Bila kita nak membeli lampin pakai buang untuk anak-anak, ada banyak perkara yang kita kena ambil kira.
Sensitiviti Kulit Bayi
Bila mak nak beli lampin pakai buang ni, mak paling ambil berat tentang kesesuaian lampin pakai buang tersebut dengan kulit Cha. Masa mula-mula Cha lahir, hospital memang akan bekalkan diaper. Masa tu mereka bagi Drypers5 pada kami. Mula-mula pakai memang tengok Cha dah tak selesa. Bila nak cuci, baru perasan tengok pepet Cha dah merah-merah.
Aku terus tukar dengan diaper Huggies. Macam mana boleh terjebak dengan Huggies? Sebab aku pernah turut serta dalam bengkel mengandung anjuran Huggies, haruslah dapat banyak sample Huggies untuk new born.
Cha pula memang sesuai sangat dengan Huggies tu. Kulit dia tak pernah merah-merah lagi sejak pakai Huggies! Serius tak tipu.
Tapi kena ingat, kulit bayi adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang kurang sensitif, pakai brand apa pun tak apa. Ada yang sangat sensitif sampai kan tak boleh nak tukar cuba brand lain.
Cha Alhamdulillah, setakat ni memang rasi dengan Huggies :)
Harga Diaper
Harga diaper zaman sekarang, memang tak boleh kata apa dah -- mahal! Macam Huggies yang selalu aku beli, harga dia RM54.50. Mahal sangat!! Tapi, jangan risau, ada caranya untuk dapatkan yang murah. Caranya ialah -- pergi survey!! Hik hik.
Setiap pasaraya, rajin bagi diskaun untuk diapers. Macam sekarang, di Tesco, harga Huggies memang tengah mahal iaitu harga biasa RM54.50, tapi ada selected diapers yang mereka turunkan harga. Nanti depa dah jemu kasi brand tu murah, diorang akan tukar pulak brand lain untuk harga yang murah.
Aku baru saja beli Huggies di AEON JUSCO -- harga Huggies hanya RM36.50. Murahkan!!
Ataupun, pergi saja ke Manjaku!! Sure harga diapers murah-murah belaka. Serius tak tipu. Pergi survey. Kena rajin survey la. Kata sayang anak :)
Packaging!
Ini paling crucial. Taklah. Ini paling orang tak amik berat sebenarnye.
Mak-mak especially macam aku ni (ke aku sorang aje hahaha) sebenarnya senang tertarik dengan packaging yang attractive. amboi haha.
Macam masa aku pi AEON JUSCO, aku nak beli Huggies aje sebenarnya. Tapi terjumpalah diaper ni. Packaging dia sangat-sangat menarik perhatian aku HAHAHAHA!
Haruslah mak rembat! Harga pun murah RM26++ kalau tak silap!
Mula2 aku cakap pada Nazri, aku nak cuba diaper ni sebab dia jenis pant. Lagipun Cha pun memang rasi juga dengan brand ni. So nak cuba la kononnya.
Tapi bila Naz dah bayar, aku pun cakap pada dia -- saya nak beli yang ni sebab packaging dia warna PINK!
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
04 March 2014
12 September 2013
tips : macam mana nak update blog tiap-tiap hari
okey. buat lawak saja. aku tak layak pun sebenarnya nak bagi tips macam itu. sebab blog aku pun boleh masuk dalam kategori sedu sedan. sekejap update, sekejap tidak update. hahaha.
tapi sebenarnya, selepas membuat blog-walking ke blog-blog otai secara konsisten dan tanpa gagal -- aku dapat tangkap beberapa tips penting untuk organize dan update blog kita secara konsisten.
daripada aku simpan seorang diri, baik aku tulis dalam blog aku ini. sekurang-kurangnya, aku pun tak lupa hehe.
okey -- mari kita lihat apakah tips-tips yang ada.
#1 - Catat tajuk entri.
Yang ini memang membantu. Sebab kalian pernah tak, bersemangat nak update blog, tapi bila dah menghadap komputer, kalian blank - tak ada idea nak update apa. Padahal masa mandi, masa cuci pinggan, masa buang sampah, masa tunggu bas, masa beli barang -- berlambak-lambak idea. jadinya, apa kata biasakan diri untuk catit tajuk entri yang terlintas dalam kepala kalian tu. catit la dalam buku nota ke, dalam iphone ke, dalam tab ke, apa sajalah, janji --- catat. bila nak update, rasa agak-agak nak blank, tengok balik tajuk-tajuk entri yang dah kalian catit, mesti berlambak-lambak, mencurah-curah idea nak menaip. weehu!
