Tabungan

19 April 2012

minat najwa latif ekkkkkkkkkkkkkkkkkk??

nah satu lagi lagu budak-budak zaman sekarang.

untuk dia.
untuk dia.
untuk dia.
untuk diaaaaaaaa.


 

baru ja rasa nak minat kat najua latip.
terus tak jadi.
sori dik.
haha.

::bahasa budak-budak zaman sekarang::

mak perhati dah lama.
bebudak zaman sekarang ni, suka sangat mengubah ejaan.
agaknya, berapalah markah subjek Bahasa Malaysia dia orang ni eh.
ikut suka hati saja mengeja.
kekadang, sedikit annoying bagi mak yang membaca ni.
jenuh nak faham, apa benda lah yang diorang tulis.

meh mak bagi contoh-contoh perkataan yang bebudak zaman sekarang lebih suka pakai.
perkataan-perkataan adalah seperti berikut:

1. ok letewwwwww. maksudnya - ok ler tu.

2. teringat dekad diew. maksudnya - teringat dekat dia.
bukan dekad tu macam 1 dekad, 2 dekad ker?

3. bukan aku lha orang itewww. maksudnya - bukan aku lah orang itu.
ha yang ini aku paling tak boleh terima.
kan dah elok-elok eja lah tu l.a.h. kenapa nak tunggang terbalikkan jadi l.h.a?
dan itewww.. awwww... itu kan lebih  comel.

4. dy ada dimana yew? maksudnya - dia ada dimana ye?
dy? dy? celah mana entahnya jadi dia.
mak tak faham wahai anak-anak.

5. aku da ta mau cakap dengan kau. maksudnya - aku dah tak mau cakap dengan kau.
da elok-elok ada H belakang da tu, kau hilangkan dia?
da elok-elok ada K belakang ta tu, kau hilangkan dia?
terbaik la anak-anak ye.

actually.
ada banyak lagi perkataan-perkataan yang buda-buda sekarang buat.
ada banyak perkataan yang dia orang buang abjad sana-sini.

hmm.
nasib baik lah belum ada lagi buku yang approve perkataan buda-buda ni.
kalau ada, susahlah mak nak memilih buku untuk Q.

takpun, mak buka blog adik Zara aje la.
sebab blog adik Zara dah tentu pure ayat Bahasa Malaysia kita.
tidak langsung tercemar.
terima kasih adik Zara!
memelihara bahasa kita.

iya.
susah nak berbahasa baku, berbahasa dengan sepenuhnya mematuhi tatabahasa.
mak sendiri ayat berterabur sana sini.
short form sana sini.
tapi  mak tak pernah pula nak mengubah-ubah ejaan, lenyapkan abjad sana sini.

pendek kata,
budak-budak zaman sekarang ni kreatif sebenarnya.
pandai tukar ejaan.
kennnnnnnnnn *baca kannnnnnnn*

18 April 2012

nak tahu rahsia kecantikan saya?

wah ko..
gaya macam 'kau tu cantik sangat ker?'..
ahaks ahaks.

iya.
kita orang perempuan ni, nak tak nak, kena juga jaga penampilan.
paling kurang pun, berbedak lah sikit.
tambah pula kalau kau rasa kau tu golongan bos-bos, memanglah lagi kena jaga penampilan sebabnya sat-sat nak jumpa orang ni, sat-sat nak jumpa orang tu.
kalau kau tak jaga penampilan, tiba-tiba ada guest datang terjah, tak ke kalut?
mesti guest tu fikir, eh macam ini ja boss depa?
ha kan parah tu.

dulu..
dulu la kan..
masa mak kerja bank dulu, mak adalah sangat malas nak jaga penampilan.
maklumlah, masuk kerja aje memang dah fokus kat kes aje. fokus la konon kan.
masa tu, memang lipstik entah ke mana, bedak entah ke mana, apa tah lagi eye shadow or even mascara segala.
tudung pun senget. pin tudung dah nak sampai ke tepi telinga agaknya.
punyalah kerja la kononkan.
serius. mak punya stress kerja sampe kan memang takde hati langsung nak jaga diri sendiri.

