Tabungan

Showing posts with label Akademi Fantasia. Show all posts
Showing posts with label Akademi Fantasia. Show all posts

15 April 2011

hari ini aku EL. ello, apa ko ingat ini opis bapak ko yang punya??

eh ello. kalau ini opis bapak aku yang punya, dah lama dah aku masuk on and off okey!! wah. statement hangit.

well. pagi tadi bangun seperti biasa. seperti biasa juga aku mestilah tatap muka princess hati dulu then baru bapak princess hee. tapi aku lihat dia macam tak selesa. ya. dia bernafas macam tak lepas and ada bunyi snorriinngg. opss. yang snoring tu bapak princess.

tapi itulah. Q tak sihat. jadi hati kecil mami ni mulalah la gelibang gelibu. pikir punya pikir punya pikir, besok sepatutnya check-up bulanan a.k.a cucuk yang ke 5 bulan. so aku pikir, nak pi jumpa doktor la, and injak terus check-up besok ke ari ni.

dalam pukul 6.30 pagi, aku sms boss, and 2 orang anak buah mengatakan bahawa aku nak pergi bawak Q gi hospital.

tiba2 Q terjaga. macam biasa la, dia berak. easy bowel gak budak ni. dah jadi rutin, pagi ajer mesti berak dulu. so dah dia terkedip-kedip mata dalam gelap, dah tersengih-sengih tengok mami dia yang tutup hidung sebelah dia, aku pun bangun buka lampu.

mata dia berair. cian. hidung dia meleleh-leleh selsema. memang confirm ar gi hospital.

dah cuci2 dia. terus bawak ruang tamu letak depan tv, sebab dia suka sangat lepak and tengok tv. kalau dapat tengok 611, hmm lagi la. sonyap terusss.

dalam kui 8.00 aku dah mandi kan dia, and rutin biasa, bagi susu dia pun akan lelap balik, dan masuk dalam buaian.

tiba2 mesej masuk, aiseh boss suruh gak masuk opis. hati dah gelibang gelibu balik. hospital dah aku telefon mintak appointment hari ni. nego punya nego, aku lepaskan kerja pada anak buah aku kat opis.

so dalam pukul 11, bawak dia ke klinik. takdo orang yahoo. senang ja dapat jumpa doktor. cek punya cek, kahak dia dah banyak kat tekak. tekak pun dah merah. hidung pun dah tersumbat. tu sebab mata dia berair sebab air kat mata tak boleh nak bergerak ke hidung.

doktor just bagi ubat selsema dan batuk/kahak.

tapi.

doktor pesan, kalau dia mula demam, jangan tunggu, terus bawak jumpa dia balik sebab kalau demam maknanya kahak dah masuk paru2. dan itu boleh menyebabkan radang paru2.

Nauzubillah. mintak dihindarkan. Amin.

*****

besok sepatutnya ada tournament bola jaring. nak masuk huhu. tapi princess lagi penting dari lari2 kejar bola, dapat bola takleh gerak kaki, pastu jatuh tengah padang.. kan kan kan.

so sorry BSMP CREW. saya telah mengecewakan kamu semua. *macam bagusnya* haha.

apa ko ingat kalu ko datang team ko leh jadi juara?? hahaha.

no, BSMP CREW semua hati cekal. they can do it! chaiyok!!

******

aku masuk koir. and guess what. Cikgu Siti Hajar ajar kami yuuuuuuuuu.
perasan jadi budak AF la sekejap wakakakaka.
ada belajar bubbbbbbbbbblllingggggg *huduh sungguh diri ini bila tengok kat cermin tengah wat bubbbbbbbbbblllliiinnnnggg tuu*
ada belajar lalalalalalalalalalaalalalalalalala......
ada belajar nafas kat perut *sesi membuncit kan perut tanpa merasa malu*
owh sangat seronok.
tak lupa juga Cikgu Rima.
sangat la sweeeeeeeet.
suara dia ampun sedappppppp.
haish. rugi ja tak dapat pergi praktis ari ni.

tapi.

masih.

my princess is more important.


********

kemungkinan akan out-station lagi.
aiyak. mana mau cari babysitter dalam masa terdekat??



p.s. 
si kecik masih tidur. 
kemungkinan kesan ubat batuk/kahak dan selsema tadi.
cian dia.
aiyak!!!

