Tabungan

Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

15 May 2014

it's been a while

cliche.
bila dah lama tak update blog -- kata-kata berikut mesti digunapakai:-
'dah bersawang blog gua',
'nak kena cari kekuatan untuk berblog semula'.

itu bukan cliche sebenarnya. tapi memang itu kenyataan. haha. macam blog inilah. kesian. padahal aku berblog dah lama. dari tahun 2008 lagi. kalu aku serius, aku rasa mesti aku dah jadi macam blogger-blogger otai yang glamer keluar masuk majalah dan tv tu. haha.

entahlah. aku pun tak tahu apalah nak jadi dengan diri aku ni haha. adalah salah mana-mana ni. kena muhasabah diri lebih sikit dan tengok salah diri sendiri. haha.

aku sebenarnya ada banyak perkara nak kongsi. walau pun aku yakin tak ada orang yang kisah sangat pasal hidup aku, tapi aku rasa nak bercerita juga. haha.

satu yang aku nak kongsi ialah tentang pengalaman aku pergi dinner secretaries week last month. aku dapat tengok live performance Kris Dayanti dan Awi Rafael. best gilak! yang paling best, aku dapat tandatangan KD dan AR di casing Ipad aku. haha.


ni tunggu beberapa tahun, boleh buat duit ni. haha. sekarang ni, Ipad memang tak tukar casing, sebab sayang dengan signature tu hehe.

then, bulan lepas juga, aku pergi kenduri kahwin seorang kerabat diraja ni. first time ooo, pergi kenduri yang Raja dan Permaisuri datang mencemar duli. seronok juga :) tapi apa yang aku nak kongsi ialah gambar anak dan ayah ni. sweet sangat.


hik hik.
cukuplah buat mukadimah untuk beberapa bulan tak update blog ni.

owh lagi satu aku nak cerita. aku ni Pengedar Shaklee yang SAH tau haha. In case la kot korang lupa. Kalau yang pregnant, nak cari supplement untuk kuatkan badan semasa mengandung, inshaAllah Shaklee ada set yang sesuai.

untuk ibu menyusu pulak, memang ada set yang sesuai untuk milk booster dan kuruskan badan.

untuk anak-anak, Shaklee ada set untuk anak-anak yang memilih makan. ataupun kalau anak sembelit, kita ada produk yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.

eh banyaklah!

hik hik. jangan segan. boleh tanya mak! :)

23 August 2013

Masih bercinta sampai bila-bila.

Orang kata, bila dah kahwin -- akan sampai satu masa yang manisnya bercinta akan hilang. Aku sebenarnya takut dengan cerita-cerita macam tu. Aku takut perkara tu akan terjadi pada kami. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri bangun-bangun pagi, tengok muka aku dan rasa bosan pada aku. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri tiba-tiba berubah hati. Macam mana kalau satu hari nanti, Nazri dah tak sayang pada aku.

Horror!

Aku memang sentiasa berharap, biarlah apa yang terjadi -- kami akan tetap bersama-sama -- susah dan senang bersama. Amin. In Shaa Allah.

***

Ada satu malam, aku TERmimpi, Nazri kahwin lain. Luluh hati aku! Biarlah mimpi sekalipun, tapi aku tetap rasa sedih. 

Aku mimpi -- aku dapat tahu Nazri kahwin lain. Aku terserempak dengan Nazri dan isteri baru dia tu. Aku sedih, aku lari. Yang buat aku kagum -- Nazri kejar aku dan tinggalkan perempuan tu. Sama ada dia kejar sebab rasa bersalah atau sebab dia lagi sayang aku, entah aku pun tak tahu. Lagipun -- IT JUST A DREAM. Haha. Kenapalah aku nak ambil serius kan?

Kan??

***

Esoknya -- bila aku bangun, aku tengok muka Nazri, aku geram dan dalam masa yang sama aku sedih. Emosi aku bercampur-campur. Baru aku sedar -- mood orang tengah datang bulan. Full stop.