last-last, bila mak dapat kerja kat Tourism Malaysia, amboi, kemain kau, contact lens la tak hingat.
sat-sat warna kelabu.
sat-sat warna biru.
tapi.....
sama juga.
sekejap sajo.
pas kawin, mak malas balik.
tambah lak tengah mengandung, lagi la serabai.
bila dah dapat anak. lagilaaaaaa malasssss....

tapi...kalau ada event, memang masa tu mak balas dendam betul la.
time tu memang upah orang make-up pun mak sanggup.

sehinggalah kenduri kawin ayop hari tu, manalah ada orang nak tolong make-up kan, jadi kononnya make-up la sendiri.
bedak compact banyak yang dah habis.
jadinya kena pi beli sendiri.
jadi mak try la bedak compact SimplySiti yuuuuuuuuuuu.

masa hari kenduri ayop, umaiii, ayah mak sendiri tegur, eh lawa kamu hari ni.
amboiiiii...rasa nak terbang mak.
maklumlah, baru try bedak jer, tak try lagi menda alah lain.
iye.
bedak itu saja sudah mahal. *bagi mak mahal la, bagi kamu, mampu kot...*
tak mampu nak beli yang lain ahaks ahaks.

selepas itu,
mak memang langsung tak pakai dah bedak tu.
malas pun.
tinggal aje dalam beg.
sehinggalah hari ini.
mak memang dah fix appointment nak jumpa dengan Dato' Chairman.
jadinya, mak pun carilah balik benda SS tu, calit-calit lipstick skit, dan calooo pi jumpa Dato'.

dalam lif, terjumpa dengan sorang kawan, dan dia menegur, 'amboi, gebu nampak'.

owh oke.
penangan SS mak rasa :)

perasan la ko mak.
hahahahahaahahahaha.
thank you dato' CT by the way hehehehe.

Wordless Wednesday #18042012 - 1


17 April 2012

Jangan Ganggu Pacarku sing by Aliff Aziz

sekarang ni waktu rehat.
waktu makan.
mak sedang makan dengan kusyuk.
hari ni memasak untuk suami tersayang.
bagi dia bawak bekal.
sebab ada orang pesan, nak ikat suami, ikat dengan masakan. wah gitew.

oke.
ini bukan pasal lunchbox mak.
ni pasal lagu Aliff Aziz yang terbaru.
yu olls dah dengar ker?

oke.
mak bagi tengok lirik dulu ya.

nah.

***

Memindai laman Facebook mu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen
Tak sedikit yang merayu

Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku
Tetap saja aku ingin bicara

Chorus
Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu
Tagging-tagging flirting-flirting baginya

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Bukan hanya itu
Kerna ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya

Ulang chorus 2x

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

***

boleh kan lagu camtu.
liking liking
poking poking
tagging tagging.

ihiks ihiks.
sorila.
tapi mak rasa kelakar la.
tersedak mak masa makan tadi.
cian kat mak tawwww...

nah.
mak kasi dengar lagu lak.





catchy..but.....
lu pikir la sendiriiiii!!!

lagi tentang kucing.

owh kucing!
owh adik....!
kau orang memang comel lah!!!!!


macam anjing dan kucing.

kalau dulu-dulu,
bila diberi pepatah, 'seperti anjing dan kucing', maknanya, pantang jumpa asyik nak gaduh saja.

tapi sekarang ini, pepatah begitu macam sudah tidak relevan.
sebabnya, dah banyak gambar kucing dan anjing yang kita lihat, semuanya berkawan baik.
persoalannya... keadaan macam sudah terbalik kan?
binatang sendiri sudah pandai bertolak ansur.
binatang sendiri sudah pandai berkawan baik walaupun anjing dan kucing suatu ketika dulu dikatakan musuh tradisi.

