Tabungan

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

26 July 2013

Kenyataan Ashraf Muslim



MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?

ASHRAF:Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.

MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?

ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila…saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?

ASHRAF:Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.

MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?

ASHRAF:Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.

MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?

ASHRAF:Sekarang mereka(Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.

MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

ASHRAF:Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.

MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?

ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas. Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

MEDIA: Bagaimana penerimaan keluarga Ashraf sendiri?

ASHRAF: Setiap pergerakan saya, setiap niat saya, saya beritahu mereka awal-awal dan saya beritahu awal-awal. Cuma, ada yang tidak terima. Apabila tidak terima itu yang bertindak di luar jangkaan. Siapa itu kena nilai sendiri. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Tak apalah sebab, tidak semua yang kita buat orang terima.

MEDIA: Mengapa berkahwin kali kedua sedangkan perkahwinan pertama masih baru?

ASHRAF: Kalau orang itu berniat hendak kahwin, dia akan kahwinlah. Kita ini manusia. Saya bukan sempurna. Saya tidak mahu berlaku fitnah di dalam hati saya. Ini bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan! Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam manapun, nanti ia akan… Saya takut saya akan buat benda yang tidak baik. Lebih baik saya berkahwin. Apabila buat keputusan kahwin, itu yang macam saya cakap tadi.

MEDIA: Mengapa berkahwin di Thailand?

ASHRAF: Itu satu keputusan yang saya susah hendak lakukan. Pertama untuk poligami, lama saya fikir. Bukan senang hendak berpoligami, saya tahu susah. Saya tanya kepada banyak ustaz, pakar kaunseling dan berbincang. Bukan saya buat satu keputusan mahu terus berpoligami. Tidak. Semuanya ada pro dan kontra. Keputusan bernikah di luar negara pun, saya fikir beribu kali. Tapi disebabkan pada peringkat permulaan, niat saya ini saya sudah beritahu keluarga saya, Dayana, ibu dan bapa mertua saya. Apabila saya sudah terangkan, ada yang tidak terima dan apabila saya failkan untuk berpoligami, ada tindakan di luar jangkaan yang saya agak terkejut juga. Jadi, tidak mengapalah, mungkin itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk kahwin di luar negara. Sebab kita tahu, apabila di mahkamah, perjalanannya agak panjang sedikit. Disebabkan ramai yang sudah membuat spekulasi yang macam-macam, akan banyak mengaibkan keluarga saya dan orang lain, perkara ini akan berpanjangan. Nanti, ia akan menyakitkan hati ramai orang. Saya buat keputusan untuk berkahwin di luar negara.

MEDIA: Siapa yang ada ketika majlis nikah di luar negara?

ASHRAF: Keluarga saya, adik beradik semua ada. Keluarga Sakinah, mak ayah dia, adik beradik dia, saudara mara semua ada. Saya bawa dalam 30 orang. Bukan kahwin lari. Orang kata kahwin lari…tidak.

MEDIA: Adakah Dayana mengetahui mengenai perkahwinan itu?

ASHRAF: (Dayana) Tidak tahu. Memang saya tak beritahu pada peringkat permulaan. Memang saya nak beritahu selepas itu. Saya tahu hati dia terluka, saya tahu hati dia bersedih. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia. Saya terangkan pada dia, sebab apabila saya minta elok-elok, jawapannya begini. Tak apa, saya buat cara ini untuk menerangkan pada dia selepas itu. Tetapi, tentang tiket pernebangan itu…apabila saya balik itu, dah tentu dia kemaskan. Saya pun tak sempat nak beritahu. Saya baru sampai semalam (ketika kejadian). Esok paginya, baru saya nak beritahu. Memang Tuhan nak tunjuk. Saya pujuk dia, bincang dengan dia, cakap elok-elok. Hati perempuan kan, saya kena fahamlah.

MEDIA: Perancangan untuk buat kenduri?

ASHRAF: Ada. Apabila semua sudah selesai, semua sudah redha. Saya mahu buat yang terbaik untuk semua, untuk isteri-isteri saya, untuk keluarga saya. Tengoklah macam mana nanti. Kenduri mungkin tak adalah besar-besar. Untuk keluarga-keluarga saja. Mungkin awak semua (media) saya jemputlah. Kenduri doa selamat saja.

MEDIA: Sudah ada dua rumah, jadi beraya di mana?

ASHRAF: Saya belum merancang lagi tentang itu. Fokus saya sekarang ini adalah untuk meredakan keadaan dulu.

MEDIA: Isteri tinggal sebumbung?

ASHRAF: Asing-asing. Dayana tinggal dengan saya.

MEDIA: Bagaimana keadaan Sakinah apabila dia dihentam teruk oleh orang di luar sana?

ASHRAF: Kita mesti tertekan apabila orang asyik kutuk kita, cakap macam-macam, hina kita. Tapi, apa yang saya boleh pesan pada dia, sabar. Itu saja. Mulut orang kita tidak boleh tutup. Sabar, sabar, sabar dan dengar apa yang saya cakap. Sebagai seorang isteri, kalau hendak bahagia, dengar saya cakap. Kalau tidak dengar, memang tak bahagialah. Kalau melawan, melawan, melawan, tidak jadi juga. Itu yang saya nasihat pada mereka supaya mereka bersabar.

MEDIA: Tentang mereka keluar bersama, pertama kali mereka keluar bersama atau pun…?

ASHRAF: Ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. ‘Women talk’. Biarlah.

MEDIA: Dayana sudah boleh terima Sakinah?

ASHRAF: Dalam proses. Kita tak boleh hendak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan. Nak terima itu hak dia. Kita tak tahu dia nak terima macam mana.

MEDIA: Ada Dayana minta dilepaskan ke?

