Total Pageviews

Tentang Saya

My Photo
cliche words ~ seorang anak, seorang adik, seorang kakak, seorang isteri, seorang mami. I am blessed!! Alhamdulillah.

Followers

Tabungan

Tabungan

30 January 2012

rutin kami laa nii

sekarang ni, mak travel berdua saja dengan Qalesya.
pagi-pagi dah bertolak dari rumah menuju ke Taska Qalesya.
dari Semenyih ke Bangi yang makan masa lebih kurang 30 minit perjalanan (kalau bernasib baik kurang jem), 1 jam perjalanan (kalau jem teruk) dan 15 minit (kalau jalan clear tak jem langsung).
dari Semenyih ke Bangi jugaklah mak akan berfikir panjang macam mana nak melayan kerenah Qalesya sepanjang perjalanan tu.

kalau pagi, kalau bernasib baik, Qalesya walaupun diangkat dari katil dan diletakkan ke dalam seat dia, dia akan terus tidur.
tapi, kalau dia terjaga mintak tetek, tapi mak dah bersiap nak pergi kerja, memang tak dapatlah tetek yang diminta tu. makanya dia akan meraung dan terjaga dan bangun dan berjalan dan awake sepenuhnya.
jadinya, bila masuk dalam kereta dalam keadaan terjaga, situasinya amatlah berbeza dan mencabar sekali.
sat-sat dia akan tunjuk-tunjuk tetek mak menandakan sudah masuk waktu menetek.
sat-sat dia akan sendeng-sendeng ke arah mak kononnya demand nak menetek.
masa ni mak memang dah meraban sebab mana nak drive lagi, mana nak melayan Qalesya lagik.

jadik sekarang ni, mak dah ada sedikit trick yang boleh dipakai pada dia.
bila dia mengamuk, mak bagi dia bites, benda untuk dimakan. so dia akan diam, sampailah bites dia habis.
kadang-kadang, bites tak sempat habis, dia dah berlayar dulu.
kalau bites dah habis tapi dia tak tidur lagi, mak akan bagi dia air kotak pulak.
air kotak yang untuk setahun tu.
dia memang suka sangat.
tapi, mak kena ready dengan messy yang dibuat.
sebagai contoh, tumpahan air yang merata.
kereta ni takpe lagi, nanti mak dah tukar kereta nanti, mesti biru muka mak bila dia tumpahkan air tu.
owh no..

kalau dah sampai Taska, dia masih tidur, memang senang nak pass kat pengasuh.
tapi kalau dah sampai dan dia terjaga, akan terjadilah drama air mata kat pintu Taska tu.
kadang-kadang mak pun rasa nak duduk dengan dia kat Taska tu bila dia dah sebarkan air mata dia tu, tapi apakan daya, Saya Yang Menurut Perintah adalah Berkhidmat Untuk Negara.

waktu petang.
ya waktu petang adalah waktu yang mengembirakan buat mak sebab, setelah seharian bersakit hati di pejabat, tiba masa untuk ambil Qalesya dan pulang bersama-sama dengan hati yang berbunga riang!
tapi, masih lagi tengok mood Qalesya.
setakat ini, perjalanan petang dengan Qalesya tidak susah mana, sebab trick tetap sama, bagi bites, bagi air, dan separuh perjalanan dia akan sedia tertidur.

Alhamdulillah.
memang tak susah dengan Qalesya ni.
dari kecil memang dia adalah anak yang jarang meragam dan jarang menangis.
cuma akhir-akhir ni, mungkin sebab dah besar kan, maka akalnya makin panjang.
makin bijak.
kang kalau dia senyap sajo, aku lak yang susah hati ye dak.

Alhamdulillah Ya Rabbi.

p.s.
oleh kerana update dekat rumah yang punya broadband berkelajuan rendah, 
maka sebarang peng-uploadan gambar adalah tidak digalakkan.

Yuna - Terukir Di Bintang *gila aku gila!!*

sekarang.
tengah gila.
gila mendengar.
mendengar lagu.
lagu Yuna.
Yuna Terukir di Bintang.

jom nyanyi sama-sama.
mak letak lirik dia oke.

nah.
amik.
.
.
.
.
.

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

.
.
.
.





p.s.
lagu ini ditujukan khas buat Encik Suami Tersayang.
love u.

cukup-cukup la tu

oke. cukup sudah pasal majlis 60-an tu.
tunggu next punya event lak, dengar citer Arabian Night!!
ha mangkor la ko ta nak cari baju.
sanggup ke belly dance.

AMPUN TA!!


Gambar-Gambar Majlis Jasamu Dikenang

sebelum mak letak gambar, mak nak bagitahu beberapa maklumat penting.

satu.
mak terlupa bawak kamera mak yang mana bermakna mak tak dapat nak upload gambar-gambar dari kamera mak sendiri.
nasib baik berkawan baik dengan facebook.
mana yang kawan-kawan mak dah upload, mak curik and letak dulu disini.
nanti mak upload lak yang dari kamera mak.
tetiba wonder, mana la kamera mak.
ni mesti Qalesya yang main ni.
Q!!!!!!

dua.
orang ada kata, kita kena yakin dengan diri sendiri. pedulikan apa orang kata. kalau asyik nak dengar apa orang kata, kita boleh jadi gila. oleh itu, mak cuba meyakinkan diri dengan berpakaian sebegini wakakaka.

tiga.
boleh tak CUBA jangan gelak bila tengok gambar mak yang dah macam nangka busuk ni.
CUBA ya. demi mak.
awwwww.

empat. 
nah gambar.
amik.
amik.
amik kawwww.

.
.
.
.
.


boss mak - kak ha, terbaik!!


baru dapat makan




okai, abaikan tangan sebesar peha gajah itu.


.
.
.
.
.

nantilah.
nanti upload lagik.

28 January 2012

Iyalah. tak menjawap soalan pun!

Background blog mak - ladybird.

Cubicle mak penuh dengan ladybird dan rama-rama.

Betullah, entri terdahulu tidak menjawap kenapa mak suka ladybird nih.

So mak jawablah ye.

Ladybird, pada mak, sangat comel.

Walau kecil, tak menyusahkan serangga lain, hidup aman damai saja.

Mak mahu seperti itu. Comel dan damai.

Hahahahaha.

Boleh terimakah? Heee.

P.s.
Masih berusaha meng-upload gambar dengan broadband yang lembab nak mampus.
Published with Blogger-droid v2.0.4