Tabungan

30 August 2013

Pengalaman Menyanyi Dengan Live Band

Selama ni, aku nyanyi karaoke ja. Orang dok kata suara aku sedap, tapi sebenarnya suara aku sumbang sana sini. Kadang-kadang aku rasa 'tuah' kot, time tu la dapat sound system yang sedap, suara otomatik sedap! Haha - bak kata watak Umie Aida pada watak Amy Mastura dalam filem Bintang Hati -- suara mesin! Haha.

Memandangkan orang dok canang kata suara aku sedap, band tempat kerja aku minta aku turun ke studio depa untuk test suara. Diorang tak ada penyanyi perempuan, sebab yang biasa nyanyi ngan depa semua ada kerja masa hari persembahan nanti. Kiranya aku last choice la! Haha. Memang dah tak ada orang dah boleh nyanyi.

Jadi aku dengan malu-malu kucing, pi la studio depa nak test suara.

KE LAUT! Itu ja aku boleh cakap. Susah rupanya nyanyi dengan band!! Boleh dengar sumbang sana sini. Dengan tak sampai note. Piching lari. Pecah sana sini. Aish malu gile nyanyi dengan budak2 band tu. Rasa nak tarik diri aje.

Tapi budak2 band tu rilek aje dengan aku. Aku dok minta maaf banyak kali sebab hancurkan sesi jamming diorang. Diorang rilek aje. Diorang kata boleh adjust lower kan note bagai. Kira support la juga mak yang tak pandai nyanyi ni hehe. Dan yang tak sangkanya, diorang suruh aku datang tiap2 hari untuk praktis sampai hari persembahan nanti. Kiranya memang dah official-lah aku kena nyanyi dengan diorang haha. Kitorang akan buat show (acewah!) untuk 2 malam berturut-turut. Satu malam layan lagu raya sebab majlis sambutan hari raya. Satu lagi malam baru nyanyi lagu-lagu biasa - kira dinner biasalah he.Dalam masa seminggu ni, kena praktis banyak gak lagu hehehe. Layannnnn.

Habis saja praktis, naik atas boss panggil. Dia terangkan itineri untuk event kami tu nanti. Katanya untuk dua malam tu nanti, aku kena jadi Pengacara Majlis. Aku dah terdiam -- sambil sengih-sengih. Boss aku tanya pasai pa?? Aku pun jawab, saya kena nyanyi malam tu boss. Aaa dia kata -- takpala, pegawai saya serba boleh -- nyanyi boleh, mengacara pun boleh.


Masalahnya -- itu kata boss aku.
Apa lak kata orang lain nanti?

Budak gemuk pendek ni -- gila mic gila pentas!!

Hahahahaha.

Sent from my iPhone

27 August 2013

Sambutan Hari Raya 2013

Wee wee wee. Apa yang lagi best selain daripada melepak bersama kawan-kawan pejabat. dapat pula kawan-kawan yang memang sporting tak ingat. I love my officemate. Tapi, resume tetap hantar merata. Career development la katakan. Hahaha. Iklan la pulak.

Oke. Ni mak nak cerita pasal sambutan hari raya pada Jumaat lepas. Baru nak cerita. Hahaha. Yang pastinya, bila kata sambutan hari raya, mestilah ada makanan. Banyak makanan!! Sedap-sedap pula tu. Haish macam mana la nak diet. Hahaha.

Tak tahu nak bercerita macam mana. Kita bercerita dengan gambar la senang kot kan? Hehe.


Nak beraya la katakan. Mestilah nak pakai baju elok-elok, cantik-cantik, lawa-lawakan. Mak suka sangat baju ni. Kain dia sedap. Dan mak nampak kurus. Ye kawan-kawan, itu ilusi sahaja sebenarnya. Mak tak kurus seperti yang kalian sangkakan hehe.



Dayang-dayang Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran. Semua kakak-kakak ni baik amat-amat. Sporting dan gila sikit. Sikit la. Hehehe.



Selain dari sambut hari raya, kami sekalikan dengan sambutan hari jadi. Yang pakai blazer dan bersongkok tu bos aku -- Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran. The best boss ever. Orangnya baik sangat. Disebabkan dia terlalu baik, orang selalu ambil kesempatan kat dia. Takpe boss, buat baik dibalas baik :)


laksa!!

rendang ayam!!

desert!!

kuih-muih!!

kek coklat!!

gila sedap!!
Makanan-makanan kat atas ni cuma sebahagian saja tau. Banyak lagi yang aku tak sempat nak snap, dah masuk mulut dah. Tak tahan!!


cantik tak brooch saya?!!

