Tabungan

21 March 2017

::OKU (MASALAH PEMBELAJARAN)::

Baru-baru ni, ada satu kemalangan berpunca dari satu kereta yang dipandu berlawanan arus. Kereta tersebut merempuh satu kereta lain yang turut menyebabkan beberapa kereta lain terlibat sama.
Lebih mengejutkan, pemandu kereta tersebut dikatakan mempunyai kad OKU - Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.
.

Lepas tu, kalau ditengok dalam media-media sosial terutama sekali Facebook, banyaklah netizen-netizen buat lawak, kononnya -

'OWH! Kalau nak langgar orang, jadilah OKU, mesti lepas', 
'OWH! Ada kad OKU boleh ambik lesen eakkk?', 
'OWH! Kalau rasa taknak kena kutuk budak bodoh, mohon ja kad OKU!'.

.
.
.
.

😢
.
.
.
.

Sebagai seorang ibu yang punya anak OKU, masalah pembelajaran lak tu, all those statements - hurts.

Tak ada orang yang hendak jadi OKU.

'Bukan ku pinta, lahir ke dunia, bukan ku pinta, cacat begini'....

Tak ada ibu yang hendak anak mereka OKU, hatta masalah pembelajaran sekalipun.

Tahu tak ada ibu bapa yang masih lagi hidup dalam denial, semata-mata kerana taknak terima hakikat anak-anak mereka ni OKU. Pernah cuba tak fikir, perasaan mak ayah yang pergi turun naik jumpa doktor, isi borang JKM hanya untuk apply kad OKU ni?

.
.
.
.
.

Masa mula-mula aku terima kad OKU Cha, jujur aku cakap, Aku menangis. Aku tak sangka, ini nasib aku. Bila mana saat aku bernikah dengan Nazri, berdoa dikurniakan anak, ditimpa bermacam-macam dugaan masa nak dapatkan Cha, dan akhirnya Cha lahir ke dunia, aku berdoa agar Cha dilahirkan sihat dan normal macam anak-anak lain.

Ya. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa aku yang hina ni, masih lagi Dia bagi muka dan makbulkan doa aku. Cha lahir normal sihat cantik sempurna macam anak-anak lain. 

Tapi, perkembangan dia, akhirnya, agak lain dan slow berbanding kanak-kanak sebaya dia. Dari situ kami bawak dia jumpa doktor dan akhirnya dinasihatkan untuk masuk sekolah khas dan diberikan kad OKU.

Dan ye, tertera di kad OKU dia, Masalah Pembelajaran.

.
.
.
.

Hina sangat ke jadi OKU? Sampai dibuat lawak sebegini rupa? Setiap hari aku baca komen-komen netizen tentang orang-orang OKU yang punya masalah pembelajaran, buat aku sangat sedih. Saat aku baca, dan aku renung muka Cha yang sedang tergelak-gelak menari tonton tv, aku jadi sayu sangat. Dia sendiri tak tahu dia anak OKU. Dia sendiri tak tahu dia ada kad OKU dan dikelaskan sebagai anak yang punya masalah pembelajaran. Dan dia tak tahu pun yang netizen kat luar sana buat lawak tentang perkara ini.

.
.
.
.

OKU - Orang Istimewa

Tahu tak bahawa, salah seorang atlet paralimpik kita yang menang pingat emas masa Sukan Paralimpik edisi ke 15 di Rio baru ni Muhammad Ziyad Zolkefli adalah seorang OKU dan dikelaskan sebagai Masalah Pembelajaran saja.

Even, seorang lagi atlet wanita kita Siti Noor Radiah Ismail dapat pingat gangsa dalam acara lompat jauh sekaligus cipta rekod baru Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m. Same goes to Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin juga OKU Masalah Pembelajaran, walaupun tak dapat apa-apa pingat tapi beliau cipta rekod baru Sukan Para Asia dengan catatan 58.55s.




Nampak Normal

Anak-anak OKU yang dikelaskan dalam kategori masalah pembelajaran, selalunya fizikal adalah normal. Kelakuan juga agak normal. Macam contoh, anak aku Cha, Alhamdulillah tubuh badan sempurna normal, cuma masalah Cha ialah dia speech delay dan kurang fokus. Dan Alhamdulillah juga Cha bukan seorang yang hiperaktif, tak pernah tantrum dan masih boleh dikawal. Pendek kata, dia nampak normal - sangat normal. Masalah dia - itu je la, speech delay dan tak fokus. And yes aku mengaku, memang dia dalam pembelajaran sangat-sangat slow. 

Semasa mak-mak dan pak-pak lain bercerita kehebatan anak mereka yang berumur 4 tahun dah boleh baca A sampai Z, aku dok menung tengok Cha yang tak boleh nak kenal A sekali pun.

