Tabungan

08 August 2012

Kembali Kepada Fitrah - Ceramah Bulan Ramadhan

Tajuk : Kembali Kepada Fitrah
Penceramah : Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah (Semanis Kurma)
Moderator : Ustaz Fauzi Mustafa (Al-Kulliyah)
Tarikh : 7 Ogos 2012 (Selasa)
Tempat : Dewan Serbaguna KPL

***

KEBAIKAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir,apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat
Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR. Muslim)



***

Semalam, tajuk Majlis Ilmu yang mak hadiri ialah Kembali Kepada Fitrah.
mak akan cuba sampaikan mengikut pemahaman mak, sekiranya maknanya tak sampai, atau mak dah terlebih dah tersalah tafsir, mak mohon ampun siap-siap ya.
yang baik datang dari Allah s.w.t.
yang tidak, kelemahan diri sendiri ya.

jadi kembali kepada Fitrah.
bermakna kembali kepada asal.
fitrah.
asal.
asal kita adalah satu ruh yang suci.
satu ruh yang tidak punya dosa.
satu ruh yang diibaratkan kain putih.
maka untuk kembali kepada fitrah yakni kepada asal yakni suci daripada dosa, kita terlebih dahulu kena mendapatkan berkat daripada Yang Maha Esa.
dan, satu-satunya peluang kita nak mendapatkan Berkat dariNya dengan mudah adalah pada bulan Ramadhan. sebab itulah kita selalu dengar dalam radio, tengok dalam TV, dok laung-laung, bulan Ramadhan bulan yang mulia, bulan Ramadhan bulan seribu berkat. Iya. Kerana bulan ini bulan penuh barakah.

makanya, melalui kesempatan inilah, kita kena kejar sehabis boleh keberkatan bulan ini supaya kita memperoleh keberkatan dariNya dan dapat kembali kepada Fitrah.

untuk memahami keberkatan bulan ini, kita kena tahulah keistimewaan bulan Ramadhan.
kan kan kan kan.

jadinya, Ustazah dah senaraikan 6 kelebihan bulan Ramadhan.

satu.
macam mak cakap tadi.
bulan ini bulan yang diberkati.
nak kembali kepada fitrah, kita kena dapat berkat dari Allah s.w.t.

dua.
hanya pada bulan ini, kita diwajibkan berpuasa.
yang mana, puasa itu sendiri mengajak kita kembali kepada fitrah.
pendapat mak:
kenapa...
okey, kalau pada pendapat mak, semasa kita berpuasa, kita ada banyak pantang larang kan. ada banyak halangan. kena kurangkan mengumpat. kena kurangkan marah. kena tahan diri daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa kita. dari situ sebenarnya, kita sedikit sebanyak menjaga diri kita daripada berbuat dosa. makanya, puasa itu sendiri mengajak kita kembali kepada asal iaitu ruh yang tidak berdosa.

tiga.
hanya pada bulan Ramadhan, semua pintu syurga dibuka.

Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya:
“Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.

empat.
hanya pada bulan Ramadhan, semua pintu neraka ditutup.

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya:
“Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.

lima.
telah dirantai semua iblis dan syaitan yang mana ia merujuk kepada hadis yang sama di atas; dan

enam.
terdapatnya satu malam lailatul qadar yang hanya ada dalam bulan Ramadhan.

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

maka berdasarkan segala kelebihan yang dinyatakan di atas, jelaslah pada kita bahawa bulan Ramadhan bulan penuh berkat. jadi kita sebagai umat islam akhir zaman ni, rasanya perlulah mengejar keberkatan bulan ini. kita tak tahu, sampai mana umur kita. mana tahu ini Ramadhan terakhir kita. tak sempat dah nak kejar berkat bulan Ramadhan tahun hadapan. jadinya, selagi boleh, kejar..kejar berkat Ramadhan ini. semoga kita memperoleh keampunan Allah s.w.t.
semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini dengan dapatnya kita kembali kepada Fitrah.

