Tabungan

Showing posts with label Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Bahagia. Show all posts

18 July 2014

Family is all I have.



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.


Hubungi saya:
Wanita Mutalib SID 886846
017 235 0404
Pos ke Seluruh Malaysia
COD di kawasan Semenyih, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Kuala Lumpur

23 August 2013

Masih bercinta sampai bila-bila.

Orang kata, bila dah kahwin -- akan sampai satu masa yang manisnya bercinta akan hilang. Aku sebenarnya takut dengan cerita-cerita macam tu. Aku takut perkara tu akan terjadi pada kami. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri bangun-bangun pagi, tengok muka aku dan rasa bosan pada aku. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri tiba-tiba berubah hati. Macam mana kalau satu hari nanti, Nazri dah tak sayang pada aku.

Horror!

Aku memang sentiasa berharap, biarlah apa yang terjadi -- kami akan tetap bersama-sama -- susah dan senang bersama. Amin. In Shaa Allah.

***

Ada satu malam, aku TERmimpi, Nazri kahwin lain. Luluh hati aku! Biarlah mimpi sekalipun, tapi aku tetap rasa sedih. 

Aku mimpi -- aku dapat tahu Nazri kahwin lain. Aku terserempak dengan Nazri dan isteri baru dia tu. Aku sedih, aku lari. Yang buat aku kagum -- Nazri kejar aku dan tinggalkan perempuan tu. Sama ada dia kejar sebab rasa bersalah atau sebab dia lagi sayang aku, entah aku pun tak tahu. Lagipun -- IT JUST A DREAM. Haha. Kenapalah aku nak ambil serius kan?

Kan??

***

Esoknya -- bila aku bangun, aku tengok muka Nazri, aku geram dan dalam masa yang sama aku sedih. Emosi aku bercampur-campur. Baru aku sedar -- mood orang tengah datang bulan. Full stop.

Tapi, tetap -- masa mandi, aku teringat mimpi tu -- masa pandu kereta, aku teringat mimpi tu -- masa bayar tol, aku teringat mimpi tu -- mana-mana saja aku teringat mimpi tu.

Mulalah aku fikir macam-macam, kalaulah Nazri betul ada perempuan lain, apa akan jadi pada aku, pada Cha. Dan perasaan waras kembali pada aku -- no lah, Nazri takkan buat macam tu.

Tengah aku fikir-fikir, Nazri tiba-tiba tanya apa aku buat tengah hari nanti. Aku terus -- tanpa teragak-agak aku kata nak pergi lunch dengan dia. Terus dia setuju. Kebetulan memang aku ada kerja sikit tengah hari tu. Aku isi borang keluar pejabat -- minta izin bos masuk lambat sikit dan terus aku pandu ke Mid Valley untuk lunch sama dengan suami.

Tengah-tengah drive, aku dapat SMS dari Nazri. Mesej dia ---


Okey -- Tarik nafas lega. In Shaa Allah Nazri masih sayang aku dan akan sayang sampai bila-bila. Ameen.



26 March 2012

Ratu Qalesya

homai.
tajuk tak bley blah *kata bebudak zaman la ni*

oke.
hari ni mak nak bercerita pasal anak dara mak - Qalesya Alia.

dia dah 1 tahun 4 bulan 10 hari.

dah besar. maka dah banyak la benda yang dia dah boleh buat sikit-sikit kan.
dan yang paling ketara ialah...memerintah.
demand.
kalau nak, nak gak.
takde tapi-tapi.
takde istilah tak boleh.
bak kata pakcik omputih - no is not in my vocabulary.
kelas kau nak.

pada masa umur dia sekarang, dia terSANGATlah pandai kata NAK dan BAK.
hamboi hamboi hamboi *sambil goyang jari kelingking gaya Azwan Ali*

dia dah tau, kalau nak sesuatu, dia kena sebut nak.
dan kalau body language kita macam membenarkan, dia akan terus tukar jadi BAK BAK BAK.

sebagai contoh.
dia nak tengok video dalam komputer, dia akan duduk kat kerusi dia sambil sebut NAK NAK NAK NAK NAK.
bila mak dah pasang komputer, dia akan terus sebut BAK BAK BAK BAK BAK.
hamoi kau nak.

dan dia sekarang dah tau, kalau mak pakai cantik-cantik, maknanya 'kita nak keluar berjimba-jimba wahai anak'...
dan dia akan terus cari tudung untuk mak pakai.
oke anak, itu mak setuju. keluar cari tudung ya. tutup aurat. tak mo seksi seksi. uiiiii.

