Tabungan

21 September 2009

::2 syawal : menjawab tag raya::

owh..
pertama kali beraya sebagai blogger, tidak ketahuan bahawa wujud rupanya tag raya ihiks..

berjalan2 di blog si ucu manja *yang sememangnya manja awww*..
rupa2nya ada tag yang sudah ditujukan kepada daku ihiks..

seperti kata ucu, memandangkan tahun hadirnya sekali setahun, maka tag ini juga tidaklah berat untuk aku jawab..

tambahan pula..
aku suka..
aku suka jawab tag hahahaha..

maka ini lah jawapan ku wahai ucu manja :)



baju raya ~


owh..tragedi hari raya..
aku ada 5 baju baru..
ada warna ungu..
ada warna hijau..
ada warna putih..
ada warna hitam..
dan ada warna merah..

sebenarnya,baju2 tersebut tidaklah aku tujukan sebagai baju raya..kain2 tersebut telah aku simpan sejak sekian lama..hingga akhirnya aku mendapat semangat dari sang suami untuk mencari kedai menjahit baju..dan ketemu di lokasi itu..

kebetulan,kain dihantar 2 bulan sebelum syawal..maka baju yang asalnya dibuat untuk digayakan di pejabat,akhirnya menjadi tebusan laraman di pagi raya..

tetapi impian hancur tak kesampaian..
baju yang dijahit tidak elok di mataku..
huh!!
baca akulah!!..




Kasut Raya ~

GAMBAR HIASAN ~ owh aku idamkan kasut begini..

owh ini lagi syahdu..
tertinggal beliau di opis..
maka bersepatu biasa sahaja aku raya ini..
mahu mencari yang lain..
tidak perlu lah kan..
^_^





Family Aku ~

hmm..mengambil gambar ini semula ya..

ibu ku melaram baju bewarna pink..aduh comel sekali..

abang ku memakai baju bewarna kuning..

adik ku memakai jubah bewarna coklat..

dan putri manis ku memakai baju bewarna merah..

tahun ini..aku tidak dapat menaja pakaian mereka kerana aku juga masih bertatih menyambut bersama suami..
maka tidak dapat aku carikan baju baru untuk mereka..
tapi aku berharap mereka tidak akan kecewa dengan aku..
sebaliknya aku berharap mereka mendoakan agar aku dimurah kan rezeki ihiks..
InsyaAllah..tahun depan pasti berbeda..
pasti ada rezeki yang Dia sediakan untuk kita sekeluarga ya..

owh,kami juga tak punya warna tema ihiks..
cukuplah sekadar kami dapat beraya bersama2 dengan hati yang tenang..
tiada yang ku impikan lebih dari ketenangan menyambut aidilfitri bersama keluarga kecil ku ini..



Family Mentua ~

owh..hmm..*befikir sejenak*..apa yang aku harus cerita kan disini sebenarnya ihiks..

ibu mertuaku menyambut aidilfitri di KL ~ rumah kakak iparku..

sejenak di pagi raya kelmarin, sang suami menelefon ibu tercinta..
kata beliau..semua anak2 kecuali abang k.rull dan keluarga sudah ada di Ampang..
mereka bercadang untuk membuat barbeque di petang hari dan menjamah laksa di paginya..

abang a.zull dan k.ina menyambut hari lebaran tanpa arwah aisyah yang meninggal pada 3 September yang lalu..

abang k.rull dan k.as menyambut hari lebaran bersama anak lelaki yang baru lahir 31 Ogos yang lalu..
untuk dua cerita di atas klik aku..>

owh sebelum pulang ke ipoh jumaat yang lalu, sempat kami ke rumah abang k.rull dan memberi cookies dan kek buat ibu tersayang..



Kuih Raya ~



semua kuih tunjuk sajo hahaha..
di kampung, mami sempat membuat kuih makmur dan kuih mazola..
dan aku turut membawa pulang 5 balang kuih raya untuk mami..
sempat juga aku memasak kek batik buat keluarga di kampung..
dan akan aku sediakan untuk emak di KL..
insyaAllah ^_^



Rumah Baru ~

owh tidak..masih beraya di rumah bonda di pengkalan pegoh..
cuma mungkin ini pertama kali aku beraya bersama suami di rumah kecil kami di gombak..
selepas menukar langsir dan memasang cadar baru, tiada gambar yang sempat diambil kerana kami bergegas pulang ke ipoh petang jumaat itu juga..
nanti lah ya ihiks..



Langsir Baru ~



tidak juga..
langsir lama sahaja yang dipakai..
owh kasihan mamiku..
tiada peruntukan untuk itu..
tapi mami juga menolak langsir baru,kerana langsir semasa kenduri kawin ku bulan 5 yang lalu masih elok katanya..
sayang mami ihiks..