Boleh diletak di mana-mana pun brooch saya ni!!

ye. dia dah kawin tapi tak ajak saya. Hahahaha. Sori Dhi main-main ja!!

Beliau di dalam gambar di atas adalah Partner-In-Crime aku. Apa jenis jenayah tak payah tahulah. Tapi kami memang seronok bila nak buat jahat bersama-sama. Ada seorang lagi -- sebab actually kami ni trio. Tapi terlupa nak ajak dia Jumaat lepas. Sori Zahar!! Nanti kita tangkap gambar bertiga ya!!

   


Ni BFF aku. Nama dia Jijo. Dia dah kahwin - dah ada anak seorang. Kami dah berkawan dari belum kawin, sampailah masing-masing dah kawin, sampai masing-masing dah ada anak seorang dan kami tetap berkawan baik. Susah-senang kat Tourism Malaysia memang dengan dia. Mami aku siap gelar dia menantu tak jadi. Hahaha. Hatiku tetap pada Nazri walau siapa pun yang datang okey!!! Hahaha. Owh ada seorang lagi kawan baik kami -- Eikmal, tapi masa sambutan hari raya ni, dia kena pergi out-station dengan kawan baik dia. Heeee.




The one and only Encik Wan Zawawi -- Pengarah kami. Sangat sporting!! Owh hari ni ada date dengan dia, kami nak pergi test food dekat Shah Alam!! Nak pergi makan sate!!!!



Ini Kak Amy. Muka garang weiii!! Tapi baik hati ya amat! Kerja sangat tip top! Tapi jangan main-main dengan dia bila dia marah okey!!

Hahahahaha.


Okeyla! Ini saja gambar yang ada dalam phone aku. Nanti kalau dapat gambar dari OP -- aku upload lagi. Bai! Nak ready makan sate dengan boss :)




25 August 2013

Semenyih - Bangi - Putrajaya

Aku tinggal di Semenyih.
Hantar Cha ke Taska di Bangi.
Kerja di Putrajaya.

Macam itulah rutin aku pagi-pagi. Memang habis masa atas jalan saja.

Orang selalu tanya pada aku, kenapa hantar Cha di Bangi?
Kenapa tak Semenyih atau Putrajaya?

Pada aku, Semenyih memang tak pernah jadi pilihan aku pun.
Sebab dari Putrajaya nak sampai Semenyih memang makan masa sejam lebih kalau ambil kira kesesakan jalan raya. Jadi kalau aku keluar pejabat jam 6.30 petang, aku hanya akan dapat sampai ke Semenyih dalam jam 8.00 malam. Pada aku, di situ pun dah membazir masa dah. Pada aku, biarlah aku habis masa atas jalan sekalipun, asalkan aku dengan Cha. Duduk dalam jem, dengan adanya Cha -- tak pernah buat aku bosan. Sekurang-kurangnya aku terhibur dengan keletah dia. Sekurang-kurangnya aku dapat main dengan dia. Sekurang-kurangnya kami bersama-sama. Atas jalan pun, atas jalanlah kan. Janji dengan Cha. Mungkin sebab itu juga kot, dia memang teramat-amat-amat manja dengan aku -- fully attached. Sebab memang siang malam dengan aku saja. 

*bahagia*

Jadi, ada yang bertanya -- kenapa tak hantar di Taska kat Putrajaya saja. Lagi dapat lebih masa dengan Cha. 

Taska di Putrajaya??

Berpeluh. Dengar pun dah takut. Banyak sangat kes pengasuh dera budak di Taska kawasan Putrajaya. Lately -- lagi banyak. Takpelah, biarlah Cha di Bangi saja. Cha pun dari umur 9 bulan dah duduk di Taska Bangi tu. Sekarang umur dah hampir 3 tahun pun. Alhamdulillah takde pape. 


koleksi gambar - Cha tidur dalam kereta
ada yang masa nak ke pejabat
ada yang masa nak ke Teluk Intan (memandu seorang diri berteman Cha saja)
ada yang masa nak ambil ayah kat tempat kerja


Cuma akhir-akhir ni saja. Aku rasa ---- hmmm.... kita simpan dalam entri lain kalilah. Nanti aku kongsi ya.








