Tabungan

09 April 2012

Senario di waktu pagi.

pagi tadi,
masa nak pergi kerja,
mak duduk di belakang,
jadi boss,
sebab,
Encik Nazri pergi kerja dengan kami.

bila duduk di belakang,
mak dapat tilik semua perkara.
mak dapat tengok semua rumah.
pendek kata,
mak dapat cuci mata.

terpandang seorang budak perempuan.
tengah tunggu bas sekolah tepi jalan.
elok pakai tudung.
comel.
pergi sekolah agama mungkin.

tiba-tiba terpandang mak dia.
tengah tunggu dia dari dalam pagar.
mak dia pakai skirt pendek paras lutut saja.
pakaian ke pejabat.

hmm.

betul.
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
memang elok kita ajar anak kita tentang agama dari kecik lagi.
tapi.
apa kita nak jawab kalau anak tanya,
mami, kenapa adik kena pakai tudung, tapi mami tak pakai tudung dan pakai skirt pendek. tadi kat sekolah, ustazah kata, kita kena tutup aurat.
rasa-rasa mami nak jawab apa?

ada pula, mak selalu tengok... dan selalu terbaca... status-status FB or apa-apa yang boleh di baca... sering seorang ibu berdoa, berkata, semoga anak aku menjadi anak yang soleh...
tapi.... ibu itu sendiri, pakai sleveless, pakai baju nampak lurah, tak tutup aurat.
jadi persoalannya di sini, apa maksud soleh pada dia?

iya.
mak tak layak la nak bercakap perkara-perkara sebegini.
siapa mak nak menghukum orang lain kan.
cumanya, aku terfikir, bagaimana nak berkata tanpa memaksudkan kata.
bagaimana kita nak mengajar, tapi diri sendiri masih ada kekurangan.
seperti mak la.
mak tak layak nak berkata apa. sebab mak sendiri punya banyak kelemahan.

dan apa yang mak tulis ni, sekadar apa yang terlintas, tertanya-tanya dalam kepala hotak.

akhir kata,
bak kata mak amalina,
saya yang beli legging tu untuk dia.

sekian.

1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...