Tabungan

Showing posts with label Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Pregnant. Show all posts

10 June 2015

Pengalaman pregnant kali kedua.

Memang betul, bila kita mengandung, ianya tak akan sama dengan yang pertama even kedua atau mungkin ketiga kelak.
Memang berbeza.

Yang aku perhati, pregnant kali ini, aku jadi sangat malas.
Haha!
Buktinya - aku tak fokus pada Shaklee dan aku tak peduli pada blog.
Sunyi sepi aje kan.
Haha!

Dan salah satu sebab penyumbang kemalasan aku pada pregnancy kali ini adalah kerana aku selalu kurang sihat.
Mungkin faktor usia.
Umur dah 3 series, baru nak mengandung anak kedua.
So mungkin sebab itu badan jadi sangat-sangat penat.

Tapi serius, first trimester aku mengalami alahan yang agak teruk.
Badan aku sakit, pinggang aku sakit, kepala sakit, muntah, pendek kata semua SAKIT.

Second trimester, aku dah okey sikit tapi aku disahkan ada diabetes masa mengandung pulak.
Jadi aku dah start cucuk insulin.
Baby ada risiko untuk jadi SIHAT WALAFIAT dan itu membuatkan aku dah dijadualkan untuk beranak awal @ 38 weeks nanti.

Semalam, aku ada cek-up kat Hospital Putrajaya -- aku kena bebel dengan doktor.
Gula aku still tinggi walaupun dah cucuk insulin.
So dia bagi masa sampai this Friday, kalau tinggi juga -- jawabnya duduk dalam hospital biar diorang yang monitor.
So dia cakap kalau taknak duduk ward, sila beringat dan jaga makan.
Cian adik.
Mami teruk betul kali ni :(
Sorry sayang.

Selain daripada masalah diabetes aku, aku memang dari awal trimester dah disahkan ada darah tinggi.
So itu lagi satu sebab kenapa aku sangat penat.
Aku pun dah start medication untuk pastikan tekanan darah aku okey.
Masalahnye dah penghujung-penghujung ni, tekanan macam dah dekat2 border dah.
Jadi doktor Ampang Puteri pulak cakap, tak perlu tunggu 38 minggu, tapi cukup aje bulan which is 36 weeks aku dah kena ready untuk paksa beranak.
Sama ada induce atau ceaser, belum tahu lagi.

Aku pulak memang kerap rasa contraction skarang ni.
Aku sendiri dah naik konpius.
Ni baby ke atau contraction.
Tapi yang pasti, perut akan jadi sangat keras sampe aku rasa sengkak dan tak tahu nak buat apa.

Last week dah pernah masuk labor room sebab aku dah tak tahan sangat dan mengadu pada nurse, terus depa rujuk aku ke hospital haha.
Nasib baik laluan masih tertutup dan false alarm saja.

Soooo... itu je lah yang aku nak cerita (tak tahu la sape baca hahaha!!)
Yang pastinya, mengandung kali ini memang sedikit susah.
Tapi inshaAllah, susah dahulu senang kendian ye dak.

Doakan keselamatan aku.
Doakan keselamatan baby ya.
Tolong :)


02 January 2015

Rezeki Orang Mengandung

Aku pernah jumpa pasangan yang baru berkahwin tetapi tak mahu anak.
Alasan - muda lagi, nak honeymoon puas-puas dulu, baru nak concentrate jaga anak.
Ada juga yang kata - tak boleh ada anak lagi sebab kewangan tak stabil.
Dan excuse paling simple pernah aku dengar - tak ready nak jadi parent lagi.

Terus terang, selepas kami dianugerahkan dengan Qalesya Alia, aku juga pernah terfikir untuk tak nak mengandung lagi dalam waktu terdekat sebab kewangan kami sangat sangat sangat lah tak stabil.
Aku takut kalau aku mengandung lagi, kami tak cukup duit untuk anak yang akan dilahirkan nanti.
Nak fikir tentang taska, nak fikir tentang susu, nak fikir tentang diapers.
Banyak benda nak pikir, banyak benda nak pakai duit!

Tapi, aku selalu dengar orang bercakap tentang rezeki anak.
Anak ini sebenarnya pembuka rezeki.
Dengan setiap zuriat yang dianugerahkan olehNya, akan diturunkan juga satu jalan rezeki untuk kita.
Maknanya, setiap manusia yang ada kat muka bumi ni, punya cabang rezeki masing-masing.

Betul.
Aku kira ianya sangat sangat betul.
Bayangkan mak pak kita dulu, punya ramaiiiii anak, tetap cukup makan dan pakai sampai kita semua dapat dibesarkan dengan baik oleh mereka.
Jadi rasanya tak perlu berkira-kira bila mahu dapatkan anak.
InshaAllah dah tertulis rezeki untuk anak yang kita kandungkan ini.

Tapi, tetap ada satu situasi yang berlainan.
Situasi untuk pasangan yang benar-benar mahukan anak tapi belum punya rezeki untuk merasa kebahagiaan tersebut.
Stress jangan cakap.
Mana nak tahan mulut orang lagi - sibuk dok tanya bila nak dapat anak, bila nak dapat anak.
Bila berhadapan dengan situasi begini, berhati-hatilah.
Janganlah buat mereka ini berkecil hati.
Ingat senang nak dapat zuriat?
Ingat senang nak dapat anak?

Kalau dah tertulis mereka lambat atau mungkin tak punya rezeki untuk dapat anak, itu bukan salah mereka, itu sudah tertulis.
Siapa tak nak anak?
Cepat dengan lambat saja.

Macam aku, aku sebenarnya adalah jenis susah untuk mengandung.
Selepas 2 tahun dapat Qalesya, kami sendiri memang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Buat peneman Cha.
Tapi tak ada rezeki.
Tak dapat.

Sehinggalah sepanjang tahun 2014, aku memang ke hospital, minta nasihat pakar - untuk dapatkan anak.
Aku mengaku, aku  makan ubat.
Cuma aku tak sempat untuk teruskan treatment yang seterusnya sebab kekurangan dana (haha) dan juga sebab aku sibuk out-station time tu.
Tapi Alhamdulillah, still melekat, dapat juga aku pregnant walaupun treatment tak lengkap.

