Tabungan

28 August 2009

...takde air..



1. aku tinggal di flat..

sebagai seorang yang baru sahaja memulakan hidup berkeluarga..sesungguhnya aku dan suami menyewa di flat..tambahan pula..tahun depan aku akan berpindah ke putrajaya..maka tiada perancangan untuk membeli hartanah di kawasan KL dan Selangor..


2. aku bukan tinggal di rumah teres..
sebagai penghuni flat dan bukan penghuni rumah teres..maka pembahagian air tidak aku fahami..yelah..kalu rumah sebijik2..haruslah faham kan..takdo air maknonyo tak bayar air..
tetapi kalu tinggal di flat..apa permasalahannya yang sebenar??seingat aku,aku tak pernah miss bayar bil air..bil air bukannya mahal..paling tinggi aku bayar RM18 sahaja..mana mungkin aku terlepas bayar..


3. takdo air..
bukan sehari dua..tetapi aku mula menyedari masalah ini sejak 2,3 minggu yang lalu..air yang mengalir dari paip2 di rumah kecil ku ini semakin mengecil kuantitinya..semakin perlahan alirannya..semakin menyusahkan isi rumah ini untuk menjalankan aktiviti seharian..kalau dulu membasuh (washing machine) memakan masa lebih kurang 40minit..kini telah bertambah menjadi lebih kurang 1jam lebih..
kesan ~ of coz bil api..penggunaan mesin basuh dalam masa yang lama meningkatkan pembayaran bil api rumah kecil ini..kesan ~ money beb money..nak bayar bil yang melambung adalah duit..

4. pentadbiran..
umum,penghuni flat ini sudah sedia maklum bahawa maintenance air telah diambil alih oleh syarikat lain..maka aku tidak tahu sama ada perkara ini berhubung kait dengan masalah air di flat ini ataupun tidak..cuma perubahan ketara yang aku nampak ialah,sejak pengalihan kuasa tersebutlah bermulanya era zaman 'kejap ada air kejap takde air'..apakah sebenarnya yang berlaku wahai syarikat maintenance..jangan kata tak bayar bil..aku menanti setiap hari bil dari kalian..tapi takdo pun dalam peti surat rumah kecil ku ini..
janganlah hanya kerana kami tinggal di flat..kebajikan kami tidak dijaga..
atau mungkinkah ada masalah dalaman dalam syarikat tersebut..inilah masalahnyer bila syarikat kecil menjaga flat murah..mungkinkah mereka mengambil mudah..mungkinkah mereka tidak peka dengan kebajikan penghun2 disini..apa mereka beranggapan semua yang duduk di flat,tiada otak?tidak mahu bersuara?
no no no no..nanti....nanti......sat lagi aku serang kalian...

5. kesan kepada penghuni..
halooooo..kami mahu mandi..kami mahu pergi kerja..kami mahu masak..kami mahu membasuh..
air merupakan sumber utama yang menjadi penggerak aktiviti sehari harian..
kalu tak mandi..tak gi kerja..
kalu tak gi kerja..kerja tak jalan..
kalu kerja tak jalan..camner nak capai tahap produktiviti yang tinggi..

oke..
kalu tak mandi..gi kerja jugak..
tapi kalu g kerja dengan badan yang tak segar..
kerja kita tu berkualiti ker?
again..camner nak capai tahap produktiviti yang tinggi..

6. keadaan semasa dan kes2 terdahulu..
kalu dulu tgk dalam tv..orang marah takdo air..meluahkan perasaan kat tv..ramai2 pakat usung baldi cari air kat mana2 yang ada..
kalu dulu..aku akan cakap dalam hati.."ala kecoh..gi la mandi kat umah sedara ker..mandi sungai ker..beli air botol ker"..
dan kini terkena kat batang idung sendiri..
susah wehhh..

7. kesimpulan?
skarang kat dapur..pinggan mangkuk melambak tak basuh..
nasib baik baju sempat basuh..
nak mandi pun kena sikit2 pakai air..
kalu tak, tak mandi lak suami dan adik aku tuh..

p/s ~ masuk lambat ke opis ari nih...
mahu pergi ke opis maintenance tersebut dahulu..
mahu memastikan mengapa kemudahan air di flat ini semakin hari semakin teruk..
tak salahkan aku bertanya..
aku bayar kottt....


27 August 2009

..jangan bosan oke..ni TaG lagi..^_^

cik cookie kata aku dah di tag lama dah..
maka dengan seronoknya aku ke blog cik cookie..
byk tag..
tapi tag yang ni,cik cookie kata beliau tag semua follower beliau..
aku follower beliau..
maka aku layak wat TAG tersebut kan tehehehehe......

^_^

TAG 1:

1. Nama kawan rapat sewaktu kecil..
kawan paling rapat n still kawan ialah Nor Azleen Ahmad Zakri..aku panggil dia leen :)
very nice friend..sayang sangat dia..

2. Permainan masa kecil yang masih diingati..
Batu Seremban heeeee.....
bila cikgu takdo ajo,mula la masing2 kuar batu seremban..pastu sentap sebab aku lagi terror hahahaah....kalu diingat balik kelakar kan..pasai kalah batu seremban pun nak sentap heee..

3. Kalu gaduh, apakah kata2 yang anda nyatakan kepada mereka?
"taknak la kawan korang..ngada2"
hahahahaahahha....bebudak normal la kan heeee...

4. kawasan mana jadi tempat feveret main..
depan umah aje,sebab dulu umah aku ade pokok ceri..leh panjat2 n makan2 hehehehe..

5. apakah cita2 masa kecil..
apa lagi..DOKTOR la hahahhaaha...

6. kartun atau rancangan tv kegemaran masa kecik...
SURIA PERKASA HITAM...sangat minat itu Kotaro Minami............nak BF cam dia.....masa dedulu la..sekarang aku dah kawin...TEEETTTTTTTTTTTTT.....hahahaha..
7. Makanan ringan borong kat kedai..
super ring.....dari dulu sampe sekarang heeeeee....

8. seorang rakan kanak2 yang teringin sangat nak jumpa sekarang..
hmmm.....takdo la...tak ingat sangat......boleh ker?? *_*

9. gelaran masa kecik??
takdo gelaran....semua panggil ita ajer heee..

10. rakan blogger yang anda ingin tahu zaman kanak2 nyer...
hmmmmmmm........
semua follower leh tak..aku suka baca kisah orang..setiap kisah itu unik... ^_^


TAG 2:

1. berapa umur anda?
2009 - 1982 = 27 heee..
*kantoi lagi tua dari cookie....sapo lagi yang aku dah secara tak malu panggil kakak atau abang sila mengaku cepat heee...

2. berasal..
perak darul ridzuan *ipoh mali talak sombong.. ^_^
3. berapa adik bberadik? anak ke berapa? berapa laki berapa perempuan?
kiter ada 9 adik beradik..anak ke 7..ada 7 laki dan 2 perempuan..

4. sekolah terakhir?
SMK Kg. Pasir Puteh Ipoh... sayang sekolah tu..byk kenangan..

5. kali terakhir potong rambut..
kalu tak silap bulan 6 yang lepas...bagus soklan nih..heee...baru teringat dah lama tak potong rambut hee..

6. pakai shampoo apa?
sunsilk............

