Salam Jumaat.
Diam tak diam jugak la kan, dah hari ke 12 kita semua berpuasa. Orang perempuan apa macam? Ada yang sudah bocor. Jangan risau, itu normal kan kan kan heeee.
Dekat tempat kerja aku ni, pada tiap Khamis akan ada Bicara Ramadhan. Semalam aku berpeluang pergi sekejap lepas boss benarkan aku pergi. Dia bukan sekadar benarkan, tapi memang galakkan aku pergi sebab bagus untuk pertambahan ilmu dan menghormati Majlis Ilmu.
Jadi dekat sini, aku nak kongsi sikit Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu.
Setelah berjumpa dengan miss gugel, bertanyakan sumber-sumber yang ada, aku dapat artikel ini.
Artikel ini aku ambil dari blog saudara ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan semua.
Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam
kitab Tanbihul Ghafilin: "Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam
majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka
baginya 7 macam kemuliaan":
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar
agama.
2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan
tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke
atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun
rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat
majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan
baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya
kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala
dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
Selain itu, Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.
Lagi dapat dikongsikan, Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :
"Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)
Dan akhir sekali, Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." ( Muslim)
Maka jelas sekali, terdapat banyak kebaikan apabila kita menghadiri Majlis Ilmu bukan sahaja untuk pertambahan ilmu malah diberikan banyak kebaikan buat kita oleh Allah s.w.t.
Kalau lepas ni, orang ajak pergi dengar ceramah, janganlah liat sangat. Atau pun lepas sembahyang jemaah kat masjid atau surau, cepat-cepat nak balik sebab malas nak dengar tazkirah atau ceramah. Ish ish ish. *macam pernah buat ja ngahahahaha*
Tapi.......... menyesalkan kalau dah tahu semua fadhilat ni.
Renung-renungkan dan selamat beramal! :)
muka yang selalu kita lihat bila dengar ceramah. erkk! |
good entri akak...
ReplyDeletexkan wat dah...
heeee...