Tabungan

Showing posts with label running man. Show all posts
Showing posts with label running man. Show all posts

24 May 2014

Kerana Running Man ku ke Gangnam Station!

Itu sebab orang-orang tua selalu cakap -- 'jangan terlalu membenci, nanti jatuh sayang...' Ya! Itu yang terjadi pada aku haha. Dok kutuk adik aku, Putri kerana terlalu obses dengan Korea, akhirnya aku sendiri terjebak dengan dunia Korea. Tapi nasib baiklah tak terlalu extreme. Hanya ikut Running Man sepenuhnya dan masih memilih drama Korea mana yang aku nak tonton (yang ada hero pilihan saja hehe).

Kegilaan aku terhadap Korea, dah terlebih sehingga aku teringin nak mencuba makanan-makanan Korea. Mana tidak, bila tengok Running Man, dapat pula kalau game mereka berkaitan dengan makanan, aduh jadi gila aku. CRAVING!!

Jadi kisahnya tadi, kami nak keluar makan maka bermacam-macam idealah yang keluar. Makan itu, makan ini. Last-last Naz kata - 'nak cuba makanan Korea?' Yang aku terus google -- terus dapat satu kedai makanan Korea di Shah Alam iaitu Gangnam Station.

Aku dapat info tentang Gangnam Station dari blog Papa-NtiQ ni. Gambar-gambar dalam blog dia sangat buat aku dan Nazri lapar. Memang terus saja kami ke Shah Alam!

Kami ke Shah Alam berpandukan GPS. Dalam setengah jam juga perjalanan kami ke sana. Sampai saja di Laman Seri, masuk parking (untuk Sabtu dan Ahad -- sekali masuk RM1), kami terus park dan menapak cari kedai tersebut.

Mula-mula macam dah frust, sebab kami tak jumpa kedai tu di sepanjang deretan kedai kat situ. Tapi Naz kata jom pusing-pusing dulu. Last-last, kami jumpa kedai tu di deretan belakang. Nasib baik!!

Macam biasa -- tengok menu dulu. Disebabkan first time datang sini, jadi belek menu adalah sangat lama, walau pun dah study menu dalam blog Papa-NtiQ haha.

Last-last kami pilih menu C. Dalam menu C ada:

2 nasi
1 Nakji Bokkeum (Goreng Sotong Pedas)
1 Dolsot Bulgogi (Barbekue Setapak) *tak tahu kenapa translation-nya macam tu*
6 side dishes (boleh refill!!)
Harga - RM51

Lepas tu kami tambah Tteokbokki Rice Cake and Vegetables Simmered in Red Hot Pepper Paste atau bahasa pendeknya Kek Nasi.

Aku ni tak pandai nak bercerita -- cuma satu yang aku boleh cakap ialah -- makanan kat sini memang sedap. Nak buat perbandingan agak susah sebab aku tak pernah makan makanan Korea yang lain tapi kami memang gila puas makan tadi.

Tak rugi untuk cuba. Layanan pun mesra. Kedai bersih. Pasang lagu-lagu Korea. Dekat TV pasang Running Man. Meja penuh dengan gambar group K-Pop. Memang surrounding sangat rasa Korea. Enjoy sangat!!

Kalau nak tengok gambar-gambar lain Gangnam Station -- boleh jalan-jalan ke blog Papa-NtiQ :)

Untuk gambar-gambar kami, layan kat sini saja ya :)





tiba-tiba blur hehe


Happy 5th Anniversary in advance to us!!
Haha!!

Wahai suami.
Saya sayang awak. Susah senang saya nak bersama awak. Tak berduit sekali pun, kita harung bersama.
Kalau ada duit, kita makan makanan Korea lagi. Eh!!

Haha.

