku ingat lagi malam tu. Kami pi makan A&W, pergi Tesco beli bedung anak (baru perasan tak pernah beli) dan pergi jumpa mak Nazri untuk ambil air selusuh.

Jam 12 malam, kami laki bini dah ready check in hospital dengan beg berendeh-rendeh hahaha.

Jam 4 pagi, nurse gerak untuk masukkan ubat.

Pastu kami tidur semula.







Okela nak tidur.


Ngantuk.

Esok 16.11.2013 sambung kisah 16.11.2010 :)

To be continued.




Sent from my iPhone

11 November 2013

Kena bagi IC

Pagi tadi, check in ke hotel sebab ada kursus 2 hari 1 malam. Lepas Nazri drop aku depan lobi, tukang angkat beg pun datang dan ambil beg aku. Jadi aku terus pergi ke kaunter hotel untuk check in.

Sampai ke kaunter, aku terus minta cek-kan nama aku.

A - Check in ya.

K - Nama puan?

A - Wanita.

K - Eja?

A - W.A.N.I.T.A. Wanita.

K - Boleh bagi nama Puan?

A - Miss, my name is Wanita.

K - Boleh bagi IC, senang kami nak cari nama ikut ejaan di IC.

A - (aku dah la lambat..tak percaya nama aku Wanita) This is my IC. Thanks!

K - (lepas tengok IC aku) Madam I'm sorry. I'm so sorry.

A - Yes, my name is Wanita. Am not joking about it.


Thanks ayah -- bagi nama special. I love you :)

Sent from my iPhone

10 November 2013

Tips : Tidur lena bagaikan bayi

Acewah. Tajuk tak pernah kalah. Haha.
Lagipun, bayi jarang tidur lena -- kan. Mesti nak bangun tidur malam minta susu kan? Gtewww.

Okey.

Aku ni dah tua. Tambahan pula sejak bersalin banyak sangat urat yang putus haha. Salah pantang ke? Entah le. Hehe.

Jadi aku sebelum tidur, memang aku akan minum susu. Buat orang tua macam aku ni ha -- haruslah susu Anlene yang jadi pilihan hehe.


Selain dari susu Anlene, aku amalkan pengambilan supplemen kalsium. Pilihan aku dah tentulah Ostematrix Shaklee :)


Kenapa Ostematrix Shaklee?

Kerana :-

Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.

OsteMatrix membekalkan:
1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


Sambil tidur, sambil supplemen ni bekerja hehe.




Nak tahu lebih lanjut.
Halo halo saya :)




Saman menyaman

Hari ini, selain daripada kecoh tentang pembunuh pegawai AMBANK yang berjaya ditangkap, turut menjadi berita sensasi ialah tentang Rebecca Nur Islam yang menang kes saman terhadap Erma Fatima.

Khabarnya tentang bayaran drama Dejavu di Kinabalu.

Aku ni tak ikut sangat drama melayu, kali terakhir drama melayu yang aku ikut ialah Adam dan Hawa (owh Aaron...).

Jadi tadi cubalah meng-google drama ni. Rupa-rupanya drama yang dibintangi oleh Tiz Zaqiyah dan Aqasha tu. Pasal pindah2 jantung ni hee.

Aku tak tengok drama tu, dah tentulah aku tak pernah tengok si Rebecca ni.

Tapi khabarnya -- watak si Rebecca ni dimatikan di tengah-tengah drama sebab tahap displin yang teruk. Jadi bayaran sampai episod yang dia berlakon sajalah. Namun ---- Rebecca ni menuntut bayaran penuh.


Hmm.


Kalau aku pun, aku akan bayar sampai mana dia berlakon sajalah.

Dan kalau aku jadi Rebecca, aku hanya menuntut bayaran yang sepatutnya sajalah.

Tapi dalam hal ni, haish -- entahlah.

Masalah dia orang.

Dah selesai dah pun haha.



Sent from my iPhone

Terlebih manja

Orang kata, kalau anak kita makin manja, maknanya kita ni mengandung.



Cha sekarang terlebih manja.
Tak nak berenggang langsung. Diulang -- LANGSUNG!
Tengok TV, nak berbantal peha.
Tidur malam, nak mengusap muka.
Nak masuk tidur, nak berdukung beria.