Hmm.
Tapi, ada juga orang sekeliling yang buat aku berkecil hati.
Pernah aku jumpa seorang perempuan, dia tegur aku, bertanyakan betul atau tidak aku mengandung.
Bila aku kata ya, dia pun jawab -- oo, menantu akak pun pregnant. Alhamdulillah, senang dia mengandung. Cucu akak yang first kecil lagi, dah nak dapat adik. Alhamdulillah memang senang dia mengandung, tak macam sesetengah orang tu, dok habis beribu-ribu cari pakar sebabnya susah nak mengandung. Nasib baiklah menantu akak tu senang nak mengandung. Tak payah nak berabis duit arah situ.

Hmm.
Sama ada dia tahu memang aku ikhtiar jumpa pakar semata-mata untuk mengandung dan memang niat nak perli; atau
Sama ada dia tak tahu dan memang lurus orangnya untuk terus bercakap pada aku tentang perkara yang memang aku buat tu.

Husnuzon.
Bersangka baik jela Ta.






10 minggu 3 hari

Semalam, rasa tak sedap badan - sangat sangat.
Sakit kepala dari malam hari, membawa ke siang, tidur sepanjang tengah hari, bangun untuk makan, tetap sakit kepala.
Aku sendiri rasa tak sedap hati jadi ajak suami ke klinik untuk cek tekanan darah.
Seperti yang dijangka, tekanan naik - 159/99.
Disebabkan aku mengandung, doktor agak risau dengan tekanan tu.
Kalau tak sebenarnya memang dia nak refer aku ke hospital.
Tapi aku tak nak, sebab esok (Jumaat) aku tak boleh cuti dan kena kerja.
Jadi katanya tak apa, esok lepas habis waktu pejabat dia minta aku datang semula ke klinik untuk cek tekanan darah.
Kalau tinggi juga memang dia nasihatkan untuk aku ke hospital terus.

Masalahnya, bulan ni aku akan tanggung kerja rakan pejabat aku.
Kalau ikut peraturan, bila kita tanggung kerja, kita kena bertugas selama 28 hari tanpa cuti rehat.
Cuti kecemasan dan cuti sakit boleh tapi tak melebihi 5 hari.
[Rujukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam]

Kalau boleh awal-awal ni, taknak la ada cuti.
Kot kendian ada kecemasan kan.

Tapi tak apalah, balik nanti aku akan singgah klinik.
Nak tahu juga tekanan darah untuk hari ni.

Risau juga.
Masa mengandung, tekanan darah tinggi naik adalah tak baik untuk kandungan.
Ada banyak penyakit yang berkaitan dengan tekanan darah naik ni, contohnya pre ekslampsia.

Minta tidaklah kan.

InshaAllah.


30 December 2014

10 minggu

Genap 10 minggu.
2 bulan 2 minggu.
Kalau ikut pregnancy apps ni, organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - dah pun terbentuk dengan lengkap dan berfungsi.
Alhamdulillah.
Semoga anak ini terus berkembang dengan sihat.

Makan.
Jangan sebut apa saja nama makanan depan aku sebab aku akan teringin dengan cepat.
Tadi, seorang kakak sebut pasal laksa.
Terus teringin laksa -- okey haha!
Nasib baik kawan ajak makan dekat PappaRich.
Order laksa -- memang terbaik!
Dapatlah lepas gian nak rasa laksa.
Hehe.

Batuk makin kuat.
Tapi kat opis takleh makan ubat.
Nanti kalau tidur, siapa nak tanggung?
Kesian boss aye.
:)

Tadi dapat jumpa boss dan terangkan tentang keadaan aku sekarang.
Alhamdulillah, beliau memahami.
Katanya, isteri dia mengandung, empat2 anak alahan teruk.
Jadi dia sangat faham dengan betapa teruknya kalau perempuan kena morning sickness.
Siap tadi dia buat lawak -- dia panggil aku ke bilik.
Dia telefon dulu dan tanya sama ada aku larat atau tidak nak berjalan ke bilik dia.
Aku gelak dan jawab masih kuat.
Bila aku sampai ke bilik dia, dia bagi aku satu coklat asam, katanya upah sebab berjalan ke bilik dia.
Haha.
Boss boss.
Kadang2 kelakar juga boss sorang ni.

Okey nak balik ambil Cha.

Bai!


16 November 2011

Catatan Buat Anakku Qalesya Alia : Pra-kelahiran

Assalamualaikum.
Ye. Dah lama mami tak menulis buat Qalesya kan.
Maafkan mami ye sayang.
Mami sibuk sikit kebelakangan ni.
Tapi, entri-entri biasa tetap mami tulis dan tag Qalesya kan.
*senyum*

***

15 November 2010

Setahun yang lepas, pada tarikh di atas, pada waktu petang, mami dah terpacak depan bilik Doktor di Hospital Pakar Ampang Puteri untuk pemeriksaan rutin.
Sebelum itu, sehari sebelumnya, mami dah pergi buat pemeriksaan kesihatan, dan ketika itu, darah mami naik, jadinya Doktor suruh datang semula pada keesokan harinya sekiranya masih tinggi tekanan darah.
Makanya, seperti yang dijangka, memang tekanan darah mami tinggi, 'border line' orang putih kata.
Jadi Doktor suggest pada mami dengan ayah, agar mami masuk hospital petang itu juga dan bersalin.

Mami dengan ayah dah terkedu, sebab kami belum sedia hehe.
Melihat muka kami yang terkedu mungkin, Doktor mencadangkan agar mami masuk hospital pada 12 tengah malam nanti dan bersalin pada keesokan harinya.

Ok. Yang itu mami setuju sayang :)
Kami balik rumah, bersiap semua barang, bersiap dari segi fizikal dan mental.
Dan malam itu, mami makan sebanyak mungkin sebab.....esok mami dah kena mula berpantang.