Next week nak sambut anniversary kat kampung pulak dengan family hehe. Mami, tunggu saya pulang ya :)


***

Dah makan banyak, gila tak risau. So malam ni kena telan Lechitin dengan Alfalfa. Apa? Makan Lechitin dan Alfalfa tapi aku masih begini? Eh, sekurang-kurangnya mak tak bertambah gemuk dan InShaAllah sihat. :) Apa itu Lechitin? Apa itu Alfalfa? Hubungi mak -- SID anda di area Semenyih, Kajang, Bangi dan Putrajaya :)







23 August 2013

Penyakit Baru - Demam Running Man @ Demam Korea

Maafkan aku. Aku dah cuba, tapi tak boleh. Mereka terlalu adorable untuk dilepaskan. Chemistry antara mereka sangat menjadi. Mereka tak hensem -- tapi mereka hensem. Gosh -- apa yang aku cuba sampaikan ni?

Macam inilah. Aku berterus-terang, aku dengan TIDAK sengaja telah memasuki territory Korea. Mungkin belum 100%, belum 50% juga sebab aku buat masa ini hanya follow Running Man sahaja. Aku dengan sukarela bagi pengecualian untuk Running Man.

Aku pernah bercakap pasal Running Man dalam entri aku yang terdahulu di sini. Dan ya -- sejak itu aku memang gila dengan Running Man. Kalau ada yang masih belum tengok Running Man, tengoklah -- memang tak rugi. Kalau tengah sedih, tengok Running Man (RM) -- mesti terhibur. Percayalah!!

Apa yang aku kagum tentang RM, tentang Korea, tentang mereka ialah -- sopan santunnya mereka. Dengan siapa pun, sentiasa hormat antara satu sama lain. Panggilan mereka antara satu sama lain. Cara pakaian mereka. Aku perhatikan -- dalam episod-episod awal RM, kalau mana-mana pasukan itu kalah, mereka akan dikenakan hukuman. Dan selalunya mereka kena pakai hot pants atau pun seluar pendek. Ni seluar yang betul-betul pendek. Memang kalau perempuan pakai memang seksi lah. Tapi aku perhatikan, kalau Ji Hyo kena hukuman tersebut -- diorang takkan suruh Ji Hyo pakai. Hukuman untuk Ji Hyo ialah pakai misai dan janggut palsu. Kagum aku -- diorang pun taknak Ji Hyo terlalu seksi dalam RM. Diorang betul-betul jaga Ji Hyo. :)

Okey -- cukuplah pasal RM. Kang muak pula kau orang semua kan haha. Yang pasti, cuba tengok RM satu episod. Kalian akan terikut sampai habis. Haha.


***

Masa aku keluar dengan Nazri, aku singgah Daiso. 









Daiso ni kedai yang jual barang dia semua pada harga flat RM5. Barang-barang dia semua comel-comel. Memang best masuk kedai Daiso ni. Memang tak sedar boleh shopping sampai berpuluh-puluh ringgit. Gila tak perasan. Barang comel-comel kot.

Aku memang purposely masuk Daiso sebab aku nak beli sesuatu. Aku nak beli --------


SARUNG TANGAN!! Korea sangat kan!!

Okey okey. Daiso adalah dari Jepun. Tapi still ------- Korea sangat kan!! (bagilah can pada aku) Hahaha.

Sekarang ni dekat pejabat aku, adalah sangat-sangat sejuk. Jadi aku memang terfikir nak beli sarung tangan. Kalau sejuk boleh pakai. Tapi, sejak aku beli sarung-sarung tangan comel ni -- pejabat aku tak pernah-pernahnya sejuk pula! Masa bila nak berangan pakai ni!! Grr.


Tapi sebenarnya -- keluar saja dari Daiso, aku dah pakai satu dah.


Comel kan?
Kasik can la sikit!!
Haha.




Pakai masa drive pun boleh.





p.s.
Putri, akak beli satu untuk kamu. Yang warna hitam putih tu. I love you!






30 July 2013

Running Man dan kesannya kepada Industri Pelancongan -- Acewah!