ASHRAF: Tak adalah. Jauh sekali. Tak ada. ‘Think foward’ kalau kita ‘think backward’ macam-macam jadi tak betul. Benda dah selesai dan kita fikir macam mana nak jadi lebih baik. Saya nak minta maaf kepada pihak media. Sebelum-sebelum ini, mungkin ada benda yang saya terpaksa nak rahsiakan, ada benda yang saya perlu beritahu. Hal berkaitan keluarga ini, kita banyak benda nak kena jaga. Kadang-kadang terlepas itu, terpaksa kita…iyalah benda-benda terlepas itu… Sebenarnya saya tak nak beritahu, nanti baru saya beritahu, tetapi entah macam mana boleh terbongkar. Macam-macam sudah berlalu, kena sabar, kena telan. Tapi itu silap saya. Saya mengaku silap saya. Macam ada yang cakap berkahwin di luar sana tak betul…bagi saya, kahwin di luar di mana-mana pun sama. Saya kahwin dulu pun di luar negara juga. Cuma, persepsi saja. Apabila kita berpoligami, orang cakap macam-macam.

MEDIA: Apa komen Ashraf tentang puisi ‘Dayana’ yang tersebar.

ASHRAF: Tak ada. Dayana langsung tak buat puisi. Dia pun tak ada masa, dia pun bukan orang berpuitis, saya kenal dia. Itu bukan dia. Bagi saya, orang ambil kesempatanlah. Benda ini sudah jadi kecoh begini, ditambah lagi (dengan puisi). Ada yang cakap Dayana masuk hospital sebab sakit apa semua, tak ada. Dayana memang demam. Dia sendiri cakap, ‘kenapalah buat kenyataan seperti itu’. Tapi saya faham apabila orang marah, kita kena terimalah. Saya sayang keluarga mertua saya, isteri-isteri saya, keluarga saya.

MEDIA: Ada dakwaan mengatakan Ashraf penyebab Sakinah putus tunang.

ASHRAF: Itu saya tidak tahu. Saya tahu pasal dia putus tunang tetapi ia tidak ada kena mengena dengan saya.

MEDIA: Apa harapan Ashraf selepas ini?

ASHRAF: Harapan saya, doakanlah. Kadang-kadang kita tulis atau dalam blog, salah satu doa. Sebab saya tidak pernah mengaibkan orang lain. Jadi, janganlah nak mengaibkan saya dan keluarga saya. Saya harap di luar sana, janganlah kita fikir yang ini salah, yang itu salah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan keluarga saya. Kalau boleh kami dapat meneruskan perjalanan hidup ini dengan baik.

Sumber :



***

Bila bercakap tentang poligami, hati yang paling terluka dah tentu perempuan. Sebab, perempuan yang akan rasa perasaan berkongsi. Lelaki apa ada hal? Mereka dapat dua.

Tetapi, dalam Islam, poligami bukanlah sesuatu yang salah. 
Rasulullah s.a.w. sendiri berpoligami.

Maka, kalau Ashraf nak berpoligami sekalipun, itu hak dia. Macam yang dia kata, dia manusia biasa. 

Tapi masalahnya sekarang, pada pendapat aku, yang buat perkara ini menjadi isu adalah kerana situasi-situasi tambahan dalam perkara ini. Isu-isu yang Ashraf sendiri dah lakukan sehingga membuatkan dirinya terdedah dengan kutukan dan makian orang ramai. Termasuklah Sakinah sendiri. 

Apa yang aku nampak (dan rasanya orang-orang lain nampak dan lihat) adalah begini:

Ashraf:
1.  Kenapa menipu Dayana?
2.  Kenapa kahwin di Thailand?

Sakinah:
1.  Kenapa Ashraf?
2.  Kenapa sanggup kahwin suami orang?

Tapi, iyalah -- Ashraf dah pun menjelaskan. Terpulanglah kepada semua untuk menerima atau tidak. Sedangkan Dayana sendiri boleh sabar menerima, kenapa kita pula sibuk-sibuk nak memburukkan keadaan. Kita doakan agar supayanya baik-baik saja.

Hari ini hari mereka, kita sendiri tak tahu apa Tuhan dah atur buat kita. Mungkin sekarang kita sedang bahagia, suami baik, keluarga menantu baik, tapi kita mana tahu, entah-entah dalam tahun-tahun mendatang suami bosan dengan kita -- dah kita pula kena.

Husnuzon.

Sebarkan yang baik-baik saja walau ditelan memang pahit. 
Dayana memang aku lihat sebagai perempuan yang sangat tabah.
Walaupun telah dimadu dengan penipuan, masih sanggup menemani suami berpengangan tangan melemparkan senyuman.

Kalaulah aku...... kalau aku......... Gulp.

Tabah.

Sakinah -- apa yang dia boleh ucap hanya 'maafkan saya'.




p.s.
Aku tak mahu payung emas.
Aku nak emas ja boleh?
Haha.











18 July 2013

Luahan hati ayah Dayana - Lokman Abdul Hamid

“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan. 

“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,” katanya.

“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana. 

“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,” katanya. 

“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.

“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” katanya. 



Pelakon nikah di Thailand 7 Julai, bapa mentua kecewa menantu berubah sikap

Luluh hati Noor Dayana Lokman, 26, selepas mendapat tahu suaminya, Ashraf Muslim sudah berkahwin senyap-senyap dengan kakitangan sebuah stesen televisyen (TV), Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lalu di Thailand. 

Di kala dirinya tertekan dengan permohonan berpoligami pelakon berusia 32 tahun itu, hatinya bagaikan disentak dengan berita mengejutkan sebaik menyedari Ashraf berangkat ke Thailand bukan atas urusan perniagaan, sebaliknya bernikah kali kedua. 
Raut wajahnya yang kelihatan sugul dan sayu ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bersama Ashraf bagi mendengar keputusan berpoligami itu semalam, jelas menggambarkan kesedihan dan keperitan yang dialaminya. 