7. gemar menjahit...?kalu tak nyatakan sebab....
aku tak suke menjahit oke......sebab masa dulu cikgu KH sangat garang..membantut perasaan untuk menjadi tukang jahit yang berjaya..terima kasih cikgu...*_*

8. jika duduk rumah adakah anda suka menghias diri?
lor duk umah tak sape tenok hee..takyah makeup...

9. kerja rumah yang paling malas anda wat?
mcm cookie gak..
lipat kain...sangat malas tau....kalu ada mesin lipat baju...aku sanggup wat loan untuk beli hhahahahaahah..

10. 5 kenangan manis....
tricky ihiksssss....tp oke jawab aje la...kenangan manis kan..wat per nak malu....

1. best student PMR..

2. jadi pendebat paling muda dalam team debat sekolah bagi bahasa inggeris..walaupun kalah tapi seronok sebab kepercayaan yang cikgu bagi pada aku untuk jadi first speaker hahaha..

3. tinggal serumah ngn makcik n Kak Ina *rindu zaman itu..

4. belajar kat arau n kenal nazri..

5. Kawin ngn nazri *saya sayang dia*_*




yeay..tag ini harus dibuat oleh sesapa saje yang membaca..terutama sekali mrscee n kak ina heee.....

..yeay dapat TAG..^_^

aku dapat TAG..
excited giler nak wat hahahaha...
oke nak wat nih..

dapat dari tedi.. thanks dek tedi..nnt aku beli ikan bagi kat dak2 sekalian kay ^_^

soklan lak tedi suh amik dari dek omar..

so soklan2 nye adalah :-

1. Anda rasa anda hot :-
ihiks..tak hot..sebab sekarang tengah sejuk..duk dalam air-cond.. teeetttttt.... *_*

2. upload gambar2 kesayangan anda :-
hmm..kat sini kata gambar2...
seharusnya kena banyak la kan..
tapi aku buh satu dulu kay ihiks..



3. Kenape anda suka gambar ni?
sebab gambar tu kiter edit sendiri n dah macam nampak kat alam bunian hehehehe..
*ngade tak posing tuh hahaha..

4. Bila kali terakhir anda tak pose?
of coz la pose tahun lepas hehehehe...

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Pergi nyanyian Aizat...

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ni?
Tak wat pape ~ kan ke aku excited nak wat tag.. haruslah abaikan perkara lain hehehe *_*

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?
kat umah, mami panggil akak atau te..
kat dalam blog pun orang panggil te..
kat opis orang panggil cik ita..
kengkawan panggil ita..nita..wa..
^_^

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan..
ihiks,ni susah sebab ramai tak suka wat tag hahahaha..
apa kata aku takyah bagi kat sesape, tapi kalu kalian nak bagi kat aku, aku on ajer heee..
*diplomatik tak te jawab hehehehe..

9. eh takde soklan dah?? *_*

p/s ~ yeay dah setle satu tag lagi...
nnt nak jawab tag dari teratak indah lak..
soklan tag dia pasai puasa and kena wat esei and tak spesifik saper kena wat..
cuma kalu buat dapat kad ramadhan..
so nak wat gak cuma kena wat kat umah...hee.... ^_^

..poll..

adeh..
smlm..lepas balik kerje..aku collapse..
mata panas..badan lenguh..
lepas siapkan makanan berbuka..baring kejap..
sedar2,suami dah gerakkan aku untuk berbuka..
makan2..semayang maghrib..collapse balik..
mmg tak igt apa dah..

last2 terbangun pukul 11mlm,baru teringat suami tak makan nasik lagi..
cian sang suami..
dia pun satu,tak kejutkan kiter,cian dia berlapar..

kiter terus bangun,siapkan pulak nasik n bg suami makan..
lepas tu ambo collapse semula..sampe la kui 4 td..
skang baru selesai sahur..

baru dapat buka blog nih..

em,nak komen skit pasal poll aku diatas..

kalian pakai mask ke tak..?
kalau diikutkan, poll di atas, keputusan nya mungkin kurang tepat kerana hanya 9 orang sahaja yang mengundi..
kalau ada ramai lagi yang mengundi pasti keputusannya lebih jitu..

tapi takpa, dalam 9 orang yang mengundi 2 orang mengatakan ya yakni 22%,
5 orang mengatakan mengikut keadaan semasa yakni 55%,
dan 2 orang mengatakan tidak yakni 22%..

kalau dilihat kepada keadaan semasa..
mmg dah boleh agak..ramai yang tergolong dalam orang yang tidak memakai mask sebenarnya..

mudah..pergi kawasan terbuka..pergi shopping complex..pergi pasar ramadhan..
ramai tak pakai..boleh dibilang..berapa ramai yang memakai mask..

kebimbangan terhadap penyakit ini rupa2nya belum lagi pada tahap kritikal..
walaupun PM sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah H1N1 telah mencapai tahap membimbangkan..
Bekas PM, Tun Dr.Mahathir sendiri memakai mask..
tetapi..orang ramai masih belum peka terhadap permasalahan ini..

beratus2 kes telah dilaporkan,dan hampir 70 orang telah meninggal dunia gara2 penyakit selsema vavi ini..

cuba bayangkan..
selsema ini hampir menjadi selsema biasa..
bermakna sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini..

jika sekarang hanya 2, 3 orang sahaja yang memakai..
berkemungkinan 2, 3 tahun akan datang, semua orang terpaksa memakai mask ini demi nyawa sendiri..
berkemungkinan juga, jika penyakit ini mencapai tahap sangat sangat sangat membimbangkan, mungkin semua orang terpaksa memakai topeng full face tuh...
ala yang macam orang nak sembur racun serangga or orang yang nak pergi tempat yang ada radioactive tuh..

waduh, mintak simpang la menda2 camni..

ada juga yang mengatakan, penyakit ini sebenarnya 'senjata' orang2 luar..
'senjata' rahsia kononnya..
mcm tgk dalam tv.........dalam filem.........
sebarkan virus,supaya orang2 mati....*jahatnyer..

ada juga yang mengatakan, penyakit ini adalah musibah bagi orang2 akhir zaman...
zaman yang dah porak peranda..
menghalalkan yang haram..
maksiat sana sini...
riba sana sini...
rasuah sana sini...
perang sana sini...
siti sana sini....*erk??

wallahhualam....
sebagai umat islam..kita mohon perlindungan dariNya..
percaya kepadaNya..
dan bertawakal..

semoga semua orang dapat menyambut ramadhan dengan sihat..
pergi pasar ramadhan pakai mask jugak tau weeeeeeeeeeee....

p/s ~ kdg2 aku pun tak pakai..sebab lupo bawak heeeeeeeeeee....*_*

26 August 2009

..Jarang dapat Tag..*_*..


uiks..
aku adalah seorang blogger..
aku mula menceburi bidang ini lebih kurang bulan 7 tahun 2008..
dalam tempoh tersebut..sekali 2kali ajer dapat award ngn tag hahahaha..

maka ini adalah award dan tag yang kedua ketiga weeeeeeeee....

dapat tag ini dari kakak watierman :) thanks kakak..

kakak kata..tag ini bersyarat..

dan syarat2nya adalah seperti berikut :-

1. letak award ni di blog korang.. ~ dah letak, oke next..

2. bagi award pada 10 blogger yg rapat ngan korang atau sesapa jer la yg korang nak bagi

hmmm saper eh...
a. ucu manja
b. mrscee
c. dek zara
d. dek omar
e. dek sharamli
f. dek tedi *boss dak2 sekalian hee..
g. dek alyani
h. kak aryani *mereka bukan adik beradik oke heee
i. dek meiz sha
j. kak rina la yer heee...