***

haaaa..
itu pasal Kembali kepada Fitrah.

ada juga masuk cerita-cerita lain semalam.
mak tak berapa nak ingat, sebab yang mana mak tulis di atas ni, mak insyaAllah berani jamin sebab mak buat note dan ada rujuk sedikit cara hadis ditulis dalam internet.

tapi serius,
sangat best ceramah semalam.
dengan Ustaz Wan Akashah yang cool.
Ustazah Bahyah yang sangat petah.
dan Ustaz Fauzi yang kelakar GILERRRR.

***

owh, mak baru teringat..
ada TIPS untuk pasangan SUAMI ISTERI.

sebab semalam, masa tengah cakap pasal ini, mak asyik keluar masuk dewan.
(maklumlah, urusetia tak bergaji)
masa mak masuk balik, Ustazah dah nak bagi tips ni.
mungkin sebab ada isu yang mengatakan, zaman sekarang ni pasangan SUAMI ISTERI masing-masing SIBUK dengan urusan kerjaya, perniagaan dan lain-lain sehingga mengabaikan MASJID sendiri.
maka Ustazah dengan senang hati berkongsi tips ini.
beliau kata tak susah.
aplikasikan SIBUK itu sendiri sebagai pengikat kemanisan rumah tangga.

nak tau macam mana?
oke, mak bagi satu-satu  ya.

S untuk Sentuhan.
tak susahlah sebenarnya.
sentuh saja.
amboi kemain kan. masa tak halal dulu sibuk nak pegang tangan.
la ni dah kahwin, baru pegang sikit dah marah?
no no no.
pegang la. nak seberang jalan, pegang.
nak panjat tangga, pegang.
nak bagi cawan, pinggan, tuala, ambil masa, pegang la sikit.
ini tak, sekarang ni dah main baling-baling saja ekkkkk?
no no no.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


I untuk Idaman.
jadilah isteri idaman.
jadilah suami idaman.
sentiasa melayani suami seperti seorang raja.
layani isteri kita bagaikan seorang permaisuri.
kalau orang lain kita boleh layan dengan baik, kenapa tidak suami isteri sendiri.
baik sungguh laki si Ita nu ha.
kan best kalau laki aku macam tu.
ha kan dah jadi suami idaman tu encik Nazri ooiiii hehehehe.

B untuk Belaian.
halloo.
dulu, masa zaman Rasulullah s.a.w. mana ada sofa, mana ada katil, mana la ada kerusi segala.
kalau Rasulullah s.a.w. balik dan penat, Baginda akan lena di pangkuan Siti Khadijah.
maka Siti Khadijah akan membelai rambut Rasulullah s.a.w. sehingga Baginda lelap.
Romantik kan.
mudahkan, buat jelah dengan suami.
kalau suami botak?
oke gilap sampai licin.

U untuk Ungkapan.
eh, kalau dulu masa couple, boleh pulak bahasakan diri B la, Ayang la, Darling la, Mama la, Papa la..then kenapa dah kahwin, terus tukar title, hoi hoi aje.
apa kata teruskan, kerana dengan memanggil nama-nama yang indah, akan mewujudkan suasana yang indah yakni nyamannnnnnn sajaaaaaaaaaa.

dan ini membawa kepada huruf yang terakhir iaitu keRedhaan.
yang ni, mak nak paste saja satu artikel kat sini.
kita sebagai isteri kena faham betapa pentingnya REDHA seorang SUAMI.
jadi mak tak payah explain,
baca artikel ini dah cukup membuktikan kepentingan redha suami pada kita.

 "Pada suatu hari, puteri kesayangan Rasulullah SAW iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra’ telah menyebabkan suaminya Saidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Saidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya itu tidak juga berubah lalu dengan berlari-lari dia mengelilingi Saidina Ali. Tujuh puluh kali dia ‘tawaf’ sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Saidatina Fatimah itu, tersenyumlah Saidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

“Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu“. Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai kepengetahuan baginda SAW. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami.

Apa yang dilakukan oleh Saidatina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Saidina Ali. Begitupun Rasulullah SAW tetap berkata begitu kepadanya meskipun Saidatina Fatimah merupakan puteri kesayangan baginda. Bagaimana dengan kita wahai isteri-isteri?"

nak letak gambar pulakkkk..





















No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...