Tabungan

10 September 2009

..::barang tebusan tidak seperti yang diharapkan::..

semalam..sesudah selesai kerja di opis..hati berbunga kertas..kerana teringatkan barang tebusan yang sudah siap..hanya menunggu waktu untuk dicuba pakai dihadapan cermin..

teringat barang2 tebusan ku yang bewarna merah,hijau,putih,hitam dan ungu yang ditempah dengan gaya kurung dan kebaya..

teringat juga kedai yang menjaga barang tebusan ku itu..

waktu aku menghantar tebusan mentah itu 2 bulan yang lalu,tukang jahitnya agak dingin dan tidak mesra alam..tika itu aku juga sudah merasakan aroma kedukaan..tapi ku abaikan sahaja..kerana mengingatkan diri yang baru sahaja di KL..dan tidak punya tukang jahit yang boleh diikat janji menjadi tukang jahit seumur hidup..maka ku singgah sahaja kedai yang mula2 dapat ditangkap oleh mata empat ku ini..

lokasi kedai tersebut biarlah ku rahsiakan..aku tidak mahu mengundang duka pada hati sesiapa..

cuma apa yang ingin aku kongsikan wahai sahabat..barang tebusan ku itu tidak menepati citarasa ku..



tebusan ku yang berwarna ungu ~ tidak mahu berkawan dengan pinggang ku..

tebusan ku yang berwarna hijau ~ seperti alien bila disarung..

tebusan ku yang berwarna putih ~ aku kelihatan seperti ingin bermain 'american football'..

tebusan ku yang berwarna hitam ~ juga bermain tarik tali dengan pinggang ku..

tebusan ku yang berwarna merah ~ langsung tidak mahu berkawan dengan ku..

maka hari ini udara ku agak biru..mengingatkan barang tebusan yang tidak memberi rasa keriangan di hati..

apa harus aku lakukan wahai sahabat2?

a. berjumpa kembali dengan si tukang jahit yang bermuka duka..
b. pergi ke tukang jahit yang lain meminta pertolongan untuk diubahsuai..
c. beli sahaja 'tebusan' lain yang sudah siap..
d. memakai 'tebusan' yang sedia ada..

aku lebih sukakan c ^_^

tapi bonus ngak ada..
RM500 pun hanya untuk kumpulan sokongan..
maka aku rasa pilihan d lebih elok untuk keadaan ekonomi ku tika ini huhu..

p/s ~ Mr.N lebih suka aku menemui kembali tukang jahit bermuka duka itu..
atau aku yang membawa masalah itu..adakah aku sangat gembira dan membantu mr.metabolisme berjalan dengan perlahan sehingga membawa penambahbaikan dalam kilogram ku??
owh tidak!!!!!!


28 comments:

  1. owh..sian..if saya kalau boleh jugak dipakai, kira ok la..but kalau tak boleh langsung tu wajib dikomplen..hurmm..

    ReplyDelete
  2. gi komplen balik la sis..mana ley biar cmtu huhu

    ReplyDelete
  3. ada talian hayat x?? apa xde?? xpela camtu saifa pilih....

    a. berjumpa kembali dengan si tukang jahit yang bermuka duka..

    saifa pun pernah terkena macam akak.. saifa suh tukang jahit tu repair balik.. kita kan ada hak sbgi pelanggan..

    masa g tu wat muka tak puas hati taw.. hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau tak besh jangan pakai. nanti x ikhlas. cuba g ubahsuai sket. sayang kalau tinggal macam tu je

    ReplyDelete
  5. Kamoo
    kalau diriku menjadi kamoo
    sudah tentu aku akan ke kedai baju itu kembali. Buku kena ajar dengan ruas. Baru lain kali dia tak mcm itu, dah lah kena kerja dengan orang. Haruslah kena ada PR kan. Hampeh gas betul.

    Kamooo gi je balik pulangkan. Duit tu. Dia sedap2 je balik. Sudah lah jahit cincai bocai. Upahnya mau. Apa punya orang.

    ReplyDelete
  6. solehah ~

    betul juga..

    hmm.... takleh pakai langsung nih...

    ReplyDelete
  7. cruel ~

    baju nikah..?

    owh malu saya hee...

    ReplyDelete
  8. imHePpie ~

    komplen eh...
    jumpo si muka duka adeh..

    ReplyDelete
  9. dek saifa ~

    leh repair ke sayang?

    hee...

    ReplyDelete
  10. tedi ~

    adus..mmg tak iklas pun tedi...

    p/s ~ te menang tak hee...

    ReplyDelete
  11. ucu manja ~

    adus, garang sungguh kamoo ya...

    temankan aku boleh heeee...

    ReplyDelete
  12. err..cube refer dgn abang sebelah u tu...

    ReplyDelete
  13. Hello Wanita Itu, first time saya bacha this expression, "hati berbunga kertas". I like it....must remember to use it next time...
    but hope I get the meaning correctly, 'paper flowers'?
    Maybe saya tukar sikit, 'hati berbunga rose kertas'? Howszat? Ha ha. Lee.

    ReplyDelete
  14. sha ~

    ihiks...abg sebelah mmg dah suruh gi balik hee...

    ReplyDelete
  15. my dear Uncle Lee ~

    :) i do love it too actually....

    i use the terms "hati berbunga kertas" just to show my expression that is - I am really happy at that time hee..

    actually the word is "hati berbunga riang", but I changed it to "hati berbunga kertas" :)

    u should try blogwalking to Zara's blog :)

    her words are more "flowering" than mine :)

    ReplyDelete
  16. jwpn a!!
    kite ade hak sebagai pengguna.. haha pengguna kew?! ;P

    beli je tebusan lain yg sudah siap.. takat sepasang 2 je pn ckp..
    tak pn pkai je bj taon lepas.. hehe ;)

    ReplyDelete
  17. Jard ~

    memang malang wahai sahabt huhuhu
    :(

    ReplyDelete
  18. dek ina ~

    alahai beli tebusan lain eh...

    pergi alter balik eh..

    baekkkk :)

    ReplyDelete
  19. adess...

    itu kes naya tu kak..
    kalau sy,pg je jumpe tailor tu..
    suh adjust semula..
    hak kita tu kak..hehe

    ReplyDelete
  20. dek omar ~

    ramai suh kakak pi..
    so nnt nak gi la hee..

    tapi kalu dio taknak wat camno??

    ReplyDelete
  21. kalu dia tak nak buat..
    kasi saman malu same dia kak..hehe

    ReplyDelete
  22. owh dek omar ..

    nnt akak yang maluu ahahahahah...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...