Fuh manja.



Badan pula dah rasa sakit-sakit. Semalam rasa penat sangat padahal tak buat apa pun.




Mengandung kot?




Maka aku eksaited suruh Nazri pergi beli pregnancy test.




Hasilnya -- negatif oi!



Haha. Ni namanya sindrom perasan mengandung.


Dah! Nak bersiap tengok Walking Dead!

Nak bersiap beg, esok sampai Selasa kursus lagi!




Sent from my iPhone

08 November 2013

Frustration


aku ada satu perangai. bila aku susah hati, aku mahu bersendiri.
pernah dulu, masa belum kahwin, bila aku bergaduh dengan Nazri, aku akan ke KLIA.
lepak sana, duduk sorang-sorang.
pernah aku pergi -- malam.
dan aku duduk dekat kawasan yang dapat lihat kapal terbang berlepas dan mendarat tu.
tapi waktu tu malam, apa sangatlah yang boleh dilihat.
tapi aku dapati, situasi itu mendamaikan aku.

aku baru saja menyambut birthday aku yang ke 31.
dah 31 tahun aku hidup.
there is a lot of frustration happened in my life.
tapi aku simpan dan jarang aku luahkan.

ada sesetengah benda, kita memang tak suka nak kongsi dengan orang.
sama juga -- ada benda yang kita tak boleh kongsi dengan semua orang.

*hembus nafas*

aku punya banyak masalah.
aku tak punya banyak masa nak fikir masalah yang remeh temeh.

*hembus nafas*

kenapa aku kena jaga hati semua orang, walhal tak ada orang nak peduli tentang hati aku.

benar.

tak semua orang boleh kita anggap kawan.

kawan.
teman.
sahabat.

semua itu ada istilah sendiri.

cuma kita saja tahu, siapa yang benar-benar kawan.

i am so in the mode of frustration.

Tuhan.
cepatlah pukul 5.30 petang.
saya mahu ketemu ibu saya.




07 November 2013

Pertama Kali Cha Naik Train

Ini cerita Sabtu lepas. Dah tulis dalam handphone, tapi malangnya berat sangat sebab banyak gambar maka tak ter-upload ke blog ni.

Tapi takpe, sebab nak kongsi juga gambar-gambar yang ada, maka gigih aku buat satu lagi entri. Cuma ianya agak ringkas berbanding yang aku dah mengomel sebelum ini. cis.

Jadi kita bercerita dengan gambar sajalah hehe.

Sabtu lepas adalah Hari Diwali. Makanya, kami bajet mesti ramai orang akan keluar beraya. Tambah pula kami nak ke Mid Valley. Ada urusan kat sana. Nanti entri lain aku cerita pula urusan tersebut. Hari ni nak cerita pasal Cha naik train buat pertama kalinya saja hehe. Owh, disebabkan kami bajet pasti ada ramai orang nak beraya, kami decided untuk naik train. Lagipun Cha tak pernah naik train. Aku pun dah laaaaaamaaaaa tak naik train juga-nya-pun!

Masa kami turun dari kereta, Cha memanglah tak ada idea kenapa -- kan. Tapi bila kami dah start tunggu dan tunggu dan tunggu, dia dah makin eksaited hehe.







Seronok dia berjalan dengan ayah dia. Masalahnya kami dok seriau tengok dia berlari-lari, takut terjatuh dalam landasan hehe.




Berjaya pujuk dia untuk duduk dan tangkap gambar bersama hehe.


Lepas tu, train pun sampai. Masa train lalu depan dia, Cha agak terkejut. Ternganga aje. Silap tak tangkap gambar dia hehehe. Masa tunggu nak masuk train, sempat lagi suruh Cha bergaya, padahal mata dia dah kat train dah hehehe.





Masa dalam train, memang nampak sangat Cha seronok. setiap kali ada announcement, dia menjerit hahaha.
Tengok bila dia tangkap gambar, amboi eksaited!






Sebagai parent, bila anak gembira, kita akan bertambah-tambah gembira. Sangat pelik, menggembirakan anak adalah sangat mudah, tapi ada saja ibu bapa yang sering kali sibuk dengan urusan dunia dan lupa untuk menggembirakan hati anak-anak.