Sebelum masuk ke hospital, mami dengan ayah pergi ke rumah Mak Long untuk berjumpa dengan Opah dan mengambil air selusuh.
Dan tepat pukul 12 tengah malam, mami dan ayah dan siap berada di Hospital Pakar Ampang Puteri, tempat kamu dilahirkan.


***

akan bersambung...

mami semasa mengandungkan Qalesya

18 June 2011

GCB terBAIK!! McD Delivery HamPEH!!

hari sabtu.
hari penyambung malas.
hari konsistennya rasa malas.
hari berganda-ganda malas.
huish bahaya haahaa.

dan disebabkan malas juga, aku berkawan baik dengan McD Delivery nih. 1300-13-1300. haahaaa.
dan juga kerana GCB dah keluar balik. kenangan banyak dengan GCB nih.
makanan feveret masa mengandung dulu.

masa kerap ikut encik suami outstation ke Nilai, selalu beli GCB nih.
sebabnya McD punya restoran belakang hotel tu ajer heeee.
pastu, kitorang kerap bersahur dengan GCB nih.
sanggup meredah pepagi tu sebab nak pergi bersahur kat McD dan makan GCB.

maka dengan cekal hati, dan berbekalkan rasa malas yang bergunung-gunung, mak pun call la kawan2 kat McD Delivery nih.

sebenarnya aku dah sedia maklum, McD Delivery memang sangat LEMBAP!!
aku sampai pernah call balik pada operator McD Delivery nih, mengadu sebab LEMBAP sesangat.

dan hari ini memang aku rekod semua.
aku call diorang pukul 3.05petang.
aku sempat tertidur dengan Q masa sesi susu-menyusu.
aku bangun pukul 4.00petang dengan Q, tapi diorang tak sampai2 gak.
tadi katanya 45 minit, tapi ni dah 55minit.
wat de hek.
akhirnya mamat tu sampai pukul 4.20petang.
lama giler kan.
yang ada gastrik boleh jadi lagik kritikal kan.

tapi nasib baik kesedapan GCB dapat buat hati aku jadi sejuk semula haahaa.
terbaik la. masih rasa seperti dulu. memang terbaik.
dan kena gak pujuk diri sendiri.
sapa suruh malas sangat kan.
padan muko den sendiri!!!

p.s.
sesape yang kerja dengan McD atau bersahabat baik dengan mereka yang bekerja dengan McD,
sila ambil maklum masalah ini.

.ita kata.
malam ini mahu berjumpa dengan adik ceroi sekeluarga dari Teluk Intan :)

kredit kepada BFF saya Azhar Musyabri

16 June 2011

MENGANDUNG LAGI!!!???

serius.
2, 3 hari ni memang rasa tak sedap badan.
semalam paling teruk.
rasa pening2.
pastu dahaga memanjang.
duduk pening gak.
bangun lagi la.
mata dah rasa berat.
perut rasa tak sedap.
pastu asyik terbayang nasi lemak kat keramat AU2.
tetiba teringat, period lari bulan ni.

macam mana nak kejar?
bukan boleh kerjar kot?
susah hati skit.
ajak encik suami pergi Guardian beli pregnancy stick.
sambil jalan, tengok semua menda rasa nak makan.
halahai.

kat nurseri Q, ada sorang mummy ni, anak dia baru 8 bulan lebih kalau tak silap, and yet dia dah mengandung lagi, mungkin dalam 6 bulan lebih kot, sebab perut dia besarrrrr sangat dah.

*risau*

kat opis, ada sorang rakan sekerja mengandung lagik, dah 3 bulan katanya, padahal anak sulung dia lebih kurang Q gak besarnya.

*risau*

tadi baca FB, ada seorang kawan pun mengandung lagik. anak dia mungkin dah 2 tahun lebih kot.

*risau*

aku...
aku...
kalau boleh, tak nak mengandung lagik dalam masa terdekat.
yang first memang la nak cepat kan, tapi yang kedua ni rasanya nak kena rancang la kan.

sebab2 kenapa nak rancang:
1. trauma bersalin hari tu tak habis lagik;
2. kalau boleh nak jarak 4 ke 5 tahun;
3. kewangan tak stabil sangat;
4. nak cari rumah besar sikit, bagi anak2 selesa.
5. nak bg Q manja lama skit. leh hee.

owh lupa.
dah beli stick kan.

memandangkan semalam memang sakit perut.
ari ni aku MC. walaupun tak gi klinik lagik, dan masih senak kat perut ni.

owh lupa.
stick.

pagi tadi bangun. pergi toilet. buat ujian air kencing.

debar kot.

nasib.

baik.

positif. negatif.


owh mak lega.

bukan.
bukan mak nak menolak rezeki.
dan bukannya mak tak nak anak lagi.

tapi rasanya dengan keadaan sekarang, rasa tak sesuai untuk berusaha dapat sorang lagik.

kalau boleh, yang second nih,nak betul2 bersedia cukup dari segi kewangan dan mental.

masa Q dulu.memanjang sakit.

tapi Alhamdulillah, Q sihat dan sangat mudah dijaga.

betul kata orang, kalau kita susah masa mengandung, insyaAllah, senang nak jaga nanti.
macam Q sekarang, Alhamdulillah, orangnya tak banyak kerenah. syukur pada Tuhan.

tapi itulah.
rasanya, perlu bersedia dulu.
mental, fizikal dan of course poket!! :)


p.s.
syukur apa yang ada.
tapi kalau betul ada, mak tak kisah..
mak ok jer!!!!! :)



.ita kata.
serius sakit perut ni.
risau la pulak.
takut sakit lain pulak.
hadoi..


15 November 2010

QUICK UPDATE : SAYA SUDAH MAHU BERSALIN

salam sayang buat rakan-rakan blogger.

InsyaAllah malam ini saya akan dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri.
Akan di'induce' pada pukul 5 pagi.
Dan InsyaAllah hanya dengan izinNya saya akan bersalin mungkin esok hari.