tapi, manusia, zaman sekarang, semakin dah terbelakang.
bukan dari segi teknologi atau apa-apapun, tapi dari segi sahsiah, akhlak dan moral.

manusia sekarang, lebih bijak. itu tidak dinafikan.
namun, semakin bijak, semakin panjang juga akal.
semakin banyak juga tipu muslihat.
semakin banyak idea.
dan semakin banyak perkara-perkara yang difikir, maka sahsiah semakin terbelakang.
kerana terlalu banyak berfikir, kekadang emosi semakin kurang diberi perhatian.
kerana terlalu banyak berfikir, kekadang perkara yang perlu diberi perhatian semakin ditinggalkan ke belakang.
dan disitulah mula tertinggalnya benda-benda yang indah sebagai contoh persahabatan.

dalam tv sendiri, dah banyak cerita tentang persahabatan yang musnah disebabkan benda-benda lain.
persahabatan yang musnah kerana tamakkan wang.
persahabatan yang musnah kerana berebutkan seorang lelaki.
persahabatan yang musnah kerana perbezaan darjat.
persahabatan yang musnah kerana....aku kaya dan kau miskin.

kan indah kalau......persahabatan....tetap indah.....sebagai persahabatan.
tidak ada pembolehubah yang mampu menggugat nilai persahabatan.

tiada si penikam belakang.
tiada si indah bahasa di depan tapi di belakang lidah bercabang.
tiada si kawan yang berpura-pura membantu tapi di belakang lantang bercerita keburukan.

macam anjing dengan kucing dalam gambar ini.
mereka berkawan baik.........!
sweet!!



The story behind this picture is this:

Every day - at the same time - she waits for him...

He comes... and they go for a walk

Wouldn't it be great if we all had friends like this...no words needed...they just intuitively recognize the value of each other in their lives and act accordingly.

By: Rick Nelson

16 April 2012

Vlog lagi - Caca pakai topi!!


bila Caca menyerang Mami....

video ni, semalam capture.
mula-mula just nak tangkap keletah dia tengah mencuci la konon guna kain kan tangan dia.
lama-lama agaknya dia dah start bosan, boleh lak dia main serang-serang mak.
meh la tengok hee.




15 April 2012

Zookeeper

cerita ni santai.
buat orang macam mak yang suka kan lawak bodohan *bukan bunohan, ianya memang sesuai.
buat orang macam mak yang suka gelak tak cover, mengilai-ngilai, iya.. ianya memang sesuai.

try ar tengok.
ari tu mak tengok kat HBO kalau tak silap.
memang kelakau kata orang melaka.

siyes.

nah link untuk trailer.
try ar.
tak best jangan mare arrrr.

mamat ini memang kelakau, terbaik la bro..
acey, panggil bro tak tahannnn..


jom bantu Bob Kuman.

sila baca secara ekslusif dari blog abang mazidul.

SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)

abang mazidul,
mohon kongsi.

marah bebenor dia. ala. ZZ la.

iya.
marah bebenor.
nah.
baca.

 "AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT"

kenapa blogger otai semua sombong?

iya.
minta maaf semua blogger otai.
mak takde niat pun nak cari gaduh.
dan mak takde niat pun nak kata yu olls sombong ahaks.
saja ja buat tajuk entri macam tu haha.

selalu mak perhati, ramai ja yang kata blogger otai sombong-sombong.
hmm.
kadang-kadang mak pun rasa macam tu jugak.
ye la.
mak cuma blogger picisan.
takde sape pandang pun.
baru tegur 2,3 kali blogger otai, dah kena smash balik kan.
tapi takpelah.

cuma mak paham, kenapa mereka dikatakan sombong.

satu.
hallo.?
diorang dah ramai followers.
mana la larat nak balas komen sesatu kan.

dua.
hallo.?
diorang buat entri semua bermutu.
mana la larat nak melayan blog kte yang wat entri caca marba ni.