Bukan hanya Dayana, keluarganya turut tertipu dan kecewa dengan sikap Ashraf yang sanggup membohongi mereka dengan tidak memberi sebarang sebab atas tindakannya itu.


Kecewa sikap Ashraf 
Hati bapa mana yang tidak sedih melihat anaknya diperlakukan sedemikian. Namun, Lokman Abdul Hamid, 54, menganggap dirinya tidak punya kuasa untuk mencampuri urusan rumah tangga anaknya itu berikutan mereka masih suami isteri yang sah. 

“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan. 


“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,” katanya.

Lebih menyakitkan hatinya, anaknya mendapat tahu mengenai perkahwinan kedua Ashraf selepas menemui jadual penerbangannya yang turut tertera nama Wan Sakinah, kelmarin di dalam beg Ashraf.

Terasa bagai ditipu, pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu menyerahkan kepada anaknya untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya sendiri. 

“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana. 

“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,” katanya. 

Lokman berkata, Ashraf sudah meletakkan jawatannya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada 1 Jun lalu selepas menyuarakan hasrat untuk berpoligami dan kini mengurus syarikat produksi sendiri, Al-Hidayah Production. 

“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.

“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” katanya. 

Meskipun keputusan mahkamah membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami, dia dikehendaki membayar denda sebanyak RM8,000 kepada Dayana. 


Bergegas tinggalkan mahkamah


Selepas selesai perbicaraan yang diadakan secara tertutup dalam kamar mahkamah hanya dihadiri pasangan itu serta peguam masing-masing, Ashraf dan isteri dilihat bergegas keluar meninggalkan premis itu. Wartawan cuba mengekori pasangan itu bagi mendapatkan komen, namun mereka enggan mengulas.

“Ini hal rumah tangga, tiada apa yang nak diceritakan,” kata Ashraf sambil bergegas berjalan berpimpin tangan dengan Dayana meninggalkan mahkamah. 


Reaksi Wan Sakinah

'Minta maaf ya'

Hanya ungkapan maaf dipohon isteri kedua Ashraff Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, apabila tidak dapat mengulas kontroversi pernikahannya dengan pelakon itu yang dikatakan berlangsung di Bangkok, Thailand, Ahad lalu. 

Bekas kakitangan sebuah stesen televisyen itu ketika dihubungi HIP memberi alasan, dia sedang bermesyuarat di lokasi.


Nada suara tenang

Namun, Wan Sakinah tetap menjawab panggilan telefon dengan tertib walaupun beberapa kali terdiam.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apapun. Minta maaf ya,” katanya yang tetap tenang walau diasak pelbagai soalan berhubung pernikahan mereka selain kehadiran Ashraff dan Dayana ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengapa dia tidak menemani suaminya ke mahkamah sedangkan mereka sudah punya ikatan sah, sekali lagi Sakinah meminta maaf. 

Difahamkan Ashraf yang kini membuka gerai di sebuah bazar Ramadan di ibu negara pernah membawa Sakinah dan Dayana ke tapak perniagaannya tetapi secara berasingan.

Malah isteri keduanya juga dilihat lebih kerap berada di gerai berkenaan iaitu hampir setiap hari sejak operasi bisnes minyak wangi itu dimulakan sejak awal Ramadan.



Kata-kata Dayana kepada Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

sumber Beautiful Nara

 dan sekarang, apa yang Sakinah boleh kata hanyalah -- "saya tak boleh cakap apa-apa".







Husnuzon.

17 July 2013

Ashraf Muslim sah kahwin lagi

-_-

ya. itu hidup dia. tapi bagaimana dengan hidup isteri dia? bagaimana dengan hidup orang-orang di sekeliling dia?

khabarnya, perkara ini disahkan betul sebab Ashraf sendiri hadir ke Mahkamah untuk tarik balik permohonan poligami dia terdahulu.

yelah. buat apa nak mohon, benda dah jadi.

doakan yang baik-baik saja.

untuk Ashraf.
untuk Dayana.
untuk Sakinah jua.



lagi sumber klik sini.


10 May 2013

Ashraf Muslim + Sakinah + Dayana = Poligami

Poligami.
Perkara yang disukai oleh lelaki dan digeruni oleh perempuan.
 
 
Aku tidak menolak poligami kerana mamiku sendiri merupakan isteri kedua kepada ayah aku. Emak tiriku pada aku memang perempuan yang sangat mulia kerana dialah yang mengizinkan ayah berkahwin dengan mami sebab mami adalah anak yatim piatu. Muliakan? Ya Allah semoga arwah emak ditempatkan di kalangan orang yang beriman - Ameen.
 
 
Tapi tak semua mampu. Tak semua mampu nak bermadu. Mami sendiri berpesan pada aku, seboleh-bolehnya elakkan bermadu. Jangan bagi izin pada suami untuk dia bermadu. Jadi dari situ aku nampak, seksa sebenarnya bermadu.
 
 
Tapi kita tak boleh halang poligami. Kerana ianya sunnah Rasul. Kenapa dikata sunnah Rasul kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mengamalkan poligami. Tetapi, kena ingat, poligami dibenarkan bagi orang yang benar-benar mampu memberi keadilan buat kesemua isteri.
 
 
Kalau kau mampu nak beristeri sekalipun, tiada masalah dari segi kewangan, harta atau material, tapi mampukah kau adil dari segi kasih dan sayang.
 
 
Pada aku, harta boleh dicari. Tapi kasih dan sayang -- sesuatu yang tak boleh dijual beli dengan harta dan wang ringgit.
 
 
Kalau aku, luluh rasa hati kalau tengok suami aku dipegang dibelai orang lain. Mampu disogok payung emas kalau hati penuh cemburu? Memang tabik spring pada mana-mana perempuan yang mampu berpoligami.
 