Dengan ini,

saya dengan serendah-rendah diri, memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya menulis, mengomen atau menyibuk di ruangan indah anda.

saya juga mengambil kesempatan, sekiranya ada dikalangan yang mengenal saya secara peribadi, mohon halalkan makan dan minum saya seluruhnya.

jika ada juga saya terhutang mana-mana dan belum lagi dilangsaikan, silalah mengomen di sini dan saya akan pastikan encik nazri membayarnya untuk saya ihiks ihiks.

mohon doakan keselamatan saya dan bakal anak yang akan hadir ke dunia ini.

mohon doakan permudahkan proses ini buat kami berdua.

Salam Aidil Adha.
Salam sayang buat semua.

p/s ~ 
Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi.
Kalau ada umur panjang, saya nak jumpa kalian lagi.

*senyum*

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 4

Lagi sambungan terdahulu :)

Aku selesai melalui pembedahan tersebut pada pukul 9 malam lebih dan kurang.
Aku masih ingat, aku agak tidak waras *baca mamai*.
Yang pastinya, Encik Nazri katakan aku seperti orang gila.
Tidak berhenti-henti bercakap sebelum aku kembali tidur lena.

Kata Encik Nazri lagi, ibu tak henti-henti menangis.
Owh mami. Bukannya saya mati bu :)

Keesokan harinya, bila aku terjaga, Encik Nazri sudah sedia ada di sebelah aku.
Sambil tersenyum dia pegang tangan aku.
Katanya, semuanya sudah selesai. Dan bayi juga selamat.

Alhamdulillah. Pembedahan berjaya itu berjalan lancar dan bayi yang dilihat berada di luar janin sebenarnya masih teguh bertahan.
Dia mahukan aku.
Seperti mana aku mahukan dia. *senyum*

Aku ditahan selama 3 hari disitu.

Aku diberi cuti sakit selama 4 minggu.

Diberi cuti yang lama, agar janin dapat membesar dengan sihat dan selamat.
Itu kata doktor.
Berbayar beribu-ribu.
Jika kerajaan?
Owh aku masih kecewa.
Maafkan aku sekiranya bersikap prejudis.
Namun kekecewaan ku tidak mampu dibendung.

Walau masih, aku tetap ingin mencuba hospital kerajaan sekiranya aku diberi rezeki mengandung buat kali kedua nanti *senyum*

3 minggu, aku di Kuala Lumpur.
Dijaga sepenuhnya oleh Encik Nazri, namun minggu terakhir aku terpaksa pulang ke Ipoh kerana Encik Nazri mempunyai urusan kerja diluar stesen *baca out station*.

Sewaktu aku tiba di Ipoh, adik bongsu ku putri, baru sahaja mahu kebah dari penyakit cacar air.
Tidak sedar dengan risiko yang bakal aku hadapi, aku ditinggalkan dengan rela oleh Encik Nazri.

Dan kesilapan itu sedikit sebanyak mengundang dugaan yang seterusnya.

Aku kembali bekerja selepas seminggu bercuti di Ipoh.
Namun aku cuma sempat bekerja di pejabat selama 2 minggu bila aku dijangkit pula penyakit cacar air.

Sekali lagi, tidak sempat ke hospital berjumpa dengan Dr.Bee, aku segera ke klinik biasa untuk membuat pemeriksaan.

Aku menerangkan bahawa kandungan ku baru berumur 10minggu ketika itu.
Dan dengan selamba, doktor tersebut berkata, baik you pergi ke doktor yang biasa you buat check-up, sebabnya pada usia kandungan begini, selalunya doktor akan advise you gugurkan sahaja'.

Encik Nazri sudah tertunduk dan terdiam.
Aku masih mampu bersabar dan bertanya lagi.
Kenapa doktor kata begitu?

Dan dia menjawab,
'kandungan you belum cukup sifat. virus ini akan menjangkiti janin you. nanti janin you akan bermasalah. mungkin baby you nanti cacat, pekak, tak cukup sifat dan sebagainya. so baik you pergi jumpa doktor you. tiada apa yang saya boleh bantu.'

Ya. Ketika itu aku pula terdiam.

Kami keluar dari klinik, segera menelefon Dr.Bee dan meminta agar dia menunggu aku walaupun klinik akan ditutup pada pukul 1 dan ketika itu sudah pukul 12.45 tengah hari.
Dia bersetuju dan kami bergegas ke Ampang Puteri.

Berjumpa dengan Dr.Bee, sangat menenangkan.
Sedikit pun tidak menyarankan agar kandungan digugurkan.
Sebaliknya memberi pelbagai alternatif, nasihat dan dorongan agar aku kekal berfikiran positif di peringkat ini.
Katanya risiko pasti ada, namun peluang harus diambil.
Kekuatan dia menjadi kekuatan aku jua.
Positif dia, membuat kami jadi positif.

Slip ubat bertukar tangan, slip cuti sakit ku ambil sekali lagi.
3 minggu MC diberi.
Masa diberi untuk memastikan aku kembali sihat dan kandungan dijaga dengan baik.

Sekali lagi berpisah dengan Encik Nazri.
Petang itu terus dihantar ke Ipoh.
Aku juga tidak mahu memberi sebarang risiko kepada Encik Nazri.
Dia sudah menghidapi penyakit ini, namun tetap, aku tidak mahu dia sakit.
Jadi berpisah sementara mahu sihat, itulah keputusannya :)

Dia menghantar aku ke Ipoh, dan aku minta agar dia terus pulang ke Taiping, rumah emaknya.
Aku tidak mahu bersamanya sehingga aku benar-benar sembuh dan tidak mahu kesihatannya terganggu.
Dia akur.

Maka 3 minggu.
Tidak berjumpa Encik Nazri.
Dan 3 minggu juga, aku berdoa siang malam agar kandungan aku sihat sejahtera.

p/s ~
panjang lagi nih.
entri auto publish juga :p

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 3

sambungan dari yang terdahulu.

Seingat aku, sebelum aku sedar bahawa aku mengandung, aku sering berasa sakit di bahagian perut.
Maka bila sahaja disahkan mengandung, bila sahaja merasa sakit, aku mula berasa risau.
Kegagalan menjaga kandungan yang pertama, membuatkan aku sangat berhati-hati bila mana mendapat kandungan kedua ini.