Semasa mak-mak dan pak-pak lain upload gambar anak-anak menang bercerita dalam pertandingan bercerita, aku hanya mampu peluk Cha sambil bercerita kat dia pengalaman mak pak orang lain.

.
.
.
.
.

Aku, secara jujur, terima seadanya keadaan ini. Sebab pada aku, anak aku normal, punya tubuh badan yang sihat, boleh berlari ke sana ke mari, still ada feedback bila orang panggil, normal syukur Alhamdulillah. 

Sebab masa Cha mula bersekolah awal tahun dulu, saat aku tengok kawan-kawan baru Cha dalam kelas dia, ya, keadaan Cha sebenarnya jauh lebih baik dan aku wajib bersyukur atas kesempurnaan yang Tuhan beri. 

Tapi itulah, aku ni manusia biasa, hati pun tisu. Bila orang dok kutuk-kutuk orang-orang OKU ni, aku jadi sedih, terasa ya amat sebab kita ni ada anak OKU. Perasaan tu bercampur baur. Rasa macam ah persetan la korang nak kata apa, tapi sat-sat rasa sedih lak sebab anak kita dalam kategori itu.




Kes Kemalangan

Gadis cina yang bertanggungjawab pandu kereta berlawanan arus tu dikatakan punya kad OKU Masalah Pembelajaran walaupun fizikalnya dia nampak normal. Memang aku sendiri tak pasti bagaimana seseorang yang punya kad OKU, boleh lepas ujian memandu. Yelah, Cha kecik lagi, of course la aku takde pengalaman nak ambilkan lesen memandu untuk dia kan. Tapi, kalau ikut logik lah, sedangkan yang cacat fizikal pun masih dibolehkan ambil lesen memandu, inikan pulak yang sempurna fizikalnya. Aku tak tahu, mungkin masa nak ambil lesen tu kena ada surat doktor ke kan. Kita mana tau prosedur.

Yang pasti aku pernah terbaca, ada seorang guru pada gadis cina ni, memang dia cerita yang gadis ni selalu menyendiri dalam kelas dan tak peduli dengan orang lain. Dan laporan polis juga ada tulis bahawa dalam air kencing dia memang ada penggunaan dadah terlarang yang menurut laporan tu jugak adalah ubat-ubat penenang yang dia makan. Jadi aku rasa, dia ni jenis OKU yang bergantung pada ubat. Sepanjang aku bawa Cha ke Doktor Terapi dia, memang aku selalu ditanya oleh nurse-nurse kat kaunter sama ada Cha ada consume ubat ataupun tidak. Bila aku cakap tidak, semua akan cakap, owh ooke lagi dia ni. 

.
.
.
.
.

Lastly, pada aku (omak yang ada anak autism), janganlah pandang rendah pada OKU yang ada Masalah Pembelajaran. Bersyukurlah kalian sihat dan punya anak-anak yang normal. Cuba fikir perasaan kami yang ada anak-anak syurga atau sanak sedara yang ada anak-anak autism ni. 

Masalah Pembelajaran - ye pendek kata 'bodoh'.

Memang anak aku kurang bijak (puas hati?) tapi dia sangat special dari segala segi. 

Hati dia tulus. Dia tak berpura-pura. Kalau dia happy, dia benar-benar tunjuk dia happy. Dia tak pandai pusing-pusing. Apa dia cakap, dia betul-betul maksudkan.

.
.
.
.
.

Bersyukurlah kalian normal.

Bersyukurlah yang kalian punya anak yang normal.














02 February 2017

::Senang ke tidak Cha ke sekolah?::

Semua orang dah sedia maklum yang Cha anak autistic. Dan bila Cha dah mula bersekolah, ramai yang bertanya - 'senang tak dia nak ke sekolah?'

.
.
.

Syukur Alhamdulillah. Walaupun Cha autism, tapi kerenah dia masih boleh di kawal. Nak menggerak dia bangun mandi satu proses yang tidak sukar - at all. 

Satu saja tips - berlembut.

Aku memang gerak Cha bangun seawal 6.00 pagi. Sebelum aku mandi, aku cuit-cuit dia dulu, peluk-peluk dia dulu, cium-cium dia dulu, sembang-sembang dengan dia dulu (walaupun dia mamai).

Lepas aku mandi, nak siap solat, aku peluk dia lagi, aku cium dia lagi, aku usik dia kata - 'mami dah mandi, cha busuk'. Dia? Tersengih-sengih dalam tidur.