#2 - Baca suratkhabar dan majalah
bila kita membaca suratkhabar atau majalah, kita akan alert dengan keadaan semasa. selalunya, kita sendiri pasti ada pendapat sendiri terhadap isu-isu semasa di sekeliling kita. jujur. tak payah curi pendapat orang. tulis saja pendapat sendiri. biarlah nampak tidak cerdik, tapi itu adalah pendapat kita. pendapat kita yang innocent. mesti cute. namun, kurangkan bercakap tentang politik kalau tak pandai politik. woha -- kalian akan nampak bodoh satu abad. haha.
#3 - update melalui smartphone
ini sebenarnya kesinambungan dari tips #1 atas tu haha. tapi sebab aku malas nak cut copy paste hatta mendelete segala, aku teruskan ajelah tips ni ke nombor tiga okey. sebabnya -- kalau dah malas nak catit, idea pulak tengah membuak-buak tak boleh nak tahan, jadi update sajalah daripada smartphone masing-masing. sekarang ni ada macam-macam cara nak update blog dari smartphone. kalian boleh update sama ada melalui e-mail ataupun dari aplikasi. aku lebih suka guna cara melalui e-mail sebab lagi laju -- tak payah nak tunggu aplikasi tu me-loading segala. dah tu kadang-kadang error la bagai. jadi pakai e-mail sudah. cumanya kalau update melalui e-mail, nak letak gambar tak cantik sebab gambar akan automatik align belah kiri. so -- tak cantik. jadi kalau kalian perasan, kalau aku update melalui e-mail, memang tidak akan ada gambar. tips nombor ketiga ni sangat berguna buat aku sebab aku boleh update bila-bila masa aku suka -- sebelum tidur, masa dalam kereta, masa meeting (nampak sangat tak fokus masa meeting) dan lain-lain.
#4 - tangkap banyak gambar
kalau rasa tak tahu nak tulis apa, letak saja gambar. apa-apa gambar pun boleh. cuma janganlah letak gambar yang boleh mendatangkan kontroversi. picture worth thousand words. dengan gambar tu ada macam-macam perkara kita boleh interpret. terpulang pada individu macam mana nak menilai. letak gambar anak pun boleh juga. (macam biasa buat saja?) haha.
#5 - letak lirik lagu
hik hik. yang ini aku biasa buat juga. kalau dah habis blur, memang lirik lagu jadi pilihan. takdelah sendu sangat blog aku yang dah sememangnya sendu ni. at least, orang yang datang blog kita dah dapat lirik lagu. kalau nak lagi best, letak juga video lagu yang kalian letak lirik tu. bolehlah layan bersama-sama hehe. layanzzzz.
#6 - merepek
erm. macam aku buat sekarang ni la. aku yang pastinya hari ni takde idea nak buat tajuk apa, walaupun dah ada tajuk dalam iphone aku (yang dah aku catat) cuma tajuk yang aku catat memerlukan sedikit research dan fakta. so macam tak sedap kalau nak tulis sambereno macam sekarang ni haha. jadinya, terbitlah satu entri yang akan merepek tapi diharap dapat membantu otai-otai blogger-blogger baru sekalian.
hahahaha.
![]() | ||
| aku suka gambar rumput yang aku ambil ni. boleh guna untuk buat poster. :) okey -- secara rasminya ini adalah poster rasmi mak oke :) hahaha |
11 September 2013
Tips : 5 minutes make-up
Good morning beautiful peoples :)
Macam mana? Okey tak tajuk mak hari ini? Hehe. Yelah, mak faham -- sebagai wanita berkerjaya, kita mestilah nak sentiasa kemas dan menarik. Bukan cantik ya tapi kemas. Cantik -- semua orang cantik sebenarnya :) Tapi point sekarang ini ialah kita nak nampak kemas and yet menarik.
Memandangkan perempuan memang sinonim dengan 'lambat bersiap' -- aku nak kongsi sedikit tips untuk masih kelihatan kemas dalam masa 5 minit saja. Erm, aku tak pasti berapa lama masa yang kalian gunakan untuk cara aku ini, tapi bagi aku kurang dari 5 minit pun sempat hehe (mungkin sebab dah biasa kot).
Okey. Alat kosmetik yang kalian perlukan juga adalah sangat minimum. Berikut adalah alat kosmetik yang kalian perlukan.