Kerisauan aku tidak disimpan lama.
Aku terus merujuk kepada Dr.Bee, doktor yang menjalankan proses DnC sewaktu aku keguguran tempoh hari.
Tidak lagi mahu merujuk ke hospital kerajaan, aku mengambil risiko untuk terus berjumpa dengan beliau di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Berbayar. Mahal. Ratus-ratusan sekali perjumpaan.
Itu yang aku taburkan demi kandungan kedua ini.
Dan kerisauan aku bertambah-tambah bila sahaja perut aku diimbas.
Kata doktor, ada sista yang kelihatan di sebelah janin.
Namun masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.
Dia menyuruh aku untuk hadir semula ke kliniknya 4 hari lagi iaitu hari Sabtu.

Penantian satu penyeksaan.
Sabtu hadir jua, aku bergegas ke hospital sekali lagi.
Kali ini dia menerangkan segalanya dengan teliti.

Sista aku dikategorikan sebagai satu sista *baca cyst* yang besar.
Ukurannya ialah 4x5cm.
Ya. Aku setuju. Aku terlebih dahulu sudah mencari maklumat dalam 'internet' dan aku tahu sekiranya ia melebihi 4x4cm, maka pembedahan harus dilakukan.

Muka aku ungu. *senyum*
Seungu dompet aku.
Kosnya hampir 8 ribu Ringgit Malaysia.
Mana aku nak korek?

Kerisauan aku dikesan mudah. *senyum*
Kalau dah ungu, mana tak mudah kan?

Katanya dia boleh membantu.
Dia tahu aku punya insurans.
Dan katanya, serahkan saja padanya.
Dia akan bantu agar insurans aku membayar kos pembedahan ini.

Maka petang itu juga aku dimasukkan ke hospital.
Petang itu juga aku dibedah.
Petang itu juga insurans aku membayar kos pembedahan tersebut.

Dan buat pertama kali aku bersyukur yang aku punya insurans. *senyum*

Namun, sedikit kata dari doktor membuat aku muram sebelum dipengsankan.
Katanya, janin aku juga akan digugurkan kerana sista yang besar telah menolak janin aku ke luar rahim.
Dan sesungguhnya kandungan di luar rahim amatlah berbahaya.

Sekali lagi aku redha.
Masih tak punya rezeki untuk punya anak lagi.
Encik Nazri hanya terdiam, namun katanya, aku lebih penting dari segala-galanya.
Jika aku ada, semua pasti ok.
Dan dia mahu aku ada.
'Kita boleh cuba lagi sayang'.
Itu kata-kata Encik Nazri.
Kan ku ingat sampai mati.

p/s ~
entri auto publish.
cayalah ita :p

14 November 2010

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 2

sambungan entri yang lepas *senyum*

selepas kira-kira 2 bulan melakukan DnC [Dilatation and Curettage (D&C)], aku disahkan mengandung lagi.

itu pun sebenarnya dalam suasana yang macam....main-main saja *ketawa*
mana tidak, hari itu hari Jumaat. seperti biasa selepas keluar pejabat, sebelum pulang ke rumah, singgah di mana-mana kompleks membeli-belah untuk membeli barang-barang dan makan malam.

kemudian kami singgah di watson @ guardian... *tak ingat dah, senyum*
dan aku pergi ke bahagian yang menjual alat ujian kehamilan itu.
ku katakan pada Encik Nazri, 'abang, beli nak? saya dah 2 bulan tak datang bulan ni, maaannaaa laaa tauuu kotttt aadddaa reeezzeekkiiii....' kataku malas-malas yang disengajakan.
dan aku sambung lagi, 'tapi kan bang, esokkan ada 'tournament bowling'...kalau saya positif mengandung, abang bagi tak saya main?'
dan Encik Nazri dengan yakinnya menjawab, 'mestilah tak boleh, penat tau saya berusaha, kang pape jadi kang...'

dia pandang aku.
aku pandang dia.
sengih-sengih 5 saat.
aku terus beli dua alat ujian tersebut. *amik ko*

nak jadi cerita,
keesokan pagi, bangun untuk mandi segala, aku pun dalam keadaan yang masih mamai, terus la cari plastik barang semalam, ambil kotak alat ujian tersebut, koyak, ambil satu dan cuba.

......

positif.
aku menung sekejap dalam tandas.
positif.
tak pernah dibuat menda alah ni tunjuk tanda tambah gitu.
positif.
aku senyum sedikit.

keluar tandas, terus gerak Encik Nazri.

abang, kalau menda ni tunjuk tanda tambah, maknanya saya mengandung kan?
Encik Nazri menjawab sambil tidur, 'iye.' *pendek*
abang, kalau menda ni tunjuk tanda tambah, maknanya saya mengandung kan?
dan dia menjawab lagi, sambil tutup mata lagi.. 'iye.. tahniah..'

masih lagi kurang waras.aku terus ambil tuala dan mandi.

selepas mandi, aku gerak Encik Nazri untuk mandi segala pula.
sambil bangun dia berkata, 'yang, tadi saya mimpi, awak kata awak mengandung.'
dan aku terus tunjuk alat itu lagi sekali kepadanya.
dia yang terus dalam kebingungan, sengih, sengih, sengih, terus jerit, terus peluk aku. *bahagia*

dan terdiam, dan berkata. 'awak tak boleh main bowling la hari ini.'
aku kata, 'tak boleh bang, dah register, kesian budak2 team saya nanti.'
dia kata lagi, 'oke, boleh main, tapi jangan serius, baling saja ya?'
aku kata, 'oke!' *senyum*

rezeki baby, aku menang tempat ketiga, individu dan kumpulan.
hari itu, aku bawa pulang RM100 dan dua trofi.
ihiks ihiks.

seterusnya, aku ke klinik, untuk buat pemeriksaan lanjut.
ya benar.
aku disahkan mengandung.
7 minggu.

tapi itu bukan penyudah.
ada beberapa dugaan yang aku hadapi selepas itu.
dan seperti biasa.
kita simpan untuk entri seterusnya ya.
*senyum*

p/s ~
sempat ke nak sambung nih. :p

12 November 2010

mari kita ingat zaman dulu-dulu..PART 1

yakin sangat lah zaman dulu?

