Iyolah. Itulah yang berlaku pada aku tadi. Masa aku pergi 7th Parenthood Expo di Pusat Pameran Mid Valley Tingkat 3. Wah..detail gitu mak bagi!
Tapi serius. Pameran yang ini lebih banyak penyertaan dari Pameran Mami and Baby Expo kelmarin. Tak tau lah aku yang 'konpius' atau aku yang penat sebab banyak sangat booth nak dilawati atau sememangnya ada banyak penyertaan kali ini.
Sejak ada anak ni, expo-expo gini memang tak boleh dilepaskan. Al-maklumlah, kat sinilah nak dapat baju-baju cun dengan harga murah, barang-barang baby dengan harga murah tak lupa diapers dengan harga yang sangattttt murah. Sengaja aku panjangkan 't' sebab nak menunjukkan sangat murah hokey!
Kali ini hasil pancingan agak lebih kepada baju sebab nak raya ni kan. Anak mami nak melaram gak. Tapi baju kurung hof coz la tak jumpa kat sini. Baju kurung baby Q dah ada 2 yang mana sedondon dengan maminya hof coz. Skirt dapat beli satu tadi plus satu hand made oleh ibu kat Taska dia. Dan tadi beli lak baju-baju biasa untuk pakai masa raya nanti. Takkan nak pakai baju kurung sepanjang hari kan. Meraung budak tu nanti. Hokey. Gambar time!
Itu antara baju-baju yang sempat disambar tadi. Berkenan dengan satu skirt, unfortunately, baju tu besar sangat ngeee.. Takpelah, lain kali kan ada hehe.
Selain baju, Encik Suami belikan si kecik play mat. Mami dah lama nak beli play mat ni, tapi tak jumpa-jumpa yang mampu beli wakakakaka. Last-last kat situ tengah offer RM130. Murah and yet masih tebal. Encik Suami pun offer nak beli, so layan ajer.
Abaikan si kecik yang punya mata buntang itu sebab dia tengah excited dengan play mat baru dia hehe |
Kalau pergi baby expo, kalau tak beli diapers memang tak sahkan? So aku sambar satu diapers yang agak tak popular, tapi memang aku berkenan sebab pernah beli masa baby expo yang terdahulu. Lagipun, kebanyakan parents yang datang situ, aku tengok rembat sampai 5, 6 pek. Aku pasti, mereka juga seperti aku, pernah beli jenama tu dan comfortable dengan jenama tu sebab baby kami tak kena diapers rash pun bila pakai diapers tu. Tapi, aku lak, diapers yang ini memang untuk hantar kat Taska dan untuk pakai sekejap-sekejap saja. Kalau untuk travel memang aku akan pakaikan Q Ultra Huggies atau Huggies Dry Comfort sebab memang terbukti secara klinikal boleh pakai berjam-jam tanpa kena diaper rash, atau merah-merah atau basah-basah walau dah pakai 6 ke 8 jam. Uuuu Yeah.
Ni lah diapers tu. Whoopee! Yippee! |
Itu je la barang-barang yang berjaya dirembat kat baby expo tadi. Rambang mata. Tengok baju-baju si kecil, tengok stroller baru, tengok baby seat baru, tengok haish macam-macam la barang tadi.
Owh dan sebelum kami pergi expo tu tadi, kami pergi ke MPH Bookstore. Dapatlah kami beli a few books. 2 buku untuk mami dan 1 buku untuk baby Q.
buku untuk mami |
buku untuk baby Q |
Masa aku pergi Kursus Pengurusan Taska hari tu, ada seorang penceramah tu kata, kalau kita nak anak kita suka baca buku, maka kita kena biasakan dia dengan buku dari peringkat awal lagi. Seawal dia dah boleh tengok kita. Seawal 2 minggu. 2 minggu? Tak tahan. Dah lewat ke sekarang? Tak kisahlah. Janji ada semangat nak bagi dia kenal buku kan heee.
So itu je la aktiviti kami di hujung minggu sebelum puasa ni.
Layan gambar Q yang seronok ada play mat baru, tapi idak juga dok melonggok kat situ heee...
rasa hebat sangat lah tu lepas satu tangan. heee. |
p.s.
perihal Expo, klik di SINI. owh. expo tu berakhir besok. cepat. jangan ketinggalan heee.
ada yang tak betul dalam setiap gambar. apa dia heeeeeee?
Eita..
ReplyDeletekak yang layan pic pun agak rambang mata jer..
heheheh
PS; umai pun kak belikan buku2 tebal masa dia berusia 1 bulan..
tunjukkan warna2
alhamdullilah.. skrang nie selain dia kenal warna, dia kenal huruf
Alhamdulillah.
ReplyDeletenak Q ikut kak Umai :)