 
Aku serius kata -- aku tak mampu. Aku pernah cakap pada Nazri, kalaulah satu hari nanti dia GATAL nak berpoligami (dear husband if you read this, please alert the CAPSLOCK one!) aku boleh izinkan -- tapi dengan syarat, lepaskan aku. Aku rasa aku takkan mampu layan dia macam biasa kalau dah ada orang lain layan dia. Lebih baik aku lepaskan dia kat dunia dan aku lawan untuk jadi bidadari syurga dia.
 
Yes Abang. I Love you THAT much :)
 
 
Jangan kau bimbang sayang, dimana ku berada.
Dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya :)
 
 
 
***
 
 
kenapa tiba-tiba aku bercakap tentang poligami.
Dan aku tergelak baca komen-komen dalam entri tersebut.
Rata-rata memang menyalahkan Sakinah -- orang ketiga tersebut.
 
 
kredit blog Beautiful Nara
 
 
Aku entahlah.
Aku tak tahu nak salahkan siapa.
Sebab kita tak tahu ceritakan.
Pada aku, aku tak suka nak jump into conclusion without knowing the facts.
Itu masalah rumah tangga mereka.
Kita tak tahu apa terjadi sebenarnya.
Memang berat dugaan yang kita tengok pada Dayana.
Tapi apa salahnya kita biarkan mereka selesaikan masalah mereka.
Mungkin Dayana sendiri, atau Ashraf sendiri, atau even Sakinah sendiri -- punya point dan stand masing-masing.
 
 
Take a break. Have a Solat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

19 February 2013

Trauma Kabel Lif Terputus

Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2013
 
IPOH - Seorang wanita maut selepas lif dinaikinya terjunam dari tingkat lima di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.
 
Menurut sumber, wanita yang maut itu dikenali sebagai Zamzila Isharuddin, 38, yang juga isteri seorang daripada anggota TLDM.
 
Kejadian berlaku selepas kabel lif dinaiki mangsa pada Khamis lalu tiba-tiba terputus menyebabkan lif berkenaan menjunam.
 
Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Manjung sebelum disahkan meninggal awal pagi semalam dan dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
 
Sementara itu, sumber TLDM yang dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan kejadian dan menjelaskan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


*** 


Aku memang fobia naik lif sebab aku banyak kali terperangkap dalam lif. Pernah sekali aku terperangkap dalam lif dan lif tu berada pada tingkat 9. Pernah juga terperangkap lagi dan lif tu pada ketinggian tingkat 16. Semasa terperangkap, asyik terfikir kabel putus dan jatuh dan...

Nauzubillah.

Aku paling takut itulah. Terjatuh dan mati.

Memang jadi dah.

Haish.

Takziah pada keluarga mangsa.


23 November 2012

Gencatan Senjata - Hamas, Israel henti serangan



Gaza: Israel dan Hamas semalam bersetuju melaksanakan gencatan senjata selepas konflik lapan hari yang mengorbankan 162 warga Palestin dan lima penduduk Yahudi.

Persetujuan itu yang dicapai selepas Mesir menjadi broker rundingan bersama Amerika Syarikat, bermula jam 3 pagi semalam waktu Malaysia. 
Mengulas perkembangan terbaru itu, Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan gencatan senjata dan berharap perjanjian dapat menghapuskan sekatan ke atas Gaza yang didiami 1.7 juta penduduk Palestin, sekali gus menghentikan kemusnahan, kehilangan nyawa dan harta benda di wilayah berkenaan. 

Malaysia sebelum ini aktif menggesa tindakan ketenteraan dihentikan segera, malah ketika mesyuarat ASEAN-Amerika Syarikat di Phom Penh, Selasa lalu, Perdana Menteri dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berjaya mempengaruhi Presiden Barack Obama untuk mengambil tindakan bagi membendung keganasan Israel.

Selepas isu kekejaman Israel dibangkitkan Malaysia dan Indonesia pada mesyuarat itu, Obama membuat beberapa panggilan telefon untuk mendesak supaya konflik berkenaan dihentikan segera.

Najib berkata, Malaysia memberikan penghormatan kepada semua pihak yang menjayakan perjanjian berkenaan.

Secara khususnya, kita memuji usaha Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang menunjukkan kepemimpinannya dalam menjayakan perjanjian gencatan senjata. 
Begitu juga Obama, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata, usaha perdamaian selepas ini harus memfokuskan kepada proses keamanan di Asia Barat bagi memastikan wilayah bergolak itu menikmati kestabilan.

Semua pihak kini perlu melipatgandakan usaha ke arah penyelesaian dua negara untuk memberikan rakyat Palestin harapan kehidupan lebih baik dan mencapai keamanan yang berpanjangan di wilayah itu, katanya.

Persetujuan gencatan itu menetapkan kedua-dua pihak berhenti menyerang lawan masing-masing. Selain melonggarkan sekatan terhadap Gaza, Israel tidak boleh menyerang termasuk mensasarkan serangan terhadap pemimpin Hamas.

Di pihak pemerintah Gaza pula, pejuang Palestin mesti berhenti melancarkan roket ke wilayah Yahudi. 

Pemimpin kanan Hamas, Khaled Meshaal, berkata pihaknya akan menghormati gencatan senjata selagi Israel berbuat demikian.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula sedia melanjutkan tempoh gencatan senjata tetapi turut bersedia mengambil tindakan lebih keras pada masa depan.

Pegawai perubatan Gaza berkata, separuh daripada warga Palestin yang maut ialah orang awam, 37 adalah kanak-kanak dan 11 wanita.

Sepanjang konflik itu, jet tempur Israel melakukan 1,500 serangan selain menggugurkan 1,000 tan bahan letupan di Gaza berbanding satu tan yang lepaskan di wilayahnya.

Di kalangan korban penduduk Israel, seorang daripadanya askar selepas pejuang melancarkan 1,400 roket ke wilayah Israel termasuk Baitulmaqdis dan Tel Aviv.