Hidup aku mungkin tidak mewah.

Tak ada emas permata yang aku dapat berikan pada Qalesya Alia. Satu hari nanti pun, aku tak tahu sama ada aku mampu untuk berikan dia sebiji kereta macam parents lain untuk kemudahan dia bergerak sana-sini.

Tapi apa yang aku sematkan dalam hati aku, selagi mampu, selagi ada nafas, buat Cha tersenyum adalah satu perkara yang akan aku usahakan.

Cha adalah anak yang sangat manja. Kadang-kadang terlepas marah aku pada dia. Dan malam hari, bila dia tidur sambil kaki atas perut atau kepala aku, aku mesti menangis. Aku menangis kenapalah aku kena marah dia, padahal dia hanya anak kecil yang sangat-sangat-sangat-sangat manja dan mahukan perhatian sahaja. Itu sahaja. Tapi aku yang terlalu pentingkan diri sendiri, selalu terlepas kawal, selalu terlepas tempias marah pada Cha.

Aku tak pernah sanggup tengok video anak-anak yang didera.

Aku tak pernah bayang macam mana ada yang sanggup mendera anak.

Aku yang terlepas marah pun, akan kembali menangis, pukul diri sendiri kerana marah Qalesya.

Aku pelik mana letak hati orang-orang yang mendera ni?

Nauzubillah.

Semoga orang-orang yang mendera ni, mendapat balasan yang setimpal.

Qalesya Alia adalah nafas aku, jiwa aku, nyawa aku. Selagi ada daya, kegembiraan dia adalah yang paling penting.


Wahai anak, jika satu hari nanti kamu sudah pandai membaca -- sila fahami, mami sayang kamu paling dalam. paling dalam. Faham?


muahs.

Nah tengok video Qalesya ni.

Heeee.













05 November 2013

Baju Baru di Prettyqalesya.com :)






RM89
tidak termasuk caj pos.

Free Saiz S-M

:)

Happy Shopping Peeps :)

prettyqalesya.com
whatsapp 017-2350404

03 November 2013

Kepercayaan yang semakin hari semakin 'rare'

Makin lama, makin susah nak percaya pada orang. Kadang-kadang, nak percaya pada kawan sendiri pun susah. Nak tahu mana kawan, mana lawan pun makin payah.

Depan kita, kemain menyokong. Belakang kita, rupanya bersorak dan cerita kita dijaja.

Haish.

Susahnya. Kalaulah hati orang tu senang nak dibaca -- kan?

Aku banyak kali terkena.... Bercerita tentang resah hati, kononnya pada orang yang kita percaya, tapi rupanya dibelakang kita, disokongnya orang berlawanan. Beria-ia kata, bahawa sekiranya ada masalah boleh dikongsi bersama, tapi rupanya bukan kongsi berdua, tapi beramai-ramai pula.

Haish.


Itu tentang kawan. Kawan pun susah kita nak percaya, macam mana pula dengan orang yang totally bukan dalam lingkungan kita-kita.

Macam contoh ----- pengasuh...

Makin hari, makin banyak penderaan di tempat asuhan kanak-kanak yang terbongkar. Luluh rasa hati, tengok anak yang tak berdaya ditendang, dipukul, ditampar hanya kerana tidak mematuhi arahan. GILA? Tak mungkin. Kalau tidak takkan ada otak nak buka tempat asuhan kanak-kanak.

Berbalik pada percaya --- kami ibu bapa setiap hari menghantar anak-anak dengan penuh rasa hormat dan percaya bahawa pengasuh-pengasuh ini akan menjaga dengan baik. Tak apalah kalau tak ada rasa sayang sekalipun, cuma sedikit keikhlasan dan kejujuran pun dah cukup.

Handle with care. Takkan nak letak tanda tu pada dahi anak-anak. Takkan tak faham?

Kami, ibu bapa bekerja, hantar anak ke taska seawal umur mereka 3 bulan. Sayu tahu, letak anak di bilik mereka, tengok mata mereka macam seakan-akan kata 'mami please don't go'.

Dalam hal ini, ada macam-macam pendapat.