#1 - Make-up base
Jangan pedulikan brand apa pun sebab yang penting kena ada make-up base. Penjelasannya senang, make-up base diperlukan untuk hold bedak kita dengan lebih lama sedikit. Selain tu, nak bagi bedak kita nampak kemas la sikit, takdelah bertompok-tompok sangat.
#2 - Compact Powder
Sekali lagi, tak kisahlah brand apa sekalipun yang penting kalian rasa selesa dengan bedak tersebut. Juga kena pilihlah yang sesuai dengan kulit muka. Ikut warna yang seakan-akan dengan warna kulit juga. Jangan nampak sangat beza :)
#3 - Eye liner dan Eye Brow
Eye liner ini optional. Ada setengah tak suka pakai sebab remeh. Ada setengah memang tak sah kalau tak pakai. Macam aku -- tak kisah. Mana-mana pun boleh. Tapi sebenarnya, bila pakai eye liner, mata kalian akan nampak lagi berseri. Tak percaya, boleh cuba :) Sedikit tips -- untuk permulaan boleh pakai yang jenis pensil, senang nak pakai. Kalau dah pandai sikit dan berani mencuba boleh la guna yang jenis liquid :)
Eye Brow ni pula sebenarnya untuk bagi kemas saja. Untuk kita perempuan islam memang tak boleh cukur kening unless ada special case. Jadi sebenarnya ada teknik tatarias yang membuatkan kening kita nampak cantik walaupun tak cukur. Am not going to teach about it sebab aku pun tak pandai apa jua teknik pun. Lagipun ini simple make-up -- nama pun 5 minit make-up kan hehehe. Yang penting, eye brow ni gunanya untuk melukis untuk nampak lebih kemas kening kita tu. Kena berhati-hati dengan warna pensil yang kita pilih. Macam aku memang takkan guna pure black untuk eye brow sebab akan nampak garang kening kita tu. Jadi selalunya aku akan pilih warna coklat untuk pensil eye brow ni.
#4 - Blusher
Jangan tenyeh banyak sangat. Merah sangat pun tak elok juga. Just nice saja. Dah tenyeh dekat pemerah tu, jangan terus tenyeh pada pipi, ketuk sikit brush tu, baru tenyeh pada pipi. Owh ada sedikit tips -- kalaulah kalian travel dan terlupa bawa blusher, jangan risau. Ambil lipstick, calit sikit pada pipi kanan dan kiri. Kemaskan dan siap! :p
#5 - Lipstick dan lip balm
Step terakhir dalam make-up selalunya ialah pakai lipstick. Macam aku, jenis bibir kering memang perlu calit dulu lip balm sebelum pakai lipstick. Owh! Kalau nak nampak lagi cantik, boleh saja calit sedikit lip gloss :)
Dah siap!! Sangat minimum. Macam aku cakap tadi aku boleh siap dalam masa 5 minit untuk tenyeh semua yang simple-simple ni. Nanti cubalah :)
p.s.
5 minit tak termasuk pakai tudung ya hehe.
nanti aku ajar pulak 3 cara mudah pakai tudung lilit. Hik hik.
10 September 2013
Tips : Anak Soleh dan Solehah
Zaman sekarang ini adalah satu zaman yang sangat mencabar terutama sekali dalam urusan menjaga anak. Salah didikan, salah haluan, boleh jadi menjadi anak yang derhaka, anak yang tak mendengar cakap. Tengok saja gejala yang ada zaman sekarang - bohsia, bohjan, mat/minah rempit, melawan dan pukul cikgu, mengandung anak luar nikah, buang anak dan macam-macam lagi.
Aku pernah bersembang dengan seorang kawan di pejabat aku ini. Katanya, tahun depan anak dia akan masuk ke tingkatan 1 dan dia akan hantar anak dia ke sekolah agama di kampungnya. Katanya lagi, biar duduk dikampung, tak ada pengaruh jahat sangat. Sampai begitu sekali naluri seorang ibu untuk melindungi anak gadis dia.
Dalam laman sosial pun sering kali kita tengok page-page yang sering memberi tips-tips berguna dalam menjaga dan mendidik anak. Sebagai peringatan aku juga di kemudian hari, maka aku kongsikan bersama di sini ya.
#1 Teringat
Kalau kita, tiba-tiba teringat pada anak, rindu sangat pada anak yang berada di taska atau di rumah pengasuh, kirimkan Surah Al-Fatihah kepadanya. Kita sendiri sedia maklum, bacaan Al-Fatihah ini banyak fadhilatnya. In Sha Allah, ada rahmat dari Allah untuk anak kita ini.