3. memberitahu penerima award nie dengan memberi komen di blog mereka ~ sat lagi saya comm eh hee..


p/s ~ excited giler wat tag ahahahahha...*jakun..


p/s #2 ~ eh silap, cek2 balik ni yang ke3 heeee...




24 August 2009

..bercakap ttg perkara yang tidak arif..

sebentar tadi..
sewaktu berbuka..
topik perbincangan kami adalah kisah Kartika..



sejujurnya..
aku tidak mengikuti kisahnya..
tetapi aku tahu dia bakal disebat gara2 ditangkap meminum arak..

walau bagaimanapun..
aku tidak tahu bahawa beliau telah dibebaskan daripada hukuman sebat tersebut..

adik yang menceritakannya kepada ku..*jakun sebentar..
dan ketika membuka blog si tedi sebentar tadi juga..perkara tersebut semakin jelas..

berbalik kepada perkara yang kami bertiga bincangkan tadi..
adik menyatakan bahawa Kartika sendiri tidak tahu menahu bahawa beliau telah dibebaskan..
Kartika menyatakan bahawa ketika beliau sedang berfikir tentang sebatan yang akan beliau alami...kereta yang beliau naiki tidak menuju ke tempat yang dituju..
sebaliknya,beliau diberitahu bahawa beliau telah dibebaskan..

adik mengulas lagi..
katanya..itulah hebatnya tekanan dari 'orang luar'..
tidak perlu aku nyatakan disini..
pasti kalian semua tahu siapakah 'mereka2' ini..
shhhh..bahaya...silap2 leh tutup blog ku ini hee..

tapi itulah yang terjadi jika kita tidak mengetahui undang2 islam yang sebenar..
kata adikku lagi...jika orang yang benar2 faham tentang undang2 islam..
pasti mereka tahu bahawa islam itu tidak membebankan..

ketika aku membaca blog Tun Dr.Mahathir sebentar tadi..
ada di antara penulis yang memberi ulasan bahawa "sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali (40x) sebatan..
dan itu jelas menunjukkan bahawa itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w.
walau bagaimanpun sememangnya hukuman tersebut tidak wajar dikenakan kepada seorang perempuan..."

walau bagaimanapun..
adik sekali lagi menjelaskan bahawa..
manusia kini telah salah tafsir terhadap hukum sebatan tersebut..
adik menceritakan bahawa, mmg benar Rasulullah s.a.w. sendiri ada menjalankan hukuman sebat tersebut,tetapi tidaklah seperti hukuman sebat seperti yang dijalankan pada masa kini..
bukanlah sehingga tertanggal kulit*bagi sesiapa yang pernah melihat rakaman video sebatan,pasti lebih jelas..*
pada masa Rasulullah s.a.w. mengenakan sebatan tersebut, rotan yang digunakan hanyalah seperti rotan yang digunakan oleh guru2 menyebat anak murid mereka disekolah..
bukan seperti rotan yang digunakan oleh pegawai2 di penjara..
rotan yang digunakan hanyalah rotan yang halus..dan Baginda akan melibas tanpa mengangkat ketiak..bermakna,hanya libasan kecil sahaja..
tetapi adik ku juga ada menyatakan,bagi lelaki dan hukuman yang lebih berat,Baginda akan mengikat rotan2 halus tersebut dalam 40 urat dan menyebat pesalah dengan ikatan rotan tersebut..itu pun..hanya sekadar melibas....

wallahhualam..
aku juga bukannya arif..dan mungkin juga aku tidak pandai meneliti cerita adikku,tapi aku yakin itulah yang aku dengar dari adikku sebentar tadi..

tapi agak terkejut juga..hukuman yang telah dipersetujui sendiri oleh tuan punya badan,ditarik balik tanpa diketahui..

mungkin alasannya~ tidak wajar seorang perempuan dikenakan hukuman yang berat sebegitu..please..bukankah 'mereka' melaungkan tiada diskriminasi antara lelaki dan perempuan..tetapi dalam kes ini..diskriminasi itu dibolehkan wujud?? hahaha.. cakap tada serupa bikinla..

meminum arak..bukan kesalahan?
meminum arak..adalah satu kesalahan moral..mungkin tidak salah dari segi undang2 sivil..
tapi yang pasti salah di sisi undang2 islam..maka layaklah dihukum dengan menggunakan undang2 islam..

mengapa harus undang2 islam dibandingkan dengan undang2 sivil..

tambahan pula..
seharusnya,perkara ini wajar dijadikan sempadan buat pelaku2 yang lain..sebagai ingatan bahawa arak itu dilarang dalam islam..tapi yelah..dah dibantah pula..

semua orang tahu..bukan Kartika sahaja yang meneguk arak..
MasyaAllah, masih ramai lagi orang diluar sana yang meneguk air syaitan itu..
tapi kenapa ketika beliau ditangkap dan bakal dihukum..
semua orang melatah..

maka benar perbuatan meminum arak itu??
percakapan tidak wujud,tapi perilaku menahan dan membantah hukuman tersebut menzahirkan kata2 bahawa arak itu boleh..

bak kata ayah kepada Kartika.."mengapa hukuman ini ditarik balik?"
"tidakkah nanti hanya menimbulkan lebih perasaan tidak hormat kepada undang2 islam.."

ya benar..pasti nnt orang2 mula berfikir bahawa undang2 islam boleh diperkotak katik..
sekejap begini,sekejap begitu..
tiada pendirian..


p/s ~ ihiks..aku mempercayai adikku.. beliau banyak membaca..dan aku kagum kerana dia punya pengetahuan yang luas.. adikku sedang mengikuti pengajian undang2 islam.. sebab itu aku suka mendengar pendapatnya hee.. maafkan aku jika ada tulisan di atas yang tidak benar.. mungkin aku tersalah tafsir dari apa yang adikku ceritakan padaku.. jika salah,mohon dibetulkan.. Rasulullah s.a.w bersabda ~ sampaikan kepadaku walaupun sepatah.. share is care ^_^

23 August 2009

..bulan pose bulan mulia..


Alhamdulillah..
hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa..

hari pertama berpuasa jatuhnya pada hari sabtu..
tatkala aku dan suami serta adik keluar mencari juadah berbuka petang semalam yakni kira2 pukul 3 petang,kelihatan jalanraya masih lengang..

mungkin kepenatan hari pertama berpuasa?
mungkin juga,pada hari sabtu,manusia lebih suka bersenang diri berehat dirumah..
tak mungkin..
selalu sahaja aku bersama suami menghabiskan sabtu kami diluar..tak pernah selengang begini heeeee...

walau bagaimanapun..terpulang pada diri masing-masing bagaimana untuk menghabiskan waktu mereka..
tambahan pula....
bulan puasa...
tidak elok kiranya membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah..
akan mengurangkan pahala puasa..

maklumlah..melakukan perkara tidak berfaedah bukankah termasuk dalam pantang larang berpuasa..
jika dilakukan perkara2 berikut..boleh membatalkan pahala puasa..maknanya berpuasa tidak mendapat apa2 pahala kecuali lapar dan dahaga yakni puasa yang sia2...
semasa berpuasa semestinya kita dilarang:-
- berdusta dan berbohong,
- mengumpat dan mengata orang
- membuat sesuatu yang mendatangkan permusuhan
- melihat benda2 yang mendatangkan keinginan
- marah...

