Tabungan

Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts

13 September 2013

Segmen Jom Kongsi Ilmu #2 - Maksud Bacaan Dalam Solat

Tadi aku dah kongsikan maksud Doa Iftitah. Jadi kita teruskan dengan maksud bacaan dalam solat yang lain.



Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.




Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,
ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku petunjuk,
selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Semoga mendapat berkat ilmu yang kita kongsi bersama-sama ini.
In Sha Allah.







10 June 2013

Shaklee tawar peluang pendapatan!!



PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.

Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.

"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.

"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.

"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.

Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.

Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.

Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.

Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.

Sumber - Utusan.


***

Memang tak dinafikan zaman sekarang ni, kita sangat-sangat perlukan side income. Aku sendiri perlu jana pendapatan sampingan sebab aku rasa dengan pendapatan aku sekarang, aku memang takkan boleh survive. Dan atas sebab itu juga aku memilih Shaklee.

Jangan tanya aku kenapa aku pilih Shaklee sebab aku sendiri tak tahu kenapa dalam banyak-banyak jenama kesihatan, Shaklee juga yang aku pilih.

Mungkin kerana Shaklee salah satu jenama yang dah lama berada dalam pasaran kesihatan. Untuk makluman semua, Shaklee dah masuk pasaran sejak dari 1970-an. Mula bertapak di Malaysia dari tahun 1995. Jadi boleh bayang tak betapa kukuhnya Shaklee.

Dan satu yang buat aku suka Shaklee ialah sebab kebanyakan supplement dia adalah dalam bentuk pil. Sebab aku bab-bab minum ni memang lemah. Asyik lupa saja. Kalau pil, memang sekali jalan. Senang. 

Oleh kerana aku sendiri memang makan Shaklee, memang terasa perbezaan sebelum dan selepas ambil Shaklee, jadi aku decide untuk join Shaklee.

Masa mula-mula penglibatan aku, memang aku agak malas. Banyak kena marah dengan mami (mentor) aku. Tapi yang best tentang mentor aku ialah dia tak pernah give-up dengan anak-anak dia. Kalau malas sikit, dia mesti babap. Jadi aku sentiasa alert dengan promosi semasa Shaklee.

Shaklee pada aku memang menyeluruh, ada macam-macam set. Set paling glamer dalam Shaklee ialah set pantang dan set menyusu. Pada aku, set pantang dan set menyusu ni hot sebab kebanyakannya consume melalui pil sahaja. Memang tak renyah. Aku masa pantang dan menyusu pun memang ambil Shaklee dan Alhamdulillah Cha menyusu sampai umur dia hampir 2 tahun. Walaupun aku ni tak banyak susu, tapi Alhamdulillah dengan pengambilan set menyusu Shaklee secara konsisten, susu aku sentiasa ada untuk Cha.

Dan sekarang ni aku tengah NAK cuba set kurus Shaklee.

Again, kenapa Shaklee? Sebab aku cuma perlu consume pil-pil dan hanya satu jenis minuman sahaja. Yang minum tu pun inshaAllah boleh masuk tekak aku sebab dia ada flavor.

Aku rasa teringin sangat nak cuba sebab aku rasa memang logik langkah-langkah nak kurus dalam set ni. Sebab dalam set Shaklee dia tekankan tiga peringkat.

Peringkat pertama -- membakar;
Peringkat kedua -- membuang; dan 
Peringkat terakhir -- membina.

Untuk peringkat pertama, ada dua pilihan sama ada nak makan Lecithin atau Omega. 



Sebab kedua-duanya memang bertujuan untuk memecahkan lemak dan kolestrol. Dan aku mungkin akan ambil Omega sebab husband aku makan Omega sahaja, dan dia memang bertambah kurus sekarang ni. Pfft! Kurus sorang-sorang, menyampah aku!!

sebelum -

ini masa Cha umur setahun. Maknanya tahun 2011. perut tu sorok sikit bang.
 
sekarang - 

terima kasih kerana jadi model tak berbayar saya hehe

Fit-kan badan dia? Nak tahu macam mana boleh fit? Itu peringkat ketiga -- membina. Tapi sebelum pergi ke peringkat ketiga, aku cerita dulu peringkat kedua iaitu membuang.

Untuk membuang lebihan toksik dan lemak yang dah dibakar tadi, ada dua pilihan juga, sama ada Alfafa atau Herb-Lax. Dan untuk itu, aku pilih Alfafa sebab kalau jenama kesihatan mana-mana pun, memang untuk detox, orang akan suggest Alfafa.



Dan peringkat terakhir iaitu -- Membina. Kenapa membina? Sebab bila kita dah kurus (hopefully) -- akan ada lebihan kulit yang menggeleber. Jadinya, mana-mana kulit yang menggeleber ni, protein akan membantu untuk lebihan ni membina menjadi otot. So jadi fit la macam laki mak tu ha.

Pun ada dua option iaitu ESP atau Cinch!




Dalam hal ini, mak nak try Cinch sebab laki mak dah minum ESP tu, so bolehlah kami tukar-tukar rasa :)



Jadi mak dah determine, untuk set kurus -- mak akan ambil Omega, Alfafa dan Cinch.

TAPI!!! Kalau korang ada bajet lebih, memang elok kalau ambil complete set. InshaAllah result lebih baik.

Apa-apa hal pun, mak akan update dari semasa ke semasa pengembaraan mak untuk kurus ni.

Wish me Luck ya!!!


Hik hik.






Kalau nak bersama-sama dalam Shaklee, telefon saja mak. Mak sedia melayan hehehehe.



Janji mesti ditepati!

