pada 31 Ogos 2009 yang lalu, tepat pada pukul 11.19 pagi, kami mendapat perkhabaran gembira daripada Abang Khairul (abang kepada suamiku Nazri) bahawa kakak ipar ku, Asdiana telah selamat melahirkan anak mereka yang kedua dan diberi nama Qaid Aiden Zafran..
dilahirkan secara c-sect dan berat beliau ialah 3.8kg..
anak lelaki, haruslah besar kan :)
kedua-dua ibu dan anak selamat seadanya..
ketika berita gembira tersebut disampaikan, aku dan suami berada di Taiping, dirumah emak Nazri..
sejurus selepas itu, kami semua berangkat pulang ke KL..
emak Nazri turut serta bersama kami ke KL..
tiada sebarang perancangan untuk membawa emak ke KL menyebabbkan keberangkatan itu agak tergesa-gesa..
emak tertinggal handset nya dirumah Taiping..perkara tersebut hanya disedari semasa kami sampai di rumah Kak Ida di Ampang..
"takpa la..nnt kalu kita balik Taiping,amiklah.."kata emak Nazri..
pada hari rabu - 2 September 09, aku dan Nazri pergi ke Hospital Ampang Puteri untuk menzarahi anak saudara baru ku itu..
ini gambarnya..comey bukan?? ^_^ doakan aku..aku juga mahukan anak *_*
keesokan harinya 3 September 09 (Khamis)..aku dan Nazri pergi kerja seperti biasa..
selepas menghantar Nazri ke pejabat, aku meneruskan perjalanan ke opisku di PWTC..
saat aku melewati pintu parkir, suamiku Nazri menelefon ku..
aku mendapat satu panggilan yang menyesakkan dadaku dan airmata mulai menitis..
aku tidak sempat ke opis, aku berpatah kembali, terus menghubungi Kak Ros dan memberitahu bahawa aku terpaksa mengambil EL..
aku terus menuju ke opis Nazri..keadaan agak kelam kabut..Nazri menelefon Kak Ida..dan diberitahu mereka akan melewati opis Nazri..
kami bersetuju untuk mengikuti mereka, dan meninggalkan kereta kami di opis Nazri..
sejurus selepas itu,kami terus bersama-sama menuju ke Hospital Kuala Lumpur..
setibanya kami di Unit Kecemasan, kak bercakap dengan attendan disitu, dan kami terus dibawa ke Unit Forensik..
disana, Abang Azizul dan Kak Ina telah sedia menanti dengan ditemani dengan rakan2 askar mereka..
ceritanya :-
kata Kak Ina ku, semasa sahur anaknya Nur Aisyah masih lagi normal..bermain seperti biasa..berlari sana sini..mengusik ibu,abang dan bibiknya..
lebih kurang pukul 6.00 pagi..dia menjerit kesakitan..katanya kepala sakit..
bibik mengurut kepalanya *kerna dipikirkan hanya sakit kepala biasa..
masih tidak berkurang sakit kepalanya ibunya pula *Kak Ina* mengurut kepala si Aisyah..
selepas itu beliau tidur, dan ibunya meninggalkan dia tidur..
tika si bibik hendak mengejutkan Aisyah untuk mandi, bibik dapati dia masih tidur, dan susah hendak menggerakkannya bangun..
bibik menghampiri Aisyah, tetapi saat bibik memegang tangan Aisyah, ia kembali jatuh dan longlai..
bibik panik, terus memanggil Kak Ina..
Kak Ina memangku Aisyah..Aisyah sudah tidak keruan..mata nya juling, sudah menampakkan mata putihnya.. anak mata hitamnya berpusing ke kiri ke kanan ke atas ke bawah..
mereka panik, langsung menelefon ustad yang ada di ada kem askar itu..lalu terus di bawa ke klinik askar berhampiran..
malang..tiada siapa di situ untuk memberikan bantuan..
tiada doktor..
tiada pemandu ambulan..
tiada ambulan..
terpaksa mengambil masa menunggu mereka pula..
tetapi Si kecil Aisyah..
sudah tiada..
sampai di HKL, beliau disahkan sudah meninggal dunia..waktu kematian 6.45pagi..
jenazah di bawa pulang ke Taiping..kerana hajat si ibu untuk mengebumikan anak perempuannya di sebelah arwah abah mertuaku..
p/s #1 ~
perbualan terakhir:
arwah ~ mak, besok raya..
mak ~ eh belum, besok belum raya..
arwah ~ mak, nak pakai baju raya..
mak ~ baju raya tak siap lagi, kan ke hantar kedai..nak kecilkan..
arwah ~ oke..