Tapi, tetap -- masa mandi, aku teringat mimpi tu -- masa pandu kereta, aku teringat mimpi tu -- masa bayar tol, aku teringat mimpi tu -- mana-mana saja aku teringat mimpi tu.

Mulalah aku fikir macam-macam, kalaulah Nazri betul ada perempuan lain, apa akan jadi pada aku, pada Cha. Dan perasaan waras kembali pada aku -- no lah, Nazri takkan buat macam tu.

Tengah aku fikir-fikir, Nazri tiba-tiba tanya apa aku buat tengah hari nanti. Aku terus -- tanpa teragak-agak aku kata nak pergi lunch dengan dia. Terus dia setuju. Kebetulan memang aku ada kerja sikit tengah hari tu. Aku isi borang keluar pejabat -- minta izin bos masuk lambat sikit dan terus aku pandu ke Mid Valley untuk lunch sama dengan suami.

Tengah-tengah drive, aku dapat SMS dari Nazri. Mesej dia ---


Okey -- Tarik nafas lega. In Shaa Allah Nazri masih sayang aku dan akan sayang sampai bila-bila. Ameen.



Uniqlo - Berbaloi-baloi!

Selasa lalu, selepas ambil keputusan darah dekat KPJ Tawakal, aku terus pergi Mid Valley untuk makan tengahari dengan Nazri. Macam biasa, lepas makan kami akan jalan-jalan sementara tunggu waktu makan Nazri tamat.

Tiba-tiba Nazri kata mahu singgah Uniqlo -- kata beliau nak tengok-tengok satu barang. 



Aku memang jarang ke Uniqlo sebab pada aku Uniqlo ni agak mahal dan baju-baju dalam sana tak sesuai untuk aku yang berbadan besar ni -- haha.Tapi, Selasa lepas -- persepsi aku pada Uniqlo berubah! Aku rasa seronok sangat shopping di Uniqlo sebab pada aku apparel yang dijual di sana takdelah mahal sangat -- affordable, dan cantik-cantik. Cuma untuk baju perempuan berbadan besar, mungkin tetap susahlah nak cari yang sesuai -- yang buat aku rasa seronok ialah kerana aku dapat jumpa baju tidur yang cantik untuk Cha. Selain cantik, harga dia pun sangat-sangatlah murah!! Kainnya sedap pula tu!! Memang berbaloi!!



Disebabkan harganya murah -- RM17.90 sahaja, aku beli tiga untuk Cha -- sebab ada tiga saja warna yang berlainan di situ. Kalau ada 5 warna, rasanya memang aku ambil lima-lima warna. Haha.

Kenapa aku suka beli barang untuk Cha bila aku keluar berjalan? Jangan salah faham. Bukan bertujuan untuk sengaja 'hujan'kan dia dengan kebendaan. Dia lah satu-satunya anak aku buat masa sekarang ni. Manjakan dia selagi boleh. Itu tekad aku. Siapa tak sayang anak oii. Lagipun, aku pernah terbaca tentang satu cerita yang mana bila kita gembirakan hati anak -- kita dapat pahala tau. Senang saja nak dapat pahala. Gembirakan anak. Bukan dipijak-pijak anak tu. Bukan didera-dera anak tu. 

Jadi, sebagai seorang ibu yang dah beli hadiah untuk anak, memang tak sabar-sabarlah nak tunjuk baju baru tu pada anak. Tapi aku tetap tunggu Nazri balik dari kerja untuk sama-sama bagi baju tu pada Cha. Bila Nazri balik, dalam pukul 8.00 malam, aku terus ajak Cha mandi dan umpan dia dengan baju tu. Ye -- Qalesya memang susah nak mandi, kena ada something untuk motivate dia baru dia nak mandi :)

Bila dia tengok saja baju tu terus dia cakap 'beeuuuteefulll' (beautiful). Terus sengih-sengih ajak mandi.


Tengok Cha malu-malu dia bila mami dia suruh tangkap gambar sambil pegang baju baru. Ayah dia yang lebih-lebih hehehe. Lepas saja tangkap gambar tu, terus mandikan Cha dan dia terus minta nak pakai baju baru tu.