maka dalam erti kata lain..jika dilakukan juga perkara2 diatas..fahamilah sendiri..puasa tersebut mungkin adalah puasa yang sia2...

malah Rasulullah s.a.w bersabda:
"barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya"..

turut dinyatakan dalam hadis menurut Sahih Muslim:
"bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh2 itu adalah menahan diri daripada percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji"..

teringat kata2 ustat semasa tazkirah solat terawih semalam..
katanya..bulan ini merupakan bulan barakah..bulan istimewa yang Allah s.w.t berikan kepada umatNya..
bulan yang sesungguhnya melatih umatNya menjadi insan yang lebih baik..
bayangkan jika kita melatih diri untuk tidak bercakap perkara yang tiada guna selama sebulan, berlatih untuk tidak bercakap banyak..
pasti,bulan2 seterusnya kita sudah terbiasa dan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya..

ihiks..teringat diri sendiri..
aku menyambut Ramadhan ini..pertama kali sebagai blogger..
pertama kali aku menulis di bulan Ramadhan..maka seharusnya pasti ada garis panduan yang harus aku patuhi..
sudah tentu..aku tidak boleh menulis yang bukan2..
juga tidak boleh meluahkan rasa hati sesuka hati hingga tulisan tersebut tergolong dalam kategori mengumpat..serta tidak boleh juga meletakkan apa2 gambar yang mendatangkan keinginan *maafkan aku*ihiks..

aku ingin meminta maaf rakan2 sekalian..
aku masih terlalu hijau dalam bidang ini..
bantu aku ya ^_^

juga Ramadhan kali ini..aku mempunyai tanggungjawab..
aku harus menyediakan sahur buat suamiku..
kalu dulu..mungkin hidup sendiri..tidak berapa peduli tentang kisah sahur..
cukup sekadar minum air..*_* senyum sendiri..

dan juga..jika berada di kampung..
pasti mami yang sediakan semua itu.. *_* rindu mami lagi..

tapi kini..seawal 430 pagi..aku sudah bangun untuk menyiapkan juadah bersahur..
tapi aku bersyukur..
suamiku tidak bekira..
apa saja yang aku sediakan..
pasti dipujinya..
"berbakatlah isteri abang"
^_^ aduh suami...buat isterimu tersenyum..

hari ini belum pasti juadah apa untuk berbuka..mungkin masih kenyang bersahur tadi..

salam berpuasa untuk hari ke-2..
dan selamat bertarawikh buat hari ke-3 :)

p/s ~ baru teringat...suami barangkali teringin gulai kari udang ^_^

22 August 2009

..peringatan yo!!!.. ^_^







p/s ~ peringatan lagi ya..uiks ^_^


p/s ~ wanita telah membuat 2 orang kekurangan pahala pose pertama hari ini.. mohon maaf heee..
gambar terakhir telah didelete sepenuhnya.. uiks..sowiiiiiii....


21 August 2009

Salam Ramadhan

assalamualaikum rakan-rakan ku sekalian..
Alhamdulillah..
Tuhan panjangkan umur kita semua, untuk sama-sama menyambut ramadhan sekali lagi..

ramadhan tahun ini..
pertama kali aku sambut sebagai seorang isteri..
sebagai seorang menantu..

ramadhan tahun ini..
aku menyambut sebagai seorang blogger..

ramadhan tahun ini..
aku menyambut dengan rakan-rakan baru di alam maya ini..

semoga ramadhan kali ini, ramadhan yang bererti buat kita semua..
dan semoga ramadhan ini juga dapat kita manfaatkan dengan sebaik2nya..

maklumlah..
bulan penuh keberkatan ini,datangnya setahun sekali..
tahun ini,mungkin kita dapat berpuasa dan insyaAllah beraya bersama-sama..

tapi siapa tahu..
esok lusa..
apa bakal terjadi..
entah esok lusa..
kita diambil olehNya..

maka, semoga kita menghayati bulan ini dengan sebaik-baiknya..

bulan ini juga..'mereka' akan meninggalkan kita..

kalu kita malas bangun sahur..itu bukan 'mereka'..itu kita..
kalu kita malas semayang subuh..itu bukan 'mereka'..itu kita..lagik!!! :p
kalu kita malas berpuasa..itu bukan 'mereka'..itu adalah diri kita sendiri..

takdo maknonyo jang kalu kamoo kata.."aduh banyak nyo setan dalam qalbu nih.."
takdo maknonyo..hehehe..

maka..
sama2lah kita muhasabah diri kan kan..
termasuklah diri sendiri..

pertama kali mahu berpuasa sebagai isterinya Syaiful Nazri..
semoga semuanya berjalan dengan baik..

Kawan2..
dikesempatan ini..
saya Wanita Abd Mutalib, mengucapkan selamat berpuasa..dan ingin memohon maaf seadanya kepada kamu semua sekiranya sepanjang persahabatan dalam sesawang ini ado yang terguris hati atau apa2 saja..
sekali lagi..
penulisan ku di sini..adalah perkara yang bermain diminda..dan dizahir kan ke ruangan kecil ini..
insyaAllah..sesama la kita ingat-mengingat antara satu sama lain melalui medium hubungan yang unik ini..

sesungguhnya aku gembira mengenal kalian disini..
membaca kisah2 kamu semua..membuat aku ketawa dan senyum disini..

tika saat tekanan ku..
laptop kecil ku ini ku capai..dan blog2 kalian semua menjadi makanan mata ku..
kata2 kamu semua..aku simpan diminda..buat peringatan dan jenaka ku sendiri..

aduh,bahagia mengenal kamu semua..
nak ku tulis nama2 kalian yang mencuit hati..
terlalu ramai..

walau ada yang tidak meninggal kan komen..
tapi ketahuilah..
aku sentiasa melawati laman kalian..

sayang kamu semua ^_^

Salam Ramadhan


p/s ~ semoga persahabatan kita di sini berkekalan hendaknya :)

19 August 2009

..te tgh pikir ape?..




rasa2..
apa aku pikir masa nih tehehe..

p/s ~ dah lama tak letak gambor sendiri weeeee *_*

18 August 2009

..terpanggil untuk menulis..

hari ini..
terpampang dalam surat kobar..
mengenai pernikahan ustaz akhill dan waheeda wassini..

terpikir sejenak..
uiks..dah kawin?..

ari tu bukan kata takdo papo ko?

persoalannya..

kenapa mesti berbohong??..
kenapa tak leh berterus terang??..

jadi artis mmg ado package kot..
kena pandai berbohong..dan kena pandai berdalih..
mesti beli buku bertajuk "1001 alasan" eh??..

artis pulak..bukannya artis biasa..tetapi artis yang digelar ustaz..
artis yang kononnya berdakwah ke jalan Allah s.w.t..

tetapi kalu diri sendiri pandai berdalih..wajarkah digelar ustaz dan berdakwah..
apa yang aku rasakan..ada sedikit masalah personaliti..
ada sedikit kecelaruan identiti di situ..

tambahan pula..
perkahwinan yang dibina berbelas tahun,musnah begitu sahaja..
baru sahaja selesai proses penceraian di mahkamah..
sudah pula meneruskan pernikahan di masjid..

mungkin aku agak berat sebelah..atau hati dipenuhi syak wasangka yang berlebihan..
sehingga kan tidak boleh membuat penilaian yang wajar..

tetapi apa yang hendak beliau dan beliau buktikan..

membina bahagia di atas kesedihan orang lain??..
tersenyum ketika orang lain menitiskan air mata??..

boleh pula menyatakan,inilah perkara yang terbaik..

benar..mungkin ada sebab disebalik semua ini..
mungkin beliau dan beliau punya sebab di atas semua penafian selama ini..

tetapi..

kenapa mesti BERBOHONG??..

p/s ~ mohon maaf terlebih dahulu kepada peminat2 fanatik mereka berdua..
aku cuma memikirkan apo yang terlintas di hati dan mencurahkan ke ruangan kecil ku ini..
tak salahkan rakan2..
lagipun, inilah gunanya ruangan ini bukan??

peace no war ^_^

17 August 2009

..pesanan ringkas dari mami..

