Tabungan

10 November 2012

Kerana kecewa dengan lelaki, Rita Rudaini jadi tukang urut?

Rita Rudaini...,
cantik, jelita, katakan saja, memang dia layak terima semua pujian.
Tengok saja acara gemilang semalam...., bergandingan dengan AdiPutra, aduyai, memang ramailah orang guling-guling frust gigi jari rasanya.
Tak kurang juga rasanya mesti ada yang mencebik, meluat segala.

Aku....?
Aku suka orang cantik.
So of course aku suka Rita Rudaini.

Tapi, khabarnya, Rita dah tukar profesion?
Betulke? Rita jadi tukang urut?
Siap dera anak-anak kawan dia lagi?

Aaaaaa....jangan buat fitnah la ta oi! Hahaha. Ini semua adalah lakonan sahaja. Lakonan oleh Rita Rudaini melalui telefilem terbitan Langkah Karya Production berjudul Anak Lorong. Dalam telefilem ni, Rita menjadi Khaty yang menjaga dua orang anak rakannya Melur yang masuk penjara atas kesalahan menjadi tukang urut dan pelacur sambilan.

Kerana menganggap dua orang anak rakannya itu (Rayyan dan Fara) sebagai beban, jadi Khaty ni selalulah caci maki dan mendera mereka.

Tak thrill la kalau mak cerita semua. Cerita ni akan ditayangkan dalam slot Cerekarama malam ini di TV3!

Rindu lakonan Rita Rudaini? Sama-sama kita tengok telefilem ini ya malam nanti.



1 comment:

  1. salam perkenalan..

    haish..x dapat tengok la..budak2 nk tgk Astro boy TV9..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...