amboi.
tak boleh blah tajuk.
memula aku nak cerita pasal diapers Huggies.
daripada Qalesya (Cha) mula lahir kat Ampang Puteri, Cha pakai diapers jenama lain. jadi, untuk beberapa hari tu, pepet dia memang merah (nappy rash).
agak teruk jugak la.
kami pula masa tu, baru pertama kali jadi mak ayah, tak tahu la pulak tu namanya nappy rash. tak tahu nak kena buat apa. asyik-asyik bubuh krim saja.
yang Cha pulak bukan jenis nangis, jadi dia ada nappy rash pun, dia tak menangis bagi signal pada kami.
bila balik Ipoh, bidan perasan pepet dia melecet teruk.
bila ditanya-tanya, bidan bagi option sama ada pakaikan dia lampin biasa atau tukar diapers jenis lain.
mula-mula aku just pakai lampin, tapi yelah, dah jaga Cha seorang, mana la setiap kali basah nak tukar lampin kan? jadi, last-last kami tukar diapers.
aku pulak, memang dah ready diapers Huggies dalam simpanan, sebab pernah pergi talk tentang baby anjuran Huggies. so memang ada stok diapers new born jenis Huggies. And to my suprise, memang rasi dengan Cha. Pepet dia dalam sehari dah beransur ok. so sejak itu, kami tak pernah tukar jenama lain. memang setia, meaning dah 2 tahun kami setia dengan Huggies.
pernah juga la, try jenama-jenama lain. tapi memang tak boleh. bila pakai, cepat saja naik ruam. bila tukar balik ke Huggies, mesti oke.
so cukup dengan eksperimen tu, kami tak pernah lagi tukar jenama lain.
cumanya, Huggies ni pun ada gak jenis-jenis dia.
yang paling nipis ialah warna biru -
aku jarang beli yang ini sebab memang nipis, pakai sekejap aje dah penuh.
yang oke sikit ialah warna merah punya -
Cha kalau siang, memang aku pakaikan yang ini sebab akan tukar bila tengah hari dan petang.
tapi kalau malam, memang kena pakai yang Ultra. dulu packaging warna ungu, sekarang dah warna hijau. yang ini pakai waktu malam, sebab dia memang tahan hingga 12 jam.
cuma sekarang ni, kulit Cha makin sensitif, so terpaksa pakai warna hijau punya siang dan malam sampai pepet dia dah oke sikit.
cuma harga la. yang biru memang paling murah. merah sederhana dan hijau paling mahal. nak beli, memang kena beli masa tengah sale sebab dia akan jatuh jadi harga Huggies warna merah. so sangat berbaloi-baloi. ni stok kat rumah. ingat nak beli lagi sebab sekarang harga untuk yang hijau ialah RM38.90 dekat Carrefour. kalau ada info kat mana lagi murah, sila bagitau ai oke.
ni stok dekat rumah. dalam kereta ada satu lagi bungkus yang jenis pants punya, senang nak travel. kalau terberak terkencing, dalam beg takde diapers, at least dalam kereta dah ada. tak ada baju pun, janji diapers dapat digantikan kan kan kan kan.
p.s.
ini bukan post advertorial.
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.
sekarang mak nak cerita hantu sikit.
baru pagi tadi, kami dapat cerita, driver kami terserempak dengan 'dia' dekat tingkat 9 ini.
yang lagi tak best, dekat unit kami ni 'dia' wat hal.
driver ni naik nak ambil barang tertinggal kat bilik driver which is sangatlah dekat dengan cubicle dan bilik aku. alih-alih, driver tu kata dia terdengar ada 'orang' tengah dodoikan anak. lagu zaman dedolu. klasik uolls. *mood bulu roma tengah meremang*
pastu teruslah diorang bukak cerita kat aku, yang diorang selalu tengok bilik aku terbuka, pastu selalu panggil Cik Ta Cik Ta dan aku menyahut.
alih-alih, aku baru sampai.
gulppp!!
bilik aku. oke! bilik aku. si---ot sajo.
cuma aku tak risau sangat bukan sebab apa, sebab aku kalau sembahyang memang dalam bilik ni, dan ada Al-Quran pun dalam bilik ni, jadi harap-harap 'dia' tak berleluasa sangatlah.
ke, ada kat belakang aku masa tengah menaip ni??!!
*cek kejap*
oke takdo.
dah. nak sambung kerja.
ni aku pakai untuk hari ni.
*nak juga cerita kan?*
tudung mak bagi (MamaZN bukan CK Rahim dah heeee) baju - Peace Collection Belt dengan skirt tak ingat beli kat mana hahahahahaha |
owhhhh...scarynyer...huhuhuh...
ReplyDeleteAla, muke kt gmbo tu mcm gelakkan kite je sbb tegur pasal tudung ;)
ReplyDeleteJangan la tgk kt blkg, cer tgk kt bwh meja @ atas kabinet, ngee~ seram! Kang balik opis awal! Jgn dok lewat2 sgt!
Takpenah pakaikan huggies, sbb terasa mahal..naseb baek budak2 ni jenis yg takde masalah dgn diapers murah2
takotnyerrrr...
ReplyDeleteTa, nak tali pinggang tu! ahaks
ReplyDelete