***

Alhamdulillah.
Syukur pada Tuhan.



11 October 2012

KAMAL AFFANDI HASHIM + UPDATED

sumber Mazidul Akmal Sidik

Difahamkan Kamal Affandi Hashim telah selamat menjalankan pembedahan mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepalanya pada kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Namun, kos pembedahan masih belum mencukupi dan terkini hanya kira-kira RM10,000 lagi diperlukan.


Sumbangan boleh didepositkan ke akaun Public Bank 4007 85 2927.



Berita tentang Kamal Affandi Hashim dikenal pasti menghidap AVM.










10 October 2012

Who is Amy Cheong | Amy Cheong dengan Majlis Kahwin orang Melayu

Siapa Amy Cheong? Kenapa tiba-tiba nama dia meletup ni?
Mari mak nak bercerita.

Amy Cheong ni seorang graduan dari Universiti Western Australia dan juga Penolong Pengarah di National Trades Union Congress (NTUC), Singapura.

Kisah dia bermula pada 7 Oktober 2012 yang lalu.
Dia dengan selamba tulis status di facebook-nya yang mengutuk tentang Majlis Perkahwinan Orang Melayu.

Difahamkan, petang tu, Cik Amy Cheong kita ni nak berehat, tapi ada majlis kenduri kahwin orang melayu yang dibuat di 'kolong' bawah apartment dia. Biasalah, orang buat kenduri kahwin kan, mestilah ada bunyi-bunyian. Tapi ini orang sudah tidak tahan, maka tercetuslah status berapi dia macam di bawah ni.


Malangnya, status berapi dia tu telah menyebabkan kemarahan pelbagai pihak. 
Void decks tu merujuk kepada kolong yang mak sebut tadilah.
Kns tu pulak stand for kanasai dari bahasa hokkien yang membawa maksud seperti macam taik, ataupun seperti makian.

Selepas status itu ditulis, ramai yang mengamuk dan menyerang  Page NTUC’s UMembers dan menggesa agar staff mereka ni dipecat dan meminta mereka memberi maklum balas terhadap pernyataan yang dikeluarkan oleh Amy Cheong ni.

Bila keadaan jadi semakin kecoh, Amy Cheong telah meng-deactivated-kan facebook miliknya namun sebelum itu dia dengan rendah diri mohon maaf atas keterlanjuran dia tu.

Print screen tak dapat dibuat sebab facebook dah deactivated kannn. Namun sumber mengatakan dia menyatakan seperti berikut:

“Hi All, I sincerely apologize for my silly comment. It is in no way a reflection of NTUC and the good works it has done and is doing for its members. It was my own bad judgement of which I truly regret. I certainly do not mean to distress the Malay community with my comment, I was just upset with the noise. I truly do not mean to be judgmental or critical. I am truly sorry”.

Permohonan maaf beliau turut dibuat di twitter miliknya.



Rentetan kepada semua ini, Amy Cheong dilaporkan telah dipecat daripada jawatannya dengan serta merta. Kenyataan tersebut dihantar kepada media oleh Setiausaha Agung NTUC Lim Swee Say.


Amy Cheong, sekali lagi memohon maaf dengan mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.



Dan akhir sekali, Perdana Menteri Singapura - Lee Hsien Loong telah mengeluarkan kenyataan berikut di laman facebooknya setelah menerima pertanyaan tanpa henti berkenaan perkara tersebut.


Hmmm.
Nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata??
Aaaa, lagi satu, kerana mulut badan binasa. Ke kena tukar, kerana jari badan binasa. Hik hik.

Kes-kes macam ni sebenarnya dah banyak kita tengok. Satu kesilapan yang dilakukan ialah, buat status secara terbuka, kutuk sana kutuk sini secara terbuka melalui laman sosial atau ada juga kes yang entri dibuat dalam laman blog masing-masing.

Pernah dulu, ai teringat lagi, kisah budak umur 12 tahun yang terus terang mengaku dia dah tak dara dalam blog milik dia. Memang trafik mencanak-canak bagi siapa yang buat entri tentang dia. Yang bestnya, dia macam tak malu bila orang asyik bertandang kat blog dia dah mengecam kenyataan dia. Anak siapalah ni?

Dan ada juga kes Uncleseekers yang dengan selamba bercerita tentang kisah dia dengan bekas isteri kerabat diraja. 

Dan......eeee banyak lagilah.

Tak faham. Dah tahu facebook ni bukan private, blog ni tujuan untuk orang baca, tapi kenapa nak juga tulis benda-benda yang menyentuh sensitiviti alam.

Macam kes Amy Cheong ni, dia duduk di Singapura. Dah sedia maklum, ada juga bangsa dan kaum lain yang duduk bersama. Kenapalah bijak sangat nak fcuk segala mengutuk apa yang dah biasa dilakukan semasa majlis kenduri kahwin.

Oke faham. Penat. Tapi kita tak boleh pentingkan diri sendiri rasanya. Hanya kerana kita penat, dengan senang hati nak menghentam seluruhnya.

Tapi itulah, buat sesuatu benda tak beringat, sekarang all the universe dah menuding balik pada diri sendiri.

Walau apapun, rasanya dia dah belajar daripada kesilapan diri dia sendiri. Harap-harap yang lain pun ambil iktibar daripada apa yang dah berlaku ni.

Facebook, Twitter, Blogspot, Tumblr, Instagram dan yang seangkatan dengannya bukanlah laman peribadi anda. Apa jua yang anda post akan reflect diri sendiri. Berhati-hati dengan apa yang kita tulis. 

Kalau nak private, tulis diari saja.




Big Thanks to Following Links for infos and pictures:

PM Singapura bidas FB kecam majlis kahwin orang Melayu
news.asiaone.com
http://www.facebook.com/leehsienloong










09 October 2012

Aaron Aziz berhijrah ke Thailand?

