Tabungan

27 July 2010

lepaskan kucing yang diikat kemas dalam guni..kemudian dimaki..

alkisah..
aku terjumpa satu guni yang telah diikat rapi dan terletak kemas dalam satu kereta sorong..
lokasi? harus di kawasan kejiranan ku..

guni tu bergerak-gerak..
tiba-tiba terdengar bunyi kucing mengiau..
aku memang pantang kalau terdengar bunyi kucing..
tambah pulak kucing yang terperangkap dalam guni itu..

maka aku dengan suami pun membebel la kenapa dibuat kucing sebegitu rupa..
elok saja kami lepaskan kucing itu, datang dua makcik tukang sapu di situ..

yang sorang tu oke..kami tanya baik2 kenapa dibuat kucing begitu rupa..
katanya mahu dibuang jauh2..
encik suami menjawap, tak patut la buat camtu, jangan diseksa macam tu, macam mana nak bernafas..

maka kami pun berlalu pergi..
elok saja kami masuk kereta, makcik yang seorang tu dah mula membebel..
atau dalam erti kata lain..
memaki kami..

KALAU RASA DIRI TU BAIK HATI SANGAT, AMIK LA KUCING NI JAGA!!
BASUH TAIK2 KUCING NI SEMUA..
INGAT MACAM DIRI TU BAGUS SANGAT!!
ORANG YANG SEKSA KAT SINI NAK BASUH TAIK2 KUCING2 NIH!!
*lebih kurang itulah yang aku dengar sayup2 dari dalam kereta..

aku dengan encik suami terkedu..
tadi masa berdepan, taknak pulak maki..
kami dah masuk kereta, dah bergerak kereta, baru nak maki..
masa kami pusing, taknak pulak pandang muka kami??

hallo..
dah namanya Tukang Sapu..buatlah kerja tu ikut senarai tugas..
dah namanya Tukang Sapu..memang kerjanya membersihkan bangunan tu..
kalu buat kerja tak ikhlas..susah la nak idup..
kalu hati tu asik nak berkira, memang la kerja tu jadi berat..
cuba buat kerja dengan hati terbuka dan ikhlas, seksa macam mana pun, pasti rasa mudah kerja tu..

nak marah pada kucing..
kucing tu bukan boleh berfikir pun..
kita yang ada otak ni la kena guna sepenuhnya..
apa salahnya buat baik pada sesama makhluk..
kucing2 tu bukan ada sape2..
diorang bukannya ada keluarga..
nama lagi kucing jalanan..
bukannya ada sekolah kucing..
nak ajar kat mana nak berak kat mana nak kencing..

elok la tanggal ajer tudung tu..
takyah la pakai tudung kalau hati tu busuk hitam legam..

p/s ~
kalu kerja ikhlas..
gaji ciput camna pun..
tetap berkat..
tapi kalu kerja tak ikhlas..
gaji 5 angka pun..
pasti masih rasa tersepit..

26 July 2010

Khas Buat Suami Tersayang..jika kamu membaca ihiks..

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know

You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you
I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife husband and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah

Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I, I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

kredit kepada Maher Zain
For The Rest Of My Life

24 July 2010

tiada tajuk

salam sabtu :)
lama tak menulis..

banyak perkara terjadi dalam beberapa minggu ini..
dan Alhamdulillah semua perkara tersebut merupakan perkara yang membuat hati berbunga riang..

bermula dengan suprise party encik suami yang aku usahakan bersama rakan baik..
membeli hadiah buat suami tersayang..
tali pinggang, dompet dan jam tangan :)
sangat gembira melihat encik suami yang sentiasa tersenyum selepas sambutan hari jadinya yang ke 3 series..
tak lepas2 pegang tangan aku sambil mengucapkan terima kasih..
katanya tak pernah lagi dia menyambut ulang tahun kelahiran seperti ini..
seperti yang aku selalu katakan padanya..
i will do only the best for you :)

masih terkejut katanya :)

seterusnya pada 16 Julai yang lepas, aku ke Ampang Puteri untuk memeriksa keadaan bayi dalam kandungan ini..
Alhamdulillah..sangat positif..
bayi aku dikatakan Normal and Healthy..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
tiada apa yang lebih baik daripada kesejahteraan bayi dalam kandungan ku ini..
syukur pada Tuhan..dan terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan bayi ini..
Allah saja yang boleh membalas budi kalian semua..terima kasih..

dan sekarang..
secara jujur..
aku katakan bahawa aku sudah kembali bersemangat..
aku telah kembali fokus..
fokus pada kerja yang aku rasakan terlalu bermasalah sejak aku mula sakit dahulu..

unit aku dikatakan bergerak perlahan..
unit aku dikatakan unit yang paling tidak pro-aktif..
unit aku dikatakan unit yang paling tidak memberi sumbangan kepada bahagian..

jujur aku katakan semuanya buat aku tertekan..
jujur aku katakan semuanya buat aku sesak nafas..
hanya pada suami dan rakan terdekat serta kaum keluarga tempat aku mencurah perasaan..
dan kerana itu juga aku jarang menjenguk ke sini kerana aku rasakan seperti aku tidak mampu untuk mengendalikan semua perkara dalam satu masa..

aku rasakan bahawa akulah pekerja paling tidak berguna buat agensi..

