Sudah petang.
Sudah mahu pulang.
Mahu berjumpa dengan nyawa.
Mahu berguling-guling dengan Qalesya.
Mahu melayan jerit pekik Qalesya.
Mahu ikut merangkak Qalesya.
Tadi pagi...dipanggil oleh boss berikutan gurauan kasar aku untuk berhenti kerja. Setelah bersembang pagi dengannya, setelah disuntik jarum semangat oleh boss sendiri, aku keluar bilik dengan senyum lebar bertempek di muka.
Walau tetap masih aku fikirkan bekerja di tempat lain, namun tetap aku sayang pejabat ini. Dengan boss yang baik hati sebegini. Halahai...
Kebetulan pula selepas itu aku dan Kak Ha *boss kesayangan* pergi berjumpa dengan Boss Besar kami. Sekali lagi diadunya mengenai gurauan kasar aku untuk berhenti kerja. Ha nah ko. Boss Besar pula memberi semangat kepada aku untuk terus berjuang bersamanya.
Hahaha.
Akan aku fikirkan.
Boleh???
Oke. Mahu mengadap Yang Satu.
Assalamualaikum.
eita...
ReplyDeletekamu punya gurauan buat kak ayu yang lebih gentar...
aduh.....
PS; ngelat tak tayang pic baby Q