tak la dulu sangat.. *senyum*
sekadar nak mengimbas masa mula-mula disahkan mengandung dulu.. *senyum lagik*

masa kandungan yang pertama, sangatlah mencabar. hmm. mencabarkah? mencabar la juga. ^-^
masa itu, aku dah tak datang bulan mengambang selama 3 bulan lebih.
tapi masalahnya, bila buat ujian air kencing memang negatif.
akhirnya aku dan suami buat keputusan untuk pergi ke hospital untuk buat cek-up.
masa itu aku memilih untuk pergi ke hospital Kuala Lumpur.

biasalah kalau dah namanya hospital kerajaan, memang dari mula letak kad dah berjam-jam menunggu.
dah hampir sejam menunggu, baru dipanggil nama, itu pun rupa-rupanya sekadar untuk diberitahu bahawa aku diletakkan dalam perjumpaan yang seterusnya dalam masa 2 minggu lagi. *gila*

masa itu memang kecewa betul. memang keluar muka masam mencuka kedua-duanya. baik aku dan encik nazri.

tapi, 2 minggu kemudian, kami tetap datang semula.
dan selepas menunggu berjam-jam lagi, akhirnya dapat berjumpa dengan doktor.

masa jumpa, doktor tu sedikit pun tak pandang aku.
aku ceritakan semua simptom.
tak datang bulan.
selalu kencing malam.
perut macam buncit sikit.
dan tanpa pandang muka aku, dia suruh aku  buat ujian air kencing.
dan seperti yang dijangka, negatif lagi. kecewa lagi.
masuk semula bilik doktor.
dan paling tak boleh lupa.
dia kata pada aku.
'you makan banyak, memang la perut buncit'
O.M.G.
sadis.
boleh dia kata begitu pada aku.
dan seterusnya, dia beri aku pil perancang keluarga dengan tujuan untuk buat aku kembali datang bulan.
aku sangat sangat sangat kecewa dengan layanan tersebut.
aku keluar dengan muka masam mencuka, sekali lagi!
aku memang tekad takkan ke HKL lagi.

besoknya aku ke pejabat, berkongsi cerita tersebut dengan kawan-kawan.
mereka memberi cadangan agar aku pergi membuat imbasan *scan* di klinik swasta.
aku bersetuju. dan aku tak tunggu lama. petang itu juga aku ke klinik.
izinNya, memang benar aku mengandung, 5 minggu!
nasib baik aku tidak ambil pil perancang yang diberi doktor HKL itu. nasib!

namun kisah gembira tersebut tidak lama, sebulan kemudian, aku pergi membuat pemeriksaan di klinik yang sama, tetapi aku disahkan keguguran.
kandungan ku berhenti membesar ketika umurnya 6 minggu tanpa aku sedari.
aku dinasihatkan agar membuat DnC.
dan aku dirujuk semula ke HKL.
berdasarkan kisah silam, aku menolak dan memohon agar dirujuk ke Hospital Selayang.

petang itu juga aku terus ke Hospital Selayang dengan harapan agar boleh melakukan proses DnC tersebut dengan segera. malangnya, aku sekali lagi diletakkan temu janji 2 minggu lagi. gila! janin sudah mati didalam. diletak lagi temu janji 2 minggu? apa hospital kerajaan semua begini?

kecewa dengan tindakan hospital tersebut, aku dan suami terus ke Ampang Puteri. berjumpa dengan Dr.Bee Hang Wing.satu-satunya doktor gyne yang bertugas hari itu. dan aku terus diminta untuk datang keesokan harinya untuk proses DnC. aku ceritakan apa yang terjadi di Hospital Selayang, dan nyata dia kecewa kerana katanya janin tersebut sudah tidak bernyawa selama 3 minggu, jika dibiarkan rahim ku akan rosak dek asid yang dikeluarkan janin tersebut. MasyaAllah.

maka, keluarlah duit ribuan di situ, hanya kerana hospital kerajaan menolak kes-kes bodoh macam kes aku ni!

selepas proses itu.Alhamdulillah, rezeki datang lagi. aku disahkan mengandung, 2 bulan kemudian ^-^

yang itu, aku cerita dalam entri lain ya. perut sakit. mohon direhat.

p/s~
sat sat mami baring la ni.
ihiks ihiks.

hari ini hari jumaat. besok hari sabtu. lusa hari ahad. pastu hari isnin. isnin ada apa?

wah.
buat pertama kali aku buat entri dengan tajuk yang panjang.
dah macam nak wat satu entri kat tajuk tu saja *senyum*

minggu ini minggu berehat. *lagik2 senyum*
aku diberi cuti sakit dari isnin hingga hari ini gara2 kesihatan yang tak menentu.
maklumlah, dah kena marah dengan doktor kan ihiks ihiks.
maka habuannya. duduk rumah. rehat!
tapi tak. ihiks ihiks lagi.
aku mengikut suami ke Hotel Flamingo. dari selasa lepas sampai pagi tadi hee.
dia urusetia PTK kat sini. so dibawanya aku sama. tak mau ditinggal dirumah katanya.
so berehat kat hotel la aku selama 4hari 3malam ni.

selsema masih tak hilang.
sedutan udara tak bertambah maju pun?!
macam mana nak PUSH!
aku oke lagi.
cuma takut nak jumpa doktor. sure kena marah lagik.

isnin ni cek dengan doktor bee.
jumaat baru dr.wahab.

hmm.
pagi tadi, baby wat mak gabra nokkk.
dia tak bergerak.
aku ngiring ke kiri, takde respon.
aku ngiring ke kanan, takde respon gak.
meniarap kang baru tau.
tapi tak buat la. ihiks ihiks.
bagi rangsangan cahaya, letak lampu kat perut pun takde respon gak.
ketuk2 pakai jari pun takde respon gak.
takkan nak pukul paakai handphone kot? tak tak. belum kuar dah kena pukul hee.cian baby mami.

hmmm..gabra mak....
last2 pasang lagu kuat2 baru dia nak bergerak.
owh lupa anak mami ni macam mami gak, kuat karok!!?
tak caya? tgh scan pun mulut leh gerak2 tau wakakakaka.

anak mami ni lucu lah.
sayang anak mami.
jom kiter jumpa sayang!?
bila?
mami tak sabar la.

p/s ~ 
lagi dekat lagi tak sabar kan :)

10 November 2010

PERLU ADA TAJUK?

