Tabungan

07 December 2011

kenangan kelas tuisyen

tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, tengok kiri kanan jalan dah berlambak-lambak iklan kelas tuisyen.
terus teringat zaman mak kecik-kecik dulu.

mak datang dari kalangan keluarga yang kurang berada.
jadinya, mana la nak dapat tuisyen-tuisyen ni.

kalau dalam kelas, kawan-kawan sokmo maju ke depan sebab bila cikgu tanya boleh buat ke tidak, rata-rata akan jawab 'boleh, sebab dah belajar dalam tuisyen'..

yang cikgu tu pulak, dah tahu bebudak ramai dah boleh buat, terus skip bab tu, terus ajar bab lain.
habis kami yang tak pi tuisyen ni????
belajar sendiri la nampak gayanya...
sedih sob sob.

bila balik rumah, mengadu kat bonda, nak gak masuk tuisyen.
tapi manalah bonda dapat nak bagi masuk tuisyen kan.
duit pun cukup-cukup nak makan saja.
last-last tak dapat jugak masuk tuisyen.

tapi mak tak kisah, tak masuk tuisyen pun, oke aje result mak.
berkat doa bonda...

dapat aje kerja bagus.
berkat doa bonda...

jadinya, pada aku, tuisyen atau tidak, itu terpulang kepada individu.
zaman sekarang ni pun mak tengok, memang rata-rata semua budak akan pergi tuisyen.
mungkin tahap kesedaran pada setiap ibu bapa tu dah tinggi.

mak pun nanti, tak tahu la nak bagi anak-anak pi tuisyen atau tidak.
sian kat dia orang, pagi petang kat sekolah, balik nak kena tuisyen juga.

mungkin pada tahap kritikal saja mak suruh dia orang pi tuisyen, maksud  mak pada peperiksaan besar macam UPSR, PMR atau SPM.
dan itu pun, mak akan panggil home tutor, senang, belajar depan mata mak aje.

itu mak.
orang lain juga ada pendapat sendiri.
dan mak amat menghormati pendapat anda semua.
walau dimana anda berada.
eceeewaahhh!!

6 comments:

  1. dlu ske gi tuisyen mse sek ren la sbb cikgu tuh baek & ske blanje mkn..hihi ^_^

    ReplyDelete
  2. fy tak pernah gak p tuisyen tpi result okay je. ^^ tuisyen tu cuma membantu serba sikit je. kalau tuisyen tpi tak usaha sndri tak juga pandai. bazir duit je pergi tuisyen. :P

    ReplyDelete
  3. tusyen luar kene perhatikan..zaman sekrng anak g tusyen blik singgah cc..main fb..hehehe

    ReplyDelete
  4. saya tuisyen free je~~keh keh~

    ReplyDelete
  5. dlu masa nak SPM sy cuma pergi tuisyen add math je..yg lain2 x pg langsung..penat..pg add math tu pun terpaksa sebab cikgu add math kat skolah gatal gila...

    ReplyDelete
  6. sama la kita Ita.aku dulu pun xde tusyen2 ni.harap kelas tambahan FREE kat sekolah jelah :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...