Nampak selesa kan? Memang selesa. Sebab leher luas, ketiak pun berangin (sepoi-sepoi),  seluar pun tak ketat. Memang selesa untuk tidur. Rasa macam nak pi beli lagi walaupun ada 3 warna tu saja hehe.

Oh. Lagi satu -- sebenarnya harga baju tu lagi mahal sebenarnya. Tapi tengah sales. Yang bestnya, sehari sebelum, Nazri kata harganya ialah RM24.90. Hari yang kami datang tu (sehari selepas) Uniqlo turunkan lagi harga ke RM17.90. Maknanya memang harga tak menentu kat Uniqlo tu.

Kena rajin pergilah maknanya. Survey harga. Pandai Uniqlo punya marketing team buat strategi pasaran!!


Berbaloi-baloi!!




13 May 2013

Sabtu Ahad Kami.

Aku jarang bercerita apa aku buat sehari-harian.
Sebabnya aku tak pandai nak cerita dari pagi sampai petang apa aku buat. Haha.
 
Tapi aku cubalah sebab Sabtu dan Ahad lepas adalah a few pictures yang aku snap buat kenang-kenangan.
 
Kebanyakan gambar-gambar yang aku tangkap akan di-upload terus dalam Instagram, Facebook dan Twitter. Dari situ pun, kawan-kawan yang lain dah tahu apa aku buatkan.
 
Itulah juga sebabnya aku rasa tak ada point untuk aku cerita lagi sekali.
 
Tapi (lagi sekali tapinya), aku tepek-lah sikit gambar-gambar tu kat sini. Nanti, bila-bila baca balik tulisan lama-lama, boleh juga tahu, owh ini aku buat Sabtu Ahad pada satu masa dulu. Acewah.
 
 
Sabtu.
 
Pagi, Nazri kerja. Tengah hari baru balik. Dan Nazri menepati janji dia untuk buatkan kolam dan mandi dengan Cha. Apa lagi budak tu, happy tak ingat. Dan memang terserlah father-daughter bonding time tuh. Sweet sangat mak tengoknye tau.!!
 
 








Disebabkan tengah hari tu memang dia tak tidur langsung dan disambung dengan main air, malam tu Cha betul-betul kepenatan dan tidur awal. Malangnya dia bangun balik jam 1.00 pagi dan minta nak tengok kartun. Aku layan (tidur sebenarnya) sampai pukul 2.00 pagi then ayah ajak tidur dalam bilik semula.




Ahad.

Hari itu kami pergi kenduri. First time tau pergi kenduri dekat Muzium. Ha kan. Nampak tak. Nampak tak. Hik hik.
 
Kenduri tu di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor.
 
Jadinya, sambil pergi makan lauk kenduri, sempatlah juga kami meronda muzium tu. Cumanya Nazri tak nak bawa Cha masuk lebih dalam sebab barang-barang lama, dia tak nak Cha terkena apa-apa (boleh?).
 
 
Jadi tangkap gambar mana ada sajalah.




Dua gambar ni masa dalam kereta. Tangkap gambar dua kesayangan saja cukup. Hehe.





Ini sebenarnya masa nak balik dah. Teka kenapa dia main dekat tiang. Sebab dia tengah uk uk. Hik hik. Cha memang perangai dia macam ni. Kalau dia berak, dia akan menyendiri, senyap saja. Dia berada dalam dunianya sendiri. Halahai anak hehe.







Ni masa dalam muzium tu. Dekat depan sajalah Naz bawak Cha. Hik hik.


Masa on da way balik, aku sibuk nak minum cendol. Tapi Nazri dah ngantuk. Jadi kami tukar, naz tidur aku drive dan teruslah aku drive ke Bangi untuk beli cendol.

Cha pulak, tak habis-habis mengusik ayah dia. Aku pun tak faham, kalau dia duduk dengan aku, dia memang behave. Senyap saja. Tapi dengan Naz, dia tak duduk diam, ada saja benda yang dia nak usik, termasuklah lubang hidung ayah dia.

Haha.



Well. Itulah Sabtu Ahad kami.