dan dia sudah pandai suruh orang senyap.
kalau bising, dia akan letak jari telunjuk kat mulut dan kata shhhhhhhh dengan muka comel.
oke anak. mak terkesima.

dia juga tau satu ayat.....'dah habisssssss'....
bila habis makan, dia akan kata.....'dah habisssss'....
bila dia takkan dapat sesuatu yang kami tak nak bagi, kami akan sebut juga......'dah habissss'...
oke, itu dia akan buat muka konpius hehe.

lagi ayat yang dia tau sebut ialah.......'tak boleh'...dan 'jom'.
kalau sebut 'jom' akan bersekali dengan tarikan pada tangan.
iya. kalau dia bangun sebelum mak, dia akan sebut 'jom jom jom' sambil menarik-narik tangan kami.
oke. sila faham, anak kamu sudah besar.
hahaha.

haish.

kalau bercerita tentang Qalesya, memang tak sudah.
ada saja keletah dia.

satu yang mak perasan tentang dia, Qalesya ni born to be very happy go-lucky.
dia bangun pagi, dia akan senyum dulu.
never failed to smile.
bangun pagi, dan tengok dia tersenyum adalah perkara paling indah dalam hidup mak.

Alhamdulillah.



25 March 2012

Day Out Qalesya @ Mega Kidz Mid Valley

cerita ni dah lama.
tak berkesempatan nak di-hupload.
hari ni, ada masa.
masak sudah.
makan sudah.
qalesya tidur sudah.
mak pun nak tidur.....sudah.
tapi takpelah, share gambar dengan yu olls dulu.

layanzz..








 





hmm.
banyak lagik gambar nak upload ni.
tunggu entri lain pula ya.






15 March 2012

Percutian tak dirancang ke Melaka.......jer....

baru nak sambung kerrr?
nak wat camne noks....
baru sempat pegang komputer ni haaa..
lagipun nak hup-load 52 keping gambar ko ingat senang???

tapi  ye la.
seperti yang mak canang-canangkan dalam entri ini, nah mak hidangkan gambar-gambar kami sepanjang berada di Melaka Bandaraya Bersejarah nye punnnn.

kami ke Melaka, dengan tidak dirancang.
Holiday last minit la konon kan.
mak membawa hati yang lara sebab tak dapat ikut rombongan mak jemah ke Terengganu.
kenduri kawan baik sendiri tau.
awwww. sedih mak nokkss.

dan pergi ke Melaka juga atas urusan undangan perkahwinan juga.
kawan baik juga.
so..layan kan ajer yer.



ni masa kat kenduri kawin.









oke.
mak dah check-in.
Hotel Equatorial Melaka.
dekat dengan Dataran Pahlawan Mall.







bersiap-siap nak makan ikan bakar kat Umbai.
masa mengandung, teringin tak dapat.
anak dah setahun baru dapat.
anyway.
love u Encik Nazri!!!!









pergi Dataran Pahlawan Mall dulu, nak cari kasut Qalesya sebab kasut dia basah hehehe.


sudah ngantuk.



dapat kasut terus tidur. zzzzzzzz.

sudah sampai Umbai dengan selamat.
tidak sesat langsung.
Thanks to PAPAGO - GPS kami weeee.
sila jamu mata.
sahaja.





owh.sudah selesai makan.
masa untuk pulang ke hotel.
tidurrrrr.

kasut baru Qalesya.

esok pagi.
sudah check-out.
mahu ke Zoo Melaka.
jomm.




ye.
berkelakuan sopan sebelum makan.
duduk dengan tertib di meja makan ya nak.






Kiki, kawan Qalesya sepanjang trip.




sudah sampai zoo. boleh dia tidur dengan nyaman???

oke. sudah bangun.
jom beramas beramah mesra dengan binatang.




terserlah kemalasan dia kan??


semua binatang yang dia nampak.
semua dia kata ..... CATTTTTTTTT....
jadilah.
hahahaha.

p.s.
kami selalu nyanyi lagu Pakcik Tua Macdonald kat dia.

so sekarang ni, kalau kami nyanyi 'old macdonald had a farm'.
dia akan sambut 'e i e i oooooooo'.

nanti mak rakam and share ngan u ollls yer.

oke.
enjoyyyyyyyyyy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...