23 August 2013

Semangat 1Malaysia

Tadi, semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat, macam biasa -- jalan pasti jem. Tambahan pula hari ni hari Jumaat, bertambah-tambahlah jem. Aku tak tahu apa kaitan Jumaat dan jem -- tapi itulah kenyataan dari dulu lagi. Asal Jumaat aje jem. Asal jem aje Jumaat. Haa gitu.

Tapi hari Jumaat yang jem hari ini, berbeza sedikit. Sebab aku dapat tengok semangat 1Malaysia hari ni.

Ceritanya macam ini.

Selang satu kereta depan aku adalah sebuah lori. Tiba-tiba lori tu pasang lampu kecemasannya. Berhenti lama pulak tu. Lepas tu aku nampak satu kereta (kemungkinan dihadapan lori tersebut) bergerak masuk ke sebelah kiri (ada kawasan rumput sikit -- selalunya tempat orang jual buah). Kemudia dari kereta tersebut keluar seorang pakcik berkopiah, isteri dan anaknya yang masing-masing bertudung labuh. Tiba-tiba mereka berlari ke tengah jalan. Aku pula yang panik, ada accident ke? Teruk ke? Lepas tu aku tengok, pakcik, makcik, anak perempuan mereka dan seorang lelaki India sedang menolak sebuah kereta lain terus masuk ke kawasan berumput tu juga. Bila dah masuk ke tepi, seorang perempuan Cina keluar sambil ucap terima kasih berkali-kali pada keluarga melayu dan lelaki India itu tadi. Lelaki India tu pula, selesai saja tolong mereka, terus dia masuk balik dalam lorinya dan teruskan perjalanan -- mungkin juga tak nak berhenti lama-lama dan menyebabkan kesesakan lalulintas bertambah teruk.

Aku -- aku kagum dengan suasana tadi. Memang semangat 1Malaysia. Melayu dan India sama-sama menolong Cina.

Siapa kata ada isu perkauman. Siapa kata ada kasta mengikut kaum. Sebenarnya, di dasar, di kalangan rakyat marhaen -- isu perkauman tak ada masalah pun. Yang selalu menambah-nambah cerita dan perisa, adalah selepas diperolokkan oleh politik. Padahal, tak ada apa pun. Masing-masing boleh bekerjasama tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

Cuma nak dengan tak nak aje.


:)





Sent from my iPhone

Penyakit Baru - Demam Running Man @ Demam Korea

Maafkan aku. Aku dah cuba, tapi tak boleh. Mereka terlalu adorable untuk dilepaskan. Chemistry antara mereka sangat menjadi. Mereka tak hensem -- tapi mereka hensem. Gosh -- apa yang aku cuba sampaikan ni?

Macam inilah. Aku berterus-terang, aku dengan TIDAK sengaja telah memasuki territory Korea. Mungkin belum 100%, belum 50% juga sebab aku buat masa ini hanya follow Running Man sahaja. Aku dengan sukarela bagi pengecualian untuk Running Man.

Aku pernah bercakap pasal Running Man dalam entri aku yang terdahulu di sini. Dan ya -- sejak itu aku memang gila dengan Running Man. Kalau ada yang masih belum tengok Running Man, tengoklah -- memang tak rugi. Kalau tengah sedih, tengok Running Man (RM) -- mesti terhibur. Percayalah!!

Apa yang aku kagum tentang RM, tentang Korea, tentang mereka ialah -- sopan santunnya mereka. Dengan siapa pun, sentiasa hormat antara satu sama lain. Panggilan mereka antara satu sama lain. Cara pakaian mereka. Aku perhatikan -- dalam episod-episod awal RM, kalau mana-mana pasukan itu kalah, mereka akan dikenakan hukuman. Dan selalunya mereka kena pakai hot pants atau pun seluar pendek. Ni seluar yang betul-betul pendek. Memang kalau perempuan pakai memang seksi lah. Tapi aku perhatikan, kalau Ji Hyo kena hukuman tersebut -- diorang takkan suruh Ji Hyo pakai. Hukuman untuk Ji Hyo ialah pakai misai dan janggut palsu. Kagum aku -- diorang pun taknak Ji Hyo terlalu seksi dalam RM. Diorang betul-betul jaga Ji Hyo. :)

Okey -- cukuplah pasal RM. Kang muak pula kau orang semua kan haha. Yang pasti, cuba tengok RM satu episod. Kalian akan terikut sampai habis. Haha.