Macam biasa, ada mulut-mulut bijak berkata -- dah takut sangat anak kena dera, jagalah sendiri anak tu, pastu nak bising pengasuh jahat.

Halahai.

Aku, kalau mampu, memang tak hantar anak ke sana. Memang sanggup 24/7 dengan anak saja. Tapi setiap orang ada kekangan masing-masing. Rezeki orang berbeza-beza Tuhan bagi. Kalaulah sama, memang tak adalah rezeki orang nak buka taska. Hidup ini berputar. Kami bayar yuran. Pengasuh terima bayaran atas khidmatnya. Itupun rezeki juga. Masalahnya kenapa rezeki yang halal tu dicacatkan dengan perkhidmatan yang tidak jujur?

Maka ia berbalik kepada -- kepercayaan.

Kepercayaan dah menjadi sesuatu yang amat rare sekarang ini.

Trust is rare.


Nota Kaki Shaklee:
Bulan ini bulan VIVIX.
Apa itu VIVIX, boleh PM atau Whatsapp 0172350404 :)

Sent from my iPhone

02 November 2013

Pelbagaikan Shaklee anda : ESP dan Pisang??

Petang tadi, aku janji nak kongsi resepi kegemaran Nazri bila dia nak minum ESP.

ESP ni, kalau tak betul gaya, memang hilang mood nak minum. Tapi kalau betul gaya, kalian akan rasa nak minum ESP ni tiap-tiap hari yang mana -- ianya sangat digalakkan!

Aku bernasib baik kerana Nazri sangat-sangat menyokong usaha aku dalam Shaklee. Sanggup jadi testimoni tak berbayar aku. Dan malam ni aku paksa dia buat ESP dengan Pisang pun dia sanggup hehe. Siap ready untuk shoot video. Padahal aku nak tangkap gambar saja hehe.

Okey -- mari kita mulakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

















Cara-caranya.

Masukkan ais ke dalam pengisar. Kemudian potong pisang kecil-kecil dan masukkan dalam pengisar juga. kalau nak masuk dalam mulut sikit apa salahnye.





Masukkan milo. Masukkan ESP. Pendek kata campurkan semuanya.




Kemudian kisarkan sajalah :)




dah siap!!!



Muka orang menikmati ESP Banananananaaaaaa :)



Mesti kalian tertanya-tanya. Apa sebenarnya ESP ni. Kenapa ramai orang bercakap tentang ESP. Meh aku cerita sikit secara ringkas melalui gambar kat bawah ni :)

UNTUK LEBIH JELAS SILA KLIK GAMBAR :)


Ada orang pernah cakap dengan aku, kalau dah satu canister ni boleh cover semua, tutuplah hospital.

:) Tuan-tuan dan puan-puan. Sakit, ajal semuanya dalam tangan Tuhan. Kita berusaha untuk terus kekal sihat dan segar. Kalau dah ada supplement yang boleh membantu untuk kekal sihat dan segar, apa salahnye kan :)

Jadi, kalau rasa nak cuba, bolehlah PM dan Whatsapp kita :)

Makin ramai yang mengamalkan Shaklee dalam gaya hidup kita yang semakin sibuk ni. Kalau nak free consultation -- PM dan Whatsapp kita seperti nombor yang tertera tu :)



Happy Shaklee All :)




Bila pintu bilik terkunci di petang Jumaat

Semalam (Jumaat) pergi kerja dengan Nazri. Jadinya, kena tunggu dia habis kerja baru boleh balik. Masa tu dah jam 6.15 petang. Tiba-tiba rasa nak terkencing, jadi teruslah pergi ke tandas. Masa nak pergi tandas, memang dah perasan, roommate aku tak ada di tempat. Aku terfikir, nanti dia kunci pula bilik sebab ingat aku dah balik. Pastu aku fikir balik, meja aku pun berselerak lagi, handphone, beg tangan semua atas meja lagi, dia mesti ingat aku ada lagi ni. Jadi aku terus aje la ke tandas.

Balik dari tandas, aku tengok kawan aku tak balik lagi, jadi aku singgah tempat dia bersembang kejap. Lepas tu aku terus balik bilik. Masa tu, aku mula panik! Pintu aku dah bertutup. Pintu aku dah berkunci! Dang!!