Salam.
sebenarnya dah tak tahu nak tulis tajuk apa pun.
so saja la wat provokasi cam tu kan? *gediks*

sekarang malam dah tak berapa boleh lelap.
bila baring, dah tak nampak kaki *senyum*
nampak bukit tingggggiiiiiii!!!! hahahaha..
manis sekali pengalaman ni.

dalam beberapa hari saja lagi, mungkin dapat jumpa anak ini.
ada rasa tak sabar.
ada rasa takut.
ada rasa masam manis.
erk.

tapi secara jujur, lebih kepada perasaan tidak sabar.
baik aku, atau nazri.
kedua-duanya dah tak sabar.

Semoga dipermudahkan perjalanan ini.
Semoga dilindungi kami keduanya.
Semoga kami berdua selamat menjalani proses bersalin ini.
Semoga bayi ini sihat walafiat datang ke dunia.
Amin.

p/s ~
mami tak sabar mahu jumpa kamu sayang.
jujur.

08 November 2010

NIAT HATI NAK MELUAH RASA, APAKAN DAYA BLOG TAK GLAMER NI PUN ADA ORANG GILA NAK KACO!

salam semua..

kalau diikutkan hati, dan merujuk kepada entri sebelum ini, aku katakan mahu menulis sesuatu yang panjang.
malangnya, rasa hati nak meluah rasa tu terbantut atas beberapa perkara yang tak diundang termasuklah campur tangan orang gila yang merosak mood menulis aku. *apa benda aku membebel ni*

pada sape yang membaca komen dalam entri terdahulu, pasti tertanya-tanya kenapa ada yang mengata dan mengutuk ayah aku sebegitu rupa. terpulanglah. orang gila jangan dilayan. betul tak? *serius, tu mmg orang gila, aku tak tipu*

jadi untuk entri kali ini, aku rasakan tak payahlah menulis luahan rasa tu dulu. biar redha dulu. kalau tengah marah, mmg syaitan senang nak merasuk. memang senang nak hambur kata2 yang sememangnya kadang2 diluar jangkaan masing2.

yang pasti, minggu lepas, minggu yang amat menyesakkan dada.
melihat mami menangis.
melihat ayah menangis.
melihat semua orang kelam kelibut.
dan rahmatnya, penyatuan semula satu keluarga yang dah lama berpecah belah sana sini.

benar.
setiap musibah pasti ada rahmat.
dan ku harapkan rahmat ini berpanjangan. amin.

minggu lepas, aku sedikit emo. ditekan sana sini. tidak pernah rasanya menaip sambil mengigil tangan. menahan marah yang meluap-luap.
tak pernah rasanya menangis dalam hati. mahu menangis secara nyata. tapi aku tidak mahu dilihat lemah. namun sakit tetap sakit, dipanggil budak satan. dan yang turut menjadi mangsa, anak dalam kandungan ini. beluum lagi menjengah dunia, namun dah didoa yang bukan2. hati mana tidak sakit?

hasilnya. tekanan darah ku naik. 130/90. dan aku mendapat sakit. selsema. sakit kepala. batuk. demam.

tadi, ada pemeriksaan kesihatan seperti biasa.

mula2 buat CTG. anak ku sihat. ALHAMDULILLAH. jantung nya sihat. dah dikesan ada bebarapa kontraksi. maklumlah kandungan dah berumur 36minggu 5hari.

kemudian berjumpa dengan dr.bee..
baby dah berat 2.9kg. sihat. pipi makin kembang. sentiasa bermain mulut. comel. sungguh comel. walau hanya dihubung dengan skrin hitam putih, ku yakin bayi ku comel. *senyum*

dan paling tak tahan, berjumpa dengan dr.wahab.
kenapa tak tahan?
sebab kami suami isteri kena marah daaaaa.

katanya.
"kamu sekarang dah 36minggu. dah nak bersalin. kalau kamu tak jaga kesihatan, bagaimana nak bersalin? jangan main2. ini anak yang pertama. kena jaga dengan baik. nak bersalin ni macam nak pergi berperang. kena ada stamina. kalau mak sakit, baby sihat, tak guna juga. kalau baby lahir ke dunia, tapi mak tak bernyawa, apa keseronokannya? dengar cakap saya. makan semua ubat yang saya bagi. kamu sakit kerana tak mengikut prekripsi yang saya bagi. jangan main2. kamu kena sihat. saya bagi kamu masa 2 minggu. kiter jumpa lagi nanti. saya nak pastikan kamu sihat sebelum kamu lahirkan anak pertama ini. ingat pesan saya. makan ubat. jangan main2. jangan malas. suami kena jaga isteri. kalau dia taknak makan, kamu kena marah dia. boleh encik syaiful?"

owh panjang marahnye. aku tergamam. tak pernah kena marah dengan doktor sebegitu rupa. adakah mungkin kerana aku bayar beratus-ratus baru aku dijaga sebegitu rupa. *tak baiknya pikir begitu!* aku rasakan mmg kerana dia doktor yang sangat2 bertanggungjawab, maka sifat prihatinnya sangat2 terserlah.

encik nazri dah senyap, marah ke aku kerana kena marah dengan doktor. sowi la yayang.. huhu.

keluar dari bilik dr.wahab, kami kena marah lagi dengan pembantu dia. pembantu dia kata, dr. sangat kecewa kerana aku tidak makan ubat seperti yang dipesan. kata pembantunya lagi, dia pasti sangat kecewa kerana dia jarang menyuruh pembantunya itu untuk menyampai pesan kepada penyakit dikaunter. ihiks.

owh.maafkan saya wahai doktor. saya pasti takkan berlengah makan ubat lagi. saya akan habiskan ubat ini semua. maaf. maaf. maaf. saya tahu. ini semua untuk kebaikan saya dan bayi saya. maaf. maaf. maaf.