Assalamualaikum.
Salam 1 Syaaban.

***

Kelebihan Bulan Syaaban.


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Sumber dari Dakwah.

***

Semalam mak janji akan cerita pasal SHAKLEE kan.

Okey, janji akan ditepati. Bagi mak buat kerja sekejap. Tengahari waktu lunch mak cerita pasal SHAKLEE ya anak-anak.


Jom-jom buat kerja :)



04 June 2013

Bila mak mentua berpesan.

Lewat petang tadi, aku terima SMS dari mak mentua aku.
Satu ingatan yang baik maka aku panjangkan buat kalian, rakan-rakan maya.

Semoga membawa manfaat pada semua.
Semoga diperluaskan rezeki mak atas perkongsian ini :)






08 January 2013

kongsi ramai-ramai ayuh!

kadang-kadang kita tak perasan ini semua kan. nasib baik ada yang tolong kita ingat bila kita sudah lupa. nah aku kongsi di sini lagi. buat peringatan kita semua.

tapi sebelum itu, aku ada terbaca dalam blog lain, mengenai ketam ajar anak berjalan. mahu ajari orang, tapi diri sendiri terkapai-kapai.

jujur aku katakan, aku sedang belajar memperbaiki diri. aku mahu memperbaiki diri. jadi semoga dengan perkongsian, sedikit demi sedikit, aku sendiri terpujuk dan terus menerus ingat untuk memperbaiki diri.

ini tidak, sudah nekad memperbaiki diri, kemudian lalai dan terus lupa. namun, seandainya ada perkongsian indah sebegini, santai namun berharga, sekurang-kurangnya perjalanan yang dah sedikit tersasar masuk lorong kecil, kembali masuk ke jalan utama kan.

semoga kita terus tabah memperbaiki khilaf diri ya.

:)

terima kasih Doodle Dakwah atas perkongsian ini.




23 November 2012

Kelebihan 9 dan 10 Muharram

Hari ini 23 November 2012 adalah bersamaan dengan 9 Muharram 1434.

Sesungguhnya, ada banyak kelebihan pada 9 dan juga 10 Muharram ni.

Jom kita kongsi kelebihan hari-hari ini bersama-sama ya.

Ah. Sharing is Caring you olls!!


Semua ini - bersumberkan dari sini tulisan Budak Technician.


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).





Puasa "Asyura (hari ke-10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)





Wallahualam.
Mari kita sama-sama kumpul saham akhirat yuk!



















09 November 2012

Untuk bakal-bakal ibu : Petua Tanam Uri Bayi


pagi ini, terbaca mengenai perkara ini.
sudah mohon untuk dikongsi di sini.
nah, untuk pengetahuan semua ya.
Wallahualam.
Assalamualaikum kalian di pagi Jumaat.

***


Siapa yang selayaknya membasuh dan menguruskan uri tersebut? Orang yang paling layak adalah suami isteri tersebut. Kenapa suami? Bukan ayah isteri atau mertua isteri? Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tidak boleh beri orang lain buat tetapi fikir-fikirkanlah, bahawa uri itu dulu duduknya di mana dan keluarnya dari mana. Maka selayaknya yang menguruskan uri itu adalah suaminya. 

Seego, setinggi mana tarafnya suami, bila bab urus uri, suami yang kena buat . Cuma sekadar menjaga adapnya yang uri itu pernah tinggal didalam tubuh manusia. Telah pernah dikendong ditempat mulia. Sesungguhnya Islam itu menitik beratkan kebersihan. Tanamlah uri itu ditempat yang sebaik mungkin , elak dari digali binatang atau dihurungi semut atau digali orang lain untuk dipuja dalam amalan Ilmu Hitam. Uri itu adalah datangnya dari perut isteri , tempat duduknya anak kita. Sepatutnya kita lebih meletakkan nilainya di situ. Amalan-amalan yang kita rasa baik dan bukan dari amalan yang khurafat, tidak salah kita ikut.Ia bukanlah suatu masaalah yang besar.

Ini petua lama-lama Melayu asli. Bagi yang baru menerima cahaya mata. Isterinya baru bersalinkan anak maka Uri bayi dibawa balik kerumah. Sebaik-baiknya suaminya hendaklah ada air wudu terlebih dahulu sebelum memulakan pembersihan tersebut. Si Suami perlulah berpakaian yang bersih dan rapi serta menutup aurat sesetengah pendapat perlu di azankan sebelum di tanam kalau ikut panduan petua orang lama – lama ada banyak cara menguruskan uri lelaki dan uri bayi perempuan. Hukum menanam uri adalah harus. Jika anda hendak mengelakkan daripada dikorek anjing, gali lubang tersebut dalam sedikit sama seperti lubang hendak menanam pokok bagi mengelakkan daripada dikorek oleh anjing tersebut.

Lalu dicuci dengan air lalu yang bersih dengan air sambil berselawat atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW sepanjang pembersihan uri tersebut dengan menggunakan kedua-dua tangan dan sewaktu hendak menanam uri dimulakan dengan tangan kanan. Jangan bimbang dengan darah yang masih mengalir kerana darah itu tidak akan berhenti mengalirpun sebab ia kaya dengan darah. Caranya si suami hendaklah setelah cuci uri tersebut masuk ke dalam kain putih yang bersih. Kalau susah sangat hendak dapat kain putih gunakan saja kain napkin bayi. Masukkan sedikit garam, 2 - 3 asam keping, paku besi beberapa batang. Ikatkan kain putih tadi. Ditanam kawasan rumah yang berhampiran.