Apa? Apa? Kau jangan buat cerita Ta. Hik hik.

Takdela. Tadi ronda-ronda baca Paper Online. Dalam Berita Harian Online ada tajuk Hero Baru Thai. Pastu ada pula gambar Aaron Aziz.

sumber Berita Harian

Menurut berita tersebut, khabarnya AA dilamar pengarah lagak ngeri Thailand, Nong, yang turut terbabit dalam projek terbitan Excellent Pictures itu, untuk menjayakan judul aksi dari negara jiran itu. Kalau ya, amboi, makin luas rezeki AA kat bumi Tuhan ni :).

Hmmm.. Apa agaknya komen ZZ pas ni. Hik Hik.

lagi berita seperti berikut.


Aaron mengaku dilamar syarikat produksi dari negara jiran

Peminat Aaron Aziz mungkin harus menerima kenyataan pedih andainya satu hari nanti dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada industri perfileman tempatan. 

Namun, perkara itu masih samar-samar dan jika berlaku sekali pun, ia bukanlah dalam waktu terdekat. Ditemui di set penggambaran filem arahan Ahmad Idham, Lari, di Kuala Perlis baru-baru ini, Aaron mendedahkan dirinya dilamar pengarah lagak ngeri Thailand, Nong, yang turut terbabit dalam projek terbitan Excellent Pictures itu, untuk menjayakan judul aksi dari negara jiran itu. 
Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu tertarik dengan tawaran berkenaan kerana ia bakal menjadi titik permulaan buat kerjaya lakonannya ke peringkat antarabangsa. Bagaimanapun sebelum persetujuan dicapai, pelbagai faktor harus dipertimbangkan. 

“Tawaran itu memang menarik, tetapi saya belum dapat memberikan jawapan. Mereka pula merancang memulakan penggambaran tahun depan. Saya perlu melihat jadual kerja terlebih dulu, supaya tidak bertembung dengan ‘job’ yang sudah dijanjikan lebih awal. 

“Kalau boleh, memang saya ingin berlakon dalam filem itu. Namun saya tidak boleh mementingkan diri dengan menerima saja tawaran berkenaan, semata-mata untuk mencipta nama di luar negara. Jika ditakdirkan hasrat itu tidak tercapai, saya reda,” katanya yang membawakan watak Khaliff dalam Lari. 

Bergaduh betul-betul 

Berkampung di Perlis sejak 16 September lalu bagi menyiapkan penggambaran filem yang mengangkat tema pemerdagangan manusia melakar pengalaman baru kepada kerjaya pelakon ini. 

Biarpun pernah menjayakan filem aksi menerusi KL Gangster, namun Lari lebih mencabar kemampuannya apabila perlu melakukan aksi pergaduhan membabitkan pukulan serta tendangan sebenar, dengan berpandukan koreografi Nong. 

“Penat tetapi puas kerana saya perlu beradu kekuatan dengan pelakon tambahan yang ada asas muay thai. Tidak seperti filem sebelum ini di mana pelakon tambahannya tidak mempunyai asas seni mempertahankan diri. 

“Awalnya saya agak bimbang kerana banyak aksinya yang tidak pernah saya lakukan. Saya juga hanya belajar daripada pengarah lagak ngeri ketika di set. Nong seorang yang sistematik dan dia sudah menyiapkan koreografinya di iPad. Setiap babak memaparkan aksi berbeza, jadi saya hanya perlu berpandukan kepada lakaran dibuat. 

Bakal jadi bualan 

“Saya tertarik dengan filem ini kerana aksi lagak ngerinya setaraf dengan judul dari Thailand dan Hong Kong. Untuk babak bertarung, kami dikehendaki berlawan betul-betul. Contohnya, kami memang betul-betul melayang apabila ditendang. 
Bagaimanapun kami diberikan pelapik keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya yang tidak kisah walaupun pernah tercedera sewaktu penggambaran. 

Berpeluang meninjau penggambaran filem itu memberi gambaran positif, filem menelan belanja sekitar RM2.5 juta ini mungkin bakal menjadi bualan. 

Bagaimanapun, kata Aaron, kejayaan Lari belum boleh diukur dari sudut pembikinan sematamata. Sebaliknya, kejayaan hanya dapat dinilai apabila ia ditayangkan.

sumber Berita Harian.









saya tak bogel

sumber myMetro.



KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

sumber MyMetro

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.


“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.


***

Nabila ni, memang selalu buat kontroversi.
Lagipun, pakaian seksi dah memang sinonim dengan dia. Cuma salahnya kali ini, pakaian tersebut di pakai semasa majlis yang dapat liputan media secara meluas. Dah sah-sah sana-sini kamera segala. Sepatutnya, sebagai artis yang dah agak lama dalam bidang ni, dia kenalah sensitif dengan keadaan semasa kan.

Dah tahu akan naik jadi penyampai trofi, kenapa nak kena pilih juga fesyen sebegini. Memang salah langkah la kan.

:)

KAMAL AFFANDI HASHIM memerlukan anda

Siapa tak kenal dengan Kamal Affandi Hashim, penganalisis jenayah terkenal.

Bermula daripada dunia kewartawanan dan seorang jurugambar, beliau kemudiannya berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.Hari ini beliau merupakan Penganalis Jenayah Pertama di Asia. 

Dalam kesibukan dia bekerja, tanpa sedar rupanya dia menderita sakit AVM. AVM maksudnya Arteriovenous Malformation. Arteriovenous malformations merupakan gumpalan urat yang tidak normal dan ianya tumbuh di dalam otak. Ia terdiri daripada saluran darah normal yang dipanggil “nidus” dan ia melalui arteri (urat) yang disambung terus kepada urat utama dan melalui saluran urat kecil, dipanggil “cappillaries”. AVM boleh berlaku di mana sahaja di dalam bahagian otak kita, samada besar mahupun kecil. Apabila pendarahan berlaku, pendarahan ini adalah sedikit jika dibandingkan dengan pendarahan yang berpunca akibat daripada pendarahan “hypertensive”. Ramai pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat namun, tidak ramai yang menyedari bahawa mereka sebenarnya pengidap penyakit AVM. Antara tanda-tandanya ialah kesakitan dibahagian sebelah kiri mahupun kanan kepala dan apabila perkara ini berlaku, pesakit perlulah menjalani rawatan CT scan ataupun MRI (Magnetic Resonance Imaging).