14 May 2010

Nak Masuk AF BOLEH??

mak.......nak masuk AF!! Boleh?? boleh cepat glamer... cepat kaya.... nanti mak pun glamer... boleh masuk TV... Afundi ITA!!! wah....meriah mak!!!

ha masuk la masuk... kat 'sana' nanti jawab sendiri...

wahhhh.. mak ni... ganasnya fakta.......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


nazri...........nazri....................nak masuk AF!! Boleh?? nantiiiii....


TAK BOLEH!! titik!


wahhhh......abang ni.....tak sempat explainnnnn......muncung panjang 14 inci sangkut hangar cantekkkk..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


jom....karaoke ngan abang yer? kiter gi Wangsa Walk?? jom jom... nyanyi untuk abang ajer yer.. jom jom..


wahhhhhhhhhhhhh.......tak jadi majuk...jom...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


apa la motif aku wat dialog tu kat atas hahahaha..
tapi rasanya itu la realiti..
program program macam itu,
AF, Mentor, OIAM.. semuanya bersifat batu loncatan kan kan kan..
jadi tiket aja..
bila dah dapat tepek muka..kuar masa minggu pertama pun tak kisah..
janji muka cantik, sore ada, redah ajer..
tak jadi penyanyi leh jadi pelakon..
takjadi pelakon leh jadi pengacara..
tak jadi pengacara leh jadi DJ..
tak jadi DJ leh jadi....tettttttttttttttttttttt...wakakakakaka...
dah ramai dah artis realiti..melambak lambak..
sampai ada yang dah dilupakan ponnn..
aku masih teringat Fitri AF2..
memang suka sangat dia..tapi bintang dia tak menjadi..
rasanya serius dalam bidang fesyen aja dia..
tak lupa juga yang lain..
ada yang dah kawin senyap2..
ada yang kata dah jadi perempuan simpanan si polan polan..
ada yang kata dah jadi anak ikan si polan polan juga..
macam2 la....

lebih baik nyanyi suka2 dengan family kat karaoke kan heeee...
kalu nak extreme skit kenduri kawin...

owh cakap pasal kenduri kawin, sahabat baik merangkap adik aku akan bernikah ngan gadis pilihan dia insyaAllah june ini.. terbaik untuk kamoo dekkkkk :)
insyaAllah kenduri kat Kedah kami serang juga dek...

kalu diikutkan adik aku ni mintak untuk nyanyikan lagu untuk dia masa kenduri nanti..
wahhhhh....
permintaan gitu....
tapi lagu dia mintak susah la dik...
tak sampai akak rasanya..

tapi jangan risau..akak sudah praktis lagu lain..
wahhhhh..macam artis gitewwwww...

apa-apa pun..
buat sahabat ku @ adik ku Azhar Musyabri Abdul Mutallib
Semoga kamu berbahagia selamanya..
Hidup rukun dan damai..
Give and take pleaseeeee :)


p/s ~
pernah diundang menyanyi waktu dinner..
aku tolak secara baik..
wah...kenapa??
dinner kot!!!!
Dato'2 ajer situ...
mahu mengigil pegang mic..
lagipun, Encik Nazri takkan bagi wakakakakaka..
Love u la Encik Nazri..




03 April 2010

mari main teka-teki.....takyah la...aku bagi jawapan siap-siap...dan korang tambah kalu nak tambah lalalala..

ini bukan teka-teki sebarangan.
ini juga bukan sebarangan soalan.
kalau dibuka soalan ini secara umum, pasti ada banyak jawapan yang didapati.

ahaks.
soalannya.
APAKAH PERBEZAAN DIANTARA AF8 DENGAN AMERICAN IDOL?

ahaks.
jahatkan.
ada pulak bukak soalan gini.
mahu kena tahan ISA gini hee.
ops sensitip.
tapi serius.
petang tadi, aku tengok American Idol.
serta-merta terpikir.
kenapa AF8 jauh berbeza dengan American Idol?
mungkin ini tidak adil kerana meletakkan satu competition yang berprestij sebagai batu pengukur.
tapi apa salahnyer kan.
letak satu batu asas yang mencabar, pasti akan buat hasilnya lebih berkualiti.
kalau membandingkan AF8 dengan sesuatu yang simple.
pasti AF8 boleh menang mudah.
tapi itu kenyataan.
AF8 ni memang yang paling worst dalam siri AF...ever...