"Mami dah bca blog.
Xsdar mnitis air mata.
Nak tlis dlm blog xrti.
Tq atas tlisan tu.
Mami pun syang pda semua anak2 mami."

p/s ~ tika pesanan tersebut diterima..aku sedang memandu..
rasa cam nak wat pusingan U nak balik Ipoh terus!!!
huahuahuahua.. :(

14 August 2009

..wahai mami ku sayang..




..semalam..petang..mami tepon..

..maka mulut pun becok berbicara..

..W - mami tak sayang te..mami dah tak tepon te..mami asik tepon adik ajer..tak aci..

..dengan tenang mami jawab..

..M - cakap lah..cakap lah..apa nak cakap pun cakap lah..kamu pun tak tepon mak..

..aku terdiam sekejap..

..tak mo kalah..

..W - ala mami ni..adik tu mami tepon ajer..kalu dia tak angkat tepon..baru nak cari kiter..riso sbab adik tak angkat tepon..tapi te,mami tak tepon pun.. *masih tak mo kalah*

..M - kamu dah ader laki...

**wahai mami ku sayang..
mmg te dah ader suami..
tapi te tetap sayang mami..
tak pernah sedikit pun terniat di hati,
untuk pergi jauh dari mami hanya kerana te dah ader tempat bergantung..
selama ni,
mami yang menjaga te..
tak mungkin hanya kerana suami..
te lupa dengan pengorbanan mami selama ini..
te bukanlah sebodoh itu..
juga tidak sebongkak itu mami..
te taknak jadi macam si tanggang..
kalu boleh te nak mami selalu ade ngn te..

pasai tepon tuh..
maafkan te mami..
kalu kat opis..te mmg tak tepon sesape..
kalu orang tak tepon te,mmg te takkan tepon balik punyer..
tp mmg salah te pun sebab te tak tepon mami..

tp mami kena paham..
kalu te tak tepon mami,
tak bererti te lupa kat mami..
mami sentiasa ada di hati dan fikiran te..
kalu lah ader tempat untuk te tunjuk apa yang te fikirkan sehari hari..
pasti di setiap lembaran tu ado muka mami yang comey tu..

te sayang mami..
jangan la sesekali fikir, te dah ader suami, te tak ingat kat mami..
susah ati te kalu mami pikir mcm tuh..
tak senang ati te mami..

Te Sayang Sangat Pada Mami..
te takkan lupo pengorbanan mami..

saat susah senang kiter mami..nak mula sekolah..takde duit nak beli baju..mami carikan duit..te igt semua tu mami..te takkan jadi orang yang lupo ibu sendiri..te takkan mami..itu janju te pada mami..

kalu benar anak mu ini sudah lupa..mami pohonlah pada Tuhan supaya te kembali pada mami..tapi percaya la mami..te tak pernah lupa mami tauuuu!!!

M - mami dah baca blog kamu...banyak yer luahan hati...ngaper tak citer kat mami??

adus mami..maafkan anak mu sebab lagi sekali kecikkan hati mami...bukan te taknak citer..tapi ye lah..*mami tak tepon te*ihiks *_*..

M - kamu tak rindu kat mami yer??

Ya Allah Mami....
mami la orang yang paling kiter rindu..
rindu gulai lemak ikan keli mami..
rindu air teh mami..
rindu bubur durian mami..
rindu nak tidur atas peha mami..

kalu boleh..te nak mami tinggal ngn kiter kat KL ni..

boleh yer mami??

SALAM SAYANG BUAT MAMI
YANG RAJIN BUKAK BLOG TE NIH

*MUAHHHHS*




p/s ~ mami sayang..nanti nak sambut pose, te balik bukak pose ngn mami yer..
I LOVE U MAMI.....


13 August 2009

..sabau itu tanggo kejayaan..

..tribute to my husband..ihiks**

..suamiku suka menda2 gini..

..menda2 yang ku rasa bosan..

..tapi dio tidak hee..

..hasilnya..menara KLCC weeeee.. ^_^





p/s ~ aku difahamkan menda nie beharga RM180..
tp aku berjaya membeli dengan harga RM10 sajo ihiks..

KasTa , Gr3d, Pangkat dan Yang S3darjat..

..salam rakan-rakan..

..semalam merupakan hari kemurungan..
..hari kejatuhan moral..
..hari kejatuhan motivasi..

..sebelum itu..
..aku sebenarnya bersyukur..
..kerna aku punya ruangan kecil ini..
..untuk melepaskan rasa nak membunuh..
..melepaskan rasa nak smack down orang..
..rasa macam nak tendang ^%$^%^$%$&*^&* orang..

..sebagai seorang penjawat awam di negara ini..
..aku sedar tentang pangkat dan GR3D..
..aku sedar..aku hanya orang bawahan..
..aku sedar aku cumalah pegawai kecil yang tak cantik..
..gemuk..hitam..dan yang seantero dengannya..

..apa yang aku tidak faham..
..bagaimana ado sesetengah ketua yang memandang kriteria tersebut..
..sebagai satu perkara yang penting..
..sebagai satu lesen untuk mereka2 ini berjumpa dengan boss2 besar ini..

..ado sesetengah boss..
..kalu yang datang jumpo tu..
..gemuk..seperti aku..
..hitam..seperti aku..
..buruk..seperti aku..
..SURE punyela..takkan dilayan..

..ayat yang masih terngiang-ngiang di telinga aku..
"LAIN KALI LETAK DLM TRAY AJER.."
..masyaAllah..teruk sangat ke aku nih..sampai jumpo pun taknak????..

..ado juga sesetengah boss..
..kalu gred rendah tak nak layan..
..kalu dia kerani ker, pegawai pelancongan ker, pembantu am ker..
..SURE tak layan la..
..nasib baik aku pegawai..
..baru dijemput duduk..
..kalu tak..mungkin ayat yang sama..
"LAIN KALI LETAK DLM TRAY AJER.."

..selepas menghadapi kedua-dua situasi semalam..
..aku terfikir..

..aku nak jadi Perdana Menteri..

..ado kono mengono ko jang??..hahaha..


p/s ~ menyampah..sesangat..menyampah..sesangat..

harap2 boss aku tak sampai ke sini hahahahaha..
kalu tak kena tindakan tatatertib nnt..
naya gue heee..


11 August 2009

PERTANYAAN MAKA BANTU AKU

wahai rakan2..jika membaca hee..
ingin aku bertanya..
kenapa walaupun aku menekan "enter" untuk mewujudkan spacing di antara setiap para..
bila di publish..
tidak kelihatan spacing tersebut..
bait dgn bait, tidak ada ruang..
menyesak kan mata..
bantu aku wahai rakan2 yang pakar IT..

meminta belas dari-Nya..

