Tabungan

Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

18 July 2014

Family is all I have.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.


Hubungi saya:
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Kuala Lumpur

11 September 2013

dia yang bertungkus lumus

Sepanjang retreat, Nazri sangat-sangat membantu aku. Dia yang menjaga Qalesya masa aku sibuk soucd check la, menyanyi la, bertugas la..

Sikit pun tak mengeluh. Dia yang berlari mengejar Qalesya kat tepi pantai, dia yang menjaga Qalesya mandi kolam. Semua dia..

Terima kasih Abang
I love you.
:)



Saat aku lanjut usia
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau selalu di sini
Menemani aku bernyanyi

Saat rambutku mulai rontok
Yakinlah ku tetap setia
Memijit pundakmu hingga kau tertidur pulas…

Saat perutku mulai buncit…
Yakinlah ku tetap yang tersexy…
Dan tetaplah kau selalu menanti…
Nyanyianku di malam hari…



Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama, dingin dan panas dunia
Saat kaki telah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain


 












06 September 2013

Retreat -- Family Day Tourism Malaysia 2013

Assalamulaikum semua!
Selamat pagi!!

Tarik nafas -- hembus!! Hah!

Today's gonna be a long day for me! Hari ini bermulanya retreat @ Family Day pejabat aku. Kami semua akan ke Port Dickson dan celebrate our family day di sana. Seronoknya! Masa nilah nak melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani ahli keluarga. Satu tentang diri aku, ya aku sangat suka melepak dengan kawan, bersantai dengan kawan -- tapi jangan salah faham -- aku sangat suka melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani Nazri. Itu sebab Nazri memang sangat-sangat kenal dengan semua kawan-kawan baik aku - Jijo, Eikmal, Zahar, Radhi, kak Amy, kak Ani SEMUA Nazri kenal. Senang -- bila Nazri dah kenal semua kawan-kawan, memang senang cerita. Tak adalah nanti timbul fitnah sana-sini. 

Tak sabarnya nak ke PD. Berkampung dengan suami dan anak bersama dengan kawan-kawan. Ada macam-macam aktiviti masa kami kat sana nanti. Macam malam ini, kami ada Jamuan AidilFitri (ya -- walaupun dah penghujung Syawal) layankan aje yer. Sepanjang makan malam ni, ada persembahan artis Jay Jay dan Lena AF9. Selain tu adalah persembahan-persembahan lain. Yang itu suprise sikit. Tak boleh cerita habis hehehe. Nanti kalau sempat aku update melalui instagram. Siapa ada instagram boleh la follow aku ya -- cari saja wanita mutalib okey :)

Esok pagi akan ada sukaneka. Tengah hari aktiviti bebas. Masa tu nak bawa anak ke pantai atau swimming pool, atau apa saja pun boleh. 

Malam sekali lagi akan ada dinner kat tepi pantai tu -- dan malam besok best sikit sebab akan ada cabutan bertuah dan banyak lagi persembahan pentas.

Eeeee. Bestnya! Tak sabar nak bawa Qalesya berseronok.

Okeylah. Got something to do. 

Daaaaa!!



XoXo -- Ta.

(ada macam Dian dalam Istanbul Aku Datang tak? Hahahahaha ini semua poyoooooo!!)









30 January 2013

Bila peminat nombor satu bertanya, hati jadi goyah.

Ya. Aku tutup blog. Kononnya tak mahu menulis lagi. Kononnya-lah. Sepanjang blog ditutup, tangan asyik gatal nak menaip. Maka sibuk meluah kata di Twitter saja. Tapi hati tetap tidak puas. Dah hampir 5 tahun bersama blog ini, takkan mudah aku lupakan ia begitu sajakan.

Sepanjang blog ditutup, ramai yang bertanya, kenapa blog tak boleh dibuka. Ada yang DM di Twitter, ada yang PM di Facebook, ada yang SMS, ada yang hantar e-mail, ada yang WhatsApp. Owh terharu gila aku. Rupanya blog picisan ini ada pembacanya tersendiri. Tapi, aku tetap kental menahan, tak mahu juga menulis lagi.

Hinggalah semalam, peminat nombor satu ini bertanya secara muka ke muka perihal blog ini.

Peminat : Awak masih tutup blog?

Aku : Haah, kenapa?

Peminat : Tulislah semula, saya nak baca.