peserta....semua fail....takde sorang pun yang boleh wat aku ternganga..
erk..kecuali Daus...pstt..dia dah tukar personaliti..giler cool...
tapi still..bukan kerana suara...dah nama masuk AF..biarla orang suka kerana suara..
biar seimbang dengan personaliiti yang cool...kan kan kan..

juri...respek ngan adlin ajer..kalau dia tak suka,mmg dia cakap, tapi yang lain, sering ajer nak jaga hati peserta...kalu tak sedap,still kata sedap..apa kes?terus terang aje la..buat apa nak bagi semua bebudak tu hidup dalam penipuan bahawa suara diorang sedap??
dan mungkin sekali-sekala dengan juri-juri jemputan,terutama sekali kalau juri yang memang sah-sah cikgu vokal...diorang memang sound cara nak menyanyi dengan betul..
itu baru betul..kata akademi..belajar la elok2 kan kan..

pengacara..oke la..tapi sangat tak sesuai bila ada 2 pengacara...takde kimia...no chemistry..sorang cukup kot..tenggelam salah sorang..cian tau..

p/s ~
One in A Million pun oke! 
ada la skit orang2 yang mmg pande nyanyi..

tercium??

aku tercium bau mee goreng!
cuba cakap sape yang masak mee goreng  ni!
apsal masak petang-petang gini?
apsal buat bau wangi-wangi gini?
boleh tak masak mee goreng time angin tak kuat camni?
ataupun time angin tak pusing ikut umah aku.

skarang korang wat aku teringin mee goreng tu tau tak?!
baik ngaku cepat sapa yang goreng mee itu.
cepat!
cepat!
makin sedap weh bau mee goreng tu!
mengancam jiwa dan raga sungguh la!

halahai.
mee goreng.

p/s ~
terasa nak karoke.
jom gi karoke?!!?
takyah ar.
layan kebencian tengok AF8 malam ni pun cam cara gak..
:)

20 March 2010

AKADEMI FANTASIA 8

teringat zaman-zaman belajar dulu.
masa tu, tengah panas akademi Fantasia Musim Ke-2.
masa tu, zaman zahid and the geng.

teringat juga zaman tu lah zaman nak mengorat nazri *maaf mami, ngorat cara baik tau :)*
jadi mintak nazri teman kan aku dan niena tengok konsert AF kat kedai makan.
disebabkan nak tunggu konsert sampai habis, terpaksa la diganti dengan berdozen-dozen cawan air atas meja hahaha.

tapi zaman tu, AF sangat best.
bebudak dia sangat sporting.
takde la nak musuh-musuh.
takde la nak wat puak-puak.

teringat time Zahid wat gila masa Linda nyanyi lagu 60-an tu.
teringat time Kaer nyanyi lagu Ikhlas tapi Jauh.
teringat time Linda nyanyi lagu Panti Asuhan.

secara peribadi, AF2 paling mantop.
dari segi nyanyian, persahabatan, persembahan, segalanya.

so hari ni, harapan besar terhadap AF8.
tapi nampaknya takleh lawan la AF2.
walaupun, sedikit mengakui, ada diantara mereka yang memang berbakat.
kagum dengan peserta yang nyanyi lagu Jac tadi.
pergh. walaupun dikatakan menjerit oleh juri, tapi tetap, dia seharusnya diberi pujian.

sedikit tidak suka dengan salah seorang peserta lelaki.
yang mana sangat setuju dengan Aznil bahawa suaranya mengingatkan pada iklan "pakcik menang motor".

tapi masih.
bukan senang la nak nyanyi atas pentas tu.
dengan audience beratus-ratus kat situ.
nak hadapi nervous lagi.
tetap pujian harus diberikan atas keberanian diorang.

nak bayang diri sendiri nyanyi.
harus dari mula zampai akhir Adlin kritik aku kot hahaha.

apa pendapat kalian.
oke tak AF kali ni??
kongsi jom.. :)

p/s ~
besok ada tournament bowling.
wish me luck ya :)
habis bowling, dah pakat nak karok ngn kawan-kawan.
seronoknya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...