orang cakap, jalan-jalan di Putrajaya kebanyakannya - berhantu.
itu sebab, banyak berlaku kemalangan.
jalan-jalan tersebut, mahukan jiwa. mahukan darah.
kalau tengok pada keadaan jalan-jalan di sana, memang boleh dipercayai......mungkin.
sebab, keadaan di sana pada waktu malam, boleh jadi seram juga.
aku selalu pulang hampir pukul 630 petang.
keadaan dah makin gelap, ya, boleh terasa sedikit seram.
tambah pula, kiri kanan jalan yang selalu aku guna, memang hutan banat saja.
aku, memang mengelak untuk pulang lebih dari pukul 630 petang sebab mahu mengelak untuk berada di sekitar Putrajaya pada waktu malam.
siang pun boleh sesat, apatah lagi waktu malam.
Kemalangan
jalan yang aku selalu guna, memang selalu berlaku kemalangan.
dan, setiap kali berlaku kemalangan, mesti sama ada parah atau mati di tempat kejadian.
pernah satu kejadian, kereta putus dua.
pernah satu kejadian, kereta terbalik dengan empat-empat tayar menadah langit.
semua mati di tempat kejadian.
orang kata, di situ, kawasannya keras.
ada 'benda' yang menggangu.
sebab itu, sering berlaku kemalangan. kerana diganggu.
tapi Alhamdulillah, sepanjang aku guna jalan itu, tak pernah lagi ada apa-apa gangguan pun.
cuma yang menganggu aku, ialah............... kereta yang suka melintas jalan itu untuk masuk arah bertentangan.
motorsikal yang suka berada di atas pembahagi jalan kerana malas nak membuat pusingan U.
keadaan jalan yang tidak rata.
bonggol sana, bonggol sini.
aku rasa, perkara-perkara ini yang jadi punca kemalangan.
jadi, misteri atau tidak, kau orang cubalah jalan-jalan di Putrajaya!!!
yeay!!!!!
Mak aih,seramnye...
ReplyDeleteDlm ofis ada,
Kt jlan nk g opis pun ada...
Menakutkan aje.
ReplyDeleteEntah-entah kerana jalan yg tak rata itu yg jadikan kemalangan.