Seluruh bungkusan kain putih dimasukkan ke dalam tempurung atau periuk tanah hendaklah ditebuk di bawahnya. Kalau guna tempurung betina, jadikan bahagian yang ada lubang sebagai dasar bawahnya. Ikat bungkusan kain berisi uri itu. Masukkan bungkusan uri ke dalam tempurung betina tempurung yang ada lubang tu. 

Tutup dengan bahagian tempurung yang lagi satu. Gali tanah sedalam mungkin sedalam agak-agak tidak diberbau dan dikorek anjing nanti. Hendaklah ketika menanamnya kearah qiblat. Letakkan tempurung berisi uri dengan keadaan bahagian berlubang ke arah bawah tanah agar kandungan air dalam uri akan mengalir ke bawah tanah nanti dan agar senang ia mereput.

Ingat! di saat ini darah masih menitis keluar! fikirlah sendiri hendak buat macam mana. Cari kawasan tanah yang baik, bukan kawasan najis, kalau boleh depan kawasan rumah yang sesuai. Galilah sedalam 30 - 45 sentimeter. Masukkan periuk tanah atau tempurung yang telah berisi tadi ke dalamnya dan kambus. Sebaiknya selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW serta menghadap Qiblat dengan pakaian yang bersih sepanjang perbuatan tadi. Moga kelahiran yang baru itu mendapat rahmat dan berkat dari Tuhan seru sekelian alam.

***





05 October 2012

Penerima Anugerah Merdeka Award 2012

Pada 3 Oktober 2012 yang lalu, Pengerusi Anugerah Merdeka, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bertempat di Malaysian Petroleum Club KLCC telah mengumumkan tiga tokoh penerima Anugerah Merdeka 2012.

Tiga tokoh ini dipilih atas sumbangan cemerlang dan berpanjangan mereka dalam bidang masing-masing kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pengumuman ini dibuat setelah ahli-ahli jawatankuasa Pencalonan dan Pemilihan membuat pertimbangan secara menyeluruh, meneliti kelebihan dan ciri-ciri terperinci yang dimiliki oleh setiap calon dan akhirnya, mengenal pasti individu-individu yang ketara mengatasi calon-calon lain dalam kesempurnaan mereka sebagai seimbol semangat Merdeka.

Penerima-penerima Anugerah Merdeka Award 2012 adalah seperti berikut:

YBhg Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock


Kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Tan Sri Ong adalah seorang saintis, penginovasi dan perintis dalam penyelidikan asas minyak sawit dan telah merintis laluan bagi para saintis muda untuk menyokong industri tersebut melalui penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak sawit.


Professor Dr. Engkik Soepadmo 


Kategori Sumbangan Cemerlang kepada rakyat Malaysia
Dr Soepadmo adalah seorang saintis dan ahli ekologi dari Indonesia yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang secara khususnya menumpu kepada kepelbagaian spesis, struktur dan fungsi ekologi hutan hujan tropika yang kompleks di Asia, khususnya di Malaysia.
Beliau telah menemui 56 spesis tumbuhan dan pokok trpika baharu, yang mana 6 daripadanya adalah bersempena nama beliau.


YBhg Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul
Tan Sri Syed Naquib  telah dipilih atas sumbangan besar beliau dalam Islamisasi Ilmu dan Pendidikan Muslim Kontemporari. 
Beliau telah mencurahkan sumbangan yang besar kepada sejarah bahasa melayu moden dan kepada penyelidikan ilmiah dalam bidang islamisasi pengetahuan dan pendidikan muslim kontemporari, menulis 4 buah buku di peringkat antarabangsa, 26 di peringkat kebangsaan dan 30 artikel dalam pelbagai penerbitan.
Beliau juga adalah di antara 500 orang muslim paling berpengaruh di peringkat dunia.


Bagi tahun 2012, tiada anugerah diberikan dalam kategori Pelajaran, Komuniti dan Alam Sekitar.

Untuk yang tertanya-tanya apa itu Anugerah Merdeka, berikut adalah serba sedikit mengenainya.

Anugerah Merdeka diasaskan oleh PETRONAS, Exxonmobil dan Shell pada 27 Ogos 2007 untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada rakyat Malaysia dan juga warganegara bukan Malaysia yang telah memberi sumbangan besar dan berpanjangan kepada negara dan rakyat Malaysia dalam bidang masing-masing.

Nama Anugerah Merdeka ini dipilih bagi mencerminkan matlamat Ahli Jawatankuasa Oembentuk untuk memperingati erti sebenar kemerdekaan yang lebih  luas daripada takrifan konvesyenal berhubung kedaulatan negara. Ia mencakupi kemerdekaan dari sudut pemikiran dan semangat perjuangan yang merupakan faktor pemupuk kesedaran terhadap potensi dan perjuangan mencapai kecemerlangan.

Penerima Anugerah Merdeka akan menerima satu sijil, sebuah trofi dan anugerah wang tunai sebanyak RM500,000.










p.s.
aku berkesempatan menghadiri sidang media dan pengumuman yang dibuat oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di tingkat 42, Malaysian Petroleum Club KLCC!

nanti akan ada entri khas untuk pengalaman itu pula. nak cerita bagaimana boleh dapat pergi majlis ini.

best!

tambah best sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Shakiddo dan Dayah Keluh Kesah.

eee. bestlah!

harap-harap dapat jemputan untuk majlis anugerah ini nanti hik hik.

boleh jumpa mereka lagi!

eee. bestlah!

tunggu yaaaaaa.