#2 Wajah anak yang sedang tidur
Pandang wajah anak yang sedang tidur, dan bisikkan nama dia bahawa kita mahu dia menjadi anak yang soleh/solehah. Aku pernah hadiri satu kursus psikologi dan dalam kursus tersebut juga sebut perkara yang sama.
Sebenarnya, secara saintifiknya, bila kita mula tidur kita akan berada dalam peringkat 1. Semasa dalam peringkat ini, otak kita akan memancarkan gelombang otak yang sedikit rendah, dikenali sebagai gelombang otak alpha dan sedikit gelombang otak theta. Gelombang otak Alpha ini dikenali sebagai 'awake waves' kerana otak kita masih di dalam keadaan sedar pada peringkat ini. Okey semasa dalam gelombang Alpha ini, badan akan berada di dalam keadaan tenang, kadar degupan jantung dan kadar respirasi akan turun dan fikiran akan melayang ke keadaan yang kreatif dan santai.
Doktor tersebut pesan pada kami, semasa dalam gelombang alpha ini, kita akan secara sedar dan tidak sedar akan dengar apa yang diucapkan dan memang akan menjadi ingatan dalam otak kita apa jua pesanan tersebut. Itulah sebabnya, sangat elok kalau kita nyatakan hasrat kita pada si anak apabila dia sedang tidur bahawa kita sangat menyayangi dia dan berharap agar dia menjadi anak yang soleh dan solehah. In sha Allah, melekat benda yang kita harapkan itu dalam ingatan dia.
#3 Solat tengah malam
Konsepnya sama seperti di atas. Solat dan berdoa berhampiran dengan anak. In Sha Allah, jika dia di dalam gelombang alpha, dia mendengar rintihan kita pada Allah s.w.t.
#4 Minta dikasihani
Ini adalah apa yang kita perlu lakukan. Kita minta dikasihani olehNya. Nyatakan bahawa kita ini sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan menanti panggilannya. Sekiranya apa-apa berlaku pada kita dan kita tak dapat mendidik anak dengan baik, apalah yang akan terjadi pada kita di akhirat kelak.
#5 Peluk anak selalu
Ini adalah satu perkara yang tak payah disuruh dan kita semua selalu buat--kan? Siapa tak suka peluk anak -- kan? Aku sangat suka peluk Qalesya. Qalesya pun memang dah ikut perangai aku sebab dia memang suka peluk aku. Kadang-kadang tanpa disuruh, dia datang meleset dan peluk aku. Bahagianya. Sebenarnya, aura ciuman dan pelukan seorang ibu boleh menenangkan hati anak. Anak akan rasa disayangi dan dikasihi. Bila hati anak tenang, anak akan lebih mendengar kata. Percaya atau tidak, pendekatan menegur anak dengan nada rendah lebih berkesan daripada menjerit dan menengking pada anak. Aku selalu teringat kata mak mentua aku, bila Qalesya meragam atau mengada-ngada, dia selalu sebut -- 'sayang Qalesya, sayang Qalesya'. Hasilnya, Qalesya boleh saja dengar cakap nenek dia.
Itu saja yang aku boleh kongsi mana yang aku dah baca. Nanti kalau ada lagi, kita kongsi sama-sama lagi ya. :)
09 May 2013
TOP 5 --- Tips Macam mana nak jadi glamer!
Haha. Tips paling tak boleh --- be--lah! Haha!
Actually, me doing this sebab -----, dengan senang ada banyak cara nak jadi GLAMOUR!
Tak perasan ek? Takpe, mari kita kupas (buah) satu-satu ya anak-anak!
Tips macam mana nak jadi GLAMER!
1. Upload apa-apa video di Youtube, Keek, Socialcam atau apa saja laman social.
Anak-anak, tips yang pertama ini adalah tips yang paling menjadi okey! Tahukah anda bahawa Justin Bieber juga adalah hasil lambakan video Youtube. Scooter Braun tertengok video Youtube JB, Scooter bagitahu pada Usher dan walahhhhh seluruh dunia kini meminati JB. Aaaaaaaa kalau dalam Malaysia pula, kita ada Najwa Latif dan ramaiiiii lagi. Selain daripada itu, kalian mesti ingat Cikgu Shida kan. Kan bermula dari Youtube tu! Hik hik. Apa lagi, start your own video ya! Hik hik.
