Semalam, ingat tak? Aku beria tweet kata nak simpan duit tabung yang dah penuh dalam Tabung Haji. Jadi, memandangkan urusan penyimpanan duit sangatlah mudah yang mana tak melibatkan banyak pergerakan, aku pun luangkanlah sikit masa lepas pergi hospital semalam untuk singgah di BANK ISLAM untuk simpan duit syiling yang banyak tuh!
Kenapa BANK ISLAM?! Sebab, bank itu dekat dengan rumah aku dan bank itu juga selalu bangga dengan kemudahan penyimpanan untuk Tabung Haji tuh.
Secara jujurnya, aku dah punya banyak sejarah HITAM dengan BANK ISLAM nih. Ada satu masa tu, aku sampai balik sebab servisnya lambat sangat dan tak larat nak tunggu sampai giliran aku. Kaunter banyak, tapi yang dibuka 2 atau 3 sahaja. Dan sangatlah LEMBAB hokey!
Tapi memandangkan semalam aku tak berapa sihat, dan kononnya kalau pergi situ, dekatlah sikit dengan rumah. Masa aku ambil nombor, time tuh lebih kurang pukul 3 lebih. Nombor aku 1044. Nombor yang sedang berurusan tika itu adalah 1028 kalau tak silap. Meaning ada 14 orang lagi. Walaupun 14 orang sahaja, nak tunggu sampai nombor giliran aku tu, gila lama! Memang dah segala banner, segala notis aku baca. Ingat ya penyataan aku, segala notis aku BACA!
Bila sampai giliran aku dah pukul 4! Takpe lagi. Aku terus pergi kaunter dan cakap 'saya nak simpan duit syiling dalam akaun Tabung Haji'. Dengan muka selamba dia jawab 'Owh duit syiling sampai pukul 11 sahaja'. Aku dah terkejut, aku 'Wat? pukul 11? saya tak tahu pun?' Dia jawab, 'kat sini memang sampai pukul 11 saja' tanpalah rasa bersalah muka tu! Aku jawab, 'saya dah lama tunggu, dan awak cakap macam ini kat saya?'. Dan dia diam saja.
Owh frust gilak aku. Sejam aku tunggu. Takda pun nampak notis mana-mana kata penyimpanan duit syiling sampai pukul 11 saja! Dengan sakit aku lagi, dengan penat menunggu lagi. Memang aku takkan berurusan lagi dengan BANK ISLAM nih!!!
Dengan hati yang makin sakit, dengan duit syiling yang berat tu, aku kata kat suami, aku taknak bawak balik duit ni ke rumah so aku nak simpan gak walau apa pun.
So aku terus tuju BANK RAKYAT kat TAMAN MELAWATI. Mula-mula masuk aku tanya dulu kat kaunter bantuan tu, 'Cik, saya nak simpan duit syiling boleh?' Dia senyum dan jawab, 'Kenapa pula tak boleh, mestilah boleh'. Aku kata; 'Takde spesifik time untuk simpan duit syiling?'. Dia jawab, 'Eh takde dik, bila-bila pun boleh' sambil senyum aje mamat tu.
Dan yang lagi best, kat BANK RAKYAT tu, ada mesin kira duit syiling yang orang umum boleh pakai. Gila mudah. Masuk aje duit syiling dalam tu, mesin tu akan kira, dah selesai kira dia bagi satu resit, baru ambik nombor giliran, dan pergi kat kaunter, bagi buku akaun dan resit tadi! Simple! Takyah tunggu sampai sejam pun!
Memang berbeza sangat servis. Tak boleh ker korang belajar dengan yang lain cara nak bagi servis yang baik?
Halahai. Bukan nak kondem any banks, tapi rasanya, ini adalah satu pengajaran untuk mana-mana pihak sekalipun. Pelanggan harus dijaga dengan baik. Kalau dah buat salah sekalipun, tak boleh ker bagi sedikit courtersy, aku dah tunggu lama, layan sajalah permintaan aku. Ini tidak, say sorry pun tak, boleh lak wat muka tak bersalah.
Korang ada sistem? Hokey fine! Terbaik la sistem korang! But at least, tak boleh ker tampal any notis bagitau 'oi lepas pukul 11 korang jangan nak ngada simpan duit syiling kat sini, kami tak layan punya, nak try meh la!'.
Takpun, bagitau kat orang yang jaga kaunter bantuan korang tu, kalau ada orang yang ambik borang simpanan, tanya dulu, duit syiling ker duit kertas, kalau duit syiling kami kat sini malas nak kira lepas pukul 11.
Dah la sampai pukul 11 saja! Korang bukak bank pukul 9, 2 jam aje nak kira duit syiling? Korang kira syiling tu satu-satu ker? Pakai jari? Manual? Eh kalau camtu, aku boleh kira sendiri la. Aku simpan sendiri sajalah takyah masuk bank!
Notis or pemberitahuan secara lisan.Mudah aje kan? Takleh pikir? Takleh buat? Kenapa nak seksa pelanggan tunggu lama-lama and balik penat macam tu aje.
Sangat tak bertanggungjawab!
No more business dengan BANK ISLAM!
BANK RAKYAT, SAYA MESTI PILIH!!!
kene kerja ngan bank rakyat la...
ReplyDeleteehem2...
HU...memang lembap, kalau saya mesti dah naik angin dah. Dah lah rugi masa.
ReplyDeletekena ganti nama jadi pn. sabariah...pulak nanti....
ReplyDeletebank islam mmg slow...duit JPA pun lambat dia handle..kengkadang kami smpi kebulur takde duit.
ReplyDeleteCuba buat aduan secara online bahagian customer sevices .Pasti ada perubahan .
ReplyDeleteboleh simpan eh duit syilling?
ReplyDeletehehehe
baru taw la..
selama ni simpan duit syilling wat tukar dengan org meniaga je..
nak simpan kat bank la..
ye...saya sangat setuju kalau kata bank islam memang bank yg paling menyusahkan bila nak berurusan...tp kalaubab nak kutip hutang dah macam along lak jadinya...hari-hari dok sms,..sib baik tak simbah cat merah je..so,aku putuskan utk tidak berurusan dgn bank islam lagi..TITIK.
ReplyDelete