..bisakah kamu lihat di jalanan..
..anak2 kecil meminta sedekah..
..anak2 kecil dengan pakaian yang lusuh..
..tidak bersepatu..
..ke hulu ke hilir merayu memohon simpati..
..meminta sekupang dua..
untuk sesuap nasi....
<
<
..bisakah kamu lihat di jalanan..
..wanita yang mengendong anak..
..berkaca kaca matanya..
..memohon simpati..
..mengemis duit..
..demi sesuap nasi..
<
<
..bisakah kamu lihat di jalanan..
..orang2 tua..
..tersandar keletihan..
..sambil mengalunkan lagu dari 'piano kecil'..
..seolah-olah itu lah pekerjaan mereka..
..juga demi untuk sesuap nasi..
<
<
..bisakah juga kamu lihat di jalanan..
..mereka2 ini..
..mengemis,merayu kepada kamu,hanya untuk sesuap nasi..
<
<
..runtuhkah jiwa kamu..
..mendengar rayuan tersebut..
..ada timbulkah sedih dan simpati kamu..
..hanya bila mendengar rayuan tersebut..
<
<
..itulah yang ku pelajari di Program Kembara Insan yang lalu..
..pada malam terakhir program tersebut..
..pada pukul 4.15 pagi..
..kami semua berkumpul di Surau De Palma Ampang untuk melakukan qiyamullail..
..fasilitator dari Impact Learning SB memimpin qiyamullail tersebut....
..sesungguhnya beliau memulakan acara tersebut dengan memberikan perumpamaan di atas..
..mmg benar..
<
<
..jika difikirkan..
..seharusnya kita merayu kepada yang Esa..
..untuk mengampuni dosa2 kita..
<
<
..sungguh tidak molek..
..mahu meminta ampun dariNya..
..tapi masih lagi menggunakan nada biasa,atau nada seperti kita bercakap dengan kawan2 sekeliling..
<
<
..sesungguhnya..aku akui benar..
..merayulah..
..merayu kepadaNya..
..merayu agar diampunkan dosa2 kita..
<
<
.."Ya Allah Ya Tuhanku..
..Aku Banyak Dosa..
..Aku Banyak Dosa..
..Aku Banyak Dosa..
..Ya Allah Ya Tuhanku..
..Engkau Maha Pengampun..
..Engkau Maha Pengampun..
..Engkau Maha Pengampun..
..Ampunilah dosa2ku..
..Ampunilah dosa2ku..
..Ampunilah dosa2ku"..
..Astaghafirullahhalazim..
..Astaghafirullahhalazim..
..Astaghafirullahhalazim..
<
<

..demikianlah kata2 yang diajar ustad tersebut saat kita merayu kepada Tuhan..
..ustad tersebut berkata..
..dengan niat sahaja aku Sujud Taubat Kerana Allah Taala..
..maka sujudlah kamu kepadaNya..
..dan ratib kan lah kata2 tersebut berulang2 kali..
..sambil ketuk lah pintu hati kamu..
..igtlah dosa2 yang telah kamu lakukan..
..bayangkanlah balasan Tuhan..
..maka insafkanlah hati..dah mohon padaNya keampunanNya..
<
<
..ustad tersebut memberi kami masa untuk melakukan Sujud Taubat tersebut..
..dan saat itu kedengaran tangisan semua penghuni surau itu..
..barangkali mengingat perkara2 terdahulu..
..yang benar2 perlukan keampunan dariNya..
<
<
..dengan lampu yang tertutup..
..hanya diterangi lampu neon kecil di dinding surau..
..keadaan pagi tersebut..
..terasa dingin dengan titisan air mata peserta program..
<
<
..aku tidak terkecuali..
..sebak yang amat sangat..
..mengingat zaman jahil ku..
..mengingat keingkaran yang aku lakukan..
..sama ada secara waras atau tidak..
<
<
..aku juga memohon ampun dari Nya..
..aku merayu..
..dan merayu..
..merayu terus merayu..
<
<
..tidak sedar masa telah berlalu..
..kami meneruskan acara tersebut dengan sunat tahajud dan sunat hajat..
..untuk sunat hajat..
..aku berhajat..
..agar aku dan suamiku..
..dikurniakan zuriat yang soleh,sihat tubuh badan,bijak akal fikiran dan sempurna sifatnya..
..sehingga diakhiri solat subuh dan tazkirah subuh..
<
<
..sesungguhnya pengalaman qiyamullail yang berbeza..



p/s ~ walaubagaimanapun..

..terkilan dengan segelintir rakan yang tidak menghadiri qiyamullail tersebut..
..walaupun pada ku...
..acara tersebutlah sebenarnya acara kemuncak bagi Program Kembara Insan..
>
>
p/s2 ~ mendengar kata umi rose..
ihiks..meletak titik di antara bait bait agar terwujudnya ruang di antara mereka
:)


09 August 2009

Demi Matahari


..demi matahari dan sinarnya di pagi hari..


..demi bulan apabila ia mengiringi..

..demi siang hari bila menampakkan dirinya..

..demi malam apabila ia menutupi..

..demi langit beserta seluruh binaannya..

demi bumi serta yang ada dihamparannya..

..demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya..

..Allah mengilhamkan..

..sukma kefasikan dan ketakwaan..

..beruntung bagi yang mensucikannya..

..merugi bagi yang mengotorinya..

p/s ~ aku sudah berjanji untuk tidak menangis sepanjang program tersebut..
tapi air mata ku tumpah jua..
sesungguhnya..
..banyak perkara yang hendak aku kongsikan..

07 August 2009

melahirkan rasa terkilan di hati..

..secara jujurnya..aku tidak pasti..tajuk apakah yang sesuai buat untuk entri ku ini..
..secara jujurnya juga..terlalu banyak rasa terkilan yang bersarang di hati..

..tapi..yang pasti..rasa terkilan ku..datang dari satu perkataan..iaitu.. PENIPUAN ...

..aku adalah seorang pemerhati..aku memerhati..dan membuat kesimpulan sendiri..
..kadang kala..pemerhatian ku itu..mengundang ketawa di hati..

..dan apa yang dapat ku perhatikan buat masa ini..adalah penipuan yang berlaku di sekeliling aku..
..aku tidak bermaksud bahawa aku tidak pernah menipu..
..bohong sekali jika aku membuat pernyataan sedemikian..
..dan tidak jugalah aku mengiyakan bahawa aku tidak pernah menipu..

..sesungguhnya aku manusia biasa..berbohong terpaksa dilakukan demi menjaga kerahsiaan diri dan yang seumpama dengannya..

..walau bagaimanapun..aku merasa pelik..
..merasa pelik apabila berjumpa dengan manusia yang sangat suka berbohong..
..selain pelik..aku juga kagum..bagaimana manusia ini..dianugerahkan Tuhan..keupayaan untuk menipu..
..bak kata Boss aku di kantor..
..*nak menipu ni kena kreatif,igt senang ke nak menipu*..
..bahawasanya benar..aku setuju dengan "statement" tersebut..
..harus kreatif..dan harus mempunyai pengetahuan yang luas *ihiks*..

