Tabungan

09 November 2012

Untuk bakal-bakal ibu : Petua Tanam Uri Bayi


pagi ini, terbaca mengenai perkara ini.
sudah mohon untuk dikongsi di sini.
nah, untuk pengetahuan semua ya.
Wallahualam.
Assalamualaikum kalian di pagi Jumaat.

***


Siapa yang selayaknya membasuh dan menguruskan uri tersebut? Orang yang paling layak adalah suami isteri tersebut. Kenapa suami? Bukan ayah isteri atau mertua isteri? Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tidak boleh beri orang lain buat tetapi fikir-fikirkanlah, bahawa uri itu dulu duduknya di mana dan keluarnya dari mana. Maka selayaknya yang menguruskan uri itu adalah suaminya. 

Seego, setinggi mana tarafnya suami, bila bab urus uri, suami yang kena buat . Cuma sekadar menjaga adapnya yang uri itu pernah tinggal didalam tubuh manusia. Telah pernah dikendong ditempat mulia. Sesungguhnya Islam itu menitik beratkan kebersihan. Tanamlah uri itu ditempat yang sebaik mungkin , elak dari digali binatang atau dihurungi semut atau digali orang lain untuk dipuja dalam amalan Ilmu Hitam. Uri itu adalah datangnya dari perut isteri , tempat duduknya anak kita. Sepatutnya kita lebih meletakkan nilainya di situ. Amalan-amalan yang kita rasa baik dan bukan dari amalan yang khurafat, tidak salah kita ikut.Ia bukanlah suatu masaalah yang besar.

Ini petua lama-lama Melayu asli. Bagi yang baru menerima cahaya mata. Isterinya baru bersalinkan anak maka Uri bayi dibawa balik kerumah. Sebaik-baiknya suaminya hendaklah ada air wudu terlebih dahulu sebelum memulakan pembersihan tersebut. Si Suami perlulah berpakaian yang bersih dan rapi serta menutup aurat sesetengah pendapat perlu di azankan sebelum di tanam kalau ikut panduan petua orang lama – lama ada banyak cara menguruskan uri lelaki dan uri bayi perempuan. Hukum menanam uri adalah harus. Jika anda hendak mengelakkan daripada dikorek anjing, gali lubang tersebut dalam sedikit sama seperti lubang hendak menanam pokok bagi mengelakkan daripada dikorek oleh anjing tersebut.

Lalu dicuci dengan air lalu yang bersih dengan air sambil berselawat atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW sepanjang pembersihan uri tersebut dengan menggunakan kedua-dua tangan dan sewaktu hendak menanam uri dimulakan dengan tangan kanan. Jangan bimbang dengan darah yang masih mengalir kerana darah itu tidak akan berhenti mengalirpun sebab ia kaya dengan darah. Caranya si suami hendaklah setelah cuci uri tersebut masuk ke dalam kain putih yang bersih. Kalau susah sangat hendak dapat kain putih gunakan saja kain napkin bayi. Masukkan sedikit garam, 2 - 3 asam keping, paku besi beberapa batang. Ikatkan kain putih tadi. Ditanam kawasan rumah yang berhampiran.

Seluruh bungkusan kain putih dimasukkan ke dalam tempurung atau periuk tanah hendaklah ditebuk di bawahnya. Kalau guna tempurung betina, jadikan bahagian yang ada lubang sebagai dasar bawahnya. Ikat bungkusan kain berisi uri itu. Masukkan bungkusan uri ke dalam tempurung betina tempurung yang ada lubang tu. 

Tutup dengan bahagian tempurung yang lagi satu. Gali tanah sedalam mungkin sedalam agak-agak tidak diberbau dan dikorek anjing nanti. Hendaklah ketika menanamnya kearah qiblat. Letakkan tempurung berisi uri dengan keadaan bahagian berlubang ke arah bawah tanah agar kandungan air dalam uri akan mengalir ke bawah tanah nanti dan agar senang ia mereput.

Ingat! di saat ini darah masih menitis keluar! fikirlah sendiri hendak buat macam mana. Cari kawasan tanah yang baik, bukan kawasan najis, kalau boleh depan kawasan rumah yang sesuai. Galilah sedalam 30 - 45 sentimeter. Masukkan periuk tanah atau tempurung yang telah berisi tadi ke dalamnya dan kambus. Sebaiknya selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW serta menghadap Qiblat dengan pakaian yang bersih sepanjang perbuatan tadi. Moga kelahiran yang baru itu mendapat rahmat dan berkat dari Tuhan seru sekelian alam.

***





No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...