Okey, disebabkan dia, aku menulis semula.

Lantaklah apa yang kamu semua ingin fikirkan tentang penulisan aku ini. Riak? Takbur? Angkuh? Sombong? Itu semua pertimbangan kamu. Aku begini seadanya. Aku bukannya orang kaya yang perlu angkuh sepanjang masa. Aku bukan perempuan cantik yang riak dengan kecantikan sendiri. Tidak. Aku tak punya apa. Jadi aku sendiri tak pernah jumpa apa-apa sebab untuk riak, takbur, angkuh dan sombong dengan apa adanya.

Terpulanglah ya kawan-kawan. 

My name is Wanita, and this is my story...

p.s.
Lima hari tak bertemu Encik Suami, bila pulang ke rumah, beliau hadiahkan saya jam ini. Hati dah lama terpaut pada jam sebegini, bertali emas dan digital. Sejak tengok drama Adam dan Hawa. Perasan tak adik Ain Hawani, Eja pakai jam begini. Jadi bayangkanlah berapa lama aku mengomel mahukan jam sebegitu. Alih-alih dapat pula *senyum*.

saya hanya ingin sedikit ruang bagi saya mengucapkan rasa terima kasih saya pada Encik Suami kerana belikan jam ini buat saya. Ini bukan riak. Okey?




31 December 2012

dah lama tak pergi fun-fair!!

yelah. dah lama tak pergi fun-fair. dah tu, asyik lalu-lalang aje depan fun-fair ni. geram aje rasa tengok lampu warna-warni tu. dalam ati dah tanam kata tetap akan bawa Cha main-main kat sini.

tapi seperti yang dijangka, anak tak main sangat. mak dengan pak aje lebih. layan je lah hahaha.



anak dan bapa. yang kat tangan Cha tu permainan yang dapat hasil dari main kat fun-fair. haha.

nasib baik ada palam. boleh juga tolong tengok-tengokkan Cha masa mami dengan ayah dengan sibuk main haha.

tengok nak. naik takut. jangan kata kami tak bawa dia naik ya. dah cuba. berperang tau.

nak menghabiskan token - main BINGO! haha.

palam dan Cha sementara ayah main BINGO. thanks palam.

mak loike this picture. tak tahu kenapa. macam fairy tale giteww.

menangut tengok duck dalam kolam.

hero kami hari itu hee. thanks palam!!






31 July 2012

PHOTOBOOK SAYA SUDAH SIAPPPPP!!

terima kasih yang tak terhingga buat photographer kami,
sebab......... photobook kami sudah siap!!!
yeay!!

dan yang bestnya, mak ingatkan photo album biasa.
sekali memang cantik dia buat.
Alhamdulillah.
sangat-sangat berpuas hati dengan service diorang.

korang kalau nak shooting ke apa ke bolehlah try service diorang.
sangat friendly.
sangat awesome!!

nah sneak peak photobook kami!!
.
.
.
.
.


ai sukaaaaaaa
:)

10 July 2012

gambar dah upload. yeay. first family portait kami :)

banyak gambar sudah di-upload.

di facebook dan di blog photographer kami.

meh mak letak sedikit.

yang selebihnya, moh ke page mereka ya.



aaaa...

jom tengok lagi...

dalam link ini http://izwanmashuri.blogspot.com/2012/07/nazri-wanita-dan-qalesya-family.html

dan juga di facebook kawan kami ini.

mak like!!

memang puas hatilah dengan hasil kerja diorang.

sekarang tengah tunggu CD dan photobook saja dari diorang.

terima kasih banyak Fendi dan Izwan.

Both of you are AWESOME!!

25 March 2012

Day Out Qalesya @ Mega Kidz Mid Valley

cerita ni dah lama.
tak berkesempatan nak di-hupload.
hari ni, ada masa.
masak sudah.
makan sudah.
qalesya tidur sudah.
mak pun nak tidur.....sudah.
tapi takpelah, share gambar dengan yu olls dulu.

layanzz..








 





hmm.
banyak lagik gambar nak upload ni.
tunggu entri lain pula ya.