namun, dengan semangat kental yang bayi ini tunjukkan pada aku, tetap sihat dan kuat walau diduga Tuhan semenjak dalam perut lagi, buat aku malu sendiri pada bayi yang masih belum melihat dunia ini..
dia kuat melawan dugaan..sementara aku semakin lemah dalam arus dunia..

aku kembali tunduk memandang bumi..memikir kembali strategi untuk bangkit..

pertama sekali,
ya unit aku..
aku harus jadi ketua yang baik buat anak2 buah aku..
aku harus berusaha agar unit aku dikatakan setanding dengan unit2 lain..malah lebih baik insyaAllah..

beberapa rangka strategi telah aku susun..
beberapa jadual telah aku atur..
insyaAllah..dengan semangat bayi kecil ini, aku akan gagah melangkah di tempat kerja aku nanti..

terima kasih atas semua dorongan mu wahai suami yang sangat aku cintai..
terima kasih atas semua kata2 semangat mu wahai rakan2 yang aku hormati..
terima kasih atas semua doa wahai ibu,abang dan adik2 yang aku kasihi..

p/s ~ 
telah mula membina hubungan baik dengan peringkat pengurusan tertinggi..
jaga2..
wanita kembali..!!

05 July 2010

bengkel ibu mengandung

salam kalian.
ahad lepas, berkesempatan ke satu bengkel antenatal anjuran huggies.
sangat best.
sangat berinformasi.

aku ketahui mitos-mitos penjagaan bayi.
cara berpantang.
yoga dan pilates akni senaman ringan buat ibu mengandung.
dan banyak lagi.

ada sharifah aleya disana.
berkongsi pengalaman beliau.
turut berkongsi info ialah nurfarahin jamsari.

sangat best.
ada pertandingan menukar lampin.
encik nazri turut serta.
tapi katanya disabotaj. *wakakakaka*
katanya diberi lampin pakai buang yang telah dipakai.
tak boleh dilekat. *wakakakaka*

tapi kami dapat juga bawak pulang starter kit iaitu doorgift untuk bengkel tersebut.
dan satu lampin pakai buang huggies for newborn pek kecil hasil jawapan kelakar encik nazri pada soalan kuiz yang diberi leya. *wakakakaka*
jadilah kan hehe.

jadi. masa untuk berkongsi gambar. *senyum*










p/s ~
bestkan :)

04 July 2010

OK!!! FINE!!!

Argentina sudah kalah..
tiba2 pula semua orang sudah sokong itu Jerman..
takpelah messi..
gaji mu tetap berjuta2..
okelah..
tak jadi beli tv baru..


p/s ~
niat nak beli tv baru sebab nak tgk Argentina masa final..
:(
takyah dah beli..
:(

02 July 2010

kerana ini gambar..

salam Jumaat :)
mengota janji untuk cuba meng'hupdate' sebaik mungkin wakakaka..

okai, terus pada topik..

ini gambar terbaru aku..
gambar ibu mengandung pada masa 4 bulan kandungan hee..
dah buncit sikit kan kan kan..
but i loike...
dan kerana terlalu suka dengan gambar ini..
aku pun jadikan la profile picture untuk facebook aku..

Gambar Ibu Mengandung :)

keesokan harinya, untuk 2 hari berturut-turut aku dapat e-mail mahu berkenalan..
owh kelakar..
dari omputih lagi wakakakaka..

bila dipikir-pikir..
mak naik seram hahaha..
menggangu fikiran kah gambar mak ni hahahaha..
sampai dua orang sekali nak berkenalan dalam masa yang singkat..
owh mak risau..terus la buang gambar tu, letak gambar profile lain hehehe..

dua e-mail dibawah ini, aku dapat dari dua Mat Saleh yang nak berkenalan tu he..

kebetulan ja kot kan kan kan :)

tapi apa pendapat korang..
gambar tu tak keterlaluan kan?
ke keterlaluan juga?
rasa elok ajer berbaju kurung wakakakaka..
apa pendapat?
:)



E-mail satu


E-mail Dua

p/s ~ 
aku letak gambar di bawah sebagai profile picture..
lagi oke kan..
wakakaka :)

Gambar ProfileFacebook

01 July 2010

hidup segan mati tak mo

peribahasa di atas,
sangatlah sesuai untuk menggambarkan laman kecil ini kan hehe..
bukan apa..setiap kali buka laman ni..rasa macam dah hilang semangat..
hilang semangat menulis..
dan kadang-kadang rasa malu..
rakan-rakan lain sentiasa ada perkara nak diselatankan..
tapi aku takde idea langsung untuk diutarakan wakakaka..
dan kekadang malu juga..
komen tak berbalas..
rasa tak adil pada kengkawan semua..
mereka rajin datang melawat aku..
tapi aku jarang menjenguk rumah cantik mereka..
tapi masih, sekali-sekala aku jenguk ke rumah mereka..
walau hanya di tingkap..
dan tak pernah mengetuk pintu..

wokeh wokeh..
pasni cuba berjalan balik..

maaf sangat2 ye kengkawan..
nanti kita cuba exercise balik dengan berjalan-jalan riang kat laman rumah korang kay..

p/s ~
sentiasa sayang kamu semua :)
terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...