Ai dapat tahu pasal Kamal Affandi sakit ini melalui blog abang Mazidul.

Ini, ai cut and paste dari blog beliau. (keizinan telah diminta. harap maklum)


Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal. 
Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.
Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.
Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.


Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.
"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya. 
"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya. 

selanjutnya di blog Bersama Mazidul.

Seperti dinyatakan di atas, Kamal Affandi memerlukan RM38,000 untuk pembedahan. 

Sebelum ini, kita semua pernah bantu Fynn Jamal untuk pembedahan anak dia bukan? Jadi apa kata kali ini kita bantu Kamal Affandi pula. Kalau seorang derma RM1, rasanya, boleh cukup nak sampai RM38k tu. Kalau ada lebih pun, kita niat untuk perbelanjaan perubatan dia selepas itu.

Sedih bila beliau berkata "Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan."

Apa-apa pun, mari kita bersedekah. Hari ini hari dia, mana tahu nanti hari kita. 

Wallahualam.

Sumbangan boleh terus dimasukkan ke dalam Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927.

sumber : Bersama Mazidul








05 October 2012

Penerima Anugerah Merdeka Award 2012

Pada 3 Oktober 2012 yang lalu, Pengerusi Anugerah Merdeka, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bertempat di Malaysian Petroleum Club KLCC telah mengumumkan tiga tokoh penerima Anugerah Merdeka 2012.

Tiga tokoh ini dipilih atas sumbangan cemerlang dan berpanjangan mereka dalam bidang masing-masing kepada negara dan rakyat Malaysia.

Pengumuman ini dibuat setelah ahli-ahli jawatankuasa Pencalonan dan Pemilihan membuat pertimbangan secara menyeluruh, meneliti kelebihan dan ciri-ciri terperinci yang dimiliki oleh setiap calon dan akhirnya, mengenal pasti individu-individu yang ketara mengatasi calon-calon lain dalam kesempurnaan mereka sebagai seimbol semangat Merdeka.

Penerima-penerima Anugerah Merdeka Award 2012 adalah seperti berikut:

YBhg Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock


Kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Tan Sri Ong adalah seorang saintis, penginovasi dan perintis dalam penyelidikan asas minyak sawit dan telah merintis laluan bagi para saintis muda untuk menyokong industri tersebut melalui penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak sawit.


Professor Dr. Engkik Soepadmo 


Kategori Sumbangan Cemerlang kepada rakyat Malaysia
Dr Soepadmo adalah seorang saintis dan ahli ekologi dari Indonesia yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang secara khususnya menumpu kepada kepelbagaian spesis, struktur dan fungsi ekologi hutan hujan tropika yang kompleks di Asia, khususnya di Malaysia.
Beliau telah menemui 56 spesis tumbuhan dan pokok trpika baharu, yang mana 6 daripadanya adalah bersempena nama beliau.


YBhg Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


Kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul
Tan Sri Syed Naquib  telah dipilih atas sumbangan besar beliau dalam Islamisasi Ilmu dan Pendidikan Muslim Kontemporari. 
Beliau telah mencurahkan sumbangan yang besar kepada sejarah bahasa melayu moden dan kepada penyelidikan ilmiah dalam bidang islamisasi pengetahuan dan pendidikan muslim kontemporari, menulis 4 buah buku di peringkat antarabangsa, 26 di peringkat kebangsaan dan 30 artikel dalam pelbagai penerbitan.
Beliau juga adalah di antara 500 orang muslim paling berpengaruh di peringkat dunia.


Bagi tahun 2012, tiada anugerah diberikan dalam kategori Pelajaran, Komuniti dan Alam Sekitar.

Untuk yang tertanya-tanya apa itu Anugerah Merdeka, berikut adalah serba sedikit mengenainya.

Anugerah Merdeka diasaskan oleh PETRONAS, Exxonmobil dan Shell pada 27 Ogos 2007 untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada rakyat Malaysia dan juga warganegara bukan Malaysia yang telah memberi sumbangan besar dan berpanjangan kepada negara dan rakyat Malaysia dalam bidang masing-masing.

Nama Anugerah Merdeka ini dipilih bagi mencerminkan matlamat Ahli Jawatankuasa Oembentuk untuk memperingati erti sebenar kemerdekaan yang lebih  luas daripada takrifan konvesyenal berhubung kedaulatan negara. Ia mencakupi kemerdekaan dari sudut pemikiran dan semangat perjuangan yang merupakan faktor pemupuk kesedaran terhadap potensi dan perjuangan mencapai kecemerlangan.

Penerima Anugerah Merdeka akan menerima satu sijil, sebuah trofi dan anugerah wang tunai sebanyak RM500,000.










p.s.
aku berkesempatan menghadiri sidang media dan pengumuman yang dibuat oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di tingkat 42, Malaysian Petroleum Club KLCC!

nanti akan ada entri khas untuk pengalaman itu pula. nak cerita bagaimana boleh dapat pergi majlis ini.

best!

tambah best sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Shakiddo dan Dayah Keluh Kesah.

eee. bestlah!

harap-harap dapat jemputan untuk majlis anugerah ini nanti hik hik.

boleh jumpa mereka lagi!

eee. bestlah!

tunggu yaaaaaa.