tiga.
hallo.?
diorang ada banyak keje lain nak buat.
mana la larat nak mendengar rayuan gombal kte ni kan.

ahaks.

macam artis juga.
bila diorang tak balas atau RT tweet kte, semua nak sentap.
padahal, diorang bz kot.
bagi la masa kat diorang.

tapi...
kalau tweet orang lain boleh balas sampe 30, 40 kali, tweet kte yang sekali sekala masuk ni tak berbalas juga, apa cer kan.

cakap pasal tweet, yang rajin meng-tweet, yang mak perhati ialah Kieran HotFM, Usop HotFM dan Yana Shamsuddin.

yang lain...........
sendiri mahu ingatlah.
hahaha.

p.s.
apa la motip entri mak hari ni??

salam ahad


11 April 2012

bedroom sanctuary - lagu

amboi.
mentang-mentang esok cutikan.
tidur pun lambat.
anak dah tersadai.
cian dia.

owh.
ni lagu mak suka.

alangkah indah, kalau ada orang tuju lagu ni pada mak.
ehem ehem.


 

 Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu 
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu 
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku 
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu 

 Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu 
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu 
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku 
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu 

 Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku 
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

10 April 2012

buat peminat-peminat Aaron Aziz. hah amik.

haah la. ensem gak mamat ni. sekian.
sila tengok minit ke 2.19 hingga 2.22.
iya sangat kiut.
eh tetiba ko peminat AA ker.
punggahhhh!!




kalau tak kuar kat sini.
sila ke link ini.

demotivated.


sekarang saya taknak rajin-rajin lagik. buat kerja malas-malas saja. people talking about demotivated. i do my best to search the solutions for this matter. but at last, i become demotivated as well. thanks. 

maafkan grammar saya.
saya tak pandai berbahasa inggeris.
maklumlah.
saya tak pandai buat kerja.
maka grammar pun lintang pukang.
itu sebab saya terus begini.

ya.
terima kasih semua.

sini tempat aku mengadu

sedih.
sedih.
sedih.
rasa nak menangis.
sedih.
sedih.
sedih.

terima kasih.
biar aku sendiri.
kredit Google


apa raaaa koranggg...

gelak sorang-sorang aku kat sini.
kerana dia, sana-sini buat entri.
ada yang menyokong....of courselah..
ada yang tak menyokong....hahaha.
istimewa eh dia.
kerana dia, orang semua bertekak.
hmmm.

09 April 2012

Digg.

ape menda Digg ni?

mak tak paham menda dengan Digg ni.

macam mana ke cara pakainya.

ada sape-sape nak wat entri pasai Digg ni?

dia macam FB ek?

hahahaha.

sowi la.

mak ni LembAB IT. hahahaha.

Senario di waktu pagi.

pagi tadi,
masa nak pergi kerja,
mak duduk di belakang,
jadi boss,
sebab,
Encik Nazri pergi kerja dengan kami.

bila duduk di belakang,
mak dapat tilik semua perkara.
mak dapat tengok semua rumah.
pendek kata,
mak dapat cuci mata.

terpandang seorang budak perempuan.
tengah tunggu bas sekolah tepi jalan.
elok pakai tudung.
comel.
pergi sekolah agama mungkin.

tiba-tiba terpandang mak dia.
tengah tunggu dia dari dalam pagar.
mak dia pakai skirt pendek paras lutut saja.
pakaian ke pejabat.

hmm.

betul.
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
memang elok kita ajar anak kita tentang agama dari kecik lagi.
tapi.
apa kita nak jawab kalau anak tanya,
mami, kenapa adik kena pakai tudung, tapi mami tak pakai tudung dan pakai skirt pendek. tadi kat sekolah, ustazah kata, kita kena tutup aurat.
rasa-rasa mami nak jawab apa?