:)





01 November 2012

Warkah DARI Ayah


Anak-anak ku.
Tanggungjawab ku..
Semasa membesarkan kamu.
Siangku,
Kupenuhkan dengan membelaimu.
Malam ku,
Terganggu dengan raung mu.
Aku faham kau lapar.
Aku sediakan susumu.
Lapar mu hilang.
Ku ikhtiarkan kau kenyang.
Sakitmu ku ikhtiarkan sihat.
Kosong benak mu aku ikhtiarkan berpelajaran.
Dunia, ku bukakan untuk mu.
Semoga kau berjaya.
Kini.
Kau sudah bahagia.
Kau sudah ada segala-galanya.
Tapi sayang, mata hati kau buta.
Kau lupa asalmu.
Lupa juga tanggungjawab kau .
Tak apa.
Sekarang dunia kau punya.
namun mata hati kau tetap buta.
Larilah..
Larilah dari tanggungjawab kamu pula.
Balasan tetap ada.
Tunggu sahaja.



p.s.
aku plagiat dari Facebook Ayah.

okey. ini turn aku sedih.

Warkah Buat Ayah :: Selamat Ulangtahun yang ke 71

Assalamualaikum,
apa khabar ayah?
ayah tengah buat apa?
kita harap ayah tengah berehat..
bukan apa..lepaskan lelah itu.

-diam-

ayah.
ayah tahu hari ini hari apa?
ayah ingat hari ini hari apa?
owh. lupa ke?

ayah.
hari ini hari jadi ayah.
hari jadi ayah yang ke-71 tahun.
iya.
dah 71 dah umur ayah.
dah banyak perkara ayah lalui.

tahun ini, tahun yang penat buat ayah - kita rasa.
sebab tahun ini, tahun di mana ayah kehilangan mak epit.

tak perlu kot kita cerita pasal hari tersebut.

kita cerita pasal lain.

-diam-

nak cerita tentang apa ya?

-diam-

ayah.
ya.
dari dulu lagi, kita memang jarang bersembang dengan ayah kan.
maaf ya ayah.

-diam-

ayah.
kita cuma nak bagitahu,

ayah ada mak.
ayah ada kita.
ayah ada ayop.
ayah ada adik.
ayah ada puti.
ayah ada Cha.

sejauh mana ayah pergi, kami ada.
sejauh mana ayah pergi, redha Tuhan tetap pada ayah.
sejauh mana ayah pergi, Syurga itu tetap pada redha ayah pada kami.

ayah mungkin takkan tahu, betapa besar sayang kami pada ayah.
biar apa dah terjadi, biar apa orang dah buat pada ayah, 
ayah tetap ayah kami.

itu dah tertulis.
tertulis dalam Luh Mahfuz.
tiada apa atau sesiapa dapat menafikan kun fayakun Allah.

orang buat ayah?
orang mengata ayah?
orang memaki ayah? -walau anak sendiri tak kenang budi?-
orang buat itu ini pada ayah?

persetankan.
kita tidak kisah.
sedikit pun.

ayah tetap ayah.

ayah yang pegang tangan kita masa kecil main tepi tasik taman DR.
ayah yang belikan kita aiskrim masa berkelah tepi pantai Teluk Batik.
ayah yang pandukan kereta masa kita pergi bercuti ke Pulau Pinang.
ayah yang tangkapkan gambar masa kita semua di Bukit Bendera.
ayah yang dukungkan kita masa kita pergi Muzium Negara.
ayah yang belikan kita cekedis masa mak taknak belikan cekedis yang kita minta.

banyak lagi.
tapi tak perlu kot.
ayah ingat.
kita pun ingat.

-senyum-

ayah.
sempena ulangtahun ayah yang ke-71 ini, kita tak dapat bagi apa.
dan kita berharap sangat, ayah berehat la.
tenangkan fikiran.
semoga tahun depan kita boleh lagi menulis untuk ayah.

mana tahu, ayah dapat timang cucu seorang lagi.

-senyum lapan puluh sen-

salam sayang.
anak ayah.
wanita.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...