03 October 2012

Rita Rudaini Buat Biografi diri.



suka dan duka.
kalau diikutkan, memang banyak suka duka dia.

dulu kes berebut laki jugak, sampai masuk dalam swimming pool.

pastu dah kahwin, masalah rumah tangga pulak.

kesian.

jadi, kalau dia nak buat biografi diri, macam oke la jugak kan. bolehlah orang tahu apa yang terjadi sebenarnya. tak payah susah2 nak google sana sini.

beli buku kan senang.

tapi harap2 dia cerita benda yang betul lah.

jangan lah pusing2 gak hik hik.

eh, apsal tetiba promote lak ni. bukan di bayar pun. amboi ko ta.
hehehehehe.

p.s. saya nak buat biol-grapi. ada orang nak beli tak? hik hik hik.

#tanyaNajib

ada yang suka Bajet 2013 yang dibentangkan pada Jumaat lepas.

ada yang tak suka.

ada yang banyak bunyik.

tak kurang juga yang mengata.

hentah hapa-hapa.

tak guna kau orang kutuk belakang.

tak guna kau orang cakap belakang.

apa mau tanya.

#tanyaNajib.

ingat senang nak tanya Perdana Menteri kita?

serius.

hari ini. Bermula jam 9.00 malam.

PM kita akan menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum. Ah Jib Gor, Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi.

maklumat lanjut?

pergi sini.

apa lagi. nak serang? serang depan-depan.

shuh shuh.

stand by malam karang.

p.s.
#tanyawanita WanitaMutalib hahahahaha

27 September 2012

Bajet 2013

tahun ini,

bajet aku agak merudum.

harap-harap,

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan buat kejutan gembira buat kami-kami semasa Bajet 2013 Jumaat ini.


bodek jangan tak bodek.





14 September 2012

Morgan Freeman Died in 2012

mula-mula........ mak tak pregnant. ok.
mak dah agak dah, kalau buat tajuk camtu, mesti misleading ke mana-mana gaung entah.
tapi, perkara tersebut dah membuktikan bahawa, memang kebanyakan kita suka baca tajuk saja, tanpa baca isi. macam baca paper, baca tajuk ajer, pastu buat conclusion sendiri.

dah berapa ramai yang ucap tahniah kat mak sebab ingat mak pregnant. ihiks ihiks. insyaAllah ya kawan-kawan. tu semua doa tu, dan ai memang mengharapkan du'a uolls aww.

ni pasal Morgan Freeman!
tadi tengok dalam FB ada picture describe yang dia dah mati.
nasib baik ai tak melatah uolls.
teruslah google cari sumber sahih.

ha nah sumber sahih.

Morgan Freeman died in 2012.

ingatkan kat Malaysia ni saja berita kematian dibuat-buat dan disebar secara meluas.
rupa-rupanya dimana-mana saja pun ada perkara macam ni.

kemon la. ni menda bukan boleh buat main tau. ni pasal hidup mati tau. memang la dia tu mat saleh. takde kena mengena pun ngan kita. point aku sekarang ni, walau siapa pun, walau dimana pun, kenapa nak buat main benda hidup mati.

ei.! dis is seriyes man.

!!

pasal mamat morgan ni.

aku start minat dia masa dia berlakon dalam the Shawshank Redemption. memang ai suka sangatlah. sejak tu, memang dia la pelakon antarabangsa yang aku senang nak cam.

dia berlakon, memang berkesan sungguh. start tu, kalau dia berlakon aje, memang mak tengok la gak kan, walau pun tak pernah nak hafal pun tajuk-tajuk filem dia.

sooooo.......kalau dia mati, Hollywood memang kehilangan bakat besar dalam dunia perfileman.
pergh, macam ayat wartawan!! ahaaa!!




07 September 2012

Bayi Ditemui Mati Dalam Mangkuk Tandas Hospital


KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.

"Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.

Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut. - BERNAMA


***

berita ni aku dengar semalam masa on da way nak hantar Cha ke taska.
hari ni dengar lagi dalam buletin HotFM.
mati.
dalam mangkuk tandas.
kepala terperosok.
bomba kena keluarkan.

gila!
dah memang takde perikemanusiaan dah.

dah berbuih-buih dah mulut orang.
jangan buat perkara terlarang.
jangan buat maksiat.
dah buat kena berani tanggung la.
ni idak.
dah mengandung.
dah beranak.
boleh pulak bunuh.

aku taknak cakap pasal dosa sebab aku tak layak nak menghukum dosa pahala orang.
cuma masalahnya, kenapa nak buat benda-benda yang cikgu-cikgu, ustazah-ustazah dah larang jangan buang. make it simple. kalau dah tak tahu sangat larangan tu datang dari mana. ingat saja balik apa yang cikgu dan ustazah kita ajar. 

apa ingat boleh jadi hero atau heroin kalau dapat buat.

*diam*

aku tinggi suara pada Cha pun dah tak boleh tidur malam rasa bersalah.
ini, sampai membunuh bayi yang tak tahu apa lagi.

*diam*

ini dunia akhir zaman.

*peringatan untuk diri sendiri.........jua*

17 May 2012

Alhamdulillah..syukur pada Tuhan



KETUA Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab (kanan) berpelukan dengan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Bhd (PEMPENA), Mohammad Rosly Md Selamat (kiri) selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM888,000 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

02 May 2012

gambar kahwin Jejai dan Fasha Sandha

hmm..
tetiba pulak nak kipochi kannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
tetiba la pulak nak menengok-nengok gambar kawin depa dua ni haa..
jumpa kat blog Abang Nara la cam biasa..
dan beliau pun ambil gambar-gambar tersebut dari blog OhBulan..

so, mak tempek la skit..
yang lain, korang gi la terjah blog dua di atas ya. :)







simple.
sweet jugak kan.
orang dah lawa..pakai apa pun lawa :)

lain la mak.
orang tak lawa..pakai apa pun lawaK!!

hahahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...