28 September 2012

antara budak mandi bogel, camel toe dan Bajet 2013

aku rasa, blog aku ni, bukan blog lucah.

tapi carian 'budak mandi bogel dan camel toe' sangat mengelikan hati, usus dan pankreas aku.

okey-okey, aku mengaku aku ada buat macam tu.
oke bukan.
salah ayat.
aku mengaku aku ada buat ENTRI macam tu.
tapi sah-sah la bukan aku yang berbogel.

masa tu, aku tangkap gambar Cha tengah mandi. masa tu dia baru 3 bulan kalau tak silap. letak tajuk entri macam tu.

tapi tak sangka jugak ek, carian macam tu, boleh terlepas ke blog aku. haha.

dan tentang camel toe.
hahaha.
does anyone know what is camel toe actually.
hik hik.

better google it.
tapi taktau la kalau hangpa google, mai patah balik ke blog ni hehe.

takpa la.

mak bagi contoh camel toe okey.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oke ini camel toe yang sebenar.
tapi mak percaya, camel toe yang kau orang maksudkan adalah yang di bawah ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dah.
jangan tengok lama-lama.
mak nak bagi paham aje.
jangan pikir benda tak senonoh pulek!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan apa kena-mengena semua di atas dengan Bajet 2013?

takde pape pun.
sebab hari ni ada pembentangan bajet 2013.
itu aje nak cerita.

lalalala.

27 September 2012

Bajet 2013

tahun ini,

bajet aku agak merudum.

harap-harap,

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan buat kejutan gembira buat kami-kami semasa Bajet 2013 Jumaat ini.


bodek jangan tak bodek.





24 September 2012

maju bersama NuffnangX yo!!

apa-apapun, Nuffnang sebenarnya betul-betul buat aku kecewa.
sebab jujur aku katakan, dah hampir 5 tahun berblog, aku tak pernah dapat cash out duit nuffnang macam orang lain sebab duit aku tak pernah bergerak-gerak dari RM20.
seriyes.
aku tak tahulah mana salah blog comel aku ni, tapi itulah kenyataan..
Nuffnang tak sayang aku!

woha.

tak apalah.
aku berblog sebab aku suka lalalala.

meh la. nak citer pasal NuffnangX yo!

kita bagi point je la senang nak paham sikit kan. hik hik.

satu. NuffnangX ni sebenarnya satu aplikasi. 

boleh didapati dalam iPhone atau Android.

so pas ni, nak surf blog kengkawan adalah lebih cool dan bergaya dengan NuffnangX.

so basically, ini adalah aplikasi yang Nuffnang bangunkan khas untuk kengkawan yang gila blog dan punya handphone canggih maka penggunaan handphone canggih tersebut akan lebih bererti dan bermakna sekiranya dapat digunakan untuk berblog dengan pantas. ewah.

dan....... dengan NuffnangX, you alls boleh chatting dengan bloggers feveret you alls tau ahaks.

bestkan??!!

dan, aplikasi ni, walaupun untuk handphone canggih, tapi boleh juga bukak dekat desktop. fuh!


nice huh!

oke. mak pun dah install apps ni dalam iPhone mak. dia punya feed sebijik macam feed  yang kat desktop. kat situlah korang boleh komen like segala.

it just, korang kena follow balik bloggers favourite korang sebab dia taklah syncronize dengan blog korang dalam PC.

ke dah syncronized, or ada benda yang mak tak pandai lagi pasal nuffnangX ni.
let me know.
let us share ya!!

peace.

15 August 2012

4 perkara....yang korang tengok, terus dapat pahala.

aaaa...
teka teki teka tekok.
ulaq mati hisap rokok!!

aaaa...
teka teka teka teka.

apa benda/perkara/makhluk.... yang bila saja korang tengok, korang boleh dapat pahala??

iya.

ada empat perkara.

aaa...

apa dia...

jawab.

jawab.

oke.

mari kita tengok jawapannyaaaa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang pertama......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lautan..
Bila tengok lautan- Besar sungguh kekuasaanNYA hingga terasa diri amat kerdil sekali untuk bersikap angkuh terhadapNYA

yang kedua..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kaabah
Bila tengok Kaabah- Di sinilah sebuah tempat yang mempunyai keajaiban yang menakjubkan dan tempat persinggahan para Rasul dan umat baginda SAW. Pusat bumi dan pusat tumpuan seluruh hambaNya.

yang ketiga..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Al-Quran.
ada satu cerita tentang Al-Quran yang boleh kita kongsi bersama.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. 

dan yang terakhir..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
wajah mak dan ayah kita.

oke.
itu mak ayah saya.
korang semua pi tengok wajah mak ayah masing-masing ya hehehe.

buat orang yang derhaka kat mak ayah tu, meh nak habaq skit kat hangpa.
hangpa RUGI.
senang-senang tolak pahala sebab hangpa tak tengok wajah ayah mak hangpa.

kesian.



Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". (Riwayat Abu Daud).



sumber: sini

14 August 2012

kita semua berada di bawah 114A. apa itu 114A?

perasan tak?
kalau uolls buka Facebook, atau Twitter atau mana-mana laman sosial yang lain, semua orang sedang bercakap-cakap tentang 114A?

ada yang kata 'moh kita mansuhkan 114A!'
ada yang kata 'say no to 114A!'
rata-rata tak setujulah dengan 114A ni.
dan bagaimana pulak kita-kita ni, yakni para blogger termaktub bawah 114A ni?
moh kita kongsi yer.

melalui pencarian google, 114A ni sebenarnya satu akta.
siapa yang bentangkan akta ni?
siapa lagi kalau bukan menteri Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz.
disokong pula oleh YB Dato’ Dr James Dawos Mamit.
seksyen ini dah diluluskan pada 9 Mei 2012 yang lepas.
diwartakan pada 31 Julai 2012.