ada pula, mak selalu tengok... dan selalu terbaca... status-status FB or apa-apa yang boleh di baca... sering seorang ibu berdoa, berkata, semoga anak aku menjadi anak yang soleh...
tapi.... ibu itu sendiri, pakai sleveless, pakai baju nampak lurah, tak tutup aurat.
jadi persoalannya di sini, apa maksud soleh pada dia?

iya.
mak tak layak la nak bercakap perkara-perkara sebegini.
siapa mak nak menghukum orang lain kan.
cumanya, aku terfikir, bagaimana nak berkata tanpa memaksudkan kata.
bagaimana kita nak mengajar, tapi diri sendiri masih ada kekurangan.
seperti mak la.
mak tak layak nak berkata apa. sebab mak sendiri punya banyak kelemahan.

dan apa yang mak tulis ni, sekadar apa yang terlintas, tertanya-tanya dalam kepala hotak.

akhir kata,
bak kata mak amalina,
saya yang beli legging tu untuk dia.

sekian.

06 April 2012

tank kosong, beg duit hilang. what will you do.

al-kisah...
semalam kononnya mak nak ke KL sebab nak uruskan kereta.
dan semalam akisahnya memang kalut sikit.
eh, bukan semalam saja, tiap-tiap hari pun mak kalut. but, that is another story, lain kali la mak cerita.
ni cerita pasal kalut semalam.

tank kereta mak memang dah sipi-sipi, tapi mak buat tak nampak sebab yakin masa keluar nanti boleh la isi.
so bila nak keluar tu, mak dengan conDIfen, carilah beg duit.
sekali takda!
cuak sekejap.
then buat-buat cool.
telefon opis, mintak tolong kak Ray cari atas meja.
pun takda!
dalam masa terdesak tu, apa yang mak boleh fikir adalah balik ke rumah dulu, cari dekat rumah, kalau takde juga, apa-apa hal pun mak dah ada kat rumah.
jadinya berpeluh-peluh la mak membawa kereta sebab takut minyak habis tengah jalan.
dari Putrajaya nak ke Semenyih tu, dah terasa macam dari Putrajaya nak ke Seremban dah gayanya.
lambat bebenor mak rasa.

Alhamdulillah sampe gak ke Home Sweet Home.
ini tank mak masa dah sampe umah.
.
.
.
.

sipi saja kan?

dah sampai umah, mak pun meraban la cari dalam rumah.
memang takda.
owh. mak dah lemah lutut.
first, memang cancel ke KL. gila nak pergi macam mana tank empty.
then, Qalesya pulak, mak pikir-pikir kena tunggu la Ayah balik baru pi isi minyak, baru pi ambik.
oleh kerana dah buat decision macam tu, mak pun sempat la masak meggi, makan2 sat.
then duduk depan komputer kononnya nak berFB, berBLOG segala.
tiba2 di celahan monitor dan PC, ternampak satu benda coklat berkilat.
oke.
beg duit mak ada disitu ya anak-anak.
molek duduk situ tunggu tuan dia ambil.

mak pun apa lagi.
tengok jam time tu pukul 3.30.
terus call Taska kata nak amik Qalesya sebab mak fikir, papehal kena masuk opis balik sebab besok nak keluar juga untuk uruskan kereta.
takkan tiap-tiap hari ko nak balik awal. banyak cantik muka ko? cantikkkkkk.

jadinya, mak terus la nak drive ke ESSO sebabnya mak ada membercard kat situ, kalau isi ada point, then leh redeem menda-menda pape-pape.
padahal, Petronas adalah sedikit dekat berbanding ESSO.
namun kerana fikir, tank dah la kosong, ni isi sah-sah RM70++ so baiklah pergi ESSO.

dengan tawakal lebih pada Dia, mak pun drive ke ESSO melepasi Petronas tersebut.
elok sampai ESSO, mak dah lega dah.
sekali dia block laluan daaaaaaa.
minyak habis daaaaaaaa.
gila punya dugaan.

