debat mengenai tanggungjawab takkan pernah habis.
siapa perlu lebih bertanggungjawab.
lelaki atau perempuan.
suami atau isteri.
kerja atau keluarga.
tak. takkan pernah habis.
kenapa?
kerana setiap orang ada pendapat mereka sendiri.
dan setiap orang pasti akan mahu pendapat mereka yang betul.
iya. siapa mahu kalah.
tanggungjawab.
berat ooo.
kau tanggung kau jawab. itulah tanggungjawab. *pandai-pandai aje*
namun yang mana lebih utama?
setiap orang perlu bertanggungjawab.
perempuan, tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, kakak, adik, bla bla bla.
lelaki, tanggungjawab sebagai anak, suami, bapa, pekerja, abang, adik, bla bla bla.
eh sama banyak la?
:)
tapi mungkin berat tak berat saja yang membezakan.
kadang-kadang, kita dapat pasangan yang manja.
semua benda nak kita buat.
teringat aku pada satu pagi.
dengar HotFM.
bercerita tentang hero.
ada la sorang pompuan menelepon.
katanya - heronya adalah suaminya.
mana taknya.
dia kata, selama ni, bayar bil, bayar hutang, beli barang, hantar anak, semuanya laki dia buat.
jadinya, tiba-tiba suami dia kena pergi outstation.
so dia kena take over semua benda.
dah kelam kabut.
jadi dia kata, baru dia faham, susah rupanya nak jadi lelaki.
nak buat semua benda-benda tu.
aku. terdiam.
pada aku. serius?
ko tak pernah bayar bil?
ko tak pernah hantar anak pergi sekolah?
ko tak pernah beli barang.
ita. please. bersangka baik.
ok.
tapi.
kamon.
aku, mana dia sebut kat atas semua tu, semua aku buat sendiri.
macam sekarang.
pukul 4.00 pagi bangun masak untuk sahur.
pukul 6.45 dah kuar umah.
hantar Ca ke nurseri.
pergi opis sendiri.
balik dari opis pukul 5.00.
beli barang makanan.
ambil Ca dari nurseri.
sampai rumah pukul 7.00malam.
sambut laki depan pintu.
berbuka puasa.
oke.
lepas tu collapse.
kadang-kadang aku memang berharap sangat laki aku faham kenapa dia gerak aku basuh berak Ca tapi aku buat tak tahu sebab aku memang penat.
ampun suami.
tapi, dia sendiri tahu jadual aku bermula seawal 4.00 pagi.
Alhamdulillah setakat ni dia sangat membantu bila waktu malam.
aku dah pengsan, dia yang melayan Ca.
namun, sekurang-kurangnya, tanggungjawab aku, mungkin dah lepas sedikit.
aku dah pastikan dia bersahur dan berbuka.
jadi, moleklah dia membantu hal ehwal Ca pula kan kan.
oke.
apa point aku sebenarnya.
owh ya.
point aku, ya masing-masing ada tanggungjawab.
tapi, sekiranya ada rasa tolak ansur, rasanya boleh membantu semua pihak.
aku banyak baca dalam FaceBook.
tentang 'jangan buat isteri macam orang gaji....kerja mengemas, membasuh, bla bla bla bukan kerja isteri tapi kerja suami....' lebih kurang begitulah kot.
tapi pada aku, kat situlah kita nak dapat pahala mudah.
ikhlas berbakti pada suami. awww. pahala manyak tuuu.
penat sikit kat sini takpe.
kat sana nanti, ganjarannya, masyaAllah..... beribu-ribu lemonnnn.
dan pada aku juga, isteri bertanggungjawab mengingatkan suami tentang tanggungjawab dia pula.
tanggungjawab pada Allah.
tanggungjawab pada Ibu dan Ayah.
tanggungjawab pada keluarga.
ini adalah apa yang Ustazah Asni ceritakan dalam ceramah yang aku hadiri semalam.
katanya...
kita sebagai isteri, kena ingatkan suami.... 'bang...duit mak abang dah bagi? bang....bila abang nak pi jumpa mak abang? bang...jangan lupa telefon mak ya....
buat macam tu pun, pahala.
kita juga sebagai isteri, kena ingatkan suami tentang tanggungjawab suami kepada Allah s.w.t.
'bang...tak pergi masjid hari ni? bang....hari ni abang ada sedekah kat orang tak? bang...esok kita puasa sunat sama-sama ya?
pahala.
itu tanggungjawab isteri.
tanggungjawab suami?
tak dinafikan, lelaki kena bertanggungjawab kepada keluarga. namun, masih keutamaan kita adalah ibu dan ayah.
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
semalam, Ustazah Asni cakap, ibu dan ayah bukannya kita boleh beli kat pasar malam. takde gantinya. sementara ada ni, kita gembirakanlah hati mereka. sekali kita gembirakan mereka, masyaAllah, ganjarannya Tuhan saja yang tahu. jadinya, kita kena ingatkan suami kita agar melebihkan ibu bapa mereka.
cuba bayangkan, kita di sini. mereka di kampung.
kita sini makan KFC. mereka di sana makan ikan masin.
kita kat sini seronok jalan-jalan kat KLCC. mereka kat sana tak tahu buat apa.
mungkin jarak memisahkan kita.
tapi kalau berkesempatan, baliklah, gembirakan hati mereka.
Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”
Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”
oke.
cukup pasal itu.
aku cerita lagi tentang ceramah Ustazah Asni semalam.
lagi satu isu utamanya semalam ialah mengenai Kebesaran Al-Quran.
oke sebelum tu aku bagitahu awal-awal eh, semalam ceramah tu start pukul 11.00, tapi aku pi masuk pukul 12.00 sebab ada kerja. jadinya ada banyak info aku dah tertinggal. ini yang mana mak dapat aje. dan sekali lagi, apa yang mak tulis ni insyaAllah adalah apa yang mak dengar semalam sebab mak sempat buat note dalam tab.
sebarang hadis yang mak petik adalah hasil carian google untuk menyedapkan lagi isi okey.
oke.
Kebesaran Al-Quran.
Ustazah cakap semalam: Allah s.w.t. sangat cintakan orang yang menyintai Kalam Allah. cintanya Dia kepada umat yang menyintai Kalam Allah sehingga Dia beri banyak keistimewaan. antaranya tengok Al-Quran pun dapat pahala tau. tu belum baca lagi. kalau baca lagilah dapat pahala. tambah pulak kalau mengaji di bulan puasa, pahala tu tadi darab pula dengan 70 ganda. *keluar kalkulator*
sebab itu, Ustazah Asni berpesan, jangan tinggal Quran dalam hidup.
seelok-eloknya, sorang ada satu Quran.
suami satu Quran.
isteri satu Quran.
kalau ada 5 orang anak, lima-lima kena ada satu Quran.
tapi kalau anak korang baru umur sebulan, janganlah.. kang terbiar aje Quran tu.
bila dia dah mula boleh membaca, maka biasakan anak tersebut dengan Quran.
aaaa. baru boleh letak gambar ni :))
.
.
.
sumber |
Ustazah Asni ada cerita semalam, ibu bapa zaman sekarang lebih malu anak tak pandai matematik, daripada tak pandai mengaji Quran.
dari kecil tak diperkenalkan Quran, macam mana bila kita tiada nanti, adakah nak baca sifir depan jenazah. takkan....? akan baca Quran juga. akan baca Yassin juga.
dan semalam juga, Ustazah Asni ada perdengaran bacaan Surah Toha kepada kami.
Subhanallah. meremang bulu roma. sangat syahdu. menitis air mata dengar Ustazah Asni mengaji.
kalau boleh aku nak kongsi, tapi aku tak sempat mintak izin pada Ustazah semalam. jadinya, mak tak berani nak letak kat sini. tengoklah kalau ada cara nak mintak izin, mak usahakan ye :)
aku semalam buat sedikit pencarian mengenai Ustazah Asni.
dan ini mengenai beliau.
hasil carian Google |
Tetapi kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya. Sewaktu sibuk memerah otak ketika menghadapi peperiksaan SPM, wanita yang berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan itu terbaca sepotong hadis dan terus mengubah pendiriannya dalam memilih hala tuju masa depan.
Hadis yang berbunyi: "Barangsiapa yang menghafaz al-Quran, nescaya Allah akan memakaikan ibu bapanya di akhirat kelak dengan mahkota yang begitu indah dan bersinar cahayanya melebihi cahaya matahari yang menyinari dunia," ternyata berjaya meresap masuk ke dalam lubuk hatinya.
"Saya sendiri tidak menyangka betapa besarnya kesan yang diterima sebaik sahaja membaca hadis tersebut di dalam sebuah buku bertajuk Fadilat Al-Quran. Niat asal saya cuma untuk merehatkan fikiran selepas puas menelaah buku-buku ilmiah. Alhamdulillah, dengan ungkapan yang penuh indah itu, ia berjaya membuka pintu hati saya untuk bergelar hafiz al-Quran. Hasrat saya cuma satu iaitu menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa dengan memberikan 'hadiah' paling bernilai untuk mereka," ungkap Asni yang menetap di Bandar Baru Bangi.
Walaupun pada awalnya, niat Asni untuk beralih arah dalam jurusan tahfiz al-Quran dipersoalkan oleh anggota keluarga terdekat kerana beliau cemerlang dalam pelajaran, namun beliau nekad.
"Ketika itu, saya merasakan semua orang berpeluang untuk masuk ke universiti, tetapi bukan semua orang dipilih Allah untuk menjadi hafiz al-Quran. Jadi, hasrat murni saya tetap diteruskan," jelasnya.
Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran melalui pengajian peringkat diploma di Darul Quran di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Asni mengakui ia bukan satu tugas mudah untuk dilaksanakan. Banyak pantang larang perlu dipatuhi untuk bergelar penghafaz al-Quran. Ini termasuklah dalam aspek pemakanan dan akhlak diri. Menurut Asni lagi, apa yang paling penting adalah menjaga ketakwaan diri kerana dengan cara itu, ilmu dapat diperoleh dengan penuh berkat.
"Apa yang dimaksudkan dengan ketakwaan itu adalah kita perlu menjaga amal seperti solat dan membaca al-Quran, menjaga perangai atau tingkah laku serta tahu batas pergaulan dan adab dengan ibu bapa, sahabat mahu pun guru. Ia antara kunci untuk seseorang mencapai kejayaan dalam menuntut ilmu," jelas Asni lebih lanjut.
Bergelar seorang hafizah Quran, Asni amat bertuah kerana turut bersuamikan seorang hafiz Quran. Meskipun perkahwinannya dengan Ustaz Mohd. Nasir Rustam al-Hafiz, 36, diatur oleh abangnya sendiri, ternyata kebahagiaan tetap menjadi milik pasangan itu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata berusia antara empat hingga 10 tahun. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang dapat digambarkan kepada anak-anak comel pasangan bahagia itu."
sumber.
***
panjangnya.
bacalah sampai muak heeee :))
suami isteri saling bantu membantu n ingat mengigati akan tanggujawab masing2... ^_~
ReplyDelete