***

Masa aku keluar dengan Nazri, aku singgah Daiso. 









Daiso ni kedai yang jual barang dia semua pada harga flat RM5. Barang-barang dia semua comel-comel. Memang best masuk kedai Daiso ni. Memang tak sedar boleh shopping sampai berpuluh-puluh ringgit. Gila tak perasan. Barang comel-comel kot.

Aku memang purposely masuk Daiso sebab aku nak beli sesuatu. Aku nak beli --------


SARUNG TANGAN!! Korea sangat kan!!

Okey okey. Daiso adalah dari Jepun. Tapi still ------- Korea sangat kan!! (bagilah can pada aku) Hahaha.

Sekarang ni dekat pejabat aku, adalah sangat-sangat sejuk. Jadi aku memang terfikir nak beli sarung tangan. Kalau sejuk boleh pakai. Tapi, sejak aku beli sarung-sarung tangan comel ni -- pejabat aku tak pernah-pernahnya sejuk pula! Masa bila nak berangan pakai ni!! Grr.


Tapi sebenarnya -- keluar saja dari Daiso, aku dah pakai satu dah.


Comel kan?
Kasik can la sikit!!
Haha.




Pakai masa drive pun boleh.





p.s.
Putri, akak beli satu untuk kamu. Yang warna hitam putih tu. I love you!






Masih bercinta sampai bila-bila.

Orang kata, bila dah kahwin -- akan sampai satu masa yang manisnya bercinta akan hilang. Aku sebenarnya takut dengan cerita-cerita macam tu. Aku takut perkara tu akan terjadi pada kami. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri bangun-bangun pagi, tengok muka aku dan rasa bosan pada aku. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri tiba-tiba berubah hati. Macam mana kalau satu hari nanti, Nazri dah tak sayang pada aku.

Horror!

Aku memang sentiasa berharap, biarlah apa yang terjadi -- kami akan tetap bersama-sama -- susah dan senang bersama. Amin. In Shaa Allah.

***

Ada satu malam, aku TERmimpi, Nazri kahwin lain. Luluh hati aku! Biarlah mimpi sekalipun, tapi aku tetap rasa sedih. 

Aku mimpi -- aku dapat tahu Nazri kahwin lain. Aku terserempak dengan Nazri dan isteri baru dia tu. Aku sedih, aku lari. Yang buat aku kagum -- Nazri kejar aku dan tinggalkan perempuan tu. Sama ada dia kejar sebab rasa bersalah atau sebab dia lagi sayang aku, entah aku pun tak tahu. Lagipun -- IT JUST A DREAM. Haha. Kenapalah aku nak ambil serius kan?

Kan??

***

Esoknya -- bila aku bangun, aku tengok muka Nazri, aku geram dan dalam masa yang sama aku sedih. Emosi aku bercampur-campur. Baru aku sedar -- mood orang tengah datang bulan. Full stop.

Tapi, tetap -- masa mandi, aku teringat mimpi tu -- masa pandu kereta, aku teringat mimpi tu -- masa bayar tol, aku teringat mimpi tu -- mana-mana saja aku teringat mimpi tu.

Mulalah aku fikir macam-macam, kalaulah Nazri betul ada perempuan lain, apa akan jadi pada aku, pada Cha. Dan perasaan waras kembali pada aku -- no lah, Nazri takkan buat macam tu.

Tengah aku fikir-fikir, Nazri tiba-tiba tanya apa aku buat tengah hari nanti. Aku terus -- tanpa teragak-agak aku kata nak pergi lunch dengan dia. Terus dia setuju. Kebetulan memang aku ada kerja sikit tengah hari tu. Aku isi borang keluar pejabat -- minta izin bos masuk lambat sikit dan terus aku pandu ke Mid Valley untuk lunch sama dengan suami.

Tengah-tengah drive, aku dapat SMS dari Nazri. Mesej dia ---


Okey -- Tarik nafas lega. In Shaa Allah Nazri masih sayang aku dan akan sayang sampai bila-bila. Ameen.



Uniqlo - Berbaloi-baloi!

Selasa lalu, selepas ambil keputusan darah dekat KPJ Tawakal, aku terus pergi Mid Valley untuk makan tengahari dengan Nazri. Macam biasa, lepas makan kami akan jalan-jalan sementara tunggu waktu makan Nazri tamat.