114A ni tentang apa sebenarnya?
sebenarnya, akta ni adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.

kenapa bloggers, peng-internet tegar tak berapa nak setuju dengan akta ni?

sebabnya, Seksyen 114A mengancam hak kebebasan bersuara dan menakutkan pengguna Internet supaya melakukan tapisan kendiri bagi mengelak sebarang tuduhan palsu di bawah Seksyen 114A. Blogger, sebagai contoh, mungkin perlu lebih menapis komen yang dibuat oleh pembacanya. Oleh sebab itu, Seksyen 114A secara tidak langsung mengekang perbincangan awam tentang isu-isu penting politik dan sosial; serta melindungi pihak berkuasa daripada sebarang penelitian awam. sumber

akta ni, sebenarnya dalam bahasa kasar, agak membahayakan kebebasan pengguna internet untuk lebih bebas bersuara. maklumlah, kat internet ni kan ke semua benda adalah 'tanpa sempadan' konon. semuanya lantang bersuara dan agak lepas cakap la kata orang-orang tua kan. jadi bila ada akta ni, kebebasan untuk bersuara tu agak tersekat SEBAB sekiranya, apa-apa jua isu, apa-apa jua entri yang korang tulis, apa-apa jua komen yang ada dalam blog korang, yang agak berbaur fitnah, atau berbaur politik, atau berbaur menghasut, atau apa-apa saja yang agak berbaur negatif, ha then korang kena bertanggungjawab. macam mana pulak korang yang bertanggungjawab? macam ni, kalau apa saja bahan fitnah tu, bila dijejak balik sumbernya, datang dari blog korang, atau datang dari rangkaian WiFi milik korang,then 114A akan mengandaikan ANDA YANG BERSALAH.

amboi.

susah ek.

macam mana kalau ada orang pakai line WiFi korang, tulis benda bukan-bukan, then bila disabit bawah 114A, teruk korang kena.

eh. nak tulis ni pun jadi takut dah.

oke. disebabkan kelemahan-kelemahan inilah, ramai yang tidak menyokong 114A.

sehingga hari ini, 14 Ogos 2012 diisytiharkan Internet Blackout Day.
kalau korang google tentang 114A, korang akan jumpa banyak web, atau blog, atau pengguna internet yang tengah menyokong kempen ni.

selamat berhati-hati dengan apa yang kita tulis.
selamat menggunakan internet dengan bijak.
selamat berhari raya.
eh.

nah amik kartun sikit.

sumber

sumber mengenai 114A




09 August 2012

tanggungjawab : Ceramah Ustazah Asni Mansor


debat mengenai tanggungjawab takkan pernah habis.
siapa perlu lebih bertanggungjawab.
lelaki atau perempuan.
suami atau isteri.
kerja atau keluarga.
tak. takkan pernah habis.
kenapa?
kerana setiap orang ada pendapat mereka sendiri.
dan setiap orang pasti akan mahu pendapat mereka yang betul.
iya. siapa mahu kalah.

tanggungjawab.
berat ooo.
kau tanggung kau jawab. itulah tanggungjawab. *pandai-pandai aje*

namun yang mana lebih utama?

setiap orang perlu bertanggungjawab.
perempuan, tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, kakak, adik, bla bla bla.
lelaki, tanggungjawab sebagai anak, suami, bapa, pekerja, abang, adik, bla bla bla.
eh sama banyak la?
:)

tapi mungkin berat tak berat saja yang membezakan.

kadang-kadang, kita dapat pasangan yang manja.
semua benda nak kita buat.
teringat aku pada satu pagi.
dengar HotFM.
bercerita tentang hero.
ada la sorang pompuan menelepon.
katanya - heronya adalah suaminya.
mana taknya.
dia kata, selama ni, bayar bil, bayar hutang, beli barang, hantar anak, semuanya laki dia buat.
jadinya, tiba-tiba suami dia kena pergi outstation.
so dia kena take over semua benda.
dah kelam kabut.
jadi dia kata, baru dia faham, susah rupanya nak jadi lelaki.
nak buat semua benda-benda tu.

aku. terdiam.
pada aku. serius?
ko tak pernah bayar bil?
ko tak pernah hantar anak pergi sekolah?
ko tak pernah beli barang.

ita. please. bersangka baik.

ok.

tapi.

kamon.

aku, mana dia sebut kat atas semua tu, semua aku buat sendiri.

macam sekarang.
pukul 4.00 pagi bangun masak untuk sahur.
pukul 6.45 dah kuar umah.
hantar Ca ke nurseri.
pergi opis sendiri.
balik dari opis pukul 5.00.
beli barang makanan.
ambil Ca dari nurseri.
sampai rumah pukul 7.00malam.
sambut laki depan pintu. 
berbuka puasa.

oke.
lepas tu collapse.
kadang-kadang aku memang berharap sangat laki aku faham kenapa dia gerak aku basuh berak Ca tapi aku buat tak tahu sebab aku memang penat.
ampun suami.

tapi, dia sendiri tahu jadual aku bermula seawal 4.00 pagi.
Alhamdulillah setakat ni dia sangat membantu bila waktu malam.
aku dah pengsan, dia yang melayan Ca.

namun, sekurang-kurangnya, tanggungjawab aku, mungkin dah lepas sedikit.
aku dah pastikan dia bersahur dan berbuka.
jadi, moleklah dia membantu hal ehwal Ca pula kan kan.

oke.

apa point aku sebenarnya.

owh ya.

point aku, ya masing-masing ada tanggungjawab.
tapi, sekiranya ada rasa tolak ansur, rasanya boleh membantu semua pihak.