..tersenyum sendiri..bila mengenang..manusia2 yang berbohong..tetapi tidak tahu berbohong..
..tersenyum sendiri..bila mengenang..manusiay yang berbohong..terperangkap dalam penipuan mereka sendiri..
..dan yang paling membuatkan aku ketawa seharian..bagaimana orang yang berbohong ini..tidak mengetahui bahawa tembelang mereka sudah diketahui umum..tapi masih mampu berlagak seperti tiada orang pun tahu bahawa mereka menipu..

..kadangkala..aku kagumi ketabahan mereka..
..aku kagumi semangat juang mereka..

..aku tak mungkin dapat menandingi semangat tersebut..

..berfikir sejenak..
..mereka sudah tahu si polan itu menipu..tapi mereka masih melayan penipuan tersebut..
..satu persoalan yang sering menjadi tajuk perbualan dengan adik lelaki ku..
..mengapa orang yang diketahui umum sangat suka menipu..masih lagi diterima sepenuhnya..
..mengapa orang yang diketahui umum sangat suka menipu..masih lagi dilayan seperti raja dan pemaisuri..

..aku bukanlah mempertikaikan tindakan sesiapa..
..cuma sedikit luahan di hati..
..sudah tahu mereka itu penipu..
..mengapa masih dilayan,dimanja,hingga membuatkan mereka merasa bahawa mereka mengawali semua perkara..
..aku sesungguhnya tidak mengerti..


p/s ~ aku punya kawan2 yang sangat suka menipu..
tapi masih menyalahkan orang lain..
seperti orang lain pula yang menipu diri mereka..


p/s 2 ~ masih dilanda gangguan hormon..
mungkin sebab itu aku emo hari ni..
hingga wat entri begini..


wanita janji minggu depan tak emo dah ihiks**

06 August 2009

..gangguan..

..hari ini..
..aku mengalami gangguan hormon yang sangat teruk..
..emosi ku tidak terkawal..
..amarah ku bergelodak..
..sesiapa saja akan aku *makan* hari ni..
..aku rasa seperti hendak bertukar hijau..
..aku rasa seperti hendak menangis..
..aku merah yang marah..

p/s ~ maafkan aku wahai kawan,
jangan di desak aku lagi,
kalu boleh semua hendak aku kongsikan bersama kamoo,
cuma aku manusia biasa,
penuh dengan cacat dan cela,
aku bukan cemerlang dan pakar seperti kamoo..

perbualan ringkas di pagi hari

*masa* ~ sekitar 7 pagi..
>
*tempat kejadian* ~ di dalam kereta kecil kesayangan naz..
>
*latar belakang* ~ lagu nyanyian kumpulan nirvana..
>
*tema* ~ rock kapak..
>
>
>
sang suami ~ yang, kiter beli gitar nak??..
>
>
sang isteri ~ nak wat per??..
>
>
sang suami ~ ................. buat garu belakang ................
>
>
sang isteri ~ *-*
>
>
>
~ bahagia ~


p/s ~ aku masih tersenyum saat aku terkenang lawak kureng suami ku tadi..

mata ku melilau saat aku menyusuri jalan raja muda abdul aziz sebentar tadi..

aku mencari kelibat satria neo bewarna perak..

*KELUAR LA LU KALU BERANI!!*

mari membalas dendam..

..you have a gift waiting for you.. *click*

..you have received the following gifts from your MAFIA..

..cool..

..aku dapat C4...


*cheh*

..MAFIA?..C4?..

..itu la kegilaan aku sekarang..

..nak main muka buku sangat..

..ha main main..

p/s~ bgn pagi terus bukak muka bumi buku..
giloooo....
pepagi nan indah ini...otak masih tido..masih tepu..nan ado bendo yang nak dikongsi bersamo..
tp takpo..pasti ado bendo yang nak diceritokan nnt..tgklah..

dan wahai suami..
ampunkan te..
te tahu te wat abg kecik ati mlm td..
uhuks..
sowi..


05 August 2009

apa masalah sebenarnyer nih..

..semasa aku kecil..aku paling suka subjek muzik..
..saat aku mula memakai kain baju kurung bewarna turqoise..aku tidak meminati apa2 subjek pun..
*mcm haram punyer statement*..
..saat aku memasuki dunia kampus..aku paling menyerlah di dalam subjek IT..

..tapi..
..ku kira..
..itu semua tak berguna sekarang.

..KERANA..
..aku langsung tidak memahami kenapa internet ku bergerak dalam kelajuan seekor siput vavi!!..

..nak main muka buku pun tak senang..

**MACAM LALAT!!!**

p/s ~ diri sendiri menjadi malu..
posto telah memasukkan satu sampul putih berisi satu surat yang mempunyai banyak nombor..
mata ku tertancap pada satu ayat..
*package = Broadband basic data only - RM68*
kesimpulan : jangan asik nak marah2..dah amik yang paling murah..mmg la slow mcm siput vavi...

kepanasan di pagi hari..

..seperti biasa..
..selepas melambai lambai suamiku dari dalam kereta..
..aku kembali menyusuri jalan semarak dan seterusnya ke jalan *tak igt* untuk terus ke PWTC *opis gue lor*..
..sedang aku leka membawa kereta kecil kesayangan naz ini..
..aku terpandang ke dalam cermin tepi..
..terdapat sebuah kereta satria neo berwarna perak yang sedang cuba untuk memotong kereta kecil kesayangan naz ini..
..pemandu tersebut memecut laju..tetapi aku juga tidak mahu tunduk mengalah..
..ku biarkan sahaja dia mencari ruang untuk memotong..
..TAPI NGAK ADO LA!!TAK PAHAM2 KE??JALAN TUH KECIK!!!MANA LEH SUKA ATI POTONG!!!!TAK SEKOLAH KER??!!!!CAMNER LEH DAPAT LESEN!!!!MACAM HARAM LA LU!!!!!!
..aku mencarut wahai rakan sekalian..panas betul hati ku pagi tadi..kurang pahala pose mak tau..
..tak ku sangka,percaturan nya untuk memotong ku tidak berakhir di jalan sempit itu tadi..
..selepas tiang merah hijau kuning berhampiran hospital..dia mula memecut laju..sekali lagi enggan aku memberi ruang..
*INGAT POMPUAN TAK RETI BAWAK KERETA KE WEH!!!!!!%^&%^^$&^$$^%&&*%^$%$$*..
..cuba la anda semua bayang..waktu pagi..
..waktu untuk ramai umat manusia kat muka bumi tuhan ni pergi mencari rezeki..
..cuba la berfikir sejenak..
..semua orang mahu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat..
..semua mahu sampai awal..
*BUKAN KO SORANG ********!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!*
..........aSTAGa...........

p/s ~ sampai sekarang ambo takleh lupo ngn pandangan sinis dio terhadap ambo saat ambo bagi cang kat dio untuk memintas ambo di jalan yang lurus tanpo kereta...
*PONDAN!!!!*setakat jalan takdo kereta boleh la wei!!

haram..aku dah hafal dah plat kereta tadi..tapi dah lupo..kalu tak mmg tak selamat la lu kat bumi Kuala Lumpur ni...

sendirian lagi di pagi hari..

..ya ya..
..my fault..
..sape suruh tak ganti awal2..
..dah bulan syaaban baru kelam kabut..
..maka kini aku sendirian lagi..
..bersahur..
..rasa seperti hendak lelap kan mata..
..owh tidak..
..jangan cari pasai wanita..
*ihiks*10minit boleh kot?..

p/s ~ wanita cuba menipu masa..
gilooo....