16 March 2012

wa nak try lu skit leh?

amboi..
ayat pembuka..
tak senonoh langsung ek..?

haha.

hari ini, mak nak membincangkan tentang 'nak berbisnes, nak untung sajo, tanpa mahu keluar modal lebih-lebih sikit.....!'

hoh.
tajuk tak hengat.

tapi itulah yang mak nak cerita hari ini ya anak-anak.

semalam, mak terbaca ada status dalam FB.

hamba Allah ni, agaknya berkecimpung dalam dunia mem-baking la kot.
sebab produk dia, signature dish dia adalah...kekek atau short form nya kek!
dia tanya, ada sesiapa nak beli tak?
pastu, adalah jugak yang reply, nak rasa dulu, takde ker sample untuk cuba.
pastu boleh lak dia kata, kalau bagi sample, nak ke korang beli...................................?...................!
aku dah terkedu dah bila baca reply dia.
pastu aku tunggu lagi orang lain reply, dan adalah kengkawan yang kata, kena la cuba dulu, baru tahu sedap ke idak, baru la leh tempah.
dan dia reply lagi, kalau memanjang nak rasa dulu boleh bankrap la dia.........

pada mak, tak salah rasanya, kalau keluar sedikit modal untuk tarik pasaran baru.
inilah namanya marketing kan.

macam orang jual kuih waktu raya....
kan depa berlumba-lumba letak sample.
tapiiiii....ada gak yang amik kesempatan makan itu sample macam seolah-olah dia dah bayar untuk semua sample tu hahahaha. oopps.

tapi masih, sekiranya nak buka pasaran baru, nak tarik pasaran baru, kena ada taktik.
taktik niaga.
marketing.
marketing.

tapi kalau dah sendiri pun keberatan nak keluar sedikit modal untuk buat sample, what can mak say.

cuma, mak terfikir juga kalau mak berada dalam kasut hamba Allah ni.
mungkin memang dulu dia pernah buat sample.
dan memang ramai la makan sample ni.
tapi sample habis, orang pun tak order.
apa cer.
memang korang la wat naya ke dia.

haipppppppp!!

15 March 2012

Percutian tak dirancang ke Melaka.......jer....

baru nak sambung kerrr?
nak wat camne noks....
baru sempat pegang komputer ni haaa..
lagipun nak hup-load 52 keping gambar ko ingat senang???

tapi  ye la.
seperti yang mak canang-canangkan dalam entri ini, nah mak hidangkan gambar-gambar kami sepanjang berada di Melaka Bandaraya Bersejarah nye punnnn.

kami ke Melaka, dengan tidak dirancang.
Holiday last minit la konon kan.
mak membawa hati yang lara sebab tak dapat ikut rombongan mak jemah ke Terengganu.
kenduri kawan baik sendiri tau.
awwww. sedih mak nokkss.

dan pergi ke Melaka juga atas urusan undangan perkahwinan juga.
kawan baik juga.
so..layan kan ajer yer.



ni masa kat kenduri kawin.









oke.
mak dah check-in.
Hotel Equatorial Melaka.
dekat dengan Dataran Pahlawan Mall.







bersiap-siap nak makan ikan bakar kat Umbai.
masa mengandung, teringin tak dapat.
anak dah setahun baru dapat.
anyway.
love u Encik Nazri!!!!









pergi Dataran Pahlawan Mall dulu, nak cari kasut Qalesya sebab kasut dia basah hehehe.


sudah ngantuk.



dapat kasut terus tidur. zzzzzzzz.

sudah sampai Umbai dengan selamat.
tidak sesat langsung.
Thanks to PAPAGO - GPS kami weeee.
sila jamu mata.
sahaja.





owh.sudah selesai makan.
masa untuk pulang ke hotel.
tidurrrrr.

kasut baru Qalesya.

esok pagi.
sudah check-out.
mahu ke Zoo Melaka.
jomm.




ye.
berkelakuan sopan sebelum makan.
duduk dengan tertib di meja makan ya nak.






Kiki, kawan Qalesya sepanjang trip.




sudah sampai zoo. boleh dia tidur dengan nyaman???

oke. sudah bangun.
jom beramas beramah mesra dengan binatang.




terserlah kemalasan dia kan??


semua binatang yang dia nampak.
semua dia kata ..... CATTTTTTTTT....
jadilah.
hahahaha.

p.s.
kami selalu nyanyi lagu Pakcik Tua Macdonald kat dia.

so sekarang ni, kalau kami nyanyi 'old macdonald had a farm'.
dia akan sambut 'e i e i oooooooo'.

nanti mak rakam and share ngan u ollls yer.

oke.
enjoyyyyyyyyyy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...