2. Couple dengan selebriti.
Aaaaa. Hik hik. Hendak atau tidak, tempias selebriti tersebut akan terkena kat kau orang juga. Masalahnya, bukan senanglah nak couple dengan selebriti kan. Melainkan kau orang cantik dan jelita atau hensem lagi kacak bergaya. Kalau macam mak ni ha?! Sila bermimpi sehingga kucing bertanduk ya.
3. Buat status yang PANAS!
Ini namanya Keyboard Warrior. Buat atau up status yang panas dan mencetuskan kemarahan manusia sejagat. Senang saja kamu dikenali. Dalam masa seminit, rakan-rakan baru kau orang akan share status kamu di merata-rata laman social. Di Twitter? Di Facebook? Di Instagram? Mana-mana saja. Petik jari! Kamu sudah GLAMOUR!!
4. Masuk peraduan sama ada dalam TV atau Radio atau lain-lain.
Aku pernah kenal ada satu orang ni. Dia memang suka masuk peraduan. Tak kisahlah peraduan suratkhabar ke, radio ke, tv ker, asal ada peluang mesti masuk. Alah, kalau tak GLAMOUR seumur hidup pun, sekejap pun dah glamer kan. Orang tetap akan bertanya -- 'eh kamu yang masuk tv hari tu kan?' Hahahaha.
5. Jadi Blogger.
Haha. Yang ni susah sikit sebab aku pun blogger tapi aku tak glamer!!
Hahahaha!
27 December 2012
TIPS : MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK
| luangkan masa bermain dengan anak tanpa gangguan. bila tiada gangguan, kita boleh fokus dengan anak saja. menguatkan lagi hubungan. |
| tutup semua punca gangguan. handphone. tv. apa-apapun. hanya dia penting sekarang! |
| fikirkan aktiviti yang menarik untuk dibuat dengan anak. bahagiakan anak selalu. perkara yang simple sebenarnya dengan sekelip mata boleh membahagiakan hati anak. |
sekian.
16 July 2012
Tips Pemanduan Berhemah di Atas Jalanraya
Assalamualaikum.
Sebelum mak memulakan kerja, mak nak kongsi sikit tips-tips atas jalanraya.
Iya. Mak bukanlah orang yang sesuai untuk bercerita tentang jalanraya.
Tapi, sekadar nak berkongsi, apa salahnya kan?
Mak pun terfikir pasal ni, sebab pagi tadi masa mak bawak kereta, mak mencarut-carut dengan hebatnya. Erk. Macam manalah puasa nanti. Kena belajar kawal mulut dari sekarang. (sebenarnya dari dulu lagi kena kawal mulut kan) haha.
Oke.
Pada mak, pertama sekali, kita kenalah ada ilmu tentang undang-undang jalanraya.
Itu sebabnya masa nak ambil lesen kereta, kena belajar teori dulu, kena dengar ceramah dulu, kena belajar praktikal dulu dan kena ada test untuk tengok sejauh mana kita faham tentang apa yang kita dah belajar tu.
Belajar tentang undang-undang jalanraya ni penting, sebabnya dari situlah kita faham, kenapa jalan tu ada 2 line, kenapa jalan tu line dia putus-putus, kenapa ada tanda jalan macam tu, kenapa dan kenapa dan kenapa.
Kalau tak faham, pakai redah aje, itulah yang akan menyebabkannnnnnnnnnnn paham-paham sendirilah.
Mak cakap pasal ni sebab, tadi, adalah satu kereta tu, jalan tu line dia dah terang-terang ada 2, keadaan jalanraya pun TAK mengizinkan untuk apa-apa kenderaan memotong, tapi boleh pulak dia memotong. Tak ke membahayakan orang lain. Nasib baik mak bawak slow okey!
Kedua, kita kena faham tentang jalan kita tu.
Contohnya, kalau jalan tu, jalan yang biasa kita pakai, jalan pergi kerja ke, mesti kita dah biasa dengan jalan tu kan. Mesti kita dah tahu, kat mana ada bumping sikit, kat mana ada lubang, kat mana ada selekoh tajam, kat mana ada simpang tiga berbahaya dan macam-macam lagilah.
Macam jalan mak pergi kerja, jalan-jalan kat Putrajaya ni ha, kebanyakannya sangatlah berombak beralun segala. Walaupun laju, tapi bila sampai ke area-area yang berbahaya, mak akan slowkan kenderaan, bersedia nak menghadapi jalan berombak beralun berbadai tuh. Hoh!
Ketiga, belajar tolak ansur.
