Tabungan

Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

11 September 2014

Gigih atau Gigil?

Masa aku tengah menulis ni, aku tengah pakai headphone pink kesayangan aku, sambil dengar lagu instrumental tajuk 'Love Me'. Aku tak tahu lagu siapa sebab lagu ni pun aku dengar dari blog seorang blogger ni. Oleh kerana lagunya sangat mendayu-dayu, hati aku pun ikut sayu jugak... Okelah layan sekejap, kang dengar lagu lain pulak, tak koser mak nak layan sayu hati ni.

Kenapa aku sayu?

Sebenarnya, aku dah menulis panjang sat tadi. Aku tulis apa yang aku rasa. Aku tulis semua kekesalan dan kesedihan yang aku rasa bila tengok semua perkara yang jadi depan mata aku ni. Tapi, aku delete balik. Sebabnya, aku tahu, kalau aku menulis benda-benda ni, akan ada yang terasa. 

Hati orang kita jaga. Hati kita koyak rabak.

.
.
.
.
.

Muka senyum, hati lunyai ada orang tahu?

.
.
.
.
.
.

Bersyukur apa yang kita ada, tapi orang tahu ke apa yang kita ada?

.
.
.
.
.
.

Itu kata-kata orang tak bersyukur, tapi orang yang ada semua takkan pernah tahu rasa ini.

.
.
.
.
.
.

Kenapa aku merepek ni?

.
.
.
.
.
.
.
.

Nampak tak betapa aku GIGIH nak update blog. :)

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gigih tau, bukan GIGIL :)






***

 

25 July 2014

saya minta maaf pada semua orang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa rendah diri, saya Wanita Mutalib ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua atau sesiapa sahaja yang mengenali saya.

Buat rakan-rakan pejabat, kalau ada gurau saya yang mengusik hati, maafkanlah.

Buat rakan-rakan maya, kalau ada tulisan yang menyakitkan hati, maafkanlah.

Buat rakan-rakan yang dah lama tak bertegur sapa, saya mohon maaf sehingga buat anda berjauh hati dan menjarakkan diri dari saya.

Buat adik-adik yang akak kenal di sini, kalau akak tak dapat nak mendengar keluhan adik satu-satu dan selalu, maafkanlah akak.

Buat sanak saudara, maafkan saya kalau jarang berjumpa. Namun tetap, kalian di ingatan.

Sesungguhnya saya ini manusia biasa yang punya banyak kekurangan. Kerap kali saya tersalah langkah, tersalah kata, tersalah tulis, maafkanlah saya sempena bulan baik ini.

Sungguh, saya rindukan kalian (kalian tahu siapa kalian).

Nabi saw.  pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan orang pada setiap hari Khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." 
(HR Muslim)

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Yang Ikhlas,
Wanita Mutalib.




Penat?


Rasa tak bermaya?
Cuba Cinch!

Hubungi saya:
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.




24 July 2014

Berbuka Puasa @ PICC

Sebenarnya masa aku ikut Nazri buka puasa kat PICC minggu lepas, geng-geng blogger juga ada berbuka puasa kat situ. Ramailah, ada Ben Ashari, ada Abah Careno, ada Shakiddo, ada ramai lagi. Tapi memandangkan mak adalah seorang yang dikategorikan sebagai blogger sendu, maka tidaklah mak pergi menegur. Segan awww haha.

Dipendekkan cerita, hari tu memang aku tak ready langsung nak ikut Nazri berbuka puasa kat PICC sebab kononnya itu hanya untuk kawan-kawan pejabat dia sahaja. Aku pun dah ligat dah kepala otak manalah nak berbuka berdua dengan Cha ni. Sedih tawww!

Tiba-tiba tengah hari tu Naz telefon aku dan katanya boss dia dah masukkan nama aku dan Cha untuk berbuka sekali. Waduh! Rezeki tuk. Yang Nazri pula tanya aku, Cha tak ada baju untuk pakai kang kan? Aku kata, pakai t-shirt dengan seluar pendek dia sajalah. Dah tak ready pape. Jadi Nazri pun diam macam tu saja. Lepas tu, aku pulak yang pikir panjang, takkan nak bagi Cha pakai baju biasa saja nak pi berbuka puasa kat PICC. Nampak tak nampak tak?! Mak yang over sebenarnya haha.

Jadi petang tu, lepas balik pejabat pukul 5.00 petang, aku terus bawak Cha pergi Alamanda. Aku belikan Cha skirt untuk di pakai petang nanti haha. Cha pulak dah nampak pulak klip-klip rambut. Aku pun layankan saja.

Sampai dekat PICC lebih kurang jam 6.30 petang. Teruskan tukar baju dia dan kemaskan dia sikit-sikit. Telefon Nazri dan dia pun datang ambil kami.