tak fikir panjang, memang rezeki Petronas la mak nak isi banyak dengan dia.

nasib baikkkkkkkk sempat sampe Petronas.
isi la minyak di situ.
.
.
.
.
.
time.
beza sejam 2 minit kan.

halahai.
kerana beg duit, mak jadi begini.
berpeluh-peluh saspen bawak kereta.

bak kata kawan mak.
ni baru anak seorang dah meraban lupa sana-sini.
kalau anak 2, 3, 4, 5, 6 orang. meraban kuasa 6?

oke.
mak nak keluar.
nak uruskan hal kereta.
.
.
.
tulisan saya didalam phone memang huduh.

apa itu 'camel toe'?

sejak mak ber-blogging, dia antara blogger otai yang mak kagumi.
pendapatnya selalunya bermakna.
katanya selalu berfakta.
caranya menegur, lembut....tapi tajam.

dan kini dia berkata tentang 'camel toe'.
owh serius best.

meh la mak kongsi.
mak nak cerita tak pandai.
lagipun mak ada mesyuarat sat lagi.

asyik..asyik..mesyuarat.
bosan!



thanks Fynn.

05 April 2012

nak tahu apa yang buat mak serabut sekarang ni?





kredit untuk Google bagi semua gambar di atas

.
.
.
.
.
.
aku serabut dengan...
.
.
.
.
.
blog ni.
.
.
.
.
.
rasa macam something missing.
.
.
.
.
rasa tak kemas.
.
.
.
.
.
.
rasa tulisan dia tak masyuk.
.
.
.
.
.
apa patut mak buat dengan blog ni?
.
.
.
.
.
.
untuk bagi kemas lagi?

03 April 2012

macam-macam ek jadik 2, 3 hari nih?

aku berdiam, tak bererti dungu.
aku berkata, tak bererti cerdik.

ewah. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
amacam ayat pembuka.
mengada-ngadakan.
biasalaaaa.. mak kannnn... kalau tak mengada, tak sah.

tapi betullah.
lately, macam-macam isu kan.

yang paling mak tergelak seorang-seorang haruslah tentang isu nama Mat Haron tu.
apa daaaa.
pasal dia jaa...kecohlah satu Malaysia ni.
rilek derr.
orang main-main ja tu.
dia orang takde kerjalah tu.
apply job vacancy asyik reject la tuh.
masuk Jobs Malaysia pun asyik takde padanan kerja.
hantar resume dah berlambak tapi takde reply la tuh.
tu yang buat kerja merapu tuh.
banyak sangat masa nak belek Adobe Photoshop sampai meloncat idea nak ngusik yu der.
rilek ye derr.
apa ada hal.
mak nama Wanita.
tak kecoh pun.

kalau yang gomen pula, kecoh tentang gaji.
SSM la.
SBPA la.
naik sikit la.
ada ke tak backdated la.
swasta tak puas hati gomen naik gaji.
swasta dapat bonus riban-riban, gomen tak kisah pun. erk.
yang penting, pasal wang, semua kecoh lah.
mak pun kecoh gak.
well, mak manusia biasa.

sosial pulak. hmm. meh mak tilik.
owh ya.
yang pasal nari tiang, denda RM25 hinggit ja.
rasanya, lepas ni, orang dah tak kisah kot nak nari tiang.
sebabnya, income lagi banyak dari outcome.
income, sekali gelek tepi tiang dah dapat RM200.
apala sangat nak kuarkan RM25 sekali tangkap tu kan.
mewah.
patutla ramai nak nari tiang.
takpelah, nari tiang untuk suami jelah.
lagi berkat.
lagi aman rumah tangga.
oke. jangan bayangkan.

hmm.
dapat gak mak meraban kat sini.
fuh lega.
tak sonok rupanya kalau tak meraban kat blog sendiri.

eh, terima kasih ya pada yang sudi singgah dan membaca.
dah lama tak ucap terima kasih pada kalian.
i love u olls.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...