Duit Raya ~

owh haruslah ada untuk mami dan emak..
untuk adik2..
untuk anak2 saudara..
untuk mereka yang menziarahi rumah..
sudah aku sediakan..

Alhamdulillah..masih ada rezeki nya..
berapa habis..
tak perlu lah dikhabarkan ihiks..
tidaklah sampai ribuan dan juga tidak lah sedikit nilainya bak puluhan..

semoga pemberian kepada mereka mendapat keredhaanNya dan dilipat ganda rezeki kami insyaAllah ^_^



Bonus ~

tak ado bonus..
end of discussion!!

hahaha..



Balik Kampung ~

aku bersyukur kerana berkahwin dengan Mr.N..
memahami bahawa ini raya pertama sebagai isteri dan seharusnya berdepan dengan situasi "kampung siapa dahulu"..
walau bagaimanapun,memahami diri aku dan mami..maka dia dengan rela hati mengikut aku pulang ke ipoh dahulu sebelum beraya bersama keluarganya pula..

hari rabu nnt kami akan bergerak pulang ke KL insyaAllah..



wah masa untuk meng-tag orang lain yeay..
maka aku dengan bangga ingin mengetahui jawapan2 dari mereka2 di bawah ihiks..

kak an *ihiks..
si ted| hahahaha.. *tiada alasan untuk menjadi pelarian kerana kamu blogger tegar pasti meng-update setiap hari ihiks..
teratak indah *anas juga rajin..aku tahu hahahaha..

hmm..cukup kot..sesiapa yang rasa ada masa nak wat, korang wat tau..
aku tak mahu menyusahkan kamu..
tetapi aku tetap gumbira membaca penulisan kamu tentang tag ini kelak ^_^


p/s ~
2 syawal..
kami ke Ulu Kuang di Chemor berjumpa dengan keluarga belah mami..
kami tak punya atuk dan opah..
sekadar menumpang kasih opah cik dan pak mak sedara serta sepupu2 yang lain...
walau bagaimanapun..tetap bahagia kerana masih ada talian silaturrahim yang boleh dipanjangkan..
masih ada saudara mara tempat mengadu dan tempat bemesra..

semoga ikatan ini berkekalan ke akhir hayat..




24 comments:

  1. punyalah panjang tag.. aku tak boleh jawab tag ni sbb aku belum ada mertua.. ha ha ha ha

    ReplyDelete
  2. ted| ~

    cit..ckp aje la malas hahaha..
    jgn bagi alasan tag tu panjang heeeeee..

    ReplyDelete
  3. baju kaler ungu...i suka sgt heheh

    ReplyDelete
  4. mak aih..rasa ni terpanjang dalam dunia blog kot...

    aku nak baca pun take time

    ReplyDelete
  5. azman ~

    owh suka ungu rupanya dikau hee..

    ReplyDelete
  6. Firol ~

    panjang ke..
    tak ar.
    ada panjang lagi tau..hee..

    ReplyDelete
  7. Hello Wanita Itu, Selamat hari raya.
    I love the shoes...nice colour, looks real stylish too.
    With your lovely sarong wearing the shoes, tentu makes heads turn, ha ha.
    Have a great holiday, and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  8. dear Uncle Lee ~

    owh i wish i own the shoes ihiks..

    ReplyDelete
  9. alvin ~

    sempurnakah?

    ^_^ terima kasih atas kunjungan kamoo :)

    ReplyDelete
  10. haha
    xde idea ley buat
    tp sebab xde masa
    semua xley buat

    ReplyDelete
  11. salam..puan,


    terima kasih singgah anaklaut..pasti meriah raya tahun ni kan puan.

    ReplyDelete
  12. Pengalaman pertama 'orang baru'. Mendebarkan kannnnn.

    ReplyDelete
  13. Pok Li ~

    pengalaman yang cukup indah.. ^_^

    ReplyDelete
  14. Firol ~

    ahaks..

    bukan hobi, tapi aku takkan menolak apa2 tag sekalipun hee..

    ReplyDelete
  15. salam puan yg dirahmati allah,

    sangat terharu saya membaca ulasan puan,moga puan dan keluarga dirahmati allah swt selalu..:)

    ReplyDelete
  16. salam...puan,

    terima kasih pada puan yg sudi tinggalkan ulasan di dalam blog saya..:))

    ReplyDelete
  17. dek yani ~

    buat la tag ni dek sayang :)

    ReplyDelete
  18. anak laut ~

    blog kamoo dah jadi persinggahan tetap saya :)

    ReplyDelete
  19. joe ~

    owh sori tak perasan komen kamoo..

    ihiks..kiter mmg suko wat tag la ihiks..

    ReplyDelete
  20. kamooo
    Kenapa rajin sangat ni.
    Done.
    Nanti aku tag lagi ekh.
    Siapkan diri.
    KAH KAH KAH

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...