Alhamdulillah, dapat berbuka puasa kat PICC. Makanan memang marvelous. Sedap gila! Ni ada beberapa hari lagi kan, kalau nak cuba berbuka puasa kat PICC, pergilah. Memang takkan menyesal sebab makanan sedap-sedap belaka. Daging kambing dia sangat sedap. Aku yang tak makan kambing ni pun boleh pi tambah lagi. Sedap. Memang Sedap. Pastu jangan terkejut. PICC ada jemput Rosma AF sebagai penyanyi undangan. Jadi sementara korang makan, korang akan dihiburkan dengan suara lemak merdu Rosma. Surau? Jangan risau, surau kat PICC sangat selesa. Korang makan sikit, pergi sembahyang dulu, pastu makan la sampai tak boleh  bangun haha!



 

Caught Red Handed

Semalam, lepas berbuka sempat tengok satu rancangan namanya Caught Red Handed. Satu rancangan tv yang tunjuk macam mana omputih tangkap orang yang suka mencuri dalam shopping complex. Pendek kata CCTV sangat-sangat membantu dalam zaman moden.

Kalau diingat-ingatkan semula, zaman-zaman kita dulu mana ada orang yang letak CCTV dalam kedai diorang kan? Kalau ada, memang hip la kedai tu haha.

Jadi semalam aku pun bercerita pada Nazri, masa aku umur lebih kurang 12 tahun aku pernah dituduh mencuri dalam sebuah pasar mini.

Okey cerita dia macam ni --

Aku mintak duit dari ayah, nak beli cekelat (gula-gula). Ayah pun bagilah aku duit, aku pun tak ingat berapa. Jadi aku masuk dalam kedai tu. Dengan duit yang aku ada, aku pun ronda-rondalah ke depan ke belakang nak cari cekelat yang cukup dengan duit yang ayah aku bagi. Memang la nampak cam suspicious gila, belek itu, belek ini, ke depan, ke belakang, tapi aku manalah nak tahu yang dia dah aim aku lama.

Jadi masa aku dah decide cekelat apa aku nak beli, aku pun teruslah ke kaunter bayaran. Aku ingat lagi betapa muka tokey tu garang gila, dengan mata terjengil-jengil macam nak keluar dari soket mata tu, marah-marah dan tuduh kata aku mencuri. Dia siap selak baju aku nak tengok dalam poket. Aku pulak tak tahu kenapa aku tak marah dan tak nangis. Mungkin sebab perasaan takut lagi tinggi. Tambah pulak aku memang budak blur. 

Ending, aku keluar dengan cekelat yang aku nak (bayar dah) dan masuk kereta dengan senyap. Tak cerita langsung pada ayah.

Sampailah ada satu hari, ayah suruh aku beli barang dekat pasar mini tu lagi, aku cakap aku tak nak, dia tanya kenapa dan barulah aku cerita pasal perkara tu.

Dia punya marah sebab aku tak cerita hari tu juga, sebab katanya kalau tak memang dia masuk semula kedai tu sebab tak patut dia buat macam tu pada aku. Tapi memandangkan benda tu pun dah lama jadi, ayah aku kata tak guna kalau nak jumpa dia dan tanya balik perkara tu.

Jadi ayah aku kata, jangan beli barang kat kedai ni dah. Banyak lagi kedai lain boleh pergi.

Sampai sekarang, kalau aku lalu depan kedai tu, aku rasa sayu aje. Entah, tak tahu kenapa rasa sayu. Mungkin sebab kenangan kot. Yelah. Kenangan. Tokey tu pun dah lama tak de dah. Tak tahulah siapa yang jaga kedai tu sekarang. Harap-harap anak cucu dia takdelah garang sangat macam dia tu. Biorle friendly sikit ye. :)

Nanti balik Ipoh, nak singgah le :) Beli cekelat.



***

Raya nanti sure makan banyak kan? Risau badan naik? Jangan risau. Nak makan, makan saja tapi jangan lupa dua ejen ni. Lechitin dan Alfalfa. Kenapa diorang berdua ni? Sebab lechitin boleh bantu bakar balik segala lemak yang korang dah makan. Alfalfa pulak tolong bawak keluar semua bahan yang dah kena bakar tu tadi. InshaAllah, sedikit sebanyak akan membantu korang kekalkan berat badan korang. Idakle lepas raya muka dah macam ketupat ja masing-masing kan? 

Nak cuba? Boleh hubungi kite okey! :)











23 July 2014

Slow - Mo

Semua orang dalam mood raya. Saya tidak terkecuali. Hati dah ada kat kampung (raya ketiga baru dapat jumpa mami huhu).

Persiapan tahun ini, agak kurang sikit. Tak tahu kenapa. Tak berapa 'feel' raya. Baju Qalesya pun belum beli lagi. Bukan sebab tak pergi beli, tapi sebab mami tak jumpa lagi yang boleh buat Qalesya nampak WOW. Iya, mak dia yang beria. Sabar je lah haha.

So mungkin esok kami akan teruskan pencarian baju raya Cha.

Yang pastinya, kerja di pejabat dah makin slow - mo.

Orang dah start cuti.

Office dah start sunyi.

Arrggh.

little Sunshine

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...