Lepas aku solat, aku usik dia lagi, kali ni lebih extreme. Tak la extreme mana pun. Haha. Sekadar geletek sana sini ja bagi dia lebih waras. Haha.

Lepas aku dah siap apa yang patut, baru aku dok ngusik dia balik dan kali ni usik sampai dia betul-betul terjaga dan terus masuk bilik mandi untuk mandi. Dan selalunya soalan aku ialah - 'nak mandi dengan ayah ke dengan mami?' Kalau dia tak respon, terus aku cakap - 'okelah, Cha nak mandi dengan ayah'. Aku terus panggil ayah dan dia cakap 'oke oke I bangun'. I oke! *tangan ke dada mata ke atas* english sangat!!

Tapi lately, aku dah agak kelam kabut dan selalunya ayah kena take over mandi kan Cha. One thing bila ayah mandi kan Cha, mesti dok gaduh dalam bilik mandi tu. Ayah kalau tang ngusik, adoi, tak larat dah aku nak cakap apa. Cuma walaupun ayah yang mandi kan Cha, proses nak gerak tu masih lagi begitu. Gerak sikit-sikit.

.
.
.

Setakat ni, Cha takde masalah ke sekolah. Walaupun, dia dok cakap, no school, don't want school, tapi still kaki melangkah ja ke school. Takde drama nangis-nangis, takde gaduh-gaduh. Dia oke.

Aku cuma harap dia dibawah tangan-tangan yang baik semasa di sekolah dia. Dan aku pasti, cikgu-cikgu dia oke sebab dia tak pernah mengadu apa-apa yang tak elok.

Tak macam sekolah dia sebelum ni. Huhu.

.
.
.

Erm... minggu ni minggu yang agak busy sebab aku dah nak start mengemas semula. Nak pindah!! Yahooooooo!!!

.
.
.

Assalamualaikum. Peluk Cium Peluk Cium!!!!

11 January 2017

::Cha officially a student::

Acewah. Tapi seperti tajuk di atas, ye Cha secara rasminya seorang pelajar darjah satu!!
Aku ingat lagi masa aku mula bekerja akhir tahun 2006 dulu... Ada seorang kakak di pejabat aku ambil cuti seminggu pada awal Januari sebab anak dia masuk tahun 1. Masa tu aku dah niat dalam hati, aku juga nak cuti seminggu bila aku hantar anak aku ke sekolah nanti!!

Haha!!

Dan seperti yang diniatkan dari duluuuu, memang aku apply cuti seminggu sebab nak teman Cha. Tapi akhirnya aku hanya pakai dua hari dan selebihnya aku bekerja macam biasa.

Bukan apa, bila aku ada di situ, Cha nampak macam terganggu. Haha! Lagipun cikgu pun macam tak selesa bila Cha cranky nampak aku, jadi kami pun tak tunggu dia dan balik rumah --- tido!

Lagipun Cha sekolah khas, jadi waktu rehat memang makan akan diuruskan oleh guru dan pembantu murid yang ada.

.
.
.
.
.

Satu yang aku rasa sedikit sayu di hati adalah -- Cha masuk sekolah khas dan bukan masuk sekolah biasa yang aku bayangkan dari dulu. Tak sangka ini jalan yang Allah tentukan buat aku dan Cha...

Seronok tengok ibu-ibu dan bapa-bapa lain yang bercerita tentang anak-anak normal mereka memulakan sesi persekolahan. Berbeza dengan aku, yang melihat anak aku dikelilingi oleh anak-anak istimewa yang lain.

Jujur aku nyatakan bahawa aku menangis bila melihat Cha duduk di dalam kelas. Mungkin dia sendiri terkejut kawan-kawan dia sangat berbeza dengan kawan-kawan yang biasa dia lihat. 

Cuma di sisi yang baik, aku sentiasa bersyukur, sekurang-kurangnya Qalesya dilahirkan sihat tubuh badan dan elok fizikalnya. Berbanding dengan anak-anak syurga lain dalam kelas Cha. Dalam kelas Cha ada 9 orang anak syurga yang lain. Mereka ni terdiri dari pelbagai kelainan upaya seperti down syndrome, cerebral palsy dan mungkin ada yang hyperaktif dan juga dileksia.

Tapi still, syukur syukur syukur Cha merasa ke skool! Woot woot!!

Cha is super special. Very special on her own way. Di sebalik kekurangan dia, dia anak yang baik. Walaupun dia autism, dia masih anak yang tak banyak membawa masalah. Dia rezeki kami. Allah, aku sayang dia amat sangat...


masa nak pi sekolah


dalam kelas :)


balik sekolah -- bukak tudung -- panas!!


Moga Tuhan sentiasa melindungi Cha seadanya walau dimana dia berada...











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...