Tiba-tiba Nazri kata mahu singgah Uniqlo -- kata beliau nak tengok-tengok satu barang. 



Aku memang jarang ke Uniqlo sebab pada aku Uniqlo ni agak mahal dan baju-baju dalam sana tak sesuai untuk aku yang berbadan besar ni -- haha.Tapi, Selasa lepas -- persepsi aku pada Uniqlo berubah! Aku rasa seronok sangat shopping di Uniqlo sebab pada aku apparel yang dijual di sana takdelah mahal sangat -- affordable, dan cantik-cantik. Cuma untuk baju perempuan berbadan besar, mungkin tetap susahlah nak cari yang sesuai -- yang buat aku rasa seronok ialah kerana aku dapat jumpa baju tidur yang cantik untuk Cha. Selain cantik, harga dia pun sangat-sangatlah murah!! Kainnya sedap pula tu!! Memang berbaloi!!



Disebabkan harganya murah -- RM17.90 sahaja, aku beli tiga untuk Cha -- sebab ada tiga saja warna yang berlainan di situ. Kalau ada 5 warna, rasanya memang aku ambil lima-lima warna. Haha.

Kenapa aku suka beli barang untuk Cha bila aku keluar berjalan? Jangan salah faham. Bukan bertujuan untuk sengaja 'hujan'kan dia dengan kebendaan. Dia lah satu-satunya anak aku buat masa sekarang ni. Manjakan dia selagi boleh. Itu tekad aku. Siapa tak sayang anak oii. Lagipun, aku pernah terbaca tentang satu cerita yang mana bila kita gembirakan hati anak -- kita dapat pahala tau. Senang saja nak dapat pahala. Gembirakan anak. Bukan dipijak-pijak anak tu. Bukan didera-dera anak tu. 

Jadi, sebagai seorang ibu yang dah beli hadiah untuk anak, memang tak sabar-sabarlah nak tunjuk baju baru tu pada anak. Tapi aku tetap tunggu Nazri balik dari kerja untuk sama-sama bagi baju tu pada Cha. Bila Nazri balik, dalam pukul 8.00 malam, aku terus ajak Cha mandi dan umpan dia dengan baju tu. Ye -- Qalesya memang susah nak mandi, kena ada something untuk motivate dia baru dia nak mandi :)

Bila dia tengok saja baju tu terus dia cakap 'beeuuuteefulll' (beautiful). Terus sengih-sengih ajak mandi.


Tengok Cha malu-malu dia bila mami dia suruh tangkap gambar sambil pegang baju baru. Ayah dia yang lebih-lebih hehehe. Lepas saja tangkap gambar tu, terus mandikan Cha dan dia terus minta nak pakai baju baru tu.



Nampak selesa kan? Memang selesa. Sebab leher luas, ketiak pun berangin (sepoi-sepoi),  seluar pun tak ketat. Memang selesa untuk tidur. Rasa macam nak pi beli lagi walaupun ada 3 warna tu saja hehe.

Oh. Lagi satu -- sebenarnya harga baju tu lagi mahal sebenarnya. Tapi tengah sales. Yang bestnya, sehari sebelum, Nazri kata harganya ialah RM24.90. Hari yang kami datang tu (sehari selepas) Uniqlo turunkan lagi harga ke RM17.90. Maknanya memang harga tak menentu kat Uniqlo tu.

Kena rajin pergilah maknanya. Survey harga. Pandai Uniqlo punya marketing team buat strategi pasaran!!


Berbaloi-baloi!!




Blog-walking lagi -- dan jumpa lagi blogger hebat

Dunia ini -- luas. Jadinya, dunia blog pun luas. Sangat berhubung kait kannn. *-*

Hari ni, ambil keputusan untuk blog-walking lagi. And I stumble upon a blogger from Singapore. Namanya Xiaxue -- means snowing :)

Apa yang menarik? Dia bercerita tentang hari-hari dia. Common aite? Tapi cara dia sangat menarik. 

Dan yang buat aku tertarik sangat ialah -- dia ada buat video, series of videos actually -- Xiaxue's Guide to Life. Menarik lah!

Satu yang aku tengok tadi ialah -- macam mana dia transform apartment dia, dari a very common apartment to a luxurious apartment. Serious cool. Nice. Cantik!

