Tabungan

10 November 2012

Rosyam Nor di Anugerah Skrin 2012

'Nasib baik TV3, boleh sentuh-sentuh (laki perempuan) sikit, kalau TV Al-hijrah, memang tak dapat dah'

Itu statement dari pelakon Rosyam Nor di atas pentas Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung malam tadi.

Memang kalau siapa-siapa dengar pun, memang akan rasa sensitif kerana hendak taknak, beliau telah menyentuh sensitiviti keagamaan.

Budak sekolah rakyat pun akan bertanya pada ibu bapa atau ustazah/ustaz tentang maksud pernyataan Rosyam Nor tu.

'Apa kat TV3 aje ke boleh pegang-pegang. Kenapa TV Al-Hijrah kena jaga batas?'

Bukan memang dah tertulis dalam ajaran agama islam, diharamkan bersentuhan dengan bukan muhrim?

Kenapa hanya di TV3 boleh pegang-pegang sikit? Apa kuasa yang ada pada TV3 sampai benda yang haram jadi halal (sikit)?

Kalau macam tu, kalau rasa nak tengok cerita yang ada adegan pegang-pegang, tengok channel TV3. Otherwise, tengoklah siaran lain.

Macam tu?

Lepas tu, sekarang ni pulak, meletup-letuplah bom sana sini, marah ke Rosyam Nor ni sebab buat kenyataan macam tu.

Ada yang kata dia melawak.
Ada yang kata dia menyindir.
Ada yang kata dia jahil agama.
Ada yang kata golongan artis ni memang tak pandai agama.
Ada yang kata ini didikan UMNO.
Macam-macam lagilah, konklusi yang orang buat pada dia.
Macam-macam....kata nista, kutukan pada Rosyam Nor ni.

Pergi aje ke Facebook ke, twitter ke, dah ada page-page yang buka thread pasal ni dan ramailah ulama tak bertauliah berhujah.

*diam*

*tarik nafas*

Aku manusia biasa. Pun banyak terlepas kata. Pun banyak kekurangan.

Aku rasa, sedangkan dalam aktiviti seharian pun, ramai saja orang yang bergurau, bermain dengan hukum agama. Cuma bezanya, kita bergurau sesama kita, paling kurang pun, lepas kita kena bahan balik dengan kawan-kawan, kita akan terus lupa.

Macam perkara ni juga, Rosyam Nor 'bergurau' dan menyentuh sensitiviti agama di atas PENTAS ASK 2012. Beribu-ribu orang dalam dewan. Beribu-ribu orang menonton dari rumah. Beribu-ribu orang mendengar melalui siaran radio. Lain orang lain pendapat. Dari sinilah, konklusi dibuat.

Again, kita ini manusia biasa. Walaupun pernyataan Rosyam Nor tu sangat-sangat tidak sesuai dilaung atas pentas umum, tetap aku rasa, kita tak layak nak kata dia jahil hukum agama.

Siapa kita nak menghukum manusia lain?
Sempurna sangatkah kita bila senang-senang nak kata dia jahil agama?
Apa bagusnya kita sampai dengan mudah kita jatuhkan hukuman pada dia?

Nauzubillah.

Aku jadi takut bila baca komen-komen dari orang lain.
Aku jadi takut, bila rupa-rupanya ada jutaan penjatuh hukuman atas muka bumi ni.
Aku jadi takut, bila rupa-rupanya dengan mudah kita dicop jahil agama hanya dengan membuat salah di mulut.

Siapa kita disisi Tuhan?
Kita semua hambanya.
Kita semua kecil.
Kita semua sama.
Kita hanya manusia yang menumpang di atas bumi Dia.

Macam mana....., kita ada kuasa nak menghukum, 'owh depa ni memang golongan jahil agama...' 'Owh, artis memang macam ni, depa ni manala tahu hal-hal agama ni, kalau tak takkan depa jadi artis'...

Bijaknya kita kan.
Tahu sekian-sekian orang jahil agama.
Tahu sekian-sekian orang penuh ilmu agama di dada.

Besarnya kuasa kita kan? Ada kuasa psikik eh? Boleh ukur ilmu agama seseorang.

Nauzubillah.

Bukankah segala itu semua hanya Allah Maha Besar saja yang Maha Mengetahui.

Rosyam Nor bermain dengan isu agama.
Macam budak kecil bermain dengan api.
Ya. Kita semua kecil disisi Allah s.w.t.

Beliau memang salah.
Ya dia salah kerana berkata begitu.
Kita tahu, dia salah.
Ya, bermain dengan hukum Allah.
Memang dia salah.
Salah.
Salah.
Salah.
Itu konklusi kalian kan?

Namun, hukuman? Biarlah Allah sahaja yang tentukan. Dia Maha Mengetahui.
Shhhh.....

Kita ni?
Jagalah adab kita sesama Islam.
Jagalah adab kita bila menghadap Tuhan.
Kalau nak menegur pun, apa kata dengan cara terhormat dan berhemah.

Jangan terus menghukum, 'engkau itu jahil agama' sedangkan kita ni, sembahyang 5 waktu pun tak terjaga walaupun kita tahu sembahyang itu tiang agama, tak sembahyang, pincanglah agama.

Kita sama-sama muhasabah diru kita ya.

Wallahualam.




Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...