p/s~
aku mahu makan ubat.
sedut ubat asma.
sat.
jangan kacau.
nanti kena marah ngan doktor lagi.
*senyum panjangggggggg*

22 October 2010

RASA MACAM DAH DEKAT AJER??MARI KITER MENGEMAS LAH||AHAKS

semalam agak emo..
pikir bukan2 bak kata adik Miss ihiks..
hari ini cuma tenangkan fikiran dengan mengemas bilik di pejabat nih..
maklumlah..nak tinggalkan lama..
walaupun tak layak nak dapat 90 hari..
tapi 60 hari tu still lama la jugak kan kan kan..
so harus lah tinggalkan opis dalam keadaan bersih..

hari ni tetiba datang mood mengemas..
lagipun rasa lega sikit lepas cek darah tadi..
kencing manis takda..udah normal..bacaan 5.1 sahaja..
b.p darah 120/90.. yang atas dah turun, yang bawah masih tak berapa oke, tapi kesimpulannya doktor kata oke, u kena banyak berehat..:)

so hari ni mood bekerja kurang ada, lagipun ada kerja yang dah siap, dan ada kerja yang tak berapa urgent..
maka boleh lah mengemas sikit bilik ni yang dah macam tongkang pecah..
kalau orang datang sini memang orang kata kesian la ini budak hee..
dah macam lawyer hee..

aku di Tourism ni bekerja dalam unit Tatatertib.
makanya pendek kata, unit yang dibenci orang lah hee..
asyik nak kenakan tindakan tatatertib ajer..
sape suruh cari pasal mehhhh :p

setakat 2 tahun lebih kerja kat sini memang macam2 pengalaman dah dapat..
kes terbesar pernah dan masih aku uruskan ialah satu kes pecah amanah yang melibatkan SPRM..
memang payah..
sekarang dah sampai peringkat terakhir..
peringkat rayuan..
dan pengerusi jawatankuasa tersebut ialah Menteri kami..
aduyai..
pengalaman tuh, tapi mungkin tak sempat nak bersidang sama sebab mungkin masa tarikh bersidang aku pun dah meletop weeeeee..

skang ni masih ada beberapa kes-kes biasa dan akan bersidang lagi..
nampaknye semua kena turunkan pada assistant sekarang ni hee..kena prepare dari sekarang..

tapi tu la..
kesimpulannya..
aku ni dah berkemas-kemas dah ni..haih..
dah dekat ker?

p/s ~
anak mami masih menendang..
"belum la mami!!" :p

21 October 2010

BELUM PASTI LAGI::HATI MAKIN PUSING::KALAU AKU MATI,TOLONG JAGA NAZRI::KALAU TAK::AKU JADI HANTU::WAKAKAKA::

::PAGI TADI::
pergi kerja macam biasa dengan Encik Nazri.
pasang HOTFM. ntah lagu apa ntah tadi.
tapi Encik Nazri seronok sangat.
sekejap2 dicuitnya hidung aku.
sekejap2 meliuk-liuk badan dia ikut rentak lagu.
sekejap2 dicuitnya tangan aku.
sekejap2 dijelingnya aku ditepi.

'seronoknya dia?' usik aku.
'semalam awak takde, bosan..ari ni ada orang teman, saya suka' jawab dia sambil sengih-sengih. :)

::MALAM SEMALAM::
aku terjaga tengah malam.
rasa tegang sangat perut.
bila ditengok perut aku, nampak senget sikit.
senyum kecil aku. apa menda la baby ni tengah buat.
bila kuusap, sambil ku bisik, mami sakit sayang. duduk elok2 boleh?
lepas tu perlahan-lahan perut ku kurang rasa tegangnyer. Alhamdulillah. baik dengar kata. :)

aku mengiring belah kanan. pandang Encik Nazri yang tengah nyenyak tidur.
tenang rasanya tengok muka dia. aku beruntung kerana punya dia sebagai teman.
tapi aku terfikir, adakah pernah dia rasa perkara yang sama?
dan aku terfikir, mampukah aku hidup kalau dia tiada.
dan bagaimana hidup dia jika aku tiada.

aku mula terbayang saat2 aku bersalin nanti.
selamatkah aku?
dapatkah aku bawa bayi ini kedunia dengan selamat kedua-duanya?
kalau aku terpaksa bersalin secara ceaserean, kalau aku dibius, then tak bangun2, camner?
kalau aku bersalin normal, tapi banyak tumpah darah, camner?
kalau aku mati, nazri camner?

sape nak teman dia gi keje?
sape nak teman dia bangun malam2 wat keje?
sape nak gosokkan baju dia?
sape nak masakkan makanan untuk dia?
sape nak urut kepala dia masa dia tengah sakit kepala?
sape nak pujuk dia masa dia tengah susah hati pikir banyak kerja?
sape?

pusing kanan renung muka nazri balik.
senyum.
tertidur.

::PAGI TADI::
teringat malam semalam.
tetiba rasa sayu.

p/s:
Ya Tuhan,
aku sayang Nazri.
Lindungi aku.
Tolong.

20 October 2010

NAIK LAGI

semalam, tengah hari..
tengah berdiri, pastu rasa pusing-pusing..
sempat pegang dinding, bersandar kejap..

lepas makan, kepala makin rasa berat.
badan dah rasa seram sejuk, panas berpeluh walaupun kipas besar gedabak duk tepi..

tak tunggu lama, aku turun ke tingkat 6, cek darah kat situ.
seperti dijangka, naik balik 140/90.
kaki dah bengkak sikit, berat naik lagi 2kilo, pastu doktor cek urine ada kencing manis.

doktor suruh balik rehat, tapi sape nak hantar aku balik?
aku pun minta agar MC tersebut dikeluar untuk keesokan hari iaitu hari ini.

maka kesimpulannya, aku MC hari ni.
tengah rehat.

p/s ~
kawan aku kata
kekadang, kite kena sedikit selfish.
kite asik pikir pasal keje,
tapi kalau ada pape jadi pada kiter, ada orang2 kat opis tu nak kisah pasai kiter?
hmmm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...