macam mak cerita dalam entri terdahulu, mak hantar all the goodies bag ke taska, hantar kek ke taska.
dan mak nak kongsi cerita kelakar hari tersebut.
16.11.2012.
memang malam sebelum, dah mak telefon ke taska, bagitahu yang mak akan hantar goodies bag dan kek untuk sambut birthday Cha. dan sempat mak tanya, pukul berapa dia orang biasa celebrate sebab mak nak keluar pejabat, bekejar ke taska sebab mak nak sambut birthday anak mak nan seorang itu. dan kata mereka, biasanya akan buat pagi sebab kalau petang dah time tidur budak-budak. jadi mak decide untuk tidak pergi sebabnya, kalau pergi pagi takut little Cha nak ikut pulang. parah. gulpp.
esok pagi, pagi-pagi dah kemaskan semua barang masuk dalam bonet kereta.
beg baju Cha dan susu Cha macam biasa dalam kereta saja, tapi seat belakang.
sampai saja di taska, mak dan ayah terus angkat kotak goodies bag dan kek ke dalam rumah. sempat mak bincang dengan Kak Sha pengusaha taska tentang birthday party dia. katanya, kalau nak join, dia orang tak kisah pun pukul berapa mak boleh keluar dari pejabat. then dia orang suggest tengahari waktu lunch, so tak kacau waktu kerja. mak kata, takut Cha nak ikut balik, tapi dia orang janji, masa mak nak balik, dia orang akan bawa Cha ke dalam bilik untuk bagi masa pada mak keluar dan terus cabut. dan mak kata OK!! happy sebab dapat attend birthday party anak sendiri.
mak terus drive hantar ayah kat komuter kajang. dan mak sendiri terus drive ke pejabat. handset, mak tak sedar dalam silent mode. sampai saja kat parking, mak nak tarik handbrake, baru perasan botol susu Cha! oke. dem. mak lupa bagi. cari handset nak bagi mesej pada taska yang mak akan datang as soon as boleh, tapi rupanya dia orang dah call banyak kali nak bagitahu yang mak lupa bagi beg baju Cha. padahal punya la tadi pesan 'pakaikan Cha dress putih dia ya, biar dia nampak cantik masa birthday party dia'. dang!! terus pandang seat belakang, there it was! black beg of Cha!!
terus berlari naik atas. punch in. jumpa boss. bagi kerja kat anak buah. terus keluar balik shoot ke bangi.
sampai bangi, dia orang suggest untuk terus sambut birthday dia. betul juga kan!!
so maknanya, ada hikmah juga tertinggal beg, boleh terus sambut birthday Cha, tak kacau langsung jadual tidur budak-budak. yeahuuu.
dan Cha.
mungkin masa itu, dia adalah anak kecil terbahagia dalam dunia.
melihat mami dia di taska tempat tinggal dia lebih kurang separuh hari, adalah hari terhebat buat dia mungkin.
tak mahu berenggang langsung dari aku.
dan senyum tak lekang tepek di muka.
bahagia sungguh.
nah.
muka tiada perasaan kata kawan pejabat aku.
hahaha.
apa-apapun, memang ada perancangan untuk birthday party dia yang lebih besar bersama keluarga bulan Disember nanti.
akan kami jayakan di kampung - Ipoh.
bersekali dengan majlis akikah Cha inshaAllah.
nah aku tepek video kegembiraan Cha.
hahaha.
apa-apapun, memang ada perancangan untuk birthday party dia yang lebih besar bersama keluarga bulan Disember nanti.
akan kami jayakan di kampung - Ipoh.
bersekali dengan majlis akikah Cha inshaAllah.
nah aku tepek video kegembiraan Cha.
Salam,
ReplyDeletesaya sedang survey taska utk anak saya berusia 2 tahun.. Boleh saya tau kat masa taska akak hantar anak akak ni? Kalau x jauh dari saya boleh saya hantar jugak.. Terima Kasih kak..
Akak boleh email saya kat nurmala@tpb.com.my