aku banyak baca dalam FaceBook.
tentang 'jangan buat isteri macam orang gaji....kerja mengemas, membasuh, bla bla bla bukan kerja isteri tapi kerja suami....' lebih kurang begitulah kot.

tapi pada aku, kat situlah kita nak dapat pahala mudah.
ikhlas berbakti pada suami. awww. pahala manyak tuuu.
penat sikit kat sini takpe.
kat sana nanti, ganjarannya, masyaAllah..... beribu-ribu lemonnnn.

dan pada aku juga, isteri bertanggungjawab mengingatkan suami tentang tanggungjawab dia pula.
tanggungjawab pada Allah.
tanggungjawab pada Ibu dan Ayah.
tanggungjawab pada keluarga.

ini adalah apa yang Ustazah Asni ceritakan dalam ceramah yang aku hadiri semalam.

katanya...
kita sebagai isteri, kena ingatkan suami.... 'bang...duit mak abang dah bagi? bang....bila abang nak pi jumpa mak abang? bang...jangan lupa telefon mak ya.... 
buat macam tu pun, pahala.

kita juga sebagai isteri, kena ingatkan suami tentang tanggungjawab suami kepada Allah s.w.t.
'bang...tak pergi masjid hari ni? bang....hari ni abang ada sedekah kat orang tak? bang...esok kita puasa sunat sama-sama ya?
pahala.

itu tanggungjawab isteri.

tanggungjawab suami?

tak dinafikan, lelaki kena bertanggungjawab kepada keluarga. namun, masih keutamaan kita adalah ibu dan ayah.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

semalam, Ustazah Asni cakap, ibu dan ayah bukannya kita boleh beli kat pasar malam. takde gantinya. sementara ada ni, kita gembirakanlah hati mereka. sekali kita gembirakan mereka, masyaAllah, ganjarannya Tuhan saja yang tahu. jadinya, kita kena ingatkan suami kita agar melebihkan ibu bapa mereka.

cuba bayangkan, kita di sini. mereka di kampung.
kita sini makan KFC. mereka di sana makan ikan masin.
kita kat sini seronok jalan-jalan kat KLCC. mereka kat sana tak tahu buat apa.
mungkin jarak memisahkan kita.
tapi kalau berkesempatan, baliklah, gembirakan hati mereka.


Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”
Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”

oke.
cukup pasal itu.

aku cerita lagi tentang ceramah Ustazah Asni semalam.

lagi satu isu utamanya semalam ialah mengenai Kebesaran Al-Quran.

oke sebelum tu aku bagitahu awal-awal eh, semalam ceramah tu start pukul 11.00, tapi aku pi masuk pukul 12.00 sebab ada kerja. jadinya ada banyak info aku dah tertinggal. ini yang mana mak dapat aje. dan sekali lagi, apa yang mak tulis ni insyaAllah adalah apa yang mak dengar semalam sebab mak sempat buat note dalam tab.
sebarang hadis yang mak petik adalah hasil carian google untuk menyedapkan lagi isi okey.

oke.

Kebesaran Al-Quran.

Ustazah cakap semalam: Allah s.w.t. sangat cintakan orang yang menyintai Kalam Allah. cintanya Dia kepada umat yang menyintai Kalam Allah sehingga Dia beri banyak keistimewaan. antaranya tengok Al-Quran pun dapat pahala tau. tu belum baca lagi. kalau baca lagilah dapat pahala. tambah pulak kalau mengaji di bulan puasa, pahala tu tadi darab pula dengan 70 ganda. *keluar kalkulator*

sebab itu, Ustazah Asni berpesan, jangan tinggal Quran dalam hidup.
seelok-eloknya, sorang ada satu Quran.
suami satu Quran.
isteri satu Quran.
kalau ada 5 orang anak, lima-lima kena ada satu Quran.
tapi kalau anak korang baru umur sebulan, janganlah.. kang terbiar aje Quran tu.
bila dia dah mula boleh membaca, maka biasakan anak tersebut dengan Quran.

aaaa. baru boleh letak gambar ni :))
.
.
.
sumber

Ustazah Asni ada cerita semalam, ibu bapa zaman sekarang lebih malu anak tak pandai matematik, daripada tak pandai mengaji Quran.
dari kecil tak diperkenalkan Quran, macam mana bila kita tiada nanti, adakah nak baca sifir depan jenazah. takkan....? akan baca Quran juga. akan baca Yassin juga.

dan semalam juga, Ustazah Asni ada perdengaran bacaan Surah Toha kepada kami.
Subhanallah. meremang bulu roma. sangat syahdu. menitis air mata dengar Ustazah Asni mengaji.
kalau boleh aku nak kongsi, tapi aku tak sempat mintak izin pada Ustazah semalam. jadinya, mak tak berani nak letak kat sini. tengoklah kalau ada cara nak mintak izin, mak usahakan ye :)

aku semalam buat sedikit pencarian mengenai Ustazah Asni.
dan ini mengenai beliau.

hasil carian Google
"Di sebalik perjalanan kerjayanya dalam bidang dakwah di Malaysia, wanita berusia 34 tahun itu sebenarnya mempunyai cita-cita yang berbeza daripada bidang yang diceburinya sekarang. Memperoleh keputusan cemerlang iaitu pencapaian 11 agregat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sudah pasti Asni mudah menyambung pengajian dalam bidang yang diminatinya iaitu perubatan. Apatah lagi, sejak kecil, beliau memang mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor kerana menganggap ia satu pekerjaan yang mulia dan dapat membantu mereka yang berada dalam kesakitan.