**arwah tak sempat memakai baju rayanya..
ps #2 ~
emak Nazri dapat mengambil handsetnya yang tertinggal di Taiping..
kebetulan??
ada makna rupanya handset tertinggal di Taiping..
ps #3 ~
Abang Azizul dan Kak Ina telah membuat laporan mengenai ketiadaan doktor, pemandu dan ambulan di klinik askar terbabit yang menyebabkan kelewatan untuk menghantar arwah ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut..
ajal maut di tangan Tuhan..ya..tetapi kita masih perlu berusahakan..
ps #4 ~
“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)
aduhai~
ReplyDeletesemoga si kecil Aisyah tenang di sana~
Al-Fatihah..Te akak doakan moga roh anak sedara Te tenang di sana...moga Te seisi keluarga tabah menghadapi dugaan ini....& sekalong Tahniah buat anak sedara yang baru lahir...moga Te juga akan dikurniakan zuriat yang ramai agar lebih meriah kehidupan Te sekeluarga...Amin!!!
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDeletesemoga mereka sekeluarga tabah hendaknya..
allah lebih menyayangi si kecil itu.. dia akan menanti di syurga kadatangan ibubapanya nanti
ReplyDeletealfatihah...
ReplyDeletetp punca utama ap?
hanya sakit kepala?
Kehadiran si kecil,aduh comelnya.Kita dibawa di alam kegembiraan.Tetapi itulah resamnya kita di dunia,ada masa gembira dan selepas itu diuji pula.
ReplyDeleteSaya turut sedih membaca peristiwa yang menimpa.Saya berharap keluarga bersabar.Moga ibu bapa Aisyah dapat menerima ketentuan ini.Alfatihah...
Menunggu ibu bapanya di syurga...
ReplyDeleteA week after my anak buah lahir, atoknya (my father-in-law) passed away. Tak sempat jumpa pun.
It's a cycle.
Al fatihah.
ReplyDeletemoga arwah lebih bahagia disana.
Al-Fatihah buat sekeluarga di atas kehilangan si kecil.Cik Cookie harap mereka redha menghadapi dugaan.
ReplyDeletedek zara ~
ReplyDeletetrime kasih sayang ..
insyaAllah dia tenang disampingNya..
kak watie ~
ReplyDeletetrime kasih kak :)
mereka oke, cuma kak ipar te masih terkejut sebab arwah mmg takde sakit pape pun..
dek omar ~
ReplyDeleteinsyaAllah, trime kasih.. :)
ber_uwang ~
ReplyDeletebegitu jugalah yang mereka katakan..
insyaAllah..
trime kasih..
sharamli ~
ReplyDeleteitulah yang menjadi tanda tanya kami sekeluarga..
arwah tak punya sakit apa pun..
keluarga tidak membenarkan post moterm dilakukan..
maka punca kematian hanya dicatat sebagai asma..
abg awi ~
ReplyDeletekami baru sahaja gembira..
tiba2 disambut berita buruk..
trime kasih bang awi..
bungacahaya ~
ReplyDeleteya.. cycle..
semoga mereka boleh bertemu disana..
trima kasih :)
dek kuwe ~
ReplyDeletetrime kasih dek..
cik cookie ~
ReplyDeleteinsyaAllah..
cuma kehilangan itu terlalu berat..
kerana arwah tak sakit apa..
itu yang terkejut tuh..
sahabat...
ReplyDeletetahniah.. dapat anak buah..
dan
takziah... ALLAH lagi sayang dia...
semoga dia aman di sana.. dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali...
alfatihah...
te : berapa umur anak buah tu?
ReplyDeletetidak terbayang dan terfikir kalau kita sendiri mengalaminya.
Al-Fatihah :(
mrscee ~
ReplyDeletethanks sahabat..
:)
tedi ~
ReplyDeletearwah baru umur 5 tahun :(
aslm..
ReplyDeletefirst nk ucap taniah kt abg ipar kamu krna dpt baby baru..very nice name.smoge hppy dgn kehadiran nye.
2ndly..takziah la yer,coz kak kamu baru kehilangan anak nye yg baru berumur 5 thn.tuhan lebih menyayanginye.
3rdly..ak baru tengok gmbr kawin kamu,bz skit la.memang grand la.. kedua mempelai bagai raja sehari betul :) smoge kekal ke akhir hayat!!
salam kembali :)
ReplyDeleteterima kasih utk ketiga tiga perkara :)
anak buah lagi tewww.. tahniah
ReplyDeleteal-Fatehah kak..
ReplyDeletesabar laa ye..
ajal maut kan urusan ALLAH..
dia bahagia di sana
itu pasti
insyaallah
Yes kamoo Wanita.
ReplyDeleteSetiap apa yang Tuhan bagi kita.
Pasti ada hikmahnya.
Ingatlah tak semua apa yang best Tuhan bagi selamanya Best kan. Pasti ada setiap yang Best tu datang pasti ada Tak Best nya.
Kita merancang. Tuhan yang tentukan.
Al-Fatiha
en_me ~
ReplyDeletetime kasih :)
dek sha comey ~
ReplyDeleteokey sayang, time kasih.. InsyaAllah dia tenang :)
ucu manja ~
ReplyDeletetrimas :)
tahniah untuk yang baru jengok dunia..
ReplyDeletetakziah bagi yang pergi menemui ILAHI..semoga rohnya aman dan tenteram di sana ...Ibu bapa perlu gembira bila dia menjadi bidadari syurga...
Al-fatihah...
kak rina ~
ReplyDeletetrime kasih kakak.. :)