Gara-gara status merepek aku di facebook minggu lepas, habis satu pejabat kecoh aku nak berhenti kerja. Siap kena panggil dengan bos kesayangan lagi. Tak sangka gurauan kecil dah menjadi serius kan? Tapi memang a part dalam hati ni, ada sikit-sikit bisik syaitan suruh aku cari kerja lain. Owh no! Macam mana? Ihiks.
Rasa macam mahu biarkan dahulu. Tengok dulu apa aku boleh buat dalam pejabat ini. Berusaha selagi mampu dahulu. Kalau keadaan bertambah teruk, rasanya perlu juga cari udara baru.
Bukan niat untuk meninggalkan tempat ini. Tapi rasanya, perlu bersifat pentingkan diri sendiri juga kadang-kadang. Aku tidak mahu terus tenggelam. Aku perlu tingkatkan dan perbaiki kekuatan yang ada dalam diri aku ni.
Apa menda aku merepek ni?
Oke sat. Nak tengok kerja-kerja kosong yang ada dalam internet ni sat.
Hahahaha.
Daaaa.
Selamat Bekerja. :)
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas segala pandangan..