Kalau nampak ada kereta depan bagi signal nak masuk lane kita, perlahankan je la kereta, bagi ajelah dia masuk. Ini tidak, lagi nampak ada kereta nak masuk, lagilah kita tekan minyak, taknak bagi masuk. Apa daaaa. Sama juga kalau dari depan, ada kereta bagi signal nak masuk simpang, kalau keadan tidak berbahaya, bagi sajalah laluan. Kesian kat dia. Tambah-tambah pulak kalau yang bawak tu, perempuan, tua lak tu, mesti dia gabra, macam mana nak masuk simpang, kereta laju-laju, banyak lak tu, macam mana nak masuk ni, kalau korang bagi masuk, mesti dia bersyukur gila, silap-silap dia doakan keselamatan kamu sepanjang pemanduan korang hari tu kan. Iyalah, mungkin masa tu dia memang bekejar nak balik rumah, bila dapat jalan mudah, mesti dia bersyukur gila.
okelah.
cukuplah kot.
Mak pun dah nak buat kerja ni.
Daaaa :))
Sebelum mak memulakan kerja, mak nak kongsi sikit tips-tips atas jalanraya.
Iya. Mak bukanlah orang yang sesuai untuk bercerita tentang jalanraya.
Tapi, sekadar nak berkongsi, apa salahnya kan?
Mak pun terfikir pasal ni, sebab pagi tadi masa mak bawak kereta, mak mencarut-carut dengan hebatnya. Erk. Macam manalah puasa nanti. Kena belajar kawal mulut dari sekarang. (sebenarnya dari dulu lagi kena kawal mulut kan) haha.
Oke.
Pada mak, pertama sekali, kita kenalah ada ilmu tentang undang-undang jalanraya.
Itu sebabnya masa nak ambil lesen kereta, kena belajar teori dulu, kena dengar ceramah dulu, kena belajar praktikal dulu dan kena ada test untuk tengok sejauh mana kita faham tentang apa yang kita dah belajar tu.
Belajar tentang undang-undang jalanraya ni penting, sebabnya dari situlah kita faham, kenapa jalan tu ada 2 line, kenapa jalan tu line dia putus-putus, kenapa ada tanda jalan macam tu, kenapa dan kenapa dan kenapa.
Kalau tak faham, pakai redah aje, itulah yang akan menyebabkannnnnnnnnnnn paham-paham sendirilah.
Mak cakap pasal ni sebab, tadi, adalah satu kereta tu, jalan tu line dia dah terang-terang ada 2, keadaan jalanraya pun TAK mengizinkan untuk apa-apa kenderaan memotong, tapi boleh pulak dia memotong. Tak ke membahayakan orang lain. Nasib baik mak bawak slow okey!
Kedua, kita kena faham tentang jalan kita tu.
Contohnya, kalau jalan tu, jalan yang biasa kita pakai, jalan pergi kerja ke, mesti kita dah biasa dengan jalan tu kan. Mesti kita dah tahu, kat mana ada bumping sikit, kat mana ada lubang, kat mana ada selekoh tajam, kat mana ada simpang tiga berbahaya dan macam-macam lagilah.
Macam jalan mak pergi kerja, jalan-jalan kat Putrajaya ni ha, kebanyakannya sangatlah berombak beralun segala. Walaupun laju, tapi bila sampai ke area-area yang berbahaya, mak akan slowkan kenderaan, bersedia nak menghadapi jalan berombak beralun berbadai tuh. Hoh!
Ketiga, belajar tolak ansur.
Kalau nampak ada kereta depan bagi signal nak masuk lane kita, perlahankan je la kereta, bagi ajelah dia masuk. Ini tidak, lagi nampak ada kereta nak masuk, lagilah kita tekan minyak, taknak bagi masuk. Apa daaaa. Sama juga kalau dari depan, ada kereta bagi signal nak masuk simpang, kalau keadan tidak berbahaya, bagi sajalah laluan. Kesian kat dia. Tambah-tambah pulak kalau yang bawak tu, perempuan, tua lak tu, mesti dia gabra, macam mana nak masuk simpang, kereta laju-laju, banyak lak tu, macam mana nak masuk ni, kalau korang bagi masuk, mesti dia bersyukur gila, silap-silap dia doakan keselamatan kamu sepanjang pemanduan korang hari tu kan. Iyalah, mungkin masa tu dia memang bekejar nak balik rumah, bila dapat jalan mudah, mesti dia bersyukur gila.
okelah.
cukuplah kot.
Mak pun dah nak buat kerja ni.
Daaaa :))
Subscribe to:
Posts (Atom)