Tetapi kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Sewaktu sibuk memerah otak ketika menghadapi peperiksaan SPM, wanita yang berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan itu terbaca sepotong hadis dan terus mengubah pendiriannya dalam memilih hala tuju masa depan.

Hadis yang berbunyi: "Barangsiapa yang menghafaz al-Quran, nescaya Allah akan memakaikan ibu bapanya di akhirat kelak dengan mahkota yang begitu indah dan bersinar cahayanya melebihi cahaya matahari yang menyinari dunia," ternyata berjaya meresap masuk ke dalam lubuk hatinya.

"Saya sendiri tidak menyangka betapa besarnya kesan yang diterima sebaik sahaja membaca hadis tersebut di dalam sebuah buku bertajuk Fadilat Al-Quran. Niat asal saya cuma untuk merehatkan fikiran selepas puas menelaah buku-buku ilmiah. Alhamdulillah, dengan ungkapan yang penuh indah itu, ia berjaya membuka pintu hati saya untuk bergelar hafiz al-Quran. Hasrat saya cuma satu iaitu menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa dengan memberikan 'hadiah' paling bernilai untuk mereka," ungkap Asni yang menetap di Bandar Baru Bangi.

Walaupun pada awalnya, niat Asni untuk beralih arah dalam jurusan tahfiz al-Quran dipersoalkan oleh anggota keluarga terdekat kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, namun beliau nekad.

"Ketika itu, saya merasakan semua orang berpeluang untuk masuk ke universiti, tetapi bukan semua orang dipilih Allah untuk menjadi hafiz al-Quran. Jadi, hasrat murni saya tetap diteruskan," jelasnya.

Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran melalui pengajian peringkat diploma di Darul Quran di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asni mengakui ia bukan satu tugas mudah untuk dilaksanakan. Banyak pantang larang perlu dipatuhi untuk bergelar penghafaz al-Quran. Ini termasuklah dalam aspek pemakanan dan akhlak diri. Menurut Asni lagi, apa yang paling penting adalah menjaga ketakwaan diri kerana dengan cara itu, ilmu dapat diperoleh dengan penuh berkat.

"Apa yang dimaksudkan dengan ketakwaan itu adalah kita perlu menjaga amal seperti solat dan membaca al-Quran, menjaga perangai atau tingkah laku serta tahu batas pergaulan dan adab dengan ibu bapa, sahabat mahu pun guru. Ia antara kunci untuk seseorang mencapai kejayaan dalam menuntut ilmu," jelas Asni lebih lanjut.

Bergelar seorang hafizah Quran, Asni amat bertuah kerana turut bersuamikan seorang hafiz Quran. Meskipun perkahwinannya dengan Ustaz Mohd. Nasir Rustam al-Hafiz, 36, diatur oleh abangnya sendiri, ternyata kebahagiaan tetap menjadi milik pasangan itu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata berusia antara empat hingga 10 tahun. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang dapat digambarkan kepada anak-anak comel pasangan bahagia itu."

sumber.


***

panjangnya.

bacalah sampai muak heeee :))

08 August 2012

Kembali Kepada Fitrah - Ceramah Bulan Ramadhan

Tajuk : Kembali Kepada Fitrah
Penceramah : Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah (Semanis Kurma)
Moderator : Ustaz Fauzi Mustafa (Al-Kulliyah)
Tarikh : 7 Ogos 2012 (Selasa)
Tempat : Dewan Serbaguna KPL

***

KEBAIKAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir,apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat
Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR. Muslim)



***

Semalam, tajuk Majlis Ilmu yang mak hadiri ialah Kembali Kepada Fitrah.
mak akan cuba sampaikan mengikut pemahaman mak, sekiranya maknanya tak sampai, atau mak dah terlebih dah tersalah tafsir, mak mohon ampun siap-siap ya.
yang baik datang dari Allah s.w.t.
yang tidak, kelemahan diri sendiri ya.

jadi kembali kepada Fitrah.
bermakna kembali kepada asal.
fitrah.
asal.
asal kita adalah satu ruh yang suci.
satu ruh yang tidak punya dosa.
satu ruh yang diibaratkan kain putih.
maka untuk kembali kepada fitrah yakni kepada asal yakni suci daripada dosa, kita terlebih dahulu kena mendapatkan berkat daripada Yang Maha Esa.
dan, satu-satunya peluang kita nak mendapatkan Berkat dariNya dengan mudah adalah pada bulan Ramadhan. sebab itulah kita selalu dengar dalam radio, tengok dalam TV, dok laung-laung, bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan Ramadhan bulan seribu berkat. Iya. Kerana bulan ini bulan penuh barakah.

makanya, melalui kesempatan inilah, kita kena kejar sehabis boleh keberkatan bulan ini supaya kita memperoleh keberkatan dariNya dan dapat kembali kepada Fitrah.

untuk memahami keberkatan bulan ini, kita kena tahulah keistimewaan bulan Ramadhan.
kan kan kan kan.

jadinya, Ustazah dah senaraikan 6 kelebihan bulan Ramadhan.

satu.
macam mak cakap tadi.
bulan ini bulan yang diberkati.
nak kembali kepada fitrah, kita kena dapat berkat dari Allah s.w.t.

dua.
hanya pada bulan ini, kita diwajibkan berpuasa.
yang mana, puasa itu sendiri mengajak kita kembali kepada fitrah.
pendapat mak:
kenapa...
okey, kalau pada pendapat mak, semasa kita berpuasa, kita ada banyak pantang larang kan. ada banyak halangan. kena kurangkan mengumpat. kena kurangkan marah. kena tahan diri daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa kita. dari situ sebenarnya, kita sedikit sebanyak menjaga diri kita daripada berbuat dosa. makanya, puasa itu sendiri mengajak kita kembali kepada asal iaitu ruh yang tidak berdosa.

tiga.
hanya pada bulan Ramadhan, semua pintu syurga dibuka.

Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya:
“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

empat.
hanya pada bulan Ramadhan, semua pintu neraka ditutup.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya:
“Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

lima.
telah dirantai semua iblis dan syaitan yang mana ia merujuk kepada hadis yang sama di atas; dan

enam.
terdapatnya satu malam lailatul qadar yang hanya ada dalam bulan Ramadhan.

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

maka berdasarkan segala kelebihan yang dinyatakan di atas, jelaslah pada kita bahawa bulan Ramadhan bulan penuh berkat. jadi kita sebagai umat islam akhir zaman ni, rasanya perlulah mengejar keberkatan bulan ini. kita tak tahu, sampai mana umur kita. mana tahu ini Ramadhan terakhir kita. tak sempat dah nak kejar berkat bulan Ramadhan tahun hadapan. jadinya, selagi boleh, kejar..kejar berkat Ramadhan ini. semoga kita memperoleh keampunan Allah s.w.t.
semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini dengan dapatnya kita kembali kepada Fitrah.

***

haaaa..
itu pasal Kembali kepada Fitrah.

ada juga masuk cerita-cerita lain semalam.
mak tak berapa nak ingat, sebab yang mana mak tulis di atas ni, mak insyaAllah berani jamin sebab mak buat note dan ada rujuk sedikit cara hadis ditulis dalam internet.

tapi serius,
sangat best ceramah semalam.
dengan Ustaz Wan Akashah yang cool.
Ustazah Bahyah yang sangat petah.
dan Ustaz Fauzi yang kelakar GILERRRR.

***

owh, mak baru teringat..
ada TIPS untuk pasangan SUAMI ISTERI.

sebab semalam, masa tengah cakap pasal ini, mak asyik keluar masuk dewan.
(maklumlah, urusetia tak bergaji)
masa mak masuk balik, Ustazah dah nak bagi tips ni.
mungkin sebab ada isu yang mengatakan, zaman sekarang ni pasangan SUAMI ISTERI masing-masing SIBUK dengan urusan kerjaya, perniagaan dan lain-lain sehingga mengabaikan MASJID sendiri.
maka Ustazah dengan senang hati berkongsi tips ini.
beliau kata tak susah.
aplikasikan SIBUK itu sendiri sebagai pengikat kemanisan rumah tangga.

nak tau macam mana?
oke, mak bagi satu-satu  ya.

S untuk Sentuhan.
tak susahlah sebenarnya.
sentuh saja.
amboi kemain kan. masa tak halal dulu sibuk nak pegang tangan.
la ni dah kahwin, baru pegang sikit dah marah?
no no no.
pegang la. nak seberang jalan, pegang.
nak panjat tangga, pegang.
nak bagi cawan, pinggan, tuala, ambil masa, pegang la sikit.
ini tak, sekarang ni dah main baling-baling saja ekkkkk?
no no no.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


I untuk Idaman.
jadilah isteri idaman.
jadilah suami idaman.
sentiasa melayani suami seperti seorang raja.
layani isteri kita bagaikan seorang permaisuri.
kalau orang lain kita boleh layan dengan baik, kenapa tidak suami isteri sendiri.
baik sungguh laki si Ita nu ha.
kan best kalau laki aku macam tu.
ha kan dah jadi suami idaman tu encik Nazri ooiiii hehehehe.

B untuk Belaian.
halloo.
dulu, masa zaman Rasulullah s.a.w. mana ada sofa, mana ada katil, mana la ada kerusi segala.
kalau Rasulullah s.a.w. balik dan penat, Baginda akan lena di pangkuan Siti Khadijah.
maka Siti Khadijah akan membelai rambut Rasulullah s.a.w. sehingga Baginda lelap.
Romantik kan.
mudahkan, buat jelah dengan suami.
kalau suami botak?
oke gilap sampai licin.

U untuk Ungkapan.
eh, kalau dulu masa couple, boleh pulak bahasakan diri B la, Ayang la, Darling la, Mama la, Papa la..then kenapa dah kahwin, terus tukar title, hoi hoi aje.
apa kata teruskan, kerana dengan memanggil nama-nama yang indah, akan mewujudkan suasana yang indah yakni nyamannnnnnn sajaaaaaaaaaa.

dan ini membawa kepada huruf yang terakhir iaitu keRedhaan.
yang ni, mak nak paste saja satu artikel kat sini.
kita sebagai isteri kena faham betapa pentingnya REDHA seorang SUAMI.
jadi mak tak payah explain,
baca artikel ini dah cukup membuktikan kepentingan redha suami pada kita.

 "Pada suatu hari, puteri kesayangan Rasulullah SAW iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra’ telah menyebabkan suaminya Saidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Saidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya itu tidak juga berubah lalu dengan berlari-lari dia mengelilingi Saidina Ali. Tujuh puluh kali dia ‘tawaf’ sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Saidatina Fatimah itu, tersenyumlah Saidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

“Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu“. Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai kepengetahuan baginda SAW. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami.

Apa yang dilakukan oleh Saidatina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Saidina Ali. Begitupun Rasulullah SAW tetap berkata begitu kepadanya meskipun Saidatina Fatimah merupakan puteri kesayangan baginda. Bagaimana dengan kita wahai isteri-isteri?"

nak letak gambar pulakkkk..





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...