04 August 2009

nilai satu persahabatan

..pagi tadi aku bersembang dengan seorang rakan sekerja ku melalui communicator *atau lebih dikenali sebagai comm*..

..perbualan yang dimulakan dengan lawak2 bangang berakhir dengan perbualan yang berkisar kepada nilai sebuah persahabatan..

..tidak banyak jawapan yang dapat diulas,hanya pertanyaan yang semakin bersarang..

..N bertanya..
..kenapa perlu menjauhkan diri setelah banyak perkara yang telah dilakukan bersama?..
..kenapa harus bersifat tidak mengenali sedangkan orang ini lah tempat kamoo mengadu satu ketika dulu?..
..kenapa perlu bermuka muka hanya untuk mendapatkan simpati?..
..apa ertinya persahabatan jika tiada ketelusan dalam berkongsi cerita..
..apa ertinya persahabatan jika lebih banyak karut daripada kebenaran..

..Wanita menjawab..
..ntah la..
..tak berani nak kata aper..
..tak tau pun nak jawab aper..

..secara tuntas..
..persahabatan seharusnya menjadi satu perkara yang sangat indah dan bernilai di dalam hidup..
..tanpa kawan2 disekeliling..sudah pasti hidup tidak seindah dan seceria begini..
..dengan rakan2 disekeliling..kita boleh berbicara..meminta pendapat..bergurau dan berbagai bagai perkara lagilahhhhhh..

..tapi sayangnya..
..ada di antara mereka yang tidak tahu menghargai nilai persahabatan tersebut..
..masa susah..kita yang dicari..
..masa tiada kenderaan..kereta kecik kita lah yang ditumpangnya..
..tapi bila senang..kita ditinggalkan..
..bila ada kenderaan..kereta kita dipandang sebelah mata sahaja..

..bukan mengungkit..
..tapi itulah hakikat sesetengah manusia yang bergelar rakan diluar sana..

..persahabatan itu tiada nilainya..

p/s ~ kamoo tak mungkin sampai ke sini..


awal pagi

..bangun pagi..
..terus ke dapur..
..masak air..
..potong bawang kecil,bawang putih,cabai burung..
..ambil segenggam ikan bilis..
..diletak ke dalam satu bekas kecil bewarna hijau..
..dicampur air..
..rendam..
..panas kuali..
..masukkan minyak..
..tumis bahan2 dalam bekas hijau tersebut..
..masuk perencah nasi goreng hailam maggi..
..masuk cebisan ikan goreng..
..masuk cebisan ayam goreng..
..masuk nasi..
..goreng..
..siap nasi goreng..
..buat air coffee arabica dr one..
..panggil suami..

si isteri - abg nak puasa hari ni?..

si suami - taknak..

si isteri - *oke..

..maka si isteri bersahur sendirian..

..sambil berblog..

*ihks*



p/s - hampir pukul 6 ketika ini..
wanita perlu basuh pinggan dan menggosok baju suaminya..
apa tunggu lagi?
gatai nak berblog *ihiks*..

03 August 2009

mengadu domba kepada kamoo..

..tidak semua orang akan suka kepada kamoo..
..tidak semua orang akan terus menerima kamoo..
..tidak semudah mengelip mata..
..tidak semudah menyebut A B dan C..


..penerimaan tidaklah semudah yang disangka..
..keserasian agak sukar ditemui jika hati telah ditutupi dengan satu rasa jelik..
..penolakan berlaku..
..tembok tebal dibina..
..mental block?..
..*haih..apatah lagi..

..apa yang nak disampaikan disini sebenarnya wahai wanita..

..kesimpulannya*ihiks..sukar untuk aku mengharungi semua ini..

si isteri - saya rasa *** ****** abg tak suka kat saya..dia asik perli saya ajer...saya tak biasa..

si suami - belajar la..

si isteri - *kehilangan kata2*


p/s : bantu aku wahai suami..

kegilaan muka buku yang tiada penghujung..

..masih lagi obses terhadap permainan dalam muka buku tersebut..
..masih mencuba untuk mengumpul rakan2..
..masih mencuba untuk membeli hartanah sebanyak mungkin..
..masih mencuba untuk mencari senjata2 dan barang2 yang pelik2 untuk disimpan dalam inventori..

..wang ku saja dah mencecah $143juta..
..dalam fikiran ku..jika boleh wang tersebut ditunaikan,pasti jutawan segera ku jadinya..
..bohong..
..jika hidup semudah ini..
..pasti hidup tak sederita begini..

..jika dalam permainan maya tersebut..
..aku cuma perlu merompak,menyerang kumpulan2 dan gagasan2 samseng yang lain..
..bertarung dengan menggunakan ahli samseng yang ramai..
..bertarung dengan menggunakan senjata2 yang canggih manggih..
..bermula dari sekecil kecil pistol hinggalah sebesar besar kenderaan..

..semua perkara tersebut mengambil kira untuk menjadi mafia terulung..
..apatah tidak...
..permainan tersebut dipanggil MAFIA WARS..

..jika hidup yang benar,penuh dengan pertarungan sebegitu..
..apa akan terjadi?..
..ya mmg benar..
..mmg ada gagasan2 samseng diluar sana..
..cuma aku..si orang biasa..tidak mahu terlibat dalam perkara2 tersebut..

..melayu?..
..ada gagasan?..
..ada..

..pertempuran?..
..pernah berlaku?..
..pernah..

..dari dahulu..
..hingga sekarang..
..pasti ada pertempuran yang berlaku..

..cuma bezanya..
..dahulu..
..mereka bertempur demi menjaga keamanan,kedaulatan bangsa..
..mereka bertempur demi maruah bangsa..

..dari zaman penjajah..
..hingga kini..
..mereka bertempur demi generasi kini..

...zaman dijajah...
..zaman komunis..
..13 Mei..

..dan kini...
..terdapat juga rusuhan@pertempuran yang berlaku..
..malaysia yang dulu aman..
..semakin tidak selamat..

..mami ku sering risau dgn keselamatan anak2nya di perantauan..
..terutama sekali diriku yang mencari rezeki di tgh2 kota..
..baru2 ini,dikawasan kerja ku,terdapat rusuhan yang telah terjadi..

..mami ku termenung..
..memikirkan keselamatan anak2nya..
..maka aku pun berkata..
..te tak cari masalah mami..
..insyaAllah Tuhan melindungi anak2 mami di perantauan..

..untuk melepaskan rasa stress..rasa bosan..rasa tertekan..rasa seperti nak menampar orang..rasa seperti hendak menengking orang..rasa seperti hendak sumpah seranah orang..rasa seperti hendak menendang orang..maka ku lepaskan rasa tersebut kesini..

..pada blog ku..
..dan pada muka buku ku..
..biarkan wa menulis..
..biarkan wa bermain perang mafia itu..


p/s: blog ku sudah bertukar wajah..
aku rasakan aku perlukan sedikit perubahan..
cerahkan hati..
cerahkan pemandangan..
tidak perlu bergelap..
tidak perlu berduka..
hitam membawa kepada kemurungan..
hitam mengambarkan hatiku yang murung..
walhal..
aku tidak perlu berduka lagi..
suamiku ada disisi..
mamiku sentiasa menghubungi ku..
adikku sentiasa ada bertandang ke rumahku..
ayobku ada di senarai YM ku..
putriku sentiasa di hatiku..
ku sayang orang2 disekelilingku..
dan aku sayang diriku..

tidak perlu bergelap..
tunjukkan warna mu wanita :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...