Macam mana rutin kau orang ye?
Kadang-kadang aku sangat tertanya-tanya, macam mana rutin orang lain.
Bukan apa. Aku kasihan pada Cha. Hantar pagi. Balik malam. Dapat main dengan dia pun sekejap saja. Yang selebihnya penuh dengan ngantukan, tiduran, tv-an, halahaiannnn!
Pagi, kalau rajin bangun pukul 5. (kalau!!)
Kalau tak rajin, paling lewat 6.30 pagi, aku masih boleh masuk pejabat ngam-ngam ho 8.30 pagi.
6.30 pagi.
mandi - solat - masak air - kemas baju Cha - buat susu Cha - buat minum Naz - bersiap.
7.30 pagi.
tolak pergi pejabat.
8.00 pagi.
singgah Bandar Baru Bangi hantar Cha ke Taska
8.30 pagi.
sampai pejabat - kerja
5.30 / 6.00 / 6.30 petang.
balik ke rumah.
jammed.
jammed.
jammed.
jammed.
jammed.
6.30 / 7.00 / 7.30 malam.
baru sampai Bandar Baru Bangi, amik Cha.
jammed.
main dengan Cha.
jammed.
menyanyi dengan Cha.
jammed.
Cha tertidur.
7.00 / 7.30 / 8.00 malam.
baru sampai rumah.
kalau sempat dapat masak simple-simple.
kalau penat ya amat, beli saja.
bagi Cha makan.
kemaskan Cha.
8.00 / 8.30 / 9.00 / 9.30 malam.
ayah balik.
makan.
kemas-kemas dapur.
baru dapat rehat.
10.30 / 11.00 / 11.30 malam.
tidur..
sebelum tidur.
kain tak sempat lipat.
kain ada tak basuh lagi.
baru teringat kain ada yang tak berangkat dan ada yang tak bersidai lagi.
teringat kerja nak buat esok.
HRMIS, tatatertib, siasatan dalaman, pelupusan harta, aduan...
tertidur.
ya.
aku tahu.
mesti ada yang fikir,
lipatlah kain sebelum tidur.
sampai rumah sidailah kain dulu.
sebelum pergi kerja basuhlah kain dulu.
bangunlah awal sikit kalau nak buat semua tu.
ya.
aku tahu.
aku sudah buat.
bangun awal,
pengakhiran aku akan tidur lebih awal dari biasa.
bila tidur awal, aku tak dapat main dengan Cha. tak dapat berbual dengan Nazri kerana penat.
kalau tidur lambat, siapkan segala sebelum tidur,
pengakhirannya aku akan bangun lambat.
maka lambat ke pejabat.
lambat dapat setlekan kerja.
lambat sampai ke Taska.
lambat sampai rumah.
lambat.
iya.
itu rutin.
rutin harian.
namun pokoknya di sini.
bukan rutin harian yang padat tu.
bukan mengadu domba.
bukan nak menunjuk aku seorang saja penat bekerja.
tapi aku kasihan.
kasihan pada Cha.
sekejap sangat masa dia dengan aku.
pergi tidur.
balik petang / malam baru berjumpa.
Sabtu Ahad sajalah penyambung kasih.
Isnin Jumaat - korban sedikit.
korban sedikit demi masa depan.
p.s.
siapa nak beli Body Mist Victoria Secret!! FB saya. hik hik hik.
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas segala pandangan..