Aku cepat-cepat pergi bilik kawan aku tadi pinjam telefon untuk telefon Nazri bagitau yang pintu aku dah terkunci dan semua barang masih dalam bilik.

Handphone dah la tak ada, nak telefon roommate tak ingat number. Nasib baik kawan aku ada nombor roommate tu. Call-call tak angkat. Call lagi tak angkat. Dah angkat, dia jerit aje, dia atas motor. Kami tunggu mesej dia, tak balas-balas.

Aku pesan pada kawan aku, jangan balik selagi aku tak masuk bilik. Bayangkanlah, jam dah dekat pukul 7, hari makin gelap, naya aku tunggu sorang-sorang.

Aku pusing level untuk tengok siapa lagi ada. Kebetulan aku dapat jumpa Kak Ha, Ketua Unit Pentadbiran. Aku terus tanya pada dia, dia ada pegang kunci bilik pegawai tak. Dia kata tak ada, semua kunci anak buah dia yang pegang. Dush!!

Dia tolong telefon roommate aku lagi. Kali ni roommate aku angkat. Dia kata dia dah ada kat UPM. Dah masuk kelas. Ok GREAT!

Kak Ha tolong marah roommate aku haha. Kak Ha kata kenapa tak cek habis-habis sebelum kunci bilik. Beg handphone semua atas meja lagi, kata Kak Ha. Penyudahnya, roommate aku suruh ambil kunci dia kat rumah dia di Desa Pinggiran Putra. Dia dah drop pada isteri dia sebelum dia pergi kelas tadi.

Nasib baik aku biasa dengan tempat tu. Sementara tunggu roommate aku hantar alamat, Kak Ha telefon pada penjaga bangunan supaya tunggu aku sampai aku dapat masuk bilik segala. Nasib baik kawan dengan orang besar haha. Senang dia bagi arahan aje. Terima kasih Kak Ha -- you are the best.

Bila dah dapat alamat, aku terus pergi pada kawan yang aku jumpa tadi bagitahu yang aku nak ke rumah roommate tu sekejap untuk ambil kunci dari isterinya. Pastu aku pergi jumpa Nazri untuk ambil kunci kereta. Time tu dah dekat nak maghrib. Kebetulan Abang Lan (kawan yang sama letak anak di taska) ada, jadi aku minta pula nombor telefon taska dan telefon Tikah bagitahu yang aku lambat sebab pintu bilik aku terkunci. Nasib baik diaorang tak balik kampung atau ada plan malam tu, jadi diaorang kata takde masalah nak tunggu Cha lama sikit (cuma bayarla kan).

Aku terus pecut pergi ke rumah roommate tu. Siap pasang lagu KRU sebab nak ambil mood bawa kereta laju (hahahahaha ya -- KRU is my men!!)

Aku sampai saja rumah roommate (luckily senang sangat nak cari) aku terus call wife dia. Sambil minta maaf berkali-kali sebab kacau waktu maghrib orang heee. Dapat saja kunci, terus balik pejabat. Sampai tingkat 9, telefon penjaga bangunan minta dia buka kan pintu bahagian sebab aku tak ada kad access (semua dalam bilik--kan) hehe.

Dapat saja masuk bilik, terus telefon Nazri, terus telefon kawan aku tadi, terus mesej roommate -- untuk bagitahu dah settle. Aku settlekan apa yang patut, dan bersiap ke pejabat Nazri untuk balik sama. Owh lupa nak cerita, masa aku nak pergi rumah roommate tu, aku pinjam handphone Nazri. Jadi semasa aku berkemas nak keluar bilik, tiba-tiba handphone Nazri berbunyi. Aku tengok dekat handphone dia tertulis Ms.Wanita. Aku la tu! Handphone aku, elok dah berkunci -- tapi.... Okey, time to get out from that room!

Masa aku keluar, aku kunci pintu, tiba-tiba aku terdengar bunyi dari pintu bilik sebelah, macam ada orang baru tutup pintu -- padahal, orang bilik sebelah mana ada datang kerja -- dia cuti Haji.

Hmm........

Okey.........

Babai!!

Sent from my iPhone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...