Tak tahu nak cerita macam mana. Boleh kot tengok video dia ni ha :)

enjoy.





Cantik -- kan cara dia renovate rumah.





22 August 2013

Bila blog-walking

Kita rasa macam dah jumpa dah blog yang hebat-hebat.
Rupa-rupanya -- tak.
Berjalan - jumpa lagi.
Jalan lagi - jumpa lagi.
Tak habis weh.

Kenapa blog korang best-best sangat ni?


:)

Sent from my iPhone

Blood Test Result #2

Aku ambil keputusan darah 20 haribulan lepas. Dah 2 hari. Waktu bertenang. Waktu nak susun balik hari-hari. Waktu nak susun balik jadual. Waktu nak susun balik semua.

Alhamdulillah. Itu saja yang mampu aku ucap bila dapat keputusan tu. Semua clear.
Artritis - clear.
SLE - clear.
Lupus - clear.

Alhamdulillah. Cuma mak dah pesan supaya berubat kampung pula. Mana la tahu kan, memang sekarang ni zaman moden, tapi ---- mana la tahu kannnnnnn.

Walau apapun, terima kasih atas ingatan dan perhatian kalian semua terhadap kesihatan aku. Tak putus-putus kata semangat dan doa kalian. Terima kasih banyak-banyak. Terasa sangat-sangat diri ni disayangi. Aww!

***

Wake-up Call.

Walau apapun, keadaan ni sebenarnya menjadi satu wake-up call untuk aku. 

Namun, sebenarnya kita dari kecil lagi dah macam-macam wake-up call yang Allah s.w.t. beri pada kita. Tapi, dalam sedar tak sedar saja kita perasan semua tu.

Tuhan bagi kita jatuh basikal, supaya kita tahu betapa sakitnya bila jatuh basikal. Supaya kita berhati-hati bila kita naik basikal pada masa akan datang. Dan supaya kita tahu betapa sakitnya kalau kita jatuh pula dari motorsikal. Tapi buat mereka yang tak perasan dengan wake-up call yang Allah bagi tu, kita masih lagi bawak basikal tak sudah-sudah lajunya. Sendiri punya pasal. *senyum*

Dan pada aku, aku sedar -- Tuhan sebenarnya bagi peluang pada aku untuk perbaiki tahap kesihatan aku. Bagi peluang pada aku untuk tengok balik cara pemakanan aku. Bagi peluang pada aku untuk cari supplemen yang sesuai dengan cara hidup aku. Sesungguhnya Tuhan tu Maha Besar -- dia sentiasa bagi peluang pada hambaNya.

Bukankah kita ini hamba yang beruntung?

Alhamdulillah.



 



19 August 2013

terjumpa satu blog -- trademark hampir sama :)

jujur.
hari ini aku sakit tangan.
bila sakit, aku takde mood buat kerja.
maaf.
aku dah cuba.
maaf.

jadi bila dah tangan sakit, apa yang kita boleh buat hari ini ialah blog-walking.
jangan risau, hari ini saja aku buat perangai ini.
esok memang kena pergi hospital untuk ambil keputusan ujian darah minggu lepas. (debor)
hari Rabu aku me--rajinkan diri semula ya!

haha.

jadi tadi, semasa ber-blogwalking, aku terjumpa satu blog.
trademark beliau sama dengan teman (bahasa perak -- maksudnya aku) hehe.



sama kan dengan tajuk blog aku -- My name is Wanita, and this is my story.

Suratan atau kebetulan :)



p.s.
kena tukar tagline ke macam mana ni??
hehehe.


Selamat berkenalan Cik Zaty :)




bila sakit...

bila sakit,
badan jadi lemah,
nak berjalan pun tak kuat.

bila sakit,
orang pun tak nak berkawan,
takut menyusahkan.

bila sakit,
makan pun seorang,
orang pun dah tak ajak makan bersama -- asyik kena tinggal,
pergi rumah terbuka apatah lagi -- tak ada jemputan.

bila sakit,
hati jadi sensitif,
semua benda nak sentap.

haha.

bila sakit,
mohon agar Tuhan ampunkan dosa.

bila sakit...