Nampak tak? Nampak tak? Tajuk pun dah cukup ilmiah. Nampak tak?

Haha.

Okey, jujur aku cakap, dulu aku cukup menyampah dengan adik bongsu aku yang gilakan Running Man ni. Tak dapat tengok kat Astro, sambung dekat Youtube (internet). Aku cukup tak faham dengan hobi dia tu. Sehinggakanlah satu hari nan indah nian tu, dia pasang rancangan Running Man depan aku.

Sejak itu, mimpi ngeri aku bermula.

Serius, sepanjang aku tengok rancangan tu, aku gelak tak henti - gelak terguling-guling ( ye saya serius ) dan gelak sambil tekup bantal ke muka. Berair-air mata aku ni tahan gelak. Serius memang best. No wonder, adik aku suka gila rancangan ni.

Dan ------ rupanya, aku memang ketinggalan zaman. Running Man is a phenomena! Dah dua tahun lebih rupanya rancangan ni bersiaran.

Rancangan ni simple -- dia ada misi, main macam kita main polis sentri, cuma misinya berbeza-beza dan lokasi pun berbeza-beza. Memang satu rancangan yang fun, tapi sebenarnya ada banyak juga pengisian -- contoh macam, sifat bekerjasama, bantu-membantu, toleransi dan ada la lagi akhlak mulia yang boleh diambil dari situ. Tapi ada juga la disulam dengan drama pengkhianatan apa segalalah. Penatlah nak cerita, tak aci aku gelak sorang-sorang. Korang kena gelak sekali.



geng yang sangat serasi



Berbalik kepada tajuk aku yang sangat ilmiah tu.

Sebenarnya aku tengok, Korea berjaya dalam usaha mereka mempromosikan Negara mereka. Secara tidak langsung, penonton yang menonton Running Man, akan kagum dengan keindahan tempat-tempat yang ada dalam rancangan Running Man tu.

Untuk memastikan teori aku ni betul, aku google statistik pelancongan mereka. Memang ada pertumbuhan! Kalau ambil dari tahun 2010 ke 2011 sendiri, kadar pelancong tiba di Korea naik 11.3%. Banyak tu tau, lebih kurang pertumbuhan sebanyak 1 juta pelancong yang masuk. 2011 ke 2012, naik lagi 13.7%. Memang berlumba-lumbalah orang nak pergi melancong ke Korea. 

Aku tak tahu la penonton lain, tapi aku -- serius aku kagum. Masa aku tengok rancangan tu, aku boleh terfikir, owh cantiknya bangunan tu, owh tempat macam tu pun ada kat Korea, eh pasar diorang macam tu kan, eh cantiknya decoration macam tu -- macam tu lah aku.

Bila diorang bawa ke lokasi-lokasi berlainan, memang secara sengaja diorang dapat promote tempat-tempat menarik untuk dilawati di Korea. Menjadi betul medium promosi diorang.

Okey, jom kita tengok apa ada kat Korea dan kita cuba tengok apa yang kita ada.

Kalau kat Korea ada  Namdaemun Market


Kita boleh bagi Pasar Siti Khadijah :)


Kalau kat Korea ada 63 Building & Han River Park

 
 Kita boleh bagi KLCC


Kat Korea ada Lotte World Theme Park


Kita boleh bagi Genting Theme Park
Banyak juga Malaysia boleh offer pada pelancong. Dan pelancong bukan bermaksud pelancong asing aje. Kita ni pun boleh dikira pelancong juga. Pelancong Domestik namanya. Banyak lagi tempat dalam Malaysia ni yang kita sendiri pun tak abis explore lagi kan? :)


Malaysia taknak buat Orang Berlari (Running Man yang di-translate) ke?
Boleh juga promote tempat-tempat menarik dalam Malaysia.
Hik hik.


p.s.
termimpi-mimpi pergi melancong ke Korea. 
Haish.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...