14 August 2013

Blood Test Result

Salam.
Pertama sekali, kte (panggilan diri aku yang paling manja haha) nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar bila saja kte upload gambar tangan kena drip petang semalam. Tak putus-putus ucapan selamat dari kawan-kawan semua. Tak sangka, sesungguhnya laman sosial memang mengeratkan hubungan silaturrahim kita semua. Kawan-kawan jauh dan dekat semua bertanya khabar. Sungguh, kte rasa sangat-sangat terharu dengan perhatian kawan-kawan semua. Yang bertanya di Facebook, yang bertanya di Whatsapp, yang bagi SMS, yang menelefon dan yang melawat di hospital -- sesungguhnya ucapan terima kasih aje la yang dapat kte bagi. Nak bagi kuih raya pun, kuih raya pun ada dua balang aje -- haha.

Kepada Nissa dan Hanim, terima kasih sebab melawat di hospital.

Kepada Dayah -- terima kasih sebab berusaha call kte, tapi kte tak angkat sebab dah tertidur (me love you so much).

Kepada Adik Meena yang whatsapp pagi-pagi lagi sebab katanya teringat-ingat kat kak wanita sebelum tidur, terima kasih adik -- tak tahu nak ucap terima kasih dan sayang macam mana kat adik :)

Kepada Kak Ha -- minta maaf tak return call, nanti ita datang jumpa Kak Ha kat office ya.

Kepada kawan-kawan yang wish dalam facebook, kamu semua tahu siapa kamu, kte doakan Tuhan sentiasa merahmati kalian semua. Doa-doa kalian sangat berharga. Kte pulangkan juga doa buat kalian semua. Semoga doa orang sakit ni, dapat sedikit kelebihan dari Allah s.w.t.


Sepanjang sehari kte duduk dalam hospital, kte buat macam-macam test -- sebab doktor tak tahu kte sakit apa. Mula-mula masuk dah kena cucuk jarum untuk letak laluan drip. Cubaan pertama -- fail -- sebab nurse kata vein kte kecil sangat. Dah jolok jolok dan jolok, darah tak keluar -- jadi nurse telefon doktor minta doktor yang tolong buatkan. Memandangkan doktor semua busy, nurse minta kte turun ke Unit Emergency supaya doktor kat situ boleh tolong masukkan jarum drip tu.



Sampai bawah, doktor masih lagi sibuk, jadinya nurse tadi minta tolong senior nurse tolong buatkan. Luckily -- it works. Sekali cucuk saja.

Masuk balik bilik, terus diorang masukkan air garam. Masa tu la dah datang dah psikologikal effect yang dok bagitau otak yang kita ni sakit. Terus ngantuk haha.

Petang -- doktor datang, katanya blood test result dah dapat dan resultnya positif -- cuma gula agak tinggi dan depa suspect diabetes. Doktor nak scan buah pinggang pula untuk pastikan buah pinggang oke.

Jadi lepas tu, kte dibawa ke bilik ultrasound pula untuk scan.
Alhamdulillah -- flying colors juga.

Memandangkan kte masih sakit, dan result semua positif, doktor decided untuk tahan kte semalam supaya boleh monitor keadaan kte.

Nazri terpaksa balik sebab nak ambil Qalesya di taska. Kte tidur semalam di hospital.


Esok paginya -- doktor datang dan dia kata kte boleh balik, cuma dia kata dia nak ambil darah lagi sebab nak test lagi untuk kemungkinan penyakit-penyakit lain pula.

Masa nak ambil darah lagi sekali, memanglah azab. Memandangkan vein kte kecil, memang seksa nak cucuk jarum tu. Cucuk yang pertama cuma dapat sikit saja darah. Cukup untuk sebotol setengah aje. Diorang cucuk lagi sekali kat lengan, untuk cukupkan lagi dua setengah botol lagi. Gila banyak diorang amik darah kte.

Result dia -- next week.

Hari ni masih MC. Esok kalau larat kte kerja. Next week kena jumpa doktor lagi.

Sakit -- still unknown.




12 August 2013

Dilema tidur di hospital

Sebenarnya, aku dah ngantuk. Ada beberapa sms dan mesej yang aku tak larat nak balas lagi. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar. Sungguh, aku sendiri tak tahu aku sakit apa. Luaran nampak oke, tapi dalaman -- aku seorang saja tahu macam mana sakitnya. Tapi, result alhamdulillah setakat ni semua clear, tinggal ada beberapa lagi result yang tak keluar. Kena tunggu esok baru tahu. Kalau semuanya oke, maknanya aku kena pertimbangkan untuk berubat kampung pula. Well, that is another story.

Yang aku nak cerita sekarang ni ialah -- perasaan tak best tidur kat hospital sorang2. Maklumlah, dari kecik dah disogok dengan cerita yang bukan2 kat spital kan. Dah duduk sorang ni teringat-ingat la pulak.

Aku pernah sekali admit hospital, tahun 2010. Aku kena operate petang tu, habis operate malam pukul 9 lebih kurang, jadi ubat tidur masih on, so aku mmg dalam deep sleep malam tu, makanya tak adalah experience tidur kat spital malam2. Lagipun, masa tu Nazri ada teman aku.

Masa Qalesya masuk spital pun, nazri mmg sentiasa ada. Jadi kami tidur bertiga. Aku pun tak sunyi sebab dpt tdo dengan Cha. Hari ni Cha xde, so sunyi sikit.

Jadinya, hari ni, totally alone. Nasib baik petang tadi ada family Hindu check in katil depan. Taklah sunyi sangat bilik ni.

Tapi still, serba tak kena aku nak tidur.

Ngiring belah kanan, terfikir kot ada yang duduk kerusi kat belah kiri.

Ngiring belah kiri, terfikir kot ada yang berdiri belah kanan.

Nak tidur terlentang, gila tak selesa.

Nak tidur pakai spek? Tak selesa.

Nak tidur tanggal spek, kang tak nampak pulak.

Lampu kalau tutup, x nampak apa pulak kang. Tutup kang, kot family depan ni tak selesa.

Serba tak kena aku.

Bila baca balik entri ni sebelum publish, aku terfikir kenapala aku tulis entri ni.



Sent from my iPhone

Istanbul Aku Datang

Semalam, tonton filem Istanbul Aku datang di Astro Maya. Dian ada blog dan dia bercerita segalanya dalam blog tersebut. Jadi aku terfikir, owh itu yang buat blog jenis peribadi jadi fun untuk dibaca sebab dia berkongsi cerita sehari-hariannya dengan pembaca. Pembaca jadi tertunggu-tunggu - apa agaknya jadi hari ni and so on and so on. Hmmmmmm..... :)

Cerita IAD tu best. Sweet sangat Lisa Surihani dan Beto Kushairy (tak suka Tomok dalam cerita tu!! Dah la curang!! Pastu maki2 Lisa. Wat de hek) 

Tapi yang tak bestnya, benda yang depa tonjolkan pada penonton. Peluk2 dengan bukan mahram. Tinggal serumah dengan bukan mahram. Bukan mahram tolong basuhkan rambut. 

Owh please, jangan la pula kata aku Ustazah internet, keyboard warriors what so ever. Aku tahu aku bukan lah baik sangat pun. But can you see, aku yang tak berapa baik ni pun, dah rasa tak sedap tengok scene macam tu, apatah lagi orang yang baik-baik akhlaknya -- mesti diorang lagi rasa tak sedap kan tengok scene2 macam tu. 

But in the end, it is just a story. Haha. Reality -- lagi teruk daripada ni pun ada. Bukannya serumah kerana terpaksa tapi sebab memang sengaja nak serumah.

Okey dah dah.

Am not ustazah.
Am not keyboard warriors.

Hehehehehehe.

Sent from my iPhone





08 August 2013

kita recycle saja gambar - cerita bergambar

Pagi raya, mak pergi sembahyang raya dengan menantu.
Owh ada orang kata muka suami macam Awi Rafael.
*bunyi cengkerik*


Palam sebagai driver.


Mami tak dapat nak join sebab jaga anak yang masih tidur.


Cha berkata - apa? hari raya? nanti saya fikir.. -


Suami dah balik dari sembahyang raya -- tangkap gambar dulu


Oleh itu, jom kita pergi ziarah kubur Mak Tiri.


Ya. Kami lagi.

Oke ready gambar kami saja..











Bosan la mami ni, asyik tangkap gambar saja.





07 August 2013

memasak bersama kami!!

aku tahu masak.
tapi tak pandai.
full stop.

tadi tolong mak masak.
potong-potong bahan saja.
yang lebihnya mak lah hee.
dia lebih tahu.




tengah bahagi-bahagikan bahan

untuk rendang


rendang juga

rendang juga

rendang lalala

untuk simpan

selamat